ketua editor - · pdf filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... politeknik serta...

16

Upload: hathuan

Post on 31-Jan-2018

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri
Page 2: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

Ketua EditorWacana

Editorial

Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Masa berlalu begitu pantas dan tanpa kita sedari, UNIMAS sudahpun mengharungi suku pertama tahun 2011. Syukur ke hadrat Illahi kerana

dalam tempoh yang singkat ini, pelbagai aktiviti telah berjaya kita laksanakan.

Membuka tirai tahun 2011 adalah penganjuran Konsert Canselor, yang merupakan cetusan idea Yg Bhg Naib Canselor UNIMAS

khas buat menghargai bimbingan dan sokongan yang telah diberikan oleh Canselor, TYT Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad

Salahuddin, dan tidak lupa juga pro-Canselor UNIMAS, Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud. Berhibur sambil berderma; konsert gilang-

gemilang ini yang turut dihadiri oleh beberapa orang kenamaan negeri telah berjaya membuat kutipan ratusan ribu ringgit untuk disalurkan

kepada beberapa kumpulan kebajikan di UNIMAS dan Sarawak.

Disamping itu, pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai peringkat kumpulan warga UNIMAS telah berlangsung disepanjang bulan

Januari hingga Mac ini. Dan seperti yang dikatakan oleh Yg Bhg Naib Canselor, “2011.... masa untuk bergerak”; marilah kita bersama-sama

berganding-bahu, mengeratkan kerjasama dan meningkatkan usaha untuk membantu UNIMAS mengharungi tahun 2011 ini dengan kejayaan yang lebih hebat.

UNIMAS Gilang dan Gemilang

PenasihatProf Dr Khairuddin Ab HamidProf Dr Fatimah binti Abang

Prof Dr Peter SonganProf Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Encik Ahmad bin Katang

Ketua editorResni Mona

Sidang EditorialRabiah Bujang

Norinda K. Su’utSarena Haidir

Erwandi Bujang Senawi

PerekaHaidher AhmadAmzar Bin Ashari

JurufotoHj Bujang Mohamad

Azlandy Mohammid Ali Tuah

EdaranRoderick Rojis

PenerbitBahagian Penerbitan Aras 5

Bangunan CAUHUniversiti Malaysia Sarawak

Mutiara Kata“Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam

hidup sampai kepada penghabisan umur”

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa

menyimpang.”~ Cecil B. DeMille

Page 3: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

Ketua EditorWacana

Editorial

3

SEJARAH tercipta pada awal tahun 2011, apabila konsert

Canselor UNIMAS yang diadakan pada 23 Januari lepas

berjaya mengutip lebih RM240,000 untuk disalurkan kepada

beberapa badan kebajikan yang terpilih serta tabung kebajikan

kakitangan dan pelajar UNIMAS sendiri.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan UNIMAS

kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak,

Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin yang

merupakan Canselor UNIMAS atas sumbangan beliau dalam

kemajuan serta pembangunan UNIMAS selama ini.

Hadir sama di dalam konsert tersebut ialah Toh Puan Datuk

Patinggi Hajah Norkiah, Ketua Menteri, Pehin Sri Dr Haji Abdul

Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi serta

kenamaan-kenamaan lain.

Para tetamu disajikan dengan persembahan lagu pelbagai genre

termasuk klasikal, eksperimental, kontemporari, keroncong

dan tradisional, yang dipersembahkan oleh pelajar Program

Muzik bersama pensyarah dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIMAS.

Konsert berkenaan bertambah seri apabila ia turut disertai oleh

artis tempatan, Bob AF dan personaliti terkenal tanah air,

Dato Mahadzir Lokman, yang tampil sebagai pengacara pada

sepanjang malam acara berkenaan.

Para tetamu yang menghadiri konsert yang diadakan bermula

jam 7.30 malam di Dewan Undangan Negeri Sarawak kelihatan

anggun dan kacak apabila masing-masing menggunakan kod

pakaian yang ditetapkan iaitu black tie untuk lelaki dan evening

dress bagi wanita.

Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin diiringi Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Khairuddin ke dalam dewan besar Dewan Undangan Negeri untuk menyaksikan konsert Canselor UNIMAS. Kelihatan ialah Ketua Menteri, Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud.

SEJARAH TERCIPTA Unimas kutip RM240,000 dalam

Konsert Canselor

Page 4: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

PELAJAR UNIMAS bergabung memerangi rasuah menerusi program Sik Mok Rasuah Unimas 2010 yang diadakan selama dua hari bermula 11

Februari lepas di Kampus Barat Unimas dan Panggung Eksperimen FSGK, Unimas.Program anjuran Sekretariat Pencegahan Rasuah UNIMAS 2010/2011 dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sarawak itu mendedahkan pelajar tentang kesan buruk daripada aktiviti rasuah serta menerap nilai integriti dan anti rasuah di kalangan pelajar universiti.Dengan tema ‘ Mahasiswa Menentang Rasuah’, program itu dilihat dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti penyalahgunaan kuasa khususnya dalam memberi dan memberi rasuah.Majlis penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sarawak, Mohd Nor bin Ali dan turut dihadiri oleh Dekan Pusat Pemajuan Pelajar (PPP), Prof Madya Dr Othman Bojo serta pegawai-pegawai UNIMAS dan pegawai-pegawai SPRM Sarawak.Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu berlangsung antaranya pertandingan teater integriti, menulis esei, melukis poster, pidato pencegahan rasuah, dikir barat anti-rasuah, pertandingan sorakan, Jelajah Anti-Rasuah, pertandingan kain rentang, senamtari, ekspo, pameran daripada agensi-agensi penguatkuasaan dan gerai jualan.Program itu menyaksikan kolej Bunga Raya tampil sebagai juara keseluruhan, manakala naib juara disandang oleh Kolej Alamanda dan ketiga oleh Kolej Cempaka.

Kementerian Pengajian Tinggi Negara dengan kerjasama Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menganjurkan ‘ Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 Jom Masuk “U” bertemakan “1 Malaysia: Pendidikan untuk semua”, pada 19 hingga 20 Mac lepas di Pusat Pameran Permata Kuching. Antara peserta terlibat terdiri daripada IPTA, IPTS, Politeknik serta Institusi latihan lain yang tidak melepaskan peluang

UNIMAS sertaiKarnival Pengajian Tinggi Negara 2011

Pelajar UNIMAS Bergabung Perangi Rasuah

untuk menwar-warkan kursus yang ditawarkan oleh institusi pengajian masing-masing kepada pelajar lepasan SPM dan STPM.UNIMAS turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai karnival berkenaan sebagai mempromosi program-program pembelajaran yang ditawarkan di UNIMAS kepada orang ramai.

Karnival itu yang telah dimulai sejak tahun 2005 bertujuan untuk mendidik dan memberi maklumat yang tepat mengenai peluang pendididikan tinggi di Malaysia termasuk cara untuk memohon biasiswa dan pinjaman pendidikan.Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival berkenaan ialah pameran peluang pendidikan tinggi, cabutan bertuah ‘ Jom Masuk U’, cabutan perdana ‘Jom Masuk U’, kuiz ‘Jom Masuk U’, perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling pendidikan, semakan syarat khas kelayakan program, pendaftaran sahabat unit pusat universiti dan liputan radio secara langsung dengan Sarawakfm, dan WaiFm, RTM Kuching.

4

Page 5: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

5

UNIMAS mensasarkan 1,000 orang pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran ke universiti ini menjelang tahun 2015 nanti.Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abd Hamid berkata, oleh itu, pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menarik minat pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran ke UNIMAS.Beliau berkata, antaranya ialah menawarkan wang insentif sebanyak RM500 kepada mereka yang berjaya menarik pelajar antarabangsa melanjut pelajaran ke UNIMAS selain memberi tumpuan kepada usaha melahirkan graduan yang menepati kehendak pasaran kerja.“Buat masa ini, UNIMAS hanya mempunyai 102 orang pelajar antarabangsa dari 22 buah negara mengikuti pengajian di peringkat pasca ijazah dan Sarjana Muda,” katanya semasa berucap pada Majlis Jamuan Malam dan Program Malam Antarabangsa pada 11 Mac lepas.Menurutnya, pelajar antarabangsa di UNIMAS kebanyakan dari negara Indonesia, China, Afrika dan Kyrgyzstan.Beliau turut yakin UNIMAS mampu untuk mencapai sasaran berkenaan memandangkan program pengajian di sana telah dinilai dan mendapat akreditasi dari badan-badan profesional dari dalam dan luar negara.Sementara itu, dalam majlis berkenaan, para hadirin telah dihiburkan dengan pertunjukan pakaian dan persembahan tarian pelbagai negara oleh pelajar antarabangsa dari UNIMAS.

SATU program baru, Ijazah Sarjana Muda Elektrik Kuasa di bawah

Fakulti Kejuruteraan akan diperkenalkan

Unimas sasar 1,000 pelajar antarabangsamenjelang 2015

UNIMAS tambah program ijazah sarjana muda elektrik kuasa

Green Week UNIMAS: promosi kerjaya jurutera

FAKULTI Kejuruteraan UNIMAS telah menganjurkan Minggu Kejuruteraan

elama tiga hari bermula 22 hingga 25 Mac lepas.Minggu Kejuruteraan tersebut merupakan anjuran Student Association Faculty of Engineering Malaysia (SAFE) dan

dalam tempoh terdekat iaitu menjelang 2012 atau 2013 kelak.Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat sejajar dengan permintaan tenaga kerja yang mahir dalam bidang berkenaan di masa hadapan.“Kita yakin ia adalah keputusan tepat untuk berbuat demikian lebih-lebih lagi Sarawak mempunyai banyak projek empangan hidro yang pasti menjanjikan peluang pekerjaan dalam bidang berkenaan,” katanya lagi.Bercakap kepada pemberita dalam

Program Minggu Kejuruteraan dan Kejuruteraan Hijau pada 22 Mac lepas, Prof Dr Wan Hashim menambah, sasaran pengambilan pelajar pertama program itu ialah seramai 50 hingga 100 orang sahaja.Beliau berkata, program itu nanti akan diterajui oleh pensyarah tempatan yang berpengalaman dalam bidang berkenaan.Ujarnya lagi, setakat ini UNIMAS hanya mempunyai seramai 1,500 orang pelajar di Fakulti Kejuruteraan di mana dalam satu tahun, UNIMAS akan melahirkan 300 orang graduan kejuruteraan.

Institute Engineers Malaysia Student Chapter (IEM_SAFE).Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Fatimah Abang.Objektif program itu adalah untuk mempromosikan kerjaya jurutera kepada orang awam selain mempamerkan projek inovasi pelajar kejuruteraan. Selain itu, ia juga sebagai mewujudkan kesedaran tentang alam sekitar yang hijau kepada para peserta.Antara aktiviti yang diadakan seperti gerai karier kejuruteraan, karnival kejuruteraan, program motivasi, pertunjukan kereta hibrid Toyota dan sebagainya.

Page 6: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

76

Kempen derma darah pupuk kesedaran

UNIMAS jadi rakan strategik tempatan

KEMPEN derma darah anjuran Pusat Kesihatan Pelajar UNIMAS

dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada orang ramai termasuk pelajar dan staf UNIMAS.Kempen yang bertemakan ‘ Setitik Darah

UNIMAS berperanan sebagai rakan strategik tempatan kepada Persatuan Sukarelawan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan dalam menjayakan program Kayak Kemanusiaan Jejak Belia Kenyalang 2011. Perasmian pelepasan peserta yang turut disertai oleh pelajar dan staf UNIMAS telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di Mukah pada 12 Mac lepas manakala penutupan dibuat oleh Menteri Muda Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Encik Larry Sng Wei Shieng pada 25 Mac di Tebingan Sungai Kuching.

Boleh Menyelamat Nyawa’ itu diadakan selama dua hari bermula 10 Mac lepas dan berjaya menarik 136 orang sukarelawan yang terpilih untuk menderma darah.Matlamat kempen adalah untuk menjadikan derma darah sebagai satu t a n g g u n g j a w a b bersama di kalangan warga UNIMAS

selain membantu Unit Tabung Darah, Jabatan Patologi Sarawak dalam memastikan stok darah mencukupi untuk kegunaan harian bagi yang memerlukan.Selain itu, pada 8 Mac lepas, turut diadakan Forum Derma Darah Tanggungjawab Bersama yang turut mendapat sokongan

daripada JPK TAZ Unimas. Menurut JPK TAZ UNIMAS, program tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan pelajar selain memupuk sifat prihatin dan penyayang serta sedia-bantu pelajar UNIMAS terhadap golongan yang memerlukan.Adalah diharap dengan adanya kempen sedemikian, akan dapat menerapkan kesedaran, kepentingan dan kebaikan menderma darah dikalangan warga kampus

Ekspedisi berkayak selama dua minggu itu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang amalan kesukarelawan.Selain memberi ruang untuk setiap peserta berkongsi pengalaman dan berkenal-rapat, ekspedisi ini juga membayangkan bahawa kehadiran mereka sedikit sebanyak isu yang mereka cuba ketengahkan, boleh menyentuh perasaan kepada penduduk yang menjadi tempat persinggahan kayak ini.Dalam majlis penutupan, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid berkata UNIMAS sememangnya berbesar hati kerana diberi penghormatan

untuk menjadi rakan strategik tempatan bagi program berkenaan.Beliau memberitahu UNIMAS mengalu-alukan program seumpama itu yang bertujuan membuka minda masyarakat terutama golongan belia dan para pelajar IPT akan peranan mereka sebagai penyumbang kepada usaha kesukarelawan di negara ini.Menurutnya lagi, ia juga sejajar dengan cabaran ketujuh di dalam Wawasan 2020 yang menyentuh tentang melahirkan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang.

Page 7: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

76

Pelancongan perubatan bantu jana industri pelancongan

CoERI Unimasbantu penduduk pedalaman dalam IT

PELAJAR tahun empat dari Program Kejururawatan UNIMAS telah

menganjurkan Persidangan Pelajar Kejururawatan UNIMAS Ke-2 selama dua hari bermula 12 hingga 13 Februari lepas di CTF1 UNIMAS. Persidangan tersebut dilihat sebagai peluang kepada pelajar dan staf jururawat untuk berkongsi pandangan dan pengalaman sekaligus menyumbang kepada idea yang inovatif dalam bidang kejururawatan.

Persidangan tersebut bertemakan “Knowledge and Innovation Towards Quality of Care” dengan jelas menandakan keperluan meneruskan usaha meningkatkan ikhtisas kejururawatan melalui perkongsian pengetahuan dalam penyelidikan dan inovasi untuk menyediakan yang terbaik kepada pesakit-pesakit. Jumlah peserta persidangan juga dilihat meningkat pada kali ini iaitu seramai 500 orang berbanding 350 orang pada tahun lepas. Kualiti jagaan kejururawatan adalah amat penting dalam penjagaan pesakit dan meningkatkan penyampaian sistem penjagaan kesihatan untuk masyarakat.

Sementara itu, semasa majlis perasmian persidangan tersebut, Menteri Pembangunan Infranstruktur dan Komunikasi, Dato Sri Michael Manyin Jawong memuji UNIMAS kerana berjaya mengetengahkan idea dan pengetahuan baru tentang penyediaan penjagaan kesihatan menerusi persidangan berkenaan. Beliau berkata, kualiti kesihatan dan penjagaan perubatan boleh dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri pelancongan di negeri ini. “Ini merupakan iltizam kerajaan kita untuk melihat perkhidmatan penjagaan kesihatan sebagai industri yang boleh menyumbang kepada industri pelancongan negara,” katanya lagi.

DALAM memastikan penduduk luar bandar terutama sekali di kawasan pedalaman Sarawak mendapat peluang menggunakan ICT, tiga telecentre di luar bandar

telah diberikan komputer riba iDOLA untuk penggunaan mereka. Penyampaian komputer riba iDOLA tersebut telah diserahkan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah Haji Yusof pada majlis Penyerahan Komputer Riba iDOLA 1Malaysia kepada Centre Of Excellence For Rural Informatics (CoERI) dan Pertubuhan-Pertubuhan Belia Sarawak di UNIMAS pada 10 Februari lepas.CoERI UNIMAS telah meneraju inisiatif untuk menubuhkan telecentre di luar bandar seperti di Bario, Larapan dan Long Lamai. Pada upacara itu, lapan kumpulan mewakili belia-belia di Sarawak juga menerima komputer riba iDOLA.Dalam ucapannya, Datuk Fadillah berkata, dengan adanya komputer riba iDOLA tersebut akan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar sekaligus meningkatkan teknologi tempatan.“Setiap pertubuhan hari ini diberi sekurang-kurangnya lima buah komputer riba mengikut keperluan mereka. Saya harap mereka akan menggunakannya untuk mempelajari lebih banyak tentang teknologi maklumat (IT),” katanya.Dalam ucapannya beliau turut memuji CoERI UNIMAS kerana telah mengharumkan nama universiti ini dengan memenangi banyak anugerah perdana teknologi maklumat daripada kerajaan Malaysia.Beliau memberitahu kejayaan CoERI mendirikan telecentre di kalangan masyarakat terpencil di Bario juga telah diiktiraf oleh Society of Satellite Professionals dari Amerika Syarikat.Katanya, telecentre ini telah banyak membantu masyarakat tempatan di bidang komunikasi, pembelajaran,e-Perdagangan, kesihatan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Page 8: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

98

TAHUN 2011 menyaksikan UNIMAS akan terus berkembang dari segi prasarana, kapasiti, dan juga kualiti dalam usaha

mencapai status sebuah universiti yang menjadi pilihan, sentiasa berpandangan jauh, dinamik dan terus berperanan sebagai peneraju dalam bidang keilmuan, kesarjanaan, penyelidikan dan inovasi.Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid dalam perutusan 2011 berkata tahun ini merupakan tahun penting mengerakkan segala perancangan dan strategi dalam usaha meningkatkan pencapaian dan sumbangan kepada bangsa dan negara. “UNIMAS bukan sekadar boleh berbangga sebagai satu mercu tanda gedung ilmu yang berdiri megah di Kota Samarahan, tetapi juga dapat melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan mempunyai peribadian yang mulia sejajar dengan keperluan modal insan negara,” katanya.Prof.Datuk Dr Khairuddin berkata bukanlah masanya untuk semua memikir atau merencana sesuatu sebaliknya adalah tiba masanya untuk mengorak langkah dan melaksanakan apa yang dirancang sebelum ini.“Jadikan 2011 sebagai tahun yang akan melonjak UNIMAS ke tahap pencapaian yang gemilang dan luar biasa. Saya percaya dan yakin bahawa jika kita beri tumpuan sepenuh tenaga dan

Prof.Datuk Dr Khairuddin :

“2011.. masa untuk bergerak.”

Page 9: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

98

Naib Canselor Unimas beramah mesra dengan staf Unimas selepas merasmikan Amanat NC dan Pelancaran PerformMS InMinds dan IRIS.

fikiran terhadap segala yang kita telah rancangkan, sudah pasti segala yang kita cita-citakan akan tercapai,”sambungnya lagi.Beliau turut yakin dengan semangat juang, kesetiakawanan, integriti dan memupuk budaya kerja terbaik, maka UNIMAS akan mencapai tahap kecemerlangan dan seterusnya mampu diiktiraf sebagai universiti penyelidikan pada tahun 2015. Selain itu, katanya, sebagai tahun permulaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), tahun 2011 dilihat waktu yang tepat buat institusi pengajian tinggiuntuk membantu mentransformasikan Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi dengan menyumbang kepada pengeluaran modal insan berkualiti, berilmu tinggi dan inovatif. Justeru,beliau menyeru semua warga UNIMAS untuk sama-sama menyokong dan menyumbang untuk merealisasikan visi negara tersebut. “Dalam konteks ini, UNIMAS akan terus memainkan peranan dan bertindak sebagai peneraju dalam semua aspek pengajian tinggi di rantau ini. “Kita percaya dengan penawaran program pengajian yang berkualiti, tenaga pengajar yang berkelayakan, prasarana yang lengkap dan khidmat sokongan yang berkesan, maka para graduan UNIMAS akan bersedia untuk menghadapai persaingan pekerjaan bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.”Dalam perutusan sama, beliau turut berterima-kasih dengan semua staf dan pelajar UNIMAS kerana banyak berkorban dan mencurahkan khidmat yang terbaik sehingga dapat mencapai kejayaan serta kemajuan yang boleh dibanggakan setakat ini. Beliau turut menasihati semua staf supaya menjaga kesihatan dan kebajikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat kerana kemajuan sesebuah universiti itu amat bergantung kepada keupayaan dan kesejahteraan staf dan pelajarnya.

Page 10: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

LEBIH lapan ratus pelajar dan staf UNIMAS memeriahkan Pesta Tahun Baru Cina Peringkat UNIMAS 2011 yang

diadakan pada 21 Januari lepas.Tujuan pesta tersebut diadakan adalah untuk merai dan mempromosi perayaan Tahun Baru Cina dan memupuk nilai-nilai tradisi budaya masyarakat Cina Malaysia di kalangan warga Unimas.Timbalan Naib Canselor, Dr Peter Songan dalam ucapan ringkasnya berbangga dengan penganjuran pesta berkenaan yang dilihat boleh mengeratkan hubungan antara seluruh warga UNIMAS yang berbilang kaum, budaya dan agama.

Katanya, penganjuran pesta itu juga menggalakkan persefahaman dan perpaduan sesama warga UNIMAS serta melatih ahli jawatankuasa yang terdiri dari pelajar tentang kemahiran pengurusan acara majlis dan akan dapat melahirkan pelajar yang berdikari, berpengalaman dan kompeten “ Perasaan takut, syak-wasangka dan sebagainya datang daripada kejahilan. Justeru itu, kita perlu berusaha untuk saling-mengenali orang-orang disekeliling kita dengan memahami adat, budaya dan agama mereka,” katanya.Menurut beliau, pesta itu juga selaras dengan tujuan misi dan visi rakyat 1Malaysia iaitu ingin terus hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Antara acara menarik diadakan sepanjang seperti persembahan nyanyian dari dari penyanyi jemputan, Strella Rao dan persembahan tarian dari “Qun Yin” (studio terkenal dengan persembahan tarian tradisional dari Kuching).

10

TBCdisambut meriah

Datuk T.Murugiah: Pujian Buat UNIMAS

SAMBUTAN ‘Ponggal Night’ UNIMAS pada 19 Februari lepas mendapat pujian daripada Timbalan Menteri

di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah yang beranggapan ia adalah paling terbaik berbanding sambutan sama di tempat lain di negara ini.“ Kita harus mengekalkan suasana keharmonian sedia ada dan oleh itu,kita harus baik dengan semua pihak dan jangan ada sikap perkauman antara kita,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan berkenaan di Dewan UNIMAS Kampus Timur.Sambutan perayaan tersebut turut dihadiri oleh dan Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid turut berperasaan yang sama dengan memberitahu meskipun jumlah pelajar India di Unimas adalah kecil, namun semangat juang mereka besar.“ Sungguhpun jumlah begitu kecil di sini, namun mereka bersatu dan saya berani katakan penganjuran perayaan Ponggal antara yang terbaik pernah dilakukan oleh pelajar Unimas,” katanya lagi.Pelbagai rentak dan muzik tari kebudayaan kaum India dipersembahkan dalam sambutan perayaan ‘Ponggal Night’, anjuran pelajar kaum India UNIMAS tersebut.Sehingga kini, jumlah pelajar berbangsa India di Unimas adalah seramai 219 orang dan antara persembahan yang diadakan pada malam tersebut seperti tarian, persembahan nyanyian, persembahan fesyen, seni mempertahankan diri dan sebagainya oleh pelajar UNIMAS.

Page 11: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

11

Ceramah Maulidur Rasul UNIMAS

UNIMAS bantu tabung darah HUS

UNIMAS telah menghantar kontinjen bagi menyertai perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak sekitar kawasan Samarahan.Dalam perarakan tersebut, kontinjen UNIMAS Kolej Bunga Raya UNIMAS telah terpilih memenangi tempat pertama dalam pertandingan sepanduk sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 dan piala.Sementara itu, UNIMAS turut menganjurkan ceramah khas dan dialog cendekiawan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 2011 pada 15 Februari lepas bertempat di Dewan Kuliah CTF1, UNIMAS.Seramai lebih 500 orang pelajar dan staf UNIMAS, pelajar UiTM dan IPTAR mengikuti program tersebut yang telah

menjemput penceramah terkenal yang juga pakar dalam bidang perubatan dari Indonesia, Dr H.Aswin Rose bin Yusuf.Tujuan ceramah itu diadakan sebagai pengisian sambutan Maulidur Rasul tahun 2011 peringkat UNIMAS.Aktiviti sampingan yang diadakan ialah bacaan ayat suci Al-Quran oleh wakil pelajar UNIMAS dan dialog cendekiawan yang dipengerusikan oleh wakil delegasi iaitu Dr Mohamad Hamadan.Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi, Prof Madya Dr Othman Bojo mewakili Naib Canselor UNIMAS, dekan-dekan, ketua-ketua jabatan agensi kerajaan di sekitar Samarahan dan sebagainya.

PUSAT kesihatan Pelajar Unimas dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Umum Sarawak telah mengadakan kempen derma darah pada 1 dan 2 Mac 2011 bertempat di Bilik Aktiviti aras G Bangunan PKP, Kampus Barat, UNIMAS.

Aktiviti tersebut yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang telah mendapat sambutan yang amat mengalakan daripada para siswa dan siswi termasuklah para staf Universiti.Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan Pusat Kesihatan Pelajar dan diadakan dua kali setahun dengan tujuan meningkatkan kesedaran dikalangan para siswa/siswi dan para staf tentang kepentingan menderma darah selain dapat membantu pihak tabung darah dalam menghadapi kekurangan stok darah di hospital. Dalam usaha mengalakan para siswa untuk menderma darah, pihak Pusat Kesihatan Pelajar turut mengedarkan brosur tentang kempen tersebut di kolej-kolej kediaman dan Fakulti bagi mempromosikan kempen tersebut.

UNIMAS menerusi Projek Ikan Lumba-Lumba Sarawak, mengambil satu langkah ke hadapan dalam berjuang mengatasi ancaman-ancaman untuk setasea pantai di rantau ini melalui satu bengkel serantau yang diadakan di Pusat Peranginan Permai Rainforest pada 22 hingga 24 Februari lepas.Bengkel tersebut yang disertai oleh 30 orang penyelidik dari rantau Asia mensasarkan perbincangan mengenai langkah dalam menentu dan menjumlahkan ancaman-ancaman untuk populasi setasea pantai. Melalui teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Naib Canselor, Profesor Dr Mohd Fadzil Abdul Rahman, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata projek ikan lumba-lumba UNIMAS di bawah Institut Kepelbagaian Biologi dan Alam Sekitar (IBEC) UNIMAS diasaskan pada tahun 2008 telah mengambil pendekatan berkaitan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi, Profesor Universiti Texas A&M, dan editor bersama ‘Ensiklopedia Mamalia Laut’, Professor Bernd Wursig, Pengarah ‘Asia Freshwater and Coastal Cetacean for Wildlife Conservation Society’, Encik Brian Smith.

(Dari kiri) Prof Dr Mohd Fadzil Abdul Rahman, Dr Abdul Rahman Junaidi sedang berbincang mengenai masa depan ikan lumba-lumba bersama-sama dengan Wursig dan Smith.

Penyelidik cari jalanlindungi ikan lumba-lumba

Page 12: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

12

BERBEKALKAN slogan ‘Mengoptimumkan Sinergi Kebangkitan Mahasiswa’, Muhammad Mus’ab Muzahar dari Fakulti Sains Sosial (FSS) terpilih menerajui

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai Yang DiPertua MPP Unimas bagi sesi 2010/2011.Penuntut tahun satu itu bersama-sama sebelas lagi rakan dan barisan MPP lain terpilih mengganggotai MPP kali ini selepas berjaya menandingi saingan lain dalam proses pemilihan MPP baru yang diadakan di Unimas pada 2 Mac 2011.Muhammad Mus’ab terpilih bersama-sama Naib Yang DiPertua, Hwong Yie Hahn, Siti Fairus Yahaya (Setiausaha Agung), Faznur Fateh bt Firdaus@Nicholas (Bendahari Kehormat), Muhamad Ikram bin Jalil (Exco Protokol, Perhubungan Awam dan Antarabangsa), Famila Farvin bt Ghulam Dastaghir (Exco Pembangunan Sahsiah dan Modal Insan), Muhd Ruhaizat Rusli (Exco Kesihatan, Sukan dan Rekreasi), Ahmad Syafiq Haqim bin Sarip (Exco Akademik dan Kaunseling), Jasmin bt Mazelan (Exco Pengangkutan, Penempatan dan Keselamatan), Leong Sin Ye (Exco Kesenian, Kebudayaan dan Perpaduan), Lyon Mackenzie ak Louis (Exco Kerjaya, Keusahawanan dan Inovasi) dan Hazman bin Awang Kechik (Exco Publisiti dan Multimedia).Kedua-dua belas MPP yang baharu dilantik tersebut telah melakukan majlis penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah MPP di hadapan Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan dan Timbalan-timbalan Dekan Unimas.MPP yang baru telah mengariskan empat perkara utama untuk diperjuangkan iaitu kebajikan pelajar Unimas, perpaduan di kalangan pelajar dan pihak universiti, pembangunan jati diri pelajar berlandaskan prinsip moral dan melahirkan mahasiswa yang ‘Inclusive’.Sebelum itu, Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid menasihati barisan MPP Unimas baru supaya memanfaatkan perlantikan berkenaan dengan berusaha ke arah peningkatan kesedaran mahasiswa tentang isu isu setempat, negara dan antarabangsa. “ MPP dilihat sebagai organisasi tinggi mahasiswa di dalam Unimas yang boleh menjadi jambatan penghubung antara mahasiswa dan universiti ini.“ Manfaatlah peluang dan kepercayaan ini dengan memahami visi dan misi anda dan Unimas sendiri selain berusaha menarik kesedaran dan minat mahasiswa lain dalam program yang dianjurkan oleh Unimas,” katanya lagi.

MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin telah

melawat projek pembangunan Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 12 Mac lepas.Lawatan beliau ke UNIMAS telah diiringi bersama oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS,Datu Dr Hatta Solhi, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid dan dekan-dekan UNIMAS lain. Dalam lawatan tersebut, Datuk Mohamed Khaled dan rombongan diberi taklimat ringkas mengenai projek berkenaan yang dikatakan melibatkan kos sebanyak RM180 juta dan dijangka siap pada Mac tahun 2012.

Ikrar MPP UNIMAS

Fakulti Perubatan UNIMAS siap tahun 2012

Page 13: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

13

MEMORANDUM Persefahaman (MoU) telah terjalin di antara

UNIMAS dan Aizo Digitalworks Sdn Bhd pada 28 Februari lepas bertempat di Panggung Eksperimen, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) Unimas dalam usaha sama untuk membuka ruang perhubungan jalinan industri kreatif dan perkongsian pintar.MoU tersebut disaksikan bersama oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah Haji Yusof dan Menteri Perumahan dan Perancangan

AUDITORIUM Cais dan DK CTF2 UNIMAS bergegar selama dua

hari sempena dengan Konvensyen Transformasi Muzik dan Kemanusiaan 2011 pada 26 hingga 27 Februari lepas.Dengan kemasukan percuma, konvensyen itu ternyata menarik ramai pengunjung sehinggakan dua hari persembahan dibuat, dilihat masih ada pengunjung yang belum berpuas hati untuk bergembira.

UNIMAS menterai MoU dengan Aizo Digitalworks

Konvensyen Transformasi Muzikdan Kemanusiaan 2011

Bandar, Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg.MoU itu adalah selama tiga tahun melibatkan FSGK UNIMAS dan ia akan memberi kesan terhadap penghasilan tenaga kerja mahir di samping memperkembangkan industri kreatif di Malaysia.UNIMAS telah diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab.Hamid

manakala Aizo Digitalworks diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari.Prof.Dr.Khairuddin dalam ucapan ringkasnya berbesar hati dengan MoU berkenaan yang dilihat dapat membantu UNIMAS mencapai status penyelidikan dengan jayanya.Beliau berkata MoU berkenaan turut menampakkan program animasi UNIMAS maju setapak dengan adanya kerjasama dengan industri kreatif serta selari dengan

tren masa kini.Sementara itu, Datuk Haji Fadillah Yusof berkata kerjasama itu dapat mendedahkan pelajar UNIMAS kepada proses dan pengalaman dalam menjalankan inovasi melalui pendedahan secara langsung dengan pihak daripada bidang industri kreatif.Beliau memberitahu ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan pengeluaran kandungan kreatif tempatan di mana kerajaan melalui MOSTI telah menyediakan kemudahan dana yang diurus oleh Suruhanjaya Pembangunan Multimedia (MDEC).

Konvensyen anjuran Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010 itu juga mendapat kerjasama daripada Al Farabi Band dan Aqsa Syarif Sdn Bhd.Antara kumpulan dan individu yang dijemput memeriahkan konvensyen tersebut ialah Al-Farabi band, Dj Ridz Slumber Muzik FM, Pengasas Jabatan Muzik IPTA Malaysia, Pangiran Isteri Hajah Fakhariah Datuk Lokman,

Pengarah Palestine Center of Exellence, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor dan Ketua Land Convoy Aqsa 2 Gaza, Prof Madya Dr Mohd Zin.Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Dr Hasnizam Abdul Wahid.

Page 14: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

14

DR Ting Su Hie dari Pusat Pengajian Bahasa telah dipilih menjawat jawatan Presiden Majlis Eksekutif Persatuan UNIMAS (PPAU) bagi penggal 2010/2011 yang baru.

Jawatan Timbalan Presiden dijawat oleh Prof Madya Dr. Hj. Kamarudin Kana dari Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Puan Siti Haslina Hussin (Bendahari), Puan Noor’Ain Aini (Setiausaha), Dr. Azham Zulkharnain (Timbalan Setiausaha).

Manakala barisan exco PPAU pula dijawat oleh Dr. Samuel Lihan, Puan Irma Yazreen, Prof Madya Dr. Khairul Aidil Azlin Abdul Rahman, Dr. Sh Sophia Wan Ahmad, Dr. Ramlah Zainuddin dan Dr. Nur Afifah Vanitha Abdullah.

Pemilihan tersebut dibuat selepas mendapat keputusan majoriti dari ahli PPAU yang telah mengadakan mesyuarat Agung Tahunan ke-8 pada 9 Feruari 2011 bertempat di Central Teaching Facility 2, Bilik Seminar 1, UNIMAS.

Sebelum majlis pemilihan tersebut diadakan, mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden PPAU untuk sesi 2009/2010 serta ucapan penghargaan kepada ahli-ahli yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung ke-8 PPAU.

Di antara intipati mesyuarat tersebut ialah pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu, laporan aktiviti PPAU sepanjang tahun 2010 sehingga awal 2011 dan laporan kewangan PPAU .

EMPAT Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UNIMAS telah menyertai Sesi Perkongsian Maklumat : Amalan

Terbaik (Best Practices) Projek-Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UNIMAS 2010 yang telah diadakan pada 23 Februari 2011 di Auditorium Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), UNIMAS.

Antara KIK tersebut ialah Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Musia (FSKPM), Fakulti Sains Sosial (FSS) dan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK).

Menurut Ketua Bahagian Jaminan Kualiti, Profesor Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi Mohd Zain sesi berkenaan bertujuan untuk menjadi wadah perkongsian projek-projek KIK yang telah dijalankan bersama pihak Pusat Tanggungjawab (PTj) yang lainselain memberi peluang kepada PTj lain memahami projek-projek KIK yang telah dijalankan. Beliau juga menekankan bahawa kumpulan sasaran untuk aktiviti KIK ini adalah staf-staf kumpulan sokongan dan dipimpin oleh staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Selain daripada menyelesaikan masalah di tempat kerja, objektif utama KIK UNIMAS ialah untuk meningkatkan skil warga UNIMAS seperti pengucapan awam, tugasan berpasukan, membuat keputusan berasaskan data dan lain-lain boleh dicapai melalui penglibatan dalam aktiviti KIK.

Pembentangan projek KIK turut diadakan dengan dimulai Projek KIK FSKPM – UNISIFA, “Kesukaran Proses Penyediaan Surat Pelajar, diikuti dengan Projek KIK PKMA – i-Solution yang mengetengahkan tajuk “Proses Penyelenggaraan PC di Makmal Komputer Mengambil Masa Yang Lama”, Projek KIK FSS – Inspirasi FSS membentang tajuk projek “Kelewatan Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir” dan ditutup dengan kemas oleh persembahan Projek KIK FSGK, “Pengurusan Hasil Karya Pelajar Yang Terbiar”.

Barisan baru PPAU 2010/2011

Amalan terbaik KIK UNIMAS 2010

Page 15: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

15

KUMPULAN Lucky Strike muncul sebagai johan setelah menundukkan

empat kumpulan lain dalam pertandingan boling Fakulti Sains Sosial (FSS) 2011 yang telah diadakan pada 25 Februari lepas di Pusat Boling UNIMAS.Kumpulan tersebut yang mewakili Program Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, mendapat kutipan mata keseluruhan sebanyak 992 mata.Tempat kedua pula dimenangi oleh Kumpulan PIR yang mewakili Program

Lucky StrikeJohan Boling FSS 2011

Bentuk pasukan bolasepak UNIMAS yang kuat

Kajian Politik dan Pemerintahan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Mix Zone yang mewakili Program Kajian Antarabangsa dan Kajian Khidmat Sosial.Pemenang High Game bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh Stanley Bye Kadam Kiai dengan jumlah jatuhan pin 155 dan Siti Haslina Hj Hussin bagi Kategori Wanita dengan jumlah jatuhan pin 146.

SUASANA padang bolasepak kampus timur UNIMAS ‘banjir’ dengan kehadiran staf UNIMAS yang berlumba-lumba

untuk mencuba bakat bermain bolasepak di dalam sesi pemilihan pemain UNIMAS tahun ini.Sesi pemilihan pemain bolasepak UNIMAS merupakan anjuran Kelab Bolasepak UNIMAS bagi mencari bakat dan pemain baru untuk mewakili UNIMAS dalam pertandingan bolasepak liga Samarahan 2011 kelak.Sesi pemilihan telah diadakan selama dua hari bermula 16 hingga 18 Februari lepas dengan tujuan melahirkan pemain muda yang berbakat di dalam bolasepak sekaligus membentu pasukan bolasepak UNIMAS yang mantap dan kuat dalam menghadapi mana-mana pertandingan bolasepak yang disertai kelak.

Page 16: Ketua Editor -  · PDF filemendedahkan pelajar tentang kesan buruk ... Politeknik serta Institusi latihan lain ... dijadikan pelancongan perubatan dan sebagai sebahagian industri

16

Tajuk : Rajahs and RebelsPenulis : Robert Pringle Harga : RM84.00 Tahun : 2010

Sinopsis: Sinopsis: Buku in berkisar tentang sebuah kerajaan kolonial di Pulau Borneo yang diketuai oleh seorang pengembara British dan keturunannya yang dikenali sebagai “Rajah Putih” Sarawak. Ia mengisahkan tentang hubungan unik yang wujud diantara Pemerintah ini dan sebuah kaum tempatan yang terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya pada waktu itu, iaitu kaum Iban, yang merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak sehingga ke hari ini. Buku Rajahs and Rebels (Rajah dan Pemberontak) ini merupakan hasil kolaborasi antara seorang pelajar PhD daripada Amerika Syarikat pada tahun 1960an dan bakal kurator Muzium Sarawak pada waktu itu, iaitu saudara Benedict Sandin. Terbitan pertama buku ini adalah pada tahun 1970 oleh Cornell University. Bagi terbitan kedua oleh Penerbit UNIMAS, penulis Robert Pringle, yang telah bersara sebagai Duta Amerika Syarikat ke beberapa buah negara di Afrika dan Asia Tenggara selama lebih 30 tahun, telah berbesar hati mencoretkan pengenalan baru khas bagi terbitan oleh UNIMAS.

Tajuk : Kata-kata Pujian dan Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar Penulis : Rusli Ahmad, Abang Ishar Abang YamanHarga : RM 23.00 Tahun : 2010

Sinopsis: Dorongan dan motivasi melalui kata-kata yang diucapkan dari hati yang ikhlas dan tulus oleh ibu bapa atau mana-mana pihak lain mampu mendorong minat dan kesungguhan untuk belajar di kalangan pelajar. Pandangan ini disokong oleh pelbagai teori berkaitan pembelajaran dan motivasi yang pernah dilahirkan sebelum ini. Bagi penganut Islam, kata-kata rangsangan yang dilafazkan oleh ibu bapa adalah umpama doa untuk kejayaan anak-anak mereka. Dengan melihat kepada beberapa orang pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar cemerlang, buku ini merakamkan pelbagai kata-kata, terutama kata-kata berbentuk pujian dan nasihat yang dipercayai mampu memberikan dorongan dan motivasi untuk membentuk pelajar yang cemerlang. Ia turut membincangkan tentang kata-kata berbentuk rangsangan, khususnya kata-kata nasihat, dan kepentingannya dalam meningkatkan prestasi pelajar di dalam peperiksaan. Diharapkan apa yang dipaparkan dalam buku ini akan dapat dikongsi dan dipraktikkan dengan penuh yakin oleh ibu bapa dan semua pihak demi

BUKU TERBITAN UNIMAS

*** Sebarang pesanan buku mahupun pertanyaan mengenai koleksi buku terbitan boleh menghubungi:

Bahagian Penerbitan UNIMASTingkat5, Bangunan CAUHUniversiti Malaysia Sarawak94300, Kota SamarahanTel: 082-581159/581157 Faks:082-581919