dari meja editor

12
“Semangat setinggi Gunung Kinabalu” Jauh perjalanan, luas permandangan Ikuti perkongsian serta pengalaman En. Sintiah Samanding ketika beliau menghadiri Forum Tetap di New York, Amerika Syarikat pada bulan April yang lalu. Muka Surat 10 2 – 3 CERITA KITA 4 – 6 Laporan dari komuniti 7 – 9 Laporan dari Program di PACOS 10 Mari gia dengar.. 11 Aktiviti akan datang/Lain – lain Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan! Dalam edisi Makitaak bulan ini, kita akan mendengar cerita menarik mengenai pengalaman seorang belia Orang Asal mengongsikan pengalaman neneknya, seorang Bobolian. Di dalam edisi ini juga kita bersama dengan wakil Orang Asal dari Sabah berkongsi pengalaman semasa beliau menghadiri Persidangan Tetap di Ibu Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat. Bagi pihak PACOS, kami di Makitaak ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Kaamatan kepada semua Orang Asal di Sabah! Semoga semangat bambarayon akan terus bersama di dalam perjuangan, kekeluargaan, persahabatan dan kejiranan di hari yang istimewa ini. Kami di PACOS juga ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan, kepada mereka yang terkorban dalam trajedi gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun yang lalu. Selamat membaca! Sidang media PACOS 2015 Rakan Membangun Masyarakat (PACOS) April – Jun 2015 - Dari Meja Editor - Makitaak adalah satu risalah penerbitan PACOS. Nama Makitaak diambil dari ayat dialek komuniti daerah Paitan, di kawasan Ulu Kinabatangan, Sabah. Ia merujuk kepada adat berkongsi di dalam komuniti sama ada dari segi makanan, tenaga kerja atau idea. Reka bentuk motif tradisi yang digunakan dalam logo ini berasal dari suku kaum Murut yang dipanggil “Nantuapan” atau “Pertemuan”. Ia menggambarkan empat orang, dua lelaki dan dua wanita, sedang minum tapai(minuman tradisi) dari satu tempayan yang sama melalui semangat “Makitaak”. Isi Kandungan

Upload: lamquynh

Post on 20-Dec-2016

269 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dari Meja Editor

“Semangat setinggi Gunung Kinabalu” Jauh perjalanan, luas permandangan

Ikuti perkongsian serta pengalaman En. Sintiah Samanding ketika beliau menghadiri Forum Tetap di New York, Amerika Syarikat pada bulan April yang lalu.

Muka Surat 10

2 – 3 CERITA KITA

4 – 6 Laporan dari komuniti

7 – 9 Laporan dari Program di PACOS

10 Mari gia dengar..

11 Aktiviti akan datang/Lain – lain

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan!

Dalam edisi Makitaak bulan ini, kita akan mendengar cerita menarik mengenai pengalaman seorang belia Orang Asal mengongsikan pengalaman neneknya, seorang Bobolian. Di dalam edisi ini juga kita bersama dengan wakil Orang Asal dari Sabah berkongsi pengalaman semasa beliau menghadiri Persidangan Tetap di Ibu Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat.

Bagi pihak PACOS, kami di Makitaak ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Kaamatan kepada semua Orang Asal di Sabah! Semoga semangat bambarayon akan terus bersama di dalam perjuangan, kekeluargaan, persahabatan dan kejiranan di hari yang istimewa ini.

Kami di PACOS juga ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan, kepada mereka yang terkorban dalam trajedi gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun yang lalu.

Selamat membaca!

Sidang media PACOS 2015

Rakan Membangun Masyarakat (PACOS) April – Jun 2015

- Dari Meja Editor -

Makitaak adalah satu risalah penerbitan PACOS. Nama Makitaak diambil dari ayat dialek komuniti daerah Paitan, di kawasan Ulu Kinabatangan, Sabah. Ia merujuk kepada adat berkongsi di dalam komuniti sama ada dari segi makanan, tenaga kerja atau idea. Reka bentuk motif tradisi yang digunakan dalam logo ini berasal dari suku kaum Murut yang dipanggil “Nantuapan” atau “Pertemuan”. Ia menggambarkan empat orang, dua lelaki dan dua wanita, sedang minum tapai(minuman tradisi) dari satu tempayan yang sama melalui semangat “Makitaak”.

Isi Kandungan

Page 2: Dari Meja Editor

2

BOBOHIZAN / BOBOLIAN ITU PENTING!

Di zaman arus kemodenan ini, kita secara perlahan-lahan melupai adat,

tradisi dan budaya kita khususnya kepada generasi muda. Kita ditenggelami

dengan sains dan teknologi yang semakin membangun dengan pesatnya,

mempengaruhi kita untuk membuat pilihan ke atas alam kemodenan atau

pengetahuan-pengetahuan tradisi Orang Asal yang diwariskan kepada kita.

Salah satu pengetahuan tradisi yang semakin dipinggirkan adalah perubatan

tradisional dengan menggunakan pengetahuan dan kebijaksanaan seorang

Bobolian. Kebanyakan masyarakat sekarang lebih merujuk kepada

perubatan moden melalui doktor-doktor profesional dan hanya segelintir

sahaja masyarakat yang akan merujuk dengan pengamal ubatan tradisi ini.

Melalui pengalaman saya dari kecil hingga sekarang, saya mula terdedah

dengan perubatan tradisional apabila adik saya yang ke-empat dilahirkan

dalam keadaan cacat di mana kakinya bukan normal seperti bayi yang lain. Ibu

bapa saya merujuk kepada nenek saya terlebih dahulu sebelum ke hospital. Nenek saya

memberi arahan kepada bapa saya untuk mencari seekor anak katak di tengah-

tengah hutan dalam tempoh seminggu dan mengikat anak katak tersebut di kaki

adik saya. Satu keajaiban telah berlaku apabila dalam masa sebulan, kaki adik

saya pulih dan kembali dalam keadaan normal secara perlahan-lahan tanpa

merujuk kepada perubatan moden.

Ini telah meyakinkan saya bahawa betapa pentingnya untuk kita

menjaga dan mengekalkan ilmu perubatan tradisional ini.

Keyakinan terhadap pengetahuan ini dapat diperolehi apabila

seseorang tersebut mengalaminya sendiri dan melalui

perkongsian antara satu sama lain.

Pengalaman saya sebelum ini, apabila nenek saya

mengamalkan perubatan tradisional dengan melakukan

beberapa upacara seperti “Mamagambil”, “Moguhok” dan

“Mangambao” apabila menyembuhkan seseorang pesakit.

Bobolian dari suku kaum Dusun di Tombotuon dengan pakaian

tradisinya.

Nullam suscipit neque in ligula. Duis lectus. Curabitur ornare, magna iaculis sodales placerat, nisi tellus sollicitudin sapien, eu cursus pede justo

ut nulla. Nullam in magna adipiscing ipsum fringilla iaculis.

CERITA KITA…. Karya Penulisan dari aspek kehidupan Orang Asal

Penulis : Cik. Lindu Livan Kg. Rosok, Kota Belud

Page 3: Dari Meja Editor

3

“Mamagambil” merupakan upacara perubatan tradisional yang dibuat untuk memanggil

“Tombilon” yang bermaksud “Great Spirit” (Semangat yang Agung), menjawab panggilan dalam upacara

Mamagambil. Tombilon yang biasanya akan terpanggil dalam Mamagambil adalah dinamakan “Himbou” ataupun

“malaikat di langit” untuk melihat kesakitan seseorang.

Mamagambil ini biasanya dilakukan oleh seorang “Pagambil” ataupun dikenali sebagai “pemanggil malaikat di langit” melalui bahasa Himbou. Himbou ataupun malaikat di langit merupakan malaikat-malaikat yang mempunyai penglihatan dan kuasa pemyembuhan yang sangat luar biasa.

Menurut nenek saya, Himbou juga mempercayai bahawa wujudnya “Kinorohingan” ataupun Tuhan yang sangat berkuasa di alam ini.

Dalam bahasa Malaysia, maksud “Moguhok”

adalah merawat kesakitan seseorang dengan

berkomunikasi dalam bentuk rinait, nyanyian

yang khusus untuk merawat kesakitan tersebut. Moguhok digunakan untuk menyembuhkan kesakitan dalaman

seperti sakit perut, sakit kepala, gatal-gatal, sakit bengkak, kaki ataupun tulang terseliuh dan penawar kepada

gigitan serangga.

Bobolian akan menggunakan beberapa jenis bahan untuk berkomunikasi dengan kinorohingan, seperti kapur

sirih, kain hitam, minyak dan tumbuh-tumbuhan herba. Kegunaan bahan ini berbeza mengikut jenis kesakitan

yang dialami oleh pesakit.

Faktor yang paling penting dalam Moguhok adalah nyanyian jampi di mana seseorang Bobolian diwajibkan untuk menyanyikan setiap rinait tanpa henti sebanyak tujuh kali. Bobolian melakukan upacara Moguhok dalam tiga cara iaitu “Opuhan” bermaksud menyapu dengan kapur sirih, “Kotigogon” yang bermaksud mengurut dan “Puruton” yang bemaksud memungut.

Seperti Mamagambil, Mangambao juga dilakukan dengan tujuan untuk menyembuhkan penyakit dalaman

seseorang dengan mendapatkan roh si pesakit yang telah di ambil oleh “rogon taraat” atau “semangat jahat”.

Selain itu, Mangambao dilakukan untuk melindungi sesebuah rumah atau sesuatu tempat dengan berkomunikasi

dengan semangat-semangat yang kemungkinan besar tinggal bersama dengan kita di dalam rumah dan juga

berkomunikasi dengan semangat-semangat tanah, sungai, pokok dan hutan.

Kebijaksanaan dan pengetahuan tradisional ini adalah sangat penting yang harus kita jaga daripada pupus serta

hilang di dunia. Maka, saya ingin membawa pembaca untuk membuat renungan yang mendalam tentang

bagaimana kita sebagai Orang Asal dapat mengekalkan ilmu pengetahuan tradisi ini untuk kesinambungan

generasi yang akan datang terutamanya kepada para belia Orang Asal.

CERITA KITA….

Upacara menyembelih seekor ayam sebagai tanda kesyukuran dilakukan oleh Bobolian dari suku kaum Lotud semasa

Perayaan Hari Orang Asal SeDunia 2011 di KDCA, Penampang. Sumber gambar - COAC

Page 4: Dari Meja Editor

4

Isu Hutan Simpan Pada 12 April yang lalu, Pertubuhan Rakyat Alab Lanas bersama komuniti telah datang ke Mahkamah Anak Negeri daerah Sook berkenaan dengan kes saman adat terhadap Jabatan Perhutanan Sook. Kes ini telah ditunda oleh kerana perlantikan baru Ketua Daerah En. Mansingil Alingos di daerah ini yang memerlukan masa untuk meneliti latar belakang kes tercebut. Komuniti juga menerima penangguhan ini oleh kerana masih berpantang (berkabung) atas kehilangan salah seorang pejuang tanah adat mereka, mantan Pengerusi PR, mendiang Rumanib Amil. Tarikh baru kes ini belum lagi diputuskan.

Memperkasakan Bahasa Warisan

Beberapa wakil komuniti di setiap zon masing-masing telah menghadiri satu forum mengenai pendidikan bahasa warisan untuk prasekolah, diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 7 - 8 April yang lalu. Hasil daripada pembelajaran semasa forum ini, mereka dapat memantapkan kesedaran mereka bahawa pentingnya bertutur/mendidik kanak-kanak mereka menggunakan bahasa warisan sebagai bahasa pertama sejak dari kecil lagi. Mereka juga telah membeli sebuah buku kurikulum bahasa warisan yang boleh dijadikan sebagai contoh untuk menghasilkan buku kurikulum dalam bahasa mereka sendiri. Banyak cabaran dan halangan dalam menggunakan bahasa warisan sebagai bahasa pertama kepada kanak-kanak masa kini kerana ibubapa sendiri tidak menggunakan bahasa warisan apabila bertutur dengan anak-anak kecil mereka. Oleh itu, Peranan ibubapa di rumah dan CLC sangat penting sebagai tempat untuk pengekalan bahasa warisan bagi mengelakkan kepupusan dan kehilangan bahasa warisan nenek moyang mereka. Bak kata pepatah “BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA”. (Sumber gambar : Media Unit PACOS)

Komuniti Orang Asal Alab Lanas bergambar di kawasan sempadan tuntutan Tanah Adat mereka. (Sumber gambar : William Sadampal @ Jafar, 2012)

Page 5: Dari Meja Editor

5

Isu Pencerobohan Tanah Adat Pada 17 April yang lalu, Komuniti di kawasan G3 Simbuan telah membuat blockade terhadap beberapa syarikat yang menceroboh di tanah pertanian mereka yang terletak di Ulu Sungai Milian, yang di pimpin oleh En. Juhaidi, salah seorang pejuang Tanah Adat di kawasan ini. Mereka telah berjaya menghalang penceroboh memasuki dan menghantar juru ukur swasta untuk memulakan kerja pengazetan. Kerjasama daripada komuniti terutamanya belia sangat menggalakkan. Situasi yang tegang membuatkan penceroboh berasa takut namun memahami kenapa komuniti bertindak sedemikian, akhirnya syarikat ini memutuskan untuk tidak memasuki kawasan tanah adat mereka. (Sumber gambar : G3 Simbuan)

Isu pembinaan Kolam Udang di kawasan daerah Pitas Ekoran daripada isu pembinaan kolam udang yang menyebabkan pokok kayu bakau musnah dan kawasan pencarian sumber komuniti yang terjejas di kawasan kg. Sungai Eloi, penghantaran surat bantahan oleh Kg. Ungkup, Kg. Gumpa, Kg. Boluuh, Kg. Datong dan Kg. Sungai Eloi sendiri telah dibuat pada 24 Jun yang lalu, oleh kerana pembukaan pembinaan kolam udang baru semakin giat dijalankan di kawasan ini. Mereka telah membentuk AJK gabungan badan bertindak untuk menyusun strategi bantahan. Surat bantahan telah dihantar ke jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan serta NGO-NGO alam sekitar. Kesedaran komuniti di kawasan ini tentang hak terhadap sumber meningkat dan kaedah ini telah menyatukan komuniti untuk berjuang dan bergerak bersama.

Pihak polis sedang menenangkan keadaan diantara komuniti dan pihak syarikat di kawasan pagar pintu masuk ke Hutan Simpan Sg. Milian.

Penduduk dari 5 buah kampung bergambar berkumpulan. Kelihatan pokok kayu bakau di belakang gambar ini musnah akibat aktiviti

menimbus tanah untuk penternakan kolam udang.

Bengkel Pengurusan Sumber Semula Jadi Satu Bengkel mengenai pengurusan sumber telah dijalankan pada 16 April di Kg. Kiau, Kota Belud dengan kerjasama Pertubuhan Rakyat GOMPITO, dan Program Hak Tanah PACOS serta komuniti. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah En. Peter Jiton dan dihadiri oleh penduduk kampung Kiau serta kampung di sekitarnya. Turut hadir di bengkel ini ialah Pengurus Taman Kinabalu En. Justinus dan beberapa Ketua Anak Negeri di Kota Belud. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi perkongsian mengenai pengurusan tanah adat dari segi persempadanan di antara pemilik individu atau sempadan perkampungan.

Sumber gambar : Sudin@Kinon

(Sumber gambar : Sintiah Samanding)

Page 6: Dari Meja Editor

6

Pengurusan Sumber Komuniti Komuniti di Kg. Angkawangan, Sook telah mengadakan satu mesyuarat khas berkenaan pengurusan guna tanah (pengzonan kawasan) di kawasan mereka pada 26 April yang lalu. Di dalam mesyuarat ini, komuniti yang hadir telah memberikan pendapat dan tambahan data di dalam protokol yang mereka hasilkan sebelum ini selain mengenal pasti keperluan data dan maklumat sebelum dibentangkan di pejabat daerah Sook. Antara maklumat yang diperlukan ialah senarai penduduk dan sejarah awal kewujudan kg. Angkawangan. Kekurangan penglibatan daripada golongan belia menyebabkan kerja-kerja penulisan maklumat ini tidak dapat dijalankan secara halus.

Bengkel Pewujudan Protokol Tadahan Air Pada 20 – 22 Mei yang lalu, komuniti di kawasan Ulu Papar telah mengadakan satu bengkel pewujudan protokol tadahan air di Kg. Buayan, Penampang. Seramai 75 orang termasuk beberapa wakil dari setiap kampung yang berdekatan telah datang untuk memberikan pendapat serta idea mereka dalam menghasilkan protokol khas ini. Dengan adanya pewujudan protokol tadahan air ini, kawasan Ulu papar boleh diiktiraf oleh pihak JPAS (Jabatan Pengairan Air dan Saliran), disamping itu menjadi alat dalam perjuangan membantah pembinaan Empangan Mega Kaiduan. Protokol ini juga boleh menjadi panduan kepada komuniti dalam komitmen mereka untuk menjaga sumber alam semulajadi, terutamanya sumber air. Penglibatan golongan belia juga menggalakkan semasa bengkel ini diadakan dan mereka dapat meningkatkan kefahaman tentang kepentingan penjagaan kawasan tadahan air ini. (Sumber gambar : Nelson Raymond@Didi)

Latihan Penanaman Padi SRI Pada 8 Jun yang lalu, satu latihan khas mengenai penanaman padi secara SRI telah diadakan berpusat di Kg. Alutok, Ulu Tomani, Tenom. Komuniti yang terlibat terdiri daripada Kg. Bakuku, Kg Malutut, Alutok dan Kaang. Seramai 80 Orang komuniti yang menghadiri latihan ini. Objektif latihan ini adalah mempromosi pertanian secara organik dan bebas kimia demi menjamin keselamatan makanan, serta mencari alternatif ekonomi komuniti, tanpa bergantung penuh dengan tanaman monocrop seperti getah dan sumber monocrop yang lain. Kampung-kampung di kawasan Ulu Tomani (Kg. Malutut, Alutok dan Kaang) merupakan perintis projek kepada Pertanian SRI di Zon Pedalaman bersama dengan Kg. Alab Lanas, Sook. Kawasan ini akan dipromosikan kepada Jabatan Pertanian dan Kementerian Sains teknologi dan Inovasi (MOSTI). Latihan akan datang adalah lebih kepada membuat baja kompos dan racun pengawal serangga perosak padi secara organik sebagai aktiviti susulan.

Gambar : En. Zakaria,(baju berwarna biru) Pengamal pertanian organik sedang menunjukkan cara untuk membuat susunan batas padi SRI kepada komuniti.

Sumber gambar : Nasiri Sabiah)

Page 7: Dari Meja Editor

7

Kes Tanah Adat (Kes Lantir) Pada bulan Mac yang lalu, Hakim Mahkamah Magistrate Keningau telah menjatuhkan penjara selama 2 tahun kepada En. Lantir Bakayas atas tuduhan pihak Jabatan Perhutanan Sabah yang menuduhnya menghalang pegawai jabatan perhutanan menjalankan tugas. Bagaimanapun, Lantir yang diwakili peguamnya berjaya memperoleh penggantungan perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi. Akhirnya Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 5 Jun yang lalu menggugurkan hukuman asal, tetapi telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau 6 bulan penjara atas kesalahan yang disabitkan kepada beliau. Perasaan sedih dan pilu turut bersama dengan mereka apabila beliau dan ahli keluarganya membuat pungutan wang di luar bilik mahkamah untuk membayar hukumannya. En. Lantir Bakayas merupakan penduduk asal suku kaum Murut di Kg. Tataluan, Nabawan, juga pewaris/penjaga tempat keramat Batu Punggul). Hari yang malang bagi Orang Asal, wilayah tanah & polisi Jabatan Hutan Sabah ke atas hak Tanah Adat (NCR)…

Isu Tanah Adat Satu lagi kes yang melibatkan isu tanah adat di kawasan daerah Ranau iaitu di Kg. Rumantai, Miruru telah di dengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 23 Jun yang lalu. Kes ini telah di bawa ke mahkamah tinggi oleh kerana komuniti Orang Asal di kawasan ini menuntut hak pemilikan tanah adat mereka setelah tanah adat yang mereka telah usahakan di tindih (tuntutan geran) dan di ambil oleh individu lain, dan kemudiannya dijual kepada orang lain. 23 Julai merupakan tarikh pendengaran semula kes dan tempoh masa yang diberikan kepada pihak plaintiff untuk menjawab hujahan dari pihak defendant.

Memperkasakan Bahasa Warisan Pada 7 - 8 April, Seramai 30 guru CLC (Community Learning Centre) jaringan PACOS, telah menghadiri satu forum mengenai kepentingan bahasa warisan untuk prasekolah di Universiti Malaysia Sabah. Menurut kajian SIL (Summer Institute of Linguistic), bahasa warisan perlu diterapkan serta memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak berumur 0-8 tahun. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang membesar dan mempelajari bahasa warisan sejak dari kecil dapat meningkatkan kecerdasan dan perkembangan pembelajaran akademik yang tinggi apabila mencapai dewasa. Di forum ini juga, guru-guru CLC berpeluang untuk melihat contoh kurikulum yang dihasilkan oleh SIL seperti buku kurikulum dalam bahasa warisan suku kaum Dayak/Bidayuh khas untuk umur 3-4 tahun. (Sumber gambar : Unit Media PACOS)

Latihan Dokumentasi dan media advokasi (Commonwealth Foundation) Pada 6 - 9 April, seramai 51 orang komuniti Orang Asal yang terpilih telah mengikuti 1 latihan khas dokumentasi dan media advokasi berpusat di Kg. Lomunu . Antara objektif latihan ini ialah meningkatkan kesedaran komuniti dalam mendokumentasi pengetahuan tradisi orang asal, mempelajari teknik-teknik asas mendokumentasi serta peningkatan keupayaan dalam proses-proses advokasi dan melobi. Latihan ini memberi peluang kepada komuniti untuk memelihara pengetahuan tradisi mereka dalam bentuk buku, gambar, kalendar, poster dan video.

(Sumber gambar : Program Pengurusan Sumber)

Bengkel Pengetahuan Tradisi Pada 11 - 15hb Mei, Program Pendidikan PACOS telah mengadakan bengkel pengetahuan tradisi di CLC kawasan zon timur. Antara CLC yang terlibat ialah Kg. Minusuh, Kg. Tampasak dan Kg. Saguon, Tongod. Masing-masing CLC di kampung ini telah memilih 1 topik untuk aktiviti mereka di mana di kg. Minusuh memilih topik pakaian tradisi, Kg. Tampasak memilih ubatan tradisi dan Kg. Saguon memilih makanan tradisi. Pada bulan Oktober tahun ini, komuniti di kawasan ini akan mengadakan “Pesta Ubi”. Di pesta ini kita berpeluang melihat pelbagai jenis makanan dan minuman tradisi yang hanya diperbuat daripada ubi! Bah, apa lagi, jangan lepaskan peluang!

(Sumber gambar : Program Pendidikan)

(Sumber gambar : Program Hak Tanah)

Page 8: Dari Meja Editor

8

Perkembangan terkini Kes Tanah Adat (Kes Darinsuk) Pada 29 Jun – 10 Julai yang lalu, sambungan perbicaraan bagi kes tuntutan Tanah Adat (NCR) penduduk di 7 buah kampung

di Daerah Tongod. Bulan Jun ini merupakan hari ke-110 (Tahun ke-13), selama 10 hari/2 minggu berada di Kota Kinabalu,

beberapa komuniti di kawasan perkampungan yang terlibat telah datang untuk memberikan semangat dan doa kepada

saksi mereka. Saksi ke-14, En. Ukil Andani yang berasal dari Kg. Mananam telah memberi keterangan di kandang saksi dan

disoal balas oleh Peguam Hap Seng Consolidated, selepas itu akan disoal balas oleh Peguam Kerajaan Negeri Sabah. Tarikh

sambungan perbicaraan ini akan disambung pada 6 – 10 Julai ini.

Program kesedaran dan peningkatan keupayaan komuniti

Pada 15 Jun yang lalu, PACOS dengan kerjasama PANSA(Persatuan Anak Negeri Sabah) telah mengadakan ceramah Tanah Adat bersama komuniti Orang Asal di Kg. Sedul, Ranau dengan tema “Cabaran & Pemilikan Tanah Adat”. Kawasan tanah adat mereka telah diwartakan kerajaan sebagai Ladang Tea (SABAH TEA) pada tahun 1976 kepada pihak Koperasi Pembangunan Desa (KPD) seluas 6,200 ekar yang melibatkan beberapa kawasan wilayah tanah adat Orang Asal di 4 kampung berhampiran. Sejak 1997, keseluruhan saham/pengurusan tanah tersebut telah diambil alih sepenuhnya oleh Syarikat Yee Lee Corporation Bhd. Kini, sebahagian wilayah tanah adat kampung telah dirosakkan/dibalak. Akibat daripada aktiviti ini, mereka kehilangan tanah dan tadahan air sebagai sumber kehidupan mereka. Diharapkan dengan ceramah ini, komuniti lebih memahami hak untuk mempertahankan tanah adat mereka dan mengatur strategi tindakan bantahan di masa akan datang.

Hidup Rakyat! Pada 1 Mei yang lalu, satu himpunan aman Bersih 3.0 Sabah, bersama dengan beberapa Organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah diadakan di Kota Kinabalu. Himpunan aman ini mengetengahkan isu besar dan semakin parah di Sabah seperti isu kemasukan pendatang tanpa izin di Sabah, pengundi pilihanraya yang meragukan dalam daftar pemilih, GST, pengeluaran nota prosiding RCI dan IC Palsu. Dianggarkan seramai 500 orang awam telah datang ke himpunan aman ini termasuk komuniti-komuniti Orang Asal dari Pitas, Keningau, Penampang dan Papar, dalam mengetengahkan isu mereka mengenai rampasan tanah adat dan kontroversi pembinaan Empangan Kaiduan dan Tombotuon. Walaubagaimanapun, himpunan aman ini disekat oleh pihak polis di luar kawasan Padang Merdeka kerana dikatakan tidak mempunyai permit sah serta melanggar akta perhimpunan aman. Namun begitu, Ketua Polis Kota kinabalu telah membenarkan perhimpunan itu diadakan di luar Kawasan Padang Merdeka dan memberikan peluang kepada beberapa orang untuk memberikan ucapan dan kenyataan masing-masing sebelum bersurai kira-kira jam 5 petang.

(Sumber gambar : Unit Media PACOS)

(Sumber gambar : Program Hak Tanah

Page 9: Dari Meja Editor

9

Bengkel Pertanian Lestari Pada 20 - 24 April lalu, satu bengkel mengenai pertanian lestari telah diadakan di Dewan Kg. Tombotuon, Kota Belud. Bengkel ini dihadiri oleh penduduk Kg. Tombotuon sendiri dan penduduk Kg. Tiong di kawasan daerah Tuaran. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan komuniti khasnya kepada golongan belia melibatkan diri dan memantapkan ekonomi melalui pertanian asli dan lestari serta mengambil inisiatif untuk inovasi sistem pertanian cara tradisi kepada sesuatu yang baru, seperti penanaman padi secara SRI. En. Zakaria Kamatasha, seorang pakar dan pengamal pertanian organik dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pembelajaran bersama peserta di bengkel ini. (Sumber gambar : Program Sosio Ekonomi)

Persidangan Serantau SRI (Sistem Intensifikasi Padi) Pada 25 Mei, 2 orang wakil dari Sabah, Pn. Maria dari Penampang dan Pn. Lorin dari Kg. Tombotuon telah menghadiri persidangan serantau SRI di Alor Star, Kedah. Negara seperti Thailand, Burma, Vietnam dan di Malaysia yang mengamalkan penanaman padi SRI ini telah datang bersama berkongsi pengetahuan serta bertukar pendapat di persidangan ini. Objektif utama persidangan ini adalah untuk mendorong serta meningkatkan kadar kos pengeluaran padi ke arah keselamatan makanan yang berterusan, mengurangkan kos, pengesanan awal dan pengurusan risiko keselamatan biologi, amalan penjimatan air yang bijak, dan mengelakkan risiko kerosakan tanaman pada masa akan datang. Di persidangan ini juga mereka menegaskan kepada para peserta dalam meningkatkan keseimbangan ekologi serta memastikan kualiti kesihatan orang awam, petani dan pengguna. (Sumber gambar : Kivatu Nature Farm)

Lawatan dan Pendedahan CO9 Tahun ini, para pelatih pembangun masyarakat PACOS yang ke-9 berpeluang mengikuti aktiviti lawatan sambil belajar sebagai salah satu aktiviti dalam program Latihan Membangun Masyarakat. Seramai 8 orang pelatih dan 5 orang dari staff PACOS telah mengikuti lawatan ke Semenanjung Malaysia dan Thailand. Mereka telah melawat ke pejabat COAC(Pusat keprihatinan Orang Asli) dan berjumpa dengan Dr. Colin serta rakan setugasnya dan mempelajari bagaimana mengurus pengkalan data dalam sesuatu organisasi. Mereka juga telah melawat ke perkampungan Orang Asli di Kelantan untuk melihat upacara bersewang serta melawat kawasan perkampungan Orang Asli yang terjejas akibat banjir besar. Semasa di Thailand, mereka mendengar sedikit perkongsian dari sukarelawan yang bekerja di pejabat AIPP mengenai penglibatan AIPP dalam advokasi mengenai su Orang Asal di Asia Tenggara di peringkat antarabangsa. Beberapa perkampungan Orang Asal suku kaum Karen dan Lisu di Thailand juga telah mereka lawati dimana ada kampung-kampung ini mempunyai amalan yang baik dalam penjagaan hutan simpan komuniti, dan kumpulan pengusaha wanita dengan pembuatan kopi asli sebagai sumber ekonomi. Mereka juga mendapat pembelajaran dan pengalaman dari komuniti Orang Asal di Thailand mengenai konflik tanah adat mereka kerana tidak diiktiraf oleh kerajaan Thailand serta menggunakan tentera untuk menghalau komuniti untuk mengambil hasil dan mengusaha di kawasan tanah adat mereka. Para pelatih pembangun masyarakat sangat gembira kerana mengikuti lawatan ini dan hasil pembelajaran ini akan mereka bawa ke kampung masing-masing untuk dikongsikan bersama komuniti serta dijadikan sebagai satu cara untuk menyebarkan maklumat dan advokasi. (Sumber gambar : Program Latihan Membangun Masyarakat ke-9)

Page 10: Dari Meja Editor

10

Penulis : Sintiah Samanding, Kg. Kiau Nuluh, Kota Belud

Nama saya Sintiah Samanding, saya berasal dari kg. Kiau, Kota Belud dan bekerja di PACOS sepenuh masa, dan juga berada di dalam komiti JOAS sebagai timbalan presiden di wilayah negeri Sabah. Sedikit perkongsian berkenaan tentang pengalaman, pembelajaran dan pemerhatian apa yang pelajari selama saya mengikuti Persidangan Tetap di peringkat antarabangsa di Ibu Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 21-28 April.

Sebelum perjalanan ke New York, persediaan itu sangatlah penting, di mana dari segi maklumat-maklumat bagaimana untuk berjalan ke sana dan saya juga banyak berbincang dengan Pn. Jannie Lasimbang, Pengarah Urusetia di JOAS dan juga Andrew Ambrose sebagai Perhubungan Antarabangsa dan Tempatan di PACOS serta rakan-rakan sekerja yang lain. Dan

yang paling penting adalah persediaan diri sendiri serta kenyataan-kenyataan untuk disampaikan di persidangan itu.

Selain daripada itu, persediaan diri dari segi maklumat-maklumat untuk sampai di penginapan di New York, kerana perjalanan pada 21hb, sangat mencabar bagi saya kerana saya seorang diri pada masa itu namun secara keseluruhan berjalan dengan lancar. Apabila sampai di lapangan terbang antarabangsa di New York, ada sedikit halangan di mana ada 3 lapisan kounter imigresen yang perlu saya lepasi untuk pemeriksaan. Pada ketika itu ada sedikit masalah di situ kerana saya tidak dapat mengisi borang kerana tidak berapa faham dengan isi kandungannya dan terpaksa berjumpa dengan pegawai imigresen untuk meminta sedikit tunjuk ajar untuk mengisi borang tersebut. Setelah selesai di bahagian imigresen, saya menaiki teksi berpandukan alamat yang diberikan kepada saya untuk sampai ke penginapan. Keesokan paginya, saya telah berjumpa dengan beberapa delegasi/rombongan dari AMAN Indonesia yang tinggal bersama di penginapan. Saya berasa gembira bersama mereka disebabkan dapat bercerita dan berkomunikasi dengan lancar menggunakan bahasa Malaysia dengan mereka.

Ketika Persidangan Tetap bermula, disinilah saya melihat bagaimana pergerakan dan situasi di dalam dewan ini. Di dalam pemerhatian saya, lebih 1000 orang menghadiri persidangan ini. Setelah saya masuk ke dalam dewan ini, orang yang pertama saya berjumpa ialah Presiden AIPP, Dr. Suikar, di mana AIPP merupakan Jaringan Asia terbesar di dalam PACOS, disertai Cik Hannah, bersama saya untuk membantu khas dalam penterjemahan bahasa. Selain itu juga saya berpeluang berjumpa dengan Special Rappoteur berkenaan dengan Pemetaan komuniti. Di sini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman, berbincang dan bertukar pendapat bersama dengan beliau. Beliau juga berhasrat untuk datang ke Malaysia untuk melihat serta membantu jika ada keperluan dari segi Pemetaan komuniti, melalui JOAS dan PACOS Trust.

Sepanjang saya mengikuti Persidangan Tetap selama 6 hari penuh, saya berasa sangat gembira kerana dapat menyampaikan kenyataan yang sudah disediakan hasil kerjasama dengan Pn. Jannie dan En. Andrew. Saya hampir-hampir tidak dapat menyampaikan kenyataan di persidangan ini kerana ada ramai yang berbaris untuk memberikan kenyataan mereka masing-masing. Mujurlah saya sudah mendaftar awal. Dalam kenyataan ini, saya telah menyampaikan beberapa hujahan isu-isu besar yang berlaku di Malaysia, salah satunya ialah Projek pembinaan Empangan Mega seperti di Kaiduan, Tombotuon(Sabah), di Baram (Sarawak) dan Telom (Semenanjung Malaysia). Di dalam

kenyataan ini juga menyatakan usaha untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang lebih menyentuh kepada MABT(Makluman Awal, Bebas dan Telus). Harapan saya, dengan kenyataan ini, melalui Persidangan Tetap Bangsa-Bangsa Bersatu boleh disampaikan kepada pihak kerajaan Malaysia.

Pengalaman dan pembelajaran yang saya tidak dapat lupakan terutamanya dari segi berkomunikasi. Saya mencuba sedaya upaya berbahasa Inggeris dengan teman-teman yang saya kenal walaupun tidak seberapa fasih namun ini menguatkan lagi keyakinan diri saya dalam mencuba sesuatu yang baru. Saya memberanikan diri untuk bercakap walaupun saya tidak fasih berbahasa Inggeris, bagi saya ini adalah pengalaman yang sangat manis untuk saya, disamping itu saya sempat berjalan-jalan di bandaraya New York, mengambil gambar dan melihat keadaan persekitaran di bandar, secara peribadi bagi saya sangatlah maju.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada organisasi yang memilih saya (PACOS & JOAS) untuk menghadiri Persidangan Tetap di Peringkat Antarabangsa, serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dari segi persiapan diri ke persidangan ini.

Page 11: Dari Meja Editor

11

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan 2015! Kami di PACOS Trust, ingin mengucapkan Kotobian Tadau Kaamatan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan kepada semua Orang Asal di Sabah yang merayakannya!

Kami sudah sampai! Pelajar jurusan Undang-Undang seramai 8 orang dari Maquarie University dibawah program PACE, Australia tiba pada 28 Jun yang lalu. Bersama dengan PACOS Trust, mereka akan ke kawasan terpilih jaringan PACOS untuk membuat kajian mengenai hak-hak pemilikan tanah adat di Sabah. Mereka juga berpeluang menimba pengalaman berinteraksi bersama komuniti-komuniti suku kaum Murut di Kg. Tataluan di kawasan Pansiangan, Kg. Bigor di Nabawan dan kawasan suku kaum Sungai di Kg. Mangkawagu, Tongod.

Suara Imusan

Masa berlalu begitu pantas, Tanpa kusedari… Aku juga banyak mengorak langkah perjalanan ini… seiring dengan perubahan waktu… Ya, Segalanya telah berubah, Hutan..Tanah..dan sungai, telah hilang serinya.. sejenak aku berfikir, adakah aku yang bersalah, kerana membiarkan peredaran zaman menenggelami keaslian dan keindahan alam ini…

Kini aku sedar, semakin jauh aku melangkah, semakin banyak yang kutinggalkan di belakang… Namun aku berazam, aku akan melangkah sambil mengutip sisa-sisa yang tertinggal, akan ku semai, akan ku jaga alam ini… Akan ku tanam semangat perjuangan di atas tanah warisan ini… demi generasiku… Salam perjuangan…

Pada 5 Jun yang lalu, kira-kira jam 7:15 pagi, kita dikejutkan dengan satu tragedi gempa bumi yang berlaku di daerah Ranau di kawasan tapak warisan dunia, Gunung Kinabalu, mengorbankan 18 orang pendaki termasuk malim-malim gunung yang merupakan Orang Asal di daerah Ranau. Satu penghormatan yang tinggi kepada wira-wira kita, mendiang Robbi Sapinggi, Joseph Solungin Ripau, Valerian Joannes dan Ricky Masirin serta mereka yang terkorban. Kami di PACOS Trust Menyampaikan takziah dan doa kepada keluarga serta rakan-rakan yang terlibat.

REST IN PEACE

OBITUARI  

11 Julai KKIF : Persembahan storyteller komuniti Kg. Imahit dan Kg. Nampasan di Muzium Sabah

13 – 15 Julai Bengkel pengetahuan tradisi dan pemantauan CLC Tiong dan Rumantai

13 – 17 Julai AVI internship di Kg. Bigor dan Tataluan, Nabawan

24 – 26 Julai Bengkel pengetahuan tradisi, pemantauan CLC Balat dan Kuamut, Kinabatangan

28 – 30 Julai Bengkel pengetahuan tradisi, pemantauan CLC Kalampun dan Alab Lanas

3 – 6 Ogos Latihan JP Morgan di Pensiangan

3 - 7 Ogos Sambungan bicara kes Darinsuk, Mahkamah Tinggi KK

7 – 9 Ogos Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2015 di Kuching, Sarawak

11 Ogos Bengkel Pendaftaran Kelahiran di Tanjung Labian, Lahad Datu

17 – 19 Ogos Susulan TK dan pemantauan CLC di Liu, Kodong dan Tinangol

27 – 29 Ogos Latihan PR di CLC Monggis , Ranau

16 September Public Forum:Kaiduan Dam

19 September World Rivers Day Seminar

29 September Latihan PR di CLC Saguon

30 September Latihan Susulan Dokumentasi CO9

Page 12: Dari Meja Editor

Rakan Membangun Masyarakat (PACOS) April – Jun 2015

PACOS Trust atau Lembaga Amanah PACOS merupakan sebuah organisasi sukarela berasaskan komuniti (Community-based Organisation) yang ditubuhkan untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti Orang Asal (indigenous communities). Walaupun didaftarkan di bawah Bab 148 Ordinan Pemegang Amanah (Sabah, Malaysia) pada tahun 1997, PACOS Trust telah terlibat secara aktif dengan pembangunan komuniti Orang Asal sejak tahun 1987 sebagai sebuah entiti yang lain. Perkataan PACOS adalah singkatan kepada “Partners of Community Organisations in Sabah” atau Rakan Membangun Masyarakat di Sabah.

PACOS Trust kini memberi sokongan berterusan kepada Pertubuhan Rakyat (PR) di 17 lokasi luar bandar dari 23 daerah di Sabah. Setiap PR mempunyai jawatankuasa dan melaksanakan pelan kawasan dan program kerja sendiri. PACOS TRUST memberi serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin PR melalui nasihat, latihan dan pendedahan yang sesuai.

PACOS Trust mempunyai 3 matlamat utama iaitu :

• Memastikan komuniti Orang Asal memiliki tanah adat (NCR) mereka serta mendapat hak untuk menggunakan sumber

• Mengukuhkan sistem pengetahuan Orang Asal dalam pengurusan sumber asli

• Mengukuhkan nilai-nilai positif, budaya, bahasa dan sistem kepercayaan Orang Asal

PACOS Trust ingin melihat sebuah komuniti Orang Asal yang aman dan

bersatu padu yang serba lengkap dengan pengetahuan dan kepakaran untuk mengurus sumber-sumber dan peluang-peluang untuk menyokong

kehidupan yang selesa.

Anda boleh layari website kami dan melihat risalah Makitaak dalam warna penuh di www.pacostrust.com Dan jangan lupa tekan “like” di PACOS Trust

PACOS Trust Taman Flash Gordon, P.O.Box 511, Kg. Kivatu, KM18 Jalan Tambunan, 89507 Penampang, Sabah, Malaysia Email : [email protected] Tel : +6088-712518 Fax : +6088-718669

Berminat menulis cerita Orang Asal?

Sila hantarkan cerita-cerita menarik anda di email :

[email protected] atau [email protected]

atau terus hantarkan ke nombor Whatsapp +6016-9974589

jika ingin tahu lebih lanjut mengenai penulisan cerita/artikel khas untuk risalah Makitaak ini!