penasihat ketua editor penyunting

16
Perarakan Maulidur Rasul 2013 Peringkat Negeri Sarawak 2 Ceramah Sambutan Maulidur Rasul I434H/2013M 2 Sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia 2013 Peringkat Negeri Sarawak 2 The Visit By Universiti Putra Malaysia (UPM) Students 3 Sambutan Gong Xi Fa Chai RDID 4 Program Penanaman Pokok di Hutan Simpan Sabal 4 Pertandingan Boling Sempena Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2013 4 Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2013 Peringkat Negeri Sarawak 5 Program Penanaman Pokok Sempena Hari Perhutanan Sedunia di SK Lepong Ajai, Lambir, Miri 6 World Forestry Day 2013 and Tanjong Manis Day 2013 Dinner 6 The Visit of APFNET’S Delegations, The People’s Republic of China 7 Program Kembara Ibadah PERKIJAP 7 Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu 8 Majlis Perkongsian Ilmu Jabatan Hutan Sarawak 8 Tree Planting Activity for Ueda East Rotary Club Delegations, Japan 8 “Ikrar Aku Janji” Ceremony For New Recruits 9 Eco-Bako, Kuching Wetland National Park 9 Kempen Hari Kesedaran Kesihatan Jabatan Hutan Sarawak 2013 10 Launching of Sarawak’s Heart of Borneo (HoB) Seminar 2013 10 Excellence Service Awards 2013 11 Japan-Malaysia Association Tree Planting Activity 12 Majlis Berbuka Puasa 2013 12 Perbarisan Sempena Sambutan Hari Jadi ke-92 TYT Sarawak 12 Lawatan Seminar Konvensyen Rasmi YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama keluarga ke Batang Ai 13 Kursus Penyiasatan Siri IV 13 Majlis Qurban Jabatan Hutan Sarawak 2013 14 Seminar Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITIES) 2013 14 Awareness Programme at Kuching Wetlands National Park 15 Launching of National Training On Social Forestry Conflict Management and Local Engagement 15 Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Atas Perlantikan Pengarah Hutan Sarawak Yang Baharu 16 Malam Penghargaan YBhg. Datu Haji Ali Yusop 16 Penasihat YBhg. Datu Haji Ali Yusop Ketua Editor Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh Penyunting En. Thian Vui Kuet En. Mohd. Saiful Amrie Abdullah Pn. Priscilla Lageh En. Voon Joon Hee En. Abdul Rahman Mit Cik Stephanie Viviana Ronnie Ngiew Fotografi En. Ahmad Razali

Upload: others

Post on 21-Nov-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penasihat Ketua Editor Penyunting

Perarakan Maulidur Rasul 2013 Peringkat Negeri Sarawak

2

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul I434H/2013M 2

Sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia 2013 Peringkat Negeri Sarawak

2

The Visit By Universiti Putra Malaysia (UPM) Students 3

Sambutan Gong Xi Fa Chai RDID 4

Program Penanaman Pokok di Hutan Simpan Sabal 4

Pertandingan Boling Sempena Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2013

4

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2013 Peringkat Negeri Sarawak

5

Program Penanaman Pokok Sempena Hari Perhutanan Sedunia di SK Lepong Ajai, Lambir, Miri

6

World Forestry Day 2013 and Tanjong Manis Day 2013 Dinner

6

The Visit of APFNET’S Delegations, The People’s Republic of China

7

Program Kembara Ibadah PERKIJAP 7

Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu

8

Majlis Perkongsian Ilmu Jabatan Hutan Sarawak 8

Tree Planting Activity for Ueda East Rotary Club Delegations, Japan

8

“Ikrar Aku Janji” Ceremony For New Recruits 9

Eco-Bako, Kuching Wetland National Park 9

Kempen Hari Kesedaran Kesihatan Jabatan Hutan Sarawak 2013

10

Launching of Sarawak’s Heart of Borneo (HoB) Seminar 2013

10

Excellence Service Awards 2013 11

Japan-Malaysia Association Tree Planting Activity 12

Majlis Berbuka Puasa 2013 12

Perbarisan Sempena Sambutan Hari Jadi ke-92 TYT Sarawak

12

Lawatan Seminar Konvensyen Rasmi YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama keluarga ke Batang Ai

13

Kursus Penyiasatan Siri IV 13

Majlis Qurban Jabatan Hutan Sarawak 2013 14

Seminar Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITIES) 2013

14

Awareness Programme at Kuching Wetlands National Park

15

Launching of National Training On Social Forestry Conflict Management and Local Engagement

15

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Atas Perlantikan Pengarah Hutan Sarawak Yang Baharu

16

Malam Penghargaan YBhg. Datu Haji Ali Yusop 16

PenasihatYBhg. Datu Haji Ali Yusop

Ketua EditorTuan Haji Wan Shardini Wan Salleh

PenyuntingEn. Thian Vui Kuet

En. Mohd. Saiful Amrie Abdullah

Pn. Priscilla Lageh

En. Voon Joon Hee

En. Abdul Rahman Mit

Cik Stephanie Viviana Ronnie Ngiew

FotografiEn. Ahmad Razali

Page 2: Penasihat Ketua Editor Penyunting

2 | FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK

 

 

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 2013 PERINGKAT NEGERI

SARAWAK

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H/2013M

Bertemakan “Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah”, seramai 40 orang kakitangan Jabatan Hutan Sarawak terdiri daripada pelbagai pangkat dan kaum telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul 2013 Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Betong yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Hutan Sarawak, Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh pada 24 Januari 2013. Perarakan sejauh 5.7 km yang bermula dari kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan diketuai oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah dan disertai seramai 120 kontinjen yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta, pertubuhan, sekolah dan orang awam sekitar Betong.

Turut hadir ialah YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak serta isteri, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, YB Dato Sri Douglas Uggah, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, menteri-menteri, menteri-menteri muda, wakil-wakil rakyat serta ketua masyarakat.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M, Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Hutan Sarawak (PERKIJAP) dengan kerjasama Pejabat Hutan Wilayah Kuching dan Bahagian Perlindungan dan Penguatkuasaan telah mengadakan ceramah pada 24 Januari 2013 bertempat di Pejabat Hutan Wilayah Kuching. Ceramah mengenai Sirah Rasulullah S.A.W disampaikan oleh Pengetua PERYATIM, Al-Fathil Ustaz Mohd. Salleh bin Hj. Hamdin. Intisari ceramah tersebut menekankan empat sifat Rasulullah S.A.W yang dapat dijadikan petunjuk dan panduan dalam kehidupan manusia sebagai hamba Allah selain bertujuan memupuk semangat cintakan Nabi Muhammad S.A.W. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak dan Harwood Timber Sdn. Bhd.

SAMBUTAN HARI TANAH BENCAH SEDUNIA 2013

PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Kerajaan menyasarkan seluas 1 juta hektar kawasan di negeri ini diwartakan sebagai taman negara menjelang tahun 2020. Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak diliputi lebih 90 peratus kawasan hijau manakala selebihnya

Page 3: Penasihat Ketua Editor Penyunting

FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK | 3

THE VISIT BY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) STUDENTS

A group of 36 students from Universiti Putra Malaysia (UPM) led by Dr. Zahari bin Rosli, Head of Fakulti Sains Pertanian dan Makanan visited Forest Department Sarawak Headquarters on 20 February 2013. The purpose of the visit was to allow the students had an opportunity to gain a better understanding of Forest Department Sarawak functions and activities such as forest management and conservation, forest plantation, forest enforcement as well as forest research development.

On arrival to welcome them was En. Suliman Jamahari from International Affairs Division. The students was briefed on “Forestry in Sarawak” by En. Suliman Jamahari. Among those present were heads of division/units of the Department.

hidupan dan tumbuhan lain. Menurutnya, setakat ini sekitar 500,000 hektar tanah sudah diisytiharkan sebagai rizab taman negara.

Teks ucapan perasmian beliau dibaca oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, YB Datu Haji Len Talif Salleh semasa merasmikan sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia Peringkat Negeri Sarawak di Sungai Lemidin, Kuching pada 19 Februari 2013. Beliau menjelaskan bahawa pembangunan taman negara di Sarawak telah dijalankan secara sistematik tanpa menjejaskan alam sekitar menerusi perancangan serta mengikut spesifikasi dan prosedur antarabangsa.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, objektif utama sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan memelihara tanah lembap kerana fungsinya sebagai habitat dan nutrisi kepada spesies tumbuhan dan haiwan, penghalang banjir dan mendapan, penapis pencemaran, pembekal oksigen dan sebagai tempat rekreasi. Pelbagai aktiviti-aktiviti kesedaran turut diadakan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah yang telah dijemput bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, Pengarah Hutan Sarawak, YBhg. Datu Haji Ali Yusop dan Timbalan Pengarah Hutan Sarawak, Tuan Haji Sapuan Ahmad.

Page 4: Penasihat Ketua Editor Penyunting

4 | FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK

PERTANDINGAN BOLING SEMPENA SAMBUTAN HARI PERHUTANAN SEDUNIA 2013

Bersempena dengan sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2013, satu pertandingan Ten Pin Boling di antara agensi-agensi perhutanan di Sarawak telah diadakan di Riverside Bowling Center, Kuching pada 16 Februari 2013.

Pertandingan yang diadakan selama sehari itu berlangsung dalam suasana semangat berpasukan yang tinggi menyaksikan pertarungan di antara pihak STIDC selaku tuan rumah dengan disertai oleh pasukan daripada Jabatan Hutan Sarawak (FORESSA), STA, SFC Sdn. Bhd., Kementerian Alam Sekitar dan Sarawak Planted Forest. Pertandingan

SAMBUTAN GONG XI FA CHAI RDID

Semarak Sambutan Tahun Baru Cina 2013 pada 22 Februari 2013 bertempat di ruang legar Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi, Batu 6, Kuching menyaksikan jalinan kemesraan dan perpaduan di kalangan warga kerja.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Penolong Pengarah Hutan (RDID), Tuan Haji Abang Mohd. Mohtar Bin Abang Pawozan. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan bahawa semangat perpaduan, keikhlasan dan komitmen yang jitu di kalangan warga kerja menjadi tonggak kejayaan sambutan Gong Xi Fa Chai. Semangat sebegini harus diteruskan sekaligus membantu dalam kerja seharian. Bak kata pepatah, “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Sementara itu, ucapan wakil kaum cina pula telah disampaikan oleh Puan Aileen Sim Kai Fang.

Sambutan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan Lion Dance daripada Persatuan Lion Dance Kai Siang Kuching, pemberian cenderahati kepada pesara iaitu En. Abong Bin Lem dan En. Robert Sipek Anak Mingit, nyanyian serta pemotongan kek hari lahir kakitangan RDID. Pelbagai juadah dihidangkan membangkitkan selera warganya dalam suasana yang meriah.

PROGRAM PENANAMAN POKOK DI HUTAN SIMPAN SABAL

Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama delegasi daripada Japan Keidanren Committee telah mengadakan program penanaman pokok yang bertempat di Hutan Simpan Sabal pada 26 Februari 2013. Dalam program tersebut, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak, Tuan Haji Sapuan Ahmad bersama-sama En. Masatoshi Sato, ketua delegasi Jepun telah mengetuai upacara penanaman pelbagai jenis spesies pokok sebagai tanda kerjasama antara kedua-dua buah Negara. Para tetamu turut disajikan dengan persembahan kebudayaan oleh masyarakat Iban yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.

Page 5: Penasihat Ketua Editor Penyunting

FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK | 5

tersebut telah dijuarai oleh STIDC manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh FORESSA (A) dan (B).

Turut hadir dalam pertandingan tersebut ialah Pengurus Besar STIDC, YBhg. Datu Haji Sarudu Haji Hoklai, Pengarah Hutan Sarawak, YBhg.Datu Haji Ali Yusop, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan-kakitangan daripada agensi masing-masing bagi memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.

SAMBUTAN HARI PERHUTANAN SEDUNIA 2013 PERINGKAT

NEGERI SARAWAK

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2013 Peringkat Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak di Pantai Belawai, Tanjong Manis pada 17 Mac 2013. Sambutan kali ini menjadi agenda utama dalam majlis “Pemimpin Bersama Rakyat” bagi memastikan mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Turut hadir ke majlis ini ialah YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Pembangunan Perindustrian & Menteri Kemudahan Awam Sarawak, YB Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, Pengarah Hutan Sarawak, YBhg. Datu Haji Ali Yusop, ketua-ketua agensi kerajaan dan swasta, ketua-ketua masyarakat serta penduduk-penduduk setempat.

Menepati matlamat asal sambutan yang telah dilaksanakan sejak 42 tahun yang lepas seperti pemeliharaan, perlindungan, penuaian hasil yang beretika dan menjadikan keindahan hutan sebagai pusat rekreasi, tema sambutan tahun ini amat bertepatan sekali iaitu “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat”. Pemilihan tema tersebut berpaksikan peranan dan manfaat yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti perhutanan yang menjamin kelangsungan hidup semua hidupan di atas muka bumi melalui pembangunan secara seimbang dan beretika bagi mengelak kemusnahan alam sekitar.

Sambutan hari perhutanan sedunia ini adalah kerjasama di antara semua agensi perhutanan di Sarawak seperti Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation Sdn. Bhd. (SFCSB), Sarawak Timber Industrial Development Corporation (STIDC), Sarawak Planted Forest (SPF), Sarawak Timber Association (STA) serta Harwood Timber Sdn. Bhd.. Sambutan ini menjadi landasan penyatuan di kalangan agensi-agensi perhutanan untuk sama-sama melestarikan hutan mengikut peranan dan

Page 6: Penasihat Ketua Editor Penyunting

6 | FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK

PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA HARI PERHUTANAN SEDUNIA DI SK LEPONG AJAI,

LAMBIR, MIRI

WORLD FORESTRY DAY 2013 AND TANJONG MANIS DAY 2013

DINNER

Satu aktiviti penanaman pokok telah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Ajai, Lambir, Miri dengan kerjasama STIDC dan SFC Sdn. Bhd. cawangan Miri pada 21 Mac 2013 bersempena dengan Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Sarawak.

Berucap dalam majlis tersebut, Pengarah Hutan Sarawak, YBhg. Datu Haji Ali Yusop berharap agar kempen seperti itu dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Menurut beliau, program sebegini mampu memperhebatkan lagi usaha pemuliharaan alam sekitar dan hutan, malahan memperlihatkan sokongan kuat terhadap usaha memelihara alam sekitar yang melibatkan setiap peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Perlaksanaan program dengan melibatkan pelajar sekolah juga amat penting dalam usaha menyemai budaya cintakan alam sekitar di kalangan generasi muda kita. Seramai 100 orang tetamu telah menghadiri majlis tersebut dan sebanyak 100 batang benih pokok dari spesies Nyatoh telah ditanam di sekitar sekolah tersebut.

Almost 80 per cent or 12.4 million hectares of land in the state is still covered by forests, rich with flora and fauna through the measures taken by the State government which is committed to sustainable forest management.

Minister of Resource Planning and Environment II YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan said that the existence of reserve areas such as Totally Protected Area, Permanent Forest, and Wildlife Sanctuaries were all aimed at preserving and protecting the forests, and the State ability to better manage forests had been recognized by forestry bodies internationally. He was speaking at the State World Forestry Day and Tanjong Manis Day Dinner at Riverside Majestic Hotel, Kuching on 24th March 2013.

bidang tugas masing-masing.

Pelbagai aktiviti pengisian turut diadakan. Aktiviti penanaman pokok merupakan aktiviti utama sambutan semasa majlis perasmian yang dilaksanakan sendiri oleh YAB Ketua Menteri Sarawak. Di samping itu, pada 21 Mac 2013, aktiviti ini turut diadakan di Miri dengan melibatkan pelajar-pelajar sekolah dari SK Lepong Ajoi, Lambir.

Pada hari yang sama di Sibu, aktiviti ini dianjurkan bersama Lembaga Air Sibu sempena penganjuran Hari Terbuka mereka bersama masyarakat. Selain itu, bagi mengeratkan silaturahim semua agensi perhutanan di Sarawak, beberapa acara sukan seperti permainan futsal, badminton, boling, golf dan pertandingan menyumpit turut diadakan. Hadiah kemenangan disampaikan semasa Majlis Makan Malam Hari Perhutanan Sedunia dan Hari Tanjong Manis 2013.

Page 7: Penasihat Ketua Editor Penyunting

FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK | 7

According to him, with the ongoing forest conservation, by the year 2020 the government also has plans for about one million hectares of land to be used as a landfill area, six million hectares for industrial while one million hectares of forests was to be made permanent.

Among those present were YB Datuk Sylvester Entri Muran, YB Datu Haji Len Talif Salleh, YB Haji Julaihi Haji Narawi, State Secretary YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Director of Forests YBhg. Datu Haji Ali Yusop, STIDC General Manager YBhg. Datu Haji Sarudu Haji Hoklai, Permanent Secretary to the Ministry of Resource Planning and Environment YBhg. Datu Sudarsono Osman and other distinguished guests. The dinner was hosted by STIDC and attended by more than 500 people from Forest Department Sarawak, STIDC, SFC Sdn. Bhd., Harwood Timber Sdn. Bhd., STA and SPF.

THE VISIT OF APFNET’S DELEGATIONS, THE PEOPLE’S

REPUBLIC OF CHINA

A delegation of 4 members led by Prof. Qu Gulin, Director General of APFNet’s from the People’s Republic of China visited to Forest Department Sarawak Headquarters on 1st April 2013. The aim of the visit was to build closer rapport between APFNET’s with Forest Department Sarawak as well as to understand the roles and functions of the Department, and the contribution and challenge of the Sarawak timber industry.

Tuan Haji Sapuan Ahmad, Deputy Director of Forests welcomed the delegation and looked forward to a closer working relationship between Forest Department Sarawak and APFNet in the future. The delegation was briefed on “Forestry in Sarawak” by Encik Hamden Mohammad, Senior Assistant Director of Forests. Among those present were senior officers

from the Department, Sarawak Forestry Corporation Sdn. Bhd. (SFCSB) and Sarawak Timber Association (STA).

Earlier, the delegation paid a courtesy call to YBhg. Datu Haji Ali Yusop, Director of Forests at his office. During the visit, the delegation took an opportunity to visit Semenggoh Wildlife Rehabiltation Centre, Kuching and visited to project site at Sungai Medahit, Limbang on 4th April 2013. In conjunction with their visit, Sarawak Timber Association (STA) hosted a reception dinner at the local hotel, Kuching.

PROGRAM KEMBARA IBADAH PERKIJAP

Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Hutan Sarawak (PERKIJAP) telah mengadakan Program Kembara Ibadah ke perkampungan saudara baru di Kampung Riset, Kuching pada 6 April 2013. Seramai 50 orang ahli PERKIJAP serta ahli keluarga masing-masing telah menyertai kembara tersebut.

Objektif utama program ini untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang Islam di kalangan muslimin dan muslimat terutama golongan saudara baru dan mengeratkan tali silaturahim sesama ummah ahli-ahli PERKIJAP dengan masyarakat setempat sekaligus melahirkan insan muslim yang berkualiti dan berkeperibadian yang tinggi.

Program Kembara Ibadah ini turut diserikan dengan pelbagai program pengisian seperti slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Azmi bin Haji

Page 8: Penasihat Ketua Editor Penyunting

8 | FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK

TREE PLANTING ACTIVITY FOR UEDA EAST ROTARY CLUB

DELEGATIONS, JAPAN

A tree planting activity was held at Sabal Forest Reserve, Kuching on 18th April 2013. The activity was jointly organised by Forest Department Sarawak in collaboration with Ueda East Rotary Club, Japan and was officiated by En. Johin Ngayop, Assistant Director of Forests, Plantation and Reforestation Division. Among present were Prof. Dr. Murai Masao, President of Ueda East Rotary Club, Japan, Dr. Federick Black, President of Kuching Jaya Rotary Club and senior officers of the Department. A total of 400 seedlings of Engkabang Jantong which covered area of one hectare were planted during the activity.

MAJLIS PERKONGSIAN ILMU JABATAN HUTAN SARAWAK

Jabatan Hutan Sarawak telah menganjurkan Majlis Perkongsian Ilmu pada 12 April 2013. Seramai 150 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai gred dan jawatan telah hadir ke majlis tersebut. Majlis ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan meningkatkan motivasi kakitangan. Setiap sesi ceramah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas mengikut bidang masing-masing.

Ceramah pertama berkaitan Teknologi Terkini Jabatan Hutan Sarawak telah disampaikan oleh Dr Affendi Suhaili daripada Unit SADU. Ceramah seterusnya yang bercorak motivasi “Keseronokan Bekerja” telah disampaikan oleh pakar motivasi, Dr Shafie Hj. Lugom. Keheningan dewan persidangan telah digamatkan dengan leraian ketawa para peserta yang tertarik dengan ceramah-ceramah yang disampaikan.

Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh, Timbalan Pengarah Hutan yang mewakili Yang Berbahagia Datu Haji Ali Yusop, Pengarah Hutan Sarawak telah hadir bagi menyerikan majlis. Turut serta ialah beberapa orang pegawai kanan Jabatan.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TABUNG WIRA

LAHAD DATU

Majlis penyerahan sumbangan ikhlas warga kerja Jabatan Hutan Sarawak untuk Tabung Wira Lahad Datu Sabah telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Haji Ali Yusop, Pengarah Hutan Sarawak. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada wakil Media Prima Sdn Bhd (TV3) pada 5 April 2013 di Tingkat 14 Bangunan Wisma Sumber Alam, Kuching, Sarawak. Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut ialah Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh, Timbalan Pengarah Hutan bersama-sama pegawai-pegawai kanan Jabatan Hutan Sarawak serta wakil-wakil media.

Ashaari berserta Sembahyang Zohor berjemaah.

Persiapan juadah makan tengah hari menyaksikan kerjasama di antara ahli kembara bersama-sama saudara baru dari Kampung Riset hasil sumbangan pelbagai pihak. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Hutan, Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh, Pengerusi PERKIJAP, saudara Abang Ahmad Abang Morni dan Ketua Kampung Riset.

Page 9: Penasihat Ketua Editor Penyunting

FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK | 9

“IKRAR AKU JANJI” CEREMONY FOR NEW RECRUITS

ECO-BAKO, KUCHING WETLAND NATIONAL PARK

Wetland National Park pada 11 Mei 2013. Seramai 250 hadirin yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Hutan Sarawak, Syarikat Petronas Malaysia Wilayah Sarawak, para guru dan para pelajar sekolah dari tujuh buah sekolah sekitar Kuching berkumpul bersama-sama menjayakan Kempen Kesedaran Alam Sekitar dengan menanam sebanyak 1000 anak pokok bakau serta beberapa spesies lain yang sesuai di kawasan taman negara tersebut.

Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh, Timbalan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang mewakili YBhg. Datu Haji Ali Yusop, Pengarah Hutan Sarawak bagi merasmikan kempen kesedaran tersebut.Penghargaan diberikan kepada En. Shamsur Taha, Pengurus Besar Syarikat Petronas Malaysia Wilayah Sarawak atas inisiatif mereka melibatkan diri secara aktif menjayakan kempen ini. Syarikat ini merupakan rakan bestari Jabatan Hutan Sarawak dalam menjayakan kempen kesedaran alam sekitar terutama di kawasan hutan bakau. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang berorientasikan alam sekitar melibatkan pelajar-pelajar sekolah telah dirangka bagi memeriahkan lagi program pada hari tersebut. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Wan Shardini bersama-sama dengan Encik Shamsur Taha.

A total of 31 new recruits from various grades attended the “Ikrar Aku Janji” ceremony held at 9th Floor Conference Room, Forest Department Sarawak Headquarters, Kuching on 17th April 2013. The ceremony was witnessed by YBhg. Datu Haji Ali Yusop, Director of Forests.

In his speech, YBhg. Datu Haji Ali Yusop reiterated the importance of togetherness, unity, and cooperation among the staff and with the hope that they would perform well and carry out their duties with full integrity in order to strengthen the Department’s functions. Among those present were Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh, Deputy Director of Forests and senior officers.

Kawasan hutan bakau yang wujud di sekitar persisiran pantai Sarawak terus dipelihara untuk dijadikan sebagai pusat populasi hidupan merin dan pengimbang alam sekitar. Keupayaannya sebagai tempat pembiakan hidupan merin dan penampan hakisan kesan fenomena ombak pasang dan surut merupakan anugerah Tuhan yang harus dipelihara.

Dengan kesedaran yang sedemikian, Syarikat Petronas Malaysia Wilayah Sarawak telah bekerjasama dengan Jabatan Hutan Sarawak mengadakan program Eco-Bako di Kuching

Page 10: Penasihat Ketua Editor Penyunting

10 | FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK

Among those present were YB Datu Haji Len Talif Salleh, Assistant Minister in the Chief Minister’s Office (Promotion for Technical Education and Assistant Minister for Environment Sarawak), YB Datuk Haji Mohd. Naroden b. Majais, Assistant Minister in the Chief Minister Office (Bumiputera Entrepeneur Development) and Assistant Minister for Resource Planning Sarawak, YBhg. Datu Haji Sudarsono bin Osman, Permanent Secretary Ministry of Resource Planning and Environment Sarawak, YBhg. Datu Haji Ali Yusop, Director of Forests, Sarawak and other government senior officers.

The seminar was closed by YBhg. Datu Haji Sudarsono bin Osman, Permanent Secretary, Ministry of Resource Planning and Environment, Sarawak on 27th June 2013. A total of 150 researchers and scientists from various government agencies, private sectors and universities participated in the seminar.

LAUNCHING OF SARAWAK’S HEART OF BORNEO (HOB)

SEMINAR 2013

A seminar on the Sarawak’s Heart of Borneo (HoB) was organized by Forest Department Sarawak under the Heart of Borneo (HoB) Initiative. The seminar was held from 26th to 27th June 2013 with theme “HoB - The Living Treasure of Sarawak” at Riverside Majestic Hotel, Kuching. YB Tan Sri Datuk Amar Adenan bin Haji Satem, Minister in the Chief Minister’s Office and Minister of Special Functions officiated at the Seminar on 26th June 2013.

KEMPEN HARI KESEDARAN KESIHATAN JABATAN HUTAN

SARAWAK 2013

Kelab FORESSA Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan Kempen Hari Kesedaran Kesihatan untuk ahlinya pada 14 Jun 2013 bertempat di Pejabat Hutan Wilayah Kuching yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hutan, Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh. Turut diadakan ceramah berkaitan penjagaan kesihatan dan pemakanan selain penyampaian sumbangan insentif kepada anak-anak kakitangan yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan serta penyampaian hadiah kepada pemenang mencipta logo dan slogan FORESSA.

FORESSA turut mengadakan kejohanan sukan futsal dan boling untuk semua ahlinya dari seluruh bahagian dan Unit di Jabatan Hutan Sarawak. Pertandingan futsal diadakan di ARENA SUKAN pada 15 Jun 2013 yang disertai oleh 6 pasukan terdiri daripada Ibu Pejabat Hutan Sarawak, Pejabat Hutan Wilayah Kuching, Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDID), Pejabat Hutan Wilayah Sibu, Bintulu dan Miri. Pasukan daripada Ibu Pejabat JHS telah menjadi juara diikuti pasukan Bintulu yang mendapat tempat ke-2 manakala tempat ke-3 telah dimenangi oleh pasukan Pejabat Hutan Wilayah Miri.

Pertandingan boling pula telah diadakan di Crystal Bowl, BDC, Kuching pada 16 Jun 2013 dan disertai oleh 19 pasukan dan 1 pasukan VIP. Pasukan daripada unit MPD telah menjadi johan manakala tempat ke-2 dimenangi oleh pasukan daripada Pejabat Hutan Wilayah Kuching dan tempat ke-3 dimenangi oleh pasukan Pejabat Hutan Wilayah Miri.Kesemua hadiah dalam Kejohanan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Sapuan Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak.

Page 11: Penasihat Ketua Editor Penyunting

FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK | 11

EXCELLENCE SERVICE AWARDS 2013

An Excellence Service Awards 2013 presentation ceremony for 69 officers of Forest Department Sarawak was held at Grand Margherita Hotel, Kuching on 5th July 2013. It was meant to recognized their outstanding contributions and excelled in the performance of their duties.

YBhg. Datu Haji Ali Yusop, Director of Forests graced the event and presented the awards to the recipients. Among those present were Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh, Deputy Director of Forests, senior officers from Sarawak Timber Industry Development Corporation, Sarawak Forestry Corporation Sdn Bhd, Harwood Timber Sdn. Bhd, Sarawak Planted Forest, Sarawak Timber Association and Forest Department Sarawak. The audiences are entertained by performance from local artists, Mr. Elvis I & Mr. Elvis II, cultural show and live band performed by the Department’s dancers and music band.

1. Abdul Rahman Bin Morsidi2. Adenan Bin Basri3. Afriezul Abdul Rahman4. Akhbar Jobeli5. Alexander Manuk Hang6. Ali Bin Lee7. Aminah Binti Najip8. Augustine Yeo Soon Heng9. Awang Saimi Bin Awang Sajili 10. Badhi @ Badihi Bin Junaidi11. Bato Anak Jampi 12. Berahim Bin Juki13. Catherine Anak Juan14. Chan Siew Yang15. Dambul Anak Inggom 16. Daud @ Daut Jok17. Edwin Bin Kusang18. Fauziah Binti Gapar

Excellence Service Awards 2013 recipients as follows:

19. Hairuni Binti Gani20. Hamdan Bin Abdullah @ Dan Anak Raong21. Hamidy Bin Khatan 22. Harun Bin Haji Keram23. Jahani Binti Leman24. Jamuri Tahir25. Jana Anak Bakar @ Mohammad Yusuf

Abdullah26. Jawi Anak Jaleboh27. Jelui Bin Sarbini28. Josephine Wong Lua Ming29. Kassim Anak Belikau30. Layang Anak Belanda31. Lukok Anak Munjie32. Marconi Stephen Jone33. Matali Bin Simi34. Matheus Resen Anak Pondin35. Mohamad Bin Sabdin36. Mohamad Nafri Bin Ali37. Mohamad Zainuddin Bin Mohd. Kameri38. Mokhtar Bin Saini39. Morshidi Bin Ismail40. Moses Ta’ai 41. Othman Bin Lee42. Paing Anak Rengga43. Patrick Anak Anyain44. Philip Anak Rinyom45. Philip De Rozario46. Rapi Bin Rahman47. Reynold Ahad Anak Mani48. Ribut Anak Ganing49. Roslan Bin Othman50. Sading Baling51. Salim Bin Akup52. Samsul Bin Yusup53. Shaifulrizza Bin Hakim54. Sharon Aren Lasah55. Simon Ricky Anak Dunstan Udam56. Sipen Yaman57. Thian Vui Kuet58. Tan Kong Hua59. Tihin Jeno60. Tujoh Anak Egang61. Uning Anak Paun62. Voon Chun Siat63. Voon Joon Hee64. Wan Hassan Bin Tunku Ahmad65. William Anak Lawrence Sinos66. Wilma Anak Manchu67. Yahya Bin Mahli68. Yunus Bin Hassan69. Zalina Binti Zulkipli

Page 12: Penasihat Ketua Editor Penyunting

12 | FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK

PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI JADI KE-92

TYT SARAWAK

Jabatan Hutan Sarawak dengan kekuatan anggota seramai 40 orang dari pelbagai gred dan bahagian telah menyertai lain-lain kontinjen dalam perarakan rapat raksasa sempena hari jadi TYT Negeri Sarawak ke-92 di Stadium Negeri Sarawak pada 14 September 2013.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak serta isteri dan menteri-menteri kabinet yang lain. Pelbagai acara kehormat telah diadakan bagi meraikan tetamu iaitu Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Sallahudin Abang Bareng. Sempena sambutan tersebut, lima orang kakitangan Jabatan Hutan Sarawak iaitu En. Azahari Omar, En. Engkamat Lading, Pn. Runi Sylvester, En. Phua Siaw Chang dan En. Mambai@Bitan Assan telah menerima pingat perkhidmatan Bakti (PPB) di Istana Negeri Sarawak.

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013

Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa 2013 bertempat di Surau PUSAKA pada 25 Julai 2013. Majlis yang dihadiri seramai 80 orang terdiri daripada kakitangan dan wakil dari Pejabat Hutan Wilayah Kuching, Bintulu Sibu dan Miri, Pejabat Pembangunan Penyelidikan dan Inovasi, Ibupejabat Hutan Kuching serta tetamu jemputan daripada agensi perhutanan lain seperti Harwood Timber Sdn. Bhd., Sarawak Forestry Corporation Sdn. Bhd., PUSAKA dan Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar Sarawak.

Turut diadakan ialah Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Dr. Haji Syafie Hj Sabki, mantan penolong MUFTI Negeri Johor Darul Takzim di samping solat Maghrib, Isya dan Terawikh berjemaah bersama tetamu kehormat dan tetamu jemputan pada majlis tersebut.

JAPAN-MALAYSIA ASSOCIATION TREE PLANTING ACTIVITY

 A delegation of 24 peoples from Japan-Malaysia Association led by Mr. Ogawa Takakazu turned up at Gunong Apeng Forest Reserve, Kuching on 7th July 2013. The tree planted activity has been done by the delegation comprised various universities and government agencies from Japan.

On arrival to receive them was En. Oscar Johin Ngayop, Assistant Director of Forests, Reforestation and Plantation Division. He was also officiated the tree planting activity. Among those present were senior officers from Forest Department Sarawak and Japan-Malaysia Association. A total of 200 seedlings of Dryobalanops beccarii (Kapur bukit) and Shorea macrophylla (Engkabang Jantong) were planted.

Page 13: Penasihat Ketua Editor Penyunting

FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK | 13

 

LAWATAN RASMI YAB PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD

BERSAMA KELUARGA KE BATANG AI

Pada 7 oktober 2013, Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib telah mengadakan lawatan merentasi rimba di Sungai Kasai yang merupakan kawasan populasi orang utan di kawasan Batang Ai. Selain itu, beliau turut melawat kawasan Air Terjun Enseluai, beramah mesra bersama penduduk rumah Panjang Ng Sumpa dan melepaskan sebanyak 10,000 ekor anak ikan jenis Empurau serta Tengadak di sungai tersebut.

Pada sebelah malamnya pula, Ketua Menteri bersama rombongan menghadiri majlis jamuan malam di Batang Ai Longhouse Resort sambil mendengar taklimat mengenai usaha pemuliharaan hidupan liar di Sarawak dan aktiviti pelancongan yang disampaikan oleh wakil daripada Sarawak Forestry Corparation Sdn. Bhd., Wildlife Sanctuary Reserve, dan Sarawak Borneo Adventure.

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Muda Alam Sekitar, Datuk Haji Len Talif Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr. Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Batang Ai, En. Malcom Mussen Lamoh, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Sarawak, Datu Sudarsono Osman. Tuan Haji Sapuan Ahmad, Pemangku Pengarah Hutan Sarawak dan pegawai-pegawai Kanan Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Pertanian dan pelbagai agensi kerajaan lain.

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama Unit Latihan Ibupejabat Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan satu kursus pengurusan bagi kerja-kerja penguatkuasaan pada 9-11 Oktober 2013, di Hotel Premier, Sibu. Tujuan kursus tersebut diadakan untuk memberi pendedahan dan gambaran sebenar kepada peserta mengenai pengendalian kes-kes tangkapan kayu-kayu balak dan juga hidupan liar semasa kerja-kerja lapangan dilakukan. Seramai lima orang penceramah jemputan daripada pelbagai agensi kerajaan telah dijemput untuk memberi ceramah iaitu Jabatan Perhutanan Sabah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan juga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Said Gapar, Penolong Pengarah Hutan Kanan unit penguatkuasaan Jabatan Hutan Sarawak dan turut dihadiri bersama oleh Pegawai Hutan Miri, Sibu, Sarikei.

KURSUS PENYIASATAN SIRI IV

Page 14: Penasihat Ketua Editor Penyunting

14 | FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK

SEMINAR KONVENSYEN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

SPESIES TERANCAM (CITIES) 2013

 Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (NRE) telah menganjurkan seminar mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITIES) pada 30 Oktober 2013 di Kompleks Maritim Tun Abang Salahudin (KOMTAS) Kuching.

Seramai kira-kira 100 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, Sarawak Forestry Corporation Sdn. Bhd., Jabatan Pertanian, Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sarawak, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Unit Perancangan Negeri, Sarawak Biodiversity Center, Lembaga Pelabuhan Kuching, STIDC, Majlis Perbandaran Miri, Jabatan Perikanan dan Harwood Timber Sdn. Bhd. telah menghadiri seminar tersebut.

Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Sarawak Forestry Corporation Sdn. Bhd., Jabatan Pertanian, Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Hutan Sarawak, Yang Berbahagia Tuan Haji Sapuan Hj Ahmad. Turut hadir ialah Laksamana Pertama Tuan Haji Ismili Bujang Pit, wakil daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, En. Simon David, pegawai-pegawai kanan Jabatan Hutan Sarawak serta kakitangan Agensi Penguatkuasa Maritim Sarawak sebagai tuan rumah majlis tersebut.

PERKIJAP telah mengadakan majlis QURBAN sempena menyambut Perayaan Hari Raya Aidil Adha 2013 pada 16 Oktober 2013 di perkarangan Pejabat Hutan Wilayah Kuching.

Majlis yang bermula seawal 7.00 pagi dimulai dengan bacaan tahlil oleh semua tetamu yang hadir dan disusuli dengan gotong-royong penyembelihan enam ekor lembu dan pengagihan daging-daging tersebut kepada para warga kerja yang hadir. Kesemua lembut tersebut telah disumbangkan oleh ahli-ahli PERKIJAP dan orang perseorangan.

Dalam ucapan perasmian, Timbalan Pengarah Hutan, Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh mengucapkan tahniah dan penghargaan atas kerjasama semua ahli PERKIJAP cawangan Kuching dalam menjayakan majlis tersebut dan beliau menyarankan agar majlis sebegini turut diadakan di pejabat-pejabat hutan lain di Sarawak pada tahun depan.

Turut hadir ialah mantan Pengarah Hutan Sarawak YBhg. Datu Haji Ali Yusop, Pemangku Pengarah Hutan, Tuan Haji Sapuan Ahmad, Tuan Haji Said Gapar, Pengerusi PERKIJAP, Encik Abang Ahmad Abang Morni, pegawai-pegawai kanan lain serta kakitangan-kakitangan lain Jabatan Hutan Sarawak.

MAJLIS QURBAN JABATAN HUTAN SARAWAK 2013

Page 15: Penasihat Ketua Editor Penyunting

FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK | 15

AWARENESS PROGRAMME AT KUCHING WETLANDS NP

About 45 employees and family members of Fuji Xerox Asia Pacific Sdn. Bhd. took part in an awareness programme on 23rd November 2013 at Kuching Wetlands National Park. This was in line with the company coorperate social responsibility to keep the Earth “green”.

The objective of the programme was to foster goodwill among their employees, and to raise the awareness of their employees and the public on the importance of conservation of the environment.

This awareness programme co-organised by Forest Department Sarawak and Fuji Xerox Asia Pacific Sdn. Bhd. The Programme was officially launched by Tuan Haji Said Gapar, representing Director of Forests. Present at the event were En. Marcellinus Frederick Bin Lamhai, Sustainability Champion cum Quality Corporate and En. Edward Lim, Sarawak Branch Manager of Fuji Xerox Asia Pacific Sdn. Bhd., and senior officers from Forest Department Sarawak. A total of 404 saplings of Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) species were planted, covering an area of 1 hectare along the Tebatan banjir, Kuching Wetland National Park.

LAUNCHING OF NATIONAL TRAINING ON SOCIAL FORESTRY

CONFLICT MANAGEMENT AND LOCAL ENGAGEMENT

YBhg. Puan Wan Hasmah Wan Mohamad, the Secretary of Biodiversity and Forestry Management Division, Ministry of Natural Resource and Environment, Malaysia officially launched The

National Training on Social Forestry Conflict Management and Local Engagement at Riverside Majestic Hotel, Kuching on 3rd December 2013. Yang Berusaha Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh, Deputy Director of Forests closed the programme on 6th December 2013.

The four- day training programme was organised by Forest Department Sarawak in collaboration with Ministry of Natural Resources and Environment (NRE) Malaysia commenced from 3rd December 2013 to 6th December 2013, with the aim of creating a better understanding of a basic concept of conflict management from forestry related activities, and identifying potential interventions for creating awareness through social forestry among the local communities. With the knowledge and lessons acquired from the training, all the participants were expected to handle and manage any possible issues and conflicts that might arise during their daily work with local communities as well as stakeholders.

The training programme was conducted by Mr. Toon Bryun from Regional Community Training Centre (RECOFTC). A total of 30 participants comprising of 7 officers from Forestry Department of Peninsular Malaysia (JPSM), 3 from Forest Research Institute Malaysia (FRIM), 10 from Sabah Forest Department took part in this programme. The participants were presented with attendance certificates at the end of the ceremony.

Page 16: Penasihat Ketua Editor Penyunting

16 | FAMILY TREE 2013 JABATAN HUTAN SARAWAK

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT ATAS PERLANTIKAN PENGARAH HUTAN SARAWAK

YANG BAHARU

Bersempena dengan perlantikan YBhg. Tuan Haji Sapuan Haji Ahmad sebagai Pengarah Hutan Sarawak, satu majlis ringkas telah diadakan di pejabat beliau di tingkat 14 yang dihadiri oleh beberapa pegawai-pegawai kanan Jabatan Hutan Sarawak pada 6 Disember 2013. Dalam ucapan sulung beliau, beliau berharap semua kakitangan di semua peringkat dapat bergerak bersama-sama beliau bekerja sebagai satu pasukan supaya dapat mengharungi cabaran yang bakal dihadapi kelak, sekaligus meneruskan peranan Jabatan Hutan Sarawak sebagai sebuah agensi kerajaan yang dinamik dalam memelihara khazanah kita yang terdapat di Sarawak.

Satu majlis penghargaan bagi meraikan jasa mantan Pengarah Hutan Sarawak iaitu YBhg. Datu Haji Ali Yusop telah diadakan pada 12 Disember 2013 bertempat di Hotel Grand Magherita, Kuching.

Seramai kira-kira 100 orang kakitangan pelbagai gred dan jawatan daripada Jabatan Hutan Sarawak telah menghadiri majlis tersebut.

Pada malam tersebut, para hadirin telah dihiburkan dengan persembahan tarian daripada penari-penari Jabatan dan persembahan karaoke daripada kakitangan yang hadir. Penyampaian cenderahati kepada YBhg. Datu Haji Ali Yusop turut diadakan.

Dalam ucapan terakhir beliau kepada Jabatan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama kakitangan kepada beliau semasa di Jabatan Hutan Sarawak. Beliau turut memberi amanat kepada para hadirin agar terus berusaha dan berganding bahu dalam meningkat martabat Jabatan Hutan Sarawak sebagai sebuah agensi kerajaan yang disegani oleh agensi-agensi lain di samping meneruskan legasi menjaga kelestarian Hutan di Sarawak.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pengarah Hutan Sarawak yang baru iaitu YBhg. Tuan Haji Sapuan Ahmad dan berharap agar beliau dapat memimpin Jabatan Hutan Sarawak dengan lebih cemerlang.

MALAM PENGHARGAAN YBHG. DATU HAJI ALI YUSOP