ketaksamarataan peluang pendidikan

Upload: vener-js

Post on 01-Mar-2016

62 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

da

TRANSCRIPT

Ketaksamarataan Peluang Pendidikan

Ketaksamarataan Peluang PendidikanAhli Kumpulan : Lau Jen ShanPat Wui KeanPengenalan

Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan negara.

Kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insan negara.

Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam sesebuah negara.

Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar.

Didapati bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan.

Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status sosial ekonomi, pencapaian akedemik, minat pelajar, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.

Faktor Yang Menyebabkan Ketaksamarataan Peluang Pendidikan

Jurang Kelas SosialBerkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat.

Kelompok yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi politik, kuasa, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan ataupun hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Dari segi ekonomi, keluarga yang kaya dan berada lebih berupaya untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya keluarga yang miskin tidak mampu untuk menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

Menurut kajian Saifuddin Hj Masduki (1977) mendapati terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.

Jurang JantinaPada zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki manakala golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu.

Kebanyakkan ibubapa dari pelbagai masyarakat percaya bahawa anak lelaki mereka berupaya mencapai kejayaan dibandingkan dengan anak perempuan.

Ibu bapa beranggapan bahawa anak perempuan tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi kerana akhirnya mereka akan berumah tangga.

Menurut kajian Sharifah Alwiah Alsagoff (1985: 210-211) melaporkan bahawa kadar enrolmen murid perempuan adalah lebih rendah berbanding dengan kadar enrolmen murid lelaki bagi semua ras di Malaysia. Perbezaan kadar enrolmen ini paling besar di kalangan orang-orang miskin, dan yang tinggal di luar bandar.

Kekurangan Kemudahan AsasSekolah luar bandar sering mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur di sekolah.

Mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.

Sikap ibubapa di pedalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak.

Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah mendedahkan sehingga September 2006, masih terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah di Malaysia masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam.

kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali sebanyak 1,517 buah sekolah rendah dan 68 buah sekolah menengah tidak mempunyai bekalan air awam.

Kurang Tenaga PengajarKurangnya guru berkelayakan mengikut opsyen ditempatkan di pedalaman menimbulkan masalah pengendalian aktiviti kokurikulum serta bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) masih ramai di sekolah pedalaman.

Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran kritikal dikawasan luar bandar dan pedalaman.

kajian mendapati bahawa terdapat 15,444 guru di sekolah rendah dan 2,895 guru di sekolah menengah ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan atau sementara.

Kumpulan MinoritiKumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Contohnya di Malaysia, orang Melayu merupakan kumpulan majoriti manakala golongan Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh, Orang Asli dan kumpulan etnik yang lain merupakan kumpulan minoriti.

Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka.

Golongan minoriti biasanya mempunyai masalah dalam komunikasi disebabkan bahasa yang berbeza dan sering menjadi mangsa diskriminasi.

Orang asli dianggap sebagai kumpulan minoriti di Malaysia kerana bilangannya tidak mencecah 141,230 orang (statistik 2005).

Orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang legkap di tempat tinggal.

Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi.

hubungan kekeluargaan masyarakat Orang Asli yang sangat rapat menjadikan murid-murid Orang Asli enggan ke sekolah

kebanyakkan pelajar perempuan tidak menyambung persekolahan ke peringkat menengah kerana biasanya akan dikahwinkan pada usia yang muda.

kajian menunjukkan bahawa tahap pendidikan yang rendah dalam kalangan Orang Asli menyebabkan mereka tidak mendapat peluang pekerjaan bergaji tinggi. Sebahagian besar mempunyai pendapatan di bawah RM1000, yang merupakan di bawah garis kemiskinan.

Cara hidup mereka masih tertumpu kepada hutan telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka mencari rotan, membantu ladang ubi dan padi bukit.

Taraf ekonomi yang rendah juga menyebabkan kebanyakkan kanak-kanak Orang Asli menghadapi masalah kesihatan kerana tidak mendapat makanan yang seimbang.

Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal.

Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei.

Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit.

Masyarakat indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.

ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman berlaku disebabkan kerana kekurangan guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang.

Pertumbuhan pusat bandar yang lembab.

Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT.

Murid Keperluan KhasMurid berkeperluan khas merupakan golongan yang mengalami pelbagai masalah kecacatan yang menyebabkan mereka bermasalah dalam mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak normal.

Menurut Woitaszewski (2003), faktor persekitaraan seperti masalah berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah.

Guru biasanya kurang memberi perhatian kepada keperluan murid-murid pendidikan Khas ini kerana mereka lebih cenderung mengajar semua murid dengan cara yang sama (Ting Len Siong, 2013: 64)

Langkah Mengatasi Masalah Ketaksamarataaan Peluang Pendidikan

Peranan Guru Dalam Menangani Isu Ketaksamarataan Peluang PendidikanMenerapkan pendidikan nilai

Menyediakan bilik darjah yang kondusif

Memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan.

Penggunaan bahasa.

Program Pembestarian SekolahMenyediakan sekolah luar bandar dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi.

Konsep sekolah bestari, projek sekolah net, projek smart lab dan projek sekolah vista adalah sebagai lonjakan kepada pemantapan sektor pendidikan negara.

Menambahbaikan Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar, Orang Asli, Pedalaman dan Peribumi.Membekalkan bekalan elektrik, bekalan air bersih, klinik-klinik desa dan kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah.

Jurang digital merupakan salah satu bentuk kemiskinan yang perlu ditangani di sekolah luar bandar dan pedalaman.

Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) telah membantu untuk memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik 24 jam bagi 900 sekolah dan bekalan air bersih untuk 300 sekolah ditingkatkan.

Sebanyak 2,600 buah sekolah rendah dan menengah juga akan dinaik taraf melalui penyediaan kemudahan bilik darjah yang mencukupi, sekolah baru, bangunan tambahan dan bangunan gantian.

KPM dan agensi-agensi lain juga telah menyediakan bantuan tempat tinggal melalui pembinaan sekolah-sekolah berasrama.

Kerajaan juga harus menambahbaik Sekolah Kurang Murid (SKM).

Hampir 90 peratus SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.

Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

Mengembangkan Program Pendidikan KhasKementerian Pelajaran Malaysia berusaha merapatkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan kumpulan berkeperluan khas dengan Program Pendidikan khas Integrasi, Kelas Inkusif, selain menambah Sekolah Pendidikan Khas.

Intervensi awal melalui Program Kia2M, Program Pemulihan Khas, program Gerak Gempur bagi 3 M PROTISM (Program pemulihan 3M merupakan sokongan dan pengukuhan kepada pemulihan khas)

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih daripada satu jenis kecacatan

Sekolah Dalam Hospital DiperluaskanPendekatan pembelajaran Sekolah Dalam Hospital berbeza daripada sekolah biasa iaitu berasaskan 'fun learning' yang menekankan pembelajaran secara santai dan menyeronokkan.

Membolehkan golongan murid yang tidak bernasib baik dan terganggu masalah kesihatan mendapatkan kemudahan pendidikan lebih baik.

Idea SDH yang dicetuskan oleh Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abd. Rahman yang prihatin dengan nasib kanak-kanak yang ketinggalan pembelajaran apabila terpaksa dimasukkan ke hospital.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, pada masa ini terdapat lapan buah hospital yang mempunyai kemudahan Sekolah Dalam Hospital manakala dua lagi dalam perancangan untuk diwujudkan iaitu masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

Kewujudan SDH mampu menghilangkan rasa bimbang para ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka apabila menerima rawatan di hospital.

Meningkatkan Taraf Sosio-Ekonomi MasyarakatPengubalan Dasar Pembagunan Nasional (DPN) yang mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Pemberian bantuan kewangan yang bersifat bantuan kebajikan penuh.

Kemeterian Pendidikan pada tahun 1996 melaporkan bahawa kebanyakkan kes keciciran datang daripada keluarga berpendapatan rendah atau sederhana dan tinggal di kawasan yang persekitarannya tidak menggalakkan untuk pembelajaran.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan ini merupakan dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.

Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (Ekshibit 7).

KesimpulanKetaksamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia, keharmonian dan kemajuan negara. Bukannya kerana tiada usaha, tetapi kerana tiadanya komitmen yang telus dalam menangani isu ini. pelbagai bantuan, dana dan program-program telah dicetuskan oleh kerajaan bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat menikmati peluang pendidikan yang sama bagi semua orang.

RujukanAbdul razak raff & irwan sharizan ismail (2011). Usaha elak orang Asli tercicir ilmu. Berita harian.

Hassan Ishak (1998), Orang Asli dan Cabaran Pembangunan Masa Kini: Usaha dan Tindakan yang Direncanakan oleh JHEOA, kertas kerja bil 8, jabatan Antropologi & Sosiologi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia (1976). Rancangan Malaysia ketiga 1976-1980. Kuala Lumpur: JabatanPercetakan Negara.

Kerajaan Malaysia (2000). Rancangan Malaysia kelapan 2001-2005. Kuala Lumpur: JabatanPercetakan Negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecermelangan Pendidikan, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan di Malaysia. Addison Wesley Longman Malaysia SDN. Bhd. Kuala Lumpur.

Noriati A. Rashid (2011), Budaya dan Pembelajaran. Oxford fajar Sdn. Bhd.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur. Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Kuala Lumpur.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan, Heiemann (Malaysia) SDN BHD, Kuala Lumpur.

Ting Len Sing Ph.D (2013), Budaya dan Pembelajaran. Freemind Horizons Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Victort. King & Nazaruddin Mohd. Jali, Isu-isu Pembangunan Luar Bandar di Malaysia. Dewan bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Wan Azmi Ramli (1992), Pembangunan Masyarakat. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur

Bahan internet :

Naim Manaf (2012), Ketaksamaan Peluang-Pendidikan, dilayari pada 5/2/ 2014:http://www.slideshare.net/naimuddin/ketaksamaan-peluangpendidikan

Misscorby90 (2012), Ketaksamaan Peluang Pendidikan, dilayari pada 5/2/ 2014:http://www.slideshare.net/misscorby90/ketaksamaan-peluang-pendidikan Pengandali (2009), Ketaksamaan peluang pendidikan, dilayari pada 5/2/2014 :http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII: 2012Transformasi Modal Insan melalui Peningkatan Pendidikan: Kajian Kes Komuniti Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang, 2012, dilayari pada 5/2/2014: http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_4D3.pdf

Roliswaty Ramly (2006), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar, dilayari pada 5/2/2014:http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/printable.php?id=226113

Syed Ismail (2011), Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan, dilayari pada 5/2/2014: http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-4-ketaksamaan-peluang-pendidikan.html