t 4 ketaksamaan peluang pendidikan

Upload: nur-syamimi

Post on 14-Jan-2016

65 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

TAJUK 4 : KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

TAJUK 4 : KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKANKetaksamaan Peluang PendidikanKonsep Ketaksamaan Peluang PendidikanUnsur-unsur Pewujudan Ketaksamaan Peluang PendidikanKelas SosialJantinaKumpulam MinoritiKumpulan Murid Berkeperluan KhasIsu-isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid Orang Asli, Peribumi dan Murid di PedalamanPengenalanKetsaksamaan peluang pendidikan merupakan isu yang hangat diperbincangkan dan telah banyak merangsang kajian tentang kesan sekolah, impak status sosio ekonomi terhadap pencapaian dan ketaksamaan ras serta etnik dalam pencapaian akademik. 4.1 Ketaksamaan Peluang Pendidikan4.1.1 Konsep Ketaksamaan Peluang PendidikanKesamaan peluang pendidikan merujuk kepada kesamaan hasil jika diberi input secara individu (Coleman, 1968).Ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk.Ketidaksamaan berlaku akibat daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata.Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status sosioekonomi, pencapaian akademik, minat pelajar, peluang hidup dan perbezaan bahasa.4.2 Unsur-unsur Pewujudan Ketaksamaan Peluang Pendidikan4.2.1 Kelas SosialStalcup mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan dalam masyarakat, di mana manusia menganggap diri mereka sama dari segi latar belakang keluarga, peringkat pendidikan, pekerjaan, ras dan sikap terhadap isu-isu sosial.Contohnya, kelas sosial boleh digolongkan sebagai golongan atasan, golongan menengah dan golongan rendah.Masyarakat Kapitalis membahagikan kelas sosial kepada 2 golongan : -Bourgeoise : masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. -Proletriat : hanya tenaga kerja sahaja

Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial ;Golongan atasan / orang kaya dan ahli korporat.Kumpulan pertengahan atasan , iaitu yang berpendidikan tinggi, profesional dan memegang jawatan baik dalam sesuatu organisasi.Kumpulan pertengahan bawahan, iaitu terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil serta diploma.Golongan keempat terdiri daripada kelas pekerja atau pekerja kolar biru yang berpendidikan SPM dan PMR.Golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal.Kelas sosial wujud disebabkan perbezaan dari segi penghormatan dan status sosial.Berdasarkan Unit Perancang Ekonomi (2001) : -golongan berpendapatan rendah : RM1500 -berpendapatan pertengahan : antara RM1500 RM3500 -berpendapatan tinggi : RM3500Ketaksamaan peluang pendidikan wujud kerana golongan atasan mempunyai keupayaan kewangan untuk menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan.Dari segi TMK, jurang digital berlaku kerana kelas sosial yang berada dapat menyediakan pelbagai jenis peralatan yang canggih untuk anak mereka.4.2.2 JantinaDi kebanyakan negara sedang membangun, jurang jantina masih wujud dengan ketara.Di Filipina, Mongolia dan Malaysia, bilangan pelajar kurang berbanding dengan perempuan di sekolah menengah.Dalam proses pendidikan, pelajar perempuan dan lelaki masing-masing memilih m/pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan wujud dalam masyarakat kita.Menurut Siti Rohani Yahya (1989,1998) terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita :Kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki.Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian.Pelaksanaan DEB (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki.

4.2.3 Kumpulan MinoritiKumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil.Mereka tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain.Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebagainya.Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya tidak terus tercicir dalam arus pendidikan.4.2.4 Kumpulan Berkeperluan KhasKumpulan berkeprluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa.Kumpulan ini dianggap istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal.Sebagai golongan miroriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai.Pada abad ke 19, memang kekurangan peluang untuk mereka belajar.Akan tetapi, kini mereka berpeluang mendapat pendidikan pada peringkat rendah, menengah dan universiti. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu :Kerencatan akalBermasalah pembelajaranKecelaruan tingkah lakuCacat pendengaran dan bermasalah komunikasiCacat penglihatan Cacat fizikalPintar-cerdas dan berbakat istimewa4.3Isu-isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid Orang Asli, Peribumi dan Murid di Pedalaman4.3.1su Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid Orang AsliOrang asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza dan kebanyakan mereka tinggal di dalam atau di pinggir hutan.Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, orang Asli ditakrif sebagai :-mana-mana bapanya ialah ahli daripad kumpulan etnik orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang Asli.-mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angakat semasa budak oleh orang Asli.-anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan orang asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat mengamalkan cara hidup dan berbahasa orang asli.Taburan Kumpulan Orang AsliSuku Kaum Negrito menetap di pedalaman utara negeri Perak dan Kelantan, sebahagian kecil hidup secara nomad mengikut musim tertentu.Suku Kaum Senoi berada di sepanjang lereng bukit Banjaran Titiwangsa di pedalaman negeri Perak, Kelantan dan Pahang.Suku kaum Melayu Proto hidup berhampiran dengan kampung-kampung tradisional Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan JohorISU-ISUMajoriti orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka.Di sekolah, bilik darjah yang selesa dan kondusif tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli.Kadar keciciran yang sangat tinggi dan prestasi pelajar orang Asli amat rendah.Kurang minat belajar, ini mungkin mempunyai kaitan dengan ciri-ciri umum golongan orang Asli yang berwatakan rendah diri, malu, pasif, tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu, sensitif, suka kebebasan bergerak.Orang asli mengikuti kurikulum yang sama seperti aliran perdana yang diajar dalam BM, mereka sukar memahami pelajaran yang disampaikan.Jarak tempat tinggal yang jauh dari sekolah merupakan antara punca murid orang asli jauh ketinggalan dalam pendidikan.Ramai ibu bapa orang Asli miskin dan tidak berkemampuan, ini menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan suasan pembelajaran yang baik dan makanan yang seimbang untuk anak-anak mereka.4.3.2 Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid PeribumiMasyarakat peribumi terdiri daripada golongan Bumiputera dan orang Asli.Peribumi terbesar di Sabah terdiri daripada kumpulan Kadazan-Dusun.Kumpulan Iban merupakan kumplan etnik yang terbesar di Sarawak.Secara umumnya kumpulan masyarakat peribumi kebanyakannya tinggal jauh di pedalaman.Dua penyebab utama pencapaian murid peribumi rendah ialah motivasi rendah dan minat untuk belajar yang agak kurang.4.3.3 Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid di PedalamanMasih terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas.Isu tentang kekurangan guru terlatih masih wujud bagi sekolah rendah di kawasan pedalaman.Jurang pendidikan antara lokasi, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid di kawasan pedalaman merupakan isu-isu yang perli ditangani oleh KPM.Jurang digital, yakni wujudnya perbezaan dari segi akses kepada TMK dan penguasaan kemahiran TMK dalam kalangan pelajar dan guru.Sekolah Kurang Murid (SKM) juga merupakan isu di kawasan luar bandar dan pedalaman.Jurang pencapaian murid akibat daripada kurangnya motivasi untuk belajar dan daya saing kerana bilangan murid yang sedikit.RumusanKetaksamaan peluang amat ketara dalam unsur-unsur kelas sosial, jantina serta kumpulan etnik lain yang disebabkan oleh faktor-faktor geografi, taraf sosioekonomi dan pegangan budaya tradisional.Aktiviti1. Bincangkan isu-isu dan masalah pendidikan orang asli/indigenous /pedalaman2. Beri cadangan untuk menangani masalah pendidikan orang asli/Indigenous /pedalamanSoalan LatihanNyatakan isu-isu mengenai infrastruktur sekolah yang merupakan cabaran untuk ditangani oleh KPM demi mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan