ketaksamaan peluang pendidikan

48
Pengenalan Kementerian Pelajaran berusaha menangani jurang perbezaan dalam Sistem Pendidikan di negara ini. Terdapatnya jurang yang perlu diatasi dalam perancangan pelaksanaan pendidikan. Disediakan oleh: Pn. Hjh. Haslina bt. Hanapi JPIPK IPG Kampus Sultan Mizan

Upload: 753314

Post on 08-Jul-2015

421 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ketaksamaan peluang pendidikan

PengenalanKementerian Pelajaran berusaha menangani jurang perbezaandalam Sistem Pendidikan di negara ini. Terdapatnya jurang yangperlu diatasi dalam perancangan pelaksanaan pendidikan.

Disediakan oleh:Pn. Hjh. Haslina bt. Hanapi

JPIPKIPG Kampus Sultan Mizan

Page 2: Ketaksamaan peluang pendidikan

Kelas Sosial

Konsep Kelas Sosial ini berkaitan dengan kedudukansesuatu kelompok masyarakat.

Kelas Sosial wujud apabila segolongan individu tidakmempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa,politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaanatau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Antara contoh Kelas Sosial yang terdapat dalamMasyarakat Kapitalis terbahagi kepada 2 Golonganiaitu:-

Page 3: Ketaksamaan peluang pendidikan

(a) Bourgeoisie: Masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.

(b) Proletariat: Masyarakat yang tidak memilikimodal, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.

Institusi Sosial merujuk konsep utama dalammemahami masyarakat dan Kebudayaan.

Antara contoh Institusi Sosial yang utama ialahInstitusi Keluarga, Institusi Agama, Institusi Pelajaran,dll.

Page 4: Ketaksamaan peluang pendidikan

Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu prosesperubahan individu atau Kelompok Sosial dari satuLapisan Sosial yang lain dalam satu SistemStratifikasi Sosial.

Dalam Sistem yang lebih terbuka, peluang untukMobiliti Sosial adalah lebih terbuka.

Sebaliknya, dalam Sistem Tertutup seperti dalamSistem Kasta yang bercorak tradisi, Mobiliti Sosialjarang sekali berlaku.

Page 5: Ketaksamaan peluang pendidikan

Konsep Diskriminasi atau ketidaksamaan puladitakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dankepercayaan Negatif oleh seseorang atau SekelompokEtnik terhadap Kelompok Etnik yang lain.

Ini merupakan manifestasi Prasangka yang wujuddalam kalangan Kumpulan Etnik dan mudah berlakuapabila wujud Prejudis dan Stereotaip dalamsesebuah masyarakat.

Page 6: Ketaksamaan peluang pendidikan

Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama adaberbentuk individu atau kumpulan Etnik danmencapai tahap tertinggi apabila melibatkanpembuangan kerja, serangan fizikal secara terbukaatau percubaan penghapusan sesebuah kumpulanEtnik.

Ketaksamaan Peluang Pendidikan juga merupakansatu bentuk diskriminasi yang perlu dielakkan.

Page 7: Ketaksamaan peluang pendidikan

Diskriminasi dan Ketaksamaan peluang pendidikanmasyarakat telah wujud sejak munculnya Kelas Sosialmasyarakat dari Sistem Feudal lagi.

Rakyat bawahan, golongan pembesar dan golonganistana menerima Sistem Pendidikan yang berbeza.

Pihak penjajah meneruskan dasar yang sama yangmana anak-anak dari golongan pentadbir danpembesar diberikan peluang untuk belajar di sekolahyang dikhaskan untuk mereka.

Page 8: Ketaksamaan peluang pendidikan

Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality) merujukkepada Ketidaksamaan Sosial yang merujukKetidaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untukmanusia dalam kedudukan sosial berbeza akibatdaripada Sistem Stratifikasi Sosial.

Rohand Meighan (1986),Ketidaksamaan Sosialmengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatansesuatu bangsa yang sama.

Page 9: Ketaksamaan peluang pendidikan

Max Weber mengatakan ada 5 Kelas Sosial iatu:-

i. Golongan Bangsawan (Aristokrat)

ii. Golongan Pertengahan Atasan (Profesional)

iii. Golongan Pertengahan Bawahan

iv. Kelas Pekerja (Kolar Biru)

v. Golongan Bawahan (Kelulusan AmatRendah)

Page 10: Ketaksamaan peluang pendidikan

Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam kajiannyamendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikanantara pencapaian akademik dengan pendapatan ibubapa dan tahap pendidikan ibu bapa.

Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapathubungan positif antara pencapaian akademik denganpendapatan keluarga.

Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapatmemenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

Page 11: Ketaksamaan peluang pendidikan

Faktor Kelas Sosial ataupun Status Sosio-Ekonomi(SES) jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid.

Tahap Kesihatan seperti kemudahan mendapatkanrawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit jugamenjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalamkalangan murid.

Suasana tempat tinggal yang lengkap dan keadaanpersekitaran (Environment) turut memberikan impakkepada jurang pendidikan.

Page 12: Ketaksamaan peluang pendidikan

Struktur Keluarga yang mempunyai jumlah ahlikeluarga yang kecil atau besar, kes penceraian, tahappendidikan ibu bapa, pengaruh luar yang terdiridaripada masyarakat dan rakan sebaya jugamemainkan peranan terhadap pembentukan KelasSosial dalam masyarakat.

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMke-3),kerajaan telah menekankan supaya semua rakyat diMalaysia menerima peluang pendidikan yang sama.

Page 13: Ketaksamaan peluang pendidikan

Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buahsekolah menengah yang masih belum mempunyaibekalan elektrik 24 jam.

Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dantidak mencukupi untuk menampung penggunaanTeknologi Maklumat (ICT).

Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasayang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa.

Page 14: Ketaksamaan peluang pendidikan

Terdapat juga sekolah yang mengalami masalahkekurangan murid.

Sehingga than 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolahrendah yang dikategorikan sebagai ‘SekolahKekurangan Murid’.

Sekolah yang mempunyai kurang daripada 250orang murid dikategorikan sebagai ‘SekolahKekurangan Murid’.

Page 15: Ketaksamaan peluang pendidikan

Hampir 90% ‘Sekolah Kekurangan Murid’ iniberada dalam keadaan daif dan menghadapi masalahkekurangan peruntukan, kemudahan dan guruterlatih.

Penempatan guru di kawasan pedalaman sukardilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman.

Jumlah murid yang kecil pula menyebabkan ‘SekolahKekurangan Murid’ mengamalkan pengajaran KelasBercantum atau ‘Multigrade Teaching’.

Page 16: Ketaksamaan peluang pendidikan

Cabaran KPM adalah untuk memastikan agarinfrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yangmencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasanluar bandar yang kurang terdedah dengan ICTberbanding kawasan bandar.

Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan denganAkses Jalur Lebar SchoolNet dan bagi sebahagiansekolah di luar bandar dan pedalaman serta pusatakses akan dibina.

Page 17: Ketaksamaan peluang pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkanRM 1 Billion untuk keluarga miskin dan golongankurang upaya melalui program pembangunanpendidikan dalam usaha mengatasi Ketaksamaanpendidikan dalam masyarakat di negara ini.

Apa yang kita perlukan ialah melihat cara kitamenanam nilai dan kepercayaan dalammempromosikan pembelajaran dalam kalangan rakyatMalaysia tanpa membataskan mengikut Kelas SosialMasyarakat.

Page 18: Ketaksamaan peluang pendidikan

Antara yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:

i. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)ii. Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)iii. Bantuan Makanan Asramaiv. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan

Murid.v. Jaket Keselamatanvi. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upayavii. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)viii. Skim Baucer Tuisyen (SBT)ix. Biasiswa Kecil Peruntukan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaanx. Asrama Harian.

Page 19: Ketaksamaan peluang pendidikan

Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanyamemberi penekanan kepada aspek membaca, menulisdan mengira.

Rakyat di negara ini perlu digalak ‘Memburu’maklumat daripada sekadar menerimanya secara pasifsahaja.

Segala bentuk pendekatan yang diambil perlu diterimabagi menggalakkan rakyat bersikap terbuka pada ideabaru dan berlainan.

Page 20: Ketaksamaan peluang pendidikan

Selain Budaya pembelajaran, masyarakat Malaysiajuga harus meningkatkan pembangunan dalam‘Budaya Analitikal’.

Murid perlu dilatih merenung dan faham ‘apa’,‘bagaimana’, ‘kenapa’ sesuatu perkara itu kita lakukan.

Tanpa Budaya analitikal, setiap keputusan dibuatakan menimbulkan pelbagai pandangan dan prejudisberbanding logik dan bersebab.

Page 21: Ketaksamaan peluang pendidikan

Pembangunan intelektual pula sudah tidak lagimenjadi perhatian utama dalam kebanyakanmasyarakat termasuklah negara-negara kaya yangkelihatan enggan menyokong Budaya tersebut.

Jika kita ingin membangunkan Modal Insan, kitaharus memiliki komuniti yang mengamalkan Budayakerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikirdan setiap Kelas Sosial perlu diberikan hak yangsama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut.

Page 22: Ketaksamaan peluang pendidikan

Jantina Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan

pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.

Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untukmenerima pendidikan pada ketika itu.

Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaianmurid perempuan di Pengajian Tinggi telahmeningkat daripada 0.5% (1970) pada tahun 1970kepada 4.9% pada tahun (1991).

Peningkatan pencapaian dalam pendidikan formaltelah mempengaruhi kadar penglibatan guna tenaga.

Page 23: Ketaksamaan peluang pendidikan

Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara Makropenyertaan tenaga wanita dalam proses pembangunan.

Faktor Pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikanyang sama antara wanita dan lelaki.

Faktor Kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat danperubahan dalam proses perindustrian.

Faktor Ketiga ialah pelaksanaan Dasar EkonomiBaru(1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihanpenglibatan wanita Melayu luar bandar ke kawasan bandar.

Page 24: Ketaksamaan peluang pendidikan

Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakanpenglibatan wanita dalam pendidikan sangatmenggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikutgender dalam pendidikan di peringkat menengah,sekolah vokasional dan teknik serta di InstitutPengajian Tinggi, khususnya di Politeknik.

Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang danpeluang lebih dimonopoli oleh golongan perempuan.

Page 25: Ketaksamaan peluang pendidikan

Kumpulan Minoriti Kumpulan Minoriti merupakan sesuatu kumpulan

Etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyaijumlah ahli yang kecil.

Faktor Geografi mempengaruhi Budaya sesebuahkumpulan itu. Contohnya, masyarakat pedalamankaum Asli, Kadazan, Murud dan sebagainya.

Mereka hanya menerima pendidikan tidak formalsahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka.

Page 26: Ketaksamaan peluang pendidikan

Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatifantara kumpulan minoriti ini supaya mereka tidakterus mengalami keciciran dalam proses pembelajarandi sekolah.

Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatiansupaya mereka tidak terus tercicir dalam aruspendidikan.

Dasar kerajaan yang telah mewajibkan pendidikanwajib kepada semua warganegara merupakan salahsatu cara untuk mengelakkan keciciran berlaku.

Page 27: Ketaksamaan peluang pendidikan

Murid Berkeperluan Khas Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr. Chua Tee

Tee (1982) merupakan satu program pendidikan yangdirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atauluar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.

Murid Berkeperluan Khas mempunyai kecerdasanyang amat rendah serta menghadapi masalahpenyesuaian diri dalam masyarakat dan dalamprogram sekolah biasa.

Page 28: Ketaksamaan peluang pendidikan

Kanak-kanak pintar-cerdas adalah golongan yangmana kebolehan Mental jauh lebih tingggi daripadarakan sebaya mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasimereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehanmental mereka jauh lebih maju.

Antara konsep kendiri yang bakal mereka hadapi ialahseperi phobia, perkembangan nilai dan moral,keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiranbersosial dan masalah mengembangkan potensi.

Page 29: Ketaksamaan peluang pendidikan

Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu;

ii. Bermasalah Pembelajaran

iii. Kecelaruan Tingkah Laku

iv. Cacat Pendengaran dan MasalahKomunikasi.

v. Cacat Penglihatan

vi. Cacat Fizikal

vii. Pintar-Cerdas dan Berbakat Istimewa

Page 30: Ketaksamaan peluang pendidikan

Kanak-kanak yang berkeperluan khas juga menghadapikecelaruan tingkah laku.

Mereka mempunyai tingkah-laku yang suka menentangautoriti, tidak mematuhi undang-undang, kurangbertimbang rasa dan suka menyerang orang lain.

Kanak-kanak golongan ini adalah ‘Hiperaktif’ atau‘Hiperkinetik’.

Kanak-kanak ini juga bersifat pendiam, sensitif, pasif,tidak suka berkawan dan mudah tersinggung.

Page 31: Ketaksamaan peluang pendidikan

Kanak-kanak Berkeperluan khas juga menghadapitingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara.

Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal dantidak mengendahkan nilai diri kendiri. Kanak-kanakini juga mempunyai tingkah laku anti-sosial.

Kanak-kanak ini sering bertindak liar dan kerapmenimbulkan masalah disiplin sekolah sepertimemeras ugut, mencuri, ponteng, dll.

Page 32: Ketaksamaan peluang pendidikan

Menurut Kirk dan Kirk (1994), Murid Berkeperluan Khasberbeza dari Murid Biasa dari segi Mental (kognitif),Fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), Sosial(interaksi dan komunikasi interpersonal) dan Emosi(keupayaan menangani perasaan).

Murid Berkeperluan Khas yang lain adalah sepertiADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).

Murid ini kurang memberi perhatian, kurangmengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiapaktiviti dan tidak dapat memyempurnakan tugasan yangdiberikan.

Page 33: Ketaksamaan peluang pendidikan

Murid akan ditempatkan berdekatan dengan guru.Guru juga menghadkan ruang terbuka untukmengurangkan kesempatannya bertingkah lakunegatif.

Guru juga boleh mengurangkan rangsangan danhanya membenarkan murid bergerak di suatukawasan yang tertentu sahaja.

Guru perlu mengurangkan kerja tugasan, pecahkantugasan kepada beberapa unit kecil serta elakkanmemberi kerja atau latihan ulangan.

Page 34: Ketaksamaan peluang pendidikan

Guru disarankan sering memberikan PeneguhanPositif daripada Negatif.

Guru perlu menyediakan program latihan sosial bagimurid ADHD supaya mereka dapat terus belajar danbersaing dengan murid normal yang lain.

Akta Pendidikan Khas 1961, telah memberi kuasakepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakankemudahan Pendidikan khas, menggubal kurikulumyang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis muridserta lain-lain tindakan bagi mengembangkanPendidikan Khas.

Page 35: Ketaksamaan peluang pendidikan

Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan padatahun 2004.

Pada 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan KhasIntegrasi untuk pelajar bermasalah pembelajarandiwujudkan di sekolah harian biasa.

Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikanKPM seawal umur 4 tahun.

Kanak-Kanak Kurang Upaya berusia kurang daripada 4tahun mendapat pendidikan awal di Pusat KelolaanKementerian Kesihatan atau di Pusat PemulihanDalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan KebajikanMasyarakat di bawah Kementerian PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat.

Page 36: Ketaksamaan peluang pendidikan

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) jugamenyediakan pendidikan kepada pelajar kurangupaya dengan lebih daripada satu jenis kecacatankerana pada ketika ini

KPM hanya menyediakan pendidikan bagi pelajaryang mempunyai satu jenis kecacatan sahaja sertaboleh mengurus diri seperti yang tertakluk dalamPeraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1995.

Page 37: Ketaksamaan peluang pendidikan

Orang Asli

Indigenious (Pribumi)

Pendalaman

Page 38: Ketaksamaan peluang pendidikan

Orang Asli Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid orang

Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersamadan bersemuka sejajar dengan Dasar PendemokrasianPendidikan.

Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya denganilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusanalam semulajadi.

Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alamsekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanahuntuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta carapemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).

Page 39: Ketaksamaan peluang pendidikan

Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun bangsa iaituSenoi, Negrito dan Melayu Asli.

Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah sebanyak 141,230 orang.

Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian dan bersifatsara diri.

Orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan keranainfrastruktur dan prasarana yang kurang legkap di tempattinggal.

Page 40: Ketaksamaan peluang pendidikan

Kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latarbelakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar,2004).

Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalanganmasyarakat Orang Asli masih berada dalam tahapyang rendah di mana kecicicran yang dicatatkanpada 1998 adalah 45.8% dan kadar buta hurufadalah 49.2% (Kadar Nasional 6.4%).

Page 41: Ketaksamaan peluang pendidikan

Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli jugaadalah rendah.

Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti ibubapa yang kurang mengambil berat mengenaipelajaran anak-anak mereka.

Cara hidup mereka masih tertumpu kepada hutantelah mendorong ramai anak Orang Asli berhentisekolah lebih awal untuk mengikut bapa merekamencari rotan, membantu ladang ubi dan padi bukit.

Page 42: Ketaksamaan peluang pendidikan

Indigenous

Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di pedalamanSabah dan Sarawak.

Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal,ekonomi, sosial dan Budaya.

Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum Etnik manakaladi Sarawak terdapat kira-kira 24 suku kaum Etnik.

Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil merekatinggal jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Page 43: Ketaksamaan peluang pendidikan

Masyarakat Indigenous masih belum bersedia menerimaperubahan dalam dunia pendidikan kerana masihberpegang kepada Budaya hidup tradisional mereka(Indigenous Learning).

Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif,antaranya ialah mempertahankan nilai-nilai Budaya tanpakehilangan mempelajari sesuatu.

Sistem belajar Asli secara turun-temurun diwarisimasyarakat indigenous tradisional merupakan potensisangat berharga.

Page 44: Ketaksamaan peluang pendidikan

Masyarakat Pedalaman Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang pendidikan

bagi masyarakat pedalaman kerana kurangnya guru pakarpengalaman dalam satu-satu bidang.

Suasana persekitaran Fizikal dan Sosio-Budaya bagikawasan pedalaman juga kurang meransang. Tidak adaakses untuk ICT.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenissekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi dan tahapkeupayaan murid.

Page 45: Ketaksamaan peluang pendidikan

Usaha untuk menangani jurang ni terus mendapatperhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ke-3.

“…merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang kaya denganyang miskin serta antara wilayah dan antarakaum melalui pembahagian sumber-sumber dankemudahan negara dengan lebih saksama…”(RMKe-3, 1976-1980).

Page 46: Ketaksamaan peluang pendidikan

Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkanpelajaran.

Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid, secaratidak langsung menjadi satu halangan kepada merekauntuk memajukan diri.

Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupuntidak berpelajaran.

Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh guru-guru juga tidak menarik.

Page 47: Ketaksamaan peluang pendidikan

Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standardminimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam SistemPendidikan.

Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurangperbezaan tersebut. Sebagai guru, kita bertanggungjawab untukmerealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yangterdapat dalam Kementerian Pelajaran.

Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepadapenyediaan infrastruktur, penempatan guru terutamanya di‘Sekolah Kurang Murid’ (SKM), ‘Sekolah Orang Asli’ dan‘Sekolah di Pedalaman’.

Page 48: Ketaksamaan peluang pendidikan

MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_P

eluang_Pendidikan.htm