kesedaran kepelbagaian sosio

3
KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA 1)Bangsa kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat- sifatnya. Ditakrifkan juga sebagai kaum atau ras. Bangsa atau kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India Bangsa dikaitkan dengan nasionaliti, rupa bangsa dan semangat patroitik. Sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. 2) Jenis Nasionalisme Bangsa Nasionalisme sebelum negara cth Israel. Nasionalisme selepas negara cth Switzerland. Nasionalisme dunia ketiga cth negara Asia. Nasionalisme menyeluruh cth Pertubuhan Negara Afrika. Nasionalisme komuniti konflik cth orang Islam di Rusia dan, Bosnia. Nasionalisme totalitarium cth Jerman semasa pemerintahan Hitler. 3) Bangsa Melayu Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.

Upload: ahmad-fakhrurrazi-bbl

Post on 23-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Sosio Budaya

TRANSCRIPT

Page 1: KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

1)Bangsa

— kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya.

— Ditakrifkan juga sebagai kaum atau ras.

— Bangsa atau kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India

— Bangsa dikaitkan dengan nasionaliti, rupa bangsa dan semangat patroitik.

— Sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

2) Jenis Nasionalisme Bangsa

— Nasionalisme sebelum negara cth Israel.

— Nasionalisme selepas negara cth Switzerland.

— Nasionalisme dunia ketiga cth negara Asia.

— Nasionalisme menyeluruh cth Pertubuhan Negara Afrika.

— Nasionalisme komuniti konflik cth orang Islam di Rusia dan, Bosnia.

— Nasionalisme totalitarium cth Jerman semasa pemerintahan Hitler.

3) Bangsa Melayu

— Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

— Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.

— Istilah "Melayu" untuk merujuk nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.

4) Bangsa Cina

— Orang Cina Malaysia ialah yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan yang datang dari China,tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.

Page 2: KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO

— Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya kerana batasan agama.

— Orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

5) Bangsa India

— Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

— Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu sebelum dan semasa Kesultanan Melaka, kemudian semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda seterusnya semasa penjajahan British.

— Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

6) Struktur Masyarakat/ Kelas Sosial

— Sekelompok besar manusia yang saling berhubungan & bergantungan berasaskan satu budaya dan mempunyai matlamat yang sama.

— Struktur masyarakat ialah sebuah rangkaian hubungan antara orang yang membentuk sistem separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai, undang-undang dan sebagainya.

— Sebuah masyarakat juga boleh merupakan sebuah komuniti yang saling bergantung antara golongan yang wujud bersama. Makna "masyarakat" ialah "segolongan orang yang tinggal bersama-sama di sebuah komuniti yang teratur".