kesan stress kepada sekolah dan cara menangani stress guru

11
Pengenalan Menurut (Saunders, 1998), stress is an external pressuring force or a catalyst resulting in tension. Tension is an internal force that builds up inside and is caused by stress. (How To Manage Stress And Take Control Of Your Life) Stres seperti yang dimaksudkan di atas boleh berlaku pada sesiapa, di mana- mana namun pada masa tertentu sekiranya berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh menyumbang ke arah pembentukan stres. Sebagai bakal guru, saya perlu berlatih untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada stres supaya tidak terdedah dengan kesan – kesan negatif stres. 1.0 Kesan Stres kepada Sesebuah Sekolah Kesan stres boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu murid, pentadbir, rakan sekerja, ibu bapa, dan budaya sekolah. Kesan stres kepada murid ialah boleh menyebabkan guru melampiaskan kemarahan tanpa sebab yang rasional terhadap murid. Contohnya apabila guru terbawa – bawa masalah keluarga yang menyebabkan fikirannya tertekan sehingga ke sekolah, kebiasaannya, muridlah yang akan menjadi mangsa. Sekiranya guru tidak cuba mengawal emosi yang kurang stabil apabila masuk ke dalam kelas, lazimnya murid yang hanya melakukan kesalahan kecil akan dimarahi dan menjadi mangsa melepaskan kemarahan. Menurut (Marzuki, 2007) dalam buku karangannya, Psikologi Personel, ‘kesan psikologi ini didapati boleh menyebabkan emosi menjadi statik dan tidak menunjukkan sebarang petanda’. Sekiranya guru menghadapi stres, lazimnya kelas yang diajar akan menjadi suram dan 9

Upload: nurhaimi-abdul-rahman

Post on 23-Jun-2015

7.258 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

EDU 3109

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU

Pengenalan

Menurut (Saunders, 1998), stress is an external pressuring force or a catalyst resulting

in tension. Tension is an internal force that builds up inside and is caused by stress. (How To

Manage Stress And Take Control Of Your Life)

Stres seperti yang dimaksudkan di atas boleh berlaku pada sesiapa, di mana- mana

namun pada masa tertentu sekiranya berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh menyumbang ke

arah pembentukan stres. Sebagai bakal guru, saya perlu berlatih untuk mengelakkan diri

daripada melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada stres supaya tidak terdedah

dengan kesan – kesan negatif stres.

1.0 Kesan Stres kepada Sesebuah Sekolah

Kesan stres boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu murid, pentadbir, rakan

sekerja, ibu bapa, dan budaya sekolah. Kesan stres kepada murid ialah boleh menyebabkan

guru melampiaskan kemarahan tanpa sebab yang rasional terhadap murid. Contohnya apabila

guru terbawa – bawa masalah keluarga yang menyebabkan fikirannya tertekan sehingga ke

sekolah, kebiasaannya, muridlah yang akan menjadi mangsa. Sekiranya guru tidak cuba

mengawal emosi yang kurang stabil apabila masuk ke dalam kelas, lazimnya murid yang hanya

melakukan kesalahan kecil akan dimarahi dan menjadi mangsa melepaskan kemarahan.

Menurut (Marzuki, 2007) dalam buku karangannya, Psikologi Personel, ‘kesan

psikologi ini didapati boleh menyebabkan emosi menjadi statik dan tidak menunjukkan

sebarang petanda’. Sekiranya guru menghadapi stres, lazimnya kelas yang diajar akan menjadi

suram dan tidak ceria. Kesannya adalah terhadap murid – murid yang tidak dapat belajar dalam

suasana yang ceria dan membantutkan kemahiran sosial mereka.

Murid yang datang ke sekolah untuk belajar dan mengharapkan ilmu daripada guru

akhirnya perlu berhadapan dengan kerenah guru yang beremosi dan tidak dapat belajar dengan

suasana tenang dan berkesan. Selain membantutkan mood murid untuk belajar, murid juga

akan mempunyai satu persepsi baharu yang negatif terhadap guru tersebut dan

menggambarkan personaliti guru dalam diri murid setiap kali masuk ke dalam kelas.

9

Page 2: KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU

Seterusnya ialah kesan terhadap rakan sekerja. (Mohan, 1997) dalam bukunya, Stress

Management For You, menyatakan bahawa ..you will antagonize those in your home, office and

social circles. You will draw them into your personal circle of stress.

Tekanan yang wujud dalam diri guru sendiri akan membawa impak yang negatif

terhadap pelbagai pihak termasuklah rakan sejawat. Misalnya, guru menunjukkan wajah

masam pada rakan sejawat yang bertanyakan khabarnya. Secara tidak langsung, suasana

akan menjadi muram dan mungkin menyebabkan rakan tersebut terasa hati. Mungkin guru

tersebut tidak berniat untuk membalas pertanyaan dengan wajah masam, namun tekanan yang

dihadapinya menjadikan fikirannya tidak dapat berfungsi secara rasional dan normal.

Natijahnya, rakan tersebut mungkin terasa hati dan mengakibatkan hubungan yang kurang

enak, selagi tekanan tidak berjaya diatasi.

Antara lain kesan tekanan terhadap rakan sekerja ialah menjadikan kerja berkumpulan

kurang bermutu. Dalam situasi pelaksanaan kerja secara berkumpulan iaitu panitia contohnya,

guru yang stres lazimnya tidak akan mampu memberikan hasil yang terbaik kerana tekanan

yang dihadapinya. Perkara ini secara tidak langsung akan menurunkan kualiti kerja panitia dan

menyebabkan bukan sahaja guru tersebut yang dikritik, malahan rakan sejawat lain yang

berada dalam satu pasukan yang sama juga akan turut dikritik kerana mereka berada dalam

satu organisasi yang sama.

Kesan stres yang berikutnya adalah terhadap ibu bapa. (Shaharom, 2005) dalam buku

Mengurus Stres menyatakan ‘dari segi kognitif, apabila tekanan tidak dapat dikurangkan,

seseorang akan menjadi tegang, seperti sukar membuat keputusan atau berfikir, serta mudah

melenting apabila menerima kritikan.’ Dalam realiti dunia perguruan, lazimnya akan ada

berlakunya sedikit salah faham antara pihak guru dan ibu bapa. Contohnya apabila murid

pulang ke rumah dan mengadu bahawa guru memukulnya kerana tidak menyiapkan kerja

rumah yang diberikan. Ibu bapa yang tidak menyiasat terlebih dahulu dan hanya mendengar

aduan anak secara membuta tuli pastinya akan meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas

bahu guru. Akibatnya, ibu bapa datang ke sekolah dan membuat aduan tentang guru tersebut

kepada pihak pentadbir.

10

Page 3: KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU

Guru yang stres akan mudah melenting dan sukar menerima kritikan yang dihadapkan

kepadanya, lebih – lebih lagi jika kesalahan tersebut bukanlah sesuatu yang rasional untuk

dipersoalkan terhadapnya. Senario ini akhirnya akan menjejaskan hubungan mesra yang

seharusnya terjalin antara guru dan ibu bapa. Kepercayaan terhadap guru yang sepatutnya

subur, makin pudar hanya kerana tekanan yang dihadapi oleh guru tersebut tidak

membolehkannya untuk menjelaskan perkara sebenar dengan rasional.

Seandainya guru menunjukkan respon yang negatif iaitu tidak cuba bersabar dengan

situasi dimarahi ibu bapa, tanggapan yang tidak baik terhadap guru akan terbina dan mungkin

akan disebarluaskan kepada masyarakat luar. Hal ini akan menjejaskan pandangan masyarakat

luar terhadap kerjaya guru itu sendiri dan memudarkan kepercayaan yang telah sedia wujud

sekian lama. Masyarakat luar yang tidak tahu perkara sebenarnya pula mudah dipengaruhi oleh

khabar angin tanpa mencuba meneliti terlebih dahulu situasi perkara yang sebenarnya.

Kesannya, kesalahan diletakkan di atas bahu guru seratus peratus dan tanggapan negatif

terhadap kerjaya guru terus berleluasa.

Pentadbir juga merupakan antara pihak yang terkesan dengan tekanan yang dihadapi

oleh guru. Menurut (Straw, 1993), stress will lesson your satisfaction with work and lesson your

performance. Seandainya guru tertekan, sehingga terbawa –bawa ke dalam ke tempat kerja,

tekanan tersebut mungkin akan mempengaruhi mutu peribadi dan pekerjaannya sebagai orang

bawahan pentadbir.

Tugasan yang diberikan oleh guru besar tidak dapat disiapkan dengan baik, dan kerja –

kerja lain juga terbengkalai kerana guru tidak bijak mengawal emosi untuk lebih rasional

memisahkan bidang tugas rasmi dengan tekanan yang dihadapi. Mutu hasil kerja yang kurang

memberangsangkan ini tentunya akan memberikan perspektif negatif pentadbir kepada guru itu

sendiri kerana tidak mampu menyiapkan tugasan mengikut kritirea yang ditetapkan. Situasi

sebegini jika kerap ditunjukkan kepada pihak pentadbir, akan menyusahkan guru tersebut

sendiri, antaranya mungkin perlu menyediakan surat tunjuk sebab yang akan dimasukkan ke

dalam fail prestasi, dan secara tidak langsung juga mewujudkan satu persepsi kurang elok

daripada pihak pentadbir sendiri terhadap peribadi guru itu.

11

Page 4: KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU

Kesan stres yang terakhir adalah terhadap budaya sekolah. Contohnya, budaya

sekolah A ialah wujudnya sistem tutorial antara mento dan mentee iaitu antara guru dan murid

darjah 6 untuk sesi perbincangan berkaitan akademik atau luar akademik. Namun, guru yang

baru sahaja ditempatkan di sekolah tersebut sebagai guru permulaan merasakan bahawa dia

kurang keyakinan untuk menjadi mento seperti yang diamanahkan.

Hal ini adalah rentetan daripada sifat kurang keyakinan diri yang berlarutan sehingga

menjadi tekanan dalam diri guru tersebut. Menurut penulisan (Brecht) dalam bab lack of

achievement, ‘a vicious cycle is a set up of ‘I can’t achieve, which adds more fuel to the fire –

see, I knew I couldn’t do it’. Bab ini menjelaskan bahawa apabila individu memiliki pegangan

bahawa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara, maka fikiran dan anggota badannya juga

akan menjadi negatif dan tidak mencuba untuk melakukan perkara tersebut.

Akibatnya, budaya sekolah cemerlang yang lazimnya mempunyai program mento

mentee akan sedikit terjejas kerana sikap guru yang kurang bermotivasi dan mudah tertekan

tanpa usaha untuk mencuba terlebih dahulu tugasan yang diberikan.

2.0 Cara yang Berkesan untuk Menangani Stres dalam Kalangan Guru

Cara mengatasi stres yang pertama adalah dengan mengaturkan masa dengan teliti.

(Tuskan, 2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi

Menurut Islam mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur

mengikut kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa.

Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya

menuntut perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan

tugasan, guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan

masing – masing. Contohnya antara soalan peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh

seminggu dengan memasukkan markah murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1 hari

sebelum ditutup aplikasinya, guru perlulah mengutamakan memasukkan markah murid di dalam

sistem. Matlamat setiap tugasan perlu diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan

menjadi lebih sistematik. Jadual yang sistematik juga perlu dirangka sebagai rujukan untuk guru

menyiapkan tugasan satu persatu agar tidak ada yang tertinggal dan boleh menyebabkan guru

stres.

12

Page 5: KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU

Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah dengan cuba untuk sentiasa bertenang.

(Kenton,1988) menyatakan ‘relaxation is also the most important key to mitigating the damaging

effects of long – term stress..’. Tekanan adalah perkara yang memang akan dilalui oleh setiap

individu, namun ketenangan adalah kunci yang diperlukan untuk membuka ruang bagi diri

berfikir dengan lebih rasional, bukannya emosional.

Contohnya pada situasi guru dengan ibu bapa seperti yang dibincangkan di atas,

sekiranya guru mampu bertenang dan mengetepikan perasaan marah dan mengawal

tekanannya, perhubungan antara guru dan ibu bapa mungkin tidak akan terjejas. Namun, hal

yang sebaliknya berlaku apabila guru tidak mampu bertenang, dan membalas kemarahan

dengan kemarahan. Natijahnya, hubungan yang tidak mesra terbentuk antara 2 pihak yang

sepatutnya memiliki hubungan yang baik untuk kepentingan murid. Ketenangan boleh didapati

dengan mengingati perkara yang indah dan melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Saat

diri berasa tertekan, cuba pejamkan mata seketika dan bayangkan perkara yang

menggembirakan hati, insyaAllah, ketenangan akan dapat dirasakan dalam hati.

Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara mengelakkan diri daripada perkara yang

boleh membawa kepada stres. (Marzuki, 2007) individu perlu berusaha mengubah atau

mengetepikan punca – punca tekanan supaya jalan penyelesaiannya dapat dimanfaatkan

secara bersama antara pekerja dan organisasi. Contohnya situasi antara guru dan pentadbir,

sekiranya guru merasakan bahawa pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak

berdasarkan kemampuannya, maka seharusnya daripada peringkat awal penyerahan tugas,

guru perlu berterus terang dengan pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana

kemampuan dirinya.

Jika guru hanya menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak

pentadbir, tanpa memikirkan kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan

menghadapi tekanan kerana ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang

diberikan. Hasilnya, bukan sahaja mutu tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama

hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir mungkin terjejas. Guru berasa tertekan kerana

diberikan tugasan yang banyak, manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak

mendapat maklum balas tugasan yang berkualiti. Justeru, guru perlu mengelakkan diri daripada

menggalas sesuatu yang diri sendiri tidak pasti sama ada mampu dicapai atau tidak.

13

Page 6: KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU

(Charlesworth, 2004) mengatakan other problems such as excessive workload may exist

only in some departments and this require narrower solution such as redesign of the way a job

is performed. Pernyataan ini menunjukkan bahawa adakalanya stres juga berpunca daripada

lebihan kerja yang diberikan oleh organisasi atau panitia masing- masing. Justeru, adalah amat

diperlukan untuk setiap organisasi menyusun semula tugasan mengikut kesesuaian dan

kemahiran setiap guru bagi mengelakkan tekanan dalam diri masing – masing. Jika guru

diberikan bebanan kerja mengikut kemampuan masing- masing, maka tidak akan timbul isu

tertekan kerana tidak mampu menyiapkan tugasan.

Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah tidak mencampuradukkan urusan

peribadi dan rasmi. Lazimnya guru yang sudah berumahtangga akan terbawa- bawa masalah

mereka sehingga ke sekolah. Contohnya amarah kerana bergaduh dengan suami ketika di

rumah berlarutan sehingga ke bilik guru sekolah. Akibatnya, rakan sejawat yang ingin beramah

mesra takut untuk menegur dan berbincang tentang tugasan yang sepatutnya dilaksanakan

bersama. Guru sepatutnya bersikap profesional dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah

rumahtangga di rumah dan tidak menjejaskan prestasi dan hubungannya dengan rakan

sejawat. Tekanan yang telah sedia ada dan berpunca daripada masalah lain tidak seharusnya

ditambahkan lagi dengan menjejaskan hubungan antara rakan sejawat.

Guru perlu menyedari bahawa urusan peribadi dan rasmi adalah 2 kelompok berbeza

yang perlu diasingkan jika timbul apa- apa permasalahan. Kegagalan guru mengasingkan

keperluan kedua – dua aspek ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dalam diri. Namun,

jika ada perkara baik yang berlaku dalam urusan peribadi, maka mood dan suasana ceria

tersebut bolehlah dibawa sehingga ke sekolah dan apa- apa urusan rasmi yang lain. Hal ini

kerana mood yang baik biasanya akan berpindah kepada orang lain dan secara tidak langsung

mewujudkan suasana yang damai dan ceria.

Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara yakin terhadap kebolehan diri sendiri.

(Mohan, 1997) most stress is experienced only because of our imagined fears. Fears triggered

off by external factors and our reasoning of these factors. Now we must learn how to control our

fears, so that we can control our stress. Jelas menunjukkan melalui pernyataan ini bahawa

untuk mengatasi stres, guru perlu yakin dan tidak takut pada cabaran yang terbentang di

hadapan mata.

14

Page 7: KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU

Misalnya jika seorang guru permulaan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan

sesebuah program besar, pada awalnya mungkin rasa takut dan tidak yakin akan diri sendiri

akan timbul dalam diri guru tersebut. Namun, seharusnya guru tersebut tidak membiarkan

perasaan takut mencuba sesuatu yang baru beraja dalam dirinya. Seorang guru yang berkualiti

tidak kiralah daripada kategori permulaan, mahir, atau cemerlang sekalipun, seharusnya

bersedia dengan apa jua tugasan baru yang mencabar dalam proses untuk meningkatkan diri

ke satu tahap yang lebih baik.

Justeru, perasaan takut dan tidak yakin akan kebolehan diri perlulah dikikis dalam usaha

menjauhkan diri daripada tekanan. Guru perlulah sentiasa berfikiran positif dengan

menganggap bahawa segala tugasan baharu yang tidak pernah dilakukan sebagai medium

untuknya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke peringkat yang lebih baik. Jika guru

sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugasan baharu kerana takut diri tertekan, maka

kemungkinan besar kualiti diri tidak dipertingkatkan dan kurangnya pengalaman dalam diri

sendiri.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, stres atau tekanan sememangnya akan wujud dalam diri

setiap individu sama ada guru, doktor, peguam atau lain- lain profesion. Namun, cara

menangani stres tersebutlah yang membezakan impak stres terhadap diri masing- masing.

Guru yang bijak dan profesional adalah guru yang mengambil peluang atas tekanan yang

dihadapi dengan menjadikannya sebagai sesuatu yang positif.

Misalnya, tekanan akibat terlalu banyak kerja mampu mendorong guru untuk bertindak

secara positif atau negatif. Jika diambil tekanan secara positif, guru akan bertindak menyiapkan

kerja satu persatu mengikut keutamaan. Sebaliknya jika diambil secara negatif, timbunan kerja

tersebut akan menambahkan lagi tekanan guru hanya mengakibatkan guru mengeluh dan

berasa tidak mampu untuk menyiapkan kerja- kerja tersebut. Akibatnya, tekanan semakin

bertambah kerana tiada satu kerja pun berjaya diselesaikan dan bakal menimbulkan tekanan

lain di tempat kerja kerana tidak menjalankan tugasan dan amanah yang diberikan. Akhir

kalam, saya menyeru diri saya sendiri sebagai seorang bakal guru untuk melihat dan

mengambil tekanan daripada sudut yang positif dan berusaha mempertingkatkan diri ke arah

yang lebih baik, insyaAllah.

15