kesan penyeliaan pihak pengurusan terhadap · pdf filekesan penyeliaan pihak pengurusan...

11
Muka surat 1/11 Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan Kerja Guru Di SM Teknik Kluang Faridah Bte Md. Pungot, Noridah Bte Ramlan @ Rohan, Siti Rahmah Bte Mohamed Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak Artikel ini membincangkan perkaitan antara kecemerlangan kerja guru dengan penyeliaan yang dijalankan oleh pihak pengurusan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan melihat sama ada kekerapan penyeliaan yang dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah mempunyai hubung kait dengan kecemerlangan prestasi kerja guru. Kajian ini berbentuk penerokaan analitikal dengan tinjauan yang dilakukan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat daripada Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia yang telah menjalankan pemantauan dan penyeliaan terhadap guru-guru dibawah seliaan mereka. Seramai 100 orang guru dari SM Teknik Kluang telah terlibat dalam kajian ini. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik jenis tertutup dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A yang mewakili aspek demografi responden dan bahagian B yang berkaitan dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran , profesionalisme guru , penyeliaan nota , latihan serta sikap dan sahsiah guru. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penyeliaan adalah salah satu penyebab perubahan guru terhadap profesion mereka kerana dengan adanya penyeliaan akan mendorong guru mencari sesuatu kelainanyang hendak ditonjolkan sama ada dari segi perwatakan yang positif mahupun kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan kepada para pelajar. PENGENALAN Dewasa ini, profesion perguruan sering mendapat perhatian masyarakat kerana peranannya yang begitu signifikan dalam membentuk generasi akan datang. Ini bermakna profesion perguruan yang berkualiti mampu menjana dan mengubah paradigma serta perilaku mereka. Lantaran itu, profesion perguruan yang mantap dan berkesan perlu diwujudkan agar aspirasi untuk memartabatkannya bukan sekadar fatamorgana malahan merupakan suatu realiti. Sesungguhnya, kita patut mengakui keperluan tahap pendidikan yang berkualiti semakin ketara. Desakan daripada perubahan dalam pembentukan tamadun yang semakin canggih menjadi asas berlakuknya fenomena ini. Guru-guru seharusnya sedar akan hakikat tuntutan itu dan bersedia menyahut cabaran-cabaran ke arah memartabatkan profesion perguruan di negara ini. Warga pendidik perlu menggembleng sepenuh tenaga dan memberi kerjasama yang sewajarnya dalam mencapai hasrat itu. Bak kata pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Upload: trinhthuy

Post on 01-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 1/11

Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan Kerja Guru Di SM Teknik Kluang

Faridah Bte Md. Pungot,

Noridah Bte Ramlan @ Rohan, Siti Rahmah Bte Mohamed

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak Artikel ini membincangkan perkaitan antara kecemerlangan kerja guru dengan penyeliaan yang dijalankan oleh pihak pengurusan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan melihat sama ada kekerapan penyeliaan yang dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah mempunyai hubung kait dengan kecemerlangan prestasi kerja guru. Kajian ini berbentuk penerokaan analitikal dengan tinjauan yang dilakukan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat daripada Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia yang telah menjalankan pemantauan dan penyeliaan terhadap guru-guru dibawah seliaan mereka. Seramai 100 orang guru dari SM Teknik Kluang telah terlibat dalam kajian ini. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik jenis tertutup dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A yang mewakili aspek demografi responden dan bahagian B yang berkaitan dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran , profesionalisme guru , penyeliaan nota , latihan serta sikap dan sahsiah guru. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penyeliaan adalah salah satu penyebab perubahan guru terhadap profesion mereka kerana dengan adanya penyeliaan akan mendorong guru mencari sesuatu kelainanyang hendak ditonjolkan sama ada dari segi perwatakan yang positif mahupun kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan kepada para pelajar. PENGENALAN

Dewasa ini, profesion perguruan sering mendapat perhatian masyarakat kerana peranannya yang begitu signifikan dalam membentuk generasi akan datang. Ini bermakna profesion perguruan yang berkualiti mampu menjana dan mengubah paradigma serta perilaku mereka. Lantaran itu, profesion perguruan yang mantap dan berkesan perlu diwujudkan agar aspirasi untuk memartabatkannya bukan sekadar fatamorgana malahan merupakan suatu realiti.

Sesungguhnya, kita patut mengakui keperluan tahap pendidikan yang berkualiti semakin ketara. Desakan daripada perubahan dalam pembentukan tamadun yang semakin canggih menjadi asas berlakuknya fenomena ini. Guru-guru seharusnya sedar akan hakikat tuntutan itu dan bersedia menyahut cabaran-cabaran ke arah memartabatkan profesion perguruan di negara ini. Warga pendidik perlu menggembleng sepenuh tenaga dan memberi kerjasama yang sewajarnya dalam mencapai hasrat itu. Bak kata pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Page 2: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 2/11

Di sinilah, letaknya peranan dan kecemerlangan guru dalam memastikan kecemerlangan pelajar dalam sesebuah institusi pendidikan. Justeru, penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah

amat perlu dalam memastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan. Penyeliaan akan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaraan dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang. Secara tidak langsung penyeliaan turut membantu guru membina kemahiran dalam perancangan pengajaran dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Hakikatnya, penyeliaan secara berterusan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan memperbaiki kelemahan guru dalam proses pengajaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubung kait antara kecemerlangan kerja guru dengan penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah iaitu Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia. LATAR BELAKANG MASALAH

Seliaan ialah fungsi yang kritikal dalam kepemimpinan pengajaran guru. Menurut Glickman (1985) dan Duke (1987), penyeliaan merupakan “the glue of a successful school”. Penyeliaan pengajaran (instructional supervision) yang dijalankan secara bersama dengan guru ialah kunci kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan sekolah.

Penyeliaan terhadap guru hendaklah bertujuan untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme para guru. Di samping itu juga, penyeliaan bertujuan untuk memperbaiki atau memajukan lagi kualiti pengajaran guru serta memperbaiki kelemahan mereka. Untuk berbuat demikian, adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia sebagai pemimpin pengajaran menjalankan penyeliaan atau pencerapan bercorak klinikal, sokongan, membina sama ada secara formal atau tidak formal (development) dan formatif.

Sekiranya penyeliaan terhadap guru dibuat secara sistematik dan bermakna, prestasi pengajaran dapat dipertingkatkan. Mengikut pendapat Neidermeyer (1987) pula, penyeliaan yang difokuskan kepada pencapaian pelajar, iaitu hasilan yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama serta bukan berfokuskan kepada proses, boleh meningkatkan hasil pembelajaran pelajar, Justeru itu, kesan tingkah laku guru terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat juga dipertingkatkan. Ini melibatkan kebolehan mengdiagnosis masalah pendidikan, membantu guru untuk memajukan kecekapan atau amalan mereka dalam melaksanakan pengajaran dan penyeliaan yang berkesan sama ada dalam bentuk umum atau klinikal. Menurut Martin ct.al. (1976) yang telah mengkaji keberkesanan penyeliaan, melaporkan bahawa guru yang terlibat dalam amalan penyeliaan berkaitan dengan matlamat (goal-related) telah mengubah tingkah laku mereka secara positif. PERNYATAAN MASALAH

Tinjauan ini untuk melihat sama ada kekerapan penyeliaan dan pencerapan yang dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah mempunyai hubung kait dengan kecemerlangan prestasi kerja guru. Pengurusan yang berkesan jelas terbukti mampu menjana kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Justeru, pengetua selaku pemimpin pengajaran di setiap sekolah memainkan peranan dalam memberi “empowerment” kepada guru-guru sebagai perkara utama yang dikenal pasti mendatangkan keberkesanan (Sagor, 1992). Ini membantu usaha para guru dalam menyediakan dan melaksanakan serta menyumbang ke arah keberkesanan program pendidikan untuk para pelajar di sekolah. Dengan cara ini idea-idea baru dapat dikemukakan seperti matlamat pengajaran, keberkesanan inovasi dan mewujudkan penambahbaikan.

Oleh itu, kajian yang dijalankan ini berfokuskan kepada penyeliaan atau pencerapan yang dijalankan oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia terhadap guru-guru di SM Teknik Kluang, Johor. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran teknikal khusus dalam bidang kurikulum pengajaran, penilaian serta juga hubungan manusia, menyumbang kepada kecekapan menyelia. Justeru, sekolah perlu diurus dan diselia melalui elemen-elemen penyeliaan, pemantauan, pencerapan, pemerhatian, kawalan, pengajaran dan pembelajaran. Pihak pengurusan sekolah perlu mengambil kira elemen-elemen subordinat, rakan sejawat, sikap, sahsiah dan profesionalisme warga sekolah.

Pada dasarnya, keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan pengurusan sekolah yang sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Menurut Wan Mohd. Zahid, keberkesanan sesebuah sekolah dapat diukur daripada proses pelaksanaannya dan bukan bergantung kepada dapatan kajian semata-mata. Lantas, peningkatan kebolehan, sahsiah dan profesionalisme serta pengamalan ciri-ciri kecemerlangan kerja guru perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan sekolah. OBJEKTIF KAJIAN

Page 3: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 3/11

Secara khusus objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1.4.1 Mengenal pasti hubung kait antara kecemerlangan kerja guru dengan penyeliaan

pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia.

1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme keguruan dalam bidang masing-masing.

1.4.3 Menilai kualiti kecemerlangan kerja guru terhadap penyeliaan buku nota dan latihan pelajar.

RASIONAL KAJIAN Dari segi ilmiah, tinjauan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mengenal pasti ciri-ciri penyeliaan yang berkesan sebagai satu amalan dalam pengurusan sekolah. Kecemerlangan guru turut dipengaruhi oleh penyeliaan secara berterusan oleh pihak pengurusan. Keberkesanan penyeliaan pihak pengurusan dapat meningkatkan prestasi dan kecemerlangan prestasi kerja guru.

Dai segi gunaan, tinjauan ini dapat mengesan dan memperlihatkan kepentingan amalan penyeliaan oleh pihak pengurusan dalam memastikan kecemerlangan kerja guru. Kejayaan penyeliaan pihak pengurusan terhadap guru bergantung kepada peranan guru dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk nilai murni dan sikap positif di kalangan pelajar. Malah, kecemerlangan kerja guru dapat dipertingkatkan apabila guru menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dan sentiasa membuat perancangan serta menguasai subjek pengajaran.

Melalui kajian ini, dapat memperlihatkan sejauhmanakah penyeliaan pihak pengurusan secara berterusan dapat memberi kesan terhadap kecemerlangan prestasi kerja guru. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan sekolah, meningkatkan kecemerlangan dan profesionalisme guru dan seterusnya pelajar. Diharapkan juga, tinjauan ini akan menjadi panduan asas kepada sekolah-sekolah dalam negeri Johor khususnya untuk meningkatkan kecemerlangan prestasi kerja guru. KEKANGAN KAJIAN

Kajian ini hanya dijalankan di kalangan Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia di Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor. Kajian ini tidak melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan 1 kerana kesibukan tugas di pejabat menghalang mereka melakukan penyeliaan dengan kerap. Kebanyakan proses penyeliaan dan pemantauan dilakukan oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia atas arahan pihak pengurusan sekolah.

Kumpulan sasaran kajian ini ialah Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia yang dipilih secara rawak mudah. Sampel kajian ini berjumlah 100 responden iaitu terdiri daripada guru-guru SM Teknik Kluang yang diselia sama ada oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel atau Ketua Panitia daripada 4 bidang iaitu Bidang Teknik/Vokasional, Bidang Bahasa, Bidang Sains/Matematik dan Bidang Sains Sosial/Kemanusiaan.

Kajian ini membuat andaian bahawa kecemerlangan dan profesionalisme guru dari segi motif adalah disebabkan penyeliaan oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia. Kajian ini juga tidak mengawal faktor dari luar yang boleh mempengaruhi kecemerlangan seseorang guru seperti beban tugas di luar proses pengajaran dan pembelajaran dan kursus yang dihadiri. Kajian ini juga tidak dapat menentukan pengurusan masa yang baik dan kawalan kelas yang signifikan oleh guru semasa penyeliaan Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia.

REKABENTUK KAJIAN

Menurut, Opperheim (1966) menyatakan bahawa fungsi reka bentuk kajian ialah untuk membantu penyelidik mendapatkan jawapan yang jelas terhadap masalah yang bermakna yang dikajinya. Kajian ini merupakan satu tinjauan dari aspek hubung kait antara kecemerlangan kerja guru dengan proses penyeliaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

Kajian berbentuk penerokaan analitikal dan tinjauan dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat daripada Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia yang telah menjalankan penyeliaan dan pemantauan terhadap guru-guru di bawah seliaan mereka.

Page 4: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 4/11

Dalam kajian ini, kadar penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pihak pengurusan dikategorikan sebgai pembolehubah bebas, manakal aspek perancangan dan pelaksanaan P & P,

profesionalisme keguruan, buku nota dan latihan pelajar, sikap dan sahsiah guru dikategorikan sebagai pembolehubah bersandar.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Pemilihan sampel yang sesuai dengan permasalahan kajian amat penting kerana merupakan salah satu daripada faktor-faktor yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang telah diselia dan dicerap oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia.

Seramai 100 orang guru SM Teknik Kluang, Johor terlibat dalam kajian ini. Persampelan dibuat secara rawak iaitu berdasarkan jumlah guru yang telah diselia oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia. Mengikut pecahan seramai 18 diselia oleh Ketua Bidang, 30 diselia oleh Ketua Bengkel dan 52 diselia oleh Ketua Panitia. Responden berdasarkan pecahan mengikut jantina terdiri daripada 51 lelaki dan 49 perempuan

INSTRUMEN KAJIAN

Soal selidik yang digunakan dibina berdasarkan soal selidik jenis tertutup. Soal selidik ini membolehkan maklumat daripada responden ditukar kepada data untuk ditafsirkan maknanya (Tuckman, 1998). Soal selidik di dalam kajian ini dikategorikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang mewakili pelbagai aspek demografi responden yang diselia dan dipantau dan Bahagian B yang berkaitan dengan lima jenis aspek (Lampiran 3). Aspek 1 berkaitan dengan perancangan P & P. Aspek 2 menyentuh tentang pelaksanaan P & P. Aspek 3 berkaitan dengan profesionalisme guru, Aspek 4 menyentuh penyeliaan nota dan latihan manakala Aspek 5 pula adalah berkaitan sikap dan sahsiah guru.

Menurut Syed Arabi (1993), soal selidik secara tertutup mempunyai lima kebaikan iaitu jawapan yang diperoleh lebih piawai dan dapat dibandingkan antara satu sama lain. Ini adalah disebabkan jawapan yang diberikan dalam pilihan adalah terhad. Kedua, jawapannya mudah untuk dianalisa kerana ia boleh dimasukkan terus daripada soal selidik ke dalam komputer. Ini dapat menjimatkan masa, tenaga, dan wang. Selain itu, secara relatifnya jawapan yang disampaikan adalah lebih lengkap, Di samping itu, jenis soalan itu lebih menyenangkan responden kerana responden hanya dikehendaki memilih satu daripada beberapa jawapan yang diberikan.

JPU soal selidik adalah seperti berikut

KATEGORI JUMLAH ITEM NO ITEM

Perancangan P & P 3 x 2 1, 2, 3, 4, 5, 6

Pelaksanaan P & P 3 x 2 1, 2, 3, 4, 5, 6

Profesionalisme Guru 3 x 2 1, 2, 3, 4, 5, 6

Penyeliaan nota/ latihan 3 x 2 1, 2, 3, 4, 5, 6

Sikap & Sahsiah guru 3 x 2 1, 2, 3, 4, 5, 6

ANALISA DATA

Pemprosesan dan penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS). Oleh itu, Skala Likert 5 – poin digunakan untuk memperoleh pendapat responden. Skala ini mempunyai 5 nilai skor yang mewakili penilaian seperti berikut : 1 = Sangat Tidak setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju, dan 5 = Sangat Setuju. Latar belakang responden dalam soal selidik akan dianalisa untuk mendapatkan taburan responden dari segi jantina, tahun berkhidmat, bangsa, bidang, dan kelulusan akademik dan ikhtisas dengan menggunakan perhitungan jumlah dan peratus. Penghitungan min dan sisihan piawai untuk setiap item dalam Bahagian B soal selidik juga akan diadakan. Min dapat menentukan sama ada penglibatan responden terhadap item itu mempunyai status sangat setuju atau sangat tidak setuju.

Page 5: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 5/11

DATA DEMOGRAFI Kesemua respondenn telah memberikan tindak balas terhadap soal selidik yang telah diberikan

kepada mereka . Jadual 4.1 menunjukkan ciri-ciri demografi responden yang terlibat dalam kajian ini.

Jadual 4.1 menunjukkan ciri-ciri jantina, bangsa dan penyeliaan dapat dikawal dengan memilih responden yang telah ditetapkan dalam pemilihan sample tetapi bagi ciri tahun berkhidmat, bidang, kelulusan akademik dan ikhtisas, jumlah penyeliaan, dan kursus yang dihadiri sukar dikawal kerana ia bergantung kepada responden yang dipilih tadi.

Daripada kajian yang dijalankan kesemua responden pernah diselia oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia bidang masing-masing. Ini menujukkan bahawa proses penyeliaan dan pencerapan dilakukan oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia sebagai satu kaedah memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping meningkatkan perkembangan profesionalsime guru. Melalui penyeliaan dan pencerapan ini diharapkan dapat memperbaiki atau memajukan lagi kualiti pengajaran guru serta memperbaiki kelemahan ke arah penambahbaikan.

Jadual 4.1 Ciri-ciri Demografi

Ciri-Ciri Demografi Kekerapan Peratus

Jantina

Lelaki

Perempuan

51 49

51.0 49.0

Tahun Berkhidmat

Kurang 5 tahun

5 hingga 10 tahun

Lebih 10 tahun

37 26 37

37.0 26.0 37.0

Bangsa

Melayu

Cina

India

85 12 3

85.0 12.0 3.0

Bidang

Teknik

Vokasional

Bahasa

Sains dan Matematik

Sains Sosial dan Kemanusiaan

29 29 14 26 2

29.0 29.0 14.0 26.0 2.0

Kelulusan Akademik Tertinggi

Sarjana Diploma Ijazah Sarjana Muda Lain-lain

2 13 74 11

2.0 13.0 74.0 11.0

Page 6: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 6/11

Kelulusan Ikhtisas

Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Diploma Perguruan Lain-lain

38 26 36 -

38.0 26.0 36.0

-

Penyeliaan Oleh Guru Kanan Bidang Ketua Bengkel Ketua Panitia

18 30 52

18.0 30.0 52.0

Bilangan Penyeliaan Setahun

Kurang 2 kali setahun 2 hingga 4 kali setahun Lebih 4 kali setahun

70 30 -

70.0 30.0

-

Bilangan Kursus Kurang 2 kali setahun 2 hingga 4 kali setahun Lebih 4 kali setahun

70 14 16

70.0 14.0 16.0

DAPATAN KAJIAN Taburan Responden Berdasarkan Item Min dan Sisihan Piawai Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan jadual di bawah, min bagi semua item yang dikemukakan adalah 4.00 ke atas. Ini menunjukkan responden mempunyai persepsi yang amat baik terhadap persediaan perancangan yang dilakukan oleh guru. Kemahiran guru menguasai isi kandungan pelajaran dalam membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran men dapat min tertinggi iaitu 4.24, manakala min terendah ialah penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru.

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Min Sisihan Piawai

1. Objektif eksplisit 2. Menguasai isi pelajaran 3. Strategi yang sesuai 4. Aplikasi alat Bantu mengajar 5. Penggunaan bahan yang mudah 6. Sesuai dengan tahap pelajar

4.22 4.24 4.12 4.07 4.11 4.08

0.596 0.698 0.742 0.700 0.634 0.692

Page 7: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 7/11

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Sebagaimana dapatan dari rancangan pengajaran dan pembelajaran, kajian terhadap pelaksanaannya juga mendapat pandangan yang positif . Berdasarkan taburan min bagi setiap item membuktikan bahawa guru sentiasa bersedia untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan terutamanya dari segi kesediaan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu bidang yang disampaikan. Item ini iaitu item 3 menunjukkan min yang tertinggi iaitu 4.34, manakala guru perlu berusaha untuk mencari kaedah yang paling berkesan untuk menarik minat pelajar untuk belajar dengan mempertingkatkan situasi pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan pembelajaran.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Min Sisihan Piawai

1. Menarik minat 2. Objektif tercapai 3. Berpengetahuan tentang isi pelajaran 4. Adanya aktiviti pengukuhan 5. Suasana pembelajaran yang kondusif 6. Kawalan kelas yang baik

4.09 4.14 4.34 4.14 4.09 4.12

0.712 0.752 0.670 0.697 0.653 0.671

Profesionalisme Guru

Responden juga menyokong komitmen guru terhadap profesion keguruan di mana min diperolehi adalah tinggi iaitu antara 4.31 hingga 4.17. Min yang tertinggi ialah kesediaan guru untuk membantu serta membimbing pelajar dalam pelajaran mereka. Sikap ini merupakan antara cirri-ciri kecemerlangan seorang pendidik yang tidak pernah mengenal erti jemu demi melihat kejayaan anak-anak didik mereka.

Profesionalisme guru Min Sisihan Piawai

1. Kesediaan membimbing 2. Menghidupkan suasana 3. Memberi maklum balas yang sesuai positif 4. Kemahiran mendengar yang baik 5. Komunikasi berkesan 6. Kemahiran menyoal

4.31 4.17 4.17 4.24 4.19 4.17

0.677 0.682 0.667 0.622 0.662 0.652

Penyeliaan nota/latihan pelajar

Dapatan kajian dari kumpulan item keempat dalam bahagian B ini menunjukkan sedikit perbezaan di antara kumpulan item yang lain. Ternyata responden menyokong bahawa guru memberi latihan yang bersesuaian kepada pelajar di mana min yang tertinggi di dalam item ini ialah latihan yang diberikan sesuai dengan objektif yang telah ditetapkan. Tetapi terdapat juga min yang nilainya kurang dari 4.00 iaitu pada item pertama di mana min 3.92 dan item enam iaitu 3.90. Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru amat perihatin dengan bentuk-bentuk latihan yang diberikan, tetapi dalam masa yang sama kurang memberi perhatian kepada kuantiti atau jumlah latihan serta tidak menitikberatkan kepada penandaan latihan yang telah diberikan kepada pelajar.

Penyeliaan nota/latihan pelajar Min Sisihan Piawai

Page 8: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 8/11

1. Latihan yang mencukupi 2. Latihan sesuai dengan kebolehan pelajar 3. Latihan sesuai dengan objektif 4. Nota mudah difahami 5. Ulasan guru spesifik 6. Menghantar latihan tepat pada masa

3.92 4.01 4.18 4.08 4.07 3.90

0.825 0.674 0.672 0.646 0.671 0.785

Sikap dan sahsiah Guru Penampilan guru amat penting untuk menjadi cermin kepada pelajar. Ini adalah antara konsep yang ternyata diamalkan oleh guru-guru di sekolah yang terlibat. Dari pemerhatian kajian mendapati bahawa item ini mencapai min antara 4.32 hingga 4.45. Tidak terdapat perbezaan yang ketara terhadap sikap dan sahsiah guru. Ini juga membuktikan bahawa pentingnya penyeliaan dijalankan untuk membantu guru meningkatkan kecemerlangan mereka dari semua aspek dalam kerjaya mereka.

Sikap dan sahsiah guru Min Sisihan Piawai

1. Berpakaian kemas dan sesuai 2. Bersopan santun 3. Berkeyakinan yang tinggi 4. Bersikap positif 5. Perihatin terhadap murid 6. Berdedikasi

4.45 4.43 4.43 4.40 4.32 4.44

0.657 0.640 0.640 0.667 0.723 0.686

Kesimpulan

Secara keseluruhan dari dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penyeliaan adalah salah satu dari penyebab perubahan guru terhadap profesion mereka kerana dengan adanya penyeliaan akan mendorong guru mencari sesuatu kelainan yang hendak ditonjolkan sama ada dari segi perwatakan yang positif mahupun anjakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan kepada para pelajar. Dengan dapatan min terendah dari keseluruhan item yang dikemukakan iaitu 3.90 hingga min yang tertinggi iaitu 4.45 adalah merupakan dapatan dan persepsi yang amat baik dari responden. Penyeliaan seharusnya diteruskan untuk memastikan pelanggan kita iaitu para pelajar mendapat input yang maksimum hasil dari pengajran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru yang cemerlang dari segala segi dan pengkhususan bidang dalam kerjaya perguruan mereka.

RUMUSAN DAPATAN

Hasil Kajian ini mendapati bahawa kecemerlangan kerja guru ada kaitan dengan proses

penyeliaan dan pencerapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, kadar penyeliaan

yang tinggi dapat meningkatkan lagi prestasi akademik di sekolah. Justeru, penyeliaan dan pencerapan

oleh pihak pengurusan amat perlu dan telus dalam memastikan kecemerlangan kerja guru. Malah,

penyeliaan dan pencerapan oleh pihak pengurusan akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan

memperbaiki kelemahan dalam proses pengajaran

Latar belakang guru yang mempunyai kelulusan yang diiktiraf dari segi akademik dan kelulusan

ikhtisas yang melayakkan mereka menyandang jawatan sebagai pendidik turut membantu ke arah

Page 9: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 9/11

kecemerlangan kerja guru. Di samping itu, pengalaman dan kemahiran dalam bidang atau mata

pelajaran tertentu turut membantu guru menguasai mata pelajaran yang diajar serta menarik minat pelajar

untuk belajar.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyeliaan berterusan oleh pihak pengurusan dapat

membantu guru membina kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

serta menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran. Jelas, menunjukkan bahawa guru-guru sentiasa

menunjukkan prestasi kerja yang baik walaupun kurang diselia, walaupun penyeliaan yang kerap akan

menjejaskan kredibiliti guru semasa bertugas

Walaupun, guru terlibat dalam aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab, unit beruniform

dan sukan serta permainan, tetapi guru tetap memberi keutamaan kepada akauntabiliti mereka iaitu

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Jelas bahawa, kejayaan penyeliaan terhadap guru turut

dipengaruhi oleh peranan guru dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk nilai

murni dan sikap positif di kalangan pelajar.

Kajian menunjukkan kecemerlangan guru dapat dipertingkatkan apabila guru menggunakan

strategi pengajaran yang sesuai dan sentiasa membuat perancangan serta menguasi subjek pengajaran.

Malah peranan penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah turut membantu meningkatkan kecemerlangan

dan profesionalisme guru serta pelajar.

PENUTUP

Penyeliaan merupakan satu daripada tugas rutin dalam bidang kurikulum yang dilaksanakan di

sekolah. Penyeliaan pengajaran yang dijalankan secara bersama dengan guru ialah kunci kepada

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan sekolah. Ini berdasarkan hakikat

bahwa guru yang terlibat dalam amalan penyeliaan berkaitan dengan matlamat biasanya akan mengubah

tingkah laku mereka secara positif. Dalam konteks ini, penyeliaan pihak pengurusan terhadap pihak yang

diselia iaitu guru merupakan satu usaha ke arah ,meningkatkan kebolehan warga pendidik menghadapi

cabaran dunia pendidikan dalam era globalisasi.

Page 10: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 10/11

BIBLIOGRAFI

A.L Ramaiah, (1992). Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya

: IBS Buku Sdn Bhd.

Ajzen, I & Fisbein M., (1980). Understanding Attitudes and Predicting Social

Behavior. New York : Prentice Hall Inc.

Boardman. C.W. Douglas, H. R. dan Bent, R. K., (1953). Democratic

Supervision in Secondary Schools. Cambride, Mass : Houghton-Mifflin.

Casio, W.F., (1987). Applied Psychology in Personnel Management. New

Jersey :Prentice Hall Inc.

Daft, R. L., (1997) Management, 4th. Ed. The Dryden Press

Etzioni, A., (1961). A Comparative Analysis of Complex Organization. New

York : Free Pres.

Etzioni, A., (1964). Terjemahan Maisarah Mat Dum, (1979). Organisasi

Moden, Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

Eye, Netzer dan Krey, (1971), dalam Ramaiah, AL (1979). Kepimpinan

Pendidikan, IBS Buku Sdn. Bhd.

Herberg, F., (1957). The Managerial Choice : To be Efficient and To Human.

Salt Lake City : Olympia Publishing.

Kamus Dewan, (1993). Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koontz, H., dan Weihrich, H., (1975). Pengurusan. Terjemahan Mohd Salmi

Mohd Sohod dan rakan, (1977). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Milkovoich G.T & Boudreau J.W., (1991). Human Resourse Management,

Boston. Irwin.

Stephen Issaac & William B. Michael, (1981). Handbook In Reaserch And

Evaluation. California : EdiTS Publishers.

Surat Pekeliling Khas dalam Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin (1993),

Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian, kuala Lumpur : Nurin

Enterprise.

Vardman & Halterman, (1969). Management and Organization. Houghton

Mufflin Company.

Wan Mohd. Zahid Mohd Nordin. Dasar Pendidikan Kebangsaan Ke Arah

Pemantapan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara, Selaras Dengan

Tuntutan Wawasan 2020. Seminar Pendidikkan, UKM, 193

Page 11: Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap · PDF fileKesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan ... rakan sejawat, ... 1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme

Muka surat 11/11