kertas kja & refleksi jpn

6
LAPORAN DAN REFLEKSI 2015 LAPORAN DAN REFLEKSI BIG ( CERAMAH ) i. Peranan JPN & Pengoperasiannya LAPORAN Pada 22 Disember 2014 bersamaan hari Isnin, satu CERAMAH bagi program Bina Insan Guru telah diadakan bertempat di Hotel Domani dan Bilik serbaguna 1. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Program ini merupakan salah satu komponen yang perlu dilaksanakan di mana ia terdapat dalam proforma kursus pada semester ini. Program Ceramah ini merupakan satu program wajib bagi setiap pelajar PPG Ambilan JUN 2011 sebagai salah satu syarat lulus untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Oleh yang demikian sebuah jawatankuasa kerja induk telah dibentuk dan diberikan tanggungjawab berdasarkan bidang tugas tertentu yang mewakili setiap kumpulan kuliah yang ada iaitu kumpulan Pra Sekolah, BMM 1 dan BMM2. Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi 1, penerangan mengenai guru cemerlang yang telah disampaikan oleh Encik Unlong B Nudin dari SK Matang Jaya. Manakala pada sesi kedua, ceramah mengenai peranan JPN dan pengoperasiannya telah disampaikan oleh En. Ahmad B Adlie iaitu kaunselor dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Tujuan utama ceramah ini diadakan adalah untuk menyampaikan seberapa banyak input berguna yang berkaitan kerjaya keguruan sebagai bekalan kepada kami selaku guru yang mendidik anak bangsa d zaman yang serba mencabar ini.

Upload: madlane-assing-aline

Post on 04-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

LAPORAN DAN REFLEKSI

LAPORAN DAN REFLEKSI2015

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG ( CERAMAH )i. Peranan JPN & Pengoperasiannya

LAPORANPada 22 Disember 2014 bersamaan hari Isnin, satu CERAMAH bagi program Bina Insan Guru telah diadakan bertempat di Hotel Domani dan Bilik serbaguna 1. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Program ini merupakan salah satu komponen yang perlu dilaksanakan di mana ia terdapat dalam proforma kursus pada semester ini. Program Ceramah ini merupakan satu program wajib bagi setiap pelajar PPG Ambilan JUN 2011 sebagai salah satu syarat lulus untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Oleh yang demikian sebuah jawatankuasa kerja induk telah dibentuk dan diberikan tanggungjawab berdasarkan bidang tugas tertentu yang mewakili setiap kumpulan kuliah yang ada iaitu kumpulan Pra Sekolah, BMM 1 dan BMM2. Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi 1, penerangan mengenai guru cemerlang yang telah disampaikan oleh Encik Unlong B Nudin dari SK Matang Jaya. Manakala pada sesi kedua, ceramah mengenai peranan JPN dan pengoperasiannya telah disampaikan oleh En. Ahmad B Adlie iaitu kaunselor dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Tujuan utama ceramah ini diadakan adalah untuk menyampaikan seberapa banyak input berguna yang berkaitan kerjaya keguruan sebagai bekalan kepada kami selaku guru yang mendidik anak bangsa d zaman yang serba mencabar ini. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti melalalui penganjuran ceramah ini. Kelebihan-kelebihan serta kekurangan-kekurangan semasa pelaksanaan program ceramah dan bengkel ini adalah seperti yang berikut.

REFLEKSIKELEBIHAN

Melalui penganjuran ceramah ini, terdapat banyak input dan informasi yang berguna yang dapat kami aplikasikan dalam kehidupan seharian terutama apabila kami berada di sekolah. Pertamanya, melalui ceramah yang disampaikan oleh En Unlong B Nudin iaitu mengenai guru cemerlang, kami dapat mengetahui mengenai maksud guru cemerlang iaitu guru yang suka akan perubahan dan sering berusaha untuk mengubah diri kearah yang lebih baik dan guru tersebut boleh membuat keputusan dengan yakin dan bersifat kreatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Membuat keputusan ialah satu proses memilih satu bentuk tindakan dari dua atau lebih alternatif. Kedua, guru yang bersifat cemerlang juga perlu menerima komen dan teguran di atas perubahan diri mereka atau diatas sesuatu keputusan yang telah dibuat dan dinilai oleh orang lain. Guru cemerlang ini perlu menerima komen orang lain tanpa mengira komen tersebut samada ia berbentuk pujian atau kritikan. Ini adalah kerana ia merupakan sebahagian dari akauntabiliti dan merupakan cara yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri. Guru cemerlang juga tidak boleh mengelakkan diri dari masalah, malah mereka perlu menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi dengan cara yang paling baik. Masalah ialah satu situasi dimana apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang diingini. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, kita perlu mempunyai ciri-ciri seperti yang telah dinyatakan di atas. Kelebihan lain semasa ceramah ini disampaikan ialah, kami dapat mengetahui cara-cara berkomunikasi dan menyampaikan maklumat yang berkesan kepada pendengar. Penceramah ini menggunakan strategi yang pelbagai dalam menyampaikan ceramah beliau supaya intipati yang disampaikan dapat difahami oleh kami. Mereka juga menyelitkan beberapa unsur kecindan supaya kami dapat mengikuti program ini dengan jayanya tanpa rasa bosan atau mengantuk. Ceramah mengenai peranan JPN dan pengoperasinnya juga banyak memberikan input berguna kepada kami guru-guru. Ini adalah kerana, pihak JPN dan pihak sekolah mempunyai perkaitan yang sangat rapat dalam mengendalikan sesuatu program yang berkaitan sekolah. Contohnya, seorang guru yang ingin berpindah perlu berurusan dengan pihak JPN terlebih dahulu sebelum melalui prosedur-prosedur yang lain. Begitu juga bagi seorang guru yang baru melangkah kedalam dunia keguruan, mereka juga perlu mendaftarkan diri di JPN yang berhampiran terlebih dahulu. Kami juga boleh mencuba kerjaya sebagai seorang pegawai JPN sekiranya kami ingin mencari dan mencuba pengetahuan baru kelak.

KEKURANGAN

Terdapat juga beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti semasa program ini dijalankan. Antaranya ialah dari segi pengurusan. Semasa ceramah pertama dijalankan oleh penceramah undangan iaitu En Unlong B Nudin, penghawa dingin dalam dewan berfungsi dengan kuat dan mengakibatkan kami berasa rimas dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa penyampaian ceramah tersebut. Masalah ini berlarutan sehingga selesai sesi ceramah pertama. Kebanyakan ahli jawatankuasa yang mengendalikan program ini telah cuba untuk mencari penyelesaian seperti memanggil juruteknik yang bertugas namun masalah ini tidak dapat diselesaikan. Selain itu, terdapat juga gangguan persekitaran dimana keadaan kedudukan kerusi meja yang disediakan kurang sesuai. Perkara ini menyebabkan berlaku sedikit gangguan kepada kami yang sedang mendengar ceramah yang disampaikan. Semasa sesi kedua ceramah disampaikan pula, terdapat sedikit kesulitan dimana pihak ahli jawatankuasa program ini tidak dapat menyediakan laptop untuk penceramah. Oleh sebab itu, berlaku gangguan masa dan perkara ini menyebabkan sesi ceramah yang kedua dimulakan tanpa mengikut tentatif yang disediakan.

PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh kami kerana terdapat banyak kekurangan yang berlaku semasa program ceramah diadakan pada kali ini, antaranya dari segi teknikal, iaitu penghawa dingin yang tidak sejuk, kami telah berusaha menyediakan laptop yang sesuai. Disini kami dapat melihat semua pelajar dapat mendengar ceramah dengan tekun kerana laptop yang ditukar boleh berfungsi dengan baik. Ceramah sesi kedua bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Penambahbaikan kedua pula ialah menyediakan kerusi meja yang sesuai. Antara teguran ialah supaya mengurangkan ketidakselesaan pelajar semasa mendengar ceramah. Bagi penambahbaikan ketiga pula ialah, ahli jawatankuasa program perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang dianggap perlu seperti laptop. Ini untuk mengelakkan daripada sebarang gangguan yang boleh menyebabkan kelewatan program. Diharapkan melalui cadangan penambahbaikan yang diutarakan, permasalahan yang sama tidak akan berulang untuk program seterusnya.

CADANGAN / RUMUSANProgram Ceramah dan Bengkel ini merupakan program yang amat bagus dan sesuai kepada kami guru- guru yang akan mengakhiri bidang ijazah kelak. Program ini banyak memberi pendedahan yang amat bernilai kepada kami guru-guru. Saya mencadangkan pada masa akan datang agar program ini diteruskan dan aktiviti yang lebih menarik dan berkualiti dilaksanakan dan dipelbagaikan bagi melatih dan memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada kami.