KERTAS KERJA SEPAK TAKRAW
SEKOLAH RENDAH DAERAH KERIAN
TAHUN 2013
1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan sepak takraw adalah disertai oleh murid sekolah berumur 10 dan 12 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Ko-Kurikulum untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).
2.0 MATLAMAT
Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran sepak takraw dengan menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 5 Kelompok Daerah yang terdapat dalam PPD Kerian.4.2 12 orang murid lelaki dari setiap kelompok yang bertanding di peringkat
Daerah Kerian.
5.0 PERLAWANAN
5.1 Dijalankan selama 2 hari iaitu :i- Dewan Pasar Awam, Bagan Serai ( 7 – 8 Mac 2013 )
5.2 Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Kerian ke Peringkat Negeri
6.0 SUMBER KEWANGAN
1
6.1 Yuran penyertaan dari setiap sekolah yang menyertai kedua-dua pertandingan :RM 100.00 X 5 kelompok = RM 500.00
6.2 Sumbangan MGB Kerian =RM200.00
6.3 Sumbangan Penaja = RM200
7.0 PERBELANJAAN
7.1
Bil. Perkara Jumlah Catatan
1. Bayaran Pengadil RM 20.00 X 8 orang
RM 160.00
2. Hadiah Tempat Pertama Plak RM 10.00 X 12 orang
RM 100.00
3. Hadiah Tempat Kedua Plak RM 5.00 X 12 orang
RM 50.00
4. Hadiah Tempat Ketiga Plak RM 5.00 X 12 orang
RM 50.00
5. Saguhati (untuk semua peserta) RM 1.00 X 70 orang
RM 70.00
6. Jamuan Guru dan Pegawai RM 3.00 X 20 orang
RM 60.00
7. Jamuan Murid RM 2.00 X 70 RM 140.00
8. Lain-lain RM 200.00
JUMLAH RM 900.00
7.0 PELAKSANAAN
8.1 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW
-seperti lampiran
2
8.2 NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah Kerian 2013
8.3 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA
Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Sepak Takraw ialah seperti berikut:-
Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )
Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )
Peserta 12 orang ( setiap pertandingan )
8.4 PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Daerah Kerian
Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap kontinjen hanya boleh
mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja setiap pertandingan.
Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan
ini.
Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus
pasukan adalah tidak dibenarkan.
Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan
kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga
hari sebelum pertandingan.
8.5 TEMPOH PERLAWANAN
Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:
Kiraan kemenangan kumpulan “Game Best Of 3”.
8.6 SISTEM PERTANDINGAN
Liga Kumpulan
A Pusingan Permulaan
Pasukan mengambil bahagian, dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.
B. Pusingan Suku Akhir
3
i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati
ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang
sebagai kumpulan X1 dan X2
iii Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.
Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2
C. Pusingan Separuh Akhir
i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.
ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1
iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.
D. Pertandingan akhir
i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.
ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan
X2.
8.7 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN
8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan secara Liga adalah
seperti berikut :-
Menang - 3 Mata
Kalah - 0 Mata
9.0 PERTUKARAN PEMAIN
Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai
pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain
dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama.
Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan
permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil
semasa bola tidak di dalam permainan.
4
Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua
(2) orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3
pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat
maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.
Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan
maksimum (1) seorang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di
samping 3 pemain yang sedia ada . Setiap Regu dibenarkan
membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.
Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran
daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di
tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa
pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan
apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan
set.
Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa
yang sama ( bagi acara regu sahaja )Jika Regu memulakan set
dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka
dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.
Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas
sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain
belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua
pertukaran pemain telah dilakukan , maka perlawanan
dihentikan dan regu ini dianggap kalah.
Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang
pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap
kalah.
Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad
merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran
pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum
dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran
telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan
ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah
dianggap kalah.
10.0 PAKAIAN
5
Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri
kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong
melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan
pemain adalah dilarang sama sekali.
Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai
warna jersi yang berlainan.
Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-
shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang
bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah
hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana
negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.
Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut
sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan
sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke
dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai ‟track-
suits‟.
Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan
belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga
36 ) yang sama untuk keseluruhan kejohanan.
Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan
berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah
dada ).
Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor
pakaian di mana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk
tatapan televisyen .
Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan
pakaian pemain dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan.
6.6 Ketua regu hendaklah memakai „Arm Band‟ di lengan kiri.
6.7 Mana – mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan
di dalam Undang – Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan
daripada pihak Teknikal ISTAF terlebih dahulu.
6
11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN
Gelanggang Sepak Takraw
1. Gambaran ukuran Gelangang Sepak Takraw.
3. Peralatan Sepak Takraw
2 biji bola bersaiz sekolah rendah berjalur biru.
Jaring cap gajah bersaiz standard.
12.0 KELEWATAN
Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit
sebelum perlawanan dimulakan.
Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah
dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi
kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0.
Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan
mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di 7
jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan
dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi.
Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain
berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang
berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh
masuk ke gelanggang apabila :-
i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah
bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.
ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.
ii.Sebaik sahaja selepas rehat
13.0 BANTAHAN DAN RAYUAN
Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus
pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau
wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.
Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan
sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang
dikemukakan itu didapati tidak wajar.
14.0 JURI RAYUAN
Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7
orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada Kelas
Prasekolah berkecuali.
Ahli juri rayuan terdiri daripada:
i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai
Pengerusi.
ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau
8
wakilnya.
iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.
iv. Dua hingga empat orang wakil daripada Kelas Prasekolah yang
berkecuali.
Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
15.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN
Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan
barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di
dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan sebarang
kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan
dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah
keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan
kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan
dikehendaki menyediakan “First Aid Kit” sendiri.
16.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN
Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan
diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang
becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan
persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak
menangguhkan perlawanan.
Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-
1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka
perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.
2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan
hendaklah dimainkan semula.
9
3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau
mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu
memberitahu atau diputuskan secara serta merta.
4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Jaring akan
menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.
17.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK
Sekolah Pengelola akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Sepak
Takraw pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh
Pejabat Pelajaran Daerah yang menganjurkan permainan tersebut untuk
menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang
perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain,
pemungut bola dan minuman.
18.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG-
PENGELOLAAN
Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)
Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1
pencatat skor)
Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)
Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang
keputusan
Jam randik - 2 buah
Papan skor - 1 unit
Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding) setiap
pertandingan
10
19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan
sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan
yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak
dibenarkanmemasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang
diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu
dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.
20.0 JAWATANKUASA KERJA
Penasihat : Puan Ommi Kalsom bt. Mohamad (PPD)
Pengerusi : Tn. Hj Tarmizi bin Ali ( PTPS Sepak Takraw Daerah )
Naib Pengerusi : Imaran bin Mat Ismail ( SK Gunung Semanggol ( K )
Setiausaha : Ismail bin Idris ( SK Hutan Percha )
Naib Setiausaha : Ahamd bin Zammeri ( SK Sri Laksamana )
Bendahari : Aziz bin Ayob ( SK Dato’ Masod )
Naib Bendahari : Mohammad Shah Abu Bakar ( SK Parit Hj. Aman )
Ahli Jawatankuasa :
i. Pendaftaran dan Borang
Jumri binti Saad ( SK Tanjung Piandang )
Yahya bin Ali ( SK Dato Alaudin )
ii. Persiapan Tempat / Gelanggang
Rohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain ( SK Rantau
Panjang )
Izzat Izudin bin Amat ( SK Telok Berembang )
iii. Teknikal / Peralatan
Mohd Maizon bin Waham ( SK Alor Pongsu )
Mohd Khari bin Amir ( SK Matang Jelutung)
11
iv. Jamuan
Rosli bin Kamaruddin ( SK Pulau Sebang )
Hassan bin Hamid ( SK Simpang Empat )
v. Hadiah dan Cenderahati
Halim bin Abdul Rahman ( SK Gangsa )
Idrus bin Idrus ( SK Sungai Tuang )
vi. Buku Program / Jemputan
Nordin bin Zammeri ( SK Seri Laksamana )
Mohamad Ali bin Osman ( SK Kuala Gula )
vii. Juruacara
Masri bin Aliman ( SK Jeram )
viii. Penyelia Peserta
Kamarudin bin Ishak ( SK Dato Alaudin )
21.0 LAPORAN KEJOHANAN
Perlawanan berlangsung selama 2 hari. Ia berlangsung di pasar awam Bagan
Serai, Perak. Permainan secara liga dijalankan memandangkan hanya 5
kelompok sahaja yang mengambil bahagian. Permainan diputuskan bermain
secara “best of 3” iaitu dijalan secara set. Sekiranya dua regu menjadi menang
regu yang ketiga tidak akan bermain. Kelompok 4 telah menjadi johan dan
kelompok 2 menjadi naib johan manakala kelompok 5 mendapat tempat ke 3.
Seramai 18 pemain dipilih untuk latihan pusat.
22.0 LAMPIRAN
12
1. Jadual Perlawanan
2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan
3. Borang Penyertaan Pertandingan
4. Borang Senarai Nama Pasukan
5. Keputusan Kejohanan
1. Jadual Perlawanan.
13
2. Jadual Pungutan Mata
14
3. Borang Pendaftaran.
15
4. Borang Keputusan.
16
5. Surat Lantikan Pegawai
17
7. Kelompok 4 Menjadi Johan Kerian 2013
18
19