kertas kerja pjk 2013 ppg

14
KERTAS KERJA MINI KEJOHANAN OLAHRAGA PSV1 AMBILAN JAN 2012 ANJURAN GURU PPG FEB 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN, SABAH 1.0 TAJUK MINI KEJOHANAN OLAHRAGA PSV1 AMBILAN JAN 2012 2.0 DIKEMUKAKAN OLEH Guru-guru PPG Ambilan Januari 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah 3.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada Dato Mary Theresa Kinajil , Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent untuk Mini Kejohanan Olahraga PSV1 Ambilan Januari 2012. 4.0 LATAR BELAKANG PROGRAM 4.1 Gerak kerja ko-kurikulum juga berperanan untuk memupuk semangat kemasyarakatan dan perpaduan ke arah Satu (1) Malaysia di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara. 1

Upload: adriana-wilson

Post on 03-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KKP

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

MINI KEJOHANAN OLAHRAGA PSV1 AMBILAN JAN 2012ANJURAN GURU PPG FEB 2012INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN, SABAH1.0 TAJUK

MINI KEJOHANAN OLAHRAGA PSV1 AMBILAN JAN 20122.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Guru-guru PPG Ambilan Januari 2012Institut Pendidikan Guru Kampus KentTuaran, Sabah3.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada Dato Mary Theresa Kinajil , Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent untuk Mini Kejohanan Olahraga PSV1 Ambilan Januari 2012.4.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

4.1 Gerak kerja ko-kurikulum juga berperanan untuk memupuk semangat kemasyarakatan dan perpaduan ke arah Satu (1)

Malaysia di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai

serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara.

4.2 Menyedari akan kepentingan ini, para guru-guru pelatih telah mengambil inisiatif di bawah khidmat nasihat pensyarah WAJ3112 kami untuk mengadakan satu Mini Kejohanan Olahraga PSV1 Ambilan Januari 2012 bagi memupuk semangat kesukanan dan bersatu-padu ke arah masyarakat yang sihat dan cemerlang dari segi jasmani, fizikal , mental dan emosi.4.3 Adalah diharapkan program ini mampu melahirkan para guru PPG Ambilan Januari 2012 yang bukan hanya efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran malah hebat dan aktif juga di gelanggang sukan. 5.0 RASIONAL5.1 Mini Kejohanan ini diadakan untuk memberi peluang kepada para guru PPG Ambilan Januari 2012 untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang sukan balapan dan padang selain daripada memupuk semangat kesukanan di antara satu sama lain. 5.2 Melahirkan para guru PPG Ambilan Januari 2012 yang bukan hanya cemerlang dalam bidang kurikulum malah mempunyai karisma yang hebat dalam bidang ko-kurikulum.5.3 Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan kerja kursus bagi mata pelajaran WAJ3112 yang diwajibkan ke atas setiap guru PPG Ambilan Januari 20125.4 Melalui Mini Kejohanan ini, ia juga dapat memberi pengalaman dan pengetahuan yang bermakna kepada para guru PPG Ambilan Januari 2012 dalam mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dan secara tidak langsung sebagai langkah persediaan untuk guru pelatih ketika menganjurkan sesuatu projek di sekolah kelak. 6.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini, pihak penganjur mengharapkan semua peserta akan mencapai beberapa objektif seperti berikut :-

6.1 Mengetengahkan bakat para guru pelatih dalam bidang sukan balapan dan padang.6.2 Membentuk guru pelatih yang mantap dari segi jasmani dan rohani melalui pengisian yang dimuatkan dalam program ini.6.3 Meningkatkan semangat perpaduan, berpasukan dan koperatif yang boleh memberi manfaat kepada semua.6.4 Memupuk semangat kemasyarakatan dan perpaduan ke arah Satu (1) Malaysia.6.5 Menyemai dan memupuk disiplin, nilai serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara. 6.6 Membudayakan corak kehidupan yang sihat dan sejahtera seperti yang dianjurkan oleh islam melalui amalan bersukan.7.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran bagi program ini terdiri daripada guru-guru PPG Ambilan Januari 2012 seramai 16 orang.

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Kos untuk mengadakan program ini akan dibiayai melalui kutipan yuran sebanyak RM5.00 daripada setiap guru pelatih PPG Ambilan Januari 2012.8.1.1 Duit Masuk

BilPerkaraKosJumlah

1Bayaran PenyertaanRM 5.00 x 18 orangRM 90.00

JUMLAHRM 90.00

8.1.2 Duit Keluar

BilPerkaraKosJumlah

1CenderamataHadiah cenderamataRM 40.00

1MakananBayaran jamuan ringanRM 50.00

JUMLAH RM 90.00

9.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT ( CADANGAN)

Butiran mengenai program ini adalah seperti berikut:

Tarikh

: 12 Okt 2013 Tempat

: Padang IPG Kent Tuaran Penyertaan

: Guru-guru PPG Ambilan Januari 2012

10.0 KEPUTUSAN DIPOHON

Majlis dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Mini Kejohanan Balapan dan Padang PPG Ambilan Januari 2012.Disediakan Oleh,(ADRIANA PATRICK)

Setiausaha

Mini Kejohanan Balapan dan Padang

PPG PSV1 JAN 2012

Institut Pendidikan Guru Kent Tuaran

Disemak Oleh,(En. Junani Bin Ahmad Junaidi)

Pensyarah WAJ3112,

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Institut Pendidikan Guru Kent Tuaran

Disahkan dan Diluluskan oleh

(Dato Mary Teresa Kinajil)

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kent Tuaran,

Sabah.

LAMPIRAN 1TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 18 Mac 20104.00 Petang

: Pendaftaran peserta-peserta

4.10 Petang

: Acara Lari 100 Meter 4. 20 Petang

: Acara Lompat Jauh4. 30 Petang

: Acara Lontar Peluru4. 45 Petang

: Ketibaan VIP dan Dif jemputan4. 50 Petang

: Majlis Perasmian Penutupan5.00 Petang

: Majlis Penyampaian Hadiah5.10 Petang

: Jamuan

5.30 Petang

: Majlis Bersurai

LAMPIRAN 2AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung

: Dato Mary Teresa KinajilPenasihat

: En. Junani Bin Ahmad JunaidiPengerusi

: Pn Diana A. YahyuTimbalan Pengerusi

: En. Dahim Bin RemanSetiausaha

: Pn. Adriana PatrickBendahari

: Pn. Haslinah Bt. Abd. Salim Biro Protokol dan Cenderamata:Pn. Jaimah Bt. Abdul Mutalib

Pn. Juraidah Abdullah @SanjuanBiro Logistik

: En. Mohd. Fadzil Bin Md. Noh

En. Terunah Biro Kejohanan Balapan dan : En. Mat Salleh B Buntarpadang

En. Jony Bin DondongBiro Makanan & Minuman

: Pn. Masyita Bt. Mohamad

Pn. Ledzarin Bt GundoloiBiro Tugas-tugas Khas

: Pn. Baitah Binti Resian

& Promosi

Pn. Dayang GukangPegawai-pegawai Kejohanan : Semua Pelajar PSV1 Ambilan Jan 2012Hakim Balapan dan Padang : Semua Pelajar PSV1 Ambilan Jan 2012

Pencatat Masa

: Semua Pelajar PSV1 Ambilan Jan 2012Pelepas

: En. Dahim Bin Reman

LAMPIRAN 3

Pembahagian Tugas

AJK pelaksana yang telah dilantik diberi penerangan tugas masing-masing mengikut bahagian yang telah dipertanggungjawabkan. Manakala semua AJK yang lain akan diberi tugas tugas tertentu di bawah unit-unit supaya dapat melaksanakan projek ini secara bersama.

Biro Protokol dan Cenderahati

Menguruskan urusan jemputan untuk majlis perasmian penutup

Menguruskan ketibaan Perasmi dan dif jemputan

Menguruskan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati semasa majlis penutup

Biro Logistik Membuat senarai semak barang-barang yang diperlukan

Menguruskan pinjaman peralatan sukan dan tempahan gimnasium

Memastikan semua barangan dipulangkan mencukupi setelah selesai pertandingan

Biro Aktiviti

Menguruskan pengadil untuk pertandingan

Menyediakan papan markah ketika pertandingan

Memastikan pertandingan berjalan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan.

Biro Makanan

Membuat anggaran makanan pada hari pertandingan

Menyediakan makanan yang mencukupi

Biro Tugas-tugas Khas dan Promosi

Menyediakan buku cenderamata

Menyediakan pamphlet dan banner untuk promosiLAMPIRAN 4PELAN TINDAKAN / JADUAL PENTADBIRAN

MINI SUKAN J-QAF AMBILAN JUN 2009

09/12/2009

TARIKHPERKARATINDAKAN

18/03/201018/03/20104.00 PTG

4.05 PTG

4.10 PTG

4.50 PTG

5.00 PTG5.10 PTG5.30 PTG

PERSIAPAN UNTUK PERTANDINGAN

I. Tempahan peralatan sukan dan padangII. Tempahan makanan

III. Tempahan cenderamata

IV. Penyediaan surat jemputan perasmi

V. Perlantikan Hakim

VI. Penyediaan poster dan buku cenderamata

PERSIAPAN SEBELUM PERTANDINGAN

I. Pendaftaran peserta

II. Pengurusan Hakim BalapanIII. Penyediaan kelengkapan sukan

IV. Pengurusan makanan dan minuman untuk peserta

KEJOHANAN BERMULA

Acara Lari 100 Meter Acara Lompat Jauh

Acara Lontar PeluruKetibaan Perasmi dan para jemputan untuk majlis perasmian penutup

I. Mengiringi Perasmi untuk mengambil tempat

II. Para peserta mengambil tempat

Majlis Perasmian

I. Ucapan Pengerusi

II. Ucapan Perasmian

III. Penyampaian Hadiah

IV. Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi Majlis

Jamuan ringan

MAJLIS TAMAT

SELESAI MAJLIS

Memastikan semua peralatan dikemas semula.

Memastikan barang-barang yang dipinjam mencukupi.

Memastikan kawasan padang bersih dan disusun seperti asal.

Biro Logistik

mendapatkan pengesahan permohonan menggunakan peralatan dan padangBiro Makanan

Biro Protokol & Cenderamata

Biro Protokol & Cenderamata

Biro Aktiviti

Biro Tugas-tugas Khas dan Promosi

Semua ahli jawatankuasa dan peserta berkumpul di gimnasium.

Biro Tugas-tugas Khas

-memastikan semua peserta mendaftarkan diri

Biro Aktiviti

-memastikan hakim berada di tempat acara masing-masing

-memastikan borang catatan pemenang disediakan

Biro Logistik

-memastikan kelengkapan sukan mencukupi.

Biro Makanan

-memastikan minuman sampai tepat pada waktunya dan mencukupi

Semua peserta

Semua peserta

Pengerusi & Timbalan Pengerusi

Biro Protokol dan Cenderamata

Pengerusi

Perasmi

Biro Protokol dan Cenderamata

Biro Protokol dan Cenderamata

-mengiringi Pengerusi dan Perasmi ke meja jamuan yang disediakan

Biro Makanan

memastikan makanan disediakan untuk setiap peserta

Semua AJK

KERTAS KERJA GERKO

MINI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

KPLI SR j-QAF JUN 2009

PADA

18 MAC 2010DI

PADANG IPG KAMPUS TAWAU

ANJURAN

GURU PELATIH J-QAF AMBILAN JUN 2009INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

SABAH

"AL'AQLU SALIM FIL-JISMI SALIM."DISEDIAKAN OLEH :

KPLI SR j-QAF AMBILAN JUN 2009

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TAWAU

PAGE 8