kertas kerja pertandingan hoki

19
KERTAS KERJA PERTANDINGAN HOKI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TURAN TEMPAT PADANG HOKI IPG KAMPUS KENT TARIKH 10 SEPTEMBER 2011 ANJURAN GERKO PERMAINAN HOKI 2011 1

Upload: zue-layhar

Post on 19-Feb-2015

395 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

gerko

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

KERTAS KERJA PERTANDINGAN HOKI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT, TURAN

TEMPAT

PADANG HOKI IPG KAMPUS KENT

TARIKH

10 SEPTEMBER 2011

ANJURAN

GERKO PERMAINAN HOKI 2011

1

Page 2: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

KERTAS KERJA PERTANDINGAN HOKI

1.0PENGENALAN

Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi program yang bakal dilaksanakan yang

melibatkan guru-guru pelatih IPG Kampus Kent. Program ini dijalankan adalah

bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara warga institut dan menyemarakkan

lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini diharap dapat menyemaikan ciri-ciri

sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat yang

terpendam dalam diri setiap guru pelatih.

Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk membentuk semangat

berpasukan dikalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga, semasa aktiviti ini

dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan di kalangan

peserta. Sifat yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik kepada

generasi yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang

pembentukan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga dilihat

sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan rasa

tekanan dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi

maklumat yang diperlukan untuk program ini.

2.0MATLAMAT PERTANDINGAN

Matlamat penganjuran pertandingan hoki ini ialah untuk memupuk semangat

kesukanan dan mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan guru-guru pelatih dan semua

warga Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Selain itu juga, aktiviti ini diharap dapat

mencungkil bakat dengan mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan hoki di

kalangan pelajar. Di samping itu, ia dapat melahirkan sifat kepimpinan dan merapatkan

hubungan dalam kalangan pelajar

2

Page 3: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

3.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

Objektif pertandingan ini diadakan ialah:

3.1Memperkenalkan dan mempromosikan sukan hoki dalam kalangan guru

pelatih

3.2Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan

sosial.

3.3Melahirkan generasi pelajar yang mempunyai semangat kesukanan yang

kuat.

3.4Mengeratkan hubungan dan silaturrahim di antara warga IPG Kampus Kent

3.5Melahirkan guru yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama,

semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab

4.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 10 September 2011

Masa : 8.00 pagi hingga 6 petang

Tempat : Padang hoki IPG Kampus Kent

5.0PENGELOLA

Gerko permainan hoki 2011

6.0 KUMPULAN SASARAN

Guru pelatih IPG Kampus Kent

3

Page 4: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

7.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN

7.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung

Puan Mary Teresa Kinajil

Penasihat

Encik Nik Hasan Bin Seman (Ketua)

Encik Sobri

Cik Suzana Binti Fadzil

Pengerusi

Siti Nirwanah Binti Darasin

Naib Pengerusi

Rohayu Binti Bacho

Setiausaha

Siti Zulaiha Binti Kasby

Bendahari

Sarimah Binti Lantong

7.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

7.2.1 AJK Pendaftaran peserta

Norsheila Binti Abdul Rahman (ketua)

Norlinah Binti Rais

4

Page 5: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

7.2.2 AJK Kebajikan dan Keselamatan

Nur Nadrah Hasfinie Binti Hasanuddin (ketua)

Jenny Bailin

7.2.3 AJK Peralatan

Ruzana Binti Hamzah (ketua)

Sunia Binti Umad

Nurul Ain Binti Ahmad

7.2.4 AJK Cenderamata dan Sijil

Ariathy Fairuz Binti Ali

Peyona Binti Mokhtar

7.2.5 AJK Makanan

Zarina Binti Abu (ketua)

Zureen Binti Razak

Saidah Binti Zamri

8.0SENARAI NAMA PEGAWAI PERTANDINGAN

Bil Nama Tugas

01 Encik Hafeez Shafeez Bin Ahsoh Ketua hakim

02 Encik Mohammad Hairy Bin Said Penjaga masa

03 Encik Mohd Fadhli Bin Mohd Yakof Penjaga masa

04 Encik Fhenyius Duasin Judge line

05 Encik Jonathan Greygory Judge line

5

Page 6: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

9.0 PERBELANJAAN

ITEM HARGA

Hamper RM100.00

Makanan dan minuman RM30.00

Peti kecemasan RM10.0

Perbelanjaan lain RM30.00

Jumlah RM170.00

Bayaran sebanyak RM10.00 bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan

ini.

10.0 SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan hoki ini menggunakan sistem kalah mati dimana pasukan yang kalah bagi

sesuatu perlawanan akan dikeluarkan dari permainan dan pasukan yang menang akan

bermain sehingga akhir. Bagi sistem kalah mati jika seri, pasukan akan bertukar

kawasan permainan dan bermain dalam masa tambahan 10 minit. Jika masih seri, lima

pukulan penalti akan dijalankan bergilir-gilir dan jika masih seri, pasukan yang

menjaringkan gol dikira pemenang.

6

Page 7: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

11.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah:

11.1 Komposisi pasukan

Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.

Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.

Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa.

Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya tercedera

perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.

Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas

padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu

bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.

11.2 Mengganti pemain

Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang

pemain yang telah didaftarkan.

Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti

yang diambil.

Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang

dihukum keluar.

Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki

padang.

Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan

dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan akan diberhentikan

sekiranya ingin menggantikan penjaga gol.

Pemain yang diganti hendaklah masuk atau keluar berhampiran garisan tengah

dan penjaga gol dibenarkan masuk atau keluar melalui garisan belakang.

7

Page 8: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

11.3 Ketua pasukan

Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten

dalam kalangan mereka.

Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain

lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten.

Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian

pemain dibuat dengan betul.

11.4 Pakaian dan peralatan pemain

Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan

pasukan lawan.

Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan

pasukan lawan.

Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila

menghadapi “penalty stroke”

11.0 JANGKA MASA PERLAWANAN

Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap

separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat

70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali

bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.

8

Page 9: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

12.0 JADUAL PERLAWANAN

9

JOHAN

VS

Page 10: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

13.0 BORANG PENYERTAAN

10

NAMA KUMPULAN:

PENGURUS PASUKAN:

KETUA PASUKAN:

NAMA PEMAIN NO KAD PENGENALAN

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN

Yuran penyertaan sebanyak RM10.00 bagi setiap kumpulan. Sebarang

pertanyaan sila hubungi AJK Pendaftaran Peserta, Norsheila Binti Abdul

Rahman (019-8765432) dan Norlinah Binti Rais (012-3456789)

Page 11: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

14.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Semoga pertandingan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru pelatih, di

samping dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah seperti rekreasi dan

permainan. Oleh tu, kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan bagi menjayakan

program ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh,

………………………

(SITI ZULAIHA BINTI KASBY)

Setiausaha Pertandingan Hoki,

IPG Kampus Kent

11

Page 12: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

REFLEKSI

(Rohayu Binti Bacho)

Sepanjang melakukan kerja kursus Pendidikan Jasmani ini, saya tidak begitu

menghadapi masalah kerana kerja kursus ini disiapkan secara berkumpulan. Oleh itu,

kami mudah berbincang dan dapat menyiapkan kerja ini dengan mudah. Jika ada

benda yang menjadi kekeliruan, kami mengambil langkah untuk berbincang. Ia

memudahkan proses kerja kami.

Semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya menghadapi banyak

dugaan dan cabaran yang harus saya lalui dengan sabar serta tabah. Untuk

menyiapkan kerja kursus ini, saya perlu mencari banyak bahan rujukan yang berkaitan

untuk memudahkan saya, namun begitu, saya menghadapi kesulitan untuk mencari

bahan rujukan kerana pihak pusat sumber yang menjadi tempat rujukan para pelatih

guru IPG KENT kurang menyediakan bahan rujukan. Apabila merujuk internet pula,

banyak kekeliruan maklumat yang diberikan. Oleh yang demikian, saya berdepan

dengan masalah pengumpulan maklumat.

Walau bagaimanapun, saya sangat berterima kasih kepada pensyarah yang

mengajar dan rakan – rakan kumpulan saya yang banyak membantu dan memberi

tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Kami amat

bersyukur juga kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang

ditetapkan. Sebagai cadangan, saya berharap pihak pusat sumber IPG KENT akan

memperbanyakkan lagi bahan rujukan untuk memudahkan para pelatih guru.

12

Page 13: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

REFLEKSI

(Siti Nirwanah Binti Darasin)

Tugasan kerja kursus pendek permainan hoki ini merupakan satu cabaran baru bagi

saya. Bermain permainan hoki bukannya mudah. Banyak kemahiran-kemahiran yang

harus dikuasai sama ada sebagai pemain, sebagai pengurus atau pengelola

pertandingan hoki ini. Melalui tugasan ini. Saya dan rakan-rakan mempelajari banyak

ilmu dan kemahiran baru tentang permainan hoki yang belum pernah saya dan rakan-

rakan pelajari sebelum ini. Sebagai contoh bagaimana hendak melakukan kemahira-

kemahiran asas hoki seperti menolak, menahan dan memukul bola hoki dengan betul.

Setelah menjalani amali permainan hoki ini saya dapat mengukur tahap kebolehan diri

saya dalam permainan ini Banyak perubahan yang saya dapati setelah beberapa lama

mempelajari perkara-perkara yang perlu mengenai permainan hoki. Akhirnya saya kini

boleh bermain hoki dengan betul dan membuat saya lebih yakin untuk mengikuti

perlawana-perlawan hoki jika berkesempatan.

Saya berasa sangat gembira dan bangga dapat mempelajari permainan hoki ini

dengan mendalam. Sesungguhnya segala apa yang telah saya pelajari akan saya

sematkan untuk anak murid saya akan datang. Saya akan mempraktiknya sepanjang

masa agar tidak hilang begitu saja. Pembelajaran ini sungguh bermakna bagi saya dan

akan saya jaga sampai bila-bila.

Tidak dilupakan juga segala kepayahan yang saya hadapi sepanjang proses

pembelajaran pada awalnya yang mana saya memerlukan banyak latihan agar lebih

mahir untuk memegang kayu hoki dan teknik-teknik bermain hoki.

13

Page 14: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

REFLEKSI

(Siti Zulaiha Binti Kasby)

Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, banyak pengalaman dan pengetahuan baru

yang dapat ditimba. Melalui gerko permainan hoki ini saya dapat mempelajari sesuatu

yang baru. Saya dapat mengetahui serba sedikit mengenai kemahiran-kemahiran asas

yang sebelum ini tidak diketahui. Permainan hoki ini bukanlah permainan yang mudah

kerana memerlukan koordinasi dan kemahiran yang tinggi untuk bermain. Meskipun

tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut tetapi saya sangat bersyukur

dan berbangga kerana akhirnya dapat bermain hoki.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari teknik-teknik memegang kayu hoki dan

peraturan permainan hoki. Saya dapat memperbaiki kelemahan teknik dan juga

meningkatkan kemahiran dalam permainan hoki. Saya sangat bersyukur kerana dapat

menimba sesuatu yang baru dalam semester ini.

Diharapkan segala yang telah saya pelajari sepanjang gerko permainan hoki ini dapat

disemai dalam diri dan diamalkan kelak. Saya juga berharap agar semua pembelajaran

dan teknik yang telah diajar tidak sia-sia dan dibiar begitu sahaja.

Sekian.

14

Page 15: Kertas Kerja Pertandingan Hoki

RUJUKAN

Helen Ten dan M.P Haridas (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Hoki. Oxford Fajar

Sdn. Bhd. : Selangor

Hughes Norman (2001). The Sports Handbook: Hockey. Unipress Sdn. Bhd. : Selangor

Fritz syah. Kertas Kerja Hoki. Diakses pada 5 Ogos 2011:

http://www.scribd.com/doc/48887212/kertas-kerja-Hoki

Maizatolakma. Kertas Kerja Hoki 2011. Diakses pada 5 Ogos 2011:

http://www.scribd.com/doc/54838275/KERTAS-KERJA-HOKI-2011

15