128063401 kertas kerja pertandingan kawad kaki

56
NO. KUMPULAN: UPSI 06 ( A131 PJJ ) NAMA PENSYARAH: DR . AZALI B RAHMAT KERJA KURSUS CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM NAMA PELAJAR SUHAILA BT OMAR NO. ID D20112053883

Upload: faizol-ismail

Post on 11-Nov-2015

886 views

Category:

Documents


76 download

DESCRIPTION

kokurikulum

TRANSCRIPT

SMK BUKIT SENTOSA

NO. KUMPULAN: UPSI 06 ( A131 PJJ )NAMA PENSYARAH: DR . AZALI B RAHMAT

KERJA KURSUSCMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM

NAMA PELAJARSUHAILA BT OMAR

NO. ID D20112053883

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUHUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISTANJONG MALIM, PERAK.

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK,BANDAR SRI PERMAISURI,56 000 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KAWAD KAKIINTER UNIT UNIFORM

Tarikh : 5 November 2013 (Sabtu)Tempat: Dataran Terbuka SK Seri TasikMasa : 8. 00 pagi hingga 10.00 pagi

1.0PENDAHULUANKawad kaki merupakan salah satu aktiviti wajib dalam pasukan unit-unit beruniform yang ditubuhkan di setiap sekolah. Aktiviti ini diharapkan dapat memupuk semangat berkerjasama, daya juang yang berterusan serta disiplin yang tinggi di kalangan pelajar yang terlibat.Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah ini merupakan platform bagi memilih pasukan kawad kaki yang mantap bagi mewakili sekolah ke pertandingan kawad kaki zon.

2.0 OBJEKTIF / RASIONALMelalui pertandingan yang diadakan secara formal, murid-murid akan berlatih dengan baik dan serius. Ini memberikan mereka peluang untuk menonjolkan minat terhadap aktiviti kokurikulum.

3.0 TUJUAN / MATLAMATMemberi pendedahan kepada ahli kadet yang baru cara berkawad yang betul dan mencari bakat baru untuk mewakili sekolah ke pertandingan kawad kaki..4.0OBJEKTIF4.1 Melahirkan semangat bekerjasama antara anggota kadet 4.2 Mencungkil kemahiran berkawad di kalangan anggota 4.3Memilih pasukan yang akan mewakili pasukan unit masing-masing ke pertandingan Kawad Kaki antara unit-unit beruniform daerah Hulu Selangor.

5.0TEMABerdisiplin Dalam Satu Keharmonian

6.0SasaranSetiap pasukan unit beruniform dikehendaki menghantar 1 platun iaitu sama ada satu platun lelaki atau perempuan. Setiap platun terdiri daripada 35 anggota.

7.0Cadangan Tarikh, Tempat dan Masa Tarikh : 5 November 2013 (Sabtu)Tempat: Dataran Terbuka SK Seri TasikMasa : 8. 00 pagi hingga 10.00 pagi

8.0AnjuranUnit Kokurikulum SK Seri Tasik, Kuala Lumpur dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia

9.0JAWATANKUASA

Jawatan Kuasa Induk Dan PelaksanaanPengerusi:Tn. Hj. Misman Bin MostamGuru Besar SK Seri Tasik

Naib Pengerusi :Ust. Razali Bin MudaGPK Kokurikulum SK Seri Tasik

Pn. Normila Bt MusaGPK Tadbiran dan Kurikulum

En. Suhaimi Bin Abdul HalimGPK Hal Ehwal Murid SK Seri Tasik

En. Rozaidi Bin IsmailGPK Petang

Setiausaha:Pn. Suhaila Bt Omar

Bendahari:En. Mohd Syahrizan Bin Zakaria

JAWATAN KUASA KERJA

J/Kuasa Persiapan Tempat dan TeknikalEn. Mohd Rasyidi Bin AbdullahEn. Nor Azman Bin AriffinEn. Muhammad Husni Bin MuhammadEn. Nor Azmi Bin Mohd MokhtarEn. Khairul Idzhar Bin Abdullah

J/Kuasa JamuanPn. Siti Salmiah Bt PakhroraziPn. Nor Aizah Bt IliasPn. Putri Jasmarina Bt JasmiPn. Norlela Bt AhmadPn. Fatihah Bt Shaari

J/Kuasa Hakim PertandinganJurulatih Pasukan Kawad Polis Diraja Malaysia, PULAPOL

J/Kuasa Pendaftaran dan Pengelola PesertaPn. Juliyana Bt Mohd SallehPn. Misliyah Bt Mat HussainPn. Normala Binti MohammadEn. Mohd Rizal Bin PathudinEn. Fadzly Bin Zakaria

J/Kuasa Rawatan KecemasanPn. Idayu Bt Mohd NoorEn. Sulaiman Bin Abd Wahab

J/Kuasa DokumentasiPn. Nur Azlina Bt Abu BakarPn. Harnani Bt Jaafar

Pengacara MajlisPn. Rohaniza Bt mamatPn. Marlini Bt Mohamed Yusof

Bacaan DoaUst. Nurul Azhar Bin Abdul Rahim

Hadiah dan CenderahatiPn. Norhasmiza Bt Mohd LazinPn. Faizah Bt Mohd SaadPn. Fadhilah Bt ShaharudinPn. Rhohenzee Bt long ChekPn. Wan Hardiana Ayuni Bt Nik Mansor

12. Anggaran Perbelanjaan

1. Piala Iringan Johan ( RM6 x 35 orang ) RM 210.00 2. Piala Iringan Naib Johan ( RM6 x 35 orang ) RM 210.00 3. Piala Iringan Ketiga ( RM6 x 35 orang ) RM 210.00 4. Ketua Platun Terbaik ( RM20 x 2 orang L & P ) RM 40.00 5. Kain Rentang RM 100.00 6. Minuman untuk para peserta ( RM8 x 10 kotak air minuman ) RM 80.00 7.Makanan Peserta ( RM3.50 x 35 x 7 )RM 857.008. Jamuan ringanRM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM1807.00

Sumber KewanganWang Unit Beruniform KokurikulumRM 1 000.00Sumbangan PIBGRM 807.00JUMLAH KESELURUHAN RM 1 807.00

15

JADUAL PELAKSANA GERAK KERJA

BIL TARIKHAKTIVITITINDAKANCATATAN

114 Februari 2013Perbincangan bersama GPK Kokurikulum dan Guru BesarPenyelarasMembuat draf 1 kertas kerja program.

22310 Februari 2013Menyerahkan kertas kerja untuk diedit.PenyelarasMembaiki kertas kerja.

3312 Februari 2013Menyerahkan kertas kerja untuk kelulusan PenasihatPenyelarasLulus/ Tidak Lulus

4420 Februari 2013Makluman kepada semua semua murid dan pengurus pasukanPenyelarasPengagihan tugas kepada AJK

5525 Februari 2013Perjumpaan dengan setiap ketua bahagian AJK PelaksanaanPenyelarasLancar/Tidak

661 Mac 2013 Mendapat maklum balas dari semua pengurus pasukan dan Ketua AJKSetiausahaGuru PenasihatLancar/Tidak

7730 Julai 2013Pertandingan kawad kaki antara platun dalam unit beuniform masing - masingGuru PenasihatLancar/Tidak

881 November 2013Persiapan trek pertandingan kawad kakiAJK Persiapan TempatLancar/Tidak

993 November 2013Makluman akhir kepada murid sewaktu perhimpunanPenyelarasLancar/Tidak

1105 November 2013Pertandingan Kawad KakiAJK Lancar/Tidak

11110 November 2013Menghantar DokumentasiAJK DokumentasiSiap/ Tidak

JADUAL PELASANAAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI

MasaAturcara

8.00 8.30 am

Pendaftaran pasukan

8.30 8.45 am

Taklimat Ringkat Ketua Hakim

8.45 10.30am

Pertandingan Kawad Kaki dijalankan

10.30 11.00 AMRehat

11.00 12.00

Majlis Penutup Hari Anugerah KokurikulumMajlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad Kaki Peringkat sekolah

12.30 tengahari Bersurai

12.0INSTRUMEN PENILAIAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAT KAKIPASUKAN BADAN BERUNIFORMSEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPeringkat Daerah / Negeri & kebangsaan

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi pemenang.

1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap kategori iaitu:a. Kategori Lelakib. Kategori Perempuan

1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan.

1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada murid-murid yang sedang menuntut di sekolah rendah (Tahun 3-6).2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di sahkan Guru Besar untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar perlu juga disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen.

3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.

3.3 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa pertandingan kawad dijalankan.

3.4 Aksesori yang di nilai ialah sarung tangan putih.

3.5 Pengantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim.

3.6 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian.

3.7 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.

4. PADANG KAWAD

4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan).

4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-kun di dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala kun A, B, C dan D hendaklah sama warna ( selain daripada hijau ).

4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau kuning.

4.4 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 12 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 13 minit, persembahan tidak akan dinilai.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad buka barisan sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad formasi.

5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan:

a. pada minit ke 10. (sekali)b. masa tamat. (dua kali)

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.

6.2 Bilangan Anggota:

a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang atau lebih daripada 31 orang semasa memasuki litar atau semasa pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.

b. Jika ada anggota yang sedang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan.

c. Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.

6.3 Pemeriksaan Pakaian:

Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar pertandingan kawad.

7.BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD : Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masing-masing.

7.1. Kawad Asas: a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti.b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya menghadap ke hadapan, kanan....pusing.c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, buka, barisan......gerak.d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, ke kanan....lurus. Pandang......depan.e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) siap untuk diuji, tuan.f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:i.Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: bergerak ke kiri, kiri.....pusing.ii.Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: bergerak ke kanan, belakang pusing iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: menghadap ke belakang, kanan....pusingiv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : menghadap ke hadapan, ke belakang pusing .

g. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak.h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: bergerak ke kiri, kiri......pusing.j. Berjalan dalam masa cepat jalansebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman kiri belok.( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).k. Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A.l. Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman menghadap ke hadapan, kanan....pusing diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .m. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak ke kiri, kiri.....pusing diberikan.n. Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D.o. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: Hormat ke kanan....hormat.ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: Hormat ke hadapan....hormat.iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju.iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat.v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan.vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: Bergerak ke kanan, belakang....pusing.vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah cepat, cepat jalan.viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: Bergerak ke kiri, belakang....pusing.ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: Menghadap ke belakang, kiri......pusing.x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: Menghadap ke hadapan, belakang......pusing. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:Hentak kaki.xii. Henti. Bahasa hukuman: Skuad....henti.xiii. Mara mengadap, 10-14 langkah. Bahasa hukuman: skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)p. Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

Peringatan :

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)

2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.

3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan tidak dibenarkan membawa alatan.

7.2. Pergerakan Membentuk Formasi a. Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai.

b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pass bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.

c. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik.

d. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 2 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.

e. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi . Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.

7.3. Melapor Keluar

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor keluar ialah Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, ( Pasukan ...... / ......L1 / P1 ) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan

8. PENALTI

Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan : Semasa Kawad AsasBilJenis KesalahanMarkah PenaltiMaksimumditolak

1Pergerakan cepat jalan tidak 120 135 seminit5sekali

2Anggota Gagal Meneruskan Kawad53 kali

3Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya35 kali

4Aksesori terlucut / tidak di tempatnya15 kali

5Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )55 kali

6Terlanggar kun35 kali

7Tidak mengikut urutan55 kali

8Pergerakan yang bukan ditetapkan55 kali

Semasa Kawad FormasiBilJenis KesalahanMarkah PenaltiMaksimumditolak

1Gerakan bukan kawad23 kali

2Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )23 kali

3Mengeluarkan arahan / isyarat53 kali

4Perlakuan / aksi kurang sopan23 kali

5Menggunakan peralatan tambahan23 kali

6Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya13 kali

7Aksesori terlucut / tidak di tempatnya13 kali

8Mempunyai unsur suara23 kali

Ketua PlatunBilJenis KesalahanMarkah PenaltiMaksimumditolak

1Bergerak bersama pasukan15sekali

2Memberi hukuman kawad di luar litar10sekali

3Gagal Meneruskan Kawad10sekali

4Melapor di luar litar kawad52 kali

5Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya35 kali

6Aksesori terlucut / tidak di tempatnya15 kali

7Tidak mengikut urutan55 kali

8Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan55 kali

Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di kanan litar.

9. PENGHAKIMAN

a. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada hakim-hakim berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh Kementerian Pelajaran. Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan dipecahkan seperti berikut;i.Seorang Ketua Hakim ii. Seorang Penolong Ketua Hakim iii. Empat orang hakim pakaian.iv. Lapan orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ).v. Empat orang hakim Ketua Platun ( termasuk Ketua dan Penolong Ketua Hakim ).Nota : Seorang Ketua Hakim boleh berperanan menerima pelaporan mula dan tamat pertandingan daripada Ketua Platun, menyelaras pemarkahan dan penalti sahaja. Dalam keadaan ini seorang lagi hakim hendaklah dilantik sebagai hakim Ketua Platun bagi menggantikannya.b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah ( oleh Hakim Kawad pasukan ) bagi setiap pasukan tidak diambilkira.c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian Pelajaran bertauliah dan mahir berkawad, manakala hakim-hakim yang lain boleh terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kementerian Pelajaran sahaja atau gabungan badan induk dan Pegawai Kementerian Pelajaran. d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih sama juga, markah Ketua Platun akan diambil kira.e. Keputusan hakim adalah muktamad. f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :i. Pakaian 10%ii. Kawad statik dan dinamik 60%iii. Kawad formasi 20% daniv. Ketua Platun 10 %

Jumlah Keseluruhan 100% f. Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai penyelaras pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.g. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad ( bahasa hukuman dan pergerakan kawad ) hendaklah diambil kira. Nota : Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawad dan markah pakaian.

10. BANTAHAN

Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurus pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal.

Lampiran II ( Unsur gerakan formasi mesti dalam unsur gerakan Kawad sahaja )

KAWAT FORMASIKADET AGENSI KERAJAAN (GO) DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO)

FORMASI

Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawat apabila mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari.

Terbahagi kepada 2 unsur:1. UNSUR GERAK2. UNSUR PENGHAYATAN

Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu :

1.Kekayaan Gerak FormasiPenilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu. 2.Keseragaman Gerak FormasiPenilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka, jari dan sebagainya.

3.Keindahan GerakKeindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti:

a)Gerakan dalam Unsur KawadHendaklah seratus peratus pergerakan kawad.

b)Keseimbangan dalam penggunaan ruangPenggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-satu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.

c) Kesatuan GerakanKesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam formasi satu-satu terdapat cambahan jalan perlahan maka di setiap formasi terdapat cambahan jalan perlahan. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan jalan perlahan merupakan tindakan untuk menyatukan.Unsur suara boleh digunakan untuk melahirkan kesatuan. d) Kepelbagaian GerakanKepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.

e)Gerakan PenutupHendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawat.

UNSUR PENGHAYATANTerkandung di dalamnya

a)Unik/kreatifPenilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah

b)KeserasianSetiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi, dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.

c)KemantapanPenilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada arahan Ketua platun

d)Kesopanan Peserta formasi tidak membelakangkan hakim,tidak mengangkatkan kaki kepada Ketua Hakim dan tidak mengeluarkan bahasa yang kesat/ lucah atau kedengaran seperti lucah.

Syarat-syarat Pertandingan Tamat

BORANG MARKAH PERTANDINGAN KAWAD

SEKOLAH RENDAH

PASUKAN :______________________________________

NO GILIRAN :______________________________________

B.PERGERAKAN KAWAT110 markahMarkah Diperolehi

1. Kawat Asas - Melapor Masuk30 markah

a. Pergerakan masuk padang012345

b. Berhenti012345

c. Menghadap ke hadapan012345

d. Buka barisan012345

e. Ke kanan lurus dan pandang depan012345

f. Cara dan kedudukan semasa melapor012345

2. Kawat Statik 30 markah

a. Tutup Barisan 012345

b. Ke kanan lurus dan pandang depan012345

c. Bergerak ke kanan/kiri kanan/kiri pusing012345

d. Bergerak ke kanan/kiri belakang pusing012345

e. Menghadap ke belakang kanan/kiri pusing012345

f. Menghadap ke hadapan belakang pusing012345

3. Kawat Dinamik 50 Markah

a. Bergerak ke kiri012345

b. Cepat jalan012345

c. Tukar langkah perlahan012345

d. Berjalan dalam masa perlahan jalan012345

e. Tukar langkah cepat012345

f. Hormat ke kanan012345

g. Henti, menghadap ke hadapan012345

h. Mara menghadap (11 langkah)012345

i. Kiri belok (keseluruhan)012345

j. Berjalan dalam masa cepat (keseluruhan)012345

4. Penalti Bilangan

a. 1 X anggota ditolak 5 markah

b. 1 X item ditolak 1 markah

JUMLAH ( 110 ) :

BORANG MARKAH PAKAIAN PERTANDINGAN KAWAD( Markah Ketua Platun ) SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA

PASUKAN : NO. GILIRAN :

NAMA KETUA PLATUN :.

BilPerkara/PergerakanKetua PlatunMarkah Diperolehi

A.Persediaan * 23

1. Pakaian Asas7

a. Beret/Cap/Tudung01

b. Lencana Beret 01

c. Baju dan Seluar01

d. Tali pinggang01

e. Tanda Nama01

f. Kasut01

g. Lencana Sulam/Lencana Bahu01

2. Aksesori1

a. Sarung Tangan01

3. Kekemasan Diri dan Pakaian 9

a. Rambut / Tudung 0123

b. Berkasut bersih / Ikatan Tali Kemas0123

c. Peralatan uniform serta kedudukan0123

4. Keseragaman Warna / Bentuk / Jenis12

a. Beret / Cap / Tudung0123

b. Baju dan Seluar0123

c. Kasut0123

d. Tanda Nama0123

JUMLAH KESELURUHAN ( 29 ) :

i. Item 1 (d) semua pasukan perempuan diberi markah penuh.ii. Item 1 (g) Pergerakan Puteri Islam Malaysia diberi markah penuh.iii. Item 1 (f), 3(b) dan 4 (c) Diberi markah 0 kepada mana-mana pasukan yang melanggar peraturan pemakaian kasut.

Tanda tangan HakimTarikh : ........................

...........................................Masa : .........................

BORANG MARKAH PERTANDINGAN KAWAD( Markah Ketua Platun ) SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA

PASUKAN : NO. GILIRAN :

NAMA KETUA PLATUN :.

BPERGERAKAN KAWADMarkah Diperolehi

1. Kawad Asas Pergerakan masuk PadangPERGERAKANBH

a. Pergerakan masuk padang ( Berjalan )012345012345

b. Berhenti012345012345

c. Mengadap ke hadapan012345012345

d. Buka Barisan012345

e. Ke Kanan Lurus dan Pandang depan012345

2. Melapor

a. Berjalan012345

b. Berhenti012345

c. Hormat012345

d. Bahasa Melapor012345

e. Berpusing012345

f. Berjalan dan Berhenti012345

3. Kawad Statik

a. Bergerak ke kiri kiri pusing 012345

b. Bergerak ke kanan belakang pusing012345

c. Menghadap ke belakang kanan pusing012345

d. Menghadap ke hadapan belakang pusing 012345

e. Tutup barisan012345

f. Kekanan lurus dan pandang depan012345

4. Kawad Dinamik

a. Bergerak ke kiri012345

b. Cepat Jalan012345

c. Tukar langkah perlahan012345

d. Menghadap ke hadapan kanan pusing012345

e. Bergerak ke kiri kiri pusing012345

f. Tukar langkah cepat012345

g. Hormat ke kanan, hormat012345

h. Hormat ke hadapan hormat012345

i. Tukar langkah semasa berjalan012345

j. Hormat selaku terima sijil012345

k. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan012345

l. Bergerak ke kanan, belakang pusing012345

m. Tukar langkah cepat, cepat jalan012345

n. Bergerak ke kiri, belakang pusing012345

o. Menghadap ke belakang, kiri pusing012345

p. Menghadap ke hadapan, belakang pusing012345

q. Hentak kaki012345

r. Henti 012345

s. Mara Mengadap ( 10-14 langkah )012345012345

t. Kiri Belok ( keseluruhan )012345

u. Kawad individu012345

5. Kawalan

a. Mengikut urutan012345

b. Kawalan skuad012345

6. Melapor Keluar50

a. Berjalan012345

b. Berhenti012345

c. Hormat012345

d. Bahasa Melapor012345

e. Berpusing012345

f. Berjalan dan Berhenti 012345

g. Bergerak ke kiri, ke kiri pusing012345012345

h. Berjalan keluar012345012345

JUMLAH ( 310 )

6. PenaltiBilangan

a. Ketua Platun bergerak bersama pasukan * 15

b. Memberi hukuman kawad di luar kawasan yang ditetapkan10

c. Gagal meneruskan kawad10

d. Melapor di luar kawasan kawad55

e. Pakaian asas terlucut / tidak ditempatnya33333

f. Aksesori terlucut / Tidak di tempatnya11111

g. Tidak mengikut urutan55555

h. Bukan bahasa hukuman yang ditetapkan55555

JUMLAH PANALTI YANG DIKENAKAN

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

* Kecuali semasa membawa pasukan masuk dan keluar, mara menghadap serta formasiCatatan : BH Bahasa Hukuman

Tanda tangan HakimTarikh : ........................

...........................................Masa : ......................... Nama Hakim / no hakim

Bil 1/ Pin 0/ 071207

BORANG MARKAH KAWAD FORMASIBil ( 2 ) / Pin. 1 / 270407

PERTANDINGAN KAWAD KAKI NO. UNDIAN

PASUKAN BADAN BERUNIFORM

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA

SEKOLAH RENDAH NEGERI / KEBANGSAAN

TAHUN 2013

Pemberatan Markah : 20%

PASUKAN : _____________________________

Sambungan dari mukasurat sebelah.

C PEMARKAHAN FORMASI

1. Unsur Gerak - 45 Markah

1.1. Keindahan Gerak FORMASI 1FORMASI 2MARKAH

a Gerakan Dalam Unsur Kawad012345012345

b Gerakan Konsisten ( Berurutan )012345012345

c Kepelbagaian Gerak Kawad012345012345

d Keseimbangan Penggunaan Ruang012345012345

e Kesatuan Gerak012345

Jumlah

1.2 Kekayaan Gerak Formasi 10 Markah

a Pecahan dan Cantuman Formasi012345012345

Jumlah

2. Unsur Penghayatan - 30 markah

a Keunikan012345012345

b Keserasian012345012345

c Kemantapan Hentakan012345012345

Jumlah

3. Gerakan Penutup - 5 markah

a Diakhiri Dengan Gerakan Kawad012345

Jumlah

4. Penalti

a Gerakan Bukan Kawad222

b Keluar Kawasan Kawad222

c Mengeluarkan Arahan / Isyarat555

d Mempunyai unsur suara222

e Perlakuan / Aksi Kurang Sopan222

f Pakaian Asas Terlucut / Tidak Di Tempatnya111

g Aksesori Terlucut / Tidak Di Tempatnya111

h Menggunakan Peralatan / Bahan 222

Jumlah

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN ( 90 markah )

Nombor Hakim : Tandatangan Hakim : .

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya program ini dapat menambahkan pengalaman ahli pasukan beruniform dan seterusnya mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah dan negeri. Ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh,

.( SUHAILA BT OMAR) Penyelaras Unit UniformSK Seri Tasik, Kuala Lumpur

Disemak oleh,

(RAZALI B MUDA)Naib Pengerusi Uni Uniform / GPK Kokurikulum SK Seri Tasik, Kuala Lumpur

Diluluskan oleh,

.( HJ MISMAN B MOSTAM)Pengerusi Unit Uniform / Guru BesarSK Seri Tasik Kuala Lumpur

LAMPIRAN

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA INDUK UNIT UNIFORM BIL 1 /TAHUN 2013

Tarikh: 12 Februari 2013

Masa: 1.00 petang

Tempat: Perpustakaan SKST

Pengerusi: En. Razali B Muda

Nama Yang Hadir: 1. En. Rozaidi bin Ismail 2. Pn. Suhaila binti Omar 3. En. Khairul Idzhar bin Abdullah 4. Pn. Marlini binti Mohamed Yusof 5. En. Mohamad Roshidi bin Abd. Razak 6. En. Mohd Amarullah bin Ibrahim 7. En. Nor Azman bin Ariffin 8. Pn. Rhohenzee binti Long Chek 9. Pn. Roqaiah Solehah binti Omar 10. Pn. Sirohmaini @ Suhaila binti Sidik 11. Pn. Raja Znariah binti Raja Husain 12. En. Khairul Anuar bin Kamaruden 13. En. Syahrizan bin Zakaria 14. Pn. Norhaslinda binti Baharudin 15. Cik Noor Fadhila binti Mohamed @ Md Nawi 16. Pn. Rohaniza binti Mamat 17. Pn. Normala binti Mohamad 18. Pn. Julyana binti Yusuf 19. Pn. Hjh. Hafizah binti Abdullah

Nama Yang Tidak Hadir : 1. Pn. Adijah binti Mat Nawi 2. Pn. Pn. Fadhilah binti Shaharudin

Turut Hadir (Jika ada):

Urus Setia :

1.0PERUTUSAN PENGERUSI1.1. En. Razali mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatan kuasa kawad kaki sekolahatas kehadiran dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Kawad Kaki sekolahkali pertama sesi 2013.

Tindakan: Makluman

1.2. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat di buat awal pada tahun bagi memastikan murid yang mewakili unit masing masing adalah benar benar berkualiti dan perjalanan program yang dirancang dapat dijalankan dengan mudah.

Tindakan: Makluman

1.3. Beliau turut memaklumkan bahawa setiap latihan yang dibuat dari masa ke semasa mestilah dicatat dan disimpan di dalam buku laporan kehadiran dan disimpan di dalam fail. Tindakan: Jurulatih dan Pengurus Pasukan

1.4. Surat akan dikeluarkan kepada ibubapa/ penjaga murid yang dipilih untuk menyertai latihan dan pertandingan .

2.0 Tindakan: Pengurus Pasukan

1.5 Beliau juga memberitahu majlis bahawa, pihak unit masing masing boleh melantik mana mana jurulatih luar untuk mengajar pasukan tetapi menggunakan kewangan sendiri. Tindakan: Jurulatih dan Pengurus Pasukan

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. En. Rozaidi bin Ismail mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Norhaslinda binti Baharudin.

Tindakan: Makluman

3.0PERKARA BERBANGKIT:3.1. Tiada Perkara Berbangkit Tindakan: Makluman

4.0

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN UNIT

4.1. Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Uniform Peringkat Sekolah Tahun 2013 Tindakan:Makluman

4.2. Puan Suhaila membentangkan kertas kerja yang telah dibincangkan bersama Guru Besar dan GPK Kokurikulum, En. Razali Tarikh : 5 November 2013 Masa : 7.30 10.30 pagi Tempat : Dataran Ilmu , SK Seri Tasik. Tindakan: Makluman

4.4. Pembentangan tugasan Ahli Jawatan Kuasa Induk Kawad Kaki Antara Unit Uniform Peringkat Sekolah 2013.

Tindakan: Semua Penyelaras Unit Uniform dan Ketua AJK Kerja dan Pelaksana

4.5 Puan Suhaila memberitahu majlis bahawa pihak penganjur akan menjemput Pegawai polis ( berpengalaman ) untuk sama sama menjadi hakim kawad kaki. Tindakan: Makluman 4.6 Pihak pengajur memberitahu majlis, bahawa Johan Kawad Kaki Lelaki / Perempuan akan secara automatik mewakili sekolah ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Zon / Negeri. Tindakan : Pengurus Pasukan dan Jurulatih

4.7 Pihak penganjur tidak akan mengeluarkan sebarang peruntukan kewangan untuk pertandingan kali ini, sebaliknya akan menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari kepada semua AJK Kerja dan Pelaksana serta semua para peserta.

Tindakan : Pengurus Pasukan dan Jurulatih

4.8 Puan Suhaila mengedarkan jadual pelaksanaan Gerak Kerja dan Senarai Kerja kepada semua AJK Induk yang hadir pada mensyuarat kali ini.

Tindakan : Guru yang terlibat

5.0HAL-HAL LAIN

5.1. En. Razali meminta agar semua jurulatih dan pengurus pasukan akan berusaha bersungguh sungguh dalam melahirkan murid dengan pelbagai kebolehan . Tindakan: Makluman

5.2. En. Khairul Anuar bin Kamaruden mencadangkan agar pertandingan ini dimulakan tepat masanya agar para peserta kawad tidak menunggu lama sehingga cuaca betul betul panas. Tindakan: Guru yang terlibat

6.0PENUTUP6.1. En. Razali mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Kawad Kaki yang pertama. Beliau berharap segala masalah dapat diatasi dengan adanya kerjasama daripada semua guru berjumpa beliau sekiranya memerlukan bantuan.6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SUHAILA OMAR) (RAZALI B MUDA)Setiausaha, GPK KokurikulumMesyuarat Pertandingan Kawad Kaki SK Seri TasikSK seri Tasik, KL

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIKJalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri56000 Kuala LumpurTel: 03-91718584 Fax : 03-91731646

Rujukan Kami : SKST /06/10/002 / ( 1 )Tarikh : 15 Januari 2013

Kepada :Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Tasik,Bandar Sri Permaisuri,56000 KUALA LUMPUR

Tuan,

PERMOHONANAN MENGADAKAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI INTER UNIT UNIFORM KALI KE 6 PERINGKAT SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.2.Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum Sekolah akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Inter Unit Uniform pada hari dan tarikh seperti yang berikut:Tarikh : 5 November 2013 ( Sabtu )Tempoh : 8.00 10.00 pagiTempat : Dataran Sekolah, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur3.Untuk pengetahuan pihak tuan, program kali ini akan melibatkan seramai sebanyak 8 platun yang diwakili oleh Unit Uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah ( Lelaki / Perempuan ), Pengakap ( Lelaki / Perempuan, Persatuan Bulan Sabit Merah ( Lelaki / Perempuan ) Pandu Puteri Tunas ( Perempuan ) dan Puteri Islam ( Perempuan )4.Pihak kami telah merancang semua perjalanan dan berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan pertamdingan dan dana yang diperlukan bagi melancarkan pertandingan pada kali ini.5.Sehubungan itu, pasukan yang memenangi pertandingan pada kali ini ( Johan Lelaki dan Perempuan ) akan secara automatik mewakili sekolah keperingkat Zon / Negeri.6. Bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja Program untuk rujukan tuan.

7. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan untuk sama-sama menjayakan program kali ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARASaya yang menjalankan tugas, ..... ( RAZALI B MUDA )Naib Pengerusi Pertandingan Kawad Kaki Inter Unit Uniform 2013SK Seri Tasik, KL.

RUJUKAN KAMI : SKST /06/10/002 / ( 2 ) )Lampiran 1

TARIKH : 15 September 2013

Kepada : Ketua Polis ,Balai Polis Salak Selatan ,Kuala Lumpur, MALAYSIA( Inspektor Galvinder Singh )

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIKJalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri56000 Kuala LumpurTel: 03-91718584 Fax : 03-91731646

Tuan ,

PELANTIKAN SEBAGAI HAKIM KAWAD KAKI KE PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menghantar wakil bagi pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah bagi Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Rendah Peringkat Negeri pada :

Tarikh : 5 November 2013 (Sabtu)Tempat: Dataran Terbuka SK Seri TasikMasa : 8. 00 pagi hingga 10.00 pagi

3. Sehubungan itu, pihak pengajur dengan sukacitanya menjemput seramai 6 orang pegawai tuan, yang mahir dalam asas kawad kaki untuk bersama sama kami dalam menghakimi pertandingan kawad kaki kali ini.

4. Jemputan kali ini diadakan adalah untuk memastikan keputusan yang bakal diperolehi adalah sah dan tidak terdapat cacat cela.

5. Pihak tuan boleh menghubungi pihak kami jikat terdapat sebarang masalah atau pertanyaan di talian ,

En. Razali b Muda( Naib Pengerusi Pertandingan )013 227 6747Pn. Suhaila bt Omar ( penyeleras Pertandingan) 019 2230310Email : [email protected]

6. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak encik dalam sama sama menaikkan nama sekolah kali ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA1 MURID 1 SUKAN

Saya yang menurut perintah,

( HJ MISMAN B MOSTAM)Pengerusi Pertandingan / Guru Besar,SK Seri Tasik , Kuala Lumpur.

RUJ KAMI : SKST /06/10/002 ( 03 )

TARIKH : 23 MEI 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIKJalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri56000 Kuala Lumpur

Tel: 03-91718584 Fax : 03-91731646

Kepada :Ibu bapa / Penjaga Murid,Sekolah Kebangsaan Seri Tasik , Bandar Sri Permaisuri,56000 KUALA LUMPUR

Tuan / Puan,

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT ZON 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

7. Sukacitanya dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah terpilih untuk mewakili platun ( mengikut unit uniform masing masing ) dalam Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Uniform Peringkat Sekolah pada hari dan tarikh seperti yang berikut:

Tarikh:5 November 2013 ( Sabtu )Masa:7.30 10.30 pagi Tempat :Dataran Ilmu, SK Seri Tasik, KL3. Sehubungan itu, pihak kami mengharapkan agar pihak tuan/puan dapat memberi kebenaran kepada anak/anak jagaan tuan/puan untuk menjalani latihan sebelum hari pertandingan yang hanya berbekalkan beberapa minggu sahaja lagi sebelum tarikh pertandingan dan seterusnya memasuki pertandingan pada tarikh di atas.

4. Tujuan pertandingan sebegini di adakan adalah untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang sayangkan negara, bangsa dan agama serta dapat menerapkan sifat jati diri dan disiplin yang tinggi dalam menjalankan apa jua aktiviti dan sekali gus dapat mendidik anak-anak ini ke arah menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna dengan tidak membuang masa ke arah ketidakbaikan.

5.Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, platun (lelaki dan perempuan ) yang diiktiraf sebagai Johan secara automatik akan menwakili sekolah ke pertandingan yang seterusnya.

6. Pihak tuan dikehendaki menyediakan pakaian uniform lengkap bagi anak tuan / puan.

7. Pengurus pasukan akan menyenaraikan jadual latihan agar pihak tuan / puan dapat menguruskan masa anak tuan / puan

8.Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan / puan kerana telah memberi sokongan kepada kami dalam kita sama sama melahirkan bakat bakat muda dalam pelbagai lapangan.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

...........( RAZALI BIN MUDA )B/P Guru BesarSK Seri Tasik , Kuala Lumpur.

Senarai Tugas Jawatankuasa

1. Jawatankuasa Pendaftaran Melaksanakan pendaftaran peserta Menyemak kehadiran berdasarkan nama-nama peserta yang telah diberikan oleh setiausaha unit kokuikulum. Pn. Normala bt Mohamad Pn. Malini bt Yusof

2. Jawatankuasa Peralatan Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan. Menguruskan sewa khemah. Memastikan segala peralatan selamat digunakan. Memastikan setiap perlatan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan. En. Mohd Rasyidi Bin AbdullahEn. Nor Azman Bin AriffinEn. Muhammad Husni Bin MuhammadEn. Nor Azmi Bin Mohd MokhtarEn. Khairul Idzhar Bin Abdullah

3. Jawatankuasa Keselamatan , Disiplin Dan Kebersihan

Menyediakan peti kecemasan (ubat-ubatan dan peralatan kecemasan yang secukupnya). Memastikan keselamatan peserta sepanjang program. Mengawal disiplin pelajar. Segera membuat tindakan sekiranya berlaku kecemasan. Memastikan amalan kebersihan dilaksanakan sepanjang pertandingan

Pn. Sirohmaini @ SuhailaPn. Syarifah Syuhaini bt Syed Abu HassanEn. Kahirul Azman b YassinEn. Janothan a/l PonisamyEn. Muhamad Kassin b AbuEn. Ismail b ahmad

4. Jawatankuasa dokumentsi Mengambil foto aktiviti keseluruhan program (sebelum, semasa dan selepas) Membuat catatan berkaitan aktiviti yang dibuat. Bekerjasama dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan untuk dokumentasi. Mendokumentasikan program dan menyerahkan kepada unit kokurikulum sekolah.

Pn. Nur Azlina Bt Abu BakarPn. Harnani Bt Jaafar

5. Jawatankuasa Makanan/Minuman Merancang dan menentukan menu. Memastikan makanan yang disediakan mencukupi dan tahap kualiti makanan baik. Menyediakan sajian makanan mengikut masa yang telah ditetapkan dalam program agar tidak mengganggu kelancaran program. Merancang menu lain yang bersesuaian sekiranya ada murid vegetarian. Menentukan lokasi pengambilan makanan.

Pn. Salasiah Bt ZakariaPn. Norabian Bt YussofPn. Nuratikah bt JamaliPn. Tahana a/k SukuPn. Laili Bt salamEn. Kamarul B ArifEn. John Anthony

6. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata Mendapatkan hadiah daripada Pengurus Pertandingan dan menyemak bilangan hadiah serta memastikan ianya cukup dan betul Menyemak piala-piala dan pastikan piala tersebut dihantar semula ke tempat asalnya selepas pertandingan. Mendapatkan senarai nama pemenang daripada pencatat jika perlu Menyampaikan hadiah dengan betul mengikut pengumuman daripada juruacara Menyediakan segala kemudahan dan keperluan yang diperlukan untuk upacara penyampaian hadiah seperti meja hadiah dan lain-lain Menyelaras dengan JK Jemputan dan Sambutan untuk menyediakan senarai nama penyampai hadiah pada setiap hari pertandingan dan meyediakan senarai protocol penyampai hadiah Menyediakan cenderahati untuk tetamu khas

Pn. Norhasmiza Bt Mohd LazinPn. Faizah Bt Mohd SaadPn. Fadhilah Bt ShaharudinPn. Rhohenzee Bt long ChekPn. Wan Hardiana Ayuni Bt Nik Mansor

7.HAKIM KAWAD KAKI

Bertanggungjawab menentukan memberi markah mengikut boring Memastikan semua keputusan diperolehi dengan suasana tenang tanpa ada gangguan pihak luar. Membuat keputusan dengan tegas dan MUKTAMAD Mempunyai kuasa untuk membuat teguran kepada ibu bapa / guru yang mengganggu tugas dengan cara yang elok

En. Faizol b Ismail ( ketua Hakim )En. Ahmaed Ismael Fahim b Faizol ( Hakim Pakaian )Hakim Pertandingan En. Johan B Sallam ( TKRS )En. Mohd Rizal B Baharudin ( Pengakap )Pn. Juliyana bt Mohad Salleh ( Pandu Puteri Tunas )Pn. Norhaslinda Bt Baharudin ( PBSM )8. PENJAGA MASA

Memastikan semua penjaga masa mempunyai jam randik atau stop watch Memastikan stop watch berfungsi dengan baik sebelum acara bermula. Tahu menggunakan stop watch semasa pertandingan dijalankan. Menyatakan masa kepada pencatat mengikut peserta yang ditetapkan.

En. Norazmi b YaakobEn. Mohamad ali b Husam

9.DEEJAY/JURUACARA

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Mengendalikan majlis dengan tertib dan lancar Mengumumkan nama-nama peserta yang berjaya dengan nada suara yang sesuai Mengendalikan majlis dengan suara yang lantang dan menceriakan suasana En. Mohd Faiz b YusofPn. Norlin bt Samad

10.BUKU PROGRAM

Menyediakan buku program dengan sebaik mungkin dan siap sebelum tarikh pertandingan Menyediakan buku program khas dan serahkan kepada JK Sambutan / Protokol Mengedarkan buku program kepada pegawai / guru dan jemputan yang hadir. Menyediakan buku dummy sebelum dicetak Dapatkan kata-kata aluan untuk buku program Memasukkan senarai penghargaan Menyiapkan buku program tiga hari sebelum pertandingan Memastikan bilangan yang diperlukan untuk cetakan

Pn. Arfah bt AhmadPn. Norazura bt HassanPn. Jamilah bt NordainPn. Laila Bt Bali

11.PERBARISAN LINTAS HORMAT

Memastikan semua platun menyertai perbarisan lintas hormat, 3 orang pembawa bendera dan seorang ketua komandan Membuat latihan mengikut masa yang bersesuaian Menyeragamkan peserta agar menampakkan kemasan dan disiplin

En. Azizan B ZakariaPn. Haliamaton Bt Lazim

TENTATIF PROGRAM7.00 a.m:Pendaftaran Pasukan

7.15 a.m:Taklimat Hakim Dan Pengurus Pasukan

7.45 a.m:Pertandingan Dimulakan

A) Kategori Pasukan Perempuan NGO

B) Kategori Pasukan Perempuan Tunas KRS

9.00 a.mRehat

9.30 a.mPertandingan Disambung

:A) Kategori Pasukan Lelaki NGO

B) Kategori Pasukan Lelaki Tunas KRS

11.30 a.m :Semua Pasukan Berkumpul Di Dataran

11.45 a.m:Pasukan Kawalan Kehormat Mengambil Tempat

12.00 p.m:Ketibaan Guru Besar Sk Seri Tasik, Kl

En.

*Menerima Tabik Hormat

Ketibaan Penyelia Kokurikulum PPW Bangsar/Pudu

En.

*Menerima Tabik Hormat

Ketibaan Ketua Unit Kokurikulum JPWP Kuala Lumpur

En.

*Menerima Tabik Hormat

12.30 pm:Ketibaan Timbalan Timbalan Pengarah PPW

Ketibaan Pengarah Pelajaran JPWP Kuala Lumpur

Tn.

*Menerima Tabik Hormat Dan Pemeriksaan Kawalan Kehormat

12.45 pm:Bacaan Doa

12.50 pm:Ucapan Pengerusi Pertandingan

1.15 pm:Ucapan Pengarah JPWP Kuala Lumpur

1.45 pm:Penyampaian Hadiah

2.15 pm:Bersurai