kertas kerja pertandingan tradisional (repaired)

Upload: zakiah-zahrin

Post on 30-Oct-2015

613 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pjm

TRANSCRIPT

KERTAS KERJAPERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONALINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,14000 PULAU PINANG

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL TUJU SELIPAR

TARIKH13 MAC 2013 (AHAD)

TEMPAT

GELANGGANG SEPAK TAKRAW

ANJURAN

5 PISMP PSV/ PJ/ PM

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONALINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

1.0 Pendahuluan Permainan tradisional adalah sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Setiap kaum mempunyai permainan tradisional masing-masing dan permainan ini semakin dilupai seiring dengan dunia yang semakin maju dan serba moden ini. Ada di antara permianan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi ianya diketahui oleh ibu bapa dan nenek moyang kita sahaja.Oleh sebab itu, kami menganjurkan permainan tradisional ini untuk mengenali dan menyemai semangat bermain permainan tradisional dengan lebih dekat lagi kepada ahli masyarakat. Pada masa yang sama, permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara semua kaum seperti mana yang terdapat dalam gagasan 1Malaysia.Kami berharap anjuran pertandingan permainan tradisional ini dapat memberi dedahan dan pengalaman kepada kami untuk menjadi bakal tenaga pengajar yang lebih berkaliber, sistematik, dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Pada masa yang sama, kami juga berharap pertandingan ini mampu menjalinkan perhubungan yang erat antara kami semua.

2.0 TajukPermainan Tradisional: Tuju Selipar

3.0 MatlamatMatlamat penganjuran pertandingan ini diadakan untuk memberi dedahan dalam cara mengelola sesuatu pertandingan dan pada masa yang sama memperoleh pengalaman baru dalam menguruskan sesuatu pertandingan agar dpat diaplikasikan dan dijadikan panduan kepada bakal pendidik di sekolah kelak. Diharapkan supaya permainan tradisional ini dapat dihidupkan kembali di sekolah pada masa hadapan.

4.0 Objektif4.1 Memartabatkan dan menghidupkan semula sukan tradisional warisan negara.4.2 Memupuk perpaduan pelbagai kaum dan etnik dalam kalangan guru pelatih.4.3 Mengeratkan dan mengukuhkan hubungan baik, perpaduan, kerjasama, dan semangat persaingan sihat dalam kalangan guru pelatih dan pensyarah IPG.4.4 Memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong dalam kalangan guru pelatih.

5.0 Butiran program5.1 Tarikh : 13 Mac 20135.2 Tempat : Gelanggang Sepak Takraw5.3 Masa: 8.30 pagi

6.0 PesertaPeserta terdiri daripada guru pelatih 5 PISMP ambilan Januari 2013. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 peserta.

7.0 Jawatankuasa pertandingan permainan tradisionalRujuk lampiran 2

8.0 Tentatif programMASATEMPATAKTIVITI

8.30 pagiGelanggang Sepak TakrawPendaftaran peserta

8.45 pagiGelanggang Sepak TakrawKetibaan tetamu jemputan

8.50 pagiGelanggang Sepak TakrawUpacara perasmian

9.00 pagiGelanggang Sepak TakrawPermainan bermula

10.00 pagiGelanggang Sepak TakrawBerehat

10.30 pagiGelanggang Sepak TakrawPenyampaian hadiah

11.00 pagiGelanggang Sepak TakrawBersurai

9.0 Senarai semak 9.1 Senarai semak sebelum permainan9.1.1 Tempat pelaksanaan permainan tidak digunakan oleh pihak lain sebelum aktiviti permainan dijalankan.9.1.2 Tempat permainan adalah bersih dan selamat digunakan.9.1.3 Semua peserta permainan berada di gimnasium lebih awal dan berpakaian sukan dengan kemas9.1.4 Sebelum aktiviti permainan dimulakan, peserta melakukan aktiviti permainan memanaskan badan.9.2 Senarai semak semasa permainan9.2.1 Semua peserta permainan haruslah memahami peraturan permainan.9.2.2 Peserta permainan berada dalam kedudukan masing-masing dan dan sedia menerima arahan permainan.9.2.3 Pencatat masa sentiasa peka dengan markah dan masa permainan.9.3 Senarai semak selepas permainan9.3.1 Semua peralatan dikumpulkan di satu tempat.9.3.2 Peserta permainan dikumpulkan di tengah kawasan mengikut kumpulan supaya keputusan senang disampaikan.9.3.3 Pastikan tiada ahli kumpulan yang cedera semasa aktiviti dijalankan.

10.0 Panduan pelaksanaan10.1 Pelan kedudukan pelaksanaan permainanRujuk lampiran 310.2 Cara bermain10.2.1 Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 6 peserta.10.2.2 Sebelum permainan dimulakan, undian akan dibuat dengan menggunakan lambungan duit syiling.10.2.3 Kumpulan yang menang undian akan berada di dalam gelanggang untuk membuat balingan. 10.2.4 Kumpulan yang kalah akan berada di luar gelanggang sebagai pemerhati dan bersedia di posisi masing-masing. Salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut pula akan berada di dalam gelanggang untuk menyambut bola yang dibaling oleh kumpulan yang memulakan permainan.10.2.5 Kumpulan yang memulakan permainan dikehendaki menjatuhkan tiga selipar yang telah disusun menggunakan sebiji bola getah. 10.2.6 Setiap peserta diberikan dua peluang untuk menjatuhkan susunan selipar tersebut. Jika susunan selipar tersebut jatuh, pemerhati akan menyerang kumpulan yang menjatuhkan susunan kasut tersebut dan menghalang mereka daripada menyusun kembali kasut tersebut. 10.2.7 Kumpulan yang menjatuhkan susunan selipar dikehendaki menyusun semula selipar tersebut. Jika kesemua ahli kumpulan tersebut dimatikan sebelum kasut disusun atau masa telah tamat kumpulan pemerhati akan mendapat mata dan berpeluang untuk berada di dalam gelanggang pula.10.3 Peraturan permainan10.3.1 Masa yang diperuntukkan untuk menjatuhkan susunan selipar adalah selama 3 minit.10.3.2 Masa yang diperuntukkan untuk menamatkan permainan adalah 5 minit.10.3.3 Balingan bola ke arah ahli kumpulan hendaklah tidak melebihi paras pinggang.10.3.4 Jika balingan melebihi paras pinggang, pemain di dalam gelanggang tidak perlu keluar daripada gelanggang.

10.4 Penentuan markah dan pemenang10.4.1 Susunan selipar perlu dibina untuk mendapatkan 1 mata10.4.2 pemenang dipilih berdasarkan mata yang banyak dikumpul.10.4.3 Keputusan pengadil adalah muktamad.10.5 Borang pemarkahanRujuk Lampiran 3

11.0 Senarai peralatan11.1 Kon11.2 Gelung11.3 Selipar11.4 Bola getah

12.0 BelanjawanButiranAnggaran Kos

Minuman

RM 1.50 / Seorang Peserta Bilangan Peserta 60 orang = RM 1.50 x 60 = RM 90.00 RM 1.50 / Seorang Peserta Bilangan Peserta 40 orang = RM 1.50 x 40 = RM 60.00 RM1.50 / Seorang Penganjur Bilangan penganjur 41 orang = RM 1.50 x 41 = RM 61.50 Jumlah = RM 211.50

HadiahRM50

JUMLAHRM261.50

13.0 PenutupKesimpulannya, diharapkan agar penganjuran pertandingan permainan tradisional 2013 akan mmendapat penyertaan yang menyeluruh daripada pelatih dalam mengangkat martabat khazanah warisan kesenian negara di samping penerapan nilai-nilai murni kepada para peserta. Semoga penganjuran kejohanan kali ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi acara tahunan yang termaktub dalam kalendar pengajian peringkat institut.Lampiran 1JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONALJAWATANKUASA PELAKSANA

PengerusiNurul Nazirah Bt. Zulkarnain

Naib PengerusiZakiah Bt. A. Zahrin

SetiausahaNur Hazwani Bt Abd Rahman

BendahariSiti Norlida Bt Yazid

JAWATANKUASA

KeselamatanNurul Izzati bt Mohamad Kamal

PeralatanMohd Najmi b A Rashid

Tempat Nurnajwa Arifah bt Yusof

HadiahNor fatin bt Jamaludin

Pertandingan / pengadilNurulazwa bt Mohd Nordin

Siaraya Mohd Shahir b Yusof Dajivi

Lampiran 2PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN

6.1m

1m13.4m0.5mm3 m

Lampiran 3 PESERTA

KELASABMARKAHKESELURUHANKEDUDUKAN

KUMPULAN A

KUMPULAN B

REFLEKSINAMA: ZAKIAH BINTI A. ZAHRINNO K/P: 900409-07-5336Kekuatan Kebaikan yang saya lihat ialah kami semua dapat bekerjasama untuk menjayakan karnival permainan ini. Kami semua sanggup bersengkang mata untuk menghias kawasan permainan dan membuat persediaan sebelum hari karnival dilangsungkan. Karnival permainan ini bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 7.30 pagi. Peserta terdiri daripada pelajar PISMP semester 5 Saya berasa kagum dan memuji mereka kerana hampir kesemuanya datang awal dan tepat masanya untuk pendaftaran. Inilah bakal guru yang diharapkan pada masa akan datang. Seterusnya majlis dimulakan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Gimik perasmian dilakukan selepas ucapan perasmian oleh Tuan Haji Daud bin Md Saman. Seterusnya kami memulakan acara permainan tradisonal dengan sesi taklimat ringkas. Permainan bermula dengan begitu meriah dan para peserta amat gembira bermain permainan ini. Ada yang sudah pakar dan ada yang tidak pernah bermain selama ini. Namun, itu bukan menjadi ukuran tetapi sikap kerjasama dan toleransi yang amat dititikberatkan. Saya amat berbangga kerana mereka yang pakar dalam permainan ini membantu dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan. Hal ini dapat mengikis sikap mementingkan diri dan membantu menaikkkan jati diri masing-masing. Acara kemuncak yang di tunggu-tunggu dapat dijalankan dengan meriah. Mereka semua dapat menimba pengalaman dalam permainan tradisional kerana sudah pasti ramai yang tidak berpeluang bermain sebelum ini. Ini menjadi kesempatan yang baik buat mereka. Saya dapat lihat riak wajah gembira mereka walaupun mereka tampak keletihan. Bukan itu sahaja, cuaca yang panas tidak melentur semangat mereka. Keadaan ini amat baik kerana memberi pendedahan kepada mereka untuk menempuh suka duka sebagai seorang guru. Perkara yang amat penting ialah kami dapat mengeratkan ikatan persaudaraan di antara kami walaupun sebelum ini tidah pernah bertegur sapa. Karnival ini dapat merapatkan jurang antara kami dan sudah pasti ikatan ini berkekalan. KelemahanDalam permainan tradisional tuju kasut ini, terdapat beberapa kelemahan yang telah dapat kami kenalpasti sepanjang melaksanakan tugasan ini. Pertamanya, sebelum melaksanakan kertas kerja ini, kami terpaksa merombak semula permainan yang telah kami pilih sebelum ini iaitu sorong kereta. Disebabkan terdapat beberapa percanggahan bahawa permainan sorong kereta ini tidak termasuk dalam kategori permainan tradisional, jadi, kami telah memilih permainan tuju kasut. Kami juga menghadapi masalah semasa menyediakan kertas kerja ini terutamanya pada bahagian cara bermain. Hal ini kerana terdapat beberapa versi bagaimana permainan ini dimainkan. Disebabkan permainan tuju kasut ini tidak mempunyai rekodnya dan cara bermain yang berlainan, kami telah bersepakat menetapkan cara bermain yang sesuai bagi memudahkan para peserta. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kertas kerja ini juga amatlah singkat disebabkan kami juga dikehendaki mengendalikan lawatan luar. Selain itu, kekurangan membuat mesyuarat sesama ahli kumpulan juga menyebabkan permainan tradisional ini kurang berjalan dengan lancar.Semasa permainan tuju kasut ini dilaksanakan, kami menghadapi beberapa masalah. Antaranya, masalah kasut. Kami dapati kasut yang telah dicari tidak sesuai untuk disusun. Hal ini kerana, terdapat pelbagai saiz dan bentuk kasut yang telah dicari tidak dapat disusun bersama-sama. Selain itu, kami juga dapati tidak dapat mengenalpasti kumpulan yang memulakan permainan dahulu atau pun kumpulan yang menjadi pemerhati. Hal ini kerana kami tidak menyediakan penanda bagi membezakan kedua-dua kumpulan. Di samping itu juga, kami menghadapi masalah ruang. Ruang yang dibekalkan amatlah kecil di tambah pula dengan peserta yang ramai. Arahan yang kurang jelas disebabkan suara yang perlahan menyebabkan para peserta tidak berapa jelas dengan arahan dan peraturan yang dinyatakan.Selepas permainan ini tamat, kelemahan yang dapat dikenalpasti tidaklah begitu ketara berbanding dengan semasa permainan. Namun begitu, antara kelemahan yang telah dikenalpasti adalah tidak dapat membuat post-mortem sejurus selepas permainan tradisional ini tamat. Hal ini kerana masing-masing sibuk untuk mengemaskan tempat permainan dan lambat untuk bertindak.Cadangan penambahbaikanKami dapati kelemahan-kelemahan yang terdapat semasa perancangan, pelaksanaan dan selepas pelaksanaan Permainan Tradisional perlu penambahbaikan yang sepatutnya agar kelemahan sepanjang pelaksanaan permainan tradisional tersebut dapat memberi pengajaran kepada kami semua dalam merancang, melaksana dan mengelola sesuatu program seperti karnival ini.Tarikh yang dirancang untuk melaksanakan permainan tradisional tersebut perlu ditetapkan terlebih awal bagi memastikan masa mencukupi untuk bersedia lebih awal kerana setiap perancangan yang telah dibuat memerlukan masa yang lama supaya persediaan dan pelaksanaan sesuatu program seperti karnival permainan ini dapat dijalankan dengan lancar dan tidak kelam kabut. Ahli jawatankuasa perlu mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan atau mesyuarat bagi memastikan perjalanan program yang dirancangkan berjalan dengan baik. Selain itu, sebarang permasalahan yang timbul sewaktu perancangan dapat diselesaikan bersama. Selain itu, guru-guru pelatih haruslah jelas dengan jenis permainan tradisional dengan berbincang dan berkolaborasi dengan pensyarah agar tidak keliru. Contohnya, kumpulan kami telah memilih sorong kereta sebelum menukar kepada permainan tuju kasut. Hal ini telah menyebabkan kami menjadi keliru untuk memilih semula permainan tradisional yang lain.Di samping itu, mesyuarat yang kerap dan komunikasi yang berkesan perlu diterapkan semasa proses permainan tradisional dijalankan. Keputusan untuk memilih permainan yang sesuai yang agak lewat perlu dielakkan untuk program yang seterusnya. sepatutnya kami merancang dan memilih permainan yang difikirkan sesuai untuk dipertandingkan lebih awal agar tidak menganggu proses-proses lain seperti penyediaan kertas kerja dan juga barang-barang yang diperlukan untuk permainan tersebut perlu disediakan lebih awal. Pembahagian tugas dan penerangan tentang tugs-tugas yang sepatutnya dilakukan sebelum hari karnival perlu dilakukan lebih awal agar ahli jawaankuasa yang terlibat dengan tugas-tugas tersebut bersedia dan jelas tentang bidang tugas asing-masing. Jadi masalah seperti kekeliruan tentang bidang tugas dapat dielakkan sama sekali.Semasa permainan tradisional ini berlangsung, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk program yang akan datang. Antaranya ahli jawatankuasa perlu lebih peka dan menyediakan kelengkapan yang sepatutnya sebelum bermulanya permainan tradisional ini. Contohnya, kasut. Kami perlu mencari dan mengenalpasti dahulu kasut yang sesuai dengan saiz dan bentuk supaya peserta dapat menyusun kasut tersebut. Selain itu, ahli jawatankuasa juga perlu menyediakan bip atau penanda supaya tidak keliru di antara kumpulan pemerhati dengan kumpulan yang memulakan permainan. Arahan yang diberikan perlulah jelas. Hal ini kerana kebanyakan guru pelatih yang tidak mendengar arahan dengan jelas dan hanya bersembang sesama mereka. Jadi, penggunaan mikrofon atau pun pembesar suara perlulah digunakan untuk mengelakkan masalah seperti ini. Selain itu, ahli jawatankuasa juga haruslah peka dengan tempat permainan. Hal ini kerana ruang yang diberikan amatlah kecil dan sukar untuk peserta bergerak. Oleh itu, ahli jawatankuasa tempat haruslah memainkan peranan dengan memilih tempat yang sesuai dan mengukur dahulu tempat permainan.Setelah tamat sesi penutup, satu lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah refleksi atau sesi 'post-mortem' perlu dilaksanakan. Hal tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih membuat refleksi dan berbincang dengan pensyarah pembimbing tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam menjalankan karnival tersebut.

REFLEKSINAMA: ZAKIAH BINTI A. ZAHRINNO K/P: 900409-07-5336Kekuatan Kebaikan yang saya lihat ialah kami semua dapat bekerjasama untuk menjayakan karnival permainan ini. Kami semua sanggup bersengkang mata untuk menghias kawasan permainan dan membuat persediaan sebelum hari karnival dilangsungkan. Karnival permainan ini bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 7.30 pagi. Peserta terdiri daripada pelajar PISMP semester 5 Saya berasa kagum dan memuji mereka kerana hampir kesemuanya datang awal dan tepat masanya untuk pendaftaran. Inilah bakal guru yang diharapkan pada masa akan datang. Seterusnya majlis dimulakan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Gimik perasmian dilakukan selepas ucapan perasmian oleh Tuan Haji Daud bin Md Saman. Seterusnya kami memulakan acara permainan tradisonal dengan sesi taklimat ringkas. Permainan bermula dengan begitu meriah dan para peserta amat gembira bermain permainan ini. Ada yang sudah pakar dan ada yang tidak pernah bermain selama ini. Namun, itu bukan menjadi ukuran tetapi sikap kerjasama dan toleransi yang amat dititikberatkan. Saya amat berbangga kerana mereka yang pakar dalam permainan ini membantu dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan. Hal ini dapat mengikis sikap mementingkan diri dan membantu menaikkkan jati diri masing-masing. Acara kemuncak yang di tunggu-tunggu dapat dijalankan dengan meriah. Mereka semua dapat menimba pengalaman dalam permainan tradisional kerana sudah pasti ramai yang tidak berpeluang bermain sebelum ini. Ini menjadi kesempatan yang baik buat mereka. Saya dapat lihat riak wajah gembira mereka walaupun mereka tampak keletihan. Bukan itu sahaja, cuaca yang panas tidak melentur semangat mereka. Keadaan ini amat baik kerana memberi pendedahan kepada mereka untuk menempuh suka duka sebagai seorang guru. Perkara yang amat penting ialah kami dapat mengeratkan ikatan persaudaraan di antara kami walaupun sebelum ini tidah pernah bertegur sapa. Karnival ini dapat merapatkan jurang antara kami dan sudah pasti ikatan ini berkekalan. KelemahanDalam permainan tradisional lari dalam guni ini, terdapat beberapa kelemahan yang telah dapat kami kenalpasti sepanjang melaksanakan tugasan ini. Pertamanya, sebelum melaksanakan kertas kerja ini, kami terpaksa merombak semula permainan yang telah kami pilih sebelum ini. Disebabkan terdapat beberapa percanggahan, jadi, kami telah memilih permainan lari dalam guni. Kami juga menghadapi masalah semasa menyediakan kertas kerja ini terutamanya pada bahagian cara bermain. Hal ini kerana terdapat beberapa versi bagaimana permainan ini dimainkan. Disebabkan permainan lari dalam guni ini tidak mempunyai rekodnya dan cara bermain yang berlainan, kami telah bersepakat menetapkan cara bermain yang sesuai bagi memudahkan para peserta. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kertas kerja ini juga amatlah singkat disebabkan kami juga dikehendaki mengendalikan lawatan luar. Selain itu, kekurangan membuat mesyuarat sesama ahli kumpulan juga menyebabkan permainan tradisional ini kurang berjalan dengan lancar.Semasa permainan lari dalam guni ini dilaksanakan, kami menghadapi beberapa masalah. Antaranya, masalah guni. Kami dapati sukar mencari guni yang telah dicari tidak sesuai. Selain itu, kami juga dapati tidak dapat mengenalpasti kumpulan yang memulakan permainan dahulu atau pun kumpulan yang menjadi pemerhati. Hal ini kerana kami tidak menyediakan penanda bagi membezakan kedua-dua kumpulan. Di samping itu juga, kami menghadapi masalah ruang. Ruang yang dibekalkan amatlah kecil di tambah pula dengan peserta yang ramai. Arahan yang kurang jelas disebabkan suara yang perlahan menyebabkan para peserta tidak berapa jelas dengan arahan dan peraturan yang dinyatakan.Selepas permainan ini tamat, kelemahan yang dapat dikenalpasti tidaklah begitu ketara berbanding dengan semasa permainan. Namun begitu, antara kelemahan yang telah dikenalpasti adalah tidak dapat membuat post-mortem sejurus selepas permainan tradisional ini tamat. Hal ini kerana masing-masing sibuk untuk mengemaskan tempat permainan dan lambat untuk bertindak.Cadangan penambahbaikanKami dapati kelemahan-kelemahan yang terdapat semasa perancangan, pelaksanaan dan selepas pelaksanaan Permainan Tradisional perlu penambahbaikan yang sepatutnya agar kelemahan sepanjang pelaksanaan permainan tradisional tersebut dapat memberi pengajaran kepada kami semua dalam merancang, melaksana dan mengelola sesuatu program seperti karnival ini.Tarikh yang dirancang untuk melaksanakan permainan tradisional tersebut perlu ditetapkan terlebih awal bagi memastikan masa mencukupi untuk bersedia lebih awal kerana setiap perancangan yang telah dibuat memerlukan masa yang lama supaya persediaan dan pelaksanaan sesuatu program seperti karnival permainan ini dapat dijalankan dengan lancar dan tidak kelam kabut. Ahli jawatankuasa perlu mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan atau mesyuarat bagi memastikan perjalanan program yang dirancangkan berjalan dengan baik. Selain itu, sebarang permasalahan yang timbul sewaktu perancangan dapat diselesaikan bersama. Selain itu, guru-guru pelatih haruslah jelas dengan jenis permainan tradisional dengan berbincang dan berkolaborasi dengan pensyarah agar tidak keliru. Contohnya, kumpulan kami telah memilih sorong kereta sebelum menukar kepada permainan tuju kasut. Hal ini telah menyebabkan kami menjadi keliru untuk memilih semula permainan tradisional yang lain.Di samping itu, mesyuarat yang kerap dan komunikasi yang berkesan perlu diterapkan semasa proses permainan tradisional dijalankan. Keputusan untuk memilih permainan yang sesuai yang agak lewat perlu dielakkan untuk program yang seterusnya. sepatutnya kami merancang dan memilih permainan yang difikirkan sesuai untuk dipertandingkan lebih awal agar tidak menganggu proses-proses lain seperti penyediaan kertas kerja dan juga barang-barang yang diperlukan untuk permainan tersebut perlu disediakan lebih awal. Pembahagian tugas dan penerangan tentang tugs-tugas yang sepatutnya dilakukan sebelum hari karnival perlu dilakukan lebih awal agar ahli jawaankuasa yang terlibat dengan tugas-tugas tersebut bersedia dan jelas tentang bidang tugas asing-masing. Jadi masalah seperti kekeliruan tentang bidang tugas dapat dielakkan sama sekali.Semasa permainan tradisional ini berlangsung, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk program yang akan datang. Antaranya ahli jawatankuasa perlu lebih peka dan menyediakan kelengkapan yang sepatutnya sebelum bermulanya permainan tradisional ini. Contohnya, kasut. Kami perlu mencari dan mengenalpasti dahulu kasut yang sesuai dengan saiz dan bentuk supaya peserta dapat menyusun kasut tersebut. Selain itu, ahli jawatankuasa juga perlu menyediakan bip atau penanda supaya tidak keliru di antara kumpulan pemerhati dengan kumpulan yang memulakan permainan. Arahan yang diberikan perlulah jelas. Hal ini kerana kebanyakan guru pelatih yang tidak mendengar arahan dengan jelas dan hanya bersembang sesama mereka. Jadi, penggunaan mikrofon atau pun pembesar suara perlulah digunakan untuk mengelakkan masalah seperti ini. Selain itu, ahli jawatankuasa juga haruslah peka dengan tempat permainan. Hal ini kerana ruang yang diberikan amatlah kecil dan sukar untuk peserta bergerak. Oleh itu, ahli jawatankuasa tempat haruslah memainkan peranan dengan memilih tempat yang sesuai dan mengukur dahulu tempat permainan.Setelah tamat sesi penutup, satu lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah refleksi atau sesi 'post-mortem' perlu dilaksanakan. Hal tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih membuat refleksi dan berbincang dengan pensyarah pembimbing tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam menjalankan karnival tersebut.

LAPORAN BENDAHARIPada 20 Mac 2013 bersamaan dengan hari Rabu, 5 PISMP Ambilan Januari 2011 telah menganjurkan Karnival Permainan Tradisional untuk mengenalpasti pengurusan pertandingan permainan tradisional di samping memenuhi tugasan bagi subjek Pendidikan Jasmani ( PJM 3112 ). Karnival yang melibatkan semua pelajar semester lima ini telah diadakan di padang bersebelahan Dewan Kafeteria dan Dewan Hajah Rohani. Pertandingan ini telah dijalankan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 3 petang. Sebagai langkah pertama, saya sebagai bendahari telah mengutip setiap seorang peserta sebanyak RM1.50 bagi keseluruhan peserta. Saya mengambil tindakan tangkas dengan mengerahkan kesemua peserta untuk menyerahkan wang tersebut. Selain itu, saya juga telah memastikan setiap ajk yang terlibat untuk menyenaraikan keperluan yang diperlukan dan duit perbelanjaan yang diperlukan. Di bawah ialah senarai belanjawan :ButiranAnggaran Kos

Minuman

RM 1.50 / Seorang Peserta Bilangan Peserta 60 orang = RM 1.50 x 60 = RM 90.00 RM 1.50 / Seorang Peserta Bilangan Peserta 40 orang = RM 1.50 x 40 = RM 60.00 RM1.50 / Seorang Penganjur Bilangan penganjur 41 orang = RM 1.50 x 41 = RM 61.50 Jumlah = RM 211.50

HadiahRM50

JUMLAHRM261.50

Disediakan oleh,..................................................(SITI NORLIDA BINTI YAZID)