kertas kerja pertandingan futsal

14
___________________________________________________________________ _____ CADANGAN KERTAS KERJA KEJOHANAN TERBUKA FUTSAL 2013 ANJURAN KELAB BELL BELIA TAMIL TAMAN SEJATI, LABIS TARIKH : 21 APRIL 2013 MASA : 7:30 PAGI – 6:00 PETANG TEMPAT : DEWAN FUTSAL, KAMPUNG PAYA MERAH KELAB BELL BELIA TAMIL LABIS No 5, Jalan Pasar Lama 85300 Labis Tel : 019-7375027 Johor Darul Takzim Faks : 07- 9251878

Upload: murely-ponnusamy

Post on 08-Aug-2015

5.799 views

Category:

Documents


56 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Futsal

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

________________________________________________________________________

CADANGANKERTAS KERJA

KEJOHANAN TERBUKA FUTSAL2013

ANJURAN

KELAB BELL BELIA TAMIL TAMAN SEJATI, LABIS

TARIKH : 21 APRIL 2013

MASA : 7:30 PAGI – 6:00 PETANG

TEMPAT : DEWAN FUTSAL, KAMPUNG PAYA MERAH

KELAB BELL BELIA TAMIL LABISNo 5, Jalan Pasar Lama85300 Labis Tel : 019-7375027

Johor Darul Takzim Faks : 07-9251878 Facebook :

Page 2: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

1.0PENGENALAN

Kelab Bell Belia Tamil Taman Sejati, Labis ingin mengadakan satu program yang

berasaskan sukan yang dikenali sebagai “Kejohanan Terbuka Futsal”. Kejohanan ini

mensasarkan belia di kawasan Parlimen Labis dalam mengambil bahagian dalam

acara yang dipertandingkan.

Di samping itu, tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil

bakat-bakat sukan dari warga belia Labis disamping mengeratkan lagi hubungan

silatulrahim antara belia Labis.

Selain itu, kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk nilai-nilai mencintai

dunia sukan futsal agar sukan ini mampu menaikkan nama belia Labis apabila ingin

menyertai kejohanan di luar.

2.0MATLAMAT

Melahirkan belia Labis yang aktif dalam aktiviti sukan dan memupuk sifat kepimpinan

berpasukan di samping tidak mengabaikan pelajaran dan akademik.

3.0OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

3.1 Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara belia Labis.

3.2Melahirkan belia Labis yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan futsal.

3.3 Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri.

3.4 Mencungkil bakat-bakat baru belia Labis.

4.0KUMPULAN SASARAN

Belia lelaki di Labis yang berumur antara 15 – 40 tahun.

Page 3: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

5.0 JAWATANKUASA KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA

Penasihat : Rajajothi A/L KarupiahK. SubramaniamNalany A/P Poopalan

Pengerusi : Menonvinod A/L Pukazhenthi @ Joe

Penolong Pengerusi : Dhinesh A/L RM Murali

Setiausaha : Amaran A/L Ramakrishnan

Penolong Setiausaha : Murely A/L Ponnusamy

Bendahari : Stephen a/L Nganapragasam

AJK :1) Disiplin : Vellayutham A/L Munusamy

Thanalecumy A/P Pukazhenthi @Joe

2) Makan/Minum : Nagarajan A/L Maniam

3) Publisiti : Kanarajah A/L Raja

4) Cenderahatidan Hadiah : Arun A/L Raja

Sheila A/P Ganesan

5) Siaraya( PA Sistem): Nithianathan A/L Mumurthi

6) Pendaftaran : Sivaguru A/L Krishnan

7) Dokumentasi : Karthik A/L Krishnan

8) AJK Peralatan : Vickneswaran A/L ManogaranKumanan A/L Vadivellu

Page 4: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

6.0 CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti yang akan dijalankan dalam kejohanan ini adalah;

Kojohanan Futsal terbuka

Terhad kepada 20 pasukan.

1 pasukan = 8 orang pemain dan 1 orang pengurus.

Terbuka kepada belia Labis.

Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM 70.00 setiap pasukan.

Tempat : Gelanggang Futsal Kampung Paya Merah

Diadakan selama 1 hari.

Hadiah : Pertama : Wang tunai RM500 + Sijil

Kedua : Wang tunai RM400 + Sijil.

Ketiga : Wang tunai RM300 + Sijil.

Keempat : Wang tunai RM200 + Sijil

7.0SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua belia Labis.

Pertandingan akan dijalankan secara “5-sepasukan” dengan 3 orang pemain simpanan. (8 orang pemain dalam satu pasukan samada termasuk atau tidak termasuk Pengurus dan Pegawai/Jurulatih Pasukan).

Kategori : Belia lelaki (15 – 40 tahun)

o Jumlah penyertaan pasukan hanya dihadkan kepada 20 pasukan.

o Jika sesebuah pasukan didapati menggunakan pemain yang bukan di kalangan belia Labis, penyertaan pasukan tersebut di dalam kejohanan ini akan dibatalkan dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.

o Pemain yang telah berdaftar di dalam sesebuah pasukan, tidak dibenarkan menyertai pasukan lain di dalam kejohanan ini. Ataupun dalam ertikata lain, seorang pemain hanya layak menyertai sebuah pasukan sahaja di dalam kejohanan ini.

o Jika didapati seorang pemain menyertai dua atau lebih pasukan bagi kejohanan ini, kesemua pasukan yang disertai oleh pemain tersebut akan dibatalkan penyertaannya di dalam kejohanan ini dan yuran penyertaan bagi kesemua pasukan yang disertai oleh pemain tersebut tidak akan dikembalikan.

o Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 70.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Puluh Sahaja) bagi setiap pasukan.

Page 5: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

o Semua pemain diwajibkan untuk memakai jersi, kasut dan peralatan sukan yang bersesuaian bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Adalah diingatkan bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kecederaan kepada pemain.

8.0 FORMAT PERTANDINGAN

Tempoh masa permainan adalah selama 14 minit dengan 7 minit bagi setiap separuh masa tanpa waktu rehat.

Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

2 pasukan pemenang di separuh akhir akan bertemu di perlawanan akhir. Manakala 2 pasukan yg kalah pada peringkat separuh akhir, akan beraksi bagi penentuan tempat ke -3 dan ke-4.

Jika jaringan seri sehingga tamat masa permainan, Penentuan dengan Sepakan Penalti sebanyak 3 sepakan penalti + 1 satu sepakan Sudden Death akan dijalankan.

Peraturan permainan 'out ball' serta 'corner kick' diguna pakai.

2 orang pengadil akan mengadili setiap 1 perlawanan secara serentak.

9.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN

Hanya 5 pemain dibenarkan beraksi pada satu-satu masa termasuk penjaga gol.

Pemain gantian boleh dimasukkan berulang-ulang kali sepanjang masa permainan kecuali mereka yang telah dikenakan kad merah.

Tiada peraturan ’offside’ di dalam permainan futsal.

Tendangan penalti akan diberikan kepada pasukan lawan jika ‘foul play’ dilakukan di kawasan D sendiri.

’Back-pass’ ke penjaga gol adalah tidak dibenarkan kecuali telah melepasi garisan tengah atau disentuh oleh pihak lawan.

Tiada 'sliding tackle',' hard tackle', 'tackle from behind', ’body holding’ dan 'body contact' dibenarkan di dalam permainan futsal.

Jaringan gol adalah dikira di mana-mana kawasan ’pitch’ (walaupun jaringan dilakukan dari kawasan sendiri).

Page 6: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola di luar kawasan D sendiri.

Jika seseorang pemain dilayangkan kad kuning ke-2 pada satu-satu perlawanan atau 'straight red', pemain tersebut akan digantung 2 perlawanan. Manakala pemain yang menerima 2 kad kuning dalan perlawanan yang berasingan akan digantung 1 perlawanan.

Jaringan secara balingan terus oleh penjaga gol adalah tidak dikira kecuali terdapat sentuhan dari mana-mana pemain sebelum bola masuk ke gawang gol.

Penjaga gol mesti melepaskan bola dari genggaman dalam masa 4 saat.

Sepakan percuma, sepakan ke dalam setelah bola keluar dan sepakan penjuru harus diambil dalam masa 4 saat.

Kedua-dua kaki harus berada di luar garisan sewaktu tendangan ke dalam diambil.

Sepakan terus dari permulaan perlawanan tanpa disentuh dan terus masuk ke gawang gol adalah dikira GOL.

Semua tendangan percuma adalah secara langsung (direct free kick).

Pihak lawan perlu berada 4 ela dari kedudukan tendangan percuma, tendadangan penjuru dan tendangan ke dalam.

Sebarang pergaduhan adalah tidak dibenarkan dan penyertaan pasukan tersebut boleh dibatalkan atas budi bicara pihak penganjur manakala yuran penyertaan pula tidak akan dikembalikan.

Keputusan pengadil adalah sah dan muktamad.

Keputusan muktamad daripada perlawanan yang berkontroversi akan dibuat oleh pihak penganjur.

Page 7: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

10.0 BANTAHAN

Jika terdapat bantahan oleh mana-mana pasukan terhadap mana-mana pasukan yang lain, pasukan yang membantah perlu menyertakan wang pertaruhan bantahan sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja).

Selepas bantahan diterima, satu mesyuarat AJK Teknikal/Bantahan akan diadakan oleh penganjur kejohanan dengan disertai oleh pengadil perlawanan tersebut dan kedua-dua pengurus pasukan (pasukan yang membantah dan dibantah).

Segala keputusan bantahan akan diputuskan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Teknikal/Bantahan dan sekiranya bantahan didapati berasas dan mempunyai justifikasi yang kukuh, ianya akan diterima oleh penganjur kejohanan dan wang pertaruhan bantahan akan dikira ‘hangus’.

Jika keputusan bantahan adalah positif dan diterima, pasukan yang membantah akan dikira pemenang (jika bantahan melibatkan perlawanan antara kedua-dua pasukan iaitu pasukan yang membantah dan dibantah) dan akan diberikan 2 jaringan gol.

11.0 BORANG PENYERTAAN DAN TARIKH TUTUP

Borang penyertaan boleh didapati daripada :

i) En R. Amaran – Setiausaha Kelab Bell Belia Tamil Taman Sejati, Labisii) En K. Rajajothi – Penasihat Kelab Bell Belia Tamil Taman Sejati, Labis

Yuran penyertaan pasukan perlulah dibayar pada hari kejohanan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14hb. April 2012, jam 5.00 petang.

12.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

i) En R. Amaran – 019-7375027ii) En K. Rajajothi – 019-7415126

Page 8: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

13.0 ANGGARAN PENDAPATAN/PERBELANJAAN

ANGGARAN PENDAPATAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA(RM) KUANTITI JUMLAH(RM)

1.0 Hadiah Pemenang

1.1 Wang tunai

1.2 Sijil

JUMLAH

RM0.60

4

32

1,400.00

19.20

1,419.20

2.0 Makanan

2.1 AJK

2.2 VIP

2.3 Pengadil

2.4 Peserta

JUMLAH

10

15

12 6

20

10

8

160

200.00

150.00

96.00

960.00

1,406.00

3.0 Bayaran Pengadil

JUMLAH

100 6 600.00

600.00

4.0 Publisiti

4.1 Banner

4.2 Tag Nama AJK

JUMLAH

150.00

2.50

1

20

150.00

50.00

200.00

JUMLAH 3,625.20

BIL PERKARA HARGA

(RM)

KUANTITI JUMLAH (RM)

1.0 Yuran Peserta

Setiap pasukan

RM70.00 20 1,400.00

2.0 Peruntukan daripada

Jabatan Belia dan Sukan

2,225.20

JUMLAH 3,625.20

Page 9: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

BORANG PENYERTAANKEJOHANAN FUTSAL TERBUKA 2013

ANJURAN KELAB BELL BELIA TAMIL TAMAN SEJATI, LABIS

Nama Pasukan : ____________________________________

Nama Pengurus : ____________________________________

No. Telefon Bimbit : ____________________________________

Nama Jurulatih/Pegawai Pasukan : ____________________________________

Bil.

Nama Pemain No. K/P

12

3

4

5

6

7

8

Saya/Kami ingin meyertai kejohanan seperti yang dinyatakan dan menyerahkan yuran penyertaan bernilai RM70.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Puluh Sahaja).

Nama : _______________________ No. K/P : _______________ T/Tangan : _________

** Nota : Bukti pembayaran yang asli perlu dibawa pada hari kejohanan.

koyakkan

* Akuan Penerim aan Wang

Diterima daripada : ______________________________ No. K/P : ________________ sebanyak RM : 70.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Puluh Sahaja) sebagai bayaran penyertaan untuk Pasukan _______________________ bagi Kejohanan Futsal 2013 Anjuran Kelab Bell Belia Tamil Taman Sejati, Labis

T/Tangan Penerima : ________________________ (Nama : )

b/p Kelab Bell Belia Tamil Taman Sejati, Labis

Page 10: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

BORANG BANTAHANKEJOHANAN FUTSAL TERBUKA 2013

ANJURAN KELAB BELL BELIA TAMIL TAMAN SEJATI, LABIS

Bantahan berkaitan :

Tanda Tangan :

Nama :

No. K/Pengenalan :

Nama Pasukan :No. TelefonBayaran Bantahan (RM) :

RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja)

Bantahan diterima oleh Peganjur:

Tandatangan :

Nama :

Keputusan bantahan :

* DITERIMA / DITOLAK

Alasan bantahan ditolak :

NOTA : * Potong mana yang tidak berkenaan

Page 11: Kertas Kerja Pertandingan Futsal

14.0 PENUTUP

Akhir kalam, program ini merupakan satu aktiviti integrasi yang berpotensi mewujudkan perpaduan di kalangan belia di Labis. Diharap pihak Jabatan Perpaduan Negeri akan memberikan sepenuh komitmen dan sokongan padu dari segi sumber kewangan bagi menjayakan Kejohanan Futsal 2013 anjuran Kelab Bell Belia Tamil Taman Sejati, Labis.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… …………………………………..(MURELY PONNUSAMY) (AMARAN RAMAKRISHNAN)Penolong Setiausaha SetiausahaKBBT Taman Sejati, Labis KBBT Taman Sejati, Labis

Diluluskan oleh:

……………………(MENON VINOTH)PengerusiKBBT Taman Sejati, Labis