kertas kerja tarikh - ifolio - authentication · pdf filekertas kerja pertandingan futsal ftsm...

22
KERTAS KERJA PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN TARIKH 23 MEI 2015 TEMPAT VROX SPORT CENTER BANGI. SELANGOR. ANJURAN EXCO KESUKANAN DAN KECERIAAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (PERTAMA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA FTSM FUTSAL YOUTH CHALLENGE

Upload: ngocong

Post on 04-Feb-2018

382 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

TARIKH

23 MEI 2015

TEMPAT

VROX SPORT CENTER BANGI. SELANGOR.

ANJURAN

EXCO KESUKANAN DAN KECERIAAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

(PERTAMA)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

“FTSM FUTSAL YOUTH CHALLENGE”

Page 2: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

1

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan

kelulusan serta bantuan kewangan daripada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa

dan Perhubungan Alumni (PPMPA) bagi mengadakan Pertandingan Futsal FTSM

Piala Dekan untuk semua pelajar FTSM dalam melahirkan mahasiswa/i yang sihat,

cergas dan berbudaya sukan ke arah memupuk perpaduan dan pembangunan negara

disamping menimba ilmu dalam bidang teknologi maklumat.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 - Pengenalan

Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat atau ringkasnya

(PERTAMA) mula ditubuhkan pada tahun 2008. Kami juga merupakan antara badan

kepimpinan pelajar tertinggi dalam Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM.

PERTAMA pada sesi kali ini merancang untuk mengadakan beberapa projek yang

bermanfaat bukan sahaja berkaitan ilmu dalam bidang teknologi maklumat malahan

ilmu diluar bidang juga ingin dititik beratkan. Pelajar dapat meningkatkan kecerdasan

minda dan daya kreativiti mereka dalam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang

yang mereka ceburi. Ianya juga untuk menuju ke arah peningkatan kualiti hidup

melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia

Cergas dalam diri mahasiswa/i untuk diimplimentasikan dalam kehidupan seharian

mereka.

Page 3: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

2

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

2.2 - Sejarah /Rekod

Program ini adalah program yang julung kali diadakan di FTSM dan pada kali ini

kami mengadakan program ini mengikut saranan kerajaan menerusi dasar 1 Pelajar 1

Sukan yang mana mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu

aktiviti sukan di sekolah mahupun peringkat universiti. Dasar ini menyokong

pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah

melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain

itu, ianya selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada

Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

2.3 – Idea

Idea untuk menjalankan program ini lahir hasil daripada pemerhatian PERTAMA

dalam kalangan mahasiswa/i tentang kepentingan aktiviti bersukan selain menerapkan

ilmu teknologi dan sains maklumat di dalam aktiviti tersebut. Seiring dalam mengejar

arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus

ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara yang berstatus

negara maju menjelang tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi

negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang

kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana aspek-aspek

inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan

kemajuan negara pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, penekanan terhadap

aktiviti kesukanan dalam kehidupan seharian adalah sangat penting. Menurut Dato

Misbun Sidek, negara Malaysia akan ketandusan atlet-atlet yang berbakat jika tidak

digilap dan dilatih dari usia yang muda. Justeru itu, pihak PERTAMA mengambil

langkah inisiatif untuk mencari dan mengasah bakat yang terpendam di dalam diri

setiap mahasiswa/i FTSM. Disamping mahasiswa/i semakin mahir dalam bidang

teknologi, mereka juga boleh berkecimpung dalam bidang sukan untuk membina

tubuh badan dan minda yang cergas dan cerdas.

Page 4: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

3

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

3.0 MISI

Pertandingan ini disasarkan kepada semua warga mahasiswa/i ukm agar dapat

menjalinkan sebuah ukhuwah yang baik dan dapat mengurangkan jurang diantara

mahasiswa/i ukm.

4.0 MATLAMAT

Selain daripada mahasiswa/i cakna akan perkembangan dunia teknologi sains

maklumat yang serba canggih dan moden, ia juga dapat melahirkan mahasiswa/i yang

berketrampilan, berdisiplin, bersatu padu, sihat, cergas, bersemangat jati diri,

professional dan berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan iaitu melahirkan modal

insan kelas pertama dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif di dalam bidang

sosial dan ilmu pengetahuan sekaligus, dapat menyumbang kearah gaya hidup yang

progresif dikalangan mahasiswa/i dalam kehidupan seharian.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan mahasiswa/i ukm yang dapat memenuhi aspirasi kebangsaan

dengan memupuk sikap berdaya saing secara sihat dan bercita-cita tinggi

dalam mencapai sesuatu matlamat.

5.2 Mencungkil bakat-bakat sukan yang ada di dalam diri mahasiswa/i yang boleh

diketengahkan untuk mewakili universiti dan mengharumkan nama fakulti.

5.3 Melahirkan modal insan yang dapat menonjolkan diri dengan keterlibatan

dalam program anjuran pihak fakulti dan universiti.

5.4 Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi,

jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan negara di masa hadapan.

Page 5: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

4

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

5.5 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i ukm mengenai penggunaan

teknologi dalam bidang kesukanan.

5.6 Menjalinkan integrasi antara kaum dan ukhuwah yang baik dalam kalangan

mahasiswa/i FTSM.

6.0 TEMA

“FTSM FUTSAL YOUTH CHALLENGE”

7.0 ANJURAN

Exco Kesukanan dan Keceriaan

Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA)

Sesi 2014/2015

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 23 Mei 2015 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah :

Vrox Sport Center Bangi. Selangor.

Page 6: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

5

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

10.0 INOVASI PROGRAM

Dengan penganjuran pertandingan futsal ini, kita dapat melihat hasil daripada

keberhasilan utama yang kedua iaitu Penyelidikan dan Inovasi Berimpak Tinggi.

Program ini dapat menghasilkan dan mencetuskan sesuatu idea yang baru dimana

kita mengimplimentasikan teknologi dalam sukan. Teknologi dalam sukan

merupakan satu pautan atau perkara yang penting dalam meningkatkan lagi

perkembangan dalam bidang sukan. Sebagai contoh, teknologi seperti gelanggang

sintetik dalam permainan futsal, bola tampar dan bola keranjang. Dengan adanya

teknologi sebegini, kita dapat meningkatkan mutu permainan dan pada masa yang

sama, kita juga dapat meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang teknologi maklumat

yang dapat menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial

melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan

penggunaan ilmu.

Bukan itu sahaja, kita juga dapat lihat mahasiswa/i ukm melibatkan diri dalam

aktiviti riadah dan bersukan. Penglibatan mahasiswa/i FTSM dalam pertandingan ini

boleh menjadi sesuatu kelainan. Kita dapat lihat bahawa mereka bukan sahaja

mengaktifkan diri dalam bidang perkomputeran malahan juga terlibat dalam aktiviti

bersukan. Seterusnya, pengaplikasian penggunaan teknologi dalam pertandingan

futsal ini juga membantu mahasiswa/i mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Dimana

penggunaan aplikasi daripada Gedung ‘Google Play’ digunapakai dalam

pertandingan ini. Dengan ini, kita dapat menjadikan mahasiswa/i FTSM sentiasa

cakna dengan perubahan dan pembangunan teknologi semasa.

Selain itu juga, kita dapat meningkatkan lagi daya pemikiran kritis

mahasiswa/i untuk memikirkan strategi yang berkesan untuk menjaringkan gol.

Tambahan pula, kita juga dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama

sesama ahli pasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah

diamanahkan disamping dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan

mahasiswa/i sebagai warga ukm.

Page 7: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

6

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

Konklusinya kita dapat lihat bahawa pertandingan ini tidak hanya berasaskan

pertandingan semata-mata. Walaupun ianya berbentuk pertandingan, namun bukan

piala atau pingat yang ingin dijulang semata-mata. Tetapi maksud yang tersirat

disebalik pertandingan itu yang ingin disingkap.

11.0 PUBLISITI

Program ini akan diuar-uarkan secara meluas di sekitar kawasan Universiti

Kebangsaan Malaysia. Bahan hebahan yang digunakan adalah media cetak seperti :

Banner

Banting

Poster

Hebahan menerusi media elektronik seperti papan digital UKM

Rangkaian laman sosial Facebook dan Twitter.

12.0 CADANGAN PERASMI

i. Perasmian Penutup:

Ybhg. Prof. Dr.Abdullah Mohd Zin, Dekan Fakulti Teknologi dan Sains

Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

13.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

1) Sasaran peserta

Mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tahun satu, dua

dan tiga.

Staf Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.

Page 8: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

7

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

Seluruh warga mahasiswa/i UKM.

2) Sasaran urusetia

Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains

Maklumat (PERTAMA).

Mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tahun satu dan

dua.

14.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

15.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

17.0 PERINCIAN PROGRAM

Rujuk Lampiran D

Page 9: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

8

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

18.0 PERINCIAN KESELAMATAN PROGRAM

Rujuk Lampiran E

19.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEMUDAHAN PROGRAM

Rujuk Lampiran F

20.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,

sila hubungi:

Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA)

Pejabat Dekan

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Saudari Nur Zafirah Binti Mohd Husin 014-8142489)

Tel : 03 – 8921 6141

Email : [email protected]

Page 10: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

9

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

21.0 SYOR / PENUTUP

Program ini amat bermanfaat kepada mahasiswa/i kerana ia bukan sahaja memberi

maklumat dan pengetahuan kepada mahsiswa/i, malahan juga dapat melahirkan

mahasiswa/i yang serba boleh dan produktif. Justeru itu, pihak kami amat berharap

kertas kerja ini akan mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Sehubungan dengan itu,

kami berharap agar mendapat bantuan kewangan daripada pihak tuan untuk

menjayakan program ini agar berjalan lebih lancar seperti yang diharapkan. Jutaan

terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung.

Page 11: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

10

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

Page 12: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

11

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”

Penaung

Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM.

Pengerusi

Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras

Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, UKM

Penasihat Utama

Prof. Madya Dr. Mohd Juzaiddin Abd Aziz

Timbalan Dekan (Prasiswazah)

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM

Page 13: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

12

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

Pemantau

Mohamad Hazim bin Mat Noh

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat / 2

(A147074)

012 – 930 0538

Ketua Pengarah

Nur Zafirah Binti Mohd Husin

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A146297)

014-8142489

Timbalan Ketua Pengarah

Sakinah Binti Hamzah

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A146311)

014-2278835

Setiausaha

Nurul Suhana Binti Azmi

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A146676)

017 – 342 8543

Bendahari

Izyani Binti Ismail

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A146344)

017- 454 0399

Page 14: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

13

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

Pengarah Program : Nur Hedayah Nasheema Binti Hussin

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A146243)

Pengarah Pemasaran : Muhammad Iqbal bin Abu Latiffi

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A146358)

Pengarah Logistik : Muhamad Azri bin Othman

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A146204)

Pengarah Publisiti dan Media 1 : Mohd Amir bin Mohd Mazuki

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A146357)

Pengarah Protokol : Nur Fazlin binti Zaitong

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A146788)

Pengarah Cenderamata : Umi Amira Binti Shariffudin

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A151060)

Page 15: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

14

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

23 MEI 2015 (SABTU)

8.00 pagi

9.00 pagi – 1 tengahari

1.00 tengahari – 2.30

petang

2.30 petang – 5.00

petang

5.00 petang – 6.00

petang

6.00 petang

Pendaftaran pasukan dan pemberian

makanan.

Perlawanan futsal antara kumpulan.

Berehat dan Solat Zuhur

Perlawanan separuh dan perlawanan

akhir futsal

Penyampaian hadiah dan perasmian

penutup

Bersurai

Vrox Sport Center

Bangi, Selangor

Page 16: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

15

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

ANGGARAN PENDAPATAN

Bil. Perkara RM

1. Sumbangan

- Sumbangan Luar

- Persatuan Mahasiswa FTSM

- Persatuan Mahasiswa UKM

- Yuran

RM 2000.00

RM 250.00

RM 500.00

RM 1540.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 4290.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM

1

Sijil dan Cenderamata

- Sijil AJK dan Pemenang (RM 2.00 X 100 orang )

- Cenderamata penghargaan

Pengadil (RM 50.00 X 4 Unit)

Perasmi (RM 50.00 X 1 Unit)

Penaja

- Hadiah (Wang Ringgit + Medal)

Tempat pertama (RM 200 X 2 Unit)

Tempat Kedua (RM 150 X 2 Unit)

Tempat Ketiga (RM 100 X 2 Unit)

Saguhati (RM 30 X 4 Unit)

RM 200.00

RM 200.00

RM 50.00

RM 300.00

RM 400.00

RM 300.00

RM 200.00

RM 120.00

Page 17: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

16

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

2

3

4

5

Publisiti

- Banner (RM 80.00 X 1 Unit)

- Bunting (RM 30.00 X 5 Unit)

- Poster (RM 2.00 X 10 Unit)

Peralatan

- Baju urusetia (RM 20 X 25 helai)

- Tag nama urusetia dan lanyard (RM 1.50 X 25 kpg)

Jamuan AJK & Peserta

- Sarapan Pagi (RM 2.00 X 100 Orang)

- Tengahari (RM 5.00 X 100 Orang)

Tempat

- Gelanggang

RM 80.00

RM 150.00

RM 20.00

RM 500.00

RM 37.50

RM 200.00

RM 500.00

RM 1000.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

RM 4257.50

Page 18: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

17

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

LAMPIRAN D

PERINCIAN PROGRAM

“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

(PERTAMA)

D.1 Modus Operandi

Kejohanan ini dilaksanakan secara perlawanan antara pasukan. Setiap pasukan akan

dibahagikan kepada 4 kumpulan. Perlawanan di peringkat awal akan dijalankan

secara liga. Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak untuk berentap pada

pusingan separuh akhir. Bagi pusingan separuh akhir, hingga akhir, pertandingan akan

dijalankan secara “kalah mati”. Format pertandingan adalah seperti yang dilampirkan

di Lampiran D. Dalam pusingan separuh akhir pula, setiap pasukan akan mencabut

undi bagi menentukan lawan masing-masing ( Johan bertemu naib johan yang

berbeza).

D.2 Masa Pertandingan

D.2.1 Masa bagi perlawanan futsal (L) adalah seperti berikut:

Separuh masa pertama :10 minit

Masa berehat : 3 minit

Separuh masa kedua : 10 minit

D.2.2 Masa bagi perlawanan futsal (W) adalah seperti berikut:

Separuh masa pertama : 7 minit

Masa berehat : 3 minit

Separuh masa kedua : 7 minit

Page 19: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

18

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

D.2.3 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di dalam padang lima (5) minit

sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada

pasukan lawan jika sesuatu pasukan gagal berada dalam padang selepas lima

(5) minit dari masa perlawanan tanpa mengemukakan alasan yang munasabah.

D.3 Peralatan Permainan

D.3.1 Pakaian sukan yang bersesuaian dengan aktiviti sukan futsal adalah baju, seluar,

stoking, shin guard dan kasut. Pemakaian kasut adalah wajib.

D.3.2 Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan jenis bola ‘standard’ yang

diiktiraf oleh pihak FIFA / FAM.

D.4 Pengadilan

Pihak jawatankuasa penganjur akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah

di sepanjang pertandingan diadakan.

D.5 Pemberian Mata dan Penentuan Kemenangan

Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut:

a) Menang – 3 mata

b) Seri – 1 mata

c) Kalah – 0 mata

Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan menjadi johan

kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata kedua terbanyak akan menjadi

naib johan kumpulan. Jika dua atau lebih pasukan terikat seri maka perbezaan gol

akan digunakan untuk memutuskan kedudukan.

Page 20: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

19

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

D.6 Format Pertandingan

Page 21: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

20

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

LAMPIRAN E

PERINCIAN LANGKAH KESELAMATAN

“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

(PERTAMA)

E.1 Langkah – langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan aktiviti berjalan

dengan lancar sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.

a) Pemilihan Gelanggang

Sebelum aktiviti pertandingan dilaksanakan, urusetia akan memastikan

pemilihan gelanggang adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang

bencana dan kecelakaan kepada peserta.

b) Kawalan Risiko

Urusetia akan memastikan keadaan gelanggang yang dipilih adalah

tempat yang selamat untuk acara pertandingan. Perkara ini termasuklah

dari segi persekitaran di sekeliling gelanggang.

c) Prosedur Kecemasan

Urusetia juga akan menyediakan peralatan pertolongan cemas seperti

“First Aid Kit” untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau

kecelakaan semasa bermaian.

d) Sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

e) Sentiasa peka dengan perubahan yang akan berlaku.

Page 22: KERTAS KERJA TARIKH - iFolio - Authentication · PDF filekertas kerja pertandingan futsal ftsm piala dekan tarikh 23 mei 2015 tempat vrox sport center bangi. selangor. anjuran exco

21

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

23 MEI 2015

LAMPIRAN F

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI

KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEMUDAHAN PROGRAM

A. PERALATAN MAJLIS

Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti

1. Kerusi untuk Pentas (Sofa Single) 3 9. Papan Pameran 3’ x6’ x 6’

2. Kerusi Tetamu Khas (Banquet) 3 10. Booth 10’ x 10’

3. Kerusi Plastik 150 11. Meja Jamuan 3’ x 3’

4. Pentas (Platform) 4’ x 8’ x 6’ 1 12. Meja Bulat untuk Jamuan 2

5. Kanopi 20’ x 20’ 4 13 Meja Peperiksaan

6. Kanopi 15’ x 15’ 14. Meja Pameran

7. Papan Pameran 4’ x 4’ x 6’ 15. Meja Kopi

8. Papan Pameran 4’ x 6’ x 6’

B. KEPERLUAN ELEKTRIK

Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti

1. Set Sistem Siaraya 1 5. Kipas Siling Khemah 4

2. Mikrofon 2 6. Lampu Khemah

3. DVD Player 7. Soket Kuasa di Khemah 2

4. Rostrum 1 8. Kipas Berdiri 2