kertas konsep pertandingan sahibba 2015

17
1 PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 2015 anjuran DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dengan kerjasama KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: itastefa

Post on 06-Dec-2015

917 views

Category:

Documents


223 download

DESCRIPTION

CONTOH KERTAS KONSEP

TRANSCRIPT

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 2015

1

PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH RENDAH

DAN MENENGAH 2015

anjuranDEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

dengan kerjasamaKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGENALAN

Pertandingan Sahibba mula dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) pada tahun 2005, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Pada tahun 2012 Pertandingan Sahibba telah diperluas ke seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang dikendalikan oleh DBP Cawangan dan Wilayah dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri.

Dengan pelaksanaan Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menengah di seluruh negeri, maka DBP dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengangkat pertandingan ini ke Peringkat Kebangsaan pada tahun 2012.

Tahun ini telah memasuki tahun Keempat Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menengah peringkat kebangsaan.

OBJEKTIF

Meningkatkan pengetahuan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Memupuk kreativiti pelajar sekolah rendah dan menengah dalam membina kosa kata bahasa Melayu. Meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa Melayu.

KATEGORI PERTANDINGAN

Terdapat dua kategori pertandingan:

i. Kategori Sekolah Menengahii. Kategori Sekolah Rendah

SYARAT PENYERTAAN

(i) Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah agama negeri, sekolah agama bantuan kerajaan kecuali MRSM.

(ii) Bagi kategori sekolah menengah peserta hendaklah terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga 3. Bagi sekolah rendah pula peserta hendaklah terdiri daripada murid Tahap Dua.

(iii) Setiap sekolah boleh menghantar tiga orang peserta tetapi jumlah pasukan yang digalakkan untuk bertanding, sama ada 16 pasukan, 32 pasukan atau 40 pasukan dari seluruh daerah di negeri terbabit (digalakkan daripada pelbagai kaum).

(iv) Peserta yang menjadi johan peringkat negeri akan layak ke pertandingan peringkat kebangsaan.

FORMAT PERTANDINGAN

i) Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan akan diadakansebanyak empat pusingan. Pecahan pusingan adalah seperti yang berikut:

Pusingan Pertama: Semua peserta akan bertanding mengikut kumpulan, yang terdiri daripada 3 atau 4 orang peserta bagi setiap kumpulan. Dua orang peserta yang mendapat markah tertinggi dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan yang kedua.

2

Pusingan Kedua: Dua orang peserta yang mendapat markah tertinggi dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan yang ketiga.

Pusingan Ketiga : Dua orang peserta yang mendapat markah tertinggi dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan yang keempat/akhir.

Pusingan Keempat: Pusingan ini merupakan pusingan terakhir yang menentukan pemenang tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat Pertandingan Sahibba Peringkat Kebangsaan.

ii) Tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat akan ditentukan berdasarkan markah yang tertinggi dalam pusingan akhir. Manakala peserta selebihnya akan diberikan hadiah sagu hati.

PENGHAKIMAN

Setiap meja atau kumpulan akan ditempatkan seorang hakim dan seorang penjaga masa. Seorang juri akan dilantik untuk membuat keputusan terhadap sebarang pertikaian.

Hakim pertandingan di peringkat kebangsaan akan dilantik oleh DBP yang terdiri daripada Munsyi Dewan (Bahasa), guru dan pegawai DBP yang telah menghadiri kursus atau Bengkel Pemantapan Hakim.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam dua peringkat :

Peringkat Negeri Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan DBP

Cawangan dan Wilayah. Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan. Johan peringkat negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan

peringkat negeri dan seterusnya memaklumkan kepada urus setia di peringkat kebangsaan. Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri juga hendaklah memaklumkan kepada urus setia

peringkat kebangsaan nama peserta yang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil penyertaan oleh DBP. Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan perbelanjaan makan minum, sagu hati hakim dan

hadiah akan diuruskan oleh pihak DBP Cawangan dan Wilayah, kecuali kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan.

Peringkat Kebangsaan

Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Ibu Pejabat melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan DBP Cawangan dan Wilayah.

Jawatankuasa pertandingan peringkat kebangsaan akan memaklumkan tarikh dan tempat pertandingan peringkat kebangsaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, DBP Cawangan dan Wilayah dua bulan sebelum pertandingan berlangsung.

Enam belas (16) orang peserta yang merupakan johan peringkat negeri bagi setiap kategori akan bertanding mewakili negeri tersebut pada pertandingan peringkat kebangsaan.

Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pengiring. Sekiranya peserta yang menjadi johan pertandingan peringkat negeri menarik diri daripada menyertai

pertandingan peringkat kebangsaan, peluang diberikan kepada naib johan, seterusnya tempat ketiga, dengan syarat penarikan diri peserta dimaklumkan kepada penganjur tidak kurang sebulan daripada tarikh pertandingan peringkat kebangsaan.

Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, sagu hati hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akan diuruskan oleh DBP Ibu Pejabat.

HADIAH PERINGKAT NEGERI

Hadiah peringkat negeri akan ditentukan oleh DBP Cawangan dan Wilayah.

3

HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Kategori Sekolah Menengah

Hadiah Pertama : Wang tunai RM700.00, Piala Pusingan, barangan permainan, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.Hadiah Kedua : Wang tunai RM600.00, barangan permainan, buku terbitan DBP

dan sijil penghargaan.Hadiah Ketiga : Wang tunai RM500.00, barangan permainan, buku terbitan DBP

dan sijil penghargaan.Hadiah Keempat : Wang tunai RM300.00, barangan permainan, buku terbitan DBP

dan sijil penghargaanHadiah Sagu Hati (12) : Wang tunai RM200.00, barangan permainan, buku terbitan DBP

dan sijil penghargaan.

Kategori Sekolah Rendah

Hadiah Pertama : Wang tunai RM600.00, Piala Pusingan, barangan permainan, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.Hadiah Kedua : Wang tunai RM400.00, barangan permainan, buku terbitan DBP

dan sijil penghargaan.Hadiah Ketiga : Wang tunai RM300.00, barangan permainan, buku terbitan DBP

dan sijil penghargaan.Hadiah Keempat : Wang tunai RM200.00, barangan permainan, buku terbitan DBP

dan sijil penghargaan Hadiah Sagu Hati (12) : Wang tunai RM150.00, barangan permainan, buku terbitan DBP

dan sijil penghargaan.

PERATURAN STANDARD PERMAINAN SAHIBBA UNTUK PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 2015

PENGENALAN

1. SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang. Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan. Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.

2. SAHIBBA untuk pertandingan ini dimainkan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.

CARA MEMULAKAN PERMAINAN

1. Tulis nama setiap pemain dalam Kertas Markah.2. Masukkan kesemua jubin di dalam beg yang disediakan (jubin ini dikenal sebagai Jubin dalam Tabung)

dan campurkan.

4

3. Setiap pemain mencabut jubin masing-masing; yang mencabut A atau paling hampir kepada A memulakan permainan. Kalau hurufnya sama atau jubin serbaguna (*) dicabut, cabutan dibuat sekali lagi untuk pemain berkenaan. Kemudian masukkan jubin kembali dan kocok semula.

4. Pemain pertama mencabut 9 keping jubin (untuk pusingan pertama sahaja) dan yang lain 8 keping masing-masing. Jubin diletakkan di atas rak masing-masing.

5. Giliran menurut putaran jarum jam.

CARA BERMAIN

1. Pemain pertama membentuk sepatah perkataan, melintang atau menegak, di atas papan dan satu daripada hurufnya harus berada di petak empat segi di tengah papan permainan. Jubin ini dikenal sebagai Jubin atas Papan. (Contoh 1a)

2. Pemain kedua dan pemain seterusnya akan mengikut giliran masing-masing sambil meletakkan satu jubin atau sebaris jubin, melintang atau menegak di atas papan sekali sahaja (disebut ‘MAINAN’). Perkataan disusun secara pepenjuru tidak dibenarkan. (Contoh 1b – 1d) Setiap perkataan harus dibaca dari kiri ke kanan atau dari atas ke bawah.

Contoh 1a Contoh 1bS S

U U

K K

A A

N A S I B

Contoh 1c Contoh 1dS K A S I H

U U

K E K E

A M A M

N A S I B N A S I B

S S

3. Masa untuk membina kata dan meletakkan jubin mengikut kategori permainan adalah seperti yang berikut:

a) Sekolah menengah : 20 saatb) Sekolah rendah : 30 saat

4. Masa membina kata dan meletakkan jubin akan dikira sebaik-baik sahaja hakim selesai mengira markah. 5. Selepas setiap ‘MAINAN’, setiap pemain menamatkan gilirannya dan hakim mengumumkan markah

pemain tersebut. Pemain akan mencatatkan markahnya dalam Kertas Markah. Selepas itu, pemain akan mencabut jubin-jubin baharu untuk mencukupkan 8 jubin di raknya.

JUBIN SERBAGUNA (*)

1. Pemain yang menurunkan jubin serbaguna perlu mengisytiharkan huruf yang dipilih/digunakan.

5

2. Jubin-jubin ini boleh menggantikan sebarang huruf. Perkataan yang dibina boleh menjadi “MATA” atau “MATI”. (Contoh 2a)

Contoh 2aM 2

A 2

T 4

*0

3. Pemain boleh menukarkan jubin serbaguna dari papan itu dengan jubinnya, dengan syarat jubin tersebut mempunyai huruf yang sama seperti yang diisytiharkan. (Contoh 2b)

Cth 2bM 2

M 2

A 2 A 2

T 4 T 4

A2 I 2

4. Jubin serbaguna yang ditukar perlu digunakan terus. Jika tidak, batal gilirannya dan jubin tersebut dipulangkan semula.

5. Penukaran jubin serbaguna boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut giliran.

JUBIN DUA HURUF (F/Z) DAN JUBIN KOSONG1. Seorang pemain boleh menggunakan dua huruf beza (Contoh 2c) atau dua huruf sama (Contoh 2d) untuk

kedua-dua perkataan silang kata.

Cth 2c Cth 2dF/Z I K I R F/Z A L I M

A A

K K

A A

T T

2. Memandangkan jubin kosong tidak berfungsi dalam pertandingan ini, maka jubin tersebut tidak akan digunakan.

MEMBUANG JUBIN

Apabila pemain tidak berjaya membentuk perkataan, pemain boleh menggunakan gilirannya untuk membuang sehingga 4 keping jubin yang tidak perlu untuk setiap pusingan secara menelentangkan jubin tersebut di hadapannya. Kemudian, pemain tersebut mencabut jubin-jubin baharu dan menunggu giliran seterusnya. Pemain tidak boleh membuang jubin lagi apabila pusingan penamat bermula.

MENGGUNAKAN JUBIN BUANGAN

6

1. Mana-mana pemain boleh menggunakan sebarang jubin buangan dengan syarat jubin tersebut digunakan bersama-sama dengan jubin-jubin sendiri di raknya untuk membuat perkataan. Jika tidak digunakan bersama-sama, batal giliran.

2. Jubin tersebut boleh digunakan oleh mana-mana pemain pada bila-bila masa mengikut giliran.3. Jubin yang diambil perlu digunakan terus. Jika tidak, batal gilirannya dan jubin tersebut dipulangkan

semula.

MENCABAR PERKATAAN

1. Sebarang pemain boleh mencabar perkataan yang dibina oleh pemain lain.2. Sekiranya perkataan yang dicabar itu didapati salah ejaannya, atau perkataan yang tidak

dibenarkan, pemain yang berkenaan hendaklah mengambil jubin-jubinnya kembali dan batal gilirannya.3. Markah akan dikira seperti biasa, walaupun perkataan tersebut tidak digunakan sekiranya tidak

dicabar oleh pemain-pemain lain.4. Perkataan yang salah ejaannya atau perkataan yang tidak dibenarkan tidak boleh dicabar atau

diubah apabila pemain selepasnya telah memulakan gilirannya.5. Semua perkataan dalam kamus boleh digunakan kecuali:

a. kata nama khasb. kependekan (spt,kpg, yg,hlm,dlm,sg, PIBG,DBP, UKM)c. kata majmuk (kecuali bentuk yang telah mantap)d. kata terbitan (termasuk penggunaan imbuhan pinjaman)e. kata ganda (kecuali kata ganda separa)f. bahasa pasar atau bahasa percakapang. perkataan yang membawa konotasi buruk (berbaur lucah, isu sensitif dan perkauman)h. simbol

6. Bagi perkataan yang membawa konotasi buruk, jika dicabar, hakim akan membuat keputusan. Jika terdapat percanggahan, juri akan membuat keputusan muktamad.

7. Rujukan yang digunakan dalam pertandingan ini ialah Kamus Dewan Edisi Keempat.

MENAMATKAN PERMAINAN

1. Apabila jubin telah habis dicabut, permainan diteruskan mengikut giliran sebanyak 3 pusingan. Jika ada pemain yang terlebih dahulu dapat membentuk beberapa banyak perkataan berjalin di mana-mana dengan semua jubin yang ada padanya dalam satu giliran, pemain tersebut akan menjadi PENAMAT.

Jika ada PENAMAT, pemain-pemain seterusnya akan meneruskan permainan sehingga tidak dapat membentuk perkataan lagi.

3. Jika tidak ada PENAMAT, permainan diteruskan sehingga tiga pusingan. Dalam setiap giliran, pemain boleh membentuk beberapa banyak perkataan dengan jubin yang ada padanya.

4. Jika pemain tidak dapat membentuk perkataan berjalin di mana-mana tempat apabila tiba gilirannya, pemain seterusnya akan membentuk perkataan.

CARA-CARA MENGIRA MARKAH

1. Hakim akan mencatatkan markah setiap pemain selepas giliran masing-masing.2. Seorang pemain yang meletakkan 8 jubin atau lebih dalam satu “MAINAN” diberikan markah bonus

sebanyak 40 selain markahnya yang biasa.3. Apabila permainan tamat, jumlah mata setiap pemain ditolak dengan jumlah mata daripada baki jubinnya,

kecuali jubin buangannya. Pemain yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Jika ada penamat, penamat akan menerima jumlah markahnya daripada baki jubin pemain-pemain lain, selain markah sendiri yang terakhir (rujuk tajuk “MENAMATKAN PERMAINAN“, bil. 1).

MENGIRA MARKAH

1. Markah bagi setiap perkataan merupakan jumlah nilai kesemua jubin dalam pembentukan perkataan (dikenal sebagai Markah Paras) dan ditambah atau didarab dengan nilai premium. (Contoh 3a)

7

2. Petak premium dikira sekali sahaja apabila jubin pertama diletakkan di atasnya.

Contoh 3aH 6

O 8

T 4

E 4

L 4

Markah Paras = 26 MarkahH 6

O 8

T 4

E 4

L 4

Huruf dua ganda Markah Paras = 26 Markah + 8 = 34 MarkahH 6

O 8

T 4

E 4

L 4

Perkataan dua ganda Markah Paras = 26 Markah x 2 = 52 MarkahH 6

O 8

T 4

E 4

L 4

Huruf tiga ganda Perkataan tiga ganda (26 + 18) x 3 = 132 MarkahH 6

O 8

T 4

E 4

L 4

Huruf dua ganda Huruf dua ganda 26 + 16 + 8 =50 Markah

Jika dua perkataan dibentuk yang mengandungi satu huruf kongsi atas petak premium, dua perkataan ini dikira dengan markah premium. (Contoh 4a)

Contoh 4a

G 6 A 2 R 2 I 2

Petak premium (Perkataan dua ganda)

R 2

A 2

G 6 A 2 R 2 I 2 S 4

A 2

(16 x 2) + (10 x 2) = 52 Markah

4. Pemenang dikira berdasarkan markah terbanyak. Sekiranya markah terakhir sama bagi dua orang pemain, pemenang ditentukan berdasarkan aspek yang berikut :

a) markah penamat b) baki jubin terendah c) markah bonus d) markah tertinggi dalam mana-mana “Mainan”

5. Keputusan hakim adalah muktamad.

BILANGAN HURUFA 24 K 5 U 8B 4 L 5 V 0C 2 M 6 W 1D 3 N 10 X 0E 8 O 3 Y 2F 0 P 4 Z 0G 4 Q 0 F/Z 1

8

H 3 R 6 * (Serbaguna)

4

I 8 S 5 Kosong 2J 2 T 6

JUMLAH 126

BORANG MARKAH PUSINGAN __________

MEJA BIL. NAMA SEKOLAH/NEGERI MARKAH

1

NAMA HAKIM

PENJAGA MASA

MEJA BIL. NAMA SEKOLAH/NEGERI MARKAH

2

NAMA HAKIM

PENJAGA MASA

9

MEJA BIL. NAMA SEKOLAH/NEGERI MARKAH

3

NAMA HAKIM

PENJAGA MASA

MEJA BIL. NAMA SEKOLAH/NEGERI MARKAH

4

NAMA HAKIM

PENJAGA MASA

PERTANDINGAN SAHIBBA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

KERTAS MARKAH PESERTA

Nama Peserta: _______________________ Meja : ………

Nama Sekolah : _______________________

MAINAN PERKATAAN MARKAH123456789101112

10

13141516171819202122232425

Markah Keseluruhan : _________Baki Ubin : _________Markah Penamat : _________

MARKAH BESAR : _________

BORANG KEPUTUSAN PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

KATEGORI : ____________________

JOHAN

NAMA PESERTA :

SEKOLAH/NEGERI :

NAIB JOHAN

NAMA PESERTA :

SEKOLAH/NEGERI :

11

KETIGA

NAMA PESERTA :

SEKOLAH/NEGERI :

KEEMPAT

NAMA PESERTA :

SEKOLAH/NEGERI :

SAGU HATI

1) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

2) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

3) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

4) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

5) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

6) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

7) NAMA PESERTA :

12

SEKOLAH :

8) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

9) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

10) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

11) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

12) NAMA PESERTA :

SEKOLAH :

KEGUNAAN JURI

NAMA :

TANDATANGAN :

Tarikh : __________________________

Disediakan oleh:

13

Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

14