kertas kerja permainan tradisional

12
kertas kerja permainan tradisional INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN. KERTAS KERJA : KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS DARULAMAN DIKEMUKAKAN OLEH : PISMP SN/PJ/BI SEMESTER 5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN. TARIKH : 9 MAC 2011 TEMPAT : PADANG IPG KAMPUS DARULAMAN JABATAN BERTANGGUNGJAWAB :

Upload: lina-abu-bakar

Post on 27-Jul-2015

63 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja permainan tradisional

kertas kerja permainan tradisional

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA :

KARNIVAL  PERMAINAN TRADISIONAL

 IPG KAMPUS DARULAMAN

DIKEMUKAKAN OLEH :

PISMP SN/PJ/BI

SEMESTER 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.

TARIKH :

 9 MAC 2011

TEMPAT :

PADANG IPG KAMPUS DARULAMAN

JABATAN BERTANGGUNGJAWAB :

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

IPG KAMPUS DARULAMAN

Page 2: Kertas kerja permainan tradisional

ISI KANDUNGAN

1.0          Butiran projek

2.0          Pengenalan

3.0          Rasional pertandingan

4.0        Kepentingan

5.0        Objektif

6.0         Perancangan

7.0        Pelaksanaan karnival

8.0         Tempoh aktiviti

9.0 Tempat

10.0      Aturcara

11.0       Jawatankuasa Induk  Karnival Permainan Tradisional Ipg Kampus Darulaman  

12.0       Penyertaan

13.0     Anggaran kewangan

14.0     Peralatan dan kemudahan

15.0     Penutup

KERTAS KERJA

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH.

         BUTIRAN PROJEK

               1.1              Nama Projek   : Karnival Permainan Tradisional

               1.2              Penganjur       : PISMP SN/PJ/BI (Semester 5)

               1.3              Tarikh               : 9 Mac 2011

               1.4              Tempat             : Padang IPG Kampus Darulaman

           Penyertaan     : PPISMP SEM 2

Page 3: Kertas kerja permainan tradisional

         PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari

masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan

sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan tradisional merujuk

kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang

tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan

tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan

tradisional yang dipilih oleh kami ialah tuju tin, sepak raga bulatan, rebut negeri, guli dan kabadi.

         RASIONAL            PERTANDINGAN

              

3.1         Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam Sukatan

Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2009.

3.2         Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman 

mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.

3.3         Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat dipupuk

dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.

3.4        Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benar-

benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang

mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan

sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti

sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.

3.5         Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta

terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia

sejak sekian lamanya.

3.6         Berdasarkan kepada keperluan inilah, kumpulan PISMP SN/PJ/BI semester 5 berusaha menyediakan

satu karnival pertandingan permainan tradisional yang diharap dapat merealisasikan kemantapan rohani

dan jasmani seterusnya melahirkan para guru yang berketrampilan.

Page 4: Kertas kerja permainan tradisional

         KEPENTINGAN

4.1         Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional

itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.

4.2         Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana di dalamnya terkandung pelbagai

nilai budaya masyarakat yang memilikinya.

4.3         Karnival permainan tradisional ini secara tidak langsung dapat menarik minat guru pelatih untuk bergiat

cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan.

4.4         Kepentingan penganjuran karnival seumpama ini  dapat membantu membangunkan dan meningkatkan

keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada pada setiap guru-guru pelatih.

4.5         Selain itu, karnival ini  juga dapat menguji kemahiran kognitif guru-guru pelatih untuk berfikir secara kritis

dan kreatif serta berupaya untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dengan

tepat.

4.6         Penganjuran karnival ini, mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap

guru pelatih. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

         OBJEKTIF

5.1        Memenuhi syarat kandungan kurikulum pembelajaran dalam PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2009.

5.2        Memberi peluang kepada bakal guru menimba pengalaman baru dalam menguruskan karnival sukan dan

pertandingan permainan agar dapat diaplikasikan ketika bertugas di sekolah kelak.

5.3        Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya.

5.4        Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan menghargai warisan permainan

dari pelbagai bangsa di Malaysia serta menjadikannya sumber dalam pendidikan.

Page 5: Kertas kerja permainan tradisional

5.5        Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk menguasai latihan kemahiran aktiviti

kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-aktiviti lain.

5.6        Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi  terutama ketika mengendalikan kejohanan olahraga

seperti ini.

5.7         Membina kerjasama dan hubungan erat di antara para guru pelatih di dalam institut atau pihak luar.

5.8         Melahirkan para insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial dan

intelek.

         PERANCANGAN

6.1         Melantik Jawatankuasa Induk.

6.2         Menentukan bidang tugas.

6.3         Perancangan kertas kerja.

6.4         Membuat anggaran perbelanjaan.

6.5         Mengenalpasti dan meyediakan keperluan program seperti peralatan permainan, persiapan tempat,

padang dan trek, hadiah dan cenderamata, acara yang dipertandingkan, bahan dokumentasi,

pengangkutan, keselamatan dan kebajikan.

6.6         Menentukan masa pertandingan.

6.7         Post-mortem bersama AJK Induk.

         PELAKSANAAN KARNIVAL

            7.1       Mengadakan perbincangan secara tidak formal antara Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha

dengan pensyarah penasihat yang terlibat dengan Karnival Pertandingan Permainan Tradisional ini.

            7.2       Menetapkan agenda mesyuarat Jawatankuasa Induk (JK Induk).

Page 6: Kertas kerja permainan tradisional

            7.3       Mesyuarat antara JK  Induk dan mesyuarat  JK Induk bersama para pensyarah penasihat yang terlibat dari

semasa ke semasa untuk memantapkan perjalanan program.

7.4         Hebahan mengenai permainan tradisonal yang dipertandingkan,  melalui medium yang sesuai.

7.5      Menentukan pihak kebajikan dan keselamatan yang terlibat seperti  

Hospital Jitra, St. John dan PBSM.

         TEMPOH AKTIVITI

8.00 pagi – 5.00 petang

         TEMPAT

Padang IPG Kampus Darulaman.

10.0       ATURCARA

               8.00 pagi                 : Pendaftaran peserta

               8.30 pagi                 : Senam seni

               9.00 pagi                 : Pertandingan Permainan Tradisional

-       Guli

-       Rebut negeri

-       Kabadi

               1.00 petang            : Rehat

               2.00 petang            : Pertandingan Permainan Tradisional

Page 7: Kertas kerja permainan tradisional

-       Sepak raga bulatan

-       Tuju tin

               4.30 petang            : Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

               5.00 petang            : Bersurai

 11.0                JAWATANKUASA INDUK  KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS

DARULAMAN  

Pengerusi                             : Muhammad Zahhar Bin Mohd Hatta

Naib. Pengerusi                   : Nur Wahida Bt Omar

Setiausaha                           : Nor Haziqah Bte Rosli

Naib Setiausaha                  : Nur Hanis Hafiza Bt Abu Hassan

Bendahari                             : Ahmad Abdul Zarif Bin Idris

AJK Urusetia                        : 1. Siti Yuhanis Binti Mohd Yusri

                                                  2. Nornabilah Binti Mansor                                             

AJK Teknik                            : 1. Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Noor

                                                  2. Muhammad Firdaus Bin Ramli

                                                  3. Zuraida Binti Hasan

                                                  4. Nor Hashimah Bt Abdul Wahab

                                                  5. Nisha A/P Arikrishnan

AJK     Peralatan                                                                                                                                          

dan persiapanTempat     : 1. Shamshul Aulia Bin Yunus

                                                  2. Nurazilah Bt Mat Hussin

  3. Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Noor 

AJK Hadiah, Cenderamata            

Page 8: Kertas kerja permainan tradisional

dan Sijil                                  : 1. Mohd Farhan Bin Mohammad Fishoul

                                                  

  2. Nurhidayah Bt Bedah

                                                  3. Muhammad Firdaus Bin Ramli

AJK Publisiti  dan

Dokumentasi                         : 1. Muhammad Hibatul Hakimi Bin Yosri

           

                                                  2. Norjuliana Bt Shahabuddin                     

                                                  3. Nisha A/P Arikrishnan

AJK Tugas Khas                   : 1. Noor Ashikin Binti Othman

                       

                                                  2. Aqilah Binti Abu Seman

                                               

                                                  3. Nor Hashimah Bt Abdul Wahab

AJK     Kebersihan,                                                         

Keselamatan                                                                                                                                             

dan Pertolongan Cemas      : 1. Nur Hasyimah Binti Abdul Aziz

                                                  2. Nur Zafirah Binti Mohd Zakari

                                                  3. Zuraida Binti Hasan

           

Page 9: Kertas kerja permainan tradisional

12.0       PENYERTAAN

Sila lihat lampiran A

13.0       PERALATAN DAN KEMUDAHAN

               Dipinjam dari Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan, Unit GERKO

               dan Stor IPG Kampus Darulaman  .

14.0       ANGGARAN KEWANGAN

               Sila lihat lampiran B   .

15.0       PENUTUP

         Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak

yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Karnival Permainan Tradisional ini dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Diharap semua objektif pertandingan permainan tradisional ini dapat

dimanfaatkan oleh  guru-guru pelatih yang terlibat di samping dapat mengetengahkan maklumat serta

pengalaman yang diperoleh untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Setinggi- tinggi harapan  dari pihak tuan

agar permohonan untuk menjalankan Karnival Permainan Tradisional  ini dapat dipertimbangkan dengan

sewajarnya. Semoga harapan kita untuk melahirkan para guru pelatih yang berketrampilan dan seimbang

dari aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat BPG.

LAMPIRAN B

 

Page 10: Kertas kerja permainan tradisional

 

Anggaran Kewangan

                        ITEM                                              ANGGARAN                   JUMLAH

1.    Elaun makanan dan minuman             RM 10  x 22                     RM 220.00

2.    Peserta

-       Air minuman                                          200 botol

3.    Alatan

- Fail IPDA                                              (10 keping x 22)

-Manila kad                                                (20 keping)

-White board pen                                        (1 kotak)

-Pen urusetia                                                         (15 batang)

-Pen marker                                                 (1 kotak)

-Kertas A4 berwarna(Kuning)                   (1 unit)

-Kertas A4                                                     (1 unit)

-Double tape                                                 (3 unit)

-Pita selofen                                                 (3 unit)

-Tali tag nama                                             (22 unit)

-Kertas laminating                                     (1 kotak)

-Plastiksampah                                           (1 unit)

-Plastik pembalut hamper                                  (30 keping)

-Ribenkecil                                                (2 gulung)

-Pita selofon                                                        (10 gulung)

Page 11: Kertas kerja permainan tradisional

-Envelope saiz A4                                   (20 keping)

-Riben besar                                             (10 gulung)

-Sijil                                                           (200 keping)