kertas konsep permainan tradisional syikin ok

23
NOORASYIIKIN BT. ISHAK ( 801201-07-5456 ) PPG AMBILAN KHAS SCE 6F / 2015 KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL 2015 BATU SEREMBAN 1.0 NAMA PROGRAM Karnival Sukan Tradisional 2013 2.0 PENGENALAN PROGRAM Karnival ini merupakan satu program yang melibatkan semua guru pelatih daripada kumpulan Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Pengajian Sains Semester 6/2015. Program ini dirancang bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Karnival ini dijadualkan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada 17 April 2015 2013 (Jumaat ). Karnival ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan). Karnival ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam meliputi pengurusan dan perlaksanaan sesuatu pertandingan disamping memberi peluang kepada guru-guru pelatih menimba ilmu dan pengalaman.

Upload: nora

Post on 13-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

NOORASYIIKIN BT. ISHAK ( 801201-07-5456 ) PPG AMBILAN KHAS SCE 6F / 2015KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL 2015BATU SEREMBAN

1.0NAMA PROGRAM Karnival Sukan Tradisional 2013

2.0PENGENALAN PROGRAM Karnival ini merupakan satu program yang melibatkan semua guru pelatih daripada kumpulan Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Pengajian Sains Semester 6/2015. Program ini dirancang bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Karnival ini dijadualkan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada 17 April 2015 2013 (Jumaat ). Karnival ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan). Karnival ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam meliputi pengurusan dan perlaksanaan sesuatu pertandingan disamping memberi peluang kepada guru-guru pelatih menimba ilmu dan pengalaman.

RASIONAL PROGRAM

3.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti

wajib yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2009.

3.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.3.3 Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.

3.4 Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.

3.5 Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya.

4.0OBJEKTIF PROGRAM

Karnival ini diadakan demi mencapai beberapa objektif iaitu :

4.1Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam proforma kursus Pendidikan Jasmani (PJM 3112) yang berkaitan dengan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.4.2Memahami dengan lebih mendalam tentang Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan secara amali.4.3Memenuhi tugasan mata pelajaran elektif yang membawa kepada markah akhir kursus.4.4 Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan. 4.5Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.4.6Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan.4.7Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.4.8Melahirkan bakal guru yang berbakat serta berkebolehan dalam pelbagai hal.4.9Mempromosikan dan memelihara budaya serta warisan Melayu.4.10Memperkenalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Sultan.

5.0PENGANJUR

Guru pelatih kumpulan Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Pengajian Sains Semester 6/2015. Program ini dirancang bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAMTempat pelaksanaan adalah sekitar padang IPG Kampus Sultan Mizan dan gimnasium Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Sultan Mizan.

7.0TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM

Butiran-butiran karnival adalah seperti berikut :

Tarikh:3 Mac 2013.Hari:Ahad Masa:2.15 petang 5.30 petang

8.0KUMPULAN SASAR

Guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sains, Pengajian Pendidikan Jasmani, Pengajian Pendidikan Pra Sekolah, Pengajian Sosial,dan Pengajian Reka Bentuk dan Teknologi 1 & 2 (PISMP) Semester 5/2013.

9.0PENSYARAH Pensyarah penasihat bagi karnival ini ialah:1.Tn Hj Yaacob bin Mamat2.En Khairuddin bin Mat Hassan3.En Zarizi bin Ab. Rahman

1.0 PENGENALAN PERMAINAN. Permainan Batu Seremban memerlukan lima atau tujuh ketul buah. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

2.0 SEJARAH PERMAINAN Sebenarnya permainan Batu Seremban atau juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Banyak spekulasi yang timbul berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Tiada bukti yang sah menyatakan sejak bila wujudnya permainan ini dan bagaimana ia tercipta kerana ia hanya diceritakan dari mulut ke mulut.

3.0 MATLAMAT PERMAINAN. Matlamat Pertandingan Permainan Tradisional ini adalah untuk memberi peserta peluang menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari disamping itu, ia dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat dan permainan tradisional nenek moyang. Dengan ini juga, peserta berbangsa Cina dan India dapat mengetahui salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang melayu Secara keseluruhan, pertandingan ini bertujuan mengekalkan permainan ini di persada seni dan budaya agar generasi akan datang dapat menikmati akan keindahan warisan budaya kita di sepanjang zaman

4.0 OBJEKTIF PERMAINAN.Psikomotor : Menguji tahap kemahiran kadar tindak balas dan koordinasi mata dan tangan peserta. Kognitif : Meningkatkan kreativiti dan tahap keupayaan peserta untuk bermain dengan baik dan mendapatkan mata yang tertinggi Afektif : Mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan penganjur.

4.0 KUMPULAN SASARAN.Kumpulan kelas 6F ambilan khas PPG

6.0 TARIKH.Karnival Permainan Tradisional 2015 ppg ambilan khas semester 6 ini akan di jalankan pada 10 April 2015

7.0 TEMPAT PERMAINANDewan Besar IPGKSAH, Sunagi Petani, Kedah.8.0 ORGANISASI JAWATANKUASA PERMAINAN.

Sebelum pertandingan Pengerusi : Nagendran a/l Sivaperumal AJK Tempat: Saiful Anuar b. Shamsudin AJK Teknikal: Zurainiza Bt. Abd Ghani AJK Tugas Khas : Anuar B. Abd Ghani

Semasa PertandinganKetua hakim: Noorasyiikin Bt. IshakHakim mata: Normawati Bt. Hj Md Isa Rogayah Bt. Ramli Faridah Bt. Mat Akhir

9.0 PENGURUSAN PERMAINAN9.1 Sebelum9.1.1 Mengetahui jenis permainan tradisional yang perlu dikendalikan9.1.2 Mengetahui cara bermain dengan betul.9.1.3 Mengetahui semua peraturan yang ada dalam permainan.9.1.4 Menyediakan borang penyertaan peserta.9.1.5 Menyediakan borang keputusan pertandingan9.1.6 Mengenal pasti dan menyediakan semua senarai peserta/pemain9.1.7 Mengenal pasti alatan yang perlu digunakan.9.1.8 Menyediakan ukuran teknikal gelanggang permainan.9.1.9 Menyediakan kertas konsep berkaitan permainan tradisional yang hendak dikendalikan.9.1.10 Menetapkan peraturan dan cara pemarkahan9.1.11 Menyediakan persembahan powerpoint untuk dibentangkan di dalam kelas kepada rakan-rakan dan pensyarah penasihat.9.1.12 Mengetahui jumlah alatan dan bajet yang diperlukan dalam permainan ini.9.1.13 Berbincang dengan pensyarah penasihat mengenai kesesuaian permainan yang ditetapkan.

9.2 Semasa 9.2.1 Memastikan peserta tiba awal di kawasan permainan.9.2.2 Memastikan semua peserta/pemain berada dalam kumpulan masing-masing9.2.3 Memastikan semua peserta betul mengikut nama di dalam borang penyertaan.9.2.4 Memastikan semua peserta mendapat penerangan yang jelas mengenai cara bermain dan peraturan9.2.5 Memastikan kawasan permainan berada dalam keadaan yang selamat9.2.6 Memastikan semua alatan yang hendak digunakan mencukupi.9.2.7 Memastikan semua peserta bermain dengan jujur.9.2.8 Memastikan jadual perlawanan berlangsung mengikut seperti yang telah dirancang.9.2.9 Memastikan peserta bermain dalam keadaan yang terkawal yakni tiada sebarang gangguan daripada segi mental,emosi dan fizikal.9.2.10 Memastikan Ajk Teknikal menjalankan tugas di setiap kawasan permainan.9.2.11 Memastikan mata dikira dengan betul.

9.3 Selepas 9.3.1 Membersihkan kawasan permainan.9.3.2 Membuat refleksi mengenai pengendalian permainan tradisional.9.3.3 Membuat post-mortem. 9.3.4 Menyediakan laporan keseluruhan pelaksanaan.

10.0 PERATURAN PERMAINANTerdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan diketahui oleh setiap pemain iaitu:

10.1 Semasa batu seremban itu diselerakkan di lantai, pemain yang ingin memungut batu tersebut tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang terletak diatas lantai. Jika terdapat pemain yang tersentuh batu tersebut maka pemain itu dianggap mati 10.2 Bagi pemain yang melambungkan batu seremban, pemain tersebut perlu menyambut batu yang dilambung sebelum batu tersebut jatuh. Jika batu tersebut jatuh sebelum dapat disambut oleh pemain yang melambungkannya, maka pemain itu dianggap mati10.3 Setelah pemain yang sebelumnya atau yang sedang mendahului permainan membuat kesalahan, maka pemain yang berikutnya akan meneruskan permainan. 10.4 Setiap pemain hanya diberikan masa 2 minit untuk bermain dan memungut sebanyak mata yang boleh dan pemain akan melalui 3 pusingan atau 3 kali peluang bermain untuk setiap perlawanan10.5 Jika seseorang pemain yang telah mati, maka pemain yang mati itu hanya boleh menyambung semula permainannya setelah tiba gilirannya kembali, iaitu setelah semua pemain yang selepasnya mati atau telah membuat kesalahan.10.6 Permainan yang dijalankan boleh diberhentikan jika telah dipersetujui oleh kesemua pemain. 10.7 Untuk menentukan pemenang bagi permainan batu seremban ini ialah pasukan yang memperolehi mata yang paling banyak maka dialah yang akan dikira sebagai pemenang. 10.8 Setiap penyertaan kumpulan mestilah mempunyai tiga orang peserta 10.9 Setiap pemain mestilah terdiri daripada ahli kelas yang sama.10.10 Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya satu borang penyertaan.10.11 Pemain lain yang tidak bermain dilarang menggangu tumpuan pemain yang sedang bermain.10.12 Pemain yang cuba melakuan perkara yang boleh mengganggu pihak lawan akan diberikan amaran dan jika perlakuan tersebut dilakukan sebanyak 3 kali pemain akan dibuang gelanggang.10.13 Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur10.14 Keputusan pengadil adalah muktamat.10.15 Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada urusetia dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan beserta wang cagaran RM 50 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal.

11.0 PROSEDUR PERMAINAN11.1 Pada permulaan, pemain akan mengumpulkan ketujuh-tujuh biji batu kecil dengan sebelah tapak tangannya.11.2 Setelah dikumpulkan batu-batu tersebut maka batu-batu itu akan diselerakkan di atas lantai.11.3 Setelah diselerakkan, pemain tersebut akan mengambil salah sebiji batu(buah ibu) yang diselerakkan di atas lantai untuk dilambungkan ke udara. Sebelum batu yang dilambungkan itu jatuh, pemain akan memungut atau mengutip sebiji lagi batu kecil yang berada di atas lantai sambil menyambut semula batu yang dilambung itu dengan menggunakan tangan yang sama. 11.4 Pemain yang sedang bermain perlu meletakkan batu yang telah dipungut itu untuk diletakkan di tepi dan seterusnya pemain dikehendaki memungut dua biji batu secara serentak.11.5 Kemudian pemain tersebut akan memungut tiga biji batu lagi pada lambungan ketiga sehinggalah terkumpul tujuh biji batu seperti asal.11.6 Selepas cukup tujuh biji batu dikumpul para pemain perlu menimbang seperti yang dinyatakan di bawah cara menentukan giliran.11.7 Setiap pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing yang akan ditentukan dalam undian11.8 Johan setiap kumpulan layak bertanding dalam pusingan seterusnya iaitu sistem kalah mati

12.0 ORGANISASI PERMAINANRujuk Lampiran 2

13.0 SENARAI PERALATANRujuk Lampiran 3

14.0 ANGGARAN PERBELANJAANTiada perbelanjaan

15.0 PENUTUP Akhir sekali, diharapkan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama bersama ahli-ahli yang lain. Melalui pengendalian pertandingan ini juga diharapkan peserta mendapat pendedahan mengenai permainan tradisional yang semakin dilupakan ini. Semoga dengan pengelolaan ini kami mendapat pendedahan awal untuk digunakan di sekolah kelak.

Lampiran 2 (ORGANISASI PERMAINAN )

2m

1m1m

6.7m

1m1m

6.1m

Catatan

Meja Ketua Hakim

Kawasan Keseluruhan . Kawasan Permainan Kumpulan

Lampiran 3SENARAI PERALATANBerikut merupakan senarai peralatan yang diperlukan.BilPerkaraKuantiti

1Batu kerikil35 ketul

2Meja Ketua Hakim2 buah

3Kerusi2 buah

4Kertas A410 helai

5Pen4 Batang

6Pita Pelekat1 Gulung

7White board1 buah

8White board marker 3 batang

Lampiran 4

ANGGARAN PERBELANJAANBIL.PERKARAKUANTITIHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH

1.Minuman24RM1.00RM 24.00

2.Hadiah3 Set1 = RM 20.002 = RM 15.003 =RM 10.00RM45.00

Jumlah Perbelanjaan = RM 69.00

HADIAH Tempat Pertama: Hamper Makananbernilai RM 20Tempat Kedua: Hamper Makananbernilai RM 15Tempat Ketiga : Hamper Makananbernilai RM 20

INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM08500 SUNGAI PETANI,KEDAH DARUL AMAN

BORANG PENYERTAAN PERMAINAN TRADISIONAL( BATU SEREMBAN )

KUMPULAN : .NAMA PASUKAN : .KETUA PASUKAN : .

BILNAMA PESERTANO KAD PENGENALANNO TELEFON

Syarat dan Peraturan1. Setiap penyertaan kumpulan mestilah mempunyai tiga orang peserta 2. Setiap pemain mestilah terdiri daripada ahli kelas yang sama.3. Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya satu borang penyertaan.4. Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada urusetia dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan beserta wang cagaran RM 50 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal.

INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM08500 SUNGAI PETANI,KEDAH DARUL AMAN

BORANG PEMARKAHAN BATU SEREMBAN

KUMPULAN : .

Nama Pasukan

Pusingan 1Pusingan 2Pusingan 3Jumlah mataKedudukan