penyediaan kertas kerja permainan tradisional

19
INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS IPOH, PERAK KERTAS KERJA PENGANJURAN PERMAINAN TRADISIONAL SUBJEK PJM3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN ANJURAN: UNIT PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2012 & DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI TARIKH: HARI: MASA: TEMPAT:

Upload: cintahatisaya

Post on 05-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS IPOH, PERAK

KERTAS KERJA PENGANJURAN PERMAINAN TRADISIONALSUBJEK PJM3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRANPENDIDIKAN JASMANI & SUKAN

ANJURAN:UNIT PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2012 & DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

TARIKH: HARI: MASA: TEMPAT: ISI KANDUNGANBILPERKARAMUKA SURAT

1BUTIRAN PROJEK

2PENGENALAN

3MATLAMAT

4KEPENTINGAN

5OBJEKTIF

6PERANCANGAN

7PELAKSANAAN KARNIVAL

8MAKLUMAT PROGRAM

9TENTATIF PROGRAM

10AHLI JAWATANKUASA

11ANGGARAN KOS

12SENARAI NAMA PESERTA

13PERALATAN DAN TEKNIKAL

14BORANG PENYERTAAN

15BORANG PEMARKAHAN

16PENUTUP

KERTAS KERJAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENTTUARAN, SABAH

1. BUTIRAN PROJEK

1.1 Nama Projek: Permainan Tradisional1.2 Penganjur: PISMP Prasekolah Ambilan Jan 2012 (Semester 5)1.3 Tarikh: 1.4 Tempat: Padang IPG Kampus Kent, Tuaran1.5 Penyertaan: 16 Orang

2. PENGENALANSetiap negara di dunia ini mempunyai pelbagai budaya yang diwarisi. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat di dunia ini.Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Oleh itu, permainan tradisional yang dianjurkan ialah yang diambil daripada luar negara. Permainan tradisional daripada luar negara yang dipilih oleh kami ialah permainan Finish Skittle yang lebih dikenali sebagai Molkky.Permainan Finish Skittle yang lebih dikenali sebagai Molkky ini merupakan permainan tradisional yang diambil daripada negara Finland. Permainan ini telah dimainkan di negara Finland sejak tahun 1894 lagi. Pengasas bagi permainan tradisional ini ialah I. K. Inha yang bermula di Karelia.Pada tahun 1894 , seorang pengarang dan jurugambar Finland IK Inha menulis dalam diari beliau mengenai perjalanannya ke White Karelia, beliau telah menemukan permainan yang hampir hilang dalam aktiviti seharian penduduk di tempat itu dan ia hanya dimainkan di kampung-kampung yang terpencil. Selepas perang saudara, orang-orang yang telah berhijrah ke dalam Finland bermain permainan Skittles semasa pesta musim panas Karelian mereka.Pada tahun 1951 ada gerakan untuk menghidupkan semula Skittles Finland dengan kelulusan Presiden Urho Kekkonen. Satu set peraturan dan sistem pemarkahan telah diwujudkan dengan mengambil kira peraturan tradisional Karelian Skittles.Persatuan Karelian Skittles telah didaftarkan pada tahun 1986. Kemudian, nama itu ditukar ke Bahasa Finland pada tahun 1993 iaitu Finish Skittles.

3. MATLAMATMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan sukan serta Pendidikan Jasmani. Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam silibus subjek PJM3112. Disamping itu, program yang sebegini juga akan dapat menerapkan kemahiran-kemahiran dalam diri masing-masing.Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya dalam kalangan seluruh masyarakat Malaysia sejak sekian lamanya.

4. KEPENTINGANPermainan tradisional Finish Skittles atau dikenali sebagai Molky yang dipilih ini mempunyai banyak faedah yang dapat diperolehi oleh setiap individu atau kumpulan yang bermain. Terdapat tiga aspek yang dilihat dalam mengkaji kepentingan permainan tradisional yang diambil daripada negara Finland ini terhadap kanak-kanak iaitu aspek perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal.a) Perkembangan IntelekMelalui perkembangan intelek, kanak-kanak dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Kanak-kanak juga akan mempelajari dan mengetahui pelbagai kemahiran sekaligus dapat membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka juga dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan potensi pemikiran kanak-kanak dalam mendedahkan mereka cara menyelesaikan masalah. Bagi permainan tradisional ini, terdapat kesepaduan tunjang dengan tunjang Sains dan Teknologi iaitu Matematik. Ini kerana, berlaku pengiraan mata daripada mata pin yang dijatuhkan. Melalui pengiraan ini, murid-murid dapat mempelajari proses pengiraan yang betul daripada permainan yang dijalankan. Secara tidak langsung, penguasaan Matematik dapat diperkembangkan dalam diri murid-murid yang mengikuti permainan ini. Seterusnya, permainan ini dapat membantu murid-murid dalam menyelesaikan masalah harian mereka.

Rajah 1: kesepaduan tunjang dengan tunjang Sains dan Teknologi iaitu Matematik.b) Perkembangan SosioemosiBermain sangat penting dalam memupuk interaksi kanak-kanak dengan rakan-rakan mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu bapa. Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Mereka akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungin berbeza mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut. Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak-kanak supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain.Melalui permainan tradisional yang dipilih ini, murid-murid dapat memperkembangkan kemahiran sosioemosi mereka. Ini kerana, permainan ini dijalankan secara berkumpulan. Mereka akan berinteraksi antara satu sama lain. Sokongan yang padu daripada rakan-rakan menyebabkan terjalin satu hubungan yang sihat dalam kalangan peserta. Perhubungan yang baik dalam kumpulan akan memberi kesan yang positif dalam perkembangan sosioemosi murid-murid. Kerjasama yang erat di dalam kumpulan akan memberi hasil yang baik biarpun tidak memenangi permainan ini. Ini disebabkan oleh kesatuan dan perhubungan yang sihat dalam setiap kumpulan.

Rajah 2: Interaksi dalam kumpulan.

c) Perkembangan FizikalKanak-kanak perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatan mereka semasa bermain. Pendedahan kepada permainan dalaman (indoor game) dan permainan luaran (outdoor game) perlu diterapkan agar mereka sentiasa diberi peluang untuk menyertai dan menunjukkan bakat yang terpendam. Melalu bermain, kemahiran psikomotor dapat dibina dan ia juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan serta dapat mengeluarkan perasaan takut dan bimbang kepada peringkat sedar (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).Begitulah juga yang diperolehi oleh murid-murid dalam permainan tradisional yang dipilih ini. Permainan ini bukan sahaja berfokus kepada kognitif semata-mata tetapi juga kepada kemahiran motor. Ini kerana, dalam permainan ini, koordinasi antara mata dan tangan dengan alatan adalah sangat penting untuk mendapatkan mata yang banyak sekaligus memenangi permainan ini. Setiap ahli kumpulan yang melakukan balingan mestilah yakin dan mempunyai fokus yang baik terhadap sasaran yang telah ditetapkan. Oleh itu, setiap pergerakan motor kasar atau halus akan mempengaruhi perkembangan fizikal murid-murid yang mengambil bahagian dalam permainan tradisional ini.

Rajah 3: Koordinasi antara mata dan tangan dengan alatan.

5. OBJEKTIFDalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran karnival ini. Antara objektifnya adalah seperti berikut;5.1. Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.5.2. Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih untuk mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti.5.3. Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang dilaksanakan.5.4. Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.5.5. Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.5.6. Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru pelatih dalam menyertai aktiviti yang dijalankan.5.7. Mempertingkat daya keyakinan serta percaya kemampuan diri sendiri.5.8. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari serta mengenali permainan tradisional melalui keseronokan dalam permainan tersebut.5.9. Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam program yang dilaksanakan.

6. PERANCANGAN

6.1. Melantik Jawatankuasa Induk.6.2. Menentukan bidang tugas.6.3. Perancangan kertas kerja.6.4. Membuat anggaran perbelanjaan.6.5. Mengenalpasti dan meyediakan keperluan program seperti peralatan permainan, persiapan tempat, padang, hadiah dan cenderamata, acara yang dipertandingkan, bahan dokumentasi, keselamatan dan kebajikan.6.6. Menentukan masa pertandingan.6.7. Post-mortem bersama AJK Induk.

7. PELAKSANAAN PENGANJURAN7.1. Mengadakan perbincangan secara tidak formal antara Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha dengan pensyarah penasihat yang terlibat dengan penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini.7.2. Menetapkan agenda mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk (AJK Induk).7.3. Mesyuarat antara AJK Induk dan mesyuarat AJK Induk bersama para pensyarah penasihat yang terlibat dari semasa ke semasa untuk memantapkan perjalanan program.7.4. Hebahan mengenai permainan tradisonal yang dipertandingkan melalui medium yang sesuai.

8. MAKLUMAT PROGRAM8.1. Nama Program: Karnival Permainan Tradisional 20148.2. Tema Program: Permainan Tradisional Warisan Budaya8.3. Penganjur: PISMP Prasekolah Ambilan Jan 2012 (Semester 5)8.4. Tarikh: 8.5. Tempat: Padang IPG Kampus Kent, Tuaran8.6. Masa: 8.7. Peserta yang Terlibat : 9. TENTATIF PROGRAM (KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL)

MasaPerkaraCatatan

7.30 pagi Ketibaan peserta dan pensyarah Ketibaan tetamu undangan Pendaftaran peserta Taklimat permainan Pembahagian kumpulan Sesi Pemanasan Badan

8.00 pagi Pertandingan permainan tradisional bermula1. Molkky

10.00 pagi Penyampaian Hadiah kepada peserta Penyampaian Cenderamata Ucapan penutupan Jamuan

11.00 pagi Bersurai

10. AHLI JAWATANKUASA Rujuk lampiran A

11. ANGGARAN KOS Rujuk lampiran B

12. SENARAI NAMA PESERTA Senarai nama peserta dan kumpulan pengajian adalah mengikut senarai nama untuk pelajar semua pelajar

13. PERALATAN DAN TEKNIKAL Rujuk lampiran C

14. BORANG PENYERTAAN (URUSETIA) Rujuk lampiran D

15. BORANG PEMARKAHAN (KEPUTUSAN PERMAINAN) Rujuk lampiran E

PENUTUPSecara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa projek ini adalah sesuatu yang amat perlu sebagai persediaan guru-guru pelatih Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP-IPG) sebelum melangkah jejak ke pintu sekolah kelak. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru pelatih PISMP-IPG dan dapat membantu dalam menghadapi cabaran-cabaran yang kian mencabar pada masa akan datang.Disediakan oleh,.(ALVAYSLEOPOLD BIN ANTHONY)Setiausaha,Karnival Permainan Tradisional. Disemak oleh,..(EN. VICTOR P/L SALANGGANG)Ketua Jabatan,Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Diluluskan oleh,.(DATUK MARY TERESA KINAJIL)Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Kampus Kent, TuaranCADANGAN: DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKANLAMPIRAN A (AHLI JAWATANKUASA)AHLI JAWATANKUASA PENGELOLAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALTAHUN 2014

PENAUNG 1Datuk Mary Teresa Kinajil(Pengarah IPG Kampus Kent Tuaran)

PENASIHAT Encik Romli Darus (Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent Tuaran)

PENASIHAT 2En. Victor P/L Salanggang(Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

PENSYARAH PENASIHATEn. Christopher J Ansun

AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI

(JOHN HILL ANAK HARIP)

TIMBALAN PENGERUSI

(NIZA WAHIDA BINTI WAHISHAD)

SETIAUSAHA

(ALVAYSLEOPOLD BIN ANTHONY)

BENDAHARI

(ASLY MAJUBI)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

JURUACARA dan PROTOKOLNAMA PELATIH : Farahatun Nailah Binti Mansor

PERALATANNAMA PELATIH : Mohd Faizol B Amat

PERHIASAN ASTAKA NAMA PELATIH : Siti Zulaikha Binti Abdu Rahim

PA SISTEMNAMA PELATIH : Abdul Rahim Bin Agus

JAMUANNAMA PELATIH : Paul Ding Lah

KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KEBAJIKANNAMA PELATIH: Ellychia Ason

PENDAFTARAN PESERTANAMA PELATIH: Lydora Patrick

DOKUMENTASI dan PUBLISITINAMA PELATIH: Nor Qayuum Binti Ruslin

PERSIAPAN PADANGNAMA PELATIH: Hafizah Bte Othman

BUKU PROGRAMNAMA PELATIH: Nor Aizati Binti Dawi

CENDERAMATA DAN HADIAHNAMA PELATIH: Anyline Binti Luntak

-PEMBACA DOA-NAMA PELATIH: Abidin Bin Madde

KEPEGAWAIAN PERTANDINGANNAMA PELATIH: Princeton Anak Jack

PEMBIMBING AKTIVITI SENAMROBIK / POMPOMNAMA PELATIH: Siti Halizah Binti Mohd Sading

URUSETIANAMA PELATIH: Dayang Nurshafiqa Binti Abang Ahmad

LAMPIRAN BANGGARAN PERBELANJAAN

BilPerkaraAnggaran Harga SeunitKuantitiJumlah

1HamperJohan = RM1001RM100

Naib Johan = RM801RM80

Ketiga = RM501RM50

2SijilRM120RM20

3CenderamataRM201RM20

4MakananPeserta = RM3Tetamu VIP = RM5AJK pelaksana = RM316519RM75RM25RM57

5PeralatanBelon = RM5Plastik Sampah = RM521RM10RM5

6BannerRM1001RM100

7Jumlah KeseluruhanRM

LAMPIRAN CPERALATAN DAN TEKNIKALBilPerkaraKuantitiCatatan

1Portable speaker1JTP

2Healer1JTP

3Extension cable1JTP

4Wireless Microphone 1 setJTP

5Papan Markah1Stor Pusat

LAMPIRAN DBORANG PENYERTAAN(URUSETIA)

Nama permainan: ______________________Pegawai permainan: ______________________Nama Kumpulan: ______________________Ketua kumpulan (permainan): ______________________BilNama PesertaNo. Kad PengenalanTandatangan

1

2

3

4

5

Disahkan oleh,_____________________(PRINCETON ANAK JACK)Ketua pegawai permainan

LAMPIRAN EBORANG KEPUTUSAN PERLAWANAN

Nama Permainan : _____________________________KedudukanNama KumpulanCatatan

Johan

Naib Johan

Ketiga