permainan tradisional gasing

46
Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan. Jenis-jenis Gasing Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Membuat Gasing Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik. Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja. Cara Bermain Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5

Upload: almond93

Post on 06-Jun-2015

14.316 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: permainan tradisional gasing

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu

dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina,

gasing buku benang dan gasing pinang.

Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih.

Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku

atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika

melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya

maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Cara Bermain

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing

lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian

dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit

jambuhnya direnggut.

Pertandingan Gasing

Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

Page 2: permainan tradisional gasing

Gasing Uri

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat

danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25

meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang

pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan

memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing

mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan

ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti

berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

GasingDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing Jepun

Page 3: permainan tradisional gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Senarai kandungan

[tutup] 1 Jenis gasing 2 Cara bermain gasing

o 2.1 Melilit tali o 2.2 Melilit gasing o 2.3 Memusing gasing o 2.4 Memangkah gasing

2.4.1 Pangkah totok 2.4.2 Pangkah hentak 2.4.3 Pangkah layang 2.4.4 Pangkah tebang

o 2.5 Mengangkat gasing

3 Pautan luar

Jenis gasing

Gasing toyol Gasing begelen Gasing berembang Gasing buku benang Gasing jantung Gasing kelamar Gasing kepala duri Gasing kuno Gasing lang laut Gasing leper Gasing leper Kelantan Gasing pacitan

Page 4: permainan tradisional gasing

Gasing pangkah Gasing piring Gasing pinang Gasing tanjung Gasing telor Gasing Cina Gasing Melayu Gasing uri

Cara bermain gasing

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

Melilit tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

Melilit gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang

Page 5: permainan tradisional gasing

diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Memusing gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

Memangkah gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa

Page 6: permainan tradisional gasing

digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah totok

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

Pangkah layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Mengangkat gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Page 7: permainan tradisional gasing

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

Gasing toyolDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.

Gasing begelenDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8 cm.

Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.

Page 8: permainan tradisional gasing

Gasing jantungDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing jantung adalah gasing berbentuk jantung dan biasanya dimainkan di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Gasing jantung ini juga dikenali sebagai gasing lundu.

Gasing kunoDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing kuno merupakan jenis gasing silam yang pernah dimainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, dan Johor.

Gasing ini merupakan gasing yang masih mengekalkan bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, dan keranji. Di Pahang, terutama di Kuala Lipis dan Temerloh, bentuk amat bulat sedikit dan di Johor pula paksinya lebih besar dan panjang.

Gasing Kuno mempunyai bentuk berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing lang lautDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor.

Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm.

Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.

Page 9: permainan tradisional gasing

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_lang_laut"

Gasing leperDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing leper merupakan sejenis gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai lilitan 48 cm dan ketinggian 6 cm.

Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan lama berputar.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_leper"

Gasing leper KelantanDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang sering dimainkan di Kelantan. Ia biasanya dimainkan menurut lama tempoh ia berputar.

Gasing leper kelantan merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 8 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan ketinggian sekitar 6 cm. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini disimpai berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya agak mahal.

Gasing pacitanDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Page 10: permainan tradisional gasing

Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula, gasing ini banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai gasing bunut.

Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg. Gasing pacitan mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh dan agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini banyak didapati di Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_pacitan"

Gasing pangkahDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

[sunting] Cara bermain permainan gasing pangkah

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_pangkah"

Page 11: permainan tradisional gasing

Gasing tanjungDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing tanjung merupakan gasing yang sering di mainkan di Muar, Johor. Ia dimainkan dengan setiap pemain bergilir-gilir menjadi pengacau dan pemangkah. Di negeri Selangor gasing ini dinamakan gasing labu lemak.

Gasing tanjung biasanya diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau. Biasanya gasing tanjung berbentuk buah berembang, dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian sekitar 10 cm.

Gasing uriDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing uri merupakan sejenis gasing yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri mempunyai badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 6 kg. gasing uri mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm

GASING PANGKAH PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAKA

GASING pangkah merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang mempunyai kesenian tersendiri di mana mengandingankan kepakaran pembuat dan pemain.

Permainan gasing pangkah telah bertapak di negeri ini sejak abad ke-15 lagi sememangnya mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah gasing itu.

Bagi menghasilkan sebuah gasing pangkah, pembuat gasing akan memastikan jenis kayu yang baik bagi menjamin ketahanannya di samping keseimbangannya yang menjadi kayu pengukur kepada kejayaan pemain.

Bagi pemain pula, kepakarannya untuk memangkah dan memastikan gasing pihak lawan berjaya dipangkah merupakan kesenian permainan itu yang menjadi titik tolak kejayaan sesebuah pasukan untuk bergelar juara.

Page 12: permainan tradisional gasing

Jika di zaman dahulu, permainan gasing pangkah melibatkan pengaruh pawang dan bomoh untuk memastikan gasing yang berpusing itu mampu bertahan di samping "kepercayaan" melemahkan semangat lawan dan mengalihkan pemumpuan.

Permainan gasing pangkah bukan sahaja melibatkan penumpuan yang khusus tetapi kepakaran untuk memangkah dan mematikan gasing lawan juga memainkan peranan kerana setiap balingan (pangkahan) perlu menepati sasaran.

Di samping itu juga, mengikut kepercayaan masyarakat dahulu, pemainan gasing pangkah juga boleh menghalau hantu yang merosakkan hasil tanaman disebabkan bunyi dentum yang kuat apabila hantukan berlaku di antara sebuah gasing dengan sebuah gasing yang lain.

Pelbagai jenis gasing pangkah terdapat di negeri ini antaranya "gasing bulat" atau "gasing tunjang", "gasing botol" atau "gasing jantung" manakala "gasing leper" pula juga dikenali sebagai "gasing pereng" atau "gasing merempang".

Penggunaan kayu yang berkualiti dan keras menjadikan sesebuah gasing itu sukar retak atau pecah bagi menghasilkan sebuah gasing yang mantap apabila berhadapan dengan pihak lawan ketika pertandingan.

Pembuat gasing akan memastikan kayu yang berkualiti sahaja mampu menghasilkan sebuah gasing yang mampu bertahan lama antara kayu yang sering digunakan ialah merbau, limaum, jambu batu, kualang, bakau, rhu dan leban.

Bagi menghasilkan sebuah gasing memerlukan kemahiran serta pengetahuan di samping bakat dan seni untuk menghasilkan produk yang berkualiti, bentuk yang ringkas termasuk tali bagi melilit untuk memusingkan gasing.

Tali yang di perbuat daripada benang atau tali terap di mana bahagian pangkal besar dililit di tangan permain manakala hujung tali yang halus melilitkan di bahagian atas kepala gasing melawan arah jam.

Permainan gasing kini kurang mendapat sambutan di kalangan generasi muda disebabkan pengaruh arus perbangunan yang menghasilkan lebih banyak permainan yang baru.

Bagaimanapun, perubahan masa turut mempengaruhi permainan gasing pangkah yang mana beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat golongan muda menyertainya di samping menjadikan permainan itu lebih mencabar.

Pengerusi Lembaga Pengadil Malaysia dan juga Jurulatih Persatuan Gasing Negeri Melaka (Pergam), Koh Kim Bok berkata, setakat kini sebanyak lapan gelanggang gasing yang masih aktif antaranya di Bukit Rambai, Serkam dan Bukit Sengeh.

Beliau berkata, gelanggang permainan gasing memerlukan kawasan yang sesuai iaitu tanah yang rata dan keras di mana keluasan sesuatu gelanggang itu sekitar 14 x 14 meter (m) dengan penyertaan lapan permain bagi membentuk dua regu.

Ketika ditemui Mingguan Melaka di rumahnya di Bukit Rambai di sini, Koh yang lebih dikenali sebagai Baba Kim Bok berkata setiap hujung minggu pesatuan gasing akan menjalani latihan serta mengadakan pertandingan pertunjukan di Gelanggang Gasing Pangkah di Bandar Hilir.

Menurutnya, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan permainan rakyat itu yang kini telah diadaptasikan lebih berbentuk sukan dalam usaha menarik minat orang ramai menyertainya.

Page 13: permainan tradisional gasing

Baba Kim Bok yang pernah mewakili pasukan Melaka dalam beberapa kejohanan gasing pangkah antaranya "Melayu Merdeka Challenge Shield" pada 1957 lepas.

Penglibatan beliau bukan sahaja sebagai jurulatih dan pengadil perlawanan malah turut membuat gasing pangkah di samping menjalankan perusahan kecil-kecilan menghasilkan kraftangan berbentuk gasing.

Mengenai sukan gasing pangkah, Baba Kim Bok berkata setiap gasing perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu dari segi panjangnya mata gasing, ukur lilit, berat dan juga jumlah uri hidup (gasing yang masih berpusing setelah dipangkah).

"Jika dulu, kiraan mata ditentukan berapa lama uri berpusing (gasing berpusing) setelah dipangkah tetapi kini ditukar kepada jumlah uri hidup pula secara tidak langsung dapat menjimatkan masa," katanya.

Baba Kim Bok berkata, setiap permainan mempunyai dua pihak iaitu pemusing dan pemangkah di mana pemusing perlu memusingkan gasing mereka di dalam kawasan yang ditetapkan.

"Manakala pemangkah perlu memangkah gasing pemusing sama ada untuk memati atau mengeluarkan gasing dari kawasan yang ditetapkan sebelum ditentukan jumlah uri hidup," katanya.

Beliau berkata, Pergam sememangnya mengalu-alukan golongan muda terutama para belia untuk menyertai mana-mana persatuan gasing pangkah dalam usaha melahirkan pemain gasing pangkah yang berkualiti sekaligus mampu mengharumkan Melaka di peringkat kebangsaan.

Menghaluskan Kepala Gasing Lempar Gasing Adu Dendang Gasing

Sebelum ditandingkan, gasing kepala gasing dihaluskan terlebih dulu. Bisa dengan menggunakan

pecahan...

 © All rights reserved. Uploaded on Nov 30, 2007

2 comments

Seorang pegasing (pemain gasing) asal dusun Prabumulih, Sumatera Selatan,

melempar gasing ke Arena...

 © All rights reserved. Uploaded on Nov 30, 2007

0 comments

Tiga buah gasing sedang beradu dindang (lama waktu putaran) dalam Turnamen

Gasing Tradisional...

 © All rights reserved. Uploaded on Nov 30, 2007

1 comment

Page 14: permainan tradisional gasing

Pertandingan gasing menjadi salah satu hiburan yang diminati masyarakat Prabumulih. Foto diambil...

Gasing, sebuah permainan tradisional yang populer dimainkan oleh orang-orang Prabumulih menjelang

PENDAHULUAN

Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternative untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang.

Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pasti suatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan permainan ini diharapkan dapat memaparkan kepada umum tentang warisan bangsa Melayu yang telah dilupakan agar terus berkekalan.

Page 15: permainan tradisional gasing

ASAL-USUL

Unsu seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai tentang pelbagai perkara.

Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat,satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut “gah”, yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing. Daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.

Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan “laga telur” yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkan kerana memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusingan tidak tahan lama.

Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan pernciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakan sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakannya dan mengenai sasaran. Alat tersebuat kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk gasing yang terdapat pada hari ini.

Page 16: permainan tradisional gasing

Perkembangan permainan gasing

Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga dikalangan remaja dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya dimainkan di pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan bentuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara mengendalikannya juga berlainan mengikut kampong, daerah dan ketua permainan.

Namuan begitu, kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing, memangkah dan membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah memberla uri , melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Inilah yang menimbulkan pelbagai bentuk dan sara permainan gasing. Umpamanya terdapat perbezaan dalam permainan gasing timah dan gaisng leper di negeri kelantan; gasing peyek dan gasing tempayandi Selangor serta gasing paku di Kedah.

Di Nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan, peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain. Umpamanya gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain. Begitu juga dengan gasing paku yang dimainkan oleh masyarakat Kuala Selangor, ternyata adalah sama dengan gasing yang dimainkan pemain gasing Kedah dan Patani. Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan jika ditinjau di Riau sendiri, ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain.

Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di Negara-negara lain di Asia, Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya adalah corak permainan, bentuk gasing, nama serta golongan yang memainkannya. Oleh itu, ternyatalah permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hamper semua tamadun.

Walaupun gaisng ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu, namun pelbagai masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing serta corak permainan gasing. Hasil kesedaran betapa pentingnya kesergaman dalam permainan gasing ini maka pihak yang bertanggungjawab telah mengmbil tindakan yang bijak iaitu mengadakan Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972, di Universiti Malaya yang kemudiannya diikuti dengan Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing,

Page 17: permainan tradisional gasing

di Sekolah Dato’ Seri Amar Diraja, Muar, Johor, Pada tahun berikutnya. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan permainan gasing.

PERMAINAN GASING MASA KINI

Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan cara untuk menyerbarkan permainan ini secara meluas dan meyeluruh. Peristiwa ini bermula pada 16 April 1971 dalam Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah tentang pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit yang dibentangkan oleh Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing sebenarnya merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak zaman dahulu.

Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini dengan kerjasama Kemnterian Kebudayaan Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan) telah berusaha menganjurkan Seminar Undang-Undang Permainan Gasing yang bertempat di Sekolah Dato’ Seri Amar Diraja, Muar, Johor. Tujuan seminar ini ialah untuk menyatu dan mencari persamaan terhadap beberapa masalah permainan gasing. Pada peringkat awal perbincangan ini beberapa negeri telah membantah dan tidak menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar bentuk dan peraturan gasing yang dihasilkan.

Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu kira-kira lima bulan selepas seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing dibentuk di Muar. Mesyuarat pertama yang diadakan di Rumah Persinggahan Melaka akhirnya bersetuju untuk mencuba peraturan yang telah digubal. Langkah ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973 dalam pertandingan gasing di negeri Melaka yang disertai oleh tiga buah negeri.

Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk, iaitu di Wisma Belia, Kuala Lumpur pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bharu, Johor pada 10 Julai 1974. Cadangan menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dibuat dalam mesyuarat penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis penubuhan Lembaga Pengadil Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah Klang pada 20 Jun 1975. Bersamaan penubuhan ini juga telah diadakan perbincangan tentang penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia. Pada 5 Disember 1977, Persekutuan Gasing Malaysia telah ditubuhkan dan didaftar di Melaka setelah melalui beberapa perbincangan.

Page 18: permainan tradisional gasing

Gasing Leper Kelantan

Cirri-ciri:

Bentuk: rendah dan juga leperBerat : 8 kgLilitan : 48 cmTinggi : 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini diliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.

Gasing Uri

Cirri-ciri:Bentuk : rendah dan agak leperBerat : 6 kgLilitan : 60 cmTinggi : 8 cm

Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Page 19: permainan tradisional gasing

Gasing Kuno

ciri-ciri:

bentuk: sederhana dan berembang

Berat : 0.6 kg

Lilitan : 30 cm

Tinggi : 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya di gunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

Gasing Baba

Cirri-ciri:

Bentuk : tinggi dan seperti telur

Berat : 0.6 kg

Lilitan : 38 cm

Tinggi : 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur.

Gasing JantungCirri-ciri:

Bentuk: jantung

Berat : 0.25 kg

Lilitan : 20 cm

Tinggi : 12 cm

Page 20: permainan tradisional gasing

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir.

Gasing TanjungCiri-ciri:

Bentuk : tinggi dan Berembang.

Berat : 0.6 kg

Lilian : 30 cm

Tinggi : 10cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

CARA BERMAIN GASING

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk system permainan yang turu berbeza.

Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing langkah-langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-

1) melilit tali2) melilit gasing3) memusing gasing4) memangkah gasing5) mengangkat gasing

Page 21: permainan tradisional gasing

Melilit Tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua – dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.

Rajah menunjukkan cara memasukkan cecincin pangkal tali gasing ke jari kelingking.

Rajah menunjukkan cara tali dililit pada pangkal tali gasing di pergelangan tangan.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

Melilit Gasing

Page 22: permainan tradisional gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekiling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilkan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing.

iibu jari tangan kiri menekan rambu tali gasing pada leher gasing.

cara melilit tali pada gasing lilitan ketiga

llilitan permulaan bagi gasing

cara memegang gasing sebelum dililit dengan tali

Lilitan separuh bahu gasing

Page 23: permainan tradisional gasing

lilitan gasing penuh

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik denagn ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Memusing Gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.

Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah.

TEKNIK PUSINGAN SORONG TARIK

Langkah awal pemain semasa hendak memusingkan gasing mengikut cara pusingan sorong tarik.

Page 24: permainan tradisional gasing

Gasing dihayunkan dengan kedudukan kira-kira 45 darjah daripada kaki kiri.

Gasing terus dihayunkan untuk dicampakkan.

Bagi pusingan sentap (rujuk gamba rajah di bawah), gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan kea rah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat.

Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

Page 25: permainan tradisional gasing

Memangkah Gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Terdapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa jua pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah totok

Cara melakukan pangkah totok. Pangkah dilakukan dari jarak dekat supaya mengenai sasaran.

Gasing dilepaskan ke arah lawan dengan cara pangkah totok.

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggan. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Page 26: permainan tradisional gasing

Pangkah hentak

Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

Pangkah layang

Gasing dipegang lebih tinggi dari paras kepala apabila hendak melakukan pangkah layang

Pemain mengimbangkan badan untuk melakukan pangkah layang

Page 27: permainan tradisional gasing

Gasing pemangkah ditujukan pada bahu gasing pemusing

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkah tebang

Kaedah melakukan pangkah terbang; badan dibongkokkan sedikit dan gasing dihayun ke belakang pada paras bahu.

Pemain menggunakan cara pangkah tebang untuk memangkah labu gasing pemusing.

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Page 28: permainan tradisional gasing

Mengangkat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.

Gasing

Permainan gasing memeerlukan kebolehan yang tinggi. Ia dimainkan di merata-rata tempat di negara ini. Gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia dimainkan selepas musim menuai.

Di pantai Barat Semenanjung gasing yang dimainkan adalah dari jenis yang kecil yang mempunyai banyak bentuk.

Terdapat dua pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan. Pasukan ini terdiri daripada pasukan pemusing dan pasukan pemangkah. Pemusing akan

memusingkan empat buah gasing dalam bulatan. Pasukan pemangkah pula akan cuba memangkah dan mematikan gasing lawannya. Pasukan itu akan terus memangkah sekiranya tidak melanggar undang-undang permainan. Sekiranya pihak pemangkah melanggar undang-undang permainan maka ia pula akan menjadi pemusing.

Page 29: permainan tradisional gasing

Markah sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemusing yang berjaya memangkah. Pasukan yang memperolehi mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan menjuarai pertandingan itu.

 

Memartabatkan permainan gasingOleh: Adnan MohamadGambar: Mahathir Ali

DERINGAN bunyi wisel diiringi tepukan gemuruh penonton setiap kali pemainmembaling gasing ke gelanggang adalah suasana meriah yang kerap dapatdisaksikan apabila ada pertandingan tradisi itu diadakan di Wakaf Changak, BatuRakit, Terengganu.Tetapi sayangnya, permainan tradisi itu hanya dapat disaksikan di kampung tersebutkerana ia sudah lama dilupakan di kampung lain di negeri Terengganu.Di Wakaf Changak sendiri, usaha menghidupkan permainan tersebut dalam bentukpertandingan juga baru bermula dua tiga tahun lalu dengan sokongan ahli-ahli politikdi Parlimen Setiu.Bagi orang luar yang pertama kali menyaksikan pertandingan gasing, ia berbaloiuntuk ditontoni kerana mereka dapat melihat sendiri aksi dan gaya seseorangpemain memangkah gasing lawan untuk muncul sebagai pemenang.Selain itu, kemenangan peserta juga dinilai berdasarkan kepada berapa lama gasingitu boleh bertahan berpusing.Mungkin ada yang tidak percaya jika ada gasing yang boleh berpusing melebihi satu

Page 30: permainan tradisional gasing

jam bergantung kepada jenis dan mutu sesebuah gasing.Biasanya, para pemain berpengalaman akan memilih gasing yang diperbuatdaripada kayu penaga, rhu dan cengal bercampur timah untuk memastikan gasingmereka berpusing sehingga 30 minit atau lebih satu jam.Selain kedua-dua faktor itu, pengadil pertandingan turut mengambil kira faktor lainuntuk menentukan pemenang termasuk teknik, gaya membaling dan tempoh masalontaran.Pengerusi K-Bestari Wakaf Chagak (dulu dikenali Kumpulan Pembaca, Pendengardan Penonton), Mohamad Abdullah ketika ditemui berkata, pihaknya menganjurkanpertandingan itu atas dasar mahu mengembalikan semula kegemilangan permainantradisi tersebut yang begitu popular sebelum tahun 1980-an.Kata beliau, usaha murni itu disokong oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian danWarisan (JKKW) negeri yang menyumbang peruntukan termasuk hadiah agar dapatmenarik lebih banyak penyertaan."Kami mula mengadakan pertandingan gasing pada tahun 2003 dan sejak itu kamisepakat mengadakan pertandingan itu setiap tahun agar ia tidak mati begitu saja."AlhamdullilIah, sambutan pemain semakin menggalakkan dan dalam pertandinganyang diadakan baru-baru ini, sebanyak sembilan pasukan menyertainya," katanya.Setiap pasukan diwakili oleh 25 orang dan mereka terdiri daripada penduduk sekitarDUN Batu Rakit.Dalam pertandingan terbaru yang diadakan itu, pasukan Kampung Baru Tepohmuncul johan dengan membawa pulang wang tunai RMl, 500 serta piala pusingan,manakala, Bukit Wan dan Bukit Nenasi masing-masing mendapat tempat kedua danketiga dengan hadiah wang tunai RM1,200 dan RM1,000.Menariknya, pertandingan gasing itu diadakan secara 'liga' setiap hari Sabtu yangmemakan masa selama tiga bulan berturut-turut bermula Mei lalu.Antara pasukan gasing yang berentap adalah pasukan K-Bestari wakaf Changak,Persatuan Belia 4B Darat Batu Rakit, Pancur Sejuk, Padang Kemunting, GongLingai dan Kampung Raja Tepoh.Mengenai sebab permainan gasing semakin dilupakan orang, Mohamad percaya, iamungkin disebabkan tidak ramai lagi orang berminat membuat gasing, selainmasyarakat ada banyak altematif lain untuk berhibur."Seingat saya, pada tahun 1970-an hingga awal 8o-an, pertandingan gasing seringdianjurkan hanya di tiga kawasan di Terengganu iaitu Batu Rakit, Tepoh dan TelokPasu."Permainan itu biasanya membabitkan masyarakat petani dan setiap kali adapertandingan, suasana kampung menjadi seperti pesta setelah habis menuai,"katanya.Penduduk kampung pasti terhibur dengan pesta gasing itu kerana permainan lainsewaktu itu sukar diperoleh.Para pemenang pertandingan gasing ketika era kegemilangannya dulu pula merasadiri mereka hebat, apatah lagi digelar jaguh kampung dan secara tidak langsungdisegani oleh masyarakat setempat.Pendek kata, kehebatan mereka yang sukar ditandingi oleh orang lain kerana seringmemperoleh kemenangan dalam setiap pertandingan menyebabkan mereka seringmendapat undangan untuk mengadakan persembahan gasing dalam sesuatu majliskenamaan.Selain gasing, permainan wau dan silat seni juga mengalami nasib seperti gasing

Page 31: permainan tradisional gasing

kerana kini jarang dimainkan secara pertandingan termasuk di kampung-kampung.

Teknik BermainPERMAINAN gasing di gelanggang bermula selepas seorang peserta melepaskangasing dengan pelbagai gaya bagi menghasilkan pusingan yang tegak, kuat danligat.Bagi mendapatkan pusingan seumpama itu, para pemain perlulah mengambillangkah yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret, borot ataubergelunsur.Dalam perrnainan gasing, terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkanmeliputi pusingan sorong tarik dan pusingan sentap yang menghasilkan gasing ituberpusing tegak, ligat dan kuat.Selepas itu, pemain lain pula akan memangkah gasing yang sedang berfungsi tadidengan menggunakan hayunan yang tepat mengenai sasaran supaya gasing akanmenghasilkan pergerakan yang mantap.Pangkahan itu juga hendaklah dilakukan dengan betul serta berhati-hati agar tidakmembahayakan pemangkah sendiri.Jenis pangkahan yang biasa digunakan adalah mengikut keperluan dan kesesuaiandalam regu setiap perlawanan, misalnya pemangkah pertama memipil, manakalapemain ketiga dan tekong berfungsi sebagai pembuat uri atau Iilitan.Jika tekong gagal membuat uri dengan baik bagi menentukan tempuh kelamaangasing itu berfungsi kemungkinan pasukannya mengalami kekalahan selain faktorfaktorlain yang ditentukan oleh pengadil.Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah ia perlu diangkat dengan penyokokgasing dari tapak uri kemudian diletakkan di kubu gasing bagi mempastikan tempuhmasa keligatan gasing itu berfungsi supaya ia dapat ditentukan oleh pengadil.Penyokok gasing digunakan sekiranya gasing dimainkan dalam pertandinganberkenaan berbentuk leper dan berat.

Alat bermain dan berhiburUNSUR seni serta permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia danmungkin kedua-duanya sukar dipisahkan daripada kehidupan masyarakat terutamasewaktu dunia belum begitu terdedah kepada hiburan altematif.Masyarakat Melayu satu ketika dulu tidak ketinggalan dalam soal itu dan permainantradisi termasuk gasing, wau, silat seni dan pelbagai kegiatan kebudayaan mewamaikehidupan mereka sebagai alat penghi bur bagi mengisi masa lapang.Gasing misalnya pemah menjadi kegilaan orang kampung di Terengganu, sarna adaorang tua, muda dan kanak-kanak.Mereka menyertai pertandingan atau permainan gasing untuk menguji kemahiran,kecekapan dan kepantasan selain bermatlamat untuk mempereratkan hubunganmasyarakat kampung.Di Terengganu, sehingga sekarang tidak diketahui dengan jelas asal usul permainanitu dan mengikut Muzium Negeri Terengganu, satu ketika dulu ia turut popular dibeberapa negara Asia lain termasuk Jepun, Taiwan, China dan Vietnam.Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah berkata, cara

Page 32: permainan tradisional gasing

permainan dan bentuk gasing biasanya berbeza mengikut kampung, daerah dannegeri masing-masing.Di Terengganu misalnya, gasing jenis leper atau juga dikenali gasing pangkah begitubanyak digunakan untuk berlawan gasing mana paling lama berpusing.Gasing berkenaan mempunyai paksi bulat dan panjang yang diperbuat danpadakayu keras seperti merbau, keranji dan cengal. Beliau menambah, mengikut ceritaasal usul permainan gasing itu dikaitkan dengan buah berembang yang berbentukbulat, licik dan agak leper serta buah itu mudah diperoleh di kawasan pantai."Buah itu mudah dipusing dan dan buah berembang itulah, maka timbullah ilhamorang tua-tua dahulu meniru bentuk buah itu yang dihasilkan danpada kayu,"ujamya.Bagaimanapun, terdapat lagi sumber lain yang mengaitkan gasing itu dicipta padamulanya sebagai alat memburu binatang di hutan dan bentuknya ketika itu adalahbujur dan leper.Apabila dilemparkan, alat itu akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenaibinatang buruan. Daripada fungsinya itu, orang tua-tua dulu mendapat idea untukmenjadikannya sebagai permainan dan alat untuk berhibur pula.Mengenai permainan gasing, Mohd Yusof berkata, peraturan dan caramengendalikan gasing juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketuapermainan."Apa pun, pihak muzium menyanjung tinggi usaha yang dilakukan oleh pendudukBatu Rakit dalam menghidupkan semula permainan gasing yang nyaris terkubur,”tegasnya.

Page 33: permainan tradisional gasing
Page 34: permainan tradisional gasing
Page 35: permainan tradisional gasing
Page 36: permainan tradisional gasing
Page 37: permainan tradisional gasing
Page 38: permainan tradisional gasing