permainan tradisional ketinting.pptx

28
PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 4 JEFFERY KONG SENG YONG KONG SIEW YIA LING SU LIN YONG SIEW WEI Wong Pak Kiong

Upload: wong-pak-kiong

Post on 17-Jan-2016

185 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Permainan Tradisional Ketinting

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING

DISEDIAKAN OLEH:KUMPULAN 4JEFFERY KONG SENG YONGKONG SIEW YIALING SU LINYONG SIEW WEIWong Pak Kiong

Page 2: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Permainan ketinting tergolong dalam jenis permainan laman.Permainan ini juga dikenali sebagai teng teng atau jengkek.Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki.Ini mungkin disebabkan permainan ini tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di kawasan gelanggang yang agak kecil sahaja.

PENGENALAN

Page 3: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Di kampung-kampung, gelanggang ketinting dibuat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau di kawasan pekan yang tiada halaman bertanah.Mereka akan menggunakan tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.Teng-teng atau ketinting atau jengkek dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dari dua hingga empat orang setiap gelanggang.

Page 4: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang.Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng-teng.Tujuan permainan ini adalah untuk mengimbangi badan ke padan atau paduk.

Page 5: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Syarat-syarat permainan

Permainan ketinting, teng-teng atau jengkek ini boleh dimainkan oleh beberapa pasukan dan setiap pasukan mempunyai orang pemain.Peralatan yang digunakan ialah gundu atau tagan.Gundu atau tagan atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.

Page 6: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petek-petak gelanggang.Gelanggang ketinting, teng-teng atau jengkek hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah yang rata sahaja yang dipanggil rumah.

Page 7: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Terdapat petak-petak kosong berukuran 40 cm setiap petak bagi satu gelanggang iaitu:

Satu petak – loteng Dua petak – serambi Satu petak – tengah Satu petak – kelek Dua petak – lambur Dua petak –tangga

Page 8: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Jarak antara paduk dengan tangga ialah meter.

Permainan dijalankan mengikut urutan.

Page 9: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Cara dan peraturan permainan

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.“ Lai lai li tam plong” ialah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama.

Page 10: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar, ia dianggap mati dan hilang giliran.Pemain lain akan mengambil giliran pula.Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua-kedua belah kaki.Namun, bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua.

Page 11: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Begitu juga dengan lompatan di setiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat.

Page 12: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak di mana gundu berada di dalamnya, sama ada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati.Giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Page 13: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Membina rumah

Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu.Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat ke dalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan.Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat ke dalamnya dan terus ke petak lima.

Page 14: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu.Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya, ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah gilirannya sampai kemudian.Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan.

Page 15: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Untuk mendapatkan rumah, pemain sambil berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya.Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati.Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua-kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.Untuk bermain ketinting mestilah melalui beberapa tahap.

Page 16: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

a) Tahap Satu – (Tagan)

Apabila diberi aba-aba pemain hendaklah mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan iaitu:1)Pemain pertama

hendaklah menggunakan berlari ke tapak atau titi dengan menggunakkan gundu, tagan ke petak satu / tangga satu.

2)Lompat terus ke petak dua / tangga dua dengan sebelah kaki.

Page 17: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

3) ke petak tiga / lambur dan empat dengan kedua belah kaki serampak atau serentak.4) Kemudian terus ke petak lima / kekek, enam

/serambi kanan, tujuh / loteng dan lapan / serambi kiri dengan sebelah kaki semula.5) Ke petak sembilan / tengah dengan kedua belah kaki.

Page 18: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Ketika bertapah balik juga mesti mengikuti langkah-langkahnya, iaitu:i. Ke petak lima (dengan

sebelah kaki).Ke petak tiga dan empat (dengan dua belah kaki).

ii. Kemudian terus ke petak dua dengan sebelah kaki.

iii.Sewaktu berada di petak dua, pemain dikehendaki mengimbangkan badan dengan satu kakinya sambil memungut gundu atau tagan yang berada di petak satu.

Page 19: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

iv. Terus melompat ke petak satu dan kemudian ke tapak.

Dari tapak mula:1)Pemain yang sama

hendaklah menggunakan gundu menogan terus ke petak sembilan.

2)Ulang semua pergerakan seperti mula dengan memijak petak satu dan seterusnya.

3)Tiba di petak lapan, peserta dikehendaki memugut gundu di petak sembilan.

Page 20: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

4) Kemudian melompat ke petak sembilan dengan kedua kaki serampak.

5) Berbalik ke petak lima dengan sebelah kaki.

6) Terus berlari ke paduk.

7) Serahkan gundu kepada pemain kedua.

Page 21: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

d)Tahap Dua – (Timbang)Pemain kedua:1. Akan berlari ke arah titi.2. Timbang gundu ke belakang

tapak tangan dan melompat seperti pemain pertama pada setiap petak.

3. Apabila tiba di titi selepas selesai membuat lompatan, timbang semula gundu ke tapak tangan dan lari ke paduk.

4. Serahkan gundu kepada pemain yang ketiga.

Page 22: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

c) Tahap Tiga – (Junjung)Pemain ketiga:

1) Berlari ke arah tapak.2) Junjung gundu / tagan di ubun dan

berjalan atau berjingkit ke petak-petak seperti gerakan peserta kedua pada setiap petak.

3) Apabila tiba semula di titi, jatuhkan gundu dari ubun dan sambut dengan sebelah tapak tangan di bawah paras pinggang.

4) Pemain tidak boleh membongkokkan badan.

5) Kemudian pemain terus berlari ke arah padan bagi menentukan kemenangan.

Page 23: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Penentuan kemenangan

Kemenangan dikira berdasarkan kepada pemain terakhir yang tiba dahulu di hadapan atau apabila pihak lawan diisytiharkan batal atau mati atau dibuang dari gelanggang kerana melakukan sesuatu kesalahan yang boleh menyebabkan sesuatu kesalahan yang boleh menyebabkan batal, mati atau dibuang gelanggang.

Page 24: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Larangan dan denda

a)Mati Pemain akan dikira mati

sekiranya mendepani aba-aba atau paduk sebanyak tiga kali.

b)Batal Bagi kesalahan batal,

apabila berlaku perkara-perkara berikut:a)Memijak mana-mana

garisan petak.b)Menukar kaki sewaktu

membuat lompatan.

Page 25: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

c) Gundu atau tagan tidak masuk ke dalam petak sasaran.

d) Gundu atau tagan terjatuh sewaktu berjalan atau melompat.

e) Penyerahan gundu atau tagan tidak dilakukan di paduk.

f) Perlumbaan yang tidak mengandungi tiga orang pemain.

Page 26: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

Buang gelanggang

Buang gelanggang berlaku apabila terdapat mana-mana peserta atau pemain yang melakukan sesuatu perbuatan yang kurang sopan sebanyak tiga kali.

Buang gelanggang juga akan berlaku sekiranya terdapat mana-mana pemain berbuat sesuatu yang bukan dalam permainan.

Page 27: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

RUJUKANSyed Mahadzir. 1961. Permainan Warisan Rakyat. Kuala Lumpur: E1 Publication Sdn.Bhd.Jasiman Ahmad. 2004. Permainan Etnik. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.Warisan Budaya Malaysia : Permainan Tradisional: Teng-teng. 2000. Retrieved pada 20 Mac 2012, from malaysiana.pnm.my/03/0313teng_teng.htm-

Page 28: PERMAINAN TRADISIONAl KETINTING.pptx

SEKIAN, TERIMA

KASIH……