kertas konsep permainan tradisional 1 (repaired)

Upload: halizan-ishak

Post on 02-Mar-2016

143 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

KERTAS KONSEP PERMAINAN TRADISIONAL

BOWLING KELAPA1.0 PENGENALAN PERMAINAN.

Permainan ini dikenali sebagai Bowling Kelapa kerana bahan asas permainan ini adalah tin dan kelapa. Permainan ini memerlukan susunan tin susu yang membukit. Bilangan tin yang diperlukan selalunya ialah sepuluh atau lima belas buah dan pemain adalah tidak terhad. Semakin ramai pemain, permainan akan menjadi lebih meriah. Objek-objek seperti tin susu, buah kelapa digunakan dalam permainan ini. Pada permulaan permainan, setiap seorang pemain harus menjatuhkan dahulu tin-tin yang disusun membukit.

2.0 SEJARAH PERMAINAN

Permainan Bowling Kelapa atau juga dikenali sebagai Tuju Nyior dikalangan masyarakat di utara tanahair. Permainan ini merupakan sejenis permainan tradisional masyarakat melayu di Malaysia. Permainan Bowling Kelapa mula diperkenalkan pada awal tahun 1950-an dan terus popular hingga pertengahan tahun 1970-an. Dari segi pengamalan, kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina yang gemar memainkannya. Lazimnya permainan ini dimainkan di kawasan kampung yang kekurangan hiburan.

Permainan ini memerlukan kemahiran, ketepatan dan kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Selain itu, permainan ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara pemain dalam sesuatu pasukan. Permainan ini merupakan permainan yang mudah dan menjimatkan. Hal ini kerana tin susu boleh didapati sebagai bahan terbuang manakala buah kelapa mudah diperolehi.3.0 MATLAMAT PERMAINAN.

Matlamat Pertandingan Permainan Tradisional ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain bagi menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari. Disamping itu, ia dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat dan permainan tradisional nenek moyang. Dengan ini juga, pemain berbangsa Cina dan India dapat mengetahui salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang melayu.

Secara keseluruhan, pertandingan ini bertujuan mengekalkan permainan ini supaya tidak hilang ditelan zaman serta memberi peluang kepada generasi yang akan dating untuk lebih mengenali dan dapat menikmati akan keindahan warisan budaya kita di sepanjang zaman4.0 OBJEKTIF PERMAINAN.

Psikomotor : Menguji tahap kemahiran kadar tindak balas dan koordinasi

mata dan tangan serta pergerakan kaki peserta.

Kognitif : Meningkatkan kreativiti dan tahap keupayaan peserta untuk strategi permainan supaya dapat bermain dengan baik serta mendapatkan mata yang tertinggi.

Afektif

: Mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan

penganjur.

5.0 KEPENTINGAN

1. Tingkatkan kemahiran motor kasar para pelajar.

2. Tingkatkan koordinasi mata dan tangan serta pergerakan kaki para pelajar.

3. Dapat beri peluang kepada para pelajar untuk menyusun strategi dengan berkesan.

4. Dapat tingkatkan kerjasama antara ahli kumpulan.

5. Mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.

6. Untuk memastikan permainan ini tidak hilang ditelan zaman.

6.0 KUMPULAN SASARAN.

Kumpulan PPG PKU Semester 67.0 ALAT PERMAINAN

1. Tin-tin kosong.

Tin-tin kosong ini harus dibersihkan dan pastikan mana-mana bahagian yang tajam diratakan supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pemain. Biasanya sepuluh tin diperlukan. Tin-tin tersebut hendaklah disusun secara bertingkat. Di bahagian bawah perlu diletakkan sebanyak empat buah tin. Tingkat kedua perlu diletakkan tiga buah tin dan diikuti dua tin pada tingkat ketiga dan satu di bahagian atas. Ada juga bilangan tin ditambah untuk menjadikan permainan ini lebih mencabar. Tin-tin yang telah disusun inilah yang akan dijadikan sasaran para pemain. Adalah lebih menarik sekiranya tin-tin tersebut dicat dengan warna yang terang supaya memudahkan pemain melihat dengan nyata susunan tersebut. Warna yang berbeza tidak digalakkan kerana boleh mengelirukan pemain.

2. Buah Kelapa.

Buah Kelapa hendaklah bersaiz lebih kurang tiga atau empat inci pada garis pusatnya. Walaupun hanya sebiji buah kelapa yang akan digunakan dalam permainan ini, buah kelapa diperlukan sekiranya tersasar jauh dan menjimatkan masa.

8.0 PERATURAN PERMAINAN

i. Satu kumpulan diperlukan untuk menjalankan aktiviti ini. Setiap kumpulan harus mempunyai pemain sekurang-kurangnya 6 orang dan jumlah tersebut mestilah sama.

ii. Setiap ahli kumpulan perlu menggolek atau meluncurkan buah kelapa di bawah garisan yang disediakan. Jika ahli kumpulan memijak garisan atau melebihi garisan ketika balingan dilakukan,dikira batal dan tiada mata diperolehi. Seterusnya,pemain lain akan mengambil alih balingan.iii. Sekiranya bola yang digolek kearah susunan tin dapat menjatuhkan semua formasi tin, ia dikira jatuhan sempurna (strike) dan memperolehi markah penuh iaitu 10 mata. Setiap ahli diberi 2 kali peluang balingan. Mata dikira berdasarkan jatuhan tin.iv. Selepas 1 pusingan balingan selesai,markah keseluruhan akan dijumlahkan untuk memperolehi mata keseluruhanv. Kumpulan lain akan mengambil alih balingan.9.0 SENARAI ALATAN1. 10 biji tin susu2. 4 skittel besar

3. 2 biji buah kelapa4. 1 buah wisel10.0 PERKARA YANG MEMBATALKAN

i. Setiap kumpulan harus mempunyai jumlah pemain 5 atau 6 orang

ii. keseimbangan dari segi kekuatan atau kemahiran.

iii. Setiap pelontar harus membaling susunan sekurang-kurangnya dua kali

iv. Memijak garisan dan melepasi garisan ketika balingan dilakukan11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN-Tiada peruntukan kerana bahan didapati dengan percuma

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA

KEDAH DARUL AMANBORANG PEMARKAHAN BOWLING PADANGKUMPULANPUSINGANMATA KESELURUHANKEDUDUKAN

PERTAMA

KUMPULAN 1

KUMPULAN 2

KUMPULAN 3

KUMPULAN 4

KUMPULAN 5

KUMPULAN 6

Tandatangan Urusetia,.................................................................( )

PETUNJUK

SENARAI NAMA PEMAIN

NAMA PESERTA PERMAINAN TRADISIONAL TUJU TINKUMPULAN 1BILNAMAKEHADIRAN

1

2

3

4

5

6

KUMPULAN 2BILNAMAKEHADIRAN

1

2

3

4

5

6

KUMPULAN 3BILNAMAKEHADIRAN

1

2

3

4

5

6

KUMPULAN 4BILNAMAKEHADIRAN

1

2

3

4

5

6

KUMPULAN 5BILNAMAKEHADIRAN

1

2

3

4

5

6

KUMPULAN 6BILNAMAKEHADIRAN

1

2

3

4

5

6

PENUTUP

Permainan tradisional memainkan peranan penting dalam mengeratkan lagi hubungan antara pelajar di samping dapat melepaskan tekanan dalam bekerja. Malahan, permainan tradisional merupaka satu lambang atau panji yang menunjukkan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap permainan mampu dimainkan oleh semua kaum di Malaysia. Permainan rakyat seperti ini harus diadakan lagi bagi mengekalkan budaya kaum masing-masing di Malaysia.

Warisan turun-temurun ini seharusnya dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang. Ia merupakan satu kerugian besar jika permainan-permainan tradisional ini dibiarkan luput dari ingatan kerana aktiviti seperti inilah yang akan memupukkan semangat kekitaan di samping membina semangat kesukanan dalam diri para pelajar khususnya. Semoga permainan rakyat seperti ini menjadi tradisi rakyat di Malaysia.

LAPORAN PERMAINAN TRADISIONALPermainan tuju tin telah dipilih oleh pengerusi kumpulan,iaitu Encik shahril. Kami berenam telah bersepakat memilih permainan ini bagi menjayakan simulasi permainan tradisional yang berlangsung pada 7 Mac 2014 (Sabtu). Berikut merupakan laporan tentang proses persediaan permainan tersebut.

Sebelum

Ketiga-tiga kelas bagi kursus Pendidikan Khas telah bergabung menjayakan Hari Karnival Permainan Tradisional. Kelas yang terlibat pada tarikh 28 Februari 2012 ialah kumpulan Pendidikan Khas 1, Pendidikan Khas 2 dan Pendidikan Khas 3. Semua pelajar telah dibahagikan kepada enam kumpulan yang mana terdiri daripada lima orang ahli bagi mewakili satu permainan tradisional. Setiap pelajar bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengelola serta menganjurkan permainan tradisional yang telah dipilih.

Sejurus mendapat permainan tradisional masing-masing, setiap kumpulan diminta untuk menyediakan kertas konsep bagi permainan yang telah dipilih. Kertas konsep tersebut mengandungi sejarah, matlamat, objektif, kepentingan, cara bermain, peraturan, senarai peralatan, anggaran perbelanjaan, borang pemarkahan dan lakaran tempat. Kemudian, setiap kumpulan harus sediakan satu brochure yang merangkumi pengenalan permainan, cara bermain, cara dapatkan mata dan cara pembatalan permainan. Brochure ini disediakan kepada para peserta pada hari karnival supaya memudahkan mereka meneliti dahulu permainan sebelum ditunjukkan demonstrasi oleh para penganjur permainan. Setiap kertas konsep yang disemak oleh pensyarah pembimbing harus dilakukan penambahbaikan.

Setelah selesai menyiapkan kertas konsep, setiap kumpulan harus menyediakan peralatan yang ingin digunakan serta lakukan simulasi permainan bagi menguji cara permainan malah boleh lakukan penambahbaikan setelah jalankan simulasi permainan. Tin-tin yang disediakan harus dicat semula supaya dapat menarik minat para peserta, manakala bola kertas juga disediakan bagi memudahkan para peserta bermain tanpa mengalami kecedaraan teruk. Sebanyak 15 tin dan juga 2 biji bola kertas yang kami telah sediakan untuk jalankan permainan tuju tin ini.

Semasa

Pada hari karnival dijalankan, kami dikehendaki untuk berada di gelanggang bola tampar, IPG Kampus Darulaman tepat pada jam 7.30 pagi. Kemudian diadakan senam seni bagi aktiviti panaskan badan para peserta. Para penganjur permainan diminta untuk berada di kawasan permainan masing-masing pada jam 8.00 pagi sementara menunggu para peserta melakukan sesi pendaftaran peserta di khemah urusetia kelas masing-masing.

Permainan tuju tin bermula pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi di gelanggang bola keranjang. Sebelum memulakan permainan, pihak pengelola permainan tuju tin perlu membacakan peraturan-peraturan permainan yang perlu dipatuhi, larangan-larangan dalam permainan, cara pemarkahan dan demonstrasi permainan. Semasa permainan sedang berlangsung, setiap pengelola pasti mempunyai jawatan masing-masing di dalam permainan. Sebagai contoh, dalam kumpulan permainan tuju tin ini pengadilnya ialah Mohamad Firdaus, pembantu pengadil ialah Muhammad Hafiz, penjaga masa ialah Nur bazilah, penjaga markah ialah Siti Sarah dan hakim permainan ialah Amalina Afiqah. Pengadil akan jalankan kaedah lambung syiling bagi menentukan pihak mana yang akan jadi penyerang dan pertahanan. Pengadil dan pembantu pengadil perlu teliti melihat pergerakan para peserta dan perlu peka terhadap kesalahan-kesalahan peserta ketika mereka bermain. Penggunaan wisel perlu bagi menandakan masa permainan dimulakan, tamat permainan serta ketika kesilapan yang peserta lakukan. Permainan ini dijalankan menggunakan sistem kalah mati. Para peserta harus akur dengan keputusan yang telah diputuskan oleh hakim.Selepas

Setelah permainan tamat, kami mengumpulkan semula tin-tin, bola kertas serta alatan-alatan yang digunakan. Kami telah mengemas semua peralatan dan hiasan sebelum beredar dari tapak permainan. Pada masa yang sama kami mengemas segala peralatan, kami telah berbincang beberapa perkara yang mana kami telah analisis daripada pergerakan permainan yang berlaku sebentar tadi. Hal ini kerana dalam penulisan refleksi memerlukan kami melaporkan kekuatan, kelemahan dan juga cadangan untuk penambahbaikan. Kami lakukan sedikit perbincangan bagi mengukuhkan lagi ingatan tentang permainan sebentar tadi.

Kami juga dikehendaki menyediakan laporan permainan dan refleksi berkaitan dengan permainan yang kami anjurkan. Kemudian diserahkan kepada pensyarah pembimbing untuk penilaian yang seterusnya.

GAMBARPermainan Tradisional Tuju Tin

Penganjur dan banner permainan

Penerangan dan pemberian brochure kepada peserta dan penilai

Penggunaan papan markah untuk mengira markah

Demonstrasi permainan

Kaedah lambung syiling

Ragam peserta

Keputusan perlawanan

Pengadil, hakim, pembantu pengadil, penjaga masa, penjaga mata

kawasan susun tin

skittle besar

arah melontar bola

Pembaling

garisan melontar bola

pengadil

tin