kepentingan permainan tradisional

76
Kepentingan permainan tradisional Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara. Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Upload: simon-achan

Post on 27-May-2017

856 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan permainan tradisional

Kepentingan permainan tradisional

Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan

pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin

dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah

kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini  ialah permainan

tradisional kita yang terdiri daripada  congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu,  generasi

muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional  kepada bangsa dan negara.

Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan

kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah

ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan

tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat

permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul.  Sebagai

contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni  yang dilukis dan digunting

dengan cantik nian. Jika permainan  tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah

kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu

pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan

dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan

menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya

kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati

pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta“, setelah

diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan

seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan

pusat peranginan yang terkemuka  di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan

tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri

pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti

peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu

tarikan dalam industri pelancongan.

Page 2: Kepentingan permainan tradisional

Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita

yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan  adanya

permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara

beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk

bermain layang-layang.  Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama

memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat

tentang lelayang mereka.  Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni

dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan

keluarga sendiri.  Senario ini jauh lebih baik daripada  individu yang asyik bermain permainan

komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.

Natijahnya,  permainan tradisional  merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai.

Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada  generasi

kepada generasi, seperti  peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun

zaman beredar,  tetapi segala  warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita

tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut  oleh arus globalisasi.

Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita

Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi  sehingga

mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut

dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana.  Hal ini berkait

rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam

kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita

ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya

selera.  Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk

membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana batang

terguling, di situ cendawan tumbuh.”

Page 3: Kepentingan permainan tradisional

Sesungguhnya,  Kempen Cintai Permainan Tradisional  merupakan salah satu alternatif

yang ampuh untuk mengembang  permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu

dijalankan oleh Jabatan  Kebudayaan dan Kesenian Negara  secara besar-besaran dengan

kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar

dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari  dan rencana untuk

memperkenalkan permainan tradisional  di negara kita, seperti  wau, gasing, congkak dan lain-

lain.  Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain,  pihak media perlu menyedarkan orang

ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara.  Pelbagai

aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti  peraduan karang-mengarang, 

pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.” 

Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut  dan berminat terhadap

permainan tradisional kita.

Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan

kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya

menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional.  Berpaksikan kelab permainan

tradisional, pelajar boleh  diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain

lagi.  Setelah disuntik ilmu itu, pelajar  akan berminat  untuk melibati permainan tradisional

tersebut.  Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan

mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar  secara langsung dalam permainan

tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni

budaya kita terus lenyap dan pupus begitu  sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana ada

kemahuan, di situ ada jalan”, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang

berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk

melegakan tekanan  sebagai kegiatan riadah.

Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit

permainan tradisional dalam masyarakat kita.  Hal ini demikian kerana sebagai  fitrah,  manusia 

memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan

Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan

korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan

Page 4: Kepentingan permainan tradisional

tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa.  Salah satu contoh

yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan

layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat  permainan tersebut dari seluruh dunia untuk

mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional

kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil minum air”.

Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan

dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan

batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa,

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

S

PENGENALAN

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap

daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik

kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-

masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan

itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran

resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

 Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan

ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada

masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan

oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak

raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa

dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola

Page 5: Kepentingan permainan tradisional

kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali

atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang

membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan

mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut

ditamatkan.

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di

waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu

atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau

lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan

objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini

dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara

sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan

menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih

tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Congkak

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak

zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah

datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori

mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang

Page 6: Kepentingan permainan tradisional

dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai

dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah

congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah.

Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan

sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak

mengandungi 14 lubang yang dipanggil “kampung”. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung

papan congkak. Lubang ini dipanggil “rumah”. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya

sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti

merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu

rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan

congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah

satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah

dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan

dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya

buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang

setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung

tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya

buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan

mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir

jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan

boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap

pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup

buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang

kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Page 7: Kepentingan permainan tradisional

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China.

Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.

Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama

kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di

dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya

mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna

hitam dan putih.

Page 8: Kepentingan permainan tradisional

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.

Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China,

oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal

abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling

popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang

melarang panglima (seperti “raja” dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta

“sungai” dan “istana” yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang

dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat

pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi

yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun

1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana

ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan

alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan

pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Page 9: Kepentingan permainan tradisional

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Kho-kho

‘Kho-kho’ merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India.

Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta

kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil

pengubahsuaian daripada satu permainan ‘Lari dan kejar’ di mana seorang pemain akan berlari

dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan

fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9

daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho

ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan

pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang

permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara

berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran

bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain

lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan

“foul”, pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke

had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang

lain sambil berkata “Kho Kho”. Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan

begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan

‘Kho-Kho’ ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

Page 10: Kepentingan permainan tradisional

Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di

India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain,

perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah

terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,

papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes

bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.

Dalam terminologi sanskrit, “Chaturanga” berarti “memiliki empat bagian” dan dalam puisi epos

kepahlawanan kata itu juga berarti “tentara.” Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi

pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi

permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.

Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang

dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan ‘Alī al-Mas’ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni

sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan

ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas’ūdī juga menunjukkan Ivory di India

merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta

memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.

Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj

(chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan

ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui

penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami

perubahan bentuk.

Page 11: Kepentingan permainan tradisional

KABADI

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini

sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia

adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab

dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan,

menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.

Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain.

Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang).

Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan

selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu

pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk

menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya.

Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak

pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika

rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran

pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti

berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan

padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di

luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar,

pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona,

manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul

mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat.

Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua

pembantu penjaring.

Page 12: Kepentingan permainan tradisional

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini

berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada  pembangunan yang

pesat.  Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah

kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang

merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut

dipandang enteng serta mula tersisih  daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai

individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja

dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah  kita membiarkan anak watan berterusan

meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak  perlu

mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara

kita bersesuaian dengan kata peribahasa  di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang

berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-

sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta

mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak

mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak

yang sedang membesar. Ibu bapa perlu  mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak

mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi

tujuan memupuk minat  bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak

mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun  ataupun sebagai hadiah

kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah.  Ibu bapa juga boleh menganjurkan

pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan

secara bersendirian atau bersama dengan rakan-rakan sekerja.

Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil

bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-

layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan

mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim

sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Page 13: Kepentingan permainan tradisional

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan

permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah.  Rentetan daripada

itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan

permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti

Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui

syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional.  Setelah mengetahui secara mendalam

sesuatu permainan itu,  pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional

tersebut.

Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar

tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan,

justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat

mempopularkan permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja.

Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat

dituntut agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif

mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi

peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan

satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini

perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan

dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak

media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan

tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan

sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan

kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus

dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran,  peraduan melukius

poster dan lain-lain lagi. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih

popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.

Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti

permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.

Page 14: Kepentingan permainan tradisional

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi

mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari

luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di

sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan

ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung

membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh

berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan,

tak lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang

bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional

kepada pelancong asing.  Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti

bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan

langkah ini akan membuatkan para pelancong  terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara

yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara

negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan

mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif

yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di

Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan

saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana

sebagai fitrah manusia,  segelintir masyarakat  memang suka bertanding untuk mendapatkan

sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh

bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan

pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke

peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival

Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor  oleh kerajaan negeri Johor dengan

kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang

tersebut  berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk

turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya

memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada

pelancong dalam dan luar negara.

Page 15: Kepentingan permainan tradisional

Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka

termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah

khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia  sedang mengorak langkah

serta bersedia melakukan pecutan akhir  ke arah negara maju pada tahun  2020, kita tidak

seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan

peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh

memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar

meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka

ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi

semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke arah

Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!

Page 16: Kepentingan permainan tradisional

Itu diaa Chateh atau Sepak Bulu Ayam ^^

             

 

Wahhh! ramainya orang yang tengah bermain. Apakah ia?? Ia adalah permainan Sepak Bulu

Ayam sama dengan Chateh. Permainan ini telah popular sejak zaman datuk nenek moyang kita

lagi sehingga kini permainan ini begitu popular dan disukai tanpa mengira usia mahupun agama.

Permainan ini juga boleh dimainkan pada bila-bila masa tapi seeloknya pada waktu petang

dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.:)

Bulu ayam yang digunakan hampir mirip kepada bulu tangkis yang ada pada masa kini.

Cara penyediannya juga tidaklah rumit. Boleh juga menggunakan getah tiub tayar. Getah itu

terlebih dahulu dipotong dengan ukuran pusat kira-kira 4 cm. Getah itu digamkan berlapis-lapis

supaya tebal. Kemudian sebatang paku pendek dicucuk ditengah-tengahnya. Paku itu berfungsi

Page 17: Kepentingan permainan tradisional

sebagai pemberat dan sebagai tempat untuk mengikat pangkal-pangkal bulu ayam.

                     

Permainan ini menekankan kemahiran menimbang bulu ayam menggunakan kaki.

Memandangkan permainan ini perlumbaan mengutip mata, penimbang akan menimbang bulu

ayam sekerap yang mungkin tanpa menjatuhkannya ke tanah. Semakin tinggi jumlah timbangan

semakin tinggilah kemahiran si pemain.Dari segi peraturan.

Pemain yang berjaya membuat banyak timbang dialah yang akan menjadi juara. Bulu ayam

perlulah di sepak dengan tepi tumit atau sebelah dalam kaki. Dalam keadaan tertentu, pemain

dibenarkan menyambut bulu ayam dengan menggunakan kepala, dada atau lutut. Tapi tidak

boleh guna tangan kerana pemain akan dikira kalah atau pun mati. Tetapi kawan-kawan haruslah

ingat timbangan yang dibuat selain dari kaki tidak diterima.

Page 18: Kepentingan permainan tradisional

SEPAK RAGA A.K.A SEPAK TAKRAW

Nampak tak gambar yang dua pemain yang sedang bermain diatas.  Ia adalah permainan

yang di kenali sebagai Sepak Raga juga di kenali sebagai Sepak Takraw. Permainan ini telah

wujud sejak 600 tahun yang lalu. Ia dimainkan oleh golongan bangsawan dan rakyat jelata yang

juga mengemari permainan ini.

Ia dimainkan di kawasan lapang dan luas. Sepak Raga telah berkembang dan dimainkan

bermacam peringkat. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dan bentuk bulatan serta

memerlukan kemahiran mengawal dan menimbang bola..ushhh~ nampak macam susahkan

kawan-kawan.Nama Sepak Raga juga dikenali Sepak Takraw dan diterima di peringkat

antarabangsa.

 

Page 19: Kepentingan permainan tradisional

Mari kita lihat cara-cara bermain Sepak Takraw.

Langkah 1)

Sepak Takraw di mainkan dengan menanduk dan menyepak bola untuk melepasi jaringan dan

memasuki gelanggang lawan. Anggota badan seperti kepala, bahu, dada dan peha boleh

digunakan kecuali tangan.

Langkah 2)

Setiap regu dibarisi 3 pemain dikenali sebagai tekong iaitu pemain yang berada di tengah

manakala pemain kiri dan kanan dikenali sebagai apit kiri dan apit kanan.

Langkah 3)

peringkat perlawanan, setiap pasukan akan diwakili tiga regu dalam setiap regu dan hanya

dibenarkan membuat satu gantian atau pertukaran pemain.

Langkah 4)

Matlamat permainan Sepak Takraw adalah berusaha mematikan bola di gelanggang pihak lawan

sehingga mencapai mata penamat iaitu 21.

Page 20: Kepentingan permainan tradisional

Sebelum bermain kawan-kawan mestilah mengetahui kesalahan pemain.

1. Menyentuh jaring ketika permainan berjalan adalah satu kesalahan. Maka mata atau

servis akan diberikan pada pihak lawan.

2. Pertukaran gelanggang akan dilakukan dalam setiap pusingan.

3. Jika kedudukan mata seri 1-1 pemainan diteruskan dalam pusingan yang ketiga.

4. Didalam pusingan ini, mana-mana regu yang mendahului atau mencapai mata

lapan,pertukaran gelanggang akan dilakukan.

5. Kiran mata kemudian akan diteruskan sehingga ke mata penamatt..

Teeeettttt.

Gambar diatas menunjukkan terdapat tiga sentuhan

a) Sentuhan pertama- mengawal bola.

b) (b) Sentuhan kedua- mengumpan.

c) (c) Sentuhan Ketiga- rejaman.

Page 21: Kepentingan permainan tradisional

Ceper a.k.a Tutup botol

                 

Kawan-kawan tahu tak dulu-dulu punya permainan adalah Ceper juga di kenali sebagai tutup

botol dikalangan masyarakat melayu. Tapi zaman sekarang mungkin dah macam-macam style /

syarat yg diubahsuai untuk jadikan permainan ni lebih thrill..hahha..

 Bermain tutup botol nih perlukan fokus tau kawan-kawan. Ia dapat melatih sifat sabar dalam diri

kitea :)

Page 22: Kepentingan permainan tradisional

orang lama vs orang baru..siap ada "pelapis" kat tepi tu.

Nih la tutup botol yang perlu ada jika kawan-kawan ingin bermain dengan nya^^

 

Page 23: Kepentingan permainan tradisional

Step 1:Kawan-kawan kena serakkan 5 bijik tutup botol tu. pastu angkat 1 tinggalkan 4. pastu

pihak lawan akan tunjukkan yang mana yang nak tembak dulu.

Step 2: kalau nak susahkan pihak lawan kawan-kawan mestilah pilihlah yang bijik tutup botol

yang senand and kawan- kawan gunalah tangan sebelah lagi sebagai penahan untuk kena tutup

botol yang ada halangan.

huhuuhhuuu.. senangkan main tutup botol nih kawan-kawan asalkan kawan-kawan ada niat

untuk mencuba :)

Selamat mencuba~

GOOD LUCK 

Posted by permainan tradisional feradis   at 05:16 No comments:  

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Permainan dahulu kalaa~~ OSOM^^

Page 24: Kepentingan permainan tradisional

Setiap orang ada kenangan masa zaman kecik-kecik dahulu kan???

Mesti kawan-kawan pernah bermain Osom kn?? Tapi apakah Osom itu??

Rock-paper-scissors is a hand game played by two or more people. 

The game is often used as a selection method in a way similar to coin flipping, drawing straws,

or throwing dice .

Did you know how to play Rock-paper-scissors?? let me explain first~

1)The players count aloud to three, or speak the name of the game (e.g. "Rock! Paper! Scissors!"

and

each time raising one hand in a fist and swinging it down on the count.

2)On the third count (saying, "Scissors!" ) the players change their hands into one of three

gestures, which they then "throw" by extending it towards their opponent.

3)players use a fourth count — "Shoot!" — before throwing their gesture, or a version where

they only shake their hands twice before "throwing." Others prefer a five count cadence by

saying "Says Shoot!" 

4)The gesture are like:

Page 25: Kepentingan permainan tradisional

Rock, represented by a clenched fist.

Scissors, represented by the index and middle fingers extended and separated (or

in South Korea, by the thumb and index finger extended).

Paper, represented by an open hand, with the fingers connected (horizontal).

 

The objective is to select a gesture which defeats that of the opponent. Gestures

are resolved as follows:

Rock blunts or breaks scissors: that is, rock defeats scissors

Scissors cut paper: scissors defeats paper

Paper covers, sands or captures rock: paper defeats rock

If both players choose the same gesture, the game is tied and the players throw

again.

Kawan-kawan tahu dekat korea depa pown ada bermain Osom tauu..

kalau tak percaya lihatlah gambar di atas ini..hehehhee~

Page 26: Kepentingan permainan tradisional

Tetiba teringat pula cerita dalam in my heart ^^ yeepii :)

Apa lagii tunggu, jom lah kita  main kawan-kawan.

Posted by permainan tradisional feradis   at 04:33 No comments:  

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Wednesday, 20 March 2013

~GALAH PANJANG~

*Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang

dilakar di atas tanah kosong.

*Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan

pemain.

*Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang.

Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris.

Page 27: Kepentingan permainan tradisional

*Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris.

Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah

bagi pihak yang mengawal gelanggang.

*Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. 

*Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka

mereka boleh menang dengan mudah.

C A R A B E R M A I N

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran,

kecekapan dan kepantansan setiap pemain.

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar

bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang

berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.

2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua

dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang

menempuh gelanggang.

3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang

dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas

pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.

4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan

menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam

gelanggang.

5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang

dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh

penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

Page 28: Kepentingan permainan tradisional

7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi

garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

S Y A R A T P E R M A I N A N

1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau

tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat

giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

Posted by permainan tradisional feradis   at 07:33 No comments:  

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

KONDA KONDI

*Konda-kondi ialah sejenis permainan memukul kayu kecil dengan kayu panjang.

*Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan

pemain, iaitu ketika memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang

dikuis untuk mematikan pihak lawan.

Page 29: Kepentingan permainan tradisional

*Permainan konda-kondi ini merupakan salah satu permainan yang ringkas dan

menyeronokkan. 

Permainan Konda kondi

TUJUAN PERMAINAN 

Permainan ini menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelaknya daripada disambut

oleh pemain lawan. 

KAWASAN PERMAINAN

Kawasan yang terbuka dan lapang 

PERALATAN 

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada: Dua batang kayu kecil berukuran 15cm dan

30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu

yang pendek dipanggil ‘anak’ dan yang panjang dipanggil ‘ibu’Lubang sedalam 15cm juga

dikorek bagi meletakkan kayu panjang. 

CARA BERMAIN

Page 30: Kepentingan permainan tradisional

1. Sediakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran ½ kaki dan satu kayu

panjang berukuran 1 kaki.

2.  Sebuah lubang dikorek di tempat permainan. 

3. Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang. 

4. Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama banyak bilangannya. 

5. Undian di buat bagi menentukan kumpulan mana yang main dahulu. Pemain yang

memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain. 

6. Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat. 

7. Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan dengan

mengunakan kayu panjang.

8.  Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang. 

9. Apabila pihak lawan dapat menangkap kayu pendek, pasukan yang bermain dikira mati. 

10. Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat. 

11. Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah 1. 

12. Mata yang dikumpulkan oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi

mendapatkan jumlah keseluruhan. 

13. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi permainan itu. 

Cara bermain konda kondi

Page 31: Kepentingan permainan tradisional

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B,

jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’. Jika pemain dalam kumpulan B berjaya

menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam

kumpulan A dikira ‘mati’ dan kumpulan B akan memulakan permainan pula. Jika kumpulan

lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek

dikira ‘mati’ dan terpaksa memberhentikan permainan, pemain lain dari kumpulan yang sama,

pemain yang seterusnya pula akan meneruskan permainan.

Posted by permainan tradisional feradis   at 07:19 No comments:  

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

SOROK SOROK (HIDE AND SEEK)

*Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. 

*Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah

pemain yang tidak terhad. 

*Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi

mereka. 

*Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan

dijadikan gelanggang. 

*Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan

Page 32: Kepentingan permainan tradisional

mencari rakan mereka yang menyorok. 

Undian

Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari.

Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain. 

Cara Bermain dan Peraturan

1. Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah

induk. 

2. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. 

3. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang

menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. 

4. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi

dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. 

5. Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan

kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. 

6. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk,

dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. 

7. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok

ditemui. Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang

dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula

ditemui itu akan jadi pencari pula. 

8. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke

rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan

semula. 

Page 33: Kepentingan permainan tradisional

9. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit

rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan

pencari akan tetap memegang peranannya. 

ULI ~

~ GULI ~

sedapnya coklat. yummy. opss. ehh! jangan terkejut jika gambar di atas sebenarnya adalah

GULI?

*o*!

aipp.. tutup mulut dan berhenti buat muka terkejut tu! tengok bawah ni.

Page 34: Kepentingan permainan tradisional

APA KEBENDANYA GULI TU?

tak ramai anak muda zaman kini tahu bagaimana nak main guli ni. kan? iyakan je.

*guli adalah sejenis permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak dan sering

dimainkan pada zaman dahulu selain gasing, congkak, wau dan lain lain.

*malah dinamakan sebagai “Kelereng”

*guli berbentuk bulat, kecil dan mudah dibawa ke mana mana.

*gemar dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun.

Zaman dulu :

potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli.

Selepas Perang Dunia Pertama :

Page 35: Kepentingan permainan tradisional

guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki.

Sekarang :

guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki

kelingking hingga ibu jari kaki.

*Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya.

*Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang.

*Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi

gelanggang bermain guli

Gelanggang:

1. Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m.

Page 36: Kepentingan permainan tradisional

2. Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekukkan di tengah-tengah bulatan.

3. Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah.

4. Lubang tersebut dinamakan lubang induk.

5. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut.

6. Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan.

namun zaman kini permainan guli tidak terhad hanya boleh dimainkan di atas tanah tetapi boleh

dimainkan di atas lantai .

cara membuat gelanggang guli di atas lantai :

1. sediakan peralatan seperti pen marker, pita pelekat dan guli.

2. lukis bulatan di atas lantai seperti gambar di bawah.

3. lekatkan pita pelekat jauh sedikit daripada bulatan sebagai tanda penanda jarak pemain boleh

melontarkan guli.

Page 37: Kepentingan permainan tradisional

4. pemain lontarkan guli dan singkirkan guli pemain yang lain.

5. boleh juga diletakkan kertas bersama pita pelekat untuk lebih jelas dan peka dengan penanda

jarak untuk melontar guli.

6. pemain dengan hasil lontaran yang bagus akan dapat menyingkirkan guli pihak lawan dan

mengutip guli terbanyak. Pemain dengan jumlah guli terbanyak akan memenangi permainan

guli.

Page 39: Kepentingan permainan tradisional

Dewasa ini, permainan tradisional tidak lagi digemari oleh generasi muda malah

kedapatan juga permainan yang telah pupus ditelan zaman. Terdapat banyak faktor yang telah

menyebabkan fenomena ini berlaku. Oleh sebab itu, pelbagai langkah drastik perlu dilakukan

untuk mempopularkan kembali permainana tradisional.

Pada umumnya, permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh

masyarakat tradisional pada zaman lampau. permainan tradisional ini menjadi kebanggaan

masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya. pada

kebiasaannya, permainan tradisional ini dimainkan pada masa lapang, pada perayaan-perayaan

tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim menuai padi. Namun demikian, pada

Page 40: Kepentingan permainan tradisional

hari ini permainan tradisional hanya dimainkan oleh segelintir masyarakat sahaja. Hal ini

sedemikian kerana permainan tradisional yang menjadi lambang kemegahan dan warisan tradisi

masyarakat terdahulu semakin dilupai oleh generasi muda.

Terdapat banyak faktor yang telah menyebabkan permainan tradisional semakin dilupai

oleh masyarakat kini. Faktor utama yang menyebabkan fenomena ini berlaku ialah remaja zaman

sekarang beranggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai

lagi dimainkan. Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer

juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional. Remaja hari ini juga lebih cenderung

kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar dan memerlukan daya saing serta daya tahan

yang tinggi. Hal ini menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupai cara

sesuatu permainan tradisional dimainkan.

Kita, sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama bertanggungjawab dan berganding

bahu untuk mempopularkan kembali permainan tradisional agar terus popular seperti kata

peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. terdapat beberapa langkah untuk

mempopularkan kembali permainan tradisional. langkah pertama yang perlu diambil oleh pihak

kerajaan ialah mewajibkan setiap sekolah di Malaysia mengambil bahagian dalam pertandingan

permainan tradisional sama ada di peringkat sekolah , daerah, negeri dan kebangsaan. Langkah

ini bagi memperkenalkan kembali sesuatu permainan tradisional dan cara-cara memainkannya

agar sentiasa segar dalam ingatan generasi muda. Dalam hal ini, kita amat berasa bangga dengan

usaha Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim yang menganjurkan Festival Layang-layang

Peringkat Antarabangsa yang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Selain dapat memperkenalkan

warisan tradisi masyarakat Malaysia, usaha ini juga dapat menarik kedatangan pelancong asing

datang ke negera kita.

Pihak Kerajaan dengan kerjasama media massa dalam dan luar negera juga memainkan

peranan besar untuk mempopularkan kembali permainan tradisional. pihak kerajaan dan media

massa haruslah mengadakan pelbagai kempen mempromosikan permainan tersebut dengan

mengadakan pameran dan pertandingan berkaitan permainan tradisional. Kempen-kempen ini

perlulah diadakan secara berterusan terutama di tempat-tempat yang dikunjungi ramai

masyarakat tempatan dan para pelancong. Tegasnya apa yang akan dilakukan oleh semua pihak

perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi dan tidak bersifat bagai melepaskan batuk di

tangga sahaja.

Page 41: Kepentingan permainan tradisional

Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memperkenalkan permainan tradisional

kepada anak-anak mereka. Mereka perlu mengajar cara-cara permainan tradisional sejak kecil

lagi. Situasi ini dapat dikaitkan dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah daripada

rebungnya. ibu bapa boleh membelikan anak mereka permainan tradisional seperti gasing,

congkak, wau dan lain-lain lagi. Mereka juga boleh bermain bersama-sama anak mereka. Situasi

ini secara tidak langsung dapat mengeratkan pertalian antara keluarga dan menyelami hati dan

perasaan mereka, ibarat kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Natijahnya semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk sama-sama

mempopularkan kembali permainan tradisional yang semakin pupus. Hal ini amat penting agar

permainan tradisional tetap popular dalam kalangan generasi muda.

PENGENALAN

Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang

dek panaswalaupun popularitinya semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali

permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai

pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita.

Namun begitu, belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali diminati. Jadi,

beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk menghidupkan kembali warisan budaya

bangsa ini.

Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua

peringkat sosial. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat cergas

dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan. Pelbagai hadiah yang menarik wajar

disediakan keranaada gula ada semutnya. Permainan tradisional seperti wau, gasing, galah

panjang, congkak, dan sebagainya sesuai untuk dipertandingkan. Pertandingan ini wajar

dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangat-

hangat tahi ayam. Jadi, penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti

permainan tradisional bangsa kita.

Selain itu, pihak berwajib perlu menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara

untuk menarik pelancong kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat

sagunya. Kebanyakan pelancong mancanegara sudah tentu berminat untuk mengetahui lebih

lanjut tentang permainan tradisional Malaysia yang pelbagai jenis. Kementerian Pelancongan

Page 42: Kepentingan permainan tradisional

wajar melatih generasi muda untuk menjadi duta kecil untuk memperkenalkan permainan

tradisional kepada pelancong asing. Untuk menjadikan permainan tradisional lebih popular,

konsep inap desa turut memasukkan permainan tradisional sebagai acara wajib dalam program

berkenaan. Oleh yang demikian, permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada pelancong

asing dengan lebih berkesan

Satu lagi langkah untuk memperkenalkan permainan tradisional adalah dengan

memasukkan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah atau

institusi pengajian tinggi. Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan

dengan permainan tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kelab-kelab

permainan tradisional hendaklah ditubuhkan dan murid-murid diwajibkan menjadi ahli mana-

mana kelab permainan tradisional yang digemari oleh mereka. Tambahan pula, pertandingan

permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk

memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah tentu

dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi

muda di negara kita

Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya

dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan

kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana

pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan

berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua

pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.

Page 43: Kepentingan permainan tradisional

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan,kini

Malaysia sedang berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada

pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut generasi muda hari ini

lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga seakan melupakan

permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu,

permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana

kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya

bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Dalam hal ini, sebelum

nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan

martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada

kemahuan, di situ ada jalan.Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan

tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan

tradisional di nusa tercinta ini.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenal serta

mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak

mereka. Hal ini demikian keranan kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak

yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak

mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasamelentur buluh biarlah dari

rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh

membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun

Page 44: Kepentingan permainan tradisional

ataupun sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh

menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama

ada dilakukan secara bersendirian atau bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat

memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba

bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, menaikkan layang-layang dan

bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan

sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli

keluarga,bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan

permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada

itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan

permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti

Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui

syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam

sesuatu permainan itu, pelajar akan rasa berminat untuk melibatkan diri dalam permainan

tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka

merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat

masa hadapan. Justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya

dapat mempopularkan permainan tradisional di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita

terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak

cinta, maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang sedang berjuang di

medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan

sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan

tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di

negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara

terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar

dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk

memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain.

Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran

kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara.

Page 45: Kepentingan permainan tradisional

Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-

mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Melalui proses tersebut, permainan

tradisional boleh menjadi lebih popular di merata tempat bersesuaian dengan kata

peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan

tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya

kepada generasi baru.

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan

bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar

dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan

tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak,mereka akan mengajar rakan-

rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak

langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat

Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak

lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Perkara yang sama berlaku apabila pelancong asing

melancong ke Malaysia dan menginap di desa yang mana mereka akan diajar cara-cara bermain

tradisional seperti gasing, galah panjang dan teng-teng. Diharapkan langkah ini akan

membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan

dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara mampu

menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada

masyarakat luar.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandinganmerupakan

inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di

Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan

saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana

sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding dan ’berlaga’ untuk

mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan

(NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis

menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan

hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran

Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan

kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang

Page 46: Kepentingan permainan tradisional

tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk

turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya

memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada

pelancong dalam dan luar negara.

Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka

termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut adalah

khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah

serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju 2020, kita tidak seharusnya

menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan

peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh

memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar

meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka

ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi

semangat habis kapak berganti beliung untuk merialisasikan impian negara tercinta ke arah

Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!.

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai

keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap

keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Lantaran resam yang

majmuk ini, maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional

telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.

Tonggak penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah

keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Keadaan ini membolehkan mereka bekerja dan

berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan

keadaan yang demikian. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk

kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi

semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara

kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh hal yang demikian permainan tradisional

juga dikenali sebagai permainan rakyat antaranya termasuklah guli, congkak, wau, selambut,

sepak raga, gasing dan lain-lain. Namun begitu,akibat daripada kemajuan dunia dalam pelbagai

skop,permainan ini seolah-olah dianaktirikan begitu sahaja oleh masyarakat kita. Oleh

Page 47: Kepentingan permainan tradisional

itu,pelbagai langkah yang pragmatik perlu dilaksanakan dalam usaha menggiatkan permainan

tradisional pada hari ini.

             Keluarga mendukung obligasi yang dominan dalam usaha ke arah menggiatkan

permainan tradisional tanah air. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menghadiahi anak-anak dengan

set-set permainan tradisional sebagai hadiah hari lahir iaitu congkak dan gasing. Melalui langkah

ini,ternyata anak-anak akan berasa terhibur dan teruja selain dapat mengenali warisan nenek

moyang kita .Pada waktu senggang, ibu bapa boleh membawa setiap ahli keluarga mereka

bermain permianan tradisional ini agar anak-anak akan mempunyai semangat untuk bermain

permainan ini memandangkan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bahkan,ibu

bapa juga mampu menyerapkan minat terhadap permainan ini dalam kalangan anak-anak dengan

menggalakkan mereka menyertai pertandingan permainan tradisional di peringkat sekolah

mahupun anjuran badan-badan bebas. Hal ini dapat  mencambahkan minat generasi muda untuk

terus berkecimpung dalam tradisi permainan ini. Golongan pascamerdeka khususnya generasi

baru sepatutnya menyanjung dan menjunjung warisan budaya kita persis peribahasa Melayu

yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu,setiap ahli keluarga terutamanya ibu

bapa memikul tanggungjawab murni untuk mempopularkan permainan tradisional negara kita.

Selain itu,permainan tradisonal juga dapat digiatkan dengan adanya peranan daripada

pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memainkan peranan dengan menganjurkan kelab permainan

tradisionald dalam aktiviti kokurikulum. Dalam hal ini,pihak sekolah perlu memastikan kelab ini

bergerak secara aktif bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Pelajar sekolah perlu diberi

galakkan untuk menyertai kelab ini kerana dapat didedahkan dengan pelbagai jenis permainan

tradisional yang boleh menjadi salah satu hobi mereka. Sebagai contoh, permainan

congkak,permainan gasing dan permainan batu seremban.Bahkan, pelajar juga dapat

mendominasi teknik bermain permainan warisan ini dengan tepat dan betul. Dengan itu, mereka

akan lebih menguasai permainan ini kerana mereka telah belajar dengan orang yang

berpengalaman dan profesional kerana jauhari jua yang mengenal manikam. Pihak sekolah

boleh menjemput pihak luar seperti orang perseorangan yang mahir dalam sesuatu permainan

tradisonal untuk mengajar asas dan teknik permainan. Pelajar akan dibimbing secara efektif

dengan pihak yang berkemahiran itu.Sebagai contoh, dalam permainan congkak, pelajar dapat

Page 48: Kepentingan permainan tradisional

mengetahui  tentang guli yang dikenali sebagai buah dan kawasan pemain dikenali sebagai

rumah. Pihak sekolah juga boleh menggiatkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar

sekolah dengan menyediakan lebih banyak alatan permainan ini. Hal ini mencerminkan dengan

jelas sekiranya mereka sukar mendapatkan permainan ini,minat mereka mulai pudar dan

beranggapan peluang untuk mendekatkan diri dengan permainan amat nipis. Alatan permainan

tradisonal juga sukar diperoleh di pasaran dan kebiasaannya amat terhad. Pelajar akan menemui

kesukaran untuk membeli alatan permainan pusaka nenek moyang ini. Dengan cara membeli

alatan permainan ini terus daripada kilang,kos untuk membelinya menjadi bertambah murah.

Dengan itu, pihak sekolah dapat membelinya dalam kuantiti borong yang banyak. Dengan

adanya pelbagai permainan tradisional yang dibekalkan oleh pihak sekolah,pelajar akan

berminat  untuk bermain permainan ini. Bukan sahaja pelajar yang menyertai kelab ini,bahkan

semua pelajar boleh mencuba untuk bermain permainan tradisional ini. Masalah seperti

kekurangan peralatan untuk bermain tidak akan timbul lagi. Pihak sekolah juga boleh menjadi

pendukung utama dalam mempopularkan permainan tradisonal dalam kalangan pelajar sekolah

dengan menyediakan tempat-tempat permainan ini. Hal ini akan memudahkan mereka untuk

bermain dalam suasana yang selesa dan kondusif. Mereka menyediakan padang untuk bermain

gasing dan kawasan yang luas untuk bermain wau. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk

menggiatkan permainan dalam kalangan masyarakat dapat dilaksanakan dengan adanya peranan

pihak sekolah dalam memikul obligasi tersebut kerana kalau tidak dipecahkan ruyung

manakan dapat sagunya.

Dalam fasa itu,masyarakat memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam

menjayakan usaha ini. Pihak masyarakat wajar memberikan sokongan terhadap permainan

tradisional dengan menubuhkan kelab permainan tradisonal di tempat tinggal. Dengan wujudnya

kelab-kelab seperti ini seperti kelab sepak raga,kelab congkak dan kelab wau, usaha untuk

membaja kembali permainan ini akan menjadi lebih mapan. Hal ini demikian kerana dengan

adanya kelompok besar masyarakat yang memperjuangkan warisan ini, permainan tradisional

tidak akan lapuk dek hujan,tidak akan lekang dek panas. Hal ini berbeza sekiranya perjuangan

mempertahankan permainan hanya mengharapkan sebilangan kecil rakyat Malaysia

kerana sebatang lidi amat mudah dipatah-patahkan berbanding seberkas

lidi.Pastinya,dengan penglibatan bilangan komuniti yang ramai,usaha untuk mempopularkan

Page 49: Kepentingan permainan tradisional

permainan nenek moyang ini tidak akan menjadi sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tambahan

lagi, masyarakat perlu berusaha untuk mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan

perumahan mereka. Hal ini dapat menarik perhatian penduduk sekitar beriadah sambil

memainkan permainan ini. Pelbagai pertandingan berkisarkan permainan tradisional dapat

dianjurkan di tapak itu bagi mengelakkan permainan ini daripada terus berkubur begitu sahaj

tanpa mendapat sebarang pembelaan. Oleh hal yang demikian, pihak masyarakat perlu

berganding bahu dalam mengetengahkan permainan tradisional agar permainan ini akan terus

utuh berdiri dalam arus perdana.

Langkah yang paling afdal bagi memajukan permainan tradisional ialah kerajaan

hendaklah mengadakan lebih banyak lagi kempen dan promosi yang progresif menerusi media

massa serta media cetak bagi mendedahkan masyarakat  tentang peri pentingnya kita menjaga

warisan nenek moyang kita iaitu permainan tradisional yang sudah lama wujud di negara kita ini.

Kita acap kali diperdengarkan mengenai peribahasa yang berbunyi sesal dahulupendapatan,

sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas

permainan ini pupus ditelan zaman. Dengan itu, Kementerian Warisan dan Kebudayaan telah

mengambil langkah bagi mempopularkannya dengan mengadakan kempen seperti kempen “Jom

Main Permainan Tradisional” dan pertandingan ‘Festival Layang –Layang Antarabangsa’ yang

merupakan rencah maslahat untuk memajukannya. Langkah tersebut penting supaya ahli

masyarakat tidak kira dari dalam negara mahupun  luar negara mendapat pendedahan dan

mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak

kenal, maka tak cinta. Bukan itu sahaja, kerajaan juga boleh menetapkan satu bulan sebagai

‘Bulan Permainan tradisional’.Oleh hal yang demikian,dengan adanya langkah proaktif tersebut,

kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi

yang akan datang.

            Minat yang mendalam terhadap permainan tradisional seperti wau,layang-layang,sepak

raga, gasing dan sebagainya tidak mencukupi sekiranya tiada kemudahan untuk

memainkannya.Bagi menangani isu ini, kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau

gelanggang permainan tradisional untuk memudahkan rakyat  bermain permainan ini.

Pembinaannya pula hendaklah di tempat-tempat yang strategik seperti di sekitar taman

Page 50: Kepentingan permainan tradisional

perumahan supaya setiap lapisan masyaarkat lebih-lebih lagi golongan belia dapat menghabiskan

waktu senggang mereka dengan bermain permainan tradisional. Selain itu,jurulatih yang terlatih

juga patut disediakan di setiap gelanggang bagi mendidik para pemain tentang cara-cara sebenar

untuk memainkannya. Gandingan kedua-dua ini dapat menambahkan bilangan peminat

permainan tradisional di seluruh negara sekali gus mempopularkannya di mata dunia. Sekolah

juga memainkan peranan penting dalam memajukan permainan tradisional ini. Oleh itu, kerajaan

boleh menetapkan pemainan tradisional sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah.

Kelab Permainan Tradisional juga boleh ditubuhkan serta pihak sekolah boleh menjadikan

permainan tradisional sebagai salah satu acara dalam sukan. Kerjasama yang erat antara kaum

ibarat aur dengan tebing dalam permainan ini  dapat meningkatkan perpaduan dan merapatkan

hubungan silaturahim antara satu sama lain sekali gus visi kudsi 1 Malaysia untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara perpaduan dapat digarap sepenuhnya.

            Secara tuntas, pelbagai pihak memainkan peranan yang sepada dalam usaha

mempopularkan permainan tradisional. Oleh itu, mereka perlulah mengambi langkah yang

vital,imperatif ,kritis dan pragmatik supaya dapat memanifestasikan generasi pelapis negara yang

tidak akan lupa akan warisan mereka ibarat kacang lupakan kulit. Generasi pada hari ini perlu

digarap agar menghargai dan menjunjungi pusaka warisan mereka sejak dari rebung lagi.

Barulah warisan permainan tradisional akan terus hidup subur dalam kehidupan masyarakat kita.

Generasi muda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan warisan ini tidak hanyut

ditelan zaman. Sekarang tibalah waktunya anak-anak remaja yang merupakan generasi

penggerak wawasan menimba sebanyak ilmu pengetahuan agar dapat digunakan dalam usaha

memelihara permainan tradisional ini pada masa akan datang. Oleh itu, semua pihak perlulah

berganding bahu bagai lebah menghimpun madu,agar impian ini tidak akan dipersia-siakan

begitu sahaja dan terus dapat dihidupkan dari semasa ke semasa.

Page 51: Kepentingan permainan tradisional

Permainan Tradisional

Definisi

Permainan yang dimainkan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi masa

senggang.

Merupakan satu cara masyarakat pada zaman dahulu berhibur kerana pada masa tersebut

tiada media elektronik yang boleh menghiburkan mereka.

Terdiri daripada gasing, wau, dam haji, galah panjang, ketingting bulu ayam, tarik upih,

konda kondi

Faktor Kepupusan Budaya Tradisional

Page 52: Kepentingan permainan tradisional

1. Kegilaan terhadap permainan yang menggunakan teknologi moden menyebabkan

permainan tradisional terus terpinggir. 

2. Sikap segelintir generasi pada masa kini yang menganggap permainan tradisional adalah

ketinggalan zaman dan hanya wujud pada zaman puntung asap sahaja haruslah dikikis. 

3. Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini yang telah menjadi

kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja.

4. Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan kegemilangan permainan 

tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan. 

Langkah-Langkah 

1. Warisan nenek moyang ini akan luyput ditelan zaman jika tiada usaha untuk

menggemilangkan kembali tradisinya. 

2. Tiada lagi deraian ketawa jiran tetangga dan rakan taulan yang mengiringi setiap langkah

permainan seperti gasing dan wau.

3. Jangan kita biarkan nostalgia nenek moyang hanya tinggal dalam lipatan sejarah yang

dikuburkan sendiri oleh cucu-cicitnya yang tidak tahu menghargai warisan bangsa.

4. Kecenderungan masyarakat moden untuk hidup seperti ‘enaun dalam belukar,

melepaskan pucuk masing-masing’ menyebabkan permainan tradisional ini hanya tinggal

dalam buku-buku dan majala-majalah sahaja.

5. Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris pusaka tradisi nenek moyang

yang terbilang.

6. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan warisan ini kerana

permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan silam yang perlu

dipertahankan.

7. Permainan tradisional merupakan sumber hiburan utama masyarakat silam tetapi kini

perkembangan teknologi moden telah merubah segala-galanya.

8. Permainan tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri dan merupakan warisan

budaya bangsa Malaysia. Hilang budaya, maka lenyaplah sesuatu bangsa.

9. Sudah tiba masanya langkah-langkah konkrit diambil bagi mempertahankan permainan-

permainan tradisional ini. Jika tidak permainan-permainan ini akan lenyap ditelan

zaman. 

Page 53: Kepentingan permainan tradisional

10. Kita tidak harus membiarkan sahaja warisan bangsa dibawa oleh angin lalu kerana

sejarah yang berlaku banyak mengajar kita akan erti kehidupan yang sebenar. Justeru,

hubungan yang renggang dapat dieratkan dengan adanya permainan tradisional seperti

congkak, konda kondi, dan ketinting bulu ayam ini. 

11. Kita tidak mahu anak bangsa kita menjadi manusia robotik yang hanya tahu

menggunakan mesin sahaja tetapi tandus dalam hubungan sosial dengan masyarakat.

12. Kita perlu mewujudkan acuan sendiri dan tidak terikut-ikut dengan budaya hedonisme

masyarakat barat. 

13. Kita tidak mahu menjejaskan ikatan kemesraan jika hanya tinggal di dalm mahligai indah

tanpa bergaul dengan masyarakat sekitar akibat terlalu asyik dengan permainan

komputer. 

14. Kita tidak harus bersikap dingin terhadap warisan bangsa kita hingga meminggirkan

khazanah yang amat berharga dan menjadi daya tarikan pelancong asing ke negara kita. 

15. Janganlah kita menjadikan asakan pengaruh video, televisyen, internet dan pawagam

sebagai alasan untuk tidak mempopularkan permainan ini kepada golongan muda.

Kesimpulan

1. Biar sebagus mana sekalipun permainan moden, permainan tradisional tidak patut sekali-

kali dipinggirkan.

PERMAINAN TRADISIONAL 

PENDAHULUAN 

Permainan tradisional ialah permainan yang kerap dimainkan oleh orang-orang dahulu kala pada

masa senggang mereka. Antara jenis-jenisnya – wau atau layang-layang, gasing, congkak, ting

ting. Tetapi kini, permainan tradisonal tidak popular kerana disaingi oleh permainan moden

seperti bola sepak, badminton, hoki, ragbi atau permainan komputer.

Page 54: Kepentingan permainan tradisional

Sejarah Permainan Tradisional 

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai

keturunan.Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap

keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Hal demikian ini

termasuklah suka bergotong royong menjalankan kegiatan ekonomi, dimana ikatan itu terus

diperkukuhkan dan dipereratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam

yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisonal

telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang

bangsa Melayu suatu ketika dahulu Asas penting menjamin kesinambungan ialah keseragaman

cara hidup nenek moyang masyarakat Melayu. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada

individu ke individu tidak berbeza. Membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa sama.

Apabila musim menuai berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisinya

dengan kerja-kerja sampingan. Tempoh peralihan antara musim ini digunakan untuk

mengadakan keramaian serta pesta.Apabila sesuatu permainan di adakan di sesebuah kampung,

penduduk berdekatan akan hadir memeriahkan pesta. Akan mewujudkan interaksi sosial di

antara penduduk kampung. Oleh itu permainan tradisonal dikenali sebagai permainan rakyat.Ada

permainan tradisonal sekarang tidak dimainkan tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk

nenek sahaja.Tetapi ada juga yang masih dimainkan sehingga hari ini. 

Jenis Permainan Tradisional 

congkak gasing guli sepak raga jaring wau atau layang-layang Ketin ting selambut galah

panjang 

Kepentingan / Kebaikan Permainan Tradisional 

1. Permainan ini dapat melahirkan masyarakat yang berdaya tahan. permainan tradisional itu

suatu ketika dahulu digemari oleh penduduk tempatan terutamanya lapisan kanak-kanak

Page 55: Kepentingan permainan tradisional

termasuk orang dewasa tanpa mengira jantina dan umur. Seperti lumba lari dalam guni,

lumba menaiki upih (pelepah pinang), menganyam ketupat, main wau atau layang-layang,

lambung getah dan banyak lagi.

2. Permainan tradisional ini dapat mengeratkan tali siratulrahim Komunikasi semasa bermain

mengeratkan perhubungan.Suasana mesra dapat mengenali antara satu sama lain. Malah

dapat bertemu jodoh.

3. Perselisihan faham juga dapat diatasi dengan mudah. Perasaan tidak puas hati tentang sesuatu

dapat dileraikan apabila perhubungan yang mesra. Masalah perhubungan yang dihadapi akan

terhapus secara semula jadi

4. Menjadi Warisan budaya bangsa Malaysia. Permainan tradisional mempunyai keunikan yang

tersendiri. Nilai tradisional yang tidak sama dengan permainan zaman moden. Hilang

budaya, maka lenyaplah sesuatu bangsa.

5. Mempunyai keunikannya tersendiri, mudah dimainkan dan menyeronokkan. Permainan

tradisional ini hanya menuntut ketrampilan dan ketajaman akal. Misalnya, permainan

congkak menguji minda seseorang pemain untuk menangkis langkah helah pihak lawan.

Gasing pula menekankan kesabaran dan ketekunan kepada gasing perlu dilarik dengan hati-

hati agar seimbang dan dapat berputar pada paksinya untuk tempoh yang lama 

Langkah-langkah Mempopularkan Permainan Tradisional 

1. Generasi muda didedahkan dengan permainan tradisional ini Diperkenalkan di sekolah –

sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Penubuhan persatuan permainan dan sukan di

sekolah seperti Kelab Permainan Tradisional, aktiviti pertandingan antara pelajar sekolah

atau peringkat daerah dan negeri.

2. Peranan media elektronik Sistem televisyen tempatan sama ada kerajaan dan swasta harus

lebih gigih menyiarkan rancangan tentang cara-cara bermain permainan tradisional ini.

Page 56: Kepentingan permainan tradisional

Dilaksanakan secara kreatif dan inovatif pasti dapat menarik minat mendalam terutama

kepada generasi muda.

3. Peranan Kementerian Penerangan, Komunikasi , Kebudayaan dan Warisan Menganjurkan

pertandingan dan tunjuk cara serta pameran permainan tradisional bagi menarik minat para

pelancong dari dalam dan luar negara.Pesta Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor.

4. Peranan Kementerian Belia dan Sukan Melalui persatuan-persatuan belia harus berusaha

mengetengahkan beberapa jenis permainan kepada ahli-ahli dan menjadikannya sebagai

aktiviti pertandingan. Permainan tradisional ini dapat dijadikan hobi oleh kaum muda juga-

orang dewasa kerana asyik dan menarik dimainkan. Dapat menghindarkan daripada terjebak

dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, berfoya-foya dan berpeleseran

5. Peranan syarikat swasta atau korporat Menaja pertandingan permainan tradisonal ini.

Penyertaan terbuka kepada orang ramai Menjadi penganjur atau menyediakan hadiah-hadiah

yang menarik. Pertandingan dijalankan di kawasan lapang atau tempat tumpuan orang ramai

–seperti Pesta Layang-Layang di Pasir Gudang,Johor.