kertas kerja-pergerakan-asas

12
KERTAS KERJA PERGERAKAN ASAS 1.0 TAJUK Pergerakan Asas Lokomotor, Pergerakan Asas Bukan Lokomotor dan Manipulasi Alatan. 2.0 PENGENALAN Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Pergerakan asas boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang dihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-pergerakan badan (Susan Capel, 1986). Menurut Gallahue (1996) pula, beliau menegaskan bahawa pendidikan Jasmani merupakan satu aktiviti yang meluangkan sebahagian otot besar yang mendorong dan membangunkan ‘belajar untuk bergerak’ dan ‘belajar melalui pergerakan’. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek seperti ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan dan kemahiran gimnastik. Pergerakan asas juga merupakan salah satu pergerakan yang penting untuk kecerdasan fizikal kerana melalui kemahiran ini murid dapat dilatih untuk menjadi lebih cergas, aktif dan kreatif di dalam 1

Upload: sohib91

Post on 30-Nov-2014

7.241 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja-pergerakan-asas

KERTAS KERJA PERGERAKAN ASAS

1.0 TAJUK

Pergerakan Asas Lokomotor, Pergerakan Asas Bukan Lokomotor dan Manipulasi

Alatan.

2.0 PENGENALAN

Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama

iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan

Kemahiran Asas Fizikal. Pergerakan asas boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang

dihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-

pergerakan badan (Susan Capel, 1986). Menurut Gallahue (1996) pula, beliau

menegaskan bahawa pendidikan Jasmani merupakan satu aktiviti yang meluangkan

sebahagian otot besar yang mendorong dan membangunkan ‘belajar untuk

bergerak’ dan ‘belajar melalui pergerakan’. Pergerakan asas dibahagikan kepada

dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada

tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi

alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek seperti ritma

asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan dan kemahiran gimnastik.

Pergerakan asas juga merupakan salah satu pergerakan yang penting untuk

kecerdasan fizikal kerana melalui kemahiran ini murid dapat dilatih untuk menjadi

lebih cergas, aktif dan kreatif di dalam bidang sukan. Pergerakan asas terdiri

daripada tiga aspek pergerakan iaitu:

1. Lokomotor

2. Bukan lokomotor

3. Manipulasi alatan.

Lokomotor

Pergerakan yang dilakukan sambil beralih tempat

Tapak sokongan berubah tempat

1

Page 2: Kertas kerja-pergerakan-asas

Contoh: mengguling, menggelongsor, merangkak, berjalan, berlari, melompat,

melompat layang, melompat ketingting, skip, gallop, memanjat, dan

grapevine.

Bukan Lokomotor

Pergerakan yang dilakukan tanpa beralih tempat

Tapak sokongan tidak berubah

Contoh: memusing, berbuai, mengilas, menyokong, membengkok,

membongkok, menolak, menarik, merebah, membangkit, meringkuk, dan

meregang.

Manipulasi Alatan

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah

untuk mempelajari kemahiran asas sukan.

Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti bola kecil, bola besar,

gelung rotan, tali, batang rotan dan relang getah (squaid).

3.0 MATLAMAT

Matlamat penghasilan kertas kerja ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan

tentang pergerakan asas dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran bahawa

tubuh badan sebagai perantaraan untuk pergerakan. Selain itu, pengetahuan ini

amat penting bagi :

Membolehkan kanak-kanak menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk

melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan

Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak

Mendorong kanak-kanak mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan

elemen-elemen pergerakan iaitu ruang, masa, beban, aliran dan sebagainya

2

Page 3: Kertas kerja-pergerakan-asas

Memperolehi pengalaman tentang keadaan alam fizikal seperti masa, jarak,

hala, bentuk, saiz, kepantasan dan lain-lain

Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan

Untuk perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek

4.0 OBJEKTIF

Kertas kerja yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

Meneroka pergerakan dengan menggunakan pelbagai bahagian tubuh badan

Bergerak dengan kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu ruang,

masa, beban dan aliran

Melakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema, dengan

menggunakan alatan

Mengisi masa lapang kanak-kanak dengan aktiviti berfaedah

Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

5.0 TARIKH :

6.0 MASA :

7.0 TEMPAT :

8.0 PANDUAN PERLAKSANAAN DEMONSTRASI

1.

Mengguling ke sisi sambil melambung bola ke atas

2.

Memusing ke sebelah kanan dan kiri sambil melantun bola

3

Page 4: Kertas kerja-pergerakan-asas

3.

Menggelongsor ke hadapan sambil meleret bola ke hadapan

4. Merangkak ke hadapan sambil melantun bola

5.

Menghayun tangan serta menghayun bola

6. Grapevine ke sisi sambil memutar bola

7.

Mengimbang tubuh badan sambil berbuai bola

8.

Berjalan ke hadapan sambil melambung bola ke atas dan menangkap

9.

Mengilas badan ke kiri dan kanan serta menghayun bola

10.

Berlari ke hadapan sambil melantun bola ke bawah

11.

Menyokong tubuh badan dengan menggunakan kaki dan satu

tangan serta memutar bola ke kiri dan ke kanan

4

Page 5: Kertas kerja-pergerakan-asas

12.

Melompat sambil meleret bola ke hadapan

13.

Membengkok lutut sambil mengimbang bola

14.

Melompat ketingting ke hadapan sambil melambung bola ke atas

15.

Membongkok tubuh badan sambil mengimbang bola di belakang leher

16.

Skip ke hadapan di atas papan anjal sambil melantun bola ke bawah

17.

Menolak ke depan di atas peti longgol sambil meleret bola ke hadapan

18.

Gallop ke hadapan sambil menghayun bola ke kiri dan kanan

19.

Rebah selepas bola dilambung ke atas dan disambut menggunakan tangan

20.

Bangkit dengan perlahan sambil melantun bola ke bawah

5

Page 6: Kertas kerja-pergerakan-asas

SENARAI SEMAK DAN BILANGAN PERGERAKAN

Bil Lokomotor Bkn

Lokomotor

Manipulasi

Alatan

Bahagian

Anggota

Variasi

Aras

1 mengguling - melambung atas bawah

2 - memusing melantun atas tinggi

3 menggelongso

r

- meleret atas bawah

4 merangkak - melantun atas sederhana

5 - menghayun menghayun atas tinggi

6 grapevine - memutar atas tinggi

7 - imbang berbuai atas tinggi

8 berjalan - melambung atas tinggi

9 - menggilas menghayun atas tinggi

10 berlari - melantun atas tinggi

11 - menyokong memutar atas tinggi

12 melompat - meleret atas tinggi

13 - membengkok imbang bawah sederhana

14 lompat

ketingting

- melambung atas tinggi

15 - membongkok imbang belakang sederhana

16 skip - melantun atas tinggi

17 - menolak meleret bawah rendah

18 gallop - menghayun atas tinggi

19 - rebah melambung atas rendah

20 - bangkit melantun atas tinggi

Jum 10 10 20 20 20

6

Page 7: Kertas kerja-pergerakan-asas

SENARAI ALATAN BERAT DAN ALATAN RINGAN

BIL ALATAN BERAT ALATAN RINGAN

1. Tilam Bola gimrama

2. Bangku Panjang Skital

3. Papan anjal

4. Peti Lombol

RUMUSAN

Pergerakan asas merupakan satu pergerakan yang banyak menggunakan daya

kreativiti seseorang itu. Ia sangat penting bagi murid-murid sekolah rendah kerana

pada usia ini, mereka perlu mempelajari daya kreatif supaya pertumbuhan dan

perkembangan mereka dari segi kognitif dapat berkembang dengan pesat. Selain

itu, pergerakan ini juga boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian supaya

seseorang itu dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih teratur dan

terkawal.

Kesimpulannya, pergerakan asas ini perlu dilaksanakan di semua sekolah

terutamanya sekolah rendah supaya murid-murid ini lebih cergas dan cerdas serta

dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial.

7

Page 8: Kertas kerja-pergerakan-asas

RUJUKAN

1. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi(2008), Perkembangan

Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat

Tahun, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shah Alam.

2. Mok Soon Sang (2002), Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma

Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shah Alam.

3. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan(2003),

PsikologiPendidikan, PTS Publication & Distribution Sdn Bhd, Bentong.

8

Page 9: Kertas kerja-pergerakan-asas

Pergerakan 6

Pergerakan 11 Pergerakan 7

Pergerakan 12 B Pergerakan 5

Pergerakan 10 Pergerakan 8

Pergerakan 13

Pergerakan 9 Pergerakan 4

Pergerakan 3

C Pergerakan 14 Pergerakan 2

Pergerakan 1

Pergerakan 15 Pergerakan 19 dan 20

Pergerakan 16

Pergerakan 18

D E

MULA Pergerakan 17

PELAN ALIRAN PERGERAKAN ASAS

bbbbbbbbbssfs

A

A : tilam, B : bangku panjang, C : skital, D : papan anjal, E : peti lombol