kertas kerja kem kepimpinan pengawas 2016 edited

10
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ, KETIOR 33000 KUALA KANGSAR, PERAK. KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN UNIT BADAN PENGAWAS DAN DISIPLIN SK SULTAN ABDUL AZIZ TARIKH : 16 APRIL 2016 TEMPAT :

Upload: rahimi-wahab

Post on 12-Jul-2016

1.081 views

Category:

Documents


131 download

DESCRIPTION

kertas kerja, kem kepimpinan, pengawas sekolah, SKSAA

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas 2016 Edited

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ, KETIOR33000 KUALA KANGSAR, PERAK.

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN UNIT BADAN PENGAWAS DAN DISIPLIN

SK SULTAN ABDUL AZIZ

TARIKH : 16 APRIL 2016

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK SULTAN ABDUL AZIZ, KETIOR,

33000 KUALA KANGSAR, PERAK.

Page 2: Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas 2016 Edited

1.0 BUTIRAN AM

Tajuk : Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas

PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas SK Sultan Abdul

Aziz.

Anjuran : Unit Badan Disiplin dan Pengawas dan Unit Bimbingan

dan Kaunseling

Penasihat : Tn Hj Mohd Azhanim bin Mohd Yusoff (Guru Besar)

Pengerusi : Pn Noorzirah binti Pandak (PK Hal Ehwal Murid)Timbalan Pengerusi 1 : En Jamil bin Ibrahim (PK Pentadbiran)

Timbalan Pengerusi 2 : Pn Rothiah binti Abdul Rahim (PK Kokurikulum)

Setiausaha : En Norahimi bin Abdul Wahab

Bendahari : Pn Wahida binti Ibrahim

Tempat : Makmal Komputer SKSAAK

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)

Jumlah Peserta : 42 Orang

2.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Badan Disiplin dan

Pengawas SK Sultan Abdul Aziz, Ketior. Program ini melibatkan semua

pengawas sekolah, ketua darjah dan penolong ketua kelas. Tujuan utama

penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu

pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan

untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang

pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk

meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah

pengalaman serta memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk

memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman

sesama jurulatih dan pihak-pihak luar dalam memantapkan lagi profesionalisme

mereka. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang

Page 3: Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas 2016 Edited

cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi

mengharumkan nama sekolah.

3.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman, serta kelulusan daripada pihak

pentadbiran sekolah mengenai penganjuran Kursus Kepimpinan Peringkat

Sekolah.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :

4.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan

modul program jati diri.

4.2 Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses

melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.

4.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan

persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat

membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.

4.4 Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan

akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap

para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

5.0 MASA, TARIKH & TEMPATTarikh : 16 April 2016 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 12.00 petang

Tempat : Makmal Komputer SK Sultan Abdul Aziz

Penceramah : En Roslan bin Ahmad Fuad

PK Kokurikulum SK Sungai Siput

(Mantan Kaunselor SK Sultan Idris II)

Page 4: Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas 2016 Edited

6.0 SASARAN42 orang murid termasuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua

Darjah dan Penolong Ketua Darjah Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz,

Ketior..

7.0 KANDUNGAN PROGRAM Ceramah Kepimpinan

Menerangkan erti sebenar kepimpinan dan menjadikan murid tahu

tanggungjawab mereka di sekolah sebagai seorang pemimpin.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri murid

dengan menceritakan idea mereka dan berkongsi dengan rakan-rakan. LDK juga

membantu murid untuk menerapkan kerjasama antara satu sama lain dan

perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Muhasabah Diri

Membantu murid merenung kembali kelebihan dan kelemahan diri mereka.

kelebihan yang ada dalam diri akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus

berjaya dan yakin dengan kebolehan diri. Kelemahan yang ada dalam diri perlu

diatasi dengan cara yang positif dan bukan hanya mengalah begitu sahaja.

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Jumlah(RM) Perbelanjaan Jumlah(RM)Sumbangan

PIBG

RM210.00 Persegaran

Sijil Penyertaan

RM150.00

RM 60.00

JUMLAH RM210.00 RM210.00

Page 5: Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas 2016 Edited

Sumber Jumlah(RM) Perbelanjaan Jumlah(RM)Bimbingan dan

Kaunseling

RM250.00 Penceramah

Fail / Lampiran

Sijil Penyertaan

RM120.00

RM 84.00

RM 46.00

JUMLAH RM250.00 RM250.00

9.0 ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI7.40 pagi - 8.00 pagi Pendaftaran

8.00 pagi – 8.30 pagi Ucapan dan perasmian oleh Tuan Guru

Besar, Tn Hj Azhanim b Hj Mohd Yusof

8.30 pagi - 9.30 pagi Ceramah Kepimpinanan 1

9.30 pagi - 10.30 pagi LDK 1

10.30 pagi – 11.00 pagi REHAT

11.00 pagi - 12.00 tengahari Ceramah Kepimpinan 2

12.00 tengahari Bersurai

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat TN HJ MOHD AZHANIM BIN MOHD YUSOF

Pengerusi PN NOORZIRAH BINTI PANDAK

Timbalan Pengerusi 1 EN JAMIL BIN IBRAHIM

Timbalan Pengerusi 2 PN ROTHIAH BT ABDUL RAHIM

Setiausaha EN NORAHIMI BIN ABDUL WAHAB

Bendahari PN WAHIDA BT IBRAHIM

Page 6: Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas 2016 Edited

AHLI JAWATANKUASA

PERSIAPAN TEMPAT1. Pn Jalineh bt Saidi

2. Pn Mas Ayu binti Mohamad

SIARAYA1. En Muhairi bin Othman

SIJIL / CENDERAMATA1. Pn Nora binti Abdul Rahim

2. Pn Balqis binti Yahaya

KAWALAN MURID1. En Zaini bin Mohd Noordin

JURUGAMBAR1. Pn Wahida binti Ibrahim

PUBLISITI1. En Muhairi bin Othman

PENGACARA MAJLIS1. En Mohd Helmi Affindi bin Ali

JAMUAN1. Pn Samilah binti Mat Nah

2. Pn Murni binti Mat Arip

FASILITATOR1. En Mohd Azani bin Amdan

2. En Abdul Syukor bin Othman

3. Cik Noor Amirah binti Meor

Jamaluddin

4. Cik Nur Jannah binti Azizi

BACAAN DOA1. En Mohamad Solih Puat bin

Kasim

BUKU PROGRAM1. En Abdul Syukor bin Othman

12.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan

semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pemimpin di

SK Sultan Abdul Aziz, Ketior. Menyedari pentingnya keterampilan dan

keunggulan pemimpin umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap

dalam kalangan pelajar SK Sultan Abdul Aziz, Ketior. Diharapkan kem ini akan

memudahkan dan boleh membantu para peserta dalam menjalankan tugasnya

dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai

objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua peserta

sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan

pelajar di sekolah yang semakin mencabar.

Sekian.

Page 7: Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas 2016 Edited

Disediakan oleh:

………………………...............……..

(NORAHIMI BIN ABDUL WAHAB)Setiausaha,

Kursus Kepimpinan

Unit Badan Pengawas dan Disiplin

SK Sultan Abdul Aziz, Ketior.

Disemak oleh:

........................................................................

(PN NOORZIRAH BINTI PANDAK)Pengerusi,

Kursus Kepimpinan

Unit Badan Pengawas dan Disiplin

SK Sultan Abdul Aziz, Ketior.

Disahkan oleh:

..........................................................................

(TN HJ MOHD AZHANIM BIN MOHD YUSOFF)Penasihat

Kursus Kepimpinan

Unit Badan Pengawas dan Disiplin

SK Sultan Abdul Aziz, Ketior.