kem. bacaan

71
MENTAKSIR BACAAN (KEMAHIRAN MEMBACA) MJ

Upload: ezzatulnadeeraidris

Post on 09-Jul-2016

91 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kem. Bacaan

MENTAKSIR BACAAN(KEMAHIRAN MEMBACA)

MJ

Page 2: Kem. Bacaan

Tutorial :

Mengaplikasikan teknik botom up bagi membantu murid membaca ayat mudah.

Mengaplikasikan teknik top-down bagi membantu murid memahami petikan.

Membina petikan bacaan bertajuk faedah membaca (bina soalan secara literal dan inferens bagi petikan tersebut)

Membincangkan cara pentaksiran dalam membaca.

Page 3: Kem. Bacaan

DEFINISI MEMBACA Membaca – Satu cara untuk mendapatkan informasi dari sesuatu yang

ditulis.– Melibatkan pengenalan simbol yang menyusun sebuah bahasa (http://id.wikipedia.org/wiki/Membaca) – Membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang

bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis (Harris & Sipay,1980)

– Bacaan adalah keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.

(Kenedy, 1981)– Membaca adalah pelakuan yang kompleks dan tidak dapat

diperhatikan. (Morohaini Yusoff, 1989)

Page 4: Kem. Bacaan

Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985;137)

membaca dianggap sebagai menggabungkan beberapa kemahiran iaitu kemahiran penglibatan yang diskriminatif (untuk mengenal & membezakan bentuk-bentuk huruf), kemahiran mengingat, mendengar, & membezakan bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf, menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan & berkebolehan pula memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat untuk menterjemah & memahami apa yang dibaca.

Page 5: Kem. Bacaan

• Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami apa yang disuarakanmaka murid itu tidak dikira pandai membaca.Pumfrey (1977)

Satu proses pemikiran yang membina Zulkefli Hamid (1994)

Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya.

Deboer dan DallmanMembaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea tang dilambangkan melalui penulisan

Page 6: Kem. Bacaan

Juriah Long (1990) pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan yang penting sahaja. Ia juga memberi tumpuankepada kebolehan memproses bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis dalam bacaan.

KPM (1998) para pelajar harus cekap membaca dan memahami pelbagai bahan dengan kritis dan analitis.

KAMUS DEWAN membaca ialah suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

Page 7: Kem. Bacaan

KESIMPULAN- Satu proses kompleks yang perlu seseorang menguasai sub-kemahiran yang berkaitan dengan asas-asas bacaan- Sebelum pelajar menguasai kemahiran membaca, mereka perlu menguasai, mengenal huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi, mengenal sistem ejaan dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.- Membaca adalah asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan yang boleh menjadikan individu sebagai rujukan sama ada kepada diri sendiri ataupun orang lain. 

Page 8: Kem. Bacaan

KAEDAH-KAEDAH MEMBACA• Kaedah Fonik –Kaedah mengajar membaca yang menekankan bunyi

huruf

• Kaedah Abjad –Kaedah mengajar membaca yang menekankan hafalan huruf – Murid diajar menghafal nama huruf, vokal, konsonan,

suku kata, mengeja perkataan dan latihan membaca ayat-ayat pendek 

Page 9: Kem. Bacaan

Kaedah Pandang dan Sebut (Kaedah seluruh perkataan (whole language)

- Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata - Perkataan dicerakinkan - Proses yang sama diulang – Aktiviti utama: memandang & menyebut

- Kaedah VAK- Kaedah VAKT

Page 10: Kem. Bacaan

TEORI PROSES MEMBACA

Membaca adalah satu proses membina jambatan antara maklumat yang terdapat pada permukaan bertulis dengan maklumat yang terkandung dalam pemikiran membaca. Pemahaman boleh berlaku apabila pembaca mendapat banyak maklumat ketika membaca. Sekitar awal abad ke-20,bidang pendidikan yang berkaitan dengan membaca dan proses menguasai maklumat.

Page 11: Kem. Bacaan

TEORI AHLI SAINS KOGNITIF

Kajian berkaitan minda dan kecerdikan manusia. Bidang falsafah, psikologi, kepintaran artificial, sains saraf, linguistik dan antrapologi digabungkan bagi memahami cara manusia memperoleh kecerdikan menerusi fungsi otak.

Page 12: Kem. Bacaan

PROSES MENGENAL SIMBOL

 Bagi proses mengenal huruf sebagai simbol ketika aktiviti membaca dijalankan pancaindera penglihatan sangat penting. Simbol bertulis dibuat penulis melalui idea, maklumat,dan pesanan. Seterusnya, ditukar kepada bentuk simbol huruf atau proses pengekodan.

Page 13: Kem. Bacaan

PENGHANTARAN SIMBOL

Dihantar kepada pembaca dalam bentuk kertas bercetak atau paparan elektronik. Tugas pembaca ialah menerima kod-kod tersebut dan cuba memecahkan kod-kod dalam bentuk bahasa yang difahami. Proses ini dikenali sebagai mendekod dan asas dalam memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis.

Page 14: Kem. Bacaan

PROSES MEMECAHKAN KOD

 Mengenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis iaitu bentuk huruf, format penulisan dan bahasa yang digunakan. Aktiviti membaca akan berhenti apabila pembaca tidak dapat memecahkan kod.

Page 15: Kem. Bacaan

KEMAHIRAN MEMECAHKAN KODBoleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh

membaca dengan serta-merta & tidak memerlukan masa yang panjang untuk membaca.

Boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan orang lain seperti guru dan sebagainya.

Melibatkan bacaan mekanis iaitu membunyikan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang dengan intonasi, nada dan gaya membaca yang betul.

Bacaan mekanis biasanya dilaksanakan di tahap satu atau di peringkat kelas permulaan.

Ia merupakan salah satu cara untuk melatih murid membunyikan perkataan, menyebut, nada & intonasi suara dengan sempurna.

Page 16: Kem. Bacaan

KEFAHAMAN

> Dalam aktiviti membaca, murid boleh memahami. Dalam erti kata lain, murid dapat menangkap dengan pantas makna tentang sesuatu perkara yang dibacanya itu.

> Murid-murid juga dapat memberikan pendapat sendiri & boleh menggunakan perkataannya sendiri dalam menghurai apa yang dibacanya itu.

> Melibatkan bacaan senyap atau mentalis, iaitu bacaan yang disuarakan di dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara.

> Bacaan ini lazimnya lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana tidak memerlukan nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya.

Page 17: Kem. Bacaan

Kecekapan MembacaKuasai kemahiran lisan (blh menyebut

bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa, kenal huruf lambang pada bunyi/fonem, menginati bunyi dan gabungkan membentuk perkataan, farasa dan ayat.

Perlu kuasai cara penyebutan perkataan mengikut penyukuan kata yang betul, menguasai penyebutan ayat-ayat dengan intonasi, tekanan, hentian dan nada yang betul dan kepantasan yang sesuai.

Page 18: Kem. Bacaan

Kefahaman bacaan

Tahu makna (konsep tersendiri @ ikut ayat)Faktor yang mempengaruhi keluasan

perbendaharaan kata dan penguasaan istilah-istilah teknikal.

Ciri ketatabahasaan menyebabkan perkataan berubah, khususnya perkataan mengalami proses morfologi, cth membezakan makna perkataan ‘menuruni’ dan ‘ menurunkan’, ‘masakan’ dan ‘masakkan’, ‘keterangan’ dan ‘penerangan’.

Page 19: Kem. Bacaan

- Satu proses komunikasi (penulis dan pembaca, tetapi agak pasif berbanding lisan)- walaubagaimanapun mental pembaca bergerak aktif

Page 20: Kem. Bacaan

LANGKAH MEMAHAMI

Pembaca mempunyai latar belakang dan pengalaman yang banyak dalam hidup.

Apabila pembaca mempunyai asas pengetahuan yang tinggi, banyak interprestasi bahan yang dibacanya. Pembaca juga lebih memahami teks sekiranya kandungan teks tersebut banyak dikaitkan dengan pengalaman latarnya.

Page 21: Kem. Bacaan

Model interaktif mencadangkan pembaca membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih maklumat daripada semua makna seperti grafem, fonemik, morfem, sintaksis & semantik tanpa mematuhi mana-mana set arahan. Pembaca pada masa yang sama menggunakan semua peringkat proses membaca.

Model ini juga menggunakan cetakan teks sebagai input & makna sebagai output. Bagaimanapun pembaca yang menetapkan input dan mereka berinteraksi dengan teks, memilih menggunakan sedikit isyarat daripada teks bagi tujuan membina makna.

Page 22: Kem. Bacaan

model transactionalBill Huitt (1994), peringkat ini mengandungi tiga sub-

kategori, iaitu pelakuan guru, pelakuan murid dan keadaan kelas yang mana ketiga-tiganya saling bertindak. Pelakuan guru mengandungi tiga perkara pokok iaitu, perancangan (planning), pengurusan (management) dan pengajaran (instruction).  Perancangan ialah segala aktiviti yang dirancangkan oleh guru untuk berinteraksi dengan murid. Pengurusan bermaksud kawalan kelas, iaitu bagaimana guru mengawal pelajarnya supaya semua terlibat dengan aktiviti pembelajaran. Pengajaran pula bermaksud panduan sebenar yang diberi oleh guru semasa menyampaikan isi pelajaran.

Page 23: Kem. Bacaan

Kategori kedua, iaitu pelakuan murid/ pelajar ialah apa-apa sahaja yang pelajar akan lakukan dalam bilik darjah, seperti menulis, mendengar, menyoal, bekerja dan sebagainya.  Dan yang dimaksudkan dengan keadaan kelas ialah sama ada kelas itu sesuai atau tidak; seperti gelap, terlalu panas, terlalu sejuk, terlalu bising atau sebaliknya selesa dan kondusif.

Page 24: Kem. Bacaan

Guru, murid dan kelas sama-sama memainkan peranan untuk melahirkan out put yang diharapkan.  Jika ada kekurangan di mana-mana satu daripada 3 komponen ini, maka akan menjejaskan output, atau dalam kata lain, objektif tidak tercapai sepenuhnya.

Page 25: Kem. Bacaan

Perkara ketiga dalam modul ini ialah input.  Ia merujuk kepada keadaan guru dan pelajar sebelum memasuki kelas.  Perkara ini termasuklah perkara-perkara seperti sikap guru, pengetahuan, kepercayaan, pemikiran, kemahiran interaksi, pengalaman, kemahiran manipulatif dan juga personaliti.  Demikian juga, dengan pelajar.  Banyak perkara yang ada pada pelajar yang memberi implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran, seperti kebolehan, kemahiran dalam bidang-bidang tertentu, latar belakang keluarga, personaliti dan lain-lain. 

Page 26: Kem. Bacaan

RujukanMahzan Arshad (2009). Pendidikan literasi Bahasa Melayu:

Satu pendekatan bersepadu. Kuala    Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Radha Nambiar, Noraini Ibrahim & Pramela Krish (2008). Penggunaan strategi pembelajaran Bahasa dalam kalangan pelajar tingkatan dua. Jurnal e-Bangi. Jil 3,Bil 3.

Yahya Othman (2003). Mengajar Membaca: Teori & Aplikasi Pahang: PTS Publications.

Zulkifliey Hamid (2006). Aplikasi psikolinguistik: Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kuala Lumpur: PTS Profesional

Page 27: Kem. Bacaan

Model Membaca

Model Bawah ke Atas (Bottom Up)Model Atas ke Bawah (Top Down) Model Interaktif

Page 28: Kem. Bacaan

Gough, 1972,1985 Bottom up model Pembaca membina teks

daripada unit yang terkecil bermula daripada huruf, kemudian menjadi perkataan dan seterusnya membentuk ayat. (Yahya 2004)

Page 29: Kem. Bacaan

MODEL BOTTOM-UP(dari bawah ke atas)Pengajaran membaca bermula dengan guru

membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau terkini. Guru membincangkan beberapa isitilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas. Guru juga membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan topik perbincangan dengan lebih terperinci. Murid membaca teks dan cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu setelah guru membahagikan teks untuk bacaan.

Page 30: Kem. Bacaan

Teori Bawah ke Atas memperlengkapkan pelajar-pelajar dengan alat untuk “memecahkan kod” ( crack the code ) dalam prinsip abjad yang membolehkan mereka untuk mengajar diri sendiri mendekod perkataan yang mereka tahu dan perkataan baru serta memahami pembacaan (Chall, 1979; Flesch, 1955).

Page 31: Kem. Bacaan

Antara beberapa pendapat mengenai model ini adalah; Tujuan pertama membaca adalah mempelajari kod atau prinsip abjad. Pembaca mesti belajar mengubah daripada bunyi kepada huruf.

Page 32: Kem. Bacaan

Antara beberapa pendapat mengenai model ini adalah;

Tujuan pertama membaca adalah mempelajari kod atau prinsip abjad. Pembaca mesti belajar mengubah daripada bunyi kepada huruf.

Page 33: Kem. Bacaan

Pembaca memproses unit linguistik yang terkecil dahulu dan beransur-ansur menyusun unit terkecil bagi memahami unit yang lebih besar iaitu binaan ayat. Makna teks diharapkan hadir secara semula jadi yang diasaskan kepada pengetahuan lalu pembaca berkaitan perkataan, makna dan pola sintaksis bahasa itu.

Pendekatan membina (Bawah ke atas) Pendekatan ini berpegang pada konsep bahawa pembelajaran harus bermula daripada unsur-unsur bahasa yang kecil dan bergerak kepada unsur yang lebih besar.

Page 34: Kem. Bacaan

MODEL TOP-DOWN(dari atas ke bawah)

Guru membahagikan teks kepada murid kerana proses pengajaran bermula dengan teks. Guru juga perlu meminta murid mengambil perhatian terhadap istilah-istilah penting yang tidak difahami oleh murid. Murid akan mencari makna perkataan yang tidak difahami dalam kamus. Murid diarah mencari isi-isi penting dalam petikan dan pemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap perenggan agar keseluruhan petikan dikenalpasti.

Page 35: Kem. Bacaan

Model Atas ke Bawah Top Down Model Psikolinguistik Goodman (1967,1970) Teori atas ke bawah memperlakukan bacaan sebagai “ psycholinguistic guessing game ” (Goodman, 1967).

Page 36: Kem. Bacaan

Membaca bukanlah hanya menyentuh kepada huruf dan perkataan, akan tetapi interaksi pemikiran dan bahasa yang membolehkan penekaan terhadap makna sesebuah teks. Goodman(1967) juga menyimpulkan bahawa membaca bukanlah proses mendekod tetapi merupakan proses semantik dan sintasis bagi memdapatkan makna daripada teks.

Page 37: Kem. Bacaan

Mengfokuskan kepada peranan pembaca di mana pembaca memainkan peranan utama semasa memahami teks yang dibacanya. Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa bagi meramalkan teks dan mengurangkan kebergantungannya kepada cetakan teks dan bunyi bahasa.

Page 38: Kem. Bacaan

Menurut teori ini perkembangan literasi sepatutnya berlaku dalam persekitaran yang kaya dengan literasi dengan mengajar perkataan-perkataan dalam bentuk kontektual dan secara relavan. Dengan mengfokus kepada kemahiran mendekod adalah dianggap sebagai mengganggu dan menjejaskan perkembangan literasi kerana ia mengenepikan fungsi literasi dan akhirnya menghilangkan motivasi terhadap membaca. (Goodman & Goodman, 1979)

Page 39: Kem. Bacaan

model interaktif

Menurut Yahya Othman (2004) model ini mngandaikan membaca sebagai proses yg aktif bg membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dengan teks & juga sbg pola berbentuk pusingan dgn maklumat tekstual & aktiviti mental pemmbaca wujud pada kdua-dua tahap, atas ke bawah dan bawah ke atas secara serentak.

Page 40: Kem. Bacaan

Contoh

Page 41: Kem. Bacaan

. Dalam pendekatan ini kanak-kanak diperkenalkan dengan huruf dan suku kata dahulu sebelum diajar perkataan-perkataan yang bermakna. Di antara kaedah yang menggunakan pendekatan ini adalah: Kaedah abjad Kaedah gabung kata Kaedah fonetik.

Page 42: Kem. Bacaan

Kaedah Abjad Pengenalan abjad Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad: a b c…... x y z Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan

Page 43: Kem. Bacaan

Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar Ajar abjad sebagai permulaan perkataan Contoh a untuk adik, ayam,abang dan ayah

Page 44: Kem. Bacaan

Murid diajar membentuk dan membaca suku kata: ba be be bi bo bu hingga za ze ze zi zo zu Murid di ajar mencantumkan suku kata dengan sukukata Bu bu Ba ba

Page 45: Kem. Bacaan

Membaca ayat - Bibi buka buku - Bibi baca buku - Buku Bibi baru

Page 46: Kem. Bacaan

Kebaikan Kebaikan kaedah ini memberi

peneguhan kepada pengenalan abjad. Akan tetapi sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali semua abjad untuk diajar membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan sebahagian konsonan yang kerap

digunakan mereka telah boleh membaca.

Page 47: Kem. Bacaan

MASALAH BACAAN

melalui aktiviti bacaan nyaring, , manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.

Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

Page 48: Kem. Bacaan

a) Membuang/meninggalkan (omission)Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan

ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut ’uah”, ”kering” disebut ”kerin”. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;

”Buku itu sangat tebal. ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.

Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.

Page 49: Kem. Bacaan

b) Ulangan (repetition)

Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

Page 50: Kem. Bacaan

c) Gantian (substitute)Menggantikan huruf atau perkataan dalam

ayat yang dibaca, misalnya ”ladang” disebut ”lalang”. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.

Page 51: Kem. Bacaan

d) Tambahan (insertion)Bunyi huruf atau perkataan ditambah

semasa membaca, misalnya “buah” disebut “buwah”. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut;

”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak.”

Page 52: Kem. Bacaan

e) Pembalikan (reversals)

Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh ;

”Bala” disebut ”laba”, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

Page 53: Kem. Bacaan

f) Tidak kenal huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak- kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak- kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna.

Page 54: Kem. Bacaan

g) Salah sebutanSalah sebutan terjadi akibat kanak-kanak

tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

Page 55: Kem. Bacaan

PUNCA MASALAH MEMBACAPunca masalah membaca adalah rumit

dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :

i. Faktor fizikalii. Faktor kognitif dan bahasaiii. Faktor emosi, persekitaran, dan

pendidikan

Page 56: Kem. Bacaan

Faktor Fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).

Page 57: Kem. Bacaan

Faktor Kognitif dan Bahasa

Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

Page 58: Kem. Bacaan

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-

faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.

Page 59: Kem. Bacaan

a) Faktor Dalaman Menurut Marohaini Yusoff (1999), Faktor dalaman yang

mempengaruhi masalah pembacaan pembaca dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada. 

i) Kecerdasan Sekiranya pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, mudah bagi mereka memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca tanpa perlu menggulang dan meneliti berulang kali sebaliknya sukar bagi pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah. Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca. Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing dalam matapelajaran yang dipelajarinya.

Page 60: Kem. Bacaan

ii) Pengalaman Sedia adaPengalaman sedia ada yang terbatas juga merupakan salah

satu faktor dalaman pembaca yang mengalami masalah membaca. Pengalaman sedia ada ini diperolehi daripada kehidupan seharian pembaca. Kesemua pengalaman dan pengetahuan sedia ada ini diperolehi di rumah, didikan ibu bapa, sekolah, sosiobudaya dan sebagainya. Sekiranya seseorang pembaca itu hidup dalam suasana keluarga yang mempunyai tabiat membaca, pembaca tersebut akan terdorong untuk membaca walaupun secara tidak langsung. Pengalaman menjadi kayu ukur tahap kebolehan membaca dengan lancar dan mudah fahaman terhadap sesuatu yang dibaca. Kadang-kala terdapat juga sebilangan kecil pembaca yang hidup disuasana budaya membaca namun kemudah fahaman sesuatu yang dibaca ditahap yang rendah. Hal disebabkan, tahap kemampuan kognitif pembaca tersebut ditahap yang rendah untuk menerima dan menilai sesuatu amalan tersebut khususnya membaca. 

Page 61: Kem. Bacaan

 iii) Kebolehan berbahasaPembaca yang tidak luas tahap pembacaan

dan lemah dalam tatabahasa ditambah pula dengan kehidupan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa dialek kedaerahan menambahkan lagi masalah kesukaran seseorang pembaca untuk membaca. Mungkin mereka mampu untuk memahamkan diri mereka apa yang dibaca dan mungkin juga mereka manghadapi masalah penyampaian terhadap sesuatu struktur ayat yang dibaca. 

Page 62: Kem. Bacaan

b) Faktor Luaran 

masalah membaca merupakan faktor yang bukan berpunca dari dalam diri seseorang individu tetapi faktor yang dapat dilihat dan diketahui menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah dalam membaca. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca masalah membaca. Ianya berkaitan dengan faktor fizikal pembaca, persekitaran dan bahan bacaan itu sendiri.  

Page 63: Kem. Bacaan

i) Faktor fizikal pembaca Aspek penglihatan1. Juling – Fokus kedua-dua biji mata ke arah yang sama

mengakibatkan imej yaang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya. 

2. Rabun dekat ( myopia) – tidak dapat melihat pada jarak yang jauh 

3. Rabun jauh – tidak dapat melihat jarak yang dekat 

4. Astigmatism – penglihatan kabur akibat kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina 

5. Amblyopiks – satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak. 

Page 64: Kem. Bacaan

Aspek pendengaran

1. Kerencatan pendengaran sementara. 

2. Kerencatan pendengaran kekal. 

Page 65: Kem. Bacaan

ii) Persekitaran Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa

perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara- perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar belakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kara mereka. Ia juga berlaku terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman sedia ada juga turut mempengaruhi keberkesanan proses membaca. 

Guru bertindak sebagai pencetus kepada keinginan membaca, manakala rakan sebaya pula menjadi pemangkin kepada minat untu terus membaca..

Page 66: Kem. Bacaan

iii) Bahan Bacaan Marohaini Yusoff (1999) dipengaruhi juga oleh bahan bacaan

tersebut melalui pelbagai aspek. Antara aspek tersebut ialah perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan bacaan, penggunaan ayat sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan bacaan, serta penggunaan bahan grafik untuk menarik minat pembaca. Bahan ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk memberi gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca. Aspek-aspek yang dinyatakan memainkan peranan penting dalam menjadikan bahan bacaan menarik dan mudah difahami. Dengan daya tarikan serta tahap kemudahan bahan bacaan, seseorang yang membacanya lebih mudah tertarik untuk meneruskan bacaan selain memudahkan pemahaman melalui bacaan tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan, matlamat proses membaca akan berjalan dengan baik.

Page 67: Kem. Bacaan

Fungsi Mentaksir Kemahiran Bacaan

Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran bacaan seperti sebutan, tanda baca, tatabahasa dan lain-lain.

Mengenalpasti masalah murid dari segi memecahkan kod, mengenal perkataan, kelancaran seterusnya kefahaman  tentang bahan yang dibaca.

Guru dapat mengesan aspek kelemahan murid dan mengambil langkah-langkah pemulihan yang sepatutnya.

Page 68: Kem. Bacaan

Cara Pentaksiran Kemahiran BacaanSenarai semak

Analisis Ralat

Bil Kemahiran Menguasai

Tidak Menguasai

Catatan

. MEMBACA                        

4.1 Membina dan membaca suku kata4.2 Membina dan membaca perkataan dan 

rangkaikata4.3 Menambah perbendaharaan kata4.4 Membaca dan memahami ayat dalam

konteks4.5 Membaca dan memahami bahan yang

dibaca4.6 Membaca mengikut arah cara yang betul4.7. Bercerita tentang bahan yang dibaca4.8 Membuat kesimpulan/rumusan

Page 69: Kem. Bacaan

Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Bacaan  Menggunakan Senarai Semak

1. Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat. Contohnya mengesan kelemahan murid dari segi kefasihan membaca.

2.  Guru memilih kaedah mentaksir iaitu menggunakan senarai semak3.  Menyediakan instrumen pentaksiran misalnya borang senarai semak

termasuk kriteria-kriteria yang diuji contohnya peninggalan,penambahan, penggantian,salah sebutan, teragak-agak, terbalik, meninggalkan tanda baca dan pengulangan.

4.  Guru menentukan  pendekatan yang sesuai contohnya membaca cerita pendek.

5.  Guru melaksanakan pentaksiran semasa sesi P&P iaitu menanda  kesilapan-kesilapan yang berlaku pada borang senarai semak.

6.  Menganalisis skor atau prestasi murid dalam borang senarai semak  yang telah disediakan

7.  Membuat tindakan susulan.

Page 70: Kem. Bacaan

Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Bacaan  Menggunakan Senarai Semak

Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat. Contohnya mengesan kelemahan murid dari segi kefasihan membaca.

Guru memilih kaedah mentaksir iaitu menggunakan senarai semak

Menyediakan instrumen pentaksiran misalnya borang senarai semak termasuk kriteria-kriteria yang diuji contohnya peninggalan,penambahan, penggantian,salah sebutan, teragak-agak, terbalik, meninggalkan tanda baca dan pengulangan.

Page 71: Kem. Bacaan

- Guru menentukan  pendekatan yang sesuai contohnya membaca cerita pendek.- Guru melaksanakan pentaksiran semasa sesi P&P iaitu menanda  kesilapan- kesilapan yang berlaku pada borang senarai semak.- Menganalisis skor atau prestasi murid dalam borang senarai semak  yang telah disediakan.- Membuat tindakan susulan.