kem motivasi

13
Motivasi UPSR 2013 SJK (C) NANG KIANG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA NANG KIANG SIBU SARAWAK KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2013 PERINGKAT SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA NANG KIANG Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Cina Kefahaman, Bahasa Cina Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka SJK (C) Nang Kiang ingin mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR. 2.1Memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan lebih awal sebelum menduduki UPSR 2.2 Memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan. 2.3 Melatih pelajar menjawab contoh soalan UPSR sebelum menduduki UPSR yang sebenar Ke arah kecemerlangan UPSR 1.0 Muqadimah 2.0 Objektif

Upload: apple-tang

Post on 30-Nov-2015

88 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kem Motivasi

Motivasi UPSR 2013 SJK (C) NANG KIANG

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA NANG KIANG

SIBU SARAWAK

KERTAS KERJAPROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2013

PERINGKAT SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA NANG KIANG

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6 sahaja. Ujian ini

merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi

pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa

Cina Kefahaman, Bahasa Cina Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan

kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka SJK (C) Nang Kiang ingin mengadakan

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat persiapan

yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR.

2.1 Memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan lebih awal sebelum menduduki UPSR

2.2 Memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan.

2.3 Melatih pelajar menjawab contoh soalan UPSR sebelum menduduki UPSR yang sebenar

2.4 Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam

bidang akadamik mahupun sosial.

“KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR” 《美好未来,此刻出发》

Unit Bimbingan dan Kaunseling, SJK (C) Nang Kiang, Sibu Sarawak.

Ke arah kecemerlangan UPSR

1.0 Muqadimah

2.0 Objektif

3.0 Tema

4.0 Anjuran

5.0 Perasmi

Page 2: Kem Motivasi

Motivasi UPSR 2013 SJK (C) NANG KIANG

Cadangan Perasmi Majlis Pembukaan Program Motivasi ialah:

Perasmian Pembukaan oleh Encik Ong Boon Hiang

Program ini akan diadakan pada 02 Ogos 2013 (Jumaat )

Program ini akan diadakan di SJK (C) Nang Kiang.

Program ini mensasarkan murid tahun 4,5 dan 6 SJK (C) Nang Kiang.

Ceramah Motivasi

A. Ceramah motivasi kecemerlangan UPSR kepada murid tahun 6 yang akan disampaikan oleh

guru yang berpengalaman dan berpengetahuan.

Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Kong Chee Mee.

B. Ceramah teknik menjawab soalan UPSR subjek Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris.

Teknik menjawab soalan Bahasa Cina – Cikgu Kong Chee Mee - SJK (C) Ek Thei

Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu – Cikgu Ting Sing Mee – SK Perbandaran Sibu No.4

Teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris – Cikgu Wong Su Shiang – SJK (C) Nang Kiang

(Sila lihat lampiran A)

Ke arah kecemerlangan UPSR

6.0 Tarikh

7.0 Tempat

8.0 Sasaran

9.0 Perisian Program

10.0 Struktur Organisasi

11.0 Aturcara Program

Page 3: Kem Motivasi

Motivasi UPSR 2013 SJK (C) NANG KIANG

(Sila lihat lampiran B)

(Sila lihat lampiran C)

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya

dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama

ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa

jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan,

pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh :-

.......................................................Tang Kui HungSetiausahaProgram Motivasi KecemerlanganUPSR Tahun 2013SJK (C) Nang KiangSibu Sarawak

Disemak oleh:-

..................................................Yu Siew PingGuru PK 1SJK (C) Nang Kiang

Ke arah kecemerlangan UPSR

13.0 Penutup

12.0 Anggaran Belanjawan

Page 4: Kem Motivasi

Motivasi UPSR 2013 SJK (C) NANG KIANG

Sibu Sarawak

Disahkan oleh:-

...........................................Ong Boon HiangGuru BesarSJK (C) Nang KiangSibu Sarawak

CARTA ORGANISASISEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2013

SJK (C) Nang Kiang, Sibu Sarawak

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENASIHAT ONG BOON HIANG

PENGERUSI TANG KUI HUNG

SETIAUSAHA TANG KUI HUNG

Ke arah kecemerlangan UPSR

Lampiran A

Page 5: Kem Motivasi

Motivasi UPSR 2013 SJK (C) NANG KIANG

BENDAHARI YU SIEW PING

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2013

PENDAFTARAN : KUO POH SHIIN ,LAU SU GINGPERHIASAN : WONG SU SHIANG, KONG MING TINGJURUACARA : PUA GEOK CHENGMAKANAN & MINUMAN : YU SIEW PING, LAU SIONG PINGKEBERSIHAN & DISIPLIN : YU SIEW PING, TANG KUI HUNGPA SISTEM & LCD : HUONG YEW HOJURUFOTO : LAU SIONG PINGSUSUNAN MEJA&KERUSI : KUO POH SHIN, LAU SU GINGBUKU PROGRAM : TANG KUI HUNGSIJIL/HADIAH : NGU SIAW HUNG

Aturcara Program(CERAMAH MOTIVASI)

1120 pm Pelajar mendaftar diri1130 pm Majlis Pembukaan

Nyanyian Lagu Negaraku, Ucapan Guru Besar1200 pm Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR oleh Cikgu Kong Chee Mee0100 pm Teknik menjawab soalan Bahasa Cina oleh Cikgu Kong Chee Mee0200 pm Rehat0215 pm Teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris oleh Cikgu Wong Su Shiang0315 pm Teknik menjawab soalan Bahasa Malaysia oleh Cikgu Ting Sing Mee0415 pm Majlis Penutupan

Penyampaian sijil & cenderahatiUcapan Guru BesarNyanyian Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah

Ke arah kecemerlangan UPSR

Lampiran B

Page 6: Kem Motivasi

Motivasi UPSR 2013 SJK (C) NANG KIANG

0430 pm Minuman petang dan bersurai

ANGGARAN PENDAPATAN

Peruntukan Bimbingan & Kaunseling RM 365.60

JUMLAH KESELURUHAN RM 365 . 6 0

ANGGARAN BELANJAWAN

JAMUAN RM 96.00 Makan TengahariGuru 12 x RM4.00

Murid 12 x RM4.00

CENDERAMATA RM 270.00

Sagu hati penceramah BC & Motivasi RM 150.00Sagu hati penceramah BM RM 100.00Sagu hati penceramah BI RM 20.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 365 . 5 0

LAPORAN PROGRAM KEM MOTIVASISJK(C)NANG KIANG

TAHUN 2013

Tarikh:02-08-2013(Jumaat )Tempat :Bilik SumberMasa : 1200-0530 petang

Pada hari itu, Kem Motivasi telah bermula pada pukul 1130pm. Murid berdaftar pada pukul 1120pm. Murid yang menyertai Kem Motivasi ini adalah murid Tahun 4,5,dan 6 iaitu seramai 12 orang murid.

Pada sesi permulaan, perhimpunan dijalankan bagi mengalu-alukan kedatangan penceramah dari luar. Selepas itu, sesi ceramah telah bermula. Terdapat 4 sesi aktiviti bagi program Kem Motivasi pada hari itu iaitu sesi pertama, ceramah motivasi kecemerlangan UPSR, sesi kedua iaitu Teknik menjawab soalan

Ke arah kecemerlangan UPSR

LAMPIRAN C

Page 7: Kem Motivasi

Motivasi UPSR 2013 SJK (C) NANG KIANG

Bahasa Cina, sesi ketiga iaitu Teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris dan sesi keempat adalah Teknik menjawab soalan Bahasa Malaysia.

Penceramah yang dijemput adalah Cikgu Kong Chee Mee dari SJK (C) EK Thei memberi ceramah bagi sesi BC, Cikgu Ting Sing Mee dari SK Perbandaran Sibu No4 memberi ceramah bagi sesi BM dan Cikgu Huong Yew Ho dari SJK(C) Nang Kiang memberi ceramah bagi sesi BI. Masa yang diperuntukan untuk memberi ceramah adalah mencukupi bagi setiap penceramah dalam sesi. Isi penyampaian yang disampaikan oleh penceramah adalah penting bagi semua murid. Sesi yang dijalankan dengan lancar dan baik pada hari itu.

Semua guru SJK(C) Nang Kiang telah menghadiri setiap sesi ceramah. Diharap penyampaian yang disampaikan oleh penceramah dapat membantu guru SJK(C) Nang Kiang memajukan keputusan murid sekolah kami. Selepas habis ceramah, guru matapelajaran berkomunikasi dengan penceramah.

Pada 5 Ogos, guru besar telah bermesyuarat dengan semua guru untuk melaporkan isi penyampaian yang disampaikan oleh penceramah pada hari Kem motivasi iaitu:

Cikgu Pua Geok Cheng memaklumkan teknik menjawab soalan Bahasa Cina:(a) Jika ingin berjaya, perlu membuat persediaan yang mencukupi.(b) Mesti percaya ada keesokan hari.(c) Terdapat 5 sifat iaitu: Sifat mendengar, sifat bercakap, sifat membaca, sifat

menyoal, dan sifat hati.(d) Mesti sentiasa motivasi murid supaya murid yakin pada diri sendiri.(e) Kekuatan kemahiran menulis karangan amat penting bagi murid mendapat skor

A.

Cikgu Pua Geok Cheng memaklumkan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu:(a) Penceramah tidak memahami kekuatan dan kelemahan murid.(b) Ejaan amat penting bermula dari Tahun 1.(c) Penceramah menjelaskan teknik menjawab soalan.

Selepas laporan guru Pua, Cikgu Lau Su Ging melaporkan Pretasi Penulisan Bahasa Cina Tahun 6 bagi ujian Pra kali ini. (rujuk lampiran). Secara kesimpulannya, berharap melalui kem motivasi ini akan membantu murid SJK(C)Nang Kiang mendapat keputusan yang baik.

Disediakan oleh: Disediakan oleh:

________________ _______________

Ke arah kecemerlangan UPSR

Page 8: Kem Motivasi

Motivasi UPSR 2013 SJK (C) NANG KIANG

(TANG KUI HUNG) (ONG BOON HIANG)Setiausaha GURU BESAR

SJK(C) NANG KIANG

Gambar Kem Motivasi 02-08-2013

Kem Motivasi SJK(C)Nang Kiang” Ke arah Kecemerlangan UPSR”

Perasmian Kem Motivasi

Ke arah kecemerlangan UPSR

Page 9: Kem Motivasi

Motivasi UPSR 2013 SJK (C) NANG KIANG

Penceramah meminta murid menyanyi sebagai set induksi.

Guru penceramah mementingkan 5 sifat kepentingan murid.

Penceramah BM memberi ceramah. Guru besar, penceramah, guru dan semua murid memgambil gambil.

Penceramah BC menerima penghargaan dari guru besar

Penceramah BM menerima penghargaan dari guru besar.

Ke arah kecemerlangan UPSR