kertas kerja kejohanan futsal tertutup jengka 14 sempena tahun baru 2011

Upload: shahir-shahidin

Post on 14-Jul-2015

161 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP JENGKA 14 SEMPENA TAHUN BARU 2012 ANJURAN BERSAMA: ANAK-ANAK PENEROKA FELDA RAYA JENGKA 14 & KERJASAMA BELIA TARIKH:1 JAN 2012,AHAD MASA:10.00 pagi

1. Tujuan 1.1. Kertas Kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengurus Felda Raya Jengka 14 seterusnya mendapatkan sedikit sumbangan/dana daripada Pihak yang berkenaan bagi menjayakan Kejohanan Futsal Tertutup Felda Jengka 14 sempena memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru 2012.

2. Objektif 2.1. Objektif perlaksanaan Kejohanan Futsal Kejohanan Futsal Tertutup Felda Jengka 14 sempena menyambut Tahun Baru 2012 adalah seperti berikut : 2.2. Memupuk budaya bersukan dan meningkatkan kesinambungan mental serta fizikal; 2.3. sebagai perantara untuk mengeratkan perpaduan antara anak-anak muda belia Felda Raya Jengka 14 dengan pegawai Felda. 2.4. Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta futsal; dan 2.5. Memperkasakan sukan futsal di kawasan jengka dan Negeri Pahang.

3. Kumpulan Sasar 3.1. terbuka kepada semua anak-anak,cucu-cucu peneroka Felda Raya Jengka 14 sahaja yang berumur dalam lingkungan 16-40 tahun.

4. Kaedah perlaksanaan 4.1. Peringkat pertandingan 4.2. Kejohanan ini diadakan dalam peringkat Jengka 14 sahaja.

5. Kategori 5.1. hanya satu kategori yang akan dijalankan iaitu kategori lelaki sahaja.

6. Syarat pertandingan 6.1. Syarat pertandingan adalah seperti di borang penyertaan.

7. Yuran penyertaan 7.1. Setiap pasukan yang bertanding akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM70.

8. Tentatif program 8.1. Tarikh penganjuran yang dicadangkan adalah pada 1 JAN 2012. 8.2. Lokasi penganjuran Kejohanan adalah di Gelanggang Futsal Kompleks Sukan Felda Jengka 14.

9. Angaran kos 9.1. Anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM1,200.00 bagi penganjuran ini. Perincian adalah seperti di bawah: 9.2. Kos RM1,200.00 bagi menampung dana untuk dijadikan sebagai hadiah kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dan juga membeli kelengkapan pertandingan seperti bola. 10. Rasional program ini 10.1. Keberkesanan program ini akan membantu Jengka 14 mencari pelapis baru bagi sukan futsal Jengka14. 10.2. Dapat memupuk minat belia dengan sukan futsal dan menjadikannya sebagai aktiviti masa lapang yang sihat bersama rakan sebaya. 11. Penutup 11.1. Kertas Kerja ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Pengurus Felda Raya Jengka 14.

Diluluskan oleh :

..