proses permohonan felda jengka 14

23
FELDA JENGKA 14 PENGENALAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FELDA adalah sebuah agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia. FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 hasil daripada syor Jawatankuasa Kerja Kerajaan. Tujuan FELDA ditubuhkan pada masa itu adalah untuk membantu pihak kerajaan melaksanakan rancangan pembangunan kawasan pedalaman dan membantu meningkatkan status ekonomi serta taraf hidup masyarakat di kawasan luar bandar. Pada asalnya, FELDA berfungsi sebagai sebuah lembaga yang menguruskan dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan rancangan pembangunan tanah di negeri masing-masing, selain daripada menyelaraskan pembangunan tanah di negeri berkenaan termasuk perpindahan penduduk antara negeri. Kemudian fungsi FELDA telah diperluaskan oleh kerajaan dan mulai tahun 1961, FELDA telah diamanahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan sendiri rancangan- rancangan pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di seluruh negara. 1

Upload: azmir

Post on 12-Jun-2015

1.594 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

PENGENALAN

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai

FELDA adalah sebuah agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia.

FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Akta Kemajuan Tanah

1956 hasil daripada syor Jawatankuasa Kerja Kerajaan.

Tujuan FELDA ditubuhkan pada masa itu adalah untuk membantu

pihak kerajaan melaksanakan rancangan pembangunan kawasan pedalaman

dan membantu meningkatkan status ekonomi serta taraf hidup masyarakat di

kawasan luar bandar.

Pada asalnya, FELDA berfungsi sebagai sebuah lembaga yang

menguruskan dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri

untuk melaksanakan rancangan pembangunan tanah di negeri masing-

masing, selain daripada menyelaraskan pembangunan tanah di negeri

berkenaan termasuk perpindahan penduduk antara negeri.

Kemudian fungsi FELDA telah diperluaskan oleh kerajaan dan mulai

tahun 1961, FELDA telah diamanahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan

sendiri rancangan-rancangan pembangunan tanah dan pembangunan

penempatan di seluruh negara.

Sehingga kini, FELDA telah membuka dan membangunkan lebih

kurang 480 buah kawasan baru berjumlah seluas 853,313 hektar yang

dijadikan sebagai kawasan pertanian, perladangan dan penempatan. Seramai

112,635 jumlah orang telah dipilih sebagai peneroka daripada kalangan

masyarakat pedalaman dan luar bandar yang miskin dan tidak bertanah.

Mereka dan keluarga mereka masing-masing semuanya telah ditempatkan

semula di penempatan-penempatan baru.

1

Page 2: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

Pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di kawasan

pedalaman, yang mana merupakan sebahagian besar daripada kawasan di

Malaysia pada masa itu, telah membawa kepada perkembangan

pembangunan ekonomi dan sosial serta membawa kepada kestabilan politik

negara pada masa kini.

Melalui rancangan-rancangan pembangunan tanah dan penempatan

yang dilaksanakan, FELDA telah dapat membantu meningkatkan taraf hidup

masyarakat luar bandar serta dapat merapatkan jurang perbezaan kualiti

hidup antara penduduk bandar dan luar bandar.

2

Page 3: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

OBJEKTIF FELDA

FELDA ditubuhkan dengan matlamat untuk:

• Memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna melalui

amalan pengurusan pertanian yang berkesan dari segi kebersihan

ladang, pengeluaran hasil yang maksimum dan bermutu baik, serta

pengeluaran yang kosnya terkawal ke paras minimum.

• Menggerakkan masyarakat peneroka supaya maju, produktif dan

berdisiplin, meningkatkan taraf hidup yang lebih sempurna.

• Mewujud jentera pengurusan yang cemerlang dan bersifat

profesionalisme dengan beroreintasikan pembagunan sosial.

3

Page 4: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

VISI FELDA

Sebagai peneraju industri sawit dunia dan warga peneroka menjadi kelas

pertengahan menjelang 2010.

MISI FELDA

• Pengurusan FELDA bertahap ‘world class’ dan menjadi pelaku global.

• Pengeluaran hasil sawit dan getah setanding pengeluar terbaik di

dunia.

• Peneroka memperolehi pendapatan yang stabil.

• Keluarga peneroka mempunyai tahap pendidikan yang sesuai.

• Menikmati kemudahan infrastruktur yang moden.

• Memiliki persekitaran yang harmoni dan sejahtera

4

Page 5: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

LATAR BELAKANG FELDA JENGKA 14 ATAU FELDA

RAYA JENGKA 14

Kumpulan kami telah memilih FELDA JENGKA 14 atau yang juga

dikenali sebagai FELDA RAYA JENGKA 14 untuk projek akedemik kami.

Kami telah memilih seorang peneroka Felda ini iaitu En. Hashim bin Hussin.

Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang

terdapat di sini iaitu sungai Jengka. Gugusan Jengka merupakan gugusan

FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur.

Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana

kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran.

Dengan adanya tanah rancangan-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul

sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus

iaitu Bandar Jengka.Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana

menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengwujudkan satu

bandar 100 peratus orang melayu. Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi

dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat

satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.

Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang

menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai

dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan

kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama

mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad

bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu

Jengka itu dinamakan sebagai Jengka 1 (Anggerik), Jengka 2, Jengka 3

(Dahlia), Jengka 4, Jengka 5, Jengka 6, Jengka 7, Jengka 8 (Kesidang),

Jengka 9 (Kesumba), Jengka 10 (Mawar), Jengka 11 (Melati), Jengka 12,

Jengka 13 (Putri Malu), Jengka 14, Jengka 15, Jengka 16, Jengka 17, Jengka

18, Jengka 19, Jengka 20, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 23, Jengka 24, dan

5

Page 6: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

Jengka 25. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1

manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25. Dalam kawasan

Jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama

Jengka, kerana ianya telah di tubuhkan terlebih dahulu. Antaranya adalah

felda Kampong Awah pada 1963, Felda Ulu Jempol pada 1965 dan Felda

Sungai Nerek pada 1967.

Setiap kawasan pertempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga

600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk

Jengka juga disebut sebagai 'peneroka' dan ditadbir oleh seorang pengurus

yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

6

Page 7: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

PENDUDUK

Sebagaimana di tanah rancangan Felda lain, penduduk Jengka digelar

peneroka felda manakala isteri mereka digelar penerokawati. Para peneroka

datang daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada rakyat termiskin (di

bawah paras kemiskinan). Ramai di kalangan peneroka Jengka berasal

daripada negeri-negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

dan juga dari negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu

terdapat juga peneroka yang berasal dari negeri lain seperti Johor, Melaka,

Negeri Sembilan dan Selangor, selain daripada penduduk asal Pahang.

Justeru itu dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-campur diamalkan

di Jengka memandangkan para peneroka ini mengekalkan adat dan budaya

dari kampung asal masing-masing.

7

Page 8: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

PROSES PERMOHONAN MENDUDUKI FELDA SEHINGGA MENDAPAT HAKMILIK DI FELDA JENGKA

14

En. Hashim telah mendapat tahu tentang kewujudan Felda Jengka 14

permohonan menduduki Felda dari saudara yang terdekat. Maka En. Hashim

telah membuat permohonan di rumah wakil rakyat Puan Sariah Kamisun

pada tahun 1974. . Selepas 2 bulan kemudian, para peserta yang memohon

berjaya telah dipanggil untuk temuduga di Dewan Rakyat Daerah Temerloh.

Para peserta yang berjaya dalam temuduga , maka ia akan di panggil 3 bulan

kemudian untuk diminta berpindah ke Jengka 14, Pahang pada 25/2/1975.

Kos perpindahan kemudiannya boleh dituntut daripada pihak Felda. Minoriti

peserta adalah berasal dari negeri-negeri di semenanjung Malaysia tetapi

Majoritinya adalah anak jati Pahang sendiri.

Kemasukan peserta dilakukan secara berperingkat iaitu 3 peringkat.

Pada peringkat pertama seramai 140 orang peserta. Diikuti oleh 200 peserta

pada peringkat kedua. Akhir sekali iaitu pada peringkat ketiga adalah seramai

140 orang peserta. Keseluruhannya adalah seramai 480 peserta yang telah

berjaya memohon untuk menduduki penempatan berkelompok di Jengka 14,

Pahang.

Di Felda Jengka 14, Pahang, sistem blok digunakan bagi

membahagikan tanah kepada kawasan yang lebih kecil. Pada peringkat

permulaan, peneroka perlu bergotong-royong secara beramai-ramai di mana

terdapat 20 blok tanah yang perlu diusahakan. Setiap blok mempunyai

keluasan sebanyak 240 ekar. Setelah 2 hingga 3 tahun kemudian, setiap

peneroka telah diberi ladang masing-masing untuk diusahakan sendiri. 1 blok

menempatkan 24 keluarga dengan setiap keluarga diberi tanah ladang yang

berkeluasan 10 ekar dan ¼ ekar untuk tapak rumah.

8

Page 9: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

Pada tahun 1975 dan 1976, setiap keluarga diberi wang sara hidup

sebanyak RM100. Sebanyak RM70 talah diperuntukan untuk perbelanjaan

barang dapur dan RM30 sebagai wang belanja (duit poket). Tahun 1977,

wang sara hidup telah dinaikkan kepada RM150 untuk setiap keluarga.

Di atas tanah yang telah diperuntukan, para peneroka mengusahakan

tanaman getah dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Tanah.

Pokok-pokok getah yang telah ditanam kemudiannya dapat ditoreh selepas 6

tahun kemudian iaitu pada tahun 1980 dan berterusan sehingga tahun 2002.

Setiap kali hasil getah dikeluarkan, pihak Felda akan mengambil 30% dari

keuntungan hasil getah tersebut sebagai bayaran kembali dan baki 70% akan

menjadi milik peneroka.

Bagaimanapun pada tahun 2002, pokok-pokok getah tersebut telah

ditebang dan para peneroka telah diberi RM13,000 hasil dari penebangan

pokok-pokok getah tersebut. Setelah itu, para peneroka diberi pilihan sama

ada ingin menanam kelapa sawit pula atau masih mahu menanam pokok

getah yang baru. Pada 28/4/2007 para peneroka talah mendapat hakmilik

(geran) bagi tanah yang selama ini telah diusahakan oleh mereka.

9

Page 10: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

SURAT PERJANJIAN PENEROKA

Tujuan utama surat perjanjian ini adalah untuk memudahkan

pihak Felda menjalankan    tugas yang diamanahkan berdasarkan

kepada syarat dan peraturan yang telah    dipersetujui bersama

antara Felda dan peneroka mengenai tugas dan tanggungjawab

sebagai peneroka. Surat perjanjian akan dijadikan sebagai

rujukan kepada pihak Felda    dan peneroka sekiranya timbul rasa

tidak puas hati mengenai perlaksanaan peraturan.     Dengan ini

hubungan yang bersefahaman antara Felda dan peneroka akan

sentiasa     terjal in.

Terdapat empat jenis Surat Perjanjian yang perlu

ditandatangani oleh peneroka. Surat     perjanjian tersebut ialah:

     1. Surat Perjanjian Mula Masuk Ke Rancangan

    2. Surat Perjanjian Berkuat kuasa Selepas Hak mil ik

      3. Surat Perjanjian Tanam Semula

     4. Surat Perjanjian Pindaan

10

Page 11: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

KANDUNGAN SURAT PERJANJIAN PENEROKA

Surat-surat Perjanjian yang perlu ditandatangani oleh peneroka mengandungi

perkara-perkara berikut:

a) Surat Perjanjian Mula Masuk Ke Rancangan

Bahagian Pertama

Mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi

dari tempoh mula peneroka masuk ke rancangan hingga

sampai mengeluarkan hasil seperti peneroka perlu

bermastautin di rancangan, bayaran sara hidup, tatatertib

serta keperluan menandatangani Surat Perjanjian

Tambahan bila kawasan rancangan telah mengeluarkan

hasil.

Bahagian Kedua

Mengandungi peraturan-peraturan tambahan selepas kawasan

peneroka mengeluarkan hasil di mana peneroka akan didaftarkan

dalam Buku Daftar Pegangan sehingga peneroka selesai

menjelaskan hutangnya dan memerikan surat hak milik, seperti

Bayaran Kembali, penjualan hasil, mengerjakan ladang, tatatertib,

pewarisan dan pengeluaran hak milik.

b. Surat Perjanjian Berkuat kuasa Selepas Hak milik

Mengandungi persetujuan peneroka untuk membenarkan dan

membolehkan Felda mentadbirkan kawasan rancangan serta

memberikan perkhidmatan kepada peneroka sementara menunggu

hak milik diserahkan oleh Kerajaan Negeri.

11

Page 12: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

c. Surat Perjanjian Tanam Semula

Mengandungi persetujuan peneroka supaya Felda

mengendalikan kerja-kerja tanam semula bagi kawasan

mereka termasuk kemudahan pinjaman sara hidup, bekalan

benih dan penjualan hasil.

d) Surat Perjanjian Pindaan

Mengandungi persetujuan peneroka mengubah Sistem Hak

mil ik Kumpulan kepada Sistem Hak mil ik Individu. Perjanjian

ini ditujukan kepada rancangan sawit sistem blok  yang pada

asalnya diberikan hak mil ik secara kumpulan. Mulai 1988

Hak mil ik telah digantikan dengan Hak mil ik Individu.

12

Page 13: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

BAYARAN KEMBALI (BK)

Bayaran Memiliki Harta (BMH)

Bayaran yang dikira sebagai Bayaran Memiliki Harta (BMH)

adalah perbelanjaan pembangunan yang telah dibelanjakan untuk

perkara-perkara berikut:-

a. Pembangunan lading

b. Pembangunan kawasan kampung 

c. Pinjaman persendirian   

d. Faedah keatas (a), (b) dan (c)

Peruntukan membiayai kos ini didapati daripada pinjaman

yang diberikan oleh kerajaan.     Kerajaan mengenakan faedah ke

atas pinjaman ini. Oleh itu, kos pinjaman serta faedah    kenalah

dikutip semula daripada perkara-perkara yang telah dibelanjakan.

Bayaran (pinjaman peneroka) dikenakan faedah dari tarikh

pengeluaran (penggunaan wang) sehingga selesai bayaran

mengikut kadar faedah yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini berlaku

kerana kerajaan mengenakan faedah ke atas pinjaman Felda

bermula pada    tarikh Felda mengeluar/mengguna wang kerajaan

bagi tujuan pembangunan.

13

Page 14: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

Penyata Bayaran Memiliki Harta Tetap

Sesebuah peringkat yang telah memasuki Sistem Blok/menoreh akan

disediakan Penyata    Bayaran Memiliki Harta Tetap apabila keperluan-

keperluan utamanya dipenuhi. Peringkat    tersebut mestilah mempunyai

penyata ukuran lot individu (getah) dan keluasan sistem blok (sawit) yang

telah disahkan oleh peneroka dan Jabatan Ukur di samping beberapa

maklumat lain. Bagi rancangan sawit, Penyata Bayaran Memiliki Harta Tetap

disediakan dua tahun selepas Sistem Blok manakala rancangan getah

memerlukan tempoh tiga tahun selepas menoreh.

Bayaran Memiliki Harta

Di dalam tempoh Bayaran Memiliki Harta Sementara,

kesemua peneroka yang bersistem blok (sawit) dan menoreh

(getah) akan dikenkan satu kadar Bayaran Memiliki Harta

Sementara yang sama bagi semua peneroka.

    Apabila Penyata Bayaran Memiliki Harta Tetap disediakan,

di mana telah diketahui beberapa kos sebenarnya bagi t iap-tiap

individu, maka perbezaan kadar di antara peneroka boleh berlaku

berpunca daripada perkara yang berikut:-

Keluaran lot ladang di antara peneroka berlainan.

Harga rumah peneroka (harga rumah satu bil ik atau harga

rumah dua bil ik).

Jumlah bayaran tunai yang diambil di dalam tempoh Sistem

Cekrol yang berbeza.

Kutipan BMH sementara terkumpul peneroka sehingga ke

tarikh kunci kira-kira berbeza

14

Page 15: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

Perbezaan yang berlaku di antara peneroka lama dengan

peneroka baru yang berada dalam peringkat yang sama antara

lainnya berpunca daripada:-

A. Pinjaman persendirian yang berbeza.   

B. Kemungkinan peneroka baru masih membayar Bayaran

C. Memiliki Harta pada kadar sementara.

Pembayaran Memiliki Harta Secara Tunai

Apabila peringkat tersebut dikunci kira-kira, setiap peneroka akan

ditentukan jumlah Memiliki Harta yang patut dibayar. Bayaran BMH tersebut

perlu dibuat dalam tempoh 15 tahun atau kurang. Bagi peneroka yang

berkemampuan ia boleh membayar secara tunai di pejabat rancangan dan

jumlah BMH patut dibayar akan dikurangkan.

      Tempoh kutipan Bayaran Memiliki Harta pula telah ditetapkan selama

15 tahun.

Pemanjangan tempoh Bayaran Memiliki Harta

Tempoh 15 tahun dikira berdasarkan tampoh bayaran balik

yang telah dipersetujuai oleh Felda    dengan Kerajaan

Persekutuan bagi pnjaman yang digunakan untuk membiayai kos

membangunkan rancangan. Kerajaan telah mengambil keputusan

untuk melanjutka tempoh Bayaran Memiliki Harta t idak melebihi

20 tahun dan penetapan ini di laksanakan    mengikut kesesuaian

sesebuah rancangan. Jika tempoh membayar balik pinjaman ini

dipanjangkan kepada 20 tahun, faedah pinjaman akan meningkat.

15

Page 16: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14Faedah tambahan ini terpaksa ditanggung oleh peneroka.

Walaupun tempoh masa bayaran balik telah ditetapkan selama 15

tahun, terdapat juga    peneroka yang hanya dapat menyelesaikan

BMH selepas tempoh tersebut. Tunggakan BMH peneroka

merupakan pemanjangan tempoh membayar hutang

Bayaran Kenaikan Harga

Bayaran Kenaikan Harga (BKH) ialah bayaran tambahan yang

dikenakan kepada peneroka    rancangan getah yang

mengamalkan Bayaran Memiliki Harta (BMH) berasaskan kos

pembangunan di bawah Sistem BMH 6,7,8. Di bawah Sistem Bmh

6,7,8 ini jumlah hutang     ladang ditentukan bukan berasaskan

kos pembangunan sebenar tetapi mengikut kadar yang ditetapkan

seperti berikut

Bayaran Kenaikan Harga ini dikenakan bagi menampung

kekurangan kutipan daripada    peneroka berasaskan jumlah

hutang dibawah Sistem 6,7,8 berbanding dengan

perbelanjaan pembangunan ladang sebenar.

Bayaran Kenaikan Harga (BKH) dikenakan kepada peneroka

apabila harga getah melebihi     paras $1.10/kilogram kering.

16

Page 17: Proses Permohonan Felda Jengka 14

FELDA JENGKA 14

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat kumpulan kami rumuskan ialah dengan

adanya pengwujudan Akta Penempatan Berkelompok ia dapat memajukan

kawasan luar bandar dalam menyumbangkan sumber pendapatan negara

dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar

bandar. Malah, ia juga dapat menyeimbangkan jurang kehidupan antara

penduduk luar bandar dan bandar.

Fungsi agensi-agensi kerajaan dalam Akta Penempatan Berkelompok

juga merupakan penyumpang yang besar dalam memajukan tanah-tanah

rancangan luar bandar. Dimana, bagi tanah-tanah GSA pihak agensi kerajaan

seperti FELDA akan memajukan kawasan tersebut dan peneroka akan

ditempatkan dikawasan tersebut. Dimana, daftar pegangan akan dikeluarkan

pada peneroka sehingga selesai pembayaran tahunan iaitu bayaran C.A.C

baru hakmilik akan dikeluarkan.

17