kertas kerja bola sepak krt berek 12 6 sebelah.doc

Upload: pekansehari

Post on 06-Jan-2016

77 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

____________________________________________________KEJOHANAN BOLA SEPAK 6 SEBELAH TERTUTUP PERINGKAT KRT BEREK 12______________________________________________________________TARIKH :18 DISEMBER 2015 19 DISEMBER 2015TEMPAT :PADANG EROPAH LORONG KUBUR TANJUNGANJURAN :

KRT BEREK 12PENDAHULUANPertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Sukan KRT Berek 12 Biro Sukan KRT Berek 12 akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 6 Sebelah Tertutup Peringkat KRT Berek 12 . Program ini di harap dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara penduduk - penduduk Kg Selayang Indah. Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi luang kepada penduduk penduduk Kg Selayang Indah agar lebih mengenali antara satu dengan yang lain,secara tidak langsung ianya dapat memberikan keharmonian dan kesejahteraan di Kg Selayang Indah.

2.0 MATLAMATMatlamat utama program adalah untuk menarik golongan muda agar lebih cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan negara. Di samping itu ianya dapat mencungkil bakat bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti remaja remaja di Kg Selayang Indah akan mewakili negara jika latihan yang sistemik dan konsisten dapat di sempurnakan.

Sehubungan dengan itu, Biro Sukan KRT Berek 12 tidak mahu membuang masa dan terus mengambil langkah langkah perlu bagi membimbing dan membena muda mudi kita agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.3.0 OBJEKTIF3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN4.1Tarikh yang dirancang ialah 18 19 Disember 2015 iaitu pada hari Sabtu sehingga hari Ahad.4.2 Dilaksanakan selama 2 hari

4.3Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.

4.4Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 15.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang Eropah Lorong Kubur Tanjung;

5.1Penyewaan padang ini lebih murah dan mudah dikendalikan berbanding Stadium Sultan Muhammad IV

5.2Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 PERASMIAN

Program Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Bharu . Ia akan berlangsung di Padang Eropah Lorong Kubur Tanjung.7.0KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1Jumlah pasukan

: 12 pasukan7.2Jumlah AJK pertandingan: 15 orang

8.0JAWATANKUASA PELAKSANAPengerusi Program: Encik Mohd Afindi bin IbrahimNaib Pengerusi: Mohd Ridzuan Bin WahidSetiausaha

: Khairul Dashima Binti IbrahimBendahari

: Mohd Ridzuan Bin WahidPengerusi Majlis: Ibrahim bin SuariAHLI JAWATANKUASA

AJK Minuman

: Muhammad bin ParoyAJK Piala & Medal

: Muhammad Hafizan Bin Muhammad AJK Pertandingan

: Zainuddin bin IdrisAJK Keselamatan & Disiplin: Puasa bin Mamat

AJK Kebajikan

: Ibrahim bin Suari

AJK Pengurusan Padang: Abdul Rahman bin Yaakob

AJK Promosi

: Azman bin Othman9.0 ANGGARAN BELANJAWANLampiran A10.0 FORMAT PERTANDINGAN

Lampiran B11.0RINGKASAN EKSEKUTIF

Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 6 Sebelah Tertutup

KRT Berek 12 .JAWATANKUASABiro Sukan KRT Berek 12

TAJUK PROGRAMKejohanan Bola Sepak 6 Sebelah Tertutup Peringkat KRT Berek 12

JENIS PROJEKKESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU PENCAPAIAN PROGRAM

Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan. Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

ANJURANBiro Sukan KRT Berek 12

TARIKH18 19 Disember 2015

TEMPATPadang Eropah, Lorong Kubur Tanjung

BIL. PASUKAN12 pasukan

ANGGARAN KOSRM 5210.00

12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

ULASAN PENASIHAT :

TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

13.0 SURAT SOKONGAN DARI AGENSI KORPORAT (JIKA ADA)

14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.

LAMPIRAN A ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:i) Permohonan Peruntukan

RM8975.00 Jumlah Permohonan

RM8975.00ANGGARAN PERBELANJAAN:PERKARABILANGANHarga per unitJUMLAH

Kanopi kerusi

meja2 unit100 unit10 unitRM 400.00

Promosi

Flyers

Banner800 helai

4 unitRM 70.00

RM 100.00RM 70.00

RM 400.00

Baju AJK ( Tshirt round neck)30 helaiRM 15.00RM 450.00

Pengurusan padang

sewa padang

Utiliti2 hari

-PERCUMA

RM 200.00PERCUMA

RM 200.00

Peralatan

Utiliti

Bola

jaring gol2 biji

2 unitRM 150.00

RM 100.00RM 100.00

RM 300.00

RM 200.00

PERKARABILANGANHarga per unitJUMLAH

Pengadil6 orangRM 20.00 / sehariRM 240.00

Makanan

Urusetia VIP

Minuman ( air mineral )20 kotakRM 10.00RM 250.00

RM 200.00

RM 200.00

P.A. SistemRM 300.00

Hadiah

Piala Pusingan

Tempat pertama X 4 X RM15.00 X 8 Berbentuk baju jersi Tempat kedua X 4 X RM13.00 X 8 Berbentuk baju jersi

Tempat ketiga X 4 X RM7.00 X 8 Berbentuk tuala muka

Pemain terbaikMedal X 4 X RM20.00RM 300.00

RM 480.00

RM 416.00

RM 224.00

RM 80.00

First Aids1 kotakRM 100.00RM 100.00

Kos Luar JangkaRM 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5210.00

Disediakan oleh :.........................................................

Setiausaha Program(KHAIRUL DASHIMA BINTI IBRAHIM )

Disokong oleh :.........................................................Pengerusi Program(Encik Mohd Afindi bin Ibrahim)

Disemak oleh :.........................................................Penasihat (Encik Mohamed Safaruddin bin Ismail)

Permohonan diluluskan oleh :.........................................................ADUN Taman Templer(YB DATO SUBAHAN BIN KAMAL)

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PERSEKUTUAN

( JKKKP) Kg Selayang Indah, 68100 Batu Caves SelangorBORANG PENYERTAAN

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERTUTUPPERINGKAT DUN TAMAN TEMPLER

NAMA PASUKAN

SENARAI NAMA PEMAINBILNAMA PEMAINNO KP

NAMA PENGURUS PASUKAN

-

Tandatangan Pengurus Pasukan

Nama :

Tarikh :

*Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7 Disember 2015 di Pejabat Khidmat

Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .*Tarikh pengundian akan diadakan pada 11 Disember 2015 di Dewan Umno Lembah Indah .Keratan disini.................................................................

KEGUNAAN PEJABAT........................

.

Tandatangan/Cop Urusetia

Tandatangan

Tarikh :

Nama pasukan :LAMPIRAN BPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK1. AM

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 6 Sebelah Tertutup Peringkat KRT Berek 12 .

2. PENGANJUR / PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur oleh Biro SukanKRT Berek 12dengan kerjasama Pejabat Dun Taman Templer3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada lelaki berumur 16 tahun ke atas.3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (11) orang pemain. Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.

3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.

3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja 3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7 Disember 2015 di Pejabat Khidmat Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .

3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 11 Disember 2015 di Dewan Umno Lembah Indah .4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Bola Sepak Kampung Selayang Indah .

4.2 Perlawanan akan bermula pada 18 Disember 2015 dan akan berakhir pada 19 Disember 2015.

Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.

4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN

1. Perlawanan akan dijalankan secara sembilan (9) sebelah.2. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 8 kumpulan. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.3. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga. Johan dan Naib Johan Kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Naib Johan dan Johan Kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana layak ke peringkat akhir.4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.5. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta.6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah.7. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir:7.1Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.7.2Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak7.3Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Dan,8. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi

menentukan pemenang.6. PERTUKARAN PEMAIN.

Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap perlawanan.

Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola tidak di dalam permainan.7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2

7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya

dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.

7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam sesuatu perlawanan.

7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai tujuh

(7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang

mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0.

7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.

7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0.

7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.8. PERATURAN AM

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.

8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini.

8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.

8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.

8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan, pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.

8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.

8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.

8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.

9. PENGADILAN

Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10. BANTAHAN

Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7 Disember 2015 di Pejabat Khidmat Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .

Tarikh pengundian akan diadakan pada 11 Disember 2015 di Dewan Umno Lembah Indah .

NO. TELEFON BIMBIT