kertas kerja bola baling

6
1.0 PENDAHULUAN Kejohanan Bola Jaring merupakan salah satu aktiviti yang dirancang Mega Lifestealer 2 PISMP PJ untuk memenuhi sukatan pelajaran dalam GERKO iaitu mengelolakan sesebuah pertandingan. Ia bertujuan untuk menjalin dan merapatkan hubungan antara siswa dan siswi 2 PISMP PJ. Aktiviti ini secara tidak langsung mampu menyemai nilai-nilai murni seperti kerjasama antara ahli, perpaduan antara pelbagai kaum, sifat berdaya saing, berfikiran positif dan bersatu padu. Kesimpulannya, aktiviti pertandingan ini adalah satu aktiviti sihat yang menjana kepada perkembangan ilmu pengetahuan kepada semua siswa siswi guru 2 PISMP PJ terutamanya dalam psikologi dan sosiologi yang merangkumi aspek intelek, emosi, sosial, rohani dan jasmani selaras dengan matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya dapat menjadi warga negara Malaysia yang seimbang. 2.0 RASIONAL Mengadakan satu aktiviti sihat yang secara tidak langsung menyediakan guru-guru pelatih supaya mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan terutamanya dalam permainan bola jaring. Melalui penganjuran ini, para guru pelatih dapat memperkayakan diri dengan perkongsian ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan sahsiah dan etika perguruan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan meningkatkan semangat kekitaan terutamanya dalam kalangan siswa-siswa guru pelatih 2 PISMP PJ. Justeru, penganjuran ini adalah bertujuan untuk menjadikan guru pelatih lebih bersedia untuk

Upload: vince-here

Post on 23-Jun-2015

570 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Kertas kerja bola baling

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja bola baling

1.0 PENDAHULUAN

Kejohanan Bola Jaring merupakan salah satu aktiviti yang dirancang Mega

Lifestealer 2 PISMP PJ untuk memenuhi sukatan pelajaran dalam GERKO iaitu

mengelolakan sesebuah pertandingan. Ia bertujuan untuk menjalin dan

merapatkan hubungan antara siswa dan siswi 2 PISMP PJ. Aktiviti ini secara

tidak langsung mampu menyemai nilai-nilai murni seperti kerjasama antara ahli,

perpaduan antara pelbagai kaum, sifat berdaya saing, berfikiran positif dan

bersatu padu.

Kesimpulannya, aktiviti pertandingan ini adalah satu aktiviti sihat yang

menjana kepada perkembangan ilmu pengetahuan kepada semua siswa siswi

guru 2 PISMP PJ terutamanya dalam psikologi dan sosiologi yang merangkumi

aspek intelek, emosi, sosial, rohani dan jasmani selaras dengan matlamat

Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya dapat

menjadi warga negara Malaysia yang seimbang.

2.0 RASIONAL

Mengadakan satu aktiviti sihat yang secara tidak langsung menyediakan

guru-guru pelatih supaya mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan

terutamanya dalam permainan bola jaring. Melalui penganjuran ini, para guru

pelatih dapat memperkayakan diri dengan perkongsian ilmu dan kemahiran

dalam meningkatkan sahsiah dan etika perguruan serta mengeratkan lagi

hubungan silaturahim dan meningkatkan semangat kekitaan terutamanya dalam

kalangan siswa-siswa guru pelatih 2 PISMP PJ. Justeru, penganjuran ini adalah

bertujuan untuk menjadikan guru pelatih lebih bersedia untuk menghadapi

pelbagai cabaran dan rintangan baru pada masa akan datang.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan guru pelatih yang berkebolehan, berpengetahuan, berkemahiran

serta berkeyakinan tinggi dalam merancang, melaksana dan mengelolakan

aktiviti kejohanan. Selain daripada itu, program ini juga diharapkan akan dapat

membentuk guru pelatih yang berupaya dan bersedia menghadapi cabaran

melalui aktiviti yang dijalankan sama ada sebagai peserta, pegawai atau ahli

jawatankuasa, dan seterusnya memperoleh pengalaman yang bermakna

sebelum berkhidmat sebagai guru terlatih di sekolah kelak.

Page 2: Kertas kerja bola baling

4.0 OBJEKTIF

i. Melibatkan semua siswa siswi guru 2 PISMP PJ.

ii. Menjalinkan dan mengeratkan hubungan antara Siswa-siswi guru 2

PISMP PJ.

iii. Mencungkil potensi dan bakat individu dalam sukan.

iv. Meningkatkan semangat kesukanan, rasa kekitaan dan sikap

bertanggungjawab dalam diri setiap siswa siswi guru 2 PISMP PJ.

v. Membentuk dan memupuk nilai murni seperti sifat bekerjasama, hormat

menghormati dan sebagainya.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tajuk Projek : Karnival Sukan Bola Jaring

Tempat : Gelanggang Bola Jaring IPGKTI

Tarikh : 19 – 20 Julai 2013

Masa : 8.00 Am – 12.00 Pm

Anjuran : MEGA LIFESTEALER 2 PISMP PJ

6.0 SASARAN

Semua siswa siswi guru pelatih 2 PISMP PJ

7.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Rujuk Lampiran

8.0JAWATANKUASA PROGRAM

AHLI JAWATANKUASA INDUK :-

PENAUNG : TN HAJI MOHD SAID BIN HASRAN

( Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

TIMBALAN PENAUNG : PN RUBIAH BINTI AHMAD (Timbalan Pengarah

Pengurusan Dan Perkhidmatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim )

Page 3: Kertas kerja bola baling

KETUA PENASIHAT: EN ZALI BIN A RAHMAN ( Ketua Unit Gerko )

PENASIHAT : PN. ZAITON BINTI HJ. JAAFAR ( Pensyarah Pembimbing )

PENGERUSI: MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN ROSLI

PEN. PENGERUSI : NUR HAFZHAN BINTI SAMSURI

SETIASUSAHA : ANASUHANA BINTI MOHD YUSOF

PEN. SETIASUSAHA: NOR AMIRAH BINTI MOHMAD SABERE

BENDAHARI : BRENDA JUDE

PEN. BENDAHARI : MUHAMMAD HAFIZ AZREE BIN BADRUL HISHAM

AHLI JAWATANKUASA KECIL :-

1) Teknikal Peralatan dan Padang :

i. STEFAENUS OLVER SABIN

ii. RAZIAN BIN RASHID

2) Keselamatan Dan Kebersihan :

i. MUHAMMAD ANAS BIN ABD RAHAMAN

ii. MUHAMMAD HAMIDUDDIN BIN SHUHAIMI

3) Hadiah Dan Cenderamata :

i. NUR AKMA HALEEDA BINTI ABDULLAH SANI

ii. NURSHUADAH BINTI ARIPIN

4) Makanan Dan Minuman :

i. MARYLYNE PERIDOH

ii. NUR AZURA BINTI GHALIB

5) Dokumentasi Dan Laporan

i. VINCENT ANDAM

6) Teknikal Pertandingan :

a) Urusetia :

i. MUHAMAD AIMAN HAZIQ B AR AZMI

ii. MUHAMMAD FURQAN BIN ABD MANAN

b) Penyelia Peserta :

i. MUHAMMAD ZULHILMI BIN RAHAZAT

c) Pencatat :

i. MOHAMAD HAWARI BIN ISMAIL

d) Kepegawaian :

i. MUHAMAD HAZIQ BIN OTHMAN

Page 4: Kertas kerja bola baling

ii. MUHAMAD ASYRAF BIN YUNUS

iii. MUHAMMAD FARIS BIN HASHIM

9.0ANGGARAN BELANJAWAN

Bil. Keperluan kos Jumlah

kos

Tindakan

1 Gelanggang bola jaring - Kelulusan

Pengarah

2 Peralatan

         Bola jaring (2)

         Papan markah

         Papan kenyataan

          

- Bahagian

stor unit

GERKO

3 Makanan/minuman 26XRM5

 Air mineral

RM130

RM20

Yuran

penyertaan

setiap

pasukan.

4 Hadiah -Pingat Johan

14kepingxRM5.00

-Pingat Naib Johan

14kepingxRM5.00

-Pingat Ketiga

14keping xRM5.00

-Hadiah sampingan/

Cenderahati

RM70

RM70

RM70

RM100

TOTAL RM460

Page 5: Kertas kerja bola baling

10.0 PENUTUP

Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati

segala objektif yang digariskan dan seterusnya dapat memberikan pendedahan

dan pengetahuan kepada bakal-bakal guru pelatih tentang persediaan,

pengurusan, pentadbiran serta pelaksanaan sesuatu pertandingan bagi

menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan sesuatu

program berkaitan sukan di sekolah kelak. Diharapkan agar segala aktiviti yang

telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada

semua pihak. Semoga pertandingan bola jaring ini juga dapat memberi manfaat

dan pengalaman kepada guru-guru pelatih tentang peranan dan tanggungjawab

mereka dalam melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan luas dalam

bidang pengurusan dan pentadbiran sukan bola jaring ini.

Disediakan oleh :

(ANASUHANA BINTI MOHD YUSOF)

Guru Pelatih 2 PISMP PJ/PK/BM

Setiausaha Pertandingan Bola Jaring,

Institut Pendidikan Guru Kampus,

Temenggong Ibrahim Johor Bahru.