kertas keja bola baling

37
INSTITUTPENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN BANDAR DARUL AMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN. GERKO BOLA BALING NAMA PELAJAR : NURUL ILINA SYAZWANI BINTI ZAMURI (930513-02-5512) SITI AISYAH BINTI ABD AZIZ (930829-01-6380) AMIRA NAZNEEN BINTI ABD RAHMAN (931104-08-5578) NATRAH BINTI ALIAS (930626-02-5092) KUMPULAN : PPISMP SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2011 NAMA PENSYARAH PENASIHAT : TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN SAAD TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH TARIKH SERAHAN : 23 OGOS 2011 1

Upload: amira-nazneen

Post on 10-Apr-2016

405 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA BOLA BALING

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KEJA BOLA BALING

INSTITUTPENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN

BANDAR DARUL AMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

GERKO BOLA BALING

NAMA PELAJAR : NURUL ILINA SYAZWANI BINTI ZAMURI

(930513-02-5512)

SITI AISYAH BINTI ABD AZIZ

(930829-01-6380)

AMIRA NAZNEEN BINTI ABD RAHMAN

(931104-08-5578)

NATRAH BINTI ALIAS

(930626-02-5092)

KUMPULAN : PPISMP SEMESTER 1

AMBILAN JUN 2011

NAMA PENSYARAH PENASIHAT : TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN SAAD

TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH

TARIKH SERAHAN : 23 OGOS 2011

1

Page 2: KERTAS KEJA BOLA BALING

BIODATA AHLI KUMPULAN

Nama : Nurul Ilina Syazwani binti Zamuri

No. KP : 930513-02-5512

Alamat : 4495, Jalan Serampang, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai

Petani, Kedah Darul Aman.

Tarikh Lahir : 13 Mei 1993

Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

No. Telefon : 017-4005604

Kumpulan Kelas : Sejarah

Prinsip Hidup : Effort does not betray us, if it ever does it’s just mean that you

didn’t put enough effort into it.

Pengalaman bermain Bola Baling : Bermain semasa waktu PJK (Tingkatan 5)

Tandatangan ahli : ……………….

2

Page 3: KERTAS KEJA BOLA BALING

BIODATA AHLI KUMPULAN

Nama : Siti Aisyah binti Abd Aziz

No. KP : 930829-01-6380

Alamat : 02, 16, Blok Teratai, Taman Tun Teja,

48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Lahir : 29/8/1993

Tempat Lahir : Muar, Johor

No. Telefon : 013-3720930

Kumpulan Kelas : Bimbingan dan Kaunseling 1

Prinsip Hidup : Yakin boleh atas apa yang dilakukan! InsyaALLAH berjaya~

Pengalaman bermain Bola Baling : Bermain semasa waktu PJK (Tingkatan 5)

Tandatangan ahli : ……………….

3

Page 4: KERTAS KEJA BOLA BALING

BIODATA AHLI KUMPULAN

Nama : Amira Nazneen binti Abd Rahman

No. KP : 931104-08-5578

Alamat : 10, Medan Maju 2,Taman Haji Abdullah Fahim, 13200

Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tarikh Lahir : 04/11/1993

Tempat Lahir :Teluk Intan, Perak

No. Telefon : 013-5811776

Kumpulan Kelas : Sejarah

Prinsip Hidup : Berjaya sekali bukan tiket untuk berjaya masa depan.

Oleh itu, sentiasalah berusaha!!

Pengalaman bermain Bola Baling : Bermain semasa waktu PJK (Tingkatan 5)

4

Page 5: KERTAS KEJA BOLA BALING

Tandatangan ahli : ……………….

BIODATA AHLI KUMPULAN

Nama : Natrah binti Alias

No. KP : 930626-02-5092

Alamat : 31, Kg Mengkuang Masjid, Kuala Pegang,09110 Baling,

Kedah.

Tarikh Lahir : 26 Jun 1993

Tempat Lahir : Hospital Baling

No. Telefon : 013-4206987

Kumpulan Kelas : Sejarah

Prinsip Hidup : Berjaya di dunia dan diakhirat

Pengalaman bermain Bola Baling : Bermain semasa waktu PJK (Tingkatan 5)

5

Page 6: KERTAS KEJA BOLA BALING

Tandatangan ahli : ……………….

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT IPG KAMPUS DARUL AMAN

TAHUN 2011

1.0 Pengenalan

Permainan Bola Baling merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk

dibangunkan sebagai sukan teras negara. Namun, negara agak ketandusan bakat

muda bagi permainan ini terutamanya bagi golongan remaja. Menyedari hakikat ini,

pihak kami telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutama

penuntut kampus ini. Hal ini sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan untuk melahirkan

mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang akademik dan juga kokurikulum. Oleh hal

demikian, pertandingan bola baling telah menjadi acara pilihan untuk persatuan bola

baling menyalurkan kemahiran pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) bagi

memantapkan diri kami dalam bidang pengurusan. Inisiatif dan usaha ini akan memberi

impak yang lebih besar dalam menyemarakkan permainan bola baling bukan sahaj di

peringkat institut perguruan malah peringkat Malaysia.

6

Page 7: KERTAS KEJA BOLA BALING

2.0 Objekif

2.1 Melatih guru-guru pelatih mengaplikasikan pengurusan pengelolaan pertandingan

bola baling.

2.2 Menanamkan latihan perguruan dan menanamkan sifat-sifat kepimpinan dalam

kalangan guru-guru pelatih.

2.3 Memperkenalkan dan mempromosikan permainan bola baling dalam kalangan

generasi bakal guru.

2.4 Melahirkan bakal guru yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani, intelek dan

emosi.

2.5 Mengeratkan silaturrahim dan hubungan kerjasama antara bakal guru dan

pensyarah-pensyarah terutamanya dalam pembangunan permainan bola baling.

3.0 Tujuan

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru

pelatih mengenai pengurusan pengelolaan pertandingan bola baling selain dapat

mewujudkan kolaborasi dan kerjasama yang baik antara guru-guru pelatih. Selain itu,

pertandingan ini bertujuan untuk melatih guru-guru pelatih supaya meningkatkan

semangat kesukanan dan mempersiapkan diri apabila mengelolakan sesuatu

pertandingan di sekolah kelak. Selain itu, pertandingan ini juga dapat melahirkan insan

yang berwibawa, berketrampilan, dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin dan

berpotensi untuk mengembangkan bakat kepimpinan masing-masing dalam

menguruskan sesuatu pertandingan.

7

Page 8: KERTAS KEJA BOLA BALING

4.0 Pelaksanaan

Sesi taklimat dan suai kenal akan diadakan semasa perjumpaan bersama- sama

pengurus pasukan dan setiap AJK terlibat bagi setiap kumpulan yang mengambil

bahagian. Selain itu, semasa perjumpaan ini, segala pertanyaan akan dijelaskan dan

peraturan-peraturan permainan juga akan diterangkan oleh pengerusi persatuan..

Risalah mengenai peraturan dan syarat – syarat pertandingan juga akan diberi kepada

pengurus – pengurus setiap pasukan. Borang dan yuran penyertaan akan dikutip dua

minggu sebelum pertandingan diadakan. Seramai empat orang pengadil yang telah

dipilih akan dimaklumkan tiga minggu sebelum pertandingan dijalankan.

5.0 Tempat Pelaksanaan Aktiviti

Pertandingan ini akan dijalankan di gelanggang bola baling dan padang, IPG Kampus

Darul Aman. Tempat ini dipilih sesuai dengan keadaan padangnya yang sesuai untuk

bermain bola baling serta peralatan dan kemudahan yang lengkap untuk permainan

bola baling.

6.0 Tentatif Pelaksanaan (Tarikh, Hari dan Masa)

Butiran program seperti berikut :-

Tarikh : 7 - 8 0ktober 2011

Hari : Jumaat dan Sabtu

Masa : 2.00 petang – 6.30 petang

8

Page 9: KERTAS KEJA BOLA BALING

7.0 Perancangan7.1 Perancangan Aktiviti

7.1.1 Jumaat (5 0ktober 2011)

Pertandingan pusingan awal di antara kelas-kelas berikut :

1) PPISMP SEM 1 Pemulihan 1 vs PPISMP SEM 1 Pendidikan Khas 1

2) PPISMP SEM 1 Pemulihan 2 vs PPISMP SEM 1 Pendidikan Khas 2

3) PPISMP SEM 1 Bimbingan dan Kaunseling 1 vs PPISMP SEM 1 Sejarah

4) PPISMP SEM 1 Bimbingan dan Kaunseling 2 vs PPISMP SEM 1 Bahasa Arab

7.1.2 Sabtu (6 Oktober 2011)

Pertandingan separuh akhir dan pertandingan akhir permainan bola baling akan

diketahui selepas pertandingan pusingan awal berakhir.

7.2 Penglibatan

Semua guru-guru pelatih PPISMP Semester 1 Ambilan Jun 2011 :

1) PPISMP 2011 Sem 1 Pemulihan 1

2) PPISMP 2011 Sem 1 Pemulihan 2

3) PPISMP 2011 Sem 1 Pendidikan Khas 1

4) PPISMP 2011 Sem 1 Pendidikan Khas 2

5) PPISMP 2011 Sem 1 Bimbingan dan Kaunseling 1

6) PPISMP 2011 Sem 1 Bimbingan dan Kaunseling 2

7) PPISMP 2011 Sem 1 Sejarah

8) PPISMP 2011 Sem 1 Bahasa Arab

9

Page 10: KERTAS KEJA BOLA BALING

8.0 Jawatankuasa Pengelola

Penasihat : 1) Tuan Haji Zainal Abidin bin Saad

2) Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdullah

Pengerusi : Hazman bin Azhar

Naib Pengerusi : Ilya Adira binti Jainin

Setiausaha : Siti Hasaniah binti Che Omar

Naib Setiausaha : Nurul Izzah Syazwani binti Md. Redzon

Bendahari : Aida Illyana binti Jelin

Naib Bendahari : Mohammed ‘Izzat Syimir bin Salleh

AJK 1 : Zaim bin Zulkifli

AJK 2 : Nur Amira binti Shaukat Ali

9.0 Bidang tugas

~Bidang Tugas setiap AJK~

AJK Jadual Pertandingan :

1. Bertanggungjawab memastikan kelancaran permainan semasa pertandingan

sedang dijalankan.

2. Bertanggungjawab memastikan tiada sebarang masalah pergerakan jadual

pertandingan semasa pertandingan berlangsung.

3. Bertanggungjawab menetapkan masa bagi setiap pertandingan, contohnya masa

yang sesuai bagi pertandingan pusingan awal dan pertandingan separuh akhir.

AJK Penjaga Masa :

1. Bertanggungjawab memastikan kelancaran masa pertandingan tanpa sebarang

masalah kecemasan.

2. Bertanggungjawab menjaga masa bagi setiap sesi perlawanan supaya

pertandingan berjalan mengikut perancangan.

3. Bertanggungjawab mengagihkan tugas-tugas kepada penjaga masa.

10

Page 11: KERTAS KEJA BOLA BALING

AJK Papan Markah

1. Bertanggungjawab memastikan papan markah berada dalam keadaan baik

2. Bertanggungjawab menjaga disipin semasa menulis markah/mata bagi setiap

perlawanan

3. Memastikan barang-barang untuk mencatat markah cukup dan berada dalam

keadaan baik sebelum perlawanan dimulakan

AJK Penjaga Garisan

1. Memastikan garisan dibuat dengan ukuran yg betul sebelum perlawanan

berlangsung.

2. Menjaga garisan dalam gelanggang semasa perlawanan dijalankan.

AJK Pengadil

1. Bertanggungjawab memastikan peserta tidak melanggar peraturan semasa

perlawanan berlangsung

2. Bertanggungjawab memutuskan sebarang bantahan peserta

3. Bertanggungjawab menentukan segala peraturan dan membuat

bertanggungjawab membuat keputusan dalam segala perkara dalam

pertandingan.

AJK Padang

1. Bertanggungjawab memastikan keadaan padang dan gelanggang berada dalam

keadaan baik sebelum pertandingan dijalankan.

AJK Peralatan

1. Bertanggungjawab memastikan peralatan mencukupi semasa pertandingan.

2. Memastikan peralatan berada dalam keadaan yang baik.

3. Bertanggungjawab mengurus dan menyediakan semua peralatan yang

diperlukan untuk pertandingan.

4. Melaporkan kerosakan peralatan (sekiranya ada) kepada pihak pentadbiran

sebelum dan selepas pertandingan.

11

Page 12: KERTAS KEJA BOLA BALING

AJK Makanan

1. Bertanggungjawab menguruskan makanan untuk para peserta.

2. Memastikan kuantiti makanan dan bilangan peserta seimbang sebelum

pertandingan dijalankan.

3. Menyediakan makanan bagi setiap sesi rehat, iaitu makan dan minum petang

serta makanan ringan seperti roti dan keropok.

AJK Hadiah dan Publisiti

1. Bertanggungjawab menyediakan senarai hadiah dan cenderamata untuk para

pemenang

2. Menyusun hadiah, piala pusingan, pingat serta cenderamata sebelum acara

penyampaian hadiah.

3. Bertanggungjawab menyediakan senarai nama pemenang.

4. Menyediakan buku program untuk pertandingan yang akan dijalankan.

AJK Keselamatan

1. Memastikan keselamatan para peserta semasa pertandingan berlangsung

2. Bertanggungjawab menguruskan peserta ketika semasa berada dalam

kecemasan.

3. Memastikan strrtcher dan kotak alat keselamatan sentiada berada di sisi setiap

AJK bertugas.

AJK Juruacara

1. Bertanggungjawab menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan tentatif

program.

2. Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara dan maklumat yang berkaitan

semasa pertandingan dijalankan.

3. Bertanggungjawab mengumumkan senarai pemenang semasa acara

penyampaian hadiah.

AJK Fotografi dan Siaraya

1. Bertanggungjawab mengambil gambar, merekod serta merakam segala aktiviti

yang berlangsung.

2. Membuat laporan bergambar untuk program yang dianjurkan.

12

Page 13: KERTAS KEJA BOLA BALING

~Senarai AJK~ 9.1 Pertandingan

9.1.1 Jadual pertandingan : Amira Nazneen binti Abd Rahman

(4 orang) Nur Hazwani Aqila binti Hamidun

Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Alnazirul Hakim bin Mohd Azan

9.1.2 Penjaga Masa : Siti Aisyah Binti Abd Aziz

(4 orang) Chai Hooi Inn

Mohammed ‘Izzat Syimir bin Salleh

Farhan Fida’iy bin Nasruddin

9.1.3 Papan Markah : Natrah binti Alias

(4 orang) Hamilia Binti Taha

SH. Mohd Hafify bin SH. Khazan Nur Basha

Mohd Fitri bin Shahruddin

9.1.4 Penjaga Garisan : Mohamad Arif bin Rashid

(4 orang) Muhamad Azimin bin Zulkifli

Siti Aisyah Binti Abd Aziz

Natrah binti Alias

9.1.5 Pengadil : Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

(4 orang) Mohamad Arif bin Rashid

Nur Hazwani Aqila binti Hamidun

Nurul Ilina Syazwani binti Zamuri

9.2 Teknikal

9.2.1 Padang & Gelanggang : Cornelius B Gaulus

(4 orang) Farhan Fida’iy bin Nasruddin

Amira Nazneen binti Abd Rahman

Hamilia Binti Taha

13

Page 14: KERTAS KEJA BOLA BALING

9.2.2 Peralatan : Mohd Fitri bin Shahruddin

(4 orang) Cornelius B Gaulus

Nurul Izzah Syazwani binti Md Redzon

Khong Jo Ann

9.3 Makanan : Mohammed ‘Izzat Syimir bin Salleh

(4 orang) Nurul Ilina Syazwani binti Zamuri

Nur Amira binti Shaukat Ali

Aida Illyana binti Jelin

9.4 AJK Hadiah dan Publisiti : Betty James

(4 orang) Florynah Bakar

SH. Mohd Hafify bin SH. Khazan Nur Basha

Mohd Fauzan bin Satman

9.5 AJK Keselamatan : Vivian Oo

(4 orang) Chai Hooi Inn

Siti Hasaniah binti Che Omar

Betty James

9.6 Juruacara : Mohd Fauzan bin Satman

(2 orang) Lau Yi Yu

10.0 Penyertaan

Terbuka kepada pelajar-pelajar PPISMP Ambilan Jun 2011 Semester 1, lelaki dan

perempuan.

14

Page 15: KERTAS KEJA BOLA BALING

11.0 Peralatan dan kemudahan

Bil Peralatan dan KemudahanAnggaran

diperlukan

1. Bola 10 biji

2. Kon 50 buah

3. Wisel 10 biji

4. Khemah 5 buah

5. Kerusi 150 buah

6. Meja 150 buah

7. Plastik Sampah 10 beg

8. Vest (Beep) 5 pasang

9. Stretcher 3 papan

10.Kotak perubatan

(First Aid)3 kotak

11. Hailer

12. Jam Randik 10 buah

13. Kertas A4 2 ream

14. Papan Putih 3 buah

15. Pemadam Papan Putih 3 buah

16. Marker Pen 5 batang

17. Kapur 3 bekas

18. Air Mineral 150 botol

19. Medal 3 buah

20. Hamper 4 buah

21. Payung 5 kaki

22. Dulang Hadiah 2 buah

23. Sistem Siaraya 1 set

15

Page 16: KERTAS KEJA BOLA BALING

12.0 Anggaran dan kewangan

12.1 Perbelanjaan

PERKARA ANGGARAN JUMLAH (RM)

Minum petang untuk peserta,

pengurus, pengadil dan guru pengiring.RM 5.00 X 2 X 130 orang 1300.00

Banner RM 50.00 X 2 100.00

Khemah (VIP dan peserta) RM 50.00 X 2 buah 100.00

Minuman (Air Mineral) RM 1.00 X 150 botol 150.00

Hadiah pemenang

RM 200.00 (Pertama)

RM 100.00 (Kedua)

RM 50.00 (Ketiga)

200.00

100.00

50.00

Cenderamata RM 50.00 X 4 200.00

JUMLAH (RM) 2200.00

12.2 Pendapatan

PERKARA JUMLAH

Yuran Penyertaan (RM 8.00 X 150 orang) RM 1200.00

Peruntukan daripada Persatuan Bola Baling IPG

Kampus Darul Aman.RM 1000.00

JUMLAH (RM) RM 2200.00

16

Page 17: KERTAS KEJA BOLA BALING

13.0 Proses pelaksanaan

13.1 Jadual tentatif program

HARI/MASA JUMAAT (5 Oktober 2011)

2.00 petang – 2.30 petang Pendaftaran peserta

2.30 petang – 3.00 petang Majlis Perasmian

3.00 petang – 4.30 petang Pertandingan dimulakan (pusingan awal)

4.30 petang – 5.00 petang Rehat/Minum petang

5.00 petang – 6.30 petang Pertandingan diteruskan

6.30 petang Bersurai

HARI/MASA SABTU (6 Oktober 2011)

2.00 petang –4.30 petang Pertandingan separuh akhir

4.30 petang – 5.00 petang Rehat/Minum petang

5.00 petang – 6.00 petang Pertandingan akhir

6.00 petang – 6.30 petang Majlis penutup dan Penyampaian hadiah

6.30 petang Penutup

17

Page 18: KERTAS KEJA BOLA BALING

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING

JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan berpasukan ( Lelaki dan Perempuan )

Tempoh Permainan

Secara Liga Kumpulan ( Pusingan Pertama )

20 minit setiap separuh masa permainan dengan 10 minit rehat ( 20:10:20:)

Kalah Mati ( Suku Akhir, Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Akhir )

20 minit diberi untuk setiap masa permainan dengan 10 minit rehat (20:10:20)

Masa rehat

Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat ( Time Out ) sekali bagi setiap separuh masa.

Pegawai dari mana-mana pasukan boleh memohon masa rehat dengan melayangkan KAD HIJAU kepada penjaga masa ( Time Keeper )

Situasi yang tidak dibolehkan untuk meminta masa rehat pasukan ialah :

a) Selepas bola terkeluar daripada garisan tepi gol. (own goal line or outer goal line)

b) Selepas pasukannya terkena jaringan gol.

PENDAFTARAN PEMAIN

Tiap-tiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 14 orang pemain, iaitu 7 orang pemain dengan 5 orang pengganti.

CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

Secara Liga

18

Page 19: KERTAS KEJA BOLA BALING

Cara Memberi Mata:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:

i. Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikiramenang.

ii. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.

iii. Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.

iv. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

v. Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

Secara Kalah Mati

Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuhnya masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya.

a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima minit.

b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi.

c) Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan 7 akan dijalankan kecuali dalam perlawanan akhir.

d) Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan.

Sistem balingan 7

19

Page 20: KERTAS KEJA BOLA BALING

a) Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7m dengan cara balingan berselang-seli oleh 5 orang pemain.

b) Jika masih seri, maka balingan 7 hendaklah diteruskan oleh pemain yang secara berselang-seli dengan “sudden death “

c) Pengadil akan memutuskan gol di mana balingan 7 itu dijalankan.

d) Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.

e) Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa tambahan dibenarkan membuat balingan penalti itu.

f) Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 dan penjaga gol pasukan lawan mestilah berada di luar garisan balingan percuma.

g) Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.

h) Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan penalti dijalankan.

PAKAIAN

Sila rujuk undang – undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) dan perkara-perkara berikut:-

1. Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.

2. Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa dan “boot”. Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali. ( Gelanggang rumput sahaja )

3. Kasut “ boot” yang mempunyai 6 “stud” tidak dibenarkan dipakai dan tinggi “stud” yang dibenarkan melebihi 12 mm. ( Gelanggang rumput sahaja )

20

Page 21: KERTAS KEJA BOLA BALING

GELANGGANG PERMAINAN

Sila rujuk Undang – undang Bola Baling Antarabangsa (IHF )

Tiap –tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol.

ALATAN ( BOLA )

Lelaki (18)- saiz 3

Berat - 425 gm hingga 475 gm

Lilitan - 58 sm hingga 60 sm.

Perempuan 18,lelaki 15 & perempuan 15 ) - saiz 2

Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak pengelola.

KELEWATAN

Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan dengan 3 mata dan bilangan gol 3 – 0.

21

Page 22: KERTAS KEJA BOLA BALING

MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.

Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan-pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan hendaklah memberi sebab secara bertulis kepada pihak pengelola kenapa berbuat demikian untuk menggelakkan tindakan tatatertib dikecualikan.

SINGKIR ( KAD MERAH ) DAN BATAL

Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau disingkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.

Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau disingkir kali kedua, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain.

Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang pesta tersebut.

BANTAHAN

Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pegawai pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu (1) jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM100.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berjaya.

Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.

22

Page 23: KERTAS KEJA BOLA BALING

14.0 Penutup

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi

daripada semua pihak yang terlibat, adalah diharapkan pertandingan bola baling

terbuka IPG Kampus Darul Aman ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai

objektif serta matlamat yang telah digariskan. Pertandingan ini juga diharap dapat

mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam

diri individu itu sendiri. Pertandingan ini dapat memberi peluang kepada pelajar

bersaing secara sihat sesama mereka. Melalui pertandingan ini, para pelajar dapat

meningkatkan kemahiran permainan bola baling dan sekaligus dapat melengkapkan diri

menjadi pendidik pendidik yang baik dalam sesebuah institusi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… …………………………………….

(Siti Hasaniah binti Che Omar) (Tn. Hj. Zainal Abidin bin Saad)

Setiausaha, Pensyarah Penasihat,

Pertandingan Bola Baling Terbuka Pertandingan Bola Baling Terbuka

IPG Kampus Darul Aman, IPG Kampus Darul Aman,

Bandar Darul Aman, Bandar Darul Aman,

06000 Jitra, Kedah. 06000 Jitra, Kedah.

23

Page 24: KERTAS KEJA BOLA BALING

LAMPIRAN A

Pengarah Hospital Jitra,Jalan Changlun,06000 Jitra,Kedah Darul Aman.

Tuan/Puan,

MEMOHON BANTUAN UNTUK PERKHIDMATAN KES KECEMASAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bola Baling Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman ingin mengadakan pertandingan bola baling untuk pelajar – pelajar IPG Kampus Darul Aman ini.

3.Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon bantuan pihak tuan/puan dalam urusan kes kecemasan. Pertandingan bola baling ini akan diadakan selama dua hari. Berikut adalah butir-butir pertandingan:

Tarikh : 5-6 Oktober 2011

Masa : 2.00 petang – 6.30 petang

Tempat :Padang dan gelanggang bola baling IPG Kampus Darul Aman

4.Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan/puan sudi membantu kami sepangjang pertandingan ini berlangsung. Kerjasama tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………...................

(SITI HASANIAH BINTI CHE OMAR)

Setiausaha,Persatuan Bola Baling,

24

Page 25: KERTAS KEJA BOLA BALING

IPG Kampus Darul Aman,Kedah Darul Aman.

LAMPIRAN B

MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN BOLA BALING

Tarikh : 9 September 2011

Masa : 3.30 petang

Tempat : Gelanggang Bola Tampar, hadapan Kolej Kediaman P2

Hadir : Hazman bin Azhar

Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Mohammed ‘Izzat Syimir bin Salleh

Alnazirul Hakim bin Mohd Azan

Cornelius B Gaulus

Farhan Fida’iy bin Nasruddin

Mohd Fauzan bin Satiman

SH. Mohd Hafify bin SH. Khazan Nur Basha

Muhamad Azimin bin Zulkifli

Zaim bin Zulkifli

Siti Aisyah binti Abd Aziz

Nur Hazwani Aqila binti Hamidun

Nurul Ilina Syazwani binti Zamuri

Nurul Izzah Syazwani binti Md Redzon

Khong Jo Ann

Nur Amira binti Shaukat Ali

Aida Illyana binti Jelin

Betty James

Florynah Bakar

Vivian Oo

25

Page 26: KERTAS KEJA BOLA BALING

Chai Hooi Inn

Siti Hasaniah binti Che Omar

Lau Yi Yu

1.0 Kata – kata aluan Pengerusi

Pengerusi yang memulakan mesyuarat dengan memberikan salam dan

mengalu-alukan kedatangan semua ahli mesyuarat. Mesyuarat dimulakan

dengan bacaan Al- Fatihah.

2.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Ahli mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara untuk memilih ahli-ahli yang

berikut sebagai ahli jawatankuasa. Berikut adalah ahli-ahli yang telah dilantik:

Pengarah program : Hazman bin Azhar

Timbalan Pengarah Program : Ilya Adira binti Jainin

Setiausaha : Siti Hasaniah binti Che Omar

Bendahari : Aida Illyana binti Jelin

Ketua – ketua BiroJadual pertandingan : Amira Nazneen binti Abd Rahman

Penjaga Masa : Siti Aisyah Binti Abd Aziz

Papan Markah : Natrah binti Alias

Penjaga Garisan : Mohamad Arif bin Rashid

Pengadil : Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Padang & Gelanggang : Cornelius B Gaulus Peralatan : Mohd Fitri bin Shahruddin

Makanan : Mohammed ‘Izzat Syimir bin Salleh

AJK Hadiah dan Publisiti : Betty James

AJK Keselamatan : Vivian Oo

Juruacara : Mohd Fauzan bin Satman

26

Page 27: KERTAS KEJA BOLA BALING

3.0 Hal – hal lain

Mesyuarat telah bersetuju mengenakan bayaran yuran sebanyak RM150 bagi setiap

pasukan yang yang mengambil bahagian. Saudara pengerusi, iaitu Hazman bin Azhar

mengucapkan berbanyak terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menerajui

jentera jawatankuasa pelaksana projek Pertandingan Bola Baling. Beliau juga berharap

akan memperolehi kerjasama sepenuhnya daripada semua AJK .

3.0 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat berakhir pada pukul 6.00 petang dengan penghargaan pengerusi majlis

kerana semua ahli yang hadir. Mesyuarat AJK yang seterusnya akan ditentukan

kemudian. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan sural Al-As’r.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

.......................................... ..................................

(Siti Hasaniah binti Che Omar) (Hazman bin Azhar)

Setiausaha program Pengarah program

27

Page 28: KERTAS KEJA BOLA BALING

LAMPIRAN C

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT IPG DARUL AMAN, IPG DARUL

AMAN, KEDAH DARUL AMAN

Semua Jawatankuasa Kerja,

Pertandingan Bola Baling Peringkat IPG Kampus Darul Aman,

IPG Darul Aman,

Kedah.

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING kali pertama

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Bola Baling Peringkat IPG Kampus Darul Aman kali pertama diadakan seperti berikut :

Tarikh: 9 September 2011

Masa: 3.30 petang

Tempat: Gelanggang Bola Tampar, hadapan Koleh Kediaman P2

2.Agenda-agenda adalah seperti berikut :

2.1 Ucapan Pengerusi

2.2 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pertandingan

2.3 Pembahagian senarai jawatankuasa dan fungsi-fungsi

2.4 Hal-hal lain

Diharap tuan/puan dapat melapangkan masa untuk hadir. Atas kehadiran tuan/puan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

……………………………

(SITI HASANIAH BINTI CHE OMAR)

Setiausaha,

Persatuan Bola Baling,

IPG Kampus Darul Aman,

Kedah Darul Aman.

28