kertas kerja kejohanan bola baling sekolah rendah johor bahru ailin part

Upload: cascara

Post on 14-Jan-2016

119 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

jjjjj

TRANSCRIPT

PENDAHULUANKejohanan Bola Baling adalah disertai oleh murid sekolah renah yang berumur bawah 12 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum Sekolah Rendah untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ). Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu:i. Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau melawan skor purata.ii. Pertandingan melawan individu lain.Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:i. Jenis pertandinganii. Masa yang diperlukaniii. Alatan dan kemudahan yang adaiv. Agihan perlawanan yang adilv. Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukanvi. Kewanganvii. Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandinganviii. Penentuan pemenang dan pemain yang sah.

Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah: Pertandingan berbentuk kejohanan Pertandingan liga Pertandingan Separa Liga Pertandingan kalah mati Pertandingan cabar mencabarMATLAMATMembolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

OBJEKTIFAdalah diharapkan dengan adanya pertandingan separa liga akan dapat :i. Membina kemahiran motivasi dan keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai.ii. Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.iii. Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.iv. Meningkatkan disiplin dalam diri murid.v. Meningkatkan kecergasan tubuh badanvi. Memantapkan kemahiran asas dalam permainan bola balingvii. Mengetahui taktikal yang digunakan semasa bertanding

KUMPULAN SASARANBagi pelajar-pelajar sekolah rendah Johor Bahru yang berumur bawah 12 tahun.

PERASMIAN Program kejohanan Bola Baling ini akan dirasmikan oleh Dato Subahan Kamal, Ketua Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.

PENGANJUR Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.

PENGELOLASJK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru.

TARIKH KEJOHANAN 8 hingga 9 Ogos 2012. Sekiranya berlaku sebarang penangguhan perlawanan ke hari yang berikutnya, maka tarikh 10 Ogos 2012 akan digunakan.

TEMPAT KEJOHANANGelanggang Bola Baling SJK(C) Foon Yew

PENYERTAAN 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 i. Bagi kedua-dua penyertaan (lelaki & perempuan), setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 3 orang pegawai pasukan ( pengurus pasukan, ketua jurulatih, Penolong Jurulatih) dan 12 orang pemain sahaja. ii. Sumbangan penyertaan setiap kategori (L dan P) adalah RM 100.00 dalam bentuk wang tunai atau cek atas nama PENGETUA SMK TAMAN MUTIARA RINI 2.iii. Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah daerah Johor Bahru.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAANBILITEMKUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH

1Score sheet180.00

3Hadiah (medal)12 orang (1 pasukan) 10.00 X 3 pasukan360.00

4Makan minum pembantu (pelajar) 144 orang5.00 X 144 X 2 hari2160.00

5Alat Tulis56.00

6Mineral Air15 kotak20.00 X 15300.00

JUMLAH2956.00

Anggaran pasukan menyertai : 30 pasukan X RM100.00 = RM3000.00

PERATURAN AM10.0 11.0 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF), Persekutuan Bola Baling Malaysia (MHF), Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA) dan Peraturan-Peraturan AM MSSM.Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. Semua keputusan dan undian yang dibuat oleh Jawatankuasa Kejohanan Bola Baling MSSD Johor Bahru 2012 adalah MUKTAMAD.

SISTEM PERTANDINGANPertandingan ini dijalankan secara separa liga.1. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dalam setiap kumpulan akan dikira sebagai johan kumpulan. Pasukan yang mendapat jumlah mata kedua terbanyak akan dikira sebagai naib johan kumpulan. Tempat ketiga dan keempat dikira berdasarkan selepas pungutan mata naib johan dan seterusnya.2. Sistem pemberian mata bagi pertandingan liga: Menang : 3 mataSeri : 1 mataKalah : 0 mata 3. Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di bawah :4. Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.4.1 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.4.2 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.4.3 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.4.4 Jika masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.5. Singkir ( Kad Merah) dan Batal5.1 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.5.2 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya bermain sehingga Lembaga Tatatertib membuat keputusan.5.3 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang kejohanan tersebut.

6. Cara Menentukan Pemenang Akhir Jika Keputusan Seri6.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:6.2 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah rehat selama lima minit.6.3 Jika masih seri balingan 7 meter akan di jalankan.

7. Masa Permainan7.1 Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit. (15.3.15)* Diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri7.2 Masa rehat pasukan (1 minit )Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.7.3 Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan kad hijau berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).7.4 Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit:- Semasa pasukannya mengawal bola. Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.

8. PenyertaanPertandingan Bola Baling bawah 12 tahun

9. Penerangan Sistem Undian Sebelum sesebuah permainan dimulakan, undian akan dibuat. Jenis undian yang digunakan adalah secara undian kertas. Setiap wakil akan mencabut undi untuk menentukan giliran dan kumpulan yang akan ditempatkan. Tujuan undian dijalankan adalah untuk memudahkan serta melancarkan permainan dan pada masa yang sama menentukan keadilan sewaktu bermain.

KELAYAKAN PEMAIN Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili dan bermain untuk satu pasukan sahaja.

YURAN & TARIKH TUTUP PENYERTAAN Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Ogos 2012 jam 3.00 pm.14.2. Sumbangan penyertaan: RM 100.00 untuk setiap pasukan. Bayaran dan Borang Penyertaan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran dibuat. Sijil penyertaan akan diserahkan hanya selepas bayaran selesai diterima. 14.3. Resit haruslah di simpan sebagai bukti pembayaran. 14.4. Bayaran tidak akan di kembalikan. 15.0 Jawatankuasa PengelolaGuru penasihat: Tn Hj Mohd Mustafa Ahmad (Guru Pengerusi: Mohamad Faizal bin AbdullahNaib Pengerusi: Siti Faral binti SafineeSetiausaha: Lim MayPeolong Setiausaha: Woo Jia MinBendahari: Mohamad Aril bin SaadAJK Jamuan: Lau Mei Ling Lim Mei PengAJK Peralatan: Choo Kuan Seng Chin Wee Khang

AJK Teknikal: Nor Fatin binti Faral Nur Anizal binti Safifi

AJK Hadiah dan Akademik: Mohamad Falin bin Abidin Loo Kuan HengAJK Keselamatan: Chin Heng Tong Lim Khar TattAJK Kawalan / Bidang TugasJAWATANKUASATUGAS

Setiausaha

Menguruskan permohonan pertandingan.Menyiapkan surat panggilan.Menyiapkan kertas kerja.Menyenaraikan nama peserta dan jawatankuasa.Menyiapkan buku program.

Bendahari

Membuat laporan kewangan.Menguruskan perbelajaan tunai pertandingan.Menguruskan kutipan bayaran peserta.

AJK Peralatan

Menyenaraikan peralatan.Menyediakan peralatan.Memastikan keselamatan peralatan.

AJK Jamuan.Menyediakan makanan dan minuman di jamuan.

AJK TeknikalMenguruskan kawasan padang.Mengurus dan menyediakan bahan yang diperlukan.Menyediakan peralatan.Memilih dan melatih pembantu padang.Menyenaraikan nama pegawai teknik.Menubuhkan satu panel Juri Rayuan. Menentukan syarat syarat. mengemukakan rayuan. Menyediakan boring teknikal.

AJK Hadiah dan CenderamataMencatat dan menyenaraikan nama pemenang.Menyediakan hadiah yang mencukupi.Menyediakan senarai AJK pengurusan.Menyediakan piala dan sijil untuk para pemenang.Menyelaras dengan urusetia atau pengadil bagi setiap pertandingan.Mengurus dan membuat persiapan untuk ucapan penyampaian hadiah. Menentukan tempat dan masa penyampaian hadiah. Memastikan semua hadiah dan cenderamata diterima sebelum tarikh akhir pertandingan. Menempah hadiah berdasarkan peruntukan yang diluluskan. Menentukan kos hadiah hadiah dan cenderamata.

AJK Keselamatan

Menjaga disiplin para peserta pertandingan.Memastikan keselamatan peserta.Menyediakan peralatan perubatan.Menyediakan tempat perubatan.

AJK MasjidMenyediakan tempat- tempat.

AJK Pertandingan Menentukan syarat-syarat pertandingan, iaitu syarat-syarat yang tidak terkandung dalam undang undang permainan.Mengadakan cabutan undi Menyediakan jadual pertandingan Menentukan tarikh tarikh alternatif sekiranya penangguhan permainan terpaksa dilakukan.Menetapkan tarikh terakhir untuk menyerahkan senarai pendaftaran permain.

AJK Kawalan/ Minuman dan Pertolongan Cermas Bertanggungjawab atas semua aspek keselamatan- trafik, kawalan penonton , tempat larangan, displin murid / penyokong, kertas ambulans dan pertolongan cemas. Memastikan pengadil dan permainan- permainan diberi minuman semasa rehat. Menyedikan jadual tugas bagi ahli-ahli St. John Ambulans sepanjang pertandingan.

16.0HAL-HAL LAIN 16.1. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan lain- lain ke atas para peserta sebelum, semasa dan selepas pertandingan. 16.2. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kos pengangkutan, penginapan dan makan minum pasukan. 16.3. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat keputusan untuk sebarang kejadian yang tidak termaktub di dalam syarat-syarat dan Peraturan Pertandingan. 16.4. Jawatankuasa Kejohanan ini berhak membuat sebarang perubahan dalam perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat kejohanan ini. Semua keputusan Jawatankuasa ini adalah Mutlak dan Muktamad. 16.5 Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan kepada Siti Faral binti Safinee di talian 019 - 773 6105.

17.0PENUTUP Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan pertandingan kejohanan bola baling pada 2012.pada masa yang akan datang diharapkan usaha ini akan sentiasa berterusan supaya aktiviti-aktiviti yang diadakan dapat dijalankan dengan lancar.

18.0 LAMPIRAN18.1 Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan 18.2 Jadual Perlawanan secara Separuh Liga Bola Baling 18.3 Borang Penyertaan Pertandingan 18.4 Borang Senarai Nama Pasukan

Disediakan oleh,

.Setiausaha,Kejohanan Bola Baling,Peringkat Sekolah Rendah,Daerah Johor Bahru.

LAMPIRAN 1JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULANNAMA PASUKAN123456789101112JUMLAH

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

JUMLAH

Disahkan oleh,

LAMPIRAN 3BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

NAMA SEKOLAH: NAMA PASUKAN: NAMA GURU: ..NAMA PEMBANTU: WARNA BIP/JERSI: BILNAMA PESERTANO. SURAT BERANAKPOSISI

Disediakan oleh,Disahkan oleh, .. LAMPIRAN 4SENARAI NAMA PASUKANBILNAMA SEKOLAHJURULATIH / PENGURUS PASUKAN

SISTEM SEPARA LIGASistem separa liga dilaksanakan dalam sesuatu pertandingan dan sukan serta melibatkan pertandingan sistem liga yang melibatkan kumpulan lebih dari satu di peringkat awal dan kemudian diikuti dengan sistem kalah mati. Peringkat awal dilaksanakan secara liga kumpulan iaitu A, B, C dan D. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bertemu di peringkat separuh akhir ataupun akhir.Sistem separa liga ini digunakan dalam Kejohanan Piala Dunia FIFA. Biasanya sistem ini dilaksanakan apabila masa yang diperuntukkan lama, kemudahan lengkap, kewangan mencukupi, kepegawaian tersusun dan bilangan pasukan banyak. Sistem ini memerlukan perlawanan yang banyak dan sangat sesuai di dalam mencari pemenang yang berkualiti.

Liga 4 Kumpulan (12 pasukan atau lebih)Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai Johan.Pusingan PertamaKedudukan pasukan yang mengetuai kumpulan akan ditentukan melalui pilihan. Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:Kumpulan AKumpulan BKumpulan CKumpulan D

1. Johan2. Undi3. Undi4. Undi1. Ketiga2. Undi3. Undi4. Undi1. Keempat2. Undi3. Undi4. Undi1. Naib Johan2. Undi3. Undi4. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Kedudukannya bagi memenuhi tempat yang kosong dalam kumpulan menggunakan sistem undian.Pusingan Kedua (Suku Akhir)

Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan akan ditetapkan sebagaimana berikut:i. Undian bagi 4 pasukan Johan kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1 (Johan Kumpulan A), 3 (Johan Kumpulan B), 5 (Johan Kumpulan C) dan 7 (Johan Kumpulan D).ii. Pasukan Naib Johan kumpulan harus ditempatkan di kedudukan yang tidak akan bertemu dengan pasukan Johan dalam kumpulan yang sama pada suku akhir dan separuh akhir. Oleh itu, kedudukan 2 (Naib Johan Kumpulan D), 4 (Naib Johan Kumpulan B), 6 (Naib Johan Kumpulan C) dan 8 (Naib Johan Kumpulan A).iii. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan Tempat Ketiga dan Keempat.

Piala Dunia FIFA (Separa liga 8 kumpulan)Sistem pertandingan dalam Piala Dunia FIFA adalah sistem separa liga 8 kumpulan. Pada peringkat awal pasukan yang mengambil bahagian dibahagikan kepada 8 kumpulan. Johan dan Naib Johan bagi kumpulan menjadikan 16 pasukan akan memasuki pusingan kalah mati.

Liga 3 Kumpulan (9 hingga 11 pasukan)Pusingan PertamaJohan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:Kumpulan AKumpulan BKumpulan C

1. Johan2. Undi3. Undi4. Undi1. Naib Johan2. Undi3. Undi4. Undi1. Ketiga2. Undi3. Undi4. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan Keduai. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.ii. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.iii. Dari tiga Johan kumpulan, satu akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan dua ditempatkan dalam Kumpulan Y.iv. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.Contohnya,Kumpulan XKumpulan Y

i. Johan Bii. Naib Johan Aiii. Naib Johan Ci. Johan Aii. Johan Ciii. Naib Johan B

Pusingan AkhirJohan dalam Kumpulan X lawan pemenang pertama Kumpulan Y untuk tentukan kedudukan Johan dan Naib Johan. Naib Johan Kumpulan X lawan Naib Johan Kumpulan Y untuk menentukan Tempat Ketiga dan Tempat Keempat.

Liga 2 Kumpulan (6 hingga 8 pasukan)Pusingan PertamaJohan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan A dan Naib Johan serta Tempat Ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B.Kumpulan AKumpulan B

1. Johan (Tahun lalu)2. Tempat Keempat (Tahun lalu)3. Undi4. Undi1. Naib Johan (Tahun lalu)2. Tempat Ketiga (Tahun lalu)3. Undi4. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pasukan dalam Kumpulan X dan Y akan bermain secara kalah mati.

Pusingan AkhirPemenang Kumpulan X akan melawan pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan. Kalah Kumpulan X akan melawan kalah kumpulan Y untuk menentukan Tempat Ketiga dan Keempat.GELANGGANG BOLA BALING

7