kertas kerja a day wth them 3

7
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KERTAS KERJA PROGRAM “ A DAY WITH THEM ” ANJURAN Exco Akedemik Dan Kerjaya Kelab Sahabat 1 Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) Bersama Kawasan Rukun Tetangga(KRT),Parit Raja

Upload: tikar-mengkuang

Post on 01-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERTAS KERJA

PROGRAM A DAY WITH THEM

ANJURAN

Exco Akedemik Dan KerjayaKelab Sahabat 1 Malaysia,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)BersamaKawasan Rukun Tetangga(KRT),Parit Raja

20 SEPTEMBER 2014

1. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan Yang Bhg. Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bagi menjalankan Program A Day With Them anjuran Kelab Sahabat Satu Malaysia.

2. LATAR BELAKANG

Program ini merupakan sebuah platfom untuk para mahasiswa/mahasiswi mencurahkan bakat mereka dalam bidang kepimpinan. Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk menggilap potensi atau softskill mereka seterusnya menambah kualiti pasaran kerja yang ada pada mereka sejurus selepas bergelar graduan kelak. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan masyarakat luar dan pastinya ia tidak boleh didapati daripada bilik kuliah sahaja.

3. OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program ini diharapkan :

3.1 Universiti mampu melahirkan graduan yang mempunyai soft skills yang tinggi3.2 Para mahasiswwa/mahasiswi dapat menjadi peransang kepada para pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Penilaian Mengangah(SPM)3.3 Menjalinkan dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat luar khususnya para penduduk Parit Raja itu sendiri3.4 Universiti dapat melahirkan lebih ramai pelajar kumpulan Kelas Pertama, yang mempunyai nilai-nilai etika dan sahsiah yang tinggi 3.5 Mahasiswa/mahasiswi dilatih untuk tampil dengan lebih bersifat kepimpinan

4.BUTIRAN PROGRAM:

4.1Bilangan PesertaPeserta terdiri daripada 100 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 16-17 tahun dan akan mengambil peperiksaan Sijil Penilaian Menengah(SPM)pada tahun ini dan tahun hadapan.

4.2Tarikh Cadangan20 September 2014

4.3 Aturcara Program

20 September 2014 (Sabtu)

7.00 pagi -7.45 pagi :Pendaftaran peserta

7.45 pagi -8.00 pagi :Sarapan pagi

8.00 pagi -10.30 pagi :Slot 1 : ice breaking-know yourself

11.00 pagi -1.00 petang:Slot 2 : towards a winner

1.00 petang-2.30 petang:Rehat

2.30 petang -5.00 petang:Slot 3 : to lead or to be led

5.00 petang-6.00 petang:Majlis penutupan

4.4Tempat Program

Pusat KRT Parit Raja, Taman Maju Baru, Parit Raja Batu Pahat, Johor

Justifikasi mengapa program ini perlu dibuat di luar UTHM:

i) Program ini akan melibatkan masyarakat di sekitar Parit Raja yang berumur dalam lingkungan 16-17 tahun, jadi tidak akan timbul masalah seperti kenderaan mahupun kerisauan tentang keselamatan mereka sekiranya program ini dijalankan berdekatan dengan kawasan tempat tinggal mereka.

ii) Bagi memenuhi objektif utama program ini iaitu para mahasiswa/mahasiswi mendekatkan diri dengan masyarakat tempatan.

iii) Dapat memberikan suasana yang berbeza berbanding sekiranya di buat di dalam kampus di mana suasanannya adalah suasana kuliah.

4.5Ahli Jawatankuasa Program

Penasihat :

Penyelaras program: Muhammad Ihsaan Bin Sainin

Urusetia & fasilitator :Seluruh Majlis Eksekutif dan Exco Kelab Sahabat Satu Malaysia UTHM (dibantu oleh beberapa orang ahli KRT,Parit Raja)

5.0 KEWANGAN

5.1 Sumber Kewangan :Separuh daripada anggaran perbelanjaan akan menggunakan VOT 42000 P3 dan separuh lagi akan ditanggung oleh KRT,Parit Raja. 5.2 Anggaran perbelanjaan

VOT 42000 (P3P)

1.Minum pagiRM 2.50 X 100 RM 250.00

2.Makan Tengah HariRM 5.00 X 100RM 500.00

3.Jamuan majlis penutupan untuk para tetamuRM50.00Rm50.00

4.Cenderahati PRO

5.Peralatan aktiviti :1) Kertas A4 (putih)2) Sijil3) Pen marker4) Kertas mahjong

1 rim100 keping3 kotak(lain-lain warna)15 helai

Stor Pusat

JUMLAH RM800.00

6.0 IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DITOLAK.

Program ini bertujuan untuk mendidik para mahasiswa/mahasiswi dari segi softskill yang akan digunakan sewaktu memasuki alam pekerjaan kelak. Jika permohonan ini tidak diluluskan, maka sia-sia lah para mereka bergelar para graduan kerana hanya mendalami ilmu yang ada di dalam buku sahaja, walhal kemahiran insaniah yang tidak dapat dipelajari dari dalam kuliah ini tidak dapat dikuasai. Selain itu, program ini juga tidak akan dapat mencapai matlamatnya iaitu untuk mendekatkan diri para mahasiswa/mahasiswi kepada masyarakat luar sekaligus menghalang tujuan asal mereka ke universiti iaitu untuk belajar dan berkhidamat kembali kepada masyarakat.

7.0 PENUTUP

Dengan ini adalah dimohon Yang Bhg. Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) untuk mempertimbang dan meluluskan usul cadangan program A Day With Them anjuran Kelab Sahabat Satu Malaysia ini.

Disediakan oleh:

( Mohd Ihsaan Bin Sainin ) Pengarah program, Kelab Sahabat 1 Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Disemak dan disahkan oleh:

--------------------------------------- (Muhammad Rafiq Redza), Presiden, Kelab Sahabat 1 Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia