50 soalan temuduga - · pdf filekejuruteraan& awam& dan& 3& tahun& selepas& itu ......

Download 50 Soalan Temuduga - · PDF fileKejuruteraan& Awam& dan& 3& tahun& selepas& itu ... projekakhir!tahun!anda!di!universiti?! Projek&akhir&tahun&sayaadalah ... belakang!dalam!Bahasa!Inggeris?!

If you can't read please download the document

Upload: trinhdung

Post on 07-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

  • 50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

    Disclaimer

    Seluruh kandungan ebook 50 Soalan Temuduga ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Tim Infokerjaya. Ianya diterbitkan

    untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam

    ebook 50 Soalan Temudga ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.

    Infokerjaya PLT, EDISI 2016

  • 50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

    1.Sila terangkan mengenai diri anda.

    Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia.

    Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.

    Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya.

    Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan.

    Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.

    2. Apakah yang anda sertai semasa bersekolah / mengaji di universiti dahulu? Adakah anda seorang yang aktif?

    Ya, saya seorang yang sangat aktif. Di sekolah , saya aktif dalam pasukan kadet polis dan selalu menyertai perbarisan di mana-mana acara. Selain itu juga saya seorang yang aktif dalam persatuan Taekwondo di universiti dan banyak memenangi kejohanan yang sering dianjurkan oleh pihak universiti. Semasa bekerja pula, setiap petang saya akan ke gimnasium untuk bersukan dan beriadah demi meningkatkan dan memelihara kesihatan saya.

    3. Bolehkah anda terangkan mengenai projek akhir tahun anda di universiti?

    Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk "Groundwater Monitoring at Pulau Burung Landfill Area". Projek ini mengambil masa setahun untuk diselesaikan. Projek ini dijalankan bagi mengetahui sama ada sumber air bawah tanah di kawasan tempat pelupusan sampah di Pulau Burung adalah selamat dari pencemaran atau tidak. Daripada hasil kajian ini, didapati air bawah tanah di sini tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih selamat mengalir ke dalam sungai berdekatan.

  • 50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

    4. Adakah anda mempunyai rancangan untuk melanjutkan pelajaran anda?

    Ya, saya telah mendapat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam, dan sekarang saya sedang merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Saya merasakan dengan berkhidmat di sektor awam, peluang saya untuk melanjutkan pelajaran lebih terbuka dan seterusnya dapat menyumbang kepakaran kepada jabatan setelah tamat pengajian kelak.

    5. Apakah tugasan paling sukar yang pernah anda selesaikan dan apakah peranan utama anda?

    Projek penyelidikan saya merupakan satu tugasan yang paling mencabar kerana ia begitu kompleks. Saya mengambil masa dua semester untuk menyiapkannya dan saya sangat sibuk dalam proses penyiapannya. Saya terpaksa membuat banyak keputusan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapapun. Akhirnya, penyelidikan saya berjaya disiapkan dan mendapat markah penilaian yang tinggi. Saya sungguh puas hati dengan hasil kerja saya walaupun ianya sangat sukar.

    6. Apa hobi awak?

    Hobi saya adalah membaca buku. Saya suka membaca buku berkenaan motivasi. Buku-buku yang menjadi kegemaran saya adalah buku tulisan Dato Fazilah Kamsah, Dr Tuah Iskandar, dan juga buku pakar motivasi Anthony Robin. Dengan membaca buku motivasi sebegini, saya dapat meningkatkan keyakinan saya dalam melakukan apa-apa sahaja dalam kehidupan seharian, terutamanya semasa bekerja. Saya menjadi lebih berani, yakin, kreatif, berwawasan dan seterusnya ini semua menyumbang dalam kecemerlangan kerjaya saya.

    7. Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?

    Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di Internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan-rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-macam lagi persediaan yang saya buat. Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir saja, saya juga membuat persediaan dari segi mental juga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya. Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti menjadi yang TERBAIK.

  • 50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

    8. Adakah anda gemar untuk bekerja bersendirian ataupun secara berkumpulan?

    Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur dan menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bekerja secara berkumpulan, saya amat sukakannya kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk idea yang terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri kerana usaha saya ini akan menjadikan diri saya lebih kreatif, inovatif dan lebih berdikari.

    9. Apa kelebihan diri?

    Setiap orang pasti memiliki kelebihan tersendiri.Begitu juga dengan saya.Kelebihan saya adalah saya mudah berkerjasama, mudah mesra dengan orang, bertanggungjawab, dan bercita-cita besar dalam kehidupan. Saya yakin dengan kelebihan saya ini, terutamanya bercita-cita besar ataupun THINK BIG, ianya mampu meningkatkan kecemerlangan saya dalam kerjaya. Kerjaya saya yang cemerlang juga turut membawa kesan yang cemerlang kepada organisasi yang saya sertai.

    10. Semasa di universiti, kegiatan yang bagaimanakah yang anda paling anda banyak ceburi?

    Sewaktu di universiti, saya menyertai Persatuan Ijazah Sarjana Muda yang dikenali juga sebagai PERSADA dan kami membuat aktiviti berpersatuan ini seminggu sekali di mana kami akan berkumpul untuk bermesyuarat serta berbincang bersama apakah program yang hendak kami jalankan.

    Selain itu saya juga mewakili universiti dalam sukan bola sepak dan kami pernah menjadi juara dalam pertandingan bola sepak antara university seluruh Malaysia.

    11. Apa yang anda lakukan semasa praktikal? Ada sebarang pencapaian?

    Saya menjalani sesi praktikal saya di Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy dan tugas saya ialah menyampaikan modul Anda Bijak Jauhi Zina kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Selain dari mendapat sijil dari pihak sekolah atas usaha tersebut, saya juga kini boleh menjalankan sesi ceramah juga latihan kepada pelajar sekolah dengan sendiri dan penuh keyakinan.

  • 50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

    12. Sila perkenalkan diri anda dan latar belakang dalam Bahasa Inggeris?

    My name is Dalilah Hadifah bt Abdul Talib.I am the third from ten siblings. My hobbies are reading and do the research. My great ambition is to become an Administrative and Diplomatic Officer. I was a graduated student of Bachelor of Shariah and Law from International Islamic University Malaysia. Before that I was in Diploma in Shariah and Law from International Islamic University of Selangor. My father was born in Perak and his job is a Doctor while my mother was born in Pahang and she is a great housewife.

    13. Apakah jawatan awak sekarang dan apa tugas yang awak buat?

    Saya sekarangg bekerja di Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy. Tugas saya ialah menyampaikan modul-modul yang telah ditetapkan dalam bentuk ceramah. Selain itu, saya juga dikehendaki untuk menjalankan sebarang kajian bagi memperbaharui kandungan modul-modul tersebut dari semasa ke semasa. Saya juga dikehendaki untuk menjalankan lawatan serta memberi pengisian susulan kepada para peserta yang pernah mengikuti program kami serta menjalankan program yang menghimpunkan seluruh alumni kami setahun sekali.

    14. Apakah cara untuk membuat awak bermotivasi?

    Untuk memotivasikan diri saya sendiri dalam apa sahaja yang saya ingin lakukan, pertama sekali saya akan meletakkan objektif iaitu tujuan untuk apa saya melakukan perkara tersebut. Seterusnya saya menyediakan perancangan kerja yang bakal dijalankan. Kemudian saya meletakkan sasaran apa yang saya ingin capai dan seterusnya membuat jadual kerja supaya apa yang dijalankan adalah sistematik dan juga teratur.

    15. Bagaimana anda menilai diri sendiri?

    Saya menilai diri saya berdasarkan respon dan komen mahupun kritikan daripada kawan-kawan saya dan juga orang sekeliling saya seperti keluarga, sahabat-sahabat, saudara mara juga teman-teman di tempat kerja. Saya meminta nasihat dan juga teguran dari mereka dalam sebarang tindakan yang saya lakukan.

  • 50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

    16. Ceritakan tentang diri anda selain dari apa yang ada dalam resume anda?

    Saya sebenarnya seorang yang sangat aktif. Oleh yang demikian, saya gemar berprogram, sama ada menjadi fasilitator atau jurulatih bagi sebarang program motivasi. Apabila berprogram, saya akan turun kepada masyarakat dalam pelbagai peringkat umur. Hal ini sekurang-kurangnya