kertas kajian tindakan khas bahasa malaysia

26
BAHAGIAN 1 MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TEKNIK MEMBINA LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR DALAM BAHAGIA A (KERTAS 2) BAHASA MALAYSIA. Oleh KAMARUL AMIR RAZAIZAT BIN KAMALUDIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) BAN FOO, KAMPUNG BAN FOO, 81800 ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi menentukan dan mengatasi masalah- masalah yang dihadapi oleh murid kelas 5 Merah di dalam meningkatkan penguasan murid dalam teknik membina lima ayat berdasarkan gambar dalam bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia. Seramai 10 orang murid 5 Merah, SJK (C) Ban Foo, Ulu Tiram dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bulanan, latihan kerja rumah yang diberikan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Penulisan Bahasa Malaysia dikalangan pelajar sangatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penulisan Bahasa Malaysia, para pelajar dapat meningkatkan penguasaan mereka membina ayat seterusnya berinteraksi sesama rakan-rakan dan guru dengan menggunakan ayat yang betul. Perancangan tindakan di fokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam membina lima ayat berdasarkan gambar dalam Bahagian A, Kertas 2, Bahasa Malaysia. Meskipun perancangan ini bertujuan baik, namun terdapat rintangan berupa masalah 1

Upload: amir-aiman-akashah

Post on 07-Dec-2014

6.212 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Semoga usaha kecil ini memberi manfaat buat semua.

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 1

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TEKNIK MEMBINA LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR DALAM BAHAGIA A (KERTAS 2) BAHASA

MALAYSIA.

Oleh

KAMARUL AMIR RAZAIZAT BIN KAMALUDIN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) BAN FOO, KAMPUNG BAN FOO, 81800 ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid kelas 5 Merah di dalam meningkatkan penguasan murid dalam teknik membina lima ayat berdasarkan gambar dalam bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia. Seramai 10 orang murid 5 Merah, SJK (C) Ban Foo, Ulu Tiram dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bulanan, latihan kerja rumah yang diberikan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Penulisan Bahasa Malaysia dikalangan pelajar sangatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penulisan Bahasa Malaysia, para pelajar dapat meningkatkan penguasaan mereka membina ayat seterusnya berinteraksi sesama rakan-rakan dan guru dengan menggunakan ayat yang betul. Perancangan tindakan di fokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam membina lima ayat berdasarkan gambar dalam Bahagian A, Kertas 2, Bahasa Malaysia. Meskipun perancangan ini bertujuan baik, namun terdapat rintangan berupa masalah kemampuan para pelajar dalam menguasai kemahiran tersebut. Masalah ini tentunya akan menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun murid boleh berkomunikasi dan berinteraksi bersama rakan-rakan atau guru dalam Bahasa Malaysia, namun penguasan murid terhadap kemahiran menulis masih tidak memberangsangkan. Murid telah didedahkan kepada teknik ini selama 6 jam dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 6 minggu. Melalui kaedah-kaedah yang telah dicadangkan dalam proses pelaksanaan kajian tindakan seperti temubual dan pemerhatian, saya kemudiannya telah menganalisis dan membuat rumusan. Berdasarkan rumusan itulah, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi membantu para pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam penulisan Bahasa Malaysia terutamanya dalam membina ayat berdasarkan gambar iaitu dibahagian A, kertas 2 Bahasa Malaysia.

1

Page 2: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 2

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Analisa keputusan Ujian Penilaian Pencapaian Murid (UPPM1) tahun 2009 untuk kelas Tahun 5 Merah tetap dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, sedih, marah dan seribu satu macam perasaan yang melingkari diri ini hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Dengan kertas soalan yang begitu senang untuk dijawab pun mereka tidak dapat jawab dengan baik. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakan-rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu. Saya memang tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendenda dan meminta pelajar menyatakan sebab-sebab mereka gagal ujian Bahasa Malaysia. Saya juga meminta guru lain memberi pandangan mereka mengenai sikap dan pencapaian pelajar Tahun 5 Merah. Kesemua guru menyatakan ada pelajar yang rendah motivasi diri, tidak serius terhadap pelajaran, suka membuang masa dan pencapaian mereka adalah agak rendah. Walaupun masih ada pelajar yang lebih berdisiplin dan rajin berusaha tetapi pencapaian mereka masih kurang memuaskan. Antara sebab-sebab gagal Bahasa Malaysia yang telah dinyatakan oleh pelajar Tahun 5 Merah ialah murid tidak membaca buku dan tidak membuat ulangkaji, tidak memahami soalan, kurang membaca bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia serta kurang berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia yang betul.

Saya yakin kegagalan ini berpunca daripada saya sendiri untuk memenuhi peruntukan masa yang diberikan selain tidak dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada mereka. Maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengesan faktor kelemahan murid dalam membina ayat. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat membina ayat seperti yang diinginkan oleh guru. Hasil ayat yang dibina melalui latihan yang diberikan amat tidak memuaskan. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid apabila membuat latihan membina ayat. Murid tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Senario ini menyebabkan hasil jawapan murid tidak menarik dan kurang tepat. Kesukaran murid untuk membina ayat adalah disebabkan kurangnya imaginasi murid, kurang pembacaan bahan Bahasa Malaysia dan kekurangan penguasaan pembendaharan kata Bahasa Malaysia. Selain itu, murid juga tidak mengetahui teknik-teknik yang betul untuk mengetengahkan idea mereka dalam bentuk rangka ayat terlebih dahulu sebelum membina ayat yang lengkap. Justeru itu, murid ketandusan idea ketika membina ayat. Pertautan idea diantara ayat juga sukar dilakukan kerana murid tidak dapat berfkir dalam ruang lingkup yang lebih besar. Idea mereka hanya terbatas kepada contoh yang diberikan oleh guru.

Melalui pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid tidak berfikir secara kreatif untuk membina ayat yang menarik dan gramatis.

2

Page 3: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 3

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Untuk mengenalpasti masalah, adalah penting bagi saya membuat tinjauan masalah supaya perkara tersebut dapat dikenal pasti. Saya telah melakukan beberapa tinjauan awal tentang beberapa aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, daerah kelemahan murid serta pandangan murid serta guru lain terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Langkah-langkah yang saya ambil adalah seperti berikut;

2.1 Tinjauan Masalah

Saya mengesan masalah daripada latihan yang diberi semasa pengajaran dan pembelajaran, latihan kerja rumah dan juga ujian bulanan

2.2 Analisis Ujian Penilaian (UPPM 1)

Saya juga telah menggunakan keputusan UPPM 1 kertas 2 Bahasa Malaysia sebagai asas kepada kajian ini. Dapatan daripada ujian tersebut adalah seperti berikut:

Jadual 1: Keputusan UPPM 1 Kertas 2 Bahasa Malaysia

BIL NAMA KERTAS 2    

A B C % GRED

1.SIAK YAW JOE 1% 11% 1%

22.0% D

2.TYE ZHI YONG 1% 0% 1%

3.0% E

3. LING KAH YI 3% 11% 4% 30.0% D

4.CHONG SHI QI 3% 10% 1%

23.0% D

5. LOOI ZI QING 3% 11% 8% 37.0% D

6.NEO YONG TING 4% 5% 4%

22.0% D

7. POH WEN LI 3% 11% 1% 25.0% D

8POON KAH YEE 2% 10% 1%

22.0% D

9.SAW CHING CHUAN 2% 16% 4%

37.0% D

10.SOH QIAO SHI 1% 10% 1%

20.0% D

3

Page 4: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

2.3 Ujian Pra (pre test)

Satu ujian telah dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan ayat adalah lima.

Jadual 2: Keputusan Ujian Pra

BIL NAMA Ujian Pra

Markah

1.SIAK YAW JOE 2%

2.TYE ZHI YONG 1%

3. LING KAH YI 2%

4.CHONG SHI QI 2%

5. LOOI ZI QING 3%

6.NEO YONG TING 3%

7. POH WEN LI 3%

8POON KAH YEE 2%

9.SAW CHING CHUAN 3%

10.SOH QIAO SHI 1%

2.4 Teknik menjawab

Teknik membina lima ayat akan diajar kepada murid. Setiap murid akan menerima satu soalan untuk membina ayat. Guru meminta murid meneliti aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Murid akan mengenalpasti aktiviti-aktiviti dan kata kerja serta nilai murni yang sesuai. Murid juga akan diminta membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Seterusnya semasa murid menulis, mereka akan menulis ayat berdasarkan nombor dan aktiviti-aktivi ang telah bertanda. Justeru itu, murid akan mendapat idea untuk menulis. Akhir sekali sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan kepada murid mereka diminta mewarnakan gambar tersebut. Aktiviti boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan atau berpasangan.

4

Page 5: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

2.5 Ujian (post test)

Satu ujian atau peperiksaan sebenar telah dijalankan untuk menilai kefahaman dan penguasaan murid berdasarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan.

Jadual 3: Keputusan Ujian Pos

BIL NAMA Ujian Pos

Markah

1.SIAK YAW JOE 2%

2.TYE ZHI YONG 2%

3. LING KAH YI 8%

4.CHONG SHI QI 1%

5. LOOI ZI QING 4%

6.NEO YONG TING 6%

7. POH WEN LI 8%

8POON KAH YEE 4%

9.SAW CHING CHUAN 2%

10.SOH QIAO SHI 6%

5

Page 6: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 4

3.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian dan juga refleksi yang telah dibuat, suatu langkah yang sewajarnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu, kajian yang akan dijalankan nanti menekankan kepada aspek membina ayat. Hal ini adalah penting kerana dapat melatih murid dari peringkat awal supaya mereka dapat membina ayat yang menarik dan bermutu.

Masalah ini berlaku kerana mereka tidak dapat memahami konsep pembendaharaan kata yang mana di dalam sesuatu ayat mestilah mengandungi subjek dan predikat. Jika perkara ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk dan akan menjejaskan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan menjejaskan keputusan Bahasa Malaysia dalam kertas penulisan amnya.Jika dilihat, kebanyakkan kesalahan adalah berkenaan 3 aspek sahaja. Kesilapan yang sering dilakukan dalam pembinaan ayat ini ialah:

Kesilapan ejaan Kesilapan penggunaan perkataan Kesilapan struktur ayat (Subjek dan Predikat)

Fokus kajian yang akan dijalankan ini menekankan supaya murid dapat menguasai lima ayat berpandukan gambar. Hal ini penting kerana membina lima ayat berpandukan gambar merupakan komponen penting daripada soalan kertas 2 dan sekiranya murid menguasai kemahiran ini maka peratusan murid untuk lulus dengan baik dalam kertas 2 adalah tinggi.

Saya yakin jika saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah P&P, Sikap negatif dan pencapaian pelajar Tahun 5 Merah yang rendah akan dapat diperbaiki. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.

6

Page 7: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 5

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 OBJEKTIF AM

Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakaan pelbagai kaedah dan pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan kelemahan murid dalam membina ayat. Hal ini bertujuan supaya dapat meningkatkan peratus kecemerlangan murid dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.

4.2 OBJEKTIF KHUSUS

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk;

4.2.1 Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Malaysia

4.2.2 Meningkatkan pengguasaan murid ketika membina ayat

4.2.3 Memantapkan kreativiti murid ketika membina ayat dengan perkataan yang sesuai dan bermutu

4.2.4 Meningkatkan peratusan murid yang lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia

4.2.5 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran

4.2.6 Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok.

4.2.7 Memberi bimbingan dan panduan kepada guru-guru lain yang mengambil alih tugasan ketika ketiadaan saya.

4.2.8 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berlaku ketika ketiadaan guru di dalam kelas

4.2.9 Memberi peluang kepada guru menumpukan perhatian kepada murid lemah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

7

Page 8: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 6

5.0 KUMPULAN SASARAN.

Kajian ini melibatkan 10 daripada 27 borang murid tahun 5 Merah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ban Foo, Ulu Tiram, Johor. Kelas ini mempunyai tiga kumpulan murid yang berbeza pencapaiannya. Kumpulan murid yang disasarkan dalam kajian ini adalah 8 orang murid daripada kelas 4 Merah. Hal ini kerana murid ini menunjukkan potensi yang memberangsangkan untuk lulus di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.

Jadual 4: Bilangan Murid Mengikut Kumpulan

kumpulan Bilangan MuridCemerlang 1Sederhana 16

Galus 10

Jadual 5: Bilangan Murid Yang Disasarkan Berdasarkan Gender

Gender JumlahLelaki 2

Perempuan 8

8

Page 9: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 7

6.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Menentukan Fokus

Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan saya telah memfokuskan kajian tindakan ini kepada perkara berikut:

6.1.1 Mengenal pasti daerah kelemahan murid secara keseluruhan6.1.2 Menentukan langkah-langkah serta aktiviti yang perlu saya

jalankan6.1.3 Menentukan cara atau kaedah yang sesuai untu menjalankan

aktiviti

Fokus ini saya susun saupaya murid-murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan sama ada saya ada atau tiada semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini penting kerana mereka sendiri kurang mendapat bantuan dari keluarga dan rakan-rakan, mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada guru subjek (saya) di sekolah untuk menambahkan kemahiran dalam bahagian ini.

6.2 Langkah Melaksanakan Tindakan

Bagi meningkatkan pencapaian murid melalui kelemahan yang telah saya kenal pasti, saya telah merangka Modul B5a-BM dalam satu bentuk yang mudah untuk membantu murid disamping mengatasi masalah kekangan masa selain dapat dijadikan rakan bantu untuk menguasai kemahiran membina ayat. Bentuk Modul B5a-BM tersebut ialah:

6.2.1 Modul helaian lembaran berupa modul bercetak6.2.2 Bahan bergambar

Bentuk modul ini akan saya berikan kepada murid agar proses pengajaran dan pembelajaran akan terus berlaku mengikut perancangan walaupun tanpa atau adanya guru ganti. Saya hanya perlu meninggalkan Modul B5a kepada guru yang terlibat untuk menggantikan saya atau ketua kelas. Untuk melicinkan perlaksanaan Modul B5a ini, beberapa langkah telah difikirkan supaya murid serta guru yang terlibat benar-benar faham serta mencapai objektif yang saya kehendaki. Langkah-langkah tersebut ialah:

langkah 1 : memahami dan meneliti gambar

Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar

9

Page 10: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

Berdasarkan soalan di atas, bahan bergambar tentang aktiviti ______________________

Guru meminta murid merangka idea seperti siapa / apa / di mana / bila / mengapa.

Langkah 2 : Baca dan cari kunci soalan

Guru akan meminta murid membaca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan sama ada aktiviti, situasi atau tentang

Kunci soalan bagi soalan perbincangan ialah ’aktiviti’. Oleh itu, ayat yang dibina mestilah mengandungi kata kerja dan watak.

Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut

Langkah 3 : Bina rangka ayat

Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut

Murid akan membina rangka ayat berdasarkan jadual dibawah

Jadual 6: Bina Rangka Ayat

Bil subjek kata kerja kata nama am kata hubung

situasi/tempat/keadaan

1.2.3.4.5.6.7.8.9.

Langkah 4 : Bina lima ayat lengkap

Guru akan meminta murid menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan rangka ayat

Guru meminta murid pastikan setiap ayat mempunyai nombor Jawapan: contoh

Ayat tunggal :1] Ali sedang menggunting rumput.

Ayat majmuk :2] Ali menggunakan gunting besar untuk mengguting rumput dipadang supaya kawasan menjadi bersih.

1. __________________________________________________________________________________________________________________________________

10

Page 11: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

2. __________________________________________________________________________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________________________________________________________________________

4. __________________________________________________________________________________________________________________________________

5. __________________________________________________________________________________________________________________________________

Langkah 7 : Menyemak

Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan

Pastikan ayat yang dibina betrkaitan gambar dan gramatis Akhir sekali, sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan kepada

murid, mereka dibenarkan mewarnakan gambar tersebut.

6.3 Perlaksanaan Tindakan

Modul B5a yang telah disediakan ini telah banyak membantu untuk murid memahami setiap kemahiran serta menjawab soalan di Bahagian A, Kertas 2 Bahasa Malaysia. Murid telah dibimbing secara berperingkat dan berterusan. Ianya bermula dengan memahami konsep asas kemahiran seterusnya memahami soalan yang dikemukakan, menyatakan maklumat yang terdapat dalam soalan dan gambar. Dengan itu, murid secara amnya akan dapat membina ayat mudah dalam semasa menjawab. Perkara ini sentiasa diberikan penekanan supaya sentiasa menjadi amalan mereka.

Murid juga digalakkan memperbanyakkan bacaan bahan-bahan atau buku-buku dalam Bahasa Malaysia. Ini bertujuan untuk memperkayakan penguasaan pembendaharaan bahasa murid supaya murid senang dan mudah untuk menjawab soalan di bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia seterusnya dalam memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan.

11

Page 12: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 8

7.0 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Analisis ini dibuat berdasarkan jumlah markah skor yang diperolehi oleh respoden dalam menjawab soalan-soalan Ujian Pra dan Ujian Pos dan diguna pakai dalam proses pengauditan prestasi murid-renpoden ini.

7.1 Kaedah Interpretasi

Bagi tujuan memudahkan analisis dibuat, adalah dicadangkan interpretasi keputusan dibuat seperti berikut:

Jadual 8 : Kaedah Interpretasi Tahap Pencapaian Prestasi Murid

MARKAH%

TAHAP PENCAPAIAN PRETASI

10 Cemerlang dan perlu dikekalkan

7-9 Boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan

4-6 Perlu penambahbaikan dengan pemantauan

0-3 Sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan

7.2 Keputusan

Selepas 6 minggu murid saya dilatih menggunakan Modul B5a-BM, saya telah menjalankan penilaian yang pertama melalui ujian pos yang diberikan untuk mengetahui sejauh mana murid saya benar-benar memahami kaedah menggunakannya. Jadual 5 menunjukkan data ujian pos yang telah saya kumpulkan berbanding ujian pra yang telah saya jalankan sebelum menggunakan Modul B5a-BM. Taburan markah / gred bagi ujian pra dan ujian pos tersebut adalah seperti berikut;

Jadual 9: Perbandingan Pencapaian Prestasi Murid

BIL NAMA Markah

Ujian Pra Ujian Pos

1. SIAK YAW JOE 2% 2%

2. TYE ZHI YONG 1% 2%

3. LING KAH YI 2% 8%

4. CHONG SHI QI 2% 1%

5. LOOI ZI QING 3% 4%

6. NEO YONG TING 3% 6%

7. POH WEN LI 3% 8%

8 POON KAH YEE 2% 4%

9. SAW CHING CHUAN 3% 2%

10. SOH QIAO SHI 1% 6%

Jumlah 22% 43%

12

Page 13: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

Setelah berakhirnya kedua-dua ujian ini, dapatlah dinyatakan bahawa terdapat banyak perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Perbandingan dapat dibuat dengan melihat peratus markah, peningkatan dan juga penyediaan soalan ujian.

7.3 Perbandingan

Jadual 9 menunjukkan keputusan dan markah yang diperolehi oleh 10 orang murid dalam kajian ini. Keputusan ini terbahagi kepada 2 tahap ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Berdasarkan analisis di atas terdapat peningkatan pada Ujian Pos berbanding dengan Ujian Pra. Bagi Ujian Pra purata markah yang dikumpul oleh semua murid adalah 22% daripada markah keseluruhan iaitu 100%. Begitu juga dengan Ujian Pos di mana purata markah yang berjaya di perolehi kesemua murid adalah 43% berbanding markah keseluruhan iaitu 100%.

Berdasarkan keputusan Ujian Pra (rujuk jadual 9), kesemua murid mendapat markah yang rendah dan berada pada paras sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan dalam kemahiran membina lima ayat. Walaubagaimanapun, setelah Modul B5a-BM diketengahkan dan diajar kepada murid, maka perubahan yang ketara dapat dilihat pada keputusan Ujian Pos yang telah dilaksanakan. Hanya 4 murid sahaja yang mendapat markah yang rendah dan berada pada paras sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan. Namun begitu, terdapat 2 orang murid telah menunjukkan penurunan prestasi jika dibandingkan dapatan keputusan Ujian Pra dengan Ujian Pos. Murid tersebut ialah Chong Shi Qi, semasa Ujian Pra, murid telah mendapat markah 2% tetapi semasa Ujian Pos dijalankan respoden telah mendapat markah 1%. Begitu juga kedaan yang telah belaku kepada murid yang bernama Saw Ching Chuan, semasa Ujian Pra dijalankan murid telah mendapat markah 3% tetapi telah mengalami penurunan semasa Ujian Pos iaitu dengan mendapat markah 2%. Penurunan markah yang diperolehi oleh kedua-dua respoden ini adalah sebanyak 1%. Berdasarkan pengamatan dan permerhatian saya, penurunan markah yang diperolehi oleh kedua-dua murid dalam Ujian Pos adalah disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi oleh murid semasa menjalani Ujian Pos. Walaubagaimanapun, berdasarkan keputusan yang telah kedua-dua murid perolehi maka mereka berdua terpaksa saya berikan perhatian yang khusus dalam meningkatkan kemahiran dalam membina lima ayat.

Berdasarkan jadual 9 juga, didapati 4 orang murid telah mendapat keputusan pada tahap perlu penambahbaikan dengan pemantauan iaitu memperolehi markah antara 4%-6%.Contohnya, markah Ujian Pra Looi Zi Qing sebanyak 3% sahaja tetapi bagi Ujian Pos Murid berjaya meningkatkan jumlah markah menjadi 4%. Begitu juga dengan Neo Yong Teng di mana murid hanya memperoleh markah 3% sahaja untuk Ujian Pra, namun markahnya meningkat pada Ujian Pos di mana markahnya meningkat kepada 6%. Manakala murid bernama Poon Kah Yee pula meningkat dari 2% kepada 4% dan murid Soh Qiao Shi pula meningkat dari 1% markah yang diperolehi semasa Ujian Pra kepada 6% semasa Ujian Pos.

Dua orang murid telah memperlihatkan peningkatan yang amat ketara iaitu berada pada tahap pencapaian prestasi boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan ialah

13

Page 14: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

Ling Kah Yi, murid telah mendapat markah 2% semasa Ujian Pra tetapi telah mengalami peningkatan yang menggalakkan semasa Ujian Pos, iaitu 8%. Perbezaan markah yang diperolehi ialah sebanyak 6%. Manakala seorang lagi murid yang berjaya memperolehi peningkatan yang tinggi ialah Poh Wen Li, murid hanya mendapat markah 3% semasa Ujian Pra tetapi melonjak ke paras markah 8% semasa Ujian Pos. Perbezaan tersebut ialah sebanyak 5%. Hasil dapatan ujian ini menunjukkan perubahan yang positif.

Perbandingan dari segi penyediaan soalan juga adalah berbeza di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Soalan bagi Ujian Pos adalah lebih sukar jika hendak dibandingkan dengan soalan Ujian Pra kerana bahan bergambar yang digunakan adalah lebih kompleks. Bagi bentuk soalan Ujian Pra, murid telah diberi klu. Murid diminta membina ayat berdasarkan klu tersebut. Hal ini bertujuan untuk membantu murid membina ayat dengan mudah. Berlainan pula bagi soalan Ujian Pos di mana bentuk soalannya tidak mempunyai klu dan murid diminta menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan bergambar dan soalan Ujian Pos adalah berdasarkan kepada soalan peperiksaan sebenar.

7.4 Rekod Maklum Balas Murid

Setelah ujian pos selesai di analisis, saya belum berpuashati dan tidak bergantung semata-mata di atas pencapaian tersebut. Langkah seterusnya saya telah membuat satu tinjauan ringkas menggunakan borang soal selidik untuk melihat prestasi saya serta menilai kemahiran murid menguasai kemahiran menjawab soalan. Ianya bertujuan untuk mendapat maklum balas ke atas punca yang mempengaruhi minat dan pencapaian murid serta reaksi guru-guru lain terhadap diri saya sendiri. Jadual 7 menunjukkan keputusan ringkas murid terhadap strategi pengajaran saya serta program yang telah saya jalankan.

Jadual 10 : Sikap dan Minat Murid Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Bil.Kenyataan

Respon

Setuju Tidak Setuju

Tidak Pasti

1 Saya bersedia untuk belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia 7 0 3

2 Guru memberi penjelasan yang tepat 2 2 6

3 Saya begitu seronok apabila dapat membuat latihan dengan betul 9 1 0

4 Saya tidak risau jika guru saya tidak ada di dalam kelas 3 4 3

5 Pencapaian Bahasa Malaysia saya semakin meningkat setelah belajar menggunakan modul ini

2 4 4

6 Saya senang membuat rujukan sekiranya saya tidak memahami sesuatu kemahiran

1 2 7

7 Modul yang guru saya berikan cukup mudah dan menyenangkan 3 5 2

8 Guru berusaha untuk memudahkan pemahaman saya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia

4 3 3

9 Kerja rumah yang guru berikan kepada saya tidak mencukupi 1 7 2

10 Modul yang guru saya sediakan cukup menarik 0 6 4

14

Page 15: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

Analisis daripada jadual 11 di atas menunjukkan hampir keseluruhan murid saya begitu gembira dengan program yang telah saya jalankan. Purata 9 orang murid telah cukup bersedia untuk belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia selain gembira dan seronok dengan pencapaian mereka.

Modul B5a-BM akan saya teruskan walaupun perbandingan pencapaian antara ujian pra dan ujian pos menunjukkan satu perubahan yang membanggakan begitu juga hasil soal selidik terhadap sikap dan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan tambahan dan kaedah aktiviti serta perlaksanaan akan saya tambah,ubah suai dan perbaharui agar murid saya memperolehi kemahiran-kemahiran baru dan keseronokan belajar secara berterusan.

15

Page 16: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 9

8.0 REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan dapatan ini, bolehlah dikatakan bahawa saya berpuas hati kerana terdapat peningkatan dari segi markah dan bilangan murid yang memperolehi gred tinggi. Namun begitu, terdapat segelintir murid masih tidak mencapai objektif yang dikehendaki.Murid-murid ini boleh membina ayat yang betul sekiranya mereka diberikan perhatian yang sewajarnya bukan sahaja daripada pihak guru dan sekolah malahan juga pihak ibu bapa dan penjaga. Mereka juga memerlukan masa yang mencukupi menguasai sesuatu aspek dalam Bahasa Malaysia. Adalah tidak wajar untuk meletakkan segala-galanya dipikul oleh sebelah pihak sahaja. Selain daripada memberikan latihan tambahan, mungkin murid-murid ini boleh diasuh minat mereka dengan memberikan ganjaran yang tidak bersifat kebendaan. Pujian dan dorongan adalah penting bagi menggalakkan mereka terus berminat dalam menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat masih ada ruang yang perlu diperbaiki sekiranya diberikan masa yang lebih ketika menjalankan kajian ini. Ini kerana mengikut peningkatan markah yang diperolehi, mereka mampu menulis ayat yang baik walaupun kerja tambahan yang dibuat adalah secara sukarela. Sebagai guru, saya perlu mencari pelbagai alternatif yang lebih merangsang minat murid untuk mempelajari Bahasa Melayu. Masa yang diperuntukkan untuk saya ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah tidak mencukupi. Saya mempunyai masa yang terhad untuk saya memberi lebih tumpuan kepada setiap murid. Saya yakin jika guru diberi peluang untuk memberi tunjuk ajar kepada setiap murid, masalah-masalah ini mungkin dapat diatasi sedikit demi sedikit.

Saya berasa bertuah kerana telah dapat menuntut sesuatu yang baru sepanjang kursus ini. Walaupun saya menghadapi masalah kekangan masa ketika menjalankan kajian ini.

16

Page 17: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 10

9.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Setelah melakukan kajian ini, saya rasa perlu diadakan kajian-kajian lain untuk mengenal pasti masalah-masalah lain yang mungkin tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan untuk kajian-kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan. Beberapa perubahan lagi perlu saya lakukan dalam melengkapkan Modul B5a-BM saya ini. Antaranya ialah;

i) Saya perlu memikirkan dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik serta pengajaran mereka yang bermakna kepada kumpulan sasaran. Sebagi contoh ialah penggunaan bahan bantu mengajar terutamanya penggunaan LCD bagi menarik minat murid untuk mengikuti roses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti dalam kumpulan.

ii) Saya perlu memastikan diri dalam keadaan bersedia sepenuhnya. Pengkaji juga perlu memastikan keadaan kumpulan sasaran dalam keadaan bersedia dan selesa, di mana keadaan persekitaran yang kondusif.

iii) Masa yang mencukupi juga perlu diperuntukkan supaya kajian dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

iv) Melengkapkan modul ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik, meyusun semula perjalanan modul dengan kaedah yang mencabar dan kreatif.

17

Page 18: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BAHAGIAN 11

10.0 PENUTUP

Keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa kajian tindakan yang dijalankan ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ia membuktikan bahawa aktiviti penambahbaikan bina ayat yang dijalankan dapat membantu murid-murid dalam menulis ayat yang lengkap. Kajian tindakan ini merupakan satu aktiviti yang seharusnya dilakukan oleh setiap orang guru sama ada secara formal ataupun tidak. Ini adalah bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang akademik. Selain itu, ia juga dapat memperbaiki teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas. Melaluinya juga, para guru akan lebih mengenali kekurangan dan kelebihan setiap orang muridnya walaupun tidak secara mendalam. Para guru juga akan lebih mengetahui teknik mengajar yang sesuai yang patut diambil setelah mengetahui kelebihan dan kekurangan murid.

Kajian ini juga diharap dapat memberi kepekaan dan ransangan kepada pihak sekolah dan guru-guru Bahasa Malaysia di sekolah saya khasnya dan daerah saya amnya. Setiap program yang dijalankan seharusnya memerlukan komitmen yang kuat dalam diri sendir bukan shaja sebagai guru tetapi sebagai pembimbing yang mana pendidik harus mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjaya hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

18

Page 19: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

BIBLIOGRAFI

Atan Bin Long (1976). Psikologi pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd.Kuala Lumpur

__________, (2006). Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan PenyelidikanDasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ee Ah Meng, (1992). Siri Pendidikan Fajar Bakti, Pedagogi, Satu Pengenalan . Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Kerajaan Malaysia, (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

Maktab Perguruan Perlis, (2004). Jurnal Kajian Tindakan Guru. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesional Perguruan. Maktab Perguruan Perlis, Perlis.

Mohd Najib Abdul Ghafar, (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit UTM Skudai. Johor.

Mohd Nasir Bin Yaacob. Modul Pembelajaran Kendiri Matematik (e-Math): Langkah Meningkatkan Penguasaan Menjawab Soalan Matematik UPSR. Sek.Keb.Penghulu Jusoh.Kedah

19

Page 20: Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

20