laporan kajian tindakan - smkstict cd blog · web viewpeperiksaan spm bagi mata pelajaran ict...

14
SMK SERI TANJONG, 45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MEMBINA KABEL RANGKAIAN BERASASKAN HUKUM ALAM OLEH ZULKIFLI BIN OTHMAN

Upload: others

Post on 05-Feb-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN - smkstict cd blog · Web viewPeperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus)

SMK SERI TANJONG, 45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MEMBINA KABEL RANGKAIAN BERASASKANHUKUM ALAM

OLEHZULKIFLI BIN OTHMAN

Page 2: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN - smkstict cd blog · Web viewPeperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus)

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MEMBINA KABEL RANGKAIANBERASASKANHUKUM ALAM

OLEH

ZULKIFLI BIN OTHMANSMK SERI TANJONG, 45000 KUALA SELANGOR.

AbstrakKajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 4 ICT di dalam subtopik “Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian. Seramai 30 orang murid Tingkatan 4 ICT, SMK Seri Tanjong, Kuala Selangor dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra, ingatan susunan warna bagi kabel T568A dan T568B. Hasil ujian pra menunjukkan kebanyakan murid tidak dapat mengingati susunan warna bagi kabel T568A dan T568B. Ada yang membuat susunan secara terbalik dan ramai juga yang menyusun sesuka hati sahaja walaupun proses “Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian ini telah dibuat sebelum menjawab ujian pra. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik meningkatkan daya ingatan melalui keadaan persekitaran manusia – Hukum ALAM (Matahari, Angin, Rumput, Tanah). Murid didedahkan kepada Hukum ALAM selama 80 minit sebelum ujian pos di jalankan dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik murid pula menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar subtopik “Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian melalui Hukum ALAM.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus). Sebanyak 15 kerja kursus perlu dihasilkan oleh calon mata pelajaran ICT sepanjang tempoh pembelajaran di tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Kerja kursus ICT diperuntukkan 30% markah, manakala 70% lagi adalah markah ujian bertulis daripada markah keseluruhan.

Proses “Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian adalah salah satu subtopik bagi Topik 3 : “Computer Networks” yang dipelajari di tingkatan 4. Jika ianya dipelajari dengan cara yang menarik ia dapat meningkatkan daya ingatan murid dan akan menambat hati mereka untuk mempelajari topik yang lain.

Berdasarkan kepada pengalaman beberapa tahun yang lepas, proses membina kabel ini mengambil masa yang lama hinggakan ada murid yang terpaksa menyiapkannya hingga ke tingkatan 5. Ini akan mengganggu proses menyiapkan kerja kursus yang lain dan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara lambat.

[1]

Page 3: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN - smkstict cd blog · Web viewPeperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus)

2.0 Isu Keperihatinan

Sesuatu yang amat membimbangkan adalah murid yang dipilih untuk mengambil mata pelajaran ICT sangat lemah dalam mata pelajaran bahasa dan matematik di peringkat PMR. Contoh 1: Bahasa Melayu = B, Bahasa Inggeris = C, Matematik = D;Contoh 2: Bahasa Melayu = C, Bahasa Inggeris = C, Matematik = D; Contoh 3: Bahasa Melayu = C, Bahasa Inggeris = D, Matematik = D.

Ada juga murid yang mendapat kelulusan terendah (E) dibenarkan mengambil mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran elektif. Oleh itu dapat dijangkakan bahawa itulah tahap pencapaian mereka dalam peperiksaan SPM nanti. Amat dibimbangi pencapaian seperti ini akan memecahkan tradisi pencapaian 100% jauh sekali untuk menghasilkan calon yang akan mendapat gred A, B dan C dalam peperiksaan SPM.

Situasi yang menjadi kebimbangan adalah penambahan calon terutama murid di Tingkatan 4 dan 5 Nilam yang kebanyakannya akan menyumbang keputusan D dan E sahaja berdasarkan kepada keputusan SPM ICT tahun-tahun sebelum ini.

2010

A+ A A- B+ B C+ C D E G % JUMLAH0 0 0 0 1 6 18 14 6 0 100 45

2009

A+ A A- B+ B C+ C D E G % JUMLAH0 0 0 1 1 9 19 21 4 0 100 55

2008

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E G % JUMLAH0 0 1 7 13 9 8 0 0 100 38

2007

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E G % JUMLAH0 0 0 3 3 5 3 1 0 100 15

[2]

Page 4: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN - smkstict cd blog · Web viewPeperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus)

3.0 Objektif Kajian

Fokuskan kajian adalah terhadap penguasaan murid dalam menghasilkan kabel rangkaian (“Straigh Cable” dan “Crossed Cable”) walaupun banyak kelemahan lain yang dihadapi oleh mereka.

Bagi seorang yang lemah dalam menaakul amat sukar untuk menghasilkan kabel ini. Cara menghasilkan kabel yang bakal diperkenalkan bukan sahaja boleh membuktikan kefahaman calon malah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang terlibat di bidang rangkaian.

3.1 Objektif Am

Meningkatkan gred purata sekolah (GPS) dengan peningkatan pencapaian ke arah A dan pengurangan pencapaian E dan D.

3.2 Objektif Khusus

Membantu pelajar menguasai kemahiran membuat kabel rangkaian dengan mudah.

4.0 Kumpulan Sasaran

Murid 4 ICTLelaki : 10 orangPerempuan : 20 orangJumlah : 30 orang

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah dibuat berdasarkan ujian pra dan pos

5.1.1Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka mengenai subtopik “Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian dalam menghasilkan “Straigh Cable” dan “Crossed Cable” mengikut susunan warna T568A dan T568B. Ujian pra diberikan kepada murid setelah seminggu membuat kabel rangkaian secara kaedah biasa ini.

Pada awal mingga kedua murid telah diperkenalkan dengan Hukum ALAM selama 80 minit (satu sesi pembelajaran). Lima hari selepas itu, ujian pos yang menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra telah memberikan.

Jawapan murid bagi soalan pra dan soalan pos di semak dan dibandingkan untuk mencari perbezaan dan perubahan kefahaman dan ingatan mereka.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

[3]

Page 5: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN - smkstict cd blog · Web viewPeperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus)

5.2.1Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos adalah seperti berikut:

Pencapaian(Kesalahan)

Bilangan MuridPra Pos

0 0 261 0 42 1 03 4 04 18 05 4 06 2 07 0 08 1 0

Ujian pra dan ujian pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid. Walau bagaimanapun masih terdapat murid yang lambat dalam menghasilkan kabel dengan baik. Ini adalah kelemahan mereka dalam kaedah memotong dan memasang kabel. Pencapaian masih boleh dibanggakan kerana dapatan dalam proses mengingat dapat ditingkatkan. Ini dapat dibuktikan dengan keputusan ujian pra, di mana masa untuk menjawab adalah antara 2 minit hingga 7 minit sahaja berbanding dengan ujian pos yang terpaksa mengambil masa melebihi 10 minit.

Jika diukur dari segi masa penghasilan pula, ianya dapat di catatkan seperti berikut:

MuridBilangan Murid

Pra(Minit)

Pos(Minit)

A 15 10B 18 10C 175 22

5.3 Tindakan yang dijalankan

1. Murid membuat kabel rangkaian (“Straigh Cable”) mengikut susunan warna T568B. Masa dicatatkan.

2. Ujian pra diberikan pada akhir minggu dan disemak mengikut ketepatan susunan warna T568B.

3. Pada awal mingga kedua murid telah diperkenalkan dengan Hukum ALAM selama 80 minit (satu sesi pembelajaran).

4. Murid membuat kabel rangkaian (“Crossed Cable”) mengikut susunan warna T568A dan T568B. Masa dicatatkan.

5. Pada akhir minggu kedua murid telah diberikan ujian pos menggunakan set soalan yang sama. Seterusnya disemak untuk dibandingkan.

5.4 Refleksi Kajian

[4]

Page 6: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN - smkstict cd blog · Web viewPeperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus)

Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan menggunakan Hukum ALAM untuk mengingat skema warna merupakan kaedah yang amat membantu dalam proses menghasilkan kabel rangkaian.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa murid amat sukakan kaedah seperti ini kerana ia lebih rapat dengan persekitaran mereka di mana pepatah Melayu ada menyatakan “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kaedah ini juga dapat dijelaskan kepada murid dengan kaedah bercerita. Di mana alam kita ini dapat dibahagikan kepada empat, iaitu di bawah sekali tanah (coklat). Di atas tanah ada rumput yang berwarna hijau. Seterusnya udara (berwarna biru jika dilihat pada jarak jauh) terdapat di antara rumput dan matahari. Matahari pula berwarna oren. Teknik bercerita ini akan lebih bermakna bergantung kepada pendekatan dan kepandaian guru.

Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang murid yang dapat memahami kaedah ini memberikan pendapatnya bahawa kuncinya terdapat di atas rumput dan di atas angin. Di mana setelah disusun warna-warna tersebut, hanya warna hijau putih dan biru putih sahaja yang perlu bertukar tempat. Ini menunjukkan Hukum Alam ini telah meresap ke dalam jiwa murid tersebut demi menggalakkan pembelajaran untuk topik yang lain.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Sebelum kajian ini didedahkan kepada murid, saya telah menperkenalkannya kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran ICT dalam kursus-kursus di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Secara pemerhatian, saya dapati mereka amat menyenangi kaedah ini dan memberi reaksi positif dan akan mendedahkannya kepada murid-murid yang mereka ajar.

Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan ini pula, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

Seterusnya kajian yang berkaitan Hukum ALAM akan saya dijalankan pada masa akan datang dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan mata pelajaran ICT di mana yang difikirkan sesuai.

7.0 BIBLIOGRAFI

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

[5]

Page 7: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN - smkstict cd blog · Web viewPeperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus)

8.0 LAMPIRAN

Ujian Pra Pos

Name : ……………………………………………………………………………………….Date : ………………………………………

Masa : ……………………….

[6]

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Fill in the colour scheme 1 to 8 in box provided.CROSS CABLE : one end using the T-568A standard and the other end using the T-568B standard. CROSS CABLE use to connect 2 same device together, such as PC to PC without switch, hub or router or connect HUB to HUB . STRAIGHT CABLE : both end using the T-568B standard. Widely used in the world with the intermediate network switch, hub or router to connect devices.

Difficulty Rate 1 122 131 141 151

Page 8: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN - smkstict cd blog · Web viewPeperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus)

Rujukan

PENDAWAIAN SISTEM RANGKAIANDalam standard piawaian pendawain bagi CAT5/5e, beberapa peralatan diperlukan bagi pemasangan pendawaian sistem rangkaian, iaitu:

RJ45 Kabel CAT5/5e Cable Stripper Cable Cutter Crimping tool Cable Tester

RJ 45 [Pro’s Kit Model: CAT6 - 100] [USD30.60 = RM91.56] 100 pieces RJ45 adalah satu klip kepala yang mesti dipasangkan kepada kabel CAT5/5e (kedua-dua penghujung) bagi memastikan kesemua kabel kecil disambungkan antara HUB/Switch dan NIC (Network Interface Card) di komputer.

Kabel CAT5/5e [Pro’s Kit Model: 7URT - 4EF4N01M - 4B6] [USD01.35 = RM04.05] 1meter Kabel CAT5/5e mempunyai 4 pair kabel berwarna (8 kabel), Biru dan Biru Putih, Orange dan Orange Putih, Hijau dan Hijau Putih, Coklat dan Coklat Putih.

Berdasarkan standard piawaian pendawaian, terdapat 2 jenis piawaian kod warna pada Kabel CAT5/5e, iaitu EIA/TIA 568A dan EIA/TIA 568B.

Hanya kod | 1 | 2 | 3 | dan | 6 | sahaja yang membawa paket daripada satu rangkaian ke satu rangkaian lain (TX dan RX - Transceiver dan Receive), yang lain hanya membekalkan voltage.

[7]

Page 9: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN - smkstict cd blog · Web viewPeperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus)

Cable Stripper [Pro’s Kit Model: 6PK-501] [USD10.80 = RM32.31] 1 pieces Kabel UTP Cat 5/5e mestilah dipotong lapisan luar mengikut kesesuaiannya iaitu dalam lingkungan setengah inci. Bagi memotong lapisan luar kabel ini, peralatan yang sesuai (Cable Stripper) harus digunakan agar kabel tidak terjejas. Gunakan Cable Stripper untuk menjalur satu pusingan di sekeliling lapisan luar kabel bagi mengeluarkannya dan menampakkan 4 pair kabel berwarna (8 kabel).

Cable Cutter [Pro’s Kit Model: 608-330] [USD08.63 = RM25.83] 1 pieces Cable Cutter adalah alat seperti playar yang mempunyai pemotong tajam di hujungnya. Kabel UTP Cat 5/5e yang telah dikeluarkan mesti disusun mengikut warna yang telah ditetapkan dan dipotong hujungnya secara rata (90O) dengan Cable Cutter agar kabel mudah dimasukan ke lubang soket RJ45.

Crimping Tool [Pro’s Kit Model: 608-330] [USD32.40 = RM96.97] 1 pieces Crimping tool adalah alat yang digunakan untuk mengepit kabel CAT5/5e pada soket RJ45. Pastikan kesemua kabel dimasukkan ke dalam soket RJ45 dengan betul mengikut susunan piawaian 568A atau 568B.

Cable Tester [Pro’s Kit Model: MT-7051] [USD27.00 = RM80.81] 1 pieces Cable Tester digunakan untuk menguji kabel rangkaian. Cara menggunakannya sangat mudah. Masukkan kedua-dua hujung penyambung pada setiap satu port RJ-45 di penguji, kemudian hidupkan penguji itu.Kedua-dua bahagian lampu penunjuk 1 hingga 8 menyala mengikut turutan (12345678 – 12345678) menunjukkan Straight Cable telah berjaya. Bagi Crossover Cable pula nyalaan lampu adalah 12345678 – 36145278.

[8]

Page 10: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN - smkstict cd blog · Web viewPeperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus)

RUJUKAN1http://www.sabah.gov.my/insan/ebook/cabling.htm

2http://akbarkalla.blogspot.com/2010/11/pert-4.html

3http://foxtain.tripod.com/network.html

4http://alam-tekno.blogspot.com/2010/11/kaedah-pemasangan-rj-45-untuk.html

5http://okihelfiska.wordpress.com/2008/10/28/membuat-sendiri-kabel-jaringan/

6http://www.proskit.com/

[9]