kertas cadangan projek berpasangan 1

9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK INTERNSHIP LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : Vallerie Anak Jirum PROGRAM : PISMP PJ/PK.BM AMBILAN JANUARI 2011 NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Agama Sibu NAMA PROJEK/AKTIVITI: Projek Melabel Pokok Menggunakan Nama Saintifik TEMPOH PELAKSANAAN: 1 Bulan (07/07/2014 – 08/08/2014) RASIONAL: Internship ialah satu program latihan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar perlu merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Intenship juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan. Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan (3K) merupakan satu program yang menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai kemudahan infrastruktur yang selamat. Projek ini akan membantu menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua. Selain itu, membentuk ketrampilan dan keperibadian murid yang unggul melalui pengukuhan program 3K berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). JUN 2012

Upload: valleriejirum

Post on 08-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

internship ipg

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Projek Berpasangan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG96509 BINTANGOR SARAWAK

INTERNSHIP

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Vallerie Anak Jirum

PROGRAM : PISMP PJ/PK.BM AMBILAN JANUARI 2011

NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Agama Sibu

NAMA PROJEK/AKTIVITI: Projek Melabel Pokok Menggunakan Nama Saintifik

TEMPOH PELAKSANAAN: 1 Bulan (07/07/2014 – 08/08/2014)

RASIONAL:

Internship ialah satu program latihan yang bertujuan untuk mengaitkan

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas

guru permulaan. Pelajar perlu merancang, melaksana dan menilai projek yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau

aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini,

pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti

sekolah dengan bimbingan mentor. Intenship juga bertujuan untuk meningkatkan

keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepimpinan dan memupuk

nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan.

Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan (3K) merupakan satu program yang

menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai kemudahan

infrastruktur yang selamat. Projek ini akan membantu menjadikan persekitaran

sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai

pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua. Selain itu, membentuk

ketrampilan dan keperibadian murid yang unggul melalui pengukuhan program 3K

berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

JUN 2012

Page 2: Kertas Cadangan Projek Berpasangan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG96509 BINTANGOR SARAWAK

OBJEKTIF :

1) Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan

pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan,

kesihatan dan keselamatan.

2) Membantu murid mengenali nama saintifik pokok-pokok yag terdapat di

sekitar sekolah.

3) Menjadikan pembelajaran lebih efektif dan penuh dengan pengetahuan baru.

STRATEGI PELAKSANAAN:

Bil Perkara

Pelaksanaan

(Minggu)

CatatanM1 M2 M3 M4

1. Penyediaan kertas cadangan.

2. Mendapatkan kelulusan

daripada pihak sekolah.

3. Mengenal pasti jenis bunga

dan juga pokok hiasan yang

terdapat di sekitar sekolah.

4. Mencari nama saintifik bagi

pokok bunga, hiasan dan

pokok jenis makanan.

5. Menyediakan panduan utama

jenis pokok yang terdapat di

kawasan sekolah.

6. Mencetak nama pokok

Menyediakan papan tanda

7. Melabel pokok bunga, pokok

hiasan serta tanaman lain di

JUN 2012

Page 3: Kertas Cadangan Projek Berpasangan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG96509 BINTANGOR SARAWAK

sekitar sekolah.

8. Merasmikan Penutupan

Program 3K.

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/Aktiviti :

Sebelum

a) Persiapan sebelum memulakan projek.

Setelah kami berbincang bersama mentor dan guru besar mengenai projek

berpasangan kami, kami terus mengambil inisiatif berjalan di keliling sekolah bagi

mengambil gambar setiap pokok dan bunga-bunga yang ada ditanam di sekeliling

sekolah. Semasa kami melakukan rondaan kami dapati banyak nama-nama

pokok-pokok dan jenis-jenis bunga yang kami tidak ketahui. Oleh itu, kami

bertanya kepada guru-guru yang lebih berpengalaman antaranya guru sains dan

guru kemahiran hidup. Kesemuanya terdapat lebih daripada 50 jenis pokok dan

bunga-bungaan yang terdapat dalam sekolah.

Semasa

JUN 2012

Antara pokok tumbuhan dan bunga yang terdapat di sekeliling sekolah.

Page 4: Kertas Cadangan Projek Berpasangan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG96509 BINTANGOR SARAWAK

b) Projek dijalankan mengikut Jadual Pelaksanaan yang Dirancang.

Kami mengambil masa 2 minggu untuk mencari nama-nama pokok dan seminggu

lagi unutk menyiapkan papan tanda. Prosesnya agak perlahan kerana melibatkan

banyak bahan dan kos dari sekolah. Selain itu, kebanyakkan pokok-pokok yang

kami temui, amat sukar dicari nama saintifiknya. Hal ini memakan masa juga

untuk memastikan kesahihan nama –nama yang kami cari.

(rujuk Lampiran 1)

c) Pelbagai inisiatif bagi mencari nama-nama pokok.

Mencari nama-nama pokok yang tidak diketahui asal-usul mahupun nama

panggilannya, menyukarkan kami semasa pencarian nama saintifik nya. Oleh itu

kami telah berjumpa dengan seorang yang lebih arif dalam nama pokok-pokok.

Kami telah berjumpa dengan beberapa orang bagi membantu kami. Antaranya,

Tuan punya Hii Nursery, tempat menjual dan menanam pelbagai jenis tumbuha.

Tempat tersebut terletak berdekatan Medan Mall. Kami mengambil masa lebih

dari 2 jam bagi mengenalpasti pokok manakala, saki baki nama pokok lain, kami

terpaksa ke perpustakaan bagi mencari maklumat tambahan melalui buku

rujukan dan laman sesawang.

(rujuk Lampiran 1)

d) Projek bersifat ilmiah dan dapat memberi input kepada murid.

Pencarian nama am dan nama saintifik bunga- bunga ini secara tidak langsung

dapat menarik minat murid untuk membaca nya sambil belajar. Hal ini, kerana

ramai yang tidak mengambil tahu mengenai bunga-bunga dan pokok yang

terdapat di sekeliling mereka selama ini. Dengan adanya projek ini, dapatlah

murid-murid ini belajar dan mengetahui mengenai alam yang ada di sekeliling

mereka.

JUN 2012

Page 5: Kertas Cadangan Projek Berpasangan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG96509 BINTANGOR SARAWAK

e) Kami memperoleh pengalaman baru.

Sepanjang menyiapkan projek ini, kami telah banyak menimba ilmu-ilmu baru.

Antaranya, berusaha membuat sendiri barang yang tiada di sekolah. Hal ini

mengajar kami, apabila sesuatu tersebut tiada di sekolah, tidak semestinya kita

perlu membeli menggunakan wang. Ada banyak benda dapat kita lakukan dengan

bahan-bahan sedia ada atau membuat sendiri keperluan tersebut dengan

kreativiti dan keupayaan diri. Hal ini dapat menjimatkan kos disamping tidak

terlalu mengharap bantuan dari pihak kementerian yang mungkin mengambil

masa dan mungkin tidak akan diperoleh. Oleh itu, menggunakan kreativiti setiap

warga sekolah adalah satu inisiatif murni bagi membantu sekolah.

JUN 2012

Proses mengukur, mengecat dan memotong kayu bagi menghasilkan papan tanda.

Page 6: Kertas Cadangan Projek Berpasangan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG96509 BINTANGOR SARAWAK

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

a) Kurang Kemahiran dalam Pertukangan

Saya kurang mahir untuk memotong kayu menggunakan mesin. Oleh itu, kami

telah meminta bantuan dari Pak Mail, Penjaga Sekolah bagi membantu kami

memotong kayu mengikut ukuran yang telah kami buat. Walaupun di luar dari

bidang tugas beliau sebagai penjaga sekolah, namun beliau sanggup turun untuk

membantu kami memotong kayu-kayu yang diperlukan untuk membuat papan

tanda.

b) Bahan yang terhad

Bahan yang terhad menyebabkan kami terpaksa menunggu sehingga bahan

tersebut sampai barulah kami dapat meneruskan projek. Apabila banyak ditunda,

hal ini membuatkan projek mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Oleh itu, berdasarkan kelemahan yang telah dikenal pasti, jika diberikan tugas atau

projek yang sama pada masa akan datang, saya akan lebih tahu bagimana hendak

menguruskan bahan-bahan untuk membuat projek dan langkah-langkah yang boleh saya

ambil bagi mencapai projek kami tanpa menelan kos yang besar. Antaranya, mengenal

pasti keperluan-keperluan dan bahan-bahan yang diperlukan semasa di dalam projek.

Selain itu, kita hendaklah meminta bantuan daripada mereka yang lebih tahu sambil kita

JUN 2012

Pak Mail membantu memotong kayu mengikut ukuran yang dibuat.

Page 7: Kertas Cadangan Projek Berpasangan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG96509 BINTANGOR SARAWAK

belajar agar tidak mengharapkan pengetahuan sendiri yang tidak berpengalaman. Selain

itu, pemilihan masa yang sesuai dan bertepatan amat perlu. Ini semua bagi

mengelakkan kerja-kerja tertunda dan memakan masa yang lama. Barulah, kita dapat

menyiapkan kerja-kerja tepat seperti yang telah dirancang.

KESIMPULAN :

Secara keseluruhannya, didapati bahawa projek ini berjalan dengan begitu lancar. Hal ini

merupakan berkat daripada kerjasama dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak sekolah

sama ada dari guru-guru, pekerja sekolah dan murid-murid. Diharap projek yang

dijalankan ini dapat memberikan pengalaman baharu sebagai persiapan dan

pengetahuan yang berguna apabila berada di sekolah nanti.

Disemak oleh Mentor

Catatan:

Tandatangan :

Nama : SUSAN ANAK AKOM

Tarikh :

Disahkan oleh Guru Besar

Catatan:

Tandatangan :

Nama : SHARKAWI BIN HAMDAN

Tarikh :

JUN 2012

Page 8: Kertas Cadangan Projek Berpasangan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG96509 BINTANGOR SARAWAK

JUN 2012