kertas cadangan penyelidikan tindakan

5
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1. PENYELIDIK Guru matapelajaran Sains tahun 3 Sekolah Kebangsaan Seri Bekok. 2. TAJUK KAJIAN “Meningkatkan kefahaman istilah dalam matapelajaran Sains bagi murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan Seri Bekok.” 3. ISU YANG DIKAJI Terdapat segelintir murid tahun 3 yang tidak memahami istilah sains dalam Bahasa Inggeris. Guru menyedari perkara ini apabila terdapat 7 orang murid tahun 3 yang gagal dalam Ujian Penilaian bulan April 2006. Oleh sebab itu, saya ingin membantu murid- murid saya yang gagal agar dapat memahami istilah sains dalam Bahasa Inggeris, dapat mengeja dan menulis istilah tersebut dengan betul.

Upload: azizi-rosnan

Post on 28-Jun-2015

163 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1. PENYELIDIK

Guru matapelajaran Sains tahun 3 Sekolah Kebangsaan

Seri Bekok.

2. TAJUK KAJIAN

“Meningkatkan kefahaman istilah dalam matapelajaran

Sains bagi murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan Seri

Bekok.”

3. ISU YANG DIKAJI

Terdapat segelintir murid tahun 3 yang tidak

memahami istilah sains dalam Bahasa Inggeris.

Guru menyedari perkara ini apabila terdapat 7 orang

murid tahun 3 yang gagal dalam Ujian Penilaian

bulan April 2006.

Oleh sebab itu, saya ingin membantu murid-murid

saya yang gagal agar dapat memahami istilah sains

dalam Bahasa Inggeris, dapat mengeja dan menulis

istilah tersebut dengan betul.

4. REFLEKSI MASALAH

Setelah saya mengenalpasti 7 orang murid ini, saya juga

dapati bahawa mereka:

a. Tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan

secara lisan oleh guru.

Page 2: KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

b. Gagal menjawab soalan di dalam lembaran kerja.

c. Tidak memahami kandungan ‘courseware’ semasa

proses pengajaran dan pembelajaran.

d. Tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

e. Sering membuat bising di dalam kelas.

Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera, murid-murid

ini tidak akan dapat menguasai matapelajaran Sains,

ketinggalan dalam pelajaran mereka dan akhirnya akan

hilang minat untuk belajar.

5. OBJEKTIF KAJIAN

Untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai istilah

Sains dalam Bahasa Inggeris.

6. KUMPULAN SASARAN

Murid tahun 3 SK Seri Bekok

Bilangan murid: 7 orang

Mempunyai latarbelakang keluarga yang

berpendidikan rendah

Murid kurang pendedahan terhadap penggunaan

Bahasa Inggeris di rumah.

7. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

“PROJEK CELIK ISTILAH”

Page 3: KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Memberi bimbingan kepada murid setiap pagi

sebelum kelas bermula selama 10 minit.

Latih tubi – soal murid istilah sains.

Latih tubi – ejaan istilah sains dalam Bahasa Inggeris.

Membimbing murid membaca istilah sains dengan

sebutan yang betul.

Memberi nasihat kepada murid-murid.

8. MEKANISME PENGUMPULAN DATA

1. Ujian Awal :

Dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan istilah

sains dalam Bahasa Inggeris.

2. Pemerhatian :

Guru membuat pemerhatian terhadap murid yang telah

dikenalpasti lemah melalui ujian awal yang telah

dijalankan.

3. Catatan Jurnal :

Guru mencatatkan pemerhatian terhadap perlakuan

murid sasaran semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

4. Pemeriksaan Buku Latihan Murid :

Guru memeriksa buku latihan murid untuk direkodkan

berapa soalan istilah yang dapat dijawab oleh murid.

Page 4: KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil. Aktiviti Tarikh Catatan

1. Menulis proposal kajian. 19. 4.2006  

2. Pembentukan jawatankuasa 21.4.2006 Mesyuarat AJK.

3. Merancang tindakan:

1. Projek Celik Istilah

- Membimbing sasaran

24.4.2006 7.15 – 7.25 pagi setiap

hari persekolahan.

4.

4.

Melaksanakan tindakan:

1. Latih tubi – menyoal

murid istilah sains dan

maksudnya dalam

Bahasa Melayu.

2. Ejaan istilah istilah

sains dalam Bahasa

Inggeris.

3. Bimbingan pembacaan

istilah-istilah sains.

4. Memberi nasihat

25.4.2006

hingga

8.5.2006

- Menitikberatkan soalan

isi tempat kosong

- Seminggu sekali,

setiap kali 3 istilah.

- Dengan bimbingan

guru.

- Nasihat diberi jika

keputusan mereka

merosot

10. KOS KAJIANBil. Barangan Harga

1. Hadiah ( 7 x RM3) RM 21.00

2. Kad bacaan RM 3.00

3. Alatulis RM 10.00

4. Fotostat RM 3.00

  JUMLAH RM 37.00