bengkel penstrukturan semula unit...

6
BENGKEL PENSTRUKTURAN SEMULA UNIT JKSNS 23-25 September 2020| Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) telah mengadakan Bengkel Penstrukturan Semula Unit JKSNS di Hotel Lexis Port Dickson. Objektif bengkel tersebut adalah seperti berikut: i. Menyusun atur dan memurnikan struktur organisasi sedia ada ii. Mewujudkan unit-unit baharu selaras dengan pekeliling dan undang- undang ; dan iii. Mewujudkan perjawatan baharu selaras dengan pekeliling dan undang- undang. YAA Dato’ Abas Bin Nordin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan di dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pengurusan organisasi JKSNS perlu dimantapkan selaras dengan perubahan serta keperluan yang berlaku dalam JKSNS sama ada dari segi perundangan, struktur organisasi dan sumber manusia dalam usaha memperkasakan institusi kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Melalui bengkel ini, peserta diberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan Penstrukturan Organisasi dan Perwujudan Perjawatan oleh Puan Nuraida Binti Manap, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO)Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Manakala Tuan Abu Sufian Bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut dijemput telah memberi perkongsian pengalaman dan panduan dalam menguruskan permohonan waran perjawatan yang baharu. JKSNS turut berasa bertuah di atas kehadiran Tuan Masri Bin Razali, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke bengkel ini serta pandangan yang beliau berikan berkaitan perkara yang dibincangkan. Perjalanan bengkel ini turut dibantu oleh barisan pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) iaitu Tuan Muhammad Aszham Bin Gambaris@Watimin, Tuan Syed Muzaffar Bin Syed Mohamad dan Cik Nurhafizah Binti Abdullah yang sentiasa memberi panduan dan nasihat sepanjang bengkel berlangsung. Pihak urusetia dan JKSNS mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih di atas komitmen BPSM PSUKNS. Secara keseluruhannya bengkel berjalan dengan lancar, mendapat kerjasama penuh daripada semua peserta dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Upload: others

Post on 10-Nov-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BENGKEL PENSTRUKTURAN SEMULA UNIT JKSNSjksns.ns.gov.my/.../2020/0309_BENGKEL-ORGANISASI-JKSNS.pdfMelalui bengkel ini, peserta diberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan Penstrukturan

BENGKEL PENSTRUKTURAN SEMULA UNIT JKSNS

23-25 September 2020| Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) telah

mengadakan Bengkel Penstrukturan Semula Unit JKSNS di Hotel Lexis Port Dickson.

Objektif bengkel tersebut adalah seperti berikut:

i. Menyusun atur dan memurnikan struktur organisasi sedia ada

ii. Mewujudkan unit-unit baharu selaras dengan pekeliling dan undang-

undang ; dan

iii. Mewujudkan perjawatan baharu selaras dengan pekeliling dan undang-

undang.

YAA Dato’ Abas Bin Nordin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan di dalam ucapan

alu-aluannya menyatakan bahawa pengurusan organisasi JKSNS perlu dimantapkan

selaras dengan perubahan serta keperluan yang berlaku dalam JKSNS sama ada dari

segi perundangan, struktur organisasi dan sumber manusia dalam usaha

memperkasakan institusi kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Melalui bengkel ini, peserta diberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan

Penstrukturan Organisasi dan Perwujudan Perjawatan oleh Puan Nuraida Binti

Manap, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO)Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA).

Manakala Tuan Abu Sufian Bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran

Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut

dijemput telah memberi perkongsian pengalaman dan panduan dalam menguruskan

permohonan waran perjawatan yang baharu.

JKSNS turut berasa bertuah di atas kehadiran Tuan Masri Bin Razali, Timbalan

Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke

bengkel ini serta pandangan yang beliau berikan berkaitan perkara yang

dibincangkan.

Perjalanan bengkel ini turut dibantu oleh barisan pegawai Bahagian Pengurusan

Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) iaitu

Tuan Muhammad Aszham Bin Gambaris@Watimin, Tuan Syed Muzaffar Bin Syed

Mohamad dan Cik Nurhafizah Binti Abdullah yang sentiasa memberi panduan dan

nasihat sepanjang bengkel berlangsung. Pihak urusetia dan JKSNS mengucapkan

setinggi penghargaan terima kasih di atas komitmen BPSM PSUKNS.

Secara keseluruhannya bengkel berjalan dengan lancar, mendapat kerjasama penuh

daripada semua peserta dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Page 2: BENGKEL PENSTRUKTURAN SEMULA UNIT JKSNSjksns.ns.gov.my/.../2020/0309_BENGKEL-ORGANISASI-JKSNS.pdfMelalui bengkel ini, peserta diberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan Penstrukturan

GALERI

Page 3: BENGKEL PENSTRUKTURAN SEMULA UNIT JKSNSjksns.ns.gov.my/.../2020/0309_BENGKEL-ORGANISASI-JKSNS.pdfMelalui bengkel ini, peserta diberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan Penstrukturan
Page 4: BENGKEL PENSTRUKTURAN SEMULA UNIT JKSNSjksns.ns.gov.my/.../2020/0309_BENGKEL-ORGANISASI-JKSNS.pdfMelalui bengkel ini, peserta diberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan Penstrukturan
Page 5: BENGKEL PENSTRUKTURAN SEMULA UNIT JKSNSjksns.ns.gov.my/.../2020/0309_BENGKEL-ORGANISASI-JKSNS.pdfMelalui bengkel ini, peserta diberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan Penstrukturan
Page 6: BENGKEL PENSTRUKTURAN SEMULA UNIT JKSNSjksns.ns.gov.my/.../2020/0309_BENGKEL-ORGANISASI-JKSNS.pdfMelalui bengkel ini, peserta diberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan Penstrukturan