kera kursus sejarah

77
1 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 33000, KUALA KANGSAR, PERAK KERJA KURSUS SEJARAH FELCRA BUKIT KEPONG BERHAD

Upload: irfan-nafri

Post on 05-Jul-2015

522 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kera Kursus Sejarah

1

THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

33000, KUALA KANGSAR, PERAK

KERJA KURSUS SEJARAH

FELCRA BUKIT KEPONG BERHAD

Page 2: Kera Kursus Sejarah

2

NAMA : ABDUL HAFIZ BIN MOHD KAMARUDDIN

KELAS : 3 SEJAHTERA

GURU : PUAN AISAH BINTI BAHARIN

Page 3: Kera Kursus Sejarah

3

ELEMEN 1

Page 4: Kera Kursus Sejarah

4

AKHBAR

Page 5: Kera Kursus Sejarah

5

Page 6: Kera Kursus Sejarah

6

PM syor Felda, Risda, Felcra bergabung

PEKAN 23 Ogos – Tiga agensi perladangan terbesar di negara ini – Felda, Risda dan Felcra disaran

bergabung mewujudkan satu konsortium bagi melaksanakan pelbagai projek industri hiliran berimpak tinggi

pada masa akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengemukakan cadangan tersebut yakin jalinan

kerjasama itu mampu memberi keuntungan yang berganda kepada agensi-agensi terbabit selain membasmi

kemiskinan dengan lebih berkesan.

Menurut beliau, perbincangan mewujudkan jalinan kerjasama itu akan diadakan dalam tempoh terdekat

sebelum ketiga-tiga agensi terbabit tampil mengemukakan konsep gabungan yang bakal dilaksanakan.

‘‘Ketiga-tiga agensi masih kekal tetapi projek-projek yang dijalankan boleh dilaksanakan menerusi kerjasama

dengan mewujudkan satu konsortium.

‘‘Saya telah minta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketiga-tiga agensi ini berbincang dan apabila

bersedia, mereka boleh berjumpa dengan saya atau Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk kita

buat satu ketetapan bagaimana konsep gabungan itu dilaksanakan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok

(RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) Risda di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari

ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Najib menjelaskan, banyak projek industri hiliran dapat dilaksanakan secara kerjasama antara Felda, Risda

dan Felcra termasuk dalam pengurusan ladang dan kilang.

Ini kerana, kata beliau, projek-projek yang dijalankan oleh ketiga-tiga agensi itu mempunyai banyak persamaan

dan tidak sewajarnya ia dijalankan secara berasingan.

Page 7: Kera Kursus Sejarah

7

Beliau memberi contoh, ketiga-tiga agensi terbabit boleh merancang untuk membina sebuah kilang baja atau

sawit yang dapat dikongsi oleh peneroka Felda dan para peserta Risda dan Felcra.

‘‘Kalau ketiga-tiga agensi ini berkongsi mendirikan sebuah kilang baja atau sawit, kita akan dapat nikmat

ekonomi yang lebih besar berbanding setiap agensi mendirikan kilang masing-masing.

‘‘Kalau kawasan kilang sawit itu pula dekat dengan ladang Felda, Risda dan Felcra dan semua agensi ini

menggunakan kilang yang sama, sudah tentu kilang ini lebih maju berbanding setiap agensi mempunyai kilang

masing-masing di ladang masing-masing.

‘‘Keuntungan yang lebih besar juga dinikmati oleh para peneroka dan peserta sesebuah ladang tersebut,”

jelasnya.

Najib menganggap cadangan itu tidak tidak mustahil memandangkan agensi-agensi terbabit mampu

mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar untuk melaksanakan projek-projek tertentu.

‘‘Jika kita boleh menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar negara, mengapa tidak dengan agensi-

agensi yang dimiliki oleh kerajaan walaupun terletak dalam kementerian yang berbeza.

‘‘Kita sebenarnya mempunyai matlamat yang sama dan kekuatan dalaman untuk menguasai ekonomi,”

katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib memberitahu, kerajaan sedang merumuskan satu model ekonomi baru

yang memberi penekanan kepada nilai tambah tinggi dalam projek-projek yang dijalankan.

Dalam sektor pertanian misalnya, kata beliau, kerajaan merancang meningkatkan lagi industri ternakan burung

layang-layang atau walit dan rumput laut yang berpotensi dimajukan.

Kerajaan juga, jelas beliau, menerusi Felda akan menjalankan projek ternakan lembu selepas membeli tanah

seluas lapan juta hektar di Australia bagi tujuan tersebut.

‘‘Lembu-lembu itu kemudian akan dibawa ke Malaysia untuk dibesarkan dan menerusi haiwan tersebut kita

mampu mencipta 28 lagi projek hiliran yang lebih menguntungkan berbanding hasil dagingnya semata-mata,”

jelasnya.

Page 8: Kera Kursus Sejarah

8

Sumber: Utusan Malaysia Online

Tarikh: 23 Ogos 2009

Dewan Rakyat Convenes First Meeting, Pandikar Amin Sworn In As

Speaker

KUALA LUMPUR, April 28 2008 (Bernama) -- The first meeting of the first session of the 12th parliament began

today, with the swearing-in of the 222 members of parliament led by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi.

Before the MPs were sworn in, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, a veteran Sabah politician, took the oath of office

and was proclaimed the Dewan Rakyat speaker.

His appointment, under Article 57 of the Federal Constitution, was proposed by Abdullah, who had nominated

only Pandikar Amin's name to the Dewan Rakyat secretary, Rosmee Hamzah, in a letter dated April 10.

Page 9: Kera Kursus Sejarah

9

Pandikar Amin's appointment was seconded by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. Before

being sworn in, Rosmee and his aides helped Pandikar Amin, 53, the Barisan Nasional's (BN) sole nominee for

the post, put on the speaker's regalia.

Pandikar Amin, of Kota Belud, Sabah, and former Minister in the Prime Minister's Department, served as a

senator before and was president of the now defunct Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu).

Santubong MP Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar and Beluran MP Datuk Ronald Kiandee were elected

deputy speakers through ballot voting after three names were proposed for the post.

Wan Junaidi of Sarawak and Ronald from Sabah were proposed by the prime minister while DAP adviser Lim

Kit Siang, who is also Ipoh Timur MP, nominated Kepong MP and DAP deputy chairman Dr Tan Seng Giaw.

Wan Junaidi polled 157 votes, Ronald 140 and Dr Tan, a dermatologist, managed only 81.

The sitting was adjourned to tomorrow after the deputy speakers' election. The Yang di-Pertuan Agong,

Tuanku Mizan Zainal Abidin, will open the Parliament session Tuesday.

The Dewan Rakyat will be in session for 16 days until May 27.

The 12th general election on March 8 saw the Barisan Nasional (BN) securing a simple majority to form the

government, winning 140 of the 222 parliamentary seats, while the Opposition won 82.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) romped home 31 seats, DAP (28) and PAS (23).

For the first time, the first 30 minutes of the question-and-answer session will be telecast live by RTM from

Wednesday.

Source : BERNAMA

Page 10: Kera Kursus Sejarah

10

INTERNET

Page 11: Kera Kursus Sejarah

11

Page 12: Kera Kursus Sejarah

12

Page 13: Kera Kursus Sejarah

13

MELAWAT

TEMPAT

KAJIAN

Page 14: Kera Kursus Sejarah

14

Page 15: Kera Kursus Sejarah

15

SUMBER-SUMBER

LAIN- Jenis sumber

- Alamat/punca sumber

Page 16: Kera Kursus Sejarah

16

Page 17: Kera Kursus Sejarah

17

ELEMEN 2

SENARAI KANDUNGAN

Page 18: Kera Kursus Sejarah

18

Page 19: Kera Kursus Sejarah

19

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat illahi denga limpahkurnia-Nya akhirnya saya

dapat juga menyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang

telah ditetapkan oleh pihak sekolah saya.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Encik Anand

bin Baharudin, pengetua sekolah The Malay College Kuala Kangsar dan Puan

Aisah binti Baharin selaku guru mata pelajaran sejarah tingkatan 3Sejahtera

yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika

menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan

kepada ayah Mohd Kamaruddin bin Muhamad, ibu Noor Aza binti Abd. Aziz,

serta ahli keluarga yang lain yang telah banyak membantu dari segi

kewangan mahu pun pengetahuan atau mencari bahan. Tidak lupa juga

Page 20: Kera Kursus Sejarah

20

kepada rakan – rakan perjuangan yang lain iaitu Nik Ahmad Nazeem, Mohd

Faizul Izwan, Muhammad Hazman, dan yang lain-lain kerana banyak

memberi kerjasama dengan kongsi pengetahuan.

Tidak dilupakan juga kepada pihak Felcra Bukit Kepong Berhad yang

telah bekerjasama bersama saya dalam menyiapkan kerja kursus yang tida

seberapa ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Page 21: Kera Kursus Sejarah

21

Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk Institusi Pentadbiran tempatan

yang terdapat di negara kita. Objektif kajian adalah seperti berikut:-

1. Melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti sumber-sumber

institusi pentadbiran dengan sahih.

2. Saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat Felcra Bukit

Kepong Berhad dalam memajukan negara yang tercinta ini, Malaysia.

3. Melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan, undang-

undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.

4. Menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi

muda .

Page 22: Kera Kursus Sejarah

22

KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk

mendapat maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan

ialah:

1.  Melayari internet.

Maklumat-maklumat mudah diperoleh melalui internet. Internet dapat

membantu saya dalam memuat turun bahan-bahan yang saya

perlukan dengan cepat.

2.   Keratan akhbar.

Page 23: Kera Kursus Sejarah

23

Saya juga mencari maklumat yang berkaitan dengan Felcra Bukit

Kepong Berhad dalam beberapa buah akbar.

3.  Melawat tempat kajian

Saya juga telah melawat ke tempat kajian, Felcra Bukit Kepong Berhad

bagi mendapatkan maklumat yang lebih sahih dan tepat.

4.

Hasil Kajian

1   Institusi Pentadbiran Tempatan:

1.1- Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain

Page 24: Kera Kursus Sejarah

24

Nama tempat yang saya kaji ialah Felcra Bukit Kepong. Ianya merupakan kawasan Felcra di

bawah pentadbiran wilayah Johor .

1.2 – Lokasi

Felcra Bukit Kepong terletak dalam daerah Muar, Johor . Jarak dari bandar Muar ke tempat

kajian ialah kira-kira 80 kilometer dan dari bandar Segamat ialah kira-kira 35 kilometer . Oleh

yang demikian kawasan ini boleh dikategorikan terletak di luar bandar.

1.3 - Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan

1.3.1.Matlamat penubuhan Felcra ialah :

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atauFELCRA telah ditubuhkan

pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu

penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysiadan seterusnya

meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRABerhad telah ditukar nama

kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada

sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. Penukaran entiti korporat ini

membolehkanFELCRA Berhad menceburi bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi

pembangunan nasional.

Pengurusan Felcra memang terkenal dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti

teras. FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor

Page 25: Kera Kursus Sejarah

25

perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan .

Pada peringkat pusat , FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang

berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan

menguntungkan .

1.3.2. Misi & Visi

Misi Korporat

Memegang falsafah Peserta Bersyukur No. 1 dan terus berkembang bersama mereka

dengan growth with equity; di samping mengurus, menjaga serta memegang kepentingan

amanah kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta.

Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR ) melalui pembangunan ladang-

ladang dan aktiviti yang berkaitan dengan lebih efisyen dan menguntungkan.

Melaksanakan program diversifikasi yang menguntungkan dan di dalam masa yang sama

merancang dan melaksanakan program berorientasikan eksport di samping berazam

mencapai identiti konglomerat yang berjaya.

1.3.3.Visi Korporat

Kekal sebagai plantation house yang terkemuka dan berkembang sebagai sebuah

konglomerat yang berjaya.

Page 26: Kera Kursus Sejarah

26

1.3.4.Objektif

Memberi nilai pulangan yang tinggi ke atas ladang-ladang yang dibangunkan.

Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta dan juga staf.

Memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang

terkini.

Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah Syarikat.

1.3.5.Fungsi

Memulihkan Dan Menyatukan Tanah Dengan Kelulusan dan Permintaan Pihak Berkuasa

Negeri dan Persetujuan Pemilik Tanah

1.3.6.Strategi

FELCRA Berhad beroperasi berasaskan pendekatan berimbang di antara Program

Corporate Social Responsibility (CSR)dengan Program Perniagaan (keuntungan).

1.4 - Carta organisasi dan senarai pentadbir

Felcra pada peringkat pusat ditadbir melalui sebuah lembagaPengarah yang terdiri

daripada seorang pengerusi , ketua pegawai eksekutif , presiden , 6 orang ahli lembaga dan

seorang Setiausaha Syarikat.

Pada peringkat pejabat Felcra di kawasan kajian ianya diketuai oleh seorang pengurus

kawasan dibantu dengan lain-lain perjawatan.

Page 27: Kera Kursus Sejarah

27

2   Latar Belakang:

Page 28: Kera Kursus Sejarah

28

2.1. Sejarah penubuhan (Asal usul / Tarikh / Pengasas)

Penduduk asal Bukit Kepong ialah orang asli. Kemudian kawasan ini di datangi oleh

penghijrah dari Indonesia. Kaum Cina pula mengusahakan ladang gambir dan lada hitam. Dari

segi geografi kawasan ini dipenuhi dengan kawasan yang berbukit-bukit dan ditumbuhi

dengan pokok kepong. Maka kawasan ini diberikan nama Bukit Kepong.

Kawasan Felcra Bukit Kepong telah dibuka pada 1972 dengan keluasan 1,235.22

hektar. Ladang ini telah mula ditanam dengan kelapa sawit pada tahun 1973 dan mula

mengeluarkan hasil pada tahun 1976.Ia melibatkan 226 peserta.

Kawasan Felcra peringkat ke 2 dan 3 pula telah dibuka pada tahun 1976 dengan

keluasan 1211 hektar dan mula mengeluarkan hasil pada 1980. Ia melibatkan 152 orang

peserta.

Projek ini dikenali sebagai Rancangan Tanah Belia Felcra. Pengambilan peserta adalah

seramai 378 orang dengan pegangan setiap peserta seluas 10 ekar bagi setiap peserta.

Pada tahun 1980 satu perkampungan seluas 200 hektar telah diwujudkan. Nama

Perkampungan Felcra Bukit Kepong diambil sempena nama Mukim Bukit Kepong. Kawasan

ini dibuka dengan tujuan membantu masyarakat kampung khasnya orang Melayu bagi

mewujudkan sebuah perkampungan yang baru yang terdiri daripada penduduk yang berlainan

kawasan dari seluruh negeri Johor.

2.2.   Undang-undang tubuh / Undang-undang kecil / Garis panduan penubuhan

Page 29: Kera Kursus Sejarah

29

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan

pada tahun 1966.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRABerhad telah ditukar nama

kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada

sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan

2.3. Perincian peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir

Pengurusan Felcra Bukit Kepong melaksanakan corak pentadbiran mengikut tata cara

pengurusan yang digariskan oleh pejabat induk di Kuala Lumpur. Ianya termasuk soal

kawasan ladang di Felcra Bukit Kepong sendiri bersama dengan pengurusan Projek Paya

Redan ( Pagoh ), Projek Kg Tui ( Bukit Kepong ) , Bukit Kepong 2/3 ,dan Projek Bukit

Kepong 1/ Sg Gatom ( Labis,Segamat ).

Pentadbiran pejabat ini juga menguruskan peserta seramai hampir 400 peneroka dan

menguruskan ladang seluas 1400 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit ( 90 % ) dan getah

( 10 % )

Pengurusan Felcra juga menguruskan kira-kira 40 orang kakitangan termasuk pekerja

kontrak untuk menguruskan ladang seperti mandur dan pekerja ladang.

2.4.Cara pelantikan pentadbir tempatan

Perjawatan dan pelantikan ke jawatan bagi kesemua pekerja di Felcra ini dilakukan

oleh Felcra Berhad sendiri melalui permohonan , proses temuduga dan pelantikan dan

seterusnya urusan penempatan pegawai atau pekerja.

Page 30: Kera Kursus Sejarah

30

3   Peranan:

3.1. Ekonomi

FELCRA pada asasnya mempunyai beberapa peranan yang dimainkan antaranya dalam bidang

ekonomi ialah :

a. sebagai agensi pelaksana kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri bagi merealisasikan

program-program pembangunan rakyat di luar bandar.

b. Mempergiatkan projek-projek pemulihan dan penyatuan tanahtermasuk tanam semula .

c. Memperkukuhkan asas ekonomi dan perniagaan teras.

Fungsi yang dijalankan oleh Felcra juga berkaitan dengan usahamenjana pendapatan melalui

pembangunan ladang. Para peserta memperolehi pendapatan melalui peluang pekerjaan yang

diwujudkan di ladang mereka disamping dividen tahunan dari keuntungan ladang. Pendapatan

dari ladang memberi pulangan yang setimpal berdasarkan keluasan tanah peserta. Peserta Felcra

ini mendapat pendapatan antara RM 2000 – 3000 sebulan daripada keuntungan hasil mengikut

keluasan ladang masing-masing.

Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) juga dilaksanakan . Bagi pembangunan

IKS, empat aktiviti utama dijalankan iaitu Pembangunan Produk dan Pemasaran, Pogram

Pembangunan dan Penyelidikan, Tabung Pojek Ekonomi dan Ekspo Peringkat Negeri

dilaksanakan dikesemua Felcra yang terlibat.

Peserta Felcra Bukit Kepong juga terlibat dalam mengusahakan ternakan lembu dan

kambing . Sebilangan peserta menggunakan ladang mereka sebagai tempat memelihara

binatang ternakan ini. Hasil ternakan mereka akan dijual kepada pembeli dari kawasan

Page 31: Kera Kursus Sejarah

31

Lenga , Bukit Kepong , Labis dan Segamat melalui orang perseorangan. Jualan juga semakin

meningkat apabila umat Islam membeli lembu dan kambing untuk upacara korban sempena

sambutan Hari Raya Korban.

Terdapat juga dalam kalangan peserta melakukan aktiviti menternak ikan dalam

kolam . Antara jenis ikan yang diusahakan ialah ikan tilapia , kap dan patin.

Terdapat juga beberapa peserta mengusahakan perniagaan runcit melalui kedai runcit dan

kedai koperasi. Kebanyakan kedai runcit menjual barangan keperluan harian seperti keperluan

dapur , makanan , minuman , ikan, sayur-sayuran , minyak petrol dan sebagainya. Terdapat

juga beberapa peniaga sambilan yang berniaga kuih-muih berbentuk warung dan kedai

makanan .

Di Felcra ini juga terdapat kedai menjual papan, perabot ,membaiki kenderaan yang

menjalankan perniagaan membaiki motosikal dan mengecat kereta.

3.2. Pendidikan

Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting dalam usaha membentuk generasi Felcra

yang berpengetahuan dan memiliki kelulusan akademik atau kemahiran yang tinggi. Pihak

pengurusan Felcra melaksanakan tugas melalui peruntukan yang diterima

daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan aktiviti tuisyen

dan program motivasi bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di sini. Peruntukan yang

disalurkan secara tahunan ini mampu memotivasikan pelajar dalam usaha mencapai kejayaan

dalam peperiksaan awam.

Page 32: Kera Kursus Sejarah

32

Terdapat juga Program Pengukuhan Jati Diri atau PEJADIanjuran Felcra pusat yang

dilaksanakan di sini. Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi

membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan

insan supaya mereka lebih bermotivasi untuk meningkatkan ilmu, pendidikan dan kemahiran

untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

Dalam Program Memperkasa Ilmu Dan Kemahiran atau PMIK ianya menyediakan

bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus

latihan kemahiran dan peningkatan pencapaian akademik untuk memberi peluang kepada mereka

pekerjaan yang lebih baik.

3.3   Keagamaan

Kawasan ini terletak di negeri Johor yang setiap masjid di negeri ini melaksanakan

Program Memakmurkan Masjid. Ianya dilaksanakan oleh jawatan kuasa kampung , jawatan

kuasa Gerakan Desa Wawasan dan melibatkan pengurusan Felcra sendiri. Pelbagai aktiviti

dilaksanakan sepanjang tahun seperti Program Mengimarahkan Masjid , Bilal Muda , Kursus

memandi dan mengkafan jenazah , kuliah maghrib , kuliah isyak dan sebagainya.

Pada peringkat peserta sendiri mereka terlibat dengan pelbagai sambutan bersifat agama

seperti menyambut Sambutan Maulidur Rasul , nisfu Saaban , sembahyang tarawikh dan

sebagainya . Amalan membaca yassin setiap malam jumaat juga dilaksanakan pada setiap blok

pada malam Jumaat. Begitu juga upacara keagamaan lain juga dijalankan seperti tahlil ,

kenduri arwah , qatam Quran, potong jambul sempena mendapat anak , ziarah kematian dan

sebagainya.

Page 33: Kera Kursus Sejarah

33

3.4. Kebajikan

Peserta Felcra di sini telah menjadi anggota koperasi Peserta Felcra yang ditubuhkan sekitar

tahun 2000. Saham anggota dibayar melalui tunai dan dijadikan modal bagi koperasi

menjalankan aktiviti perniagaan. Koperasi juga membuka keanggotaan koperasi kepada generasi

kedua iaitu kepada ahli keluarga

Melalui Yayasan FELCRA Berhad , setiap Felcra di negara ini mendapat peruntukan tahunan

bagi melaksanakan program pendidikan tuisyen, kecermelangan pelajar, pinjaman pendidikan,

biasiswa pendidikan, tabung dermasiswa, latihan dan kemahiran teknikal. Program Yayasan

FELCRA adalah khusus untuk para peserta, staf dan keluarga mereka sahaja.

Salah satu program yang dilaksanakan juga ialah Program Pembentukan Generasi

Wawasan . Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan

anak-anak kumpulan sasar yang berumur 17 tahun ke bawah menikmati pekej makanan

tambahan yang seimbang dan berkhasiat.

Sebilangan peserta juga terlibat dengan program penanaman semula kebun kelapa sawit di

Felcra ini. Pihak pengurusan melaksanakan pengurusan dengan kaedah memberi pinjaman untuk

membeli benih , menguruskan kebun sehingga boleh mengeluarkan hasil. Peserta juga diberikan

bantuan sara hidup sebanyak RM 700 sebulan untuk menampung keperluan keluarga. Segala

bayaran untuk bantuan sara hidup dan bantuan penanaman semula akan dipotong melalui

bayaran secara tahunan iaitu selama 15 tahun. Ini membolehkan peserta tidak terhimpit dengan

masalah kewangan ketika menunggu kebun mengeluarkan hasil.

4   Perkembangan:

Page 34: Kera Kursus Sejarah

34

4.1.- Sumber kewangan

Dibawah Rancangan Malaysia ke 9, FELCRA Berhad telah diberi peruntukan bagi

membantu usahawan FELCRA di dalam program Latihan Usahawan , Pemasaran/Promosi

seperti mempromosi produk luar bandar terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian

dengan menyediakan rangkaian pemasaran unuk pasaran dalaman dan ntarabangsa.

Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga sering mengadakan usaha untuk

menambah peruntukan ke arah peningkatan taraf hidup semua peserta di sini.

4.2.- Pembangunan prasarana / fizikal

Di dalam kawasan Felcra ini pihak kerajaan memberi dan mengadakan pelbagai

kemudahan awam dan infrastruktur seperti air , elektrik , jalan raya , balai raya , sekolah

menengah , sekolah rendah , balai polis , masjid , dewan orang ramai dan sebagainya.Masih

dalam perbincangan pula ialah projek mengganti paip air ke setiap rumah di Felcra ini bagi

menggantikan paip yang lama.

4.3.- Kemajuan yang dicapai

Pada peringkat awal penubuhannya , pendapatan peneroka tidaklah begitu besar. Ini

kerana masalah harga kelapa sawit yang merupakan bahan komoditi sering berubah-ubah dan

menyebabkan pendapatan peserta statik. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini pendapatan

peserta bertambah lumayan kerana harga kelapa sawit yang semakin meningkat iaitu sekitar

RM 650 setan. Hasil daripada kenaikan harga ini , sejumlah peserta mampu membeli kereta

dan mengubahsuai rumah . Ada juga peserta yang telah membina rumah baru yang lebih besar

dan cantik.

Page 35: Kera Kursus Sejarah

35

Sebilangan anak peserta juga telah berjaya memasuki gerbang pusat pengajian tinggi di

dalam negara ini.

4.4.- Cabaran yang dihadapi

Pihak pengurusan Felcra menyatakan bahawa harga kelapa sawit yang sedang

meningkat mampu meningkatkan pendapatan peserta dan pengurusan Felcra sendiri. Namun

begitu dalam jangka masa panjang beliau melahirkan rasa khuatir dengan harga pasaran pada

masa akan datang.

Pengurusan Felcra juga menghadapi masalah kekurangan pekerja untuk melakukan

kerja pengurusan ladang seperti menuai hasil , mengangkut hasil , membaja , meracun rumput

rampai dan sebagainya. Ini kerana kira-kira 60 % peserta menyerahkan tugas tersebut kepada

pihak pengurusan untuk mengusahakannya. Ianya adalah disebabkan masalah umur mereka

yang melebihi 50 tahun. Bagi menyelesaikan masalah ini pihak pengurusan mengambil

pekerja asing untuk membantu.

Para peserta pula berhadapan dengan masalah jika usia tanaman mereka melebihi 20 tahun

kerana terpaksa dilakukan proses tanam semula. Ini menyebabkan mereka kehilangan sumber

pendapatan utama dan terpaksa bergantung pada wang sara hidup yang dibiayai oleh pihak

Felcra pusat.

Terdapat juga segelintir peserta melahirkan kebimbangan kebun mereka sering dilanda banjir

apabila hujan lebat melanda. Ini kerana jarak kebun mereka yang sangat berdekatan dengan

punca sungai.

Page 36: Kera Kursus Sejarah

36

RUMUSAN

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara

yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan

melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya lakukan ini juga

Page 37: Kera Kursus Sejarah

37

menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan ,

sangat pantas jika kitaberbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana

hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun. Ini dapat dibuktikan

dengan kehadiran Felcra Berhad Bukit Kepong dalam geografi di Muar yang walaupun

merupakan sebuah kawasan yang terpecil atau jauh daripada kesibukan kota , tetapi kerajaan

sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi rakyat .

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada

perkembangan dan kemajuan pesat Felcra Berhad Bukit Kepong adalah kerana nilai-nilai

murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada para pengurus , penyelia ,

staf sokongan dan juga para pekerja ladang. Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu

padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap

urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan

enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap

peserta Felcra Bukit Kepong. Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara

mereka.

Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara

nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi

orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang

dilakukan .

Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang pentingnya

sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses

pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

Page 38: Kera Kursus Sejarah

38

LAMPIRAN

(i) Melawat tempat kajian

Page 39: Kera Kursus Sejarah

39

Melawat Wisma Felcra

Mantan Pengerusi FELCRA

 

Page 40: Kera Kursus Sejarah

40

 

 

 

Yg.Bhg Dato` Nasaruddin Bin Bahari

(31 Mei 1971-17 Julai 1971) Yg.Bhg Dato` Hj. Akasah Hj Abdul Rahman

(1 April 1976-31 Dis 1983)

    

 

 

 

Yg.Bhg Tuan Hj. Abdul Rahman Bin Sabri 

(1 Feb 1984-31 Jan 1988) 

Yg.Bhg Dato` Hj. Md Noor Bin Mat Dom

(1 Feb 1988-31 Dis 1990)

    

 

Yg.Bhg Dato` Hj. Arifin Bin Said

(1 Jan 1991-28 Feb 1993)

    

Page 41: Kera Kursus Sejarah

41

Mantan Pengerusi FELCRA Berhad

 

    

 

 

 

Yg.Bhg Dato` Hj. Ahmad Shahibuddin Md Noor

(1 Mac 1993-31 Sept 2000) 

YB. Senator Dato` Hamzah Zainudin 

(1 Okt 2000-31 Sept 2006) 

    

 

   

YB Dato` Nasarudin Hashim

(1 Oct 2006- 15 Oct 2008) 

Page 42: Kera Kursus Sejarah

42

BIL. KOD KAWASAN/ GRED T LUAS [HEK]  

  LOKASI LADANG KAW   KELILING MAJU TANAM

1 07-617 BUKIT KEPONG G 3 K       

1 07-617  Bukit Kepong 1 & Tamb.  S 1,234.69 946.12 946.12

2 07-618  Bukit Kepong 11 & 111   S 1,211.11 827.87 827.87

3 07-629  Kg. Tui   S 311.58 299.04 299.04

Page 43: Kera Kursus Sejarah

43

4 07-630  Sg. Gatom   S 96.76 87.15 87.15

5 07-654  Paya Redan   G 75.02 70.90 70.90

          2,929.16 2,231.08 2,231.08

2 07-616 TEBING TINGGI G 3 K        

6 07-616  Tebing Tinggi 1   G 737.22 492.80 478.36

7 07-620  Tebing Tinggi 11   G/S 479.23 379.11 346.00

8 07-621  Tebing Tinggi 111   G 506.08 430.97 405.98

9 07-622  Tebing Tinggi 1V   G/S 458.75 406.87 388.25

10 07-623  Tebing Tinggi V   G/S 450.78 412.30 377.00

11 07-627  Tebing Tinggi V1   S 277.33 253.85 247.02

12 07-628  Kg. Jabi   S 154.53 154.53 141.52

13 07-634  Paya Betong   S 28.43 27.29 25.87

14 07-650  Paya Lebar   S 135.67 116.66 112.13

15 07-656  Kg. Tebing  Tinggi   S 18.02 17.71 16.14

16 07-664  Paya Betong (T)   S 14.16 14.16 12.98

17 07-665  Kg. Tebing Tinggi (T)   S 50.11 45.38 42.81

18 07-667  Padang Birah   G/S 54.52 54.52 49.85

19 07-685  Tebing Tinggi 1 (Paya)   S 32.84 32.84 32.84

20 07-723  Padang Jejah   S 46.00 46.00 46.00

21 07-724  Paya Lebar (T)   S 20.00 20.00 20.00

22 07-725  Tebing Tinggi (T)   S 8.00 8.00 8.00

23 07-734  Kg. Jabi 11   S 42.00 42.00 42.00

24 07-739  Kg. Jabi (Paya)   S 10.00 10.00 10.00

Page 44: Kera Kursus Sejarah

44

25 07-740  Bukit Keledang   S 66.00 66.00 63.00

26 07-742  Sri Manis   S 20.00 20.00 20.00

          3,609.67 3,050.99 2,885.75

3 07-625 POGOH G3        

27 07-612  Paya Kepar   S 256.00 243.20 243.20

28 07-625  Pogoh 1   S 558.26 420.96 400.05

29 07-658  Pogoh 11A   S 38.57 38.57 34.40

30 07-659  Pogoh 111   S 439.76 439.76 413.61

31 07-660  Pogoh 1V   S 429.21 423.51 404.78

32 07-732  Pogoh 11B   S 997.73 997.73 943.48

33 07-736  Sri Dagang   S 46.00 46.00 43.79

34 07-753  Paya Kepar (TS)   S 198.00 198.00 198.00

          2,963.53 2,609.73 2,439.52

4 07-675 SG. SEPULOH G 3        

35 06-544 Gunung Lambak 1   S 583.84 583.84 518.26

36 06-580 Kg. Tengah   S 40.68 40.10 36.68

37 06-648 Gunung Lambak 11   S 72.22 61.95 52.30

38 07-675 Sg. Sepuloh 1C   S 594.70 594.70 545.63

39 07-702 Sg. Sepuloh 1B   S 594.10 594.10 561.91

40 07-703 Sg. Sepuloh 1A   L/S 766.60 701.10 568.68

          2,652.14 2,575.79 2,283.46

5 06-530 SG. ARA G 3        

41 06-530 Sg. Ara 1   G/S 589.32 589.32 559.32

Page 45: Kera Kursus Sejarah

45

42 06-537 Sg. Ara 11   S 477.90 477.90 362.39

43 06-538 Sg. Ara 111   S 60.20 60.20 54.16

44 06-540 Ulu Sedili   S 229.17 229.17 204.45

45 07-683 Dusun Panti   D/G 538.70 538.70 538.70

46 07-691 Sg. Ara (Pem)   D/S 379.32 379.32 379.32

          2,274.61 2,274.61 2,098.34

6 06-526 BUKIT PEDOMAN G5        

47 06-526 Bukit Pedoman 1   G 409.69 301.60 301.60

48 06-528 Bukit Pedoman 11   G 447.76 347.03 347.03

49 06-529 Bukit Pedoman 111   G 451.23 268.62 268.62

50 06-549 Batu 7 Tenglu   S 29.66 29.66 28.27

51 06-553 Batu 4-6 Tenglu   S 173.35 173.35 151.93

52 06-644 Sg. Jemari   S 233.55 221.36 221.36

53 07-712 Bukit Pedoman 1V   S 401.30 401.30 401.30

          2,146.54 1,742.92 1,720.11

7 07-610 SEKIJANG G 5        

54 07-610 Sekijang 1   G 840.34 631.00 621.00

55 07-638 Sekijang 11   S 140.00 140.00 136.00

56 07-678 Tuang Kajang 1   G 55.99 44.24 41.99

57 07-717 Tuang Kajang 11   G 167.00 137.51 116.88

58 07-726 Sg. Lenek   G 100.00 100.00 95.00

          1,303.33 1,052.75 1,010.87

8 06-517 SG. KAHANG G 5        

Page 46: Kera Kursus Sejarah

46

59 06-517 Sg. Kahang 1   S 451.39 390.10 370.97

60 06-574 Pengkalan Tereh   S 68.81 68.60 65.62

61 06-579 Sg. Kahang 11   S 384.52 185.75 160.33

62 06-591 Sg. Jebong A & B   S 576.00 576.00 576.00

63 07-619 Kg. Sedohok   S 56.50 55.27 52.29

          1,537.22 1,275.72 1,225.21

9 06-516 MAWAI BARU G5        

64 06-514 Sg. Redan   S 17.00 17.00 17.00

65 06-516 Mawai Baru 1   G 280.16 117.40 115.00

66 06-525 Kg. Sayang   G/S 54.00 37.00 37.00

67 06-541 Mawai Baru 11   S 27.77 27.77 22.00

68 06-552 Batu 9   S 45.26 37.95 37.95

69 06-563 Kg. Baru/ Sg. Tiram   S 21.14 21.14 18.82

70 06-565 Sg. Gambut   S 226.37 180.72 172.00

71 06-582 Bt. 16 Jln Kota Tinggi   S 62.16 52.16 48.54

72 06-583 Kg. Pdg./Kg. Gembut   S 96.18 84.31 84.31

73 07-684Sg. Mong /Bt. 12 Jln

Mawai  L/S 376.88 376.88 374.00

          1,206.92 952.33 926.62

10 06-534 SG. MELIKAI G5        

74 06-527 Sg. Melikai 11   S 566.04 566.04 533.53

75 06-534 Sg. Melikai 1   G 455.42 455.42 427.08

76 06-535 Lubuk   S 193.12 193.12 193.12

Page 47: Kera Kursus Sejarah

47

77 06-551 Kg. Wak Salam   S 65.81 65.81 65.81

78 07-680 Sg. Melikai 111   S 173.10 173.10 163.00

79 07-719 Sg. Melikai 1V   S 91.29 91.29 87.31

          1,544.78 1,544.78 1,469.85

11 06-522 PALOH G 5        

80 06-522 Batu 3 1/2 Paloh (S)   G/S 1,311.00 1,194.00 1,002.00

81 06-532 Batu 3 1/2 Paloh (Lot)   G 189.00 189.00 120.00

82 07-681 Kg. Melayu Batu 4   S 25.00 25.00 25.00

          1,525.00 1,408.00 1,147.00

12   KUALA KABONG G 6        

83 06-523 Kuala Kabong 11   G/S 468.49 337.00 302.00

84 06-557 Kg. Pok   S 47.79 39.00 39.00

85 06-560 Kg. Ladang   S 40.80 40.80 40.80

86 06-562 Kg. Sawah   S 29.76 29.76 28.68

87 07-655 Sri Bunian   S 48.36 48.24 48.24

88 07-670 Parit Jerman 1   N 65.00 65.00 65.00

89 07-672 Batu Hampar   N/S 34.85 34.85 34.85

90 07-673 Parit Selangor 1   N 89.38 89.38 88.55

91 07-682 Kuala Kabong 111   S 52.35 52.35 48.50

92 07-686 Parit Selangor 11   N 29.97 29.97 29.07

93 07-690 Kg. Pok (T)   S 6.00 6.00 6.00

94 07-700 Parit Jerman 11   N 35.00 35.00 35.00

95 07-701 Parit Jerman 111   N 14.50 14.50 14.50

Page 48: Kera Kursus Sejarah

48

96 07-706 Parit Marjunit 1   N 40.00 40.00 40.00

97 07-707 Parit Marjunit 11   N 26.00 26.00 26.00

98 07-713 Kuala Kabong 1V   S 56.63 56.63 56.63

99 07-727 Sg. Boh   N 19.00 19.00 19.00

          1,103.88 963.48 921.82

13 06-539 SRI MERSING G5        

100 06-539 Sri Mersing 1   S 712.68 433.91 389.12

101 06-645 Sri Mersing 11   S 277.67 277.67 250.13

102 07-677 Sri Mersing 1 (T)   G 277.48 277.48 186.11

103 07-687 Sri Mersing 111   S 251.78 251.78 232.13

104 07-720 Sg. Ambat   S 249.72 249.72 231.09

105   Sg. Ambat II (A & B)   S 165.00 165.00 100.00

          1,934.33 1,655.56 1,388.58

14 07-606 KG. AWAT G6        

106 07-606 Kg. Awat 1 & 11   G 423.16 354.50 345.48

107 07-633 Sg. Gatal   S 49.33 49.33 38.87

108 07-639 Benang Air 11   S 199.32 189.35 180.35

109 07-679 Kg. Pudu   G 32.00 26.30 24.20

110 07-694 Kg. Awat (T)   S 43.87 43.87 32.35

111 07-731 Lubuk Kepong   S 36.00 36.00 36.00

112 07-749 Kg. Awat Seberang   S 64.00 64.00 64.00

          847.68 763.35 721.25

15 06-572 SALIRAN SUNGAI G 6        

Page 49: Kera Kursus Sejarah

49

    KESANG          

113 06-572 Saliran Sg. Kesang 1   S 146.89 146.89 136.36

114 06-573 Saliran Sg. Kesang 11   S 87.85 87.85 71.59

115 07-607 Kebun Baru 11   G 494.14 494.14 466.16

116 07-635 Parit Kassan   S 25.31 25.31 22.61

117 07-637 Bukit Banjar   S 25.19 25.19 24.67

118 07-651 Serom 4   S 31.48 31.48 23.00

119 07-652 Kg. Gemeh   G 60.93 60.93 50.80

120 07-688 Bukit Sentian 1   S 62.92 42.00 40.00

121 07-689 Bukit Sentian 11   S 19.00 19.00 19.00

122 07-721 Durian Chondong   S 45.60 45.60 44.55

123 07-728 Tanjong Gelenggang   S 17.00 17.00 15.00

124 07-737 Serom 3   S 26.00 26.00 26.00

125 07-738 Durian Chondong 11   S 101.00 101.00 75.00

126 07-745 Bkt. Serampang   S 49.00 49.00 40.00

          1,192.31 1,171.39 1,054.74

16 06-515 JOHOR TENGGARA G 6        

127 06-515 Sg. Gemuroh   S 227.99 196.25 186.18

128 06-519 Kg. Sayong Pinang   S 108.47 88.82 82.34

129 06-533 Sg. Telor   S 186.29 186.29 174.44

130 06-547 Temenin Baru   S 75.81 75.81 69.26

131 06-554 Sg. Kepala Orang   S 70.45 70.45 66.98

132 06-556 Batu 12 Jalan Kulai   S 2008 34.44 34.44 30.92

Page 50: Kera Kursus Sejarah

50

133 06-561 Kg. Lukut   S 66.63 62.63 62.63

134 06-566 Kg. Pasir Asam   S 117.88 113.72 110.28

135 06-584 Sg. Telor 11   G 16.42 16.42 15.88

136 07-709 Sg. Gemuroh (T)   S 10.00 10.00 10.00

          914.38 854.83 808.91

17 06-518 SERI MAHKOTA G 6        

137 06-518 Seri Mahkota   S 418.52 400.52 391.90

138 06-550 Simpang Penyabong   S 23.83 23.83 18.32

139 06-564 GSA Bkt. Tekedai   S 45.87 44.87 44.87

140 07-548 Sg. Bebuta   S 28.77 28.77 26.92

141 07-631 Bukit Tekedai   S 79.04 74.56 70.40

142 07-666 GSA Batu 6-9   S 292.25 292.25 281.82

143 07-674 Tanjung Lingka   S 45.57 45.57 43.91

          933.85 910.37 878.14

18 07-668 TANAH ABANG G 6        

144 07-668 Tanah Abang   S 882.67 882.67 776.04

19 06-542 SG. LAYAU G 6        

145 06-542 Sg. Layau 1   S 248.98 234.08 234.08

146 06-558 Kg. Lepau 1 & 11   S 97.42 94.12 92.60

147 06-559 T. Empang/Sg. Kapal   S 90.94 85.05 85.05

148 06-569 Sg. Layau 11   S 367.95 349.73 349.73

149 06-581 Sg. Raya   S 65.06 62.66 62.66

150 06-585 Kg. Baru Tlk. Ramunia   S 53.25 46.28 46.28

Page 51: Kera Kursus Sejarah

51

151 07-711 Sg. Layau 111   S 64.85 60.95 60.95

152   Sg. Layau IV   S 80.00 80.00 80.00

          1,068.45 1,012.87 1,011.35

20 06-545 SEDELI BESAR G 6        

153 06-545 Sedili Besar 1   S 209.25 193.00 185.00

154 06-647 Sedili Besar 11   S 182.73 182.73 161.70

155 07-698 Sedili Besar 111   S 370.80 370.80 352.42

156 07-718 Sedili Besar 1V   S 180.00 180.00 133.00

          942.78 926.53 832.12

21 06-512 SIMPANG RENGGAM G 6        

157 06-520 Simpang Rengam 11   G 223.50 97.63 94.70

158 06-531 Sri Desa I   S 39.52 36.87 36.87

159 06-543 Simpang Rengam 111   S 117.83 117.83 110.00

160 06-576 Batu 37 Pkt. 1   S 181.46 138.47 128.00

161 06-643 Kg. Ibrahim Majid 1   S 28.77 28.77 28.77

162 07-640 Kg. Ibrahim Majid 11   S 21.66 21.66 20.50

163 07-641 Batu 37 Pkt. 11   S 23.06 23.06 22.70

164 07-697 Kg. Perak   S 62.59 62.32 41.58

165 07-704 Sri Desa II   S 29.54 27.59 27.59

166 07-708 Parit Mahpol   S 26.00 26.00 26.00

167 07-733 Spg. Rengam 1 (T/S)   S 50.00 50.00 46.67

          803.93 630.20 583.38

22 06-536 SG. SEMBERONG G 5        

Page 52: Kera Kursus Sejarah

52

168 06-536 Sg. Semberong   S 462.08 455.97 445.11

169 07-714 Batu 29 Peringkat 1   S 202.26 197.29 181.00

170 07-716 Batu 29 Peringkat 2   S 440.94 420.14 352.00

          1,105.28 1,073.40 978.11

23 07-602 SRI WANGI G 6        

171 06-640 Talang Bunut   S 28.00 28.00 28.00

172 07-653 Parit Semo   S 30.00 30.00 30.00

173 07-735 Sri Wangi 1 (T/S)   S 192.00 192.00 179.00

174 07-741 Batu 19 Air Hitam   S 107.00 100.00 100.00

175 07-744 Sri Wangi 11 (T/S)   S 48.00 48.00 42.00

176 07-747 Sri Wangi III (TS)   S 110.00 110.00 110.00

          515.00 508.00 489.00

Nama Kawasan/Ladang Wilayah Johor Sehingga 2008

Page 53: Kera Kursus Sejarah

53

Pusat Latihan FELCRA diwujudkan bagi menyediakan kemudahan-kemudahan latihan dan

rekreasi yang berkualiti. Lokasi pusat latihan ini yang terletak di pinggir bandar dan diselubungi

Page 54: Kera Kursus Sejarah

54

suasana alam semulajadi serta berhampiran tempat tarikan pelancong menjadikannya amat sesuai

untuk dijadikan sebagai tempat latihan , rekreasi dan beristirehat.

Bil Prasarana/Kemudahan Alamat

 

1

 

PUSAT LATIHAN & REKREASI

FELCRA BERHAD TEBING

TINGGI

D/A Pejabat Pos Jementah, 85200 Jementah, Segamat

Johor.

Tel : 07-9372249, 07-9372250

Faks : 07-9371410

 

2

 

PUSAT LATIHAN FELCRA

SEBERANG PERAK

url:www.plfsp.com.my

Bandar Baru Seberang Perak, 36800 Kg Gajah, Perak.

Tel : 05-6551809

Faks : 05-6551109

Pusat Latihan

RUJUKAN

i. Melawat tempat kajian

IBU PEJABAT FELCRA Berhad, 

WISMA FELCRA, LOT 4780, JALAN REJANG, 

SETAPAK JAYA, PETI SURAT 12254, 

50772 KUALA LUMPUR.

Page 55: Kera Kursus Sejarah

55

ii. Internet

http://www.felcra.com.my/home

http://fkunhas.com/topic/majalah+mengenai+felcra+berhad.html

http://www.mycen.com.my/directions/wisma_felcra.html

Page 56: Kera Kursus Sejarah

56

Page 57: Kera Kursus Sejarah

57

ELEMEN 3

Page 58: Kera Kursus Sejarah

58

SOALAN : BAGAIMANA INSTITUSI PENTADBIRAN

TEMPATAN DAPAT MENGUKUHKAN INTEGRASI NASIONAL

DI NEGARA KITA ?

Felcra Bukit Kepong yang ditubuhkan kira-kira 50 tahun dahulu telah mampu

menjadi antara intitusi yang menyumbang ke arah pembangunan ekonomi

melalui pengeluaran pertanian . Dalam nada yang sama semenjak penubuhannya

intitusi ini juga turut mampu menjana dan melakukan peningkatan pendapatan

kepada warga peserta Felcra .

Walaupun matlamat utama penubuhan Felcra ialah bagi tujuan ekonomi , namun

ia juga mampu berfungsi sebagai penjana integrasi nasional di negara kita

melalui penubuhan , aktiviti dan gerak kerja yang dilakukan mahupun yang

dilaksanakan di kawasan ini.

Pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan mampu melahirkan

sifat muhibah , bersatu padu antara anggota masyarakat yang saling

berinteraksi dan mampu menjana sifat hormat menghormati antara satu sama

lain.

Para peserta yang terlibat dengan Felcra juga telah diberikan dengan sebidang

tanah dan rumah untuk didiami . Para peserta yang datang daripada pelbagai latar

Page 59: Kera Kursus Sejarah

59

belakang lokasi dan lokaliti telah hidup dalam keadaan bersatu padu dan

harmoni . Keadaan ini boleh diibaratkan sebagai sebuah masyarakat bagai isi

dengan kuku yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Anggota masyarakat di Felcra juga melakukan kerja kemasyarakatan seperti

gotong-royong , sukan rakyat dan saling bekerja sama dalam pelbagai kegiatan

keagamaan. Keadaan ini mampu melahirkan sebuah masyarakat yang

saling bersefahaman dan bermuafakat.

Pihak pengurusan Felcra pula melaksanakan tugas mereka dengan

penuh bertanggungjawab , adil dan bertimbang rasa terhadap segala

permasalahan peserta Felcra. Kebajikan dan nasib peserta tidak sesekali

diabaikan. Para pengurusan sering menzahirkan nasihat agar semua

peneroka rajin dan gigih dalam mengusahakan kawasan kebun masing-masing

agar mampu memperoleh hasil yang lumayan terutama sekali apabila masalah

kejatuhan harga komoditi seperti kelapa sawit melanda.

Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menghargai jasa dan perjuangan tokoh-

tokoh negara yang telah mewujudkan sebuah institusi yang mampu menyumbang

pada proses perkembangan ekonomi negara .Ini menunjukkan bahawa

kepimpinan negara ini peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan

Page 60: Kera Kursus Sejarah

60

negara.Perancangan ekonomi yang terancang ini membolehkan kehidupan

rakyat di negara kita dapat diperrtingkat seiring dengan kemajuan negara ini.