kerja kursus sejarah 2012
TRANSCRIPT
Tajuk Kajian : Produk Makanan Tempatan
( KEK LAPIS SARAWAK )
Senarai Kandungan
Bil Perkara Muka Surat
1 Tajuk i
2 Senarai Kandungan ii
3 Penghargaan 1
4 Objektif Kajian 2
5 Kaedah Kajian 3
6 Hasil Kajian
6.1 Maklumat Asas Produk Tempatan
6.1.1
6.1.2
6.1.3
6.1.4
6.2 Latar Belakang
6.2.1
6.2.2
6.2.3
6.2.4
6.3 Kaedah / Cara penghasilan
6.3.1
6.3.2
6.3.3
6.3.4
6.4 Perkembangan Produk
6.4.1
4 –
-
-
-
6.4.2
6.4.3
6.4.4
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
Penghargaan
Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini, saya telah banyak dibantu oleh individu-individu
tertentu. Lantaran itu, dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih terhadap
mereka yang terlibat.
Mula-mula sekali, terima kasih yang tidak terhingga buat guru mata pelajaran Sejarah saya
iaitu Cikgu yang telah banyak membantu kami untuk memilih tajuk kajian yang sesuai dan
mencari sumber-sumber untuk elemen satu contohnya sumber internet, orang sumber, sumber
surat khabar dan sebagainya. Cikgu __________ juga turut membimbing kami untuk
menyiapkan tugasan 1b (Elemen 2) khasnya bahagian hasil kajian yang agak sukar untuk
disiapkan andainya tiada bimbingan daripada beliau.
Selain itu, jutaan terima kasih saya ucapkan buat orang sumber saya iaitu Encik ___________
selaku wakil pihak pengurusan syarikat kek lapis. Beliau telah banyak membantu saya dengan
memberikan maklumat tentang cara-cara membuat kek lapis, sejarah penubuhan syarikat, cara
pemasaran dan lain-lain lagi yang berkaitan. Encik _______ juga telah membawa saya melawat
tempat membuat kek lapis untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang cara pembuatan kek
lapis Sarawak.
Sekalung penghargaan juga buat ibu dan bapa saya iaitu Encik ____________ dan Puan
________ kerana mereka banyak memberikan sokongan dari segi moral dan material, malah
sanggup meluangkan masa untuk menghantar saya melawat kilang kek lapis di RH Plaza
Kuching. I
Tidak dilupakan rakan-rakan saya iaitu __________________, _______________,
__________ dan __________________, yang telah bersama-sama saya berbincang,
mengumpulkan maklumat dan berkongsi idea dalam menyiapkan kerja kursus ini. Jasa kalian
tidak akan saya lupakan. Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga daripada saya.
“Jasamu kukenang, Budimu kusanjung”
Nama : _______
Kelas : __________
Sekolah : _________
Objektif Kajian
Kerja Kursus Sejarah ini dilaksanakan bertujuan untuk mencapai beberapa objektif. Antara
objektifnya adalah untuk mengetahui jenis-jenis atau nama kek lapis yang dijual di
Sarawak. Selepas menyiapkan kajian ini, barulah saya tahu bahawa terdapat pelbagai kek lapis
ada di Sarawak dan keknya berbeza dari segi rupa bentuk, kreativiti penghasilan serta nama
keknya yang begitu unik.
Kajian ini juga bertujuan untuk menyemai semangat cintakan produk tempatan dalam
kalangan pelajar. Setelah saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah memiliki semangat
kekitaan. Selaku penduduk Sarawak, saya harus menyokong apa juga produk tempatannya untuk
menjana ekonomi negeri Sarawak secara tidak langsung. Wujud rasa bangga dan kagum dalam
diri saya terhadap produk tempatan seperti Kek Lapis Sarawak yang terkenal di seluruh negara
kita.
Objektif kajian yang seterusnya adalah untuk mengetahui cara-cara pemasaran produk
tempatan terutamanya kek lapis di Sarawak. Dayang Salhah memiliki dua buah kedai kek
lapis di Kuching iaitu di Kampong Gersik dan di Kota Sentosa. Pelanggan boleh melawat dan
pergi terus ke kedai kek lapis ini untuk membuat pilihan sendiri kek lapis yang akan dibeli.
Setiap hari kedai kek lapis Dayang salhan sentiasa dikunjungi oleh orang ramai khasnya
penduduk tempatan, termasuk juga pelanggan dari Semenanjung Malaysia. Dayang Salhah turut
mengiklankan produk mereka melalui laman facebook dan blog internet untuk memasarkan
produk mereka secara online. Tempahan melalui online akan diterima asalkan pelanggan
membayar tempahan terlebih dahulu melalui akaun bank syarikat.
Kaedah Kajian.
Kerja kursus ini tidak akan dapat disiapkan sekiranya tidak menggunakan kaedah-kaedah
tertentu untuk mendapatkan maklumat. Salah satu kaedah kajian yang saya gunakan ialah
Kaedah Melayari Internet. Saya telah mencari bahan-bahan dan maklumat tentang kek lapis
Sarawak dengan cara melayari internet. Selepas itu saya telah mencetak bahan-bahan tersebut
untuk dilampirkan di elemen 1. Antara laman web yang telah saya selusuri ialah
http:www_________________________________, http:www ___________________________,
dan http:www ____________________.
Saya juga menggunakan Kaedah Lawatan dan Pemerhatian atau Kaedah Melawat Tempat
Kajian. Saya telah melawat kilang kek lapis Dayang Salhah yang beralamat di No 14, Kampung
Gersik, Petra Jaya , 93350 Kuching pada 14 Mac 2012. Sewaktu melawat kedai tersebut saya
telah memerhatikan cara-cara kek lapis dipamerkan. Di kilang kek lapis di RH Plaza, BDC
Kuching, saya dapat melihat sendiri proses-proses penghasilan kek lapis dibuat oleh pengusaha.
Kaedah seterusnya uyang saya gunakan ialah Kaedah audio visual. Saya telah merakam cara-
cara pengusaha ini membuat kek lapis. Melalui rakaman ini, saya boleh menonton semula proses
menyiapkan kek lapis dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir. Seterusnya saya
menggunakan Keaedah Penyelidikan Akhbar untuk mendapatkan maklumat sampingan
berkaitan dengan berita atau perkembangan kek lapis dan saya telah mendapat maklumat
berkaitan melalui akhbar Berita Harian bertarikh 12 Mac, halaman 13. Selain itu, saya turut
menggunakan Kaedah Temubual Orang Sumber. Saya telah menemubual Encik
_______________, selaku wakil pihak pengurusan syarikat kek lapis pada 14 Mac 2012 jam
_____________. Temubual ini memakan masa selama _________________. Tujuan temubual
ini dibuat adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan cara pembuatan kek lapis serta
cara pemasaran kek lapis.
Rumusan
Setelah saya membuat kajian tentang produk tempatan khasnya kek lapis Sarawak ini, saya lebih
menghargai produk tempatan kita kerana keunikannya tidak terdapat di negeri-negeri lain di
Malaysia. Kek lapis Sarawak begitu sinonim dengan negeri Sarawak sehingga menimbulkan rasa
bangga dan kagum saya terhadapnya. Semangat cintakan produkkan tempatan semakin
mendalam dalam diri saya.
Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbilang bangsa, kita sebagai seharusnya
memberi sokongan serta mempertahankan produk tempatan kita kerana inilah warisan tradisi dan
budaya tempatan yang perlu kita kekalkan. Tanpa sokongan seluruh bangsa dan warganegara
malaysia, belum tentu produk kita ini berkembang jauh dan dikenali ramai. Kita perlu bersyukur
kerana menggunakan produk kita sendiri dengan penuh kepuasan tanpa perlu membazir wang
membeli makanan atau kek dari luar negara.
Kita juga mengharapkan agar pihak kerajaan negara kita dapat membantu pengusaha-pengusaha
tempatan kita dari segi pinjaman kewangan, latihan, serta promosi agar produk tempatan kita
dapat dipasarkan, bukan sahaja di dalam negara, malah ke luar negara. Secara tidak langsung
promosi ini mampu mengangkat nama negara Malaysia ke mata dunia di samping
memartabatkan produk keluaran tempatan di mata dunia.
RUJUKAN
1. AKHBAR
Berita Harian, 12 Mac 2012, halaman 13
Berita Harian, 29 Mei 2012, halaman 2
2. ORANG SUMBER
Ali bin Abu, 40 tahun, No. 40, Kpg Gersik, Petra Jaya, 93350 Kuching,
Sarawak.
3. MELAWAT TEMPAT KAJIAN
Dayang salhah Interprise, No. 40, Kpg Gersik, Petra Jaya, 93350
Kuching, Sarawak
4. INTERNET
I) Kek lapis Sarawak : http://www________________________
II) Dayang Salhah kek house : http://www______________________
5. VCD / DVD
Tajuk : Proses Membuat Kek lapis di Kilang Kek Lapis RH Plaza, BDC
Kuching.
Terbitan : Sendiri
Elemen 3 : Esei Patriotisme
'BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA'
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam
kalangan rakyat di negara kita?
Slogan 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' bukanlah kempen yang baharu
diperkenalkan di negara kita. Slogan dan kempen ini sebenarnya telah lama
disebut dan dipromosikan dalam pelbagai bentuk media di negara kita.
Matlamat kempen ini adalah bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia supaya
sama-sama membeli barangan buatan Malaysia.
Melalui kempen ini, rakyat sebenarnya akan terdidik agar mengutamakan
barangan tempatan. Produk keluaran tempatan yang dibeli itu membutikan
bahawa rakyat Malaysia menyokong produk tempatan yang dikeluarkan di
negara kita. Oleh itu perasaan cinta akan bangsa dan negara dapat
diterapkan dalam kalangan masyarakat.
Sebagai rakyat Malaysia yang memiliki kesedaran serta memberikan sokongan
kepada kempen ini, mereka akan terus bertindak wajar dengan membeli
barangan tempatan. Apabila industri tempatan semakin berkembang, maka
pengusaha produk tempatan akan mendapat semangat agar berusaha lebih
rajin dan gigih meningkatkan produktiviti atau pengeluaran mereka.
Pembabitan rakyat Malaysia dalam mempromosikan slogan serta kempen ini
pula menunjukkan adanya semangat bekerjasama dan tolong-menolong
dalam kalangan masyarakat. Justeru ini menyuburkan semangat patriotisme
serta mewujudkan perpaduan nasional di negara kita. Semua warga Malaysia
seharusnya menyokong padu usaha murni kerajaan yang disampaikan melalui
slogan tersebut.
6.4 Perkembangan Produk
Produk kek lapis Sarawak bukan sahaja di pasarkan ke pasaran
tempatan, di Kuching serta sekitarnya malah merangkumi negeri
Semenanjung, Sabah hingga ke luar negara.Kek lapis Sarawak mendapat
sambutan hangat bukan sahaja daripada penduduk Sarawak sendiri
malah pelancong dari luar. Tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke
Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' kek lapis
Sarawak, yang memang sinonim dengan identiti negeri Sarawak .
Kepopularan Kek lapis Sarawak ini telah menarik para pelancong dari
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Singapura untuk datang ke Kuching
samada melancong atau bertugas atas tugas rasmi/kursus sudah
semestinya tidak akan ketinggalan membawa pulang kek lapis Sarawak
sama ada untuk juadah keluarga atau untuk diagihkan kepada kawan-
kawan.
Terdapat cabaran dan masalah dalam perusahaan kek lapis Sarawak.
Ketika permintaan dalam negara terus meningkat, peniaga tempatan kini
terpaksa bersaing sesama sendiri untuk menampung bekalan daripada
pelanggan dari dalam dan luar negara sekali gus meningkatkan kos
jualan. Masalah lain ialah kek lapis Sarawak kini turut dipelajari oleh
orang luar dan produk kek ini turut diniagakan di luar kawasan Sarawak.
Cabaran paling hebat yang terpaksa dihadapi oleh pengeluar produk kek
lapis Sarawak ialah saat menteganya “Golden Churn” diisytiharkan oleh
Jabatan Agama Islam Sarawak sebagai tidak halal kerana terdapat DNA
babi menyebabkan pasaran kek lapis Sarawak jatuh secara merudum dan
mengalami kerugian yang banyak. Walau bagaimanapun, kini masalah ini
berjaya diatasi dan kek lapis Sarawak kini mendapat tempat semula di
hati pelanggan. Dari segi potensi, industri produk berkenaan masih
mampu bertahan untuk satu jangka masa yang panjang. Setakat ini,
peniaga kek lapis Sarawak sentiasa mencari jalan alternatif bagi
memastikan produk kebanggaan rakyat Sarawak itu terus kekal.
6.3 Kaedah / Cara penghasilan.
Pada masa ini, perusahaan kek lapis Dayang salhah memiliki tenaga
kerja seramai 63 orang dan jumlah ini sentiasa bertambah setiap tahun
terutamanya pada musim perayaan bergantung kepada permintaan
tempahan kek lapis.
Senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek lapis Sarawak
terdiri daripada telur, mentega, tepung, gula, susu, vanilla, pewarna dan
lain-lain lagi bergantung kepada jenis kek yang hendak dihasilkan.
Peralatan yang digunakan untuk membuat kek lapis pula terdiri daripada
bekas adunan, pemutar, oven, acuan, kertas minyak dan sebagainya.
Terdapat beberapa tips , proses atau peringkat pembuatan kek lapis
yang berkualiti dan tahan sehingga berbulan-bulan. Prosesnya memakan
masa beberapa hari.
Hari Pertama
Hari pertama adalah untuk proses menyediakan bahan, Mengadunkan
Bahan, Membahagikan Warna dan Membakar Adunan. Kek yang sudah
siap dibakar direhatkan satu hari untuk dijadikan inti kek lapis. (corak
dalaman)
Hari Kedua
Hari kedua adalah untuk memotong kek untuk dijadikan inti kek lapis
dan bentuk kek dipotong mengikut corak yang dirancang. Kemudian
simpan di dalam peti sejuk, guna jem untuk membentuk isi kek yang
serata.Kek ini boleh simpan sehingga berbulan lama di dalam peti sejuk
(di dalam freezer).
Hari Ketiga
Hari ketiga pula adalah untuk menyiapkan adunan kek lapis bagi
bahagian atas & bawah. Sebelum itu keluarkan inti kek di dalam freezer
dan defrostkan kek tersebut dengan suhu bilik.
Sediakan adunan untuk lapisan atas dan baah kek. Bakar kek lapis
bahagian bawah sebanyak 4 lapis. Lapisan yang ke 4 dibakar perang,
kemudian keluarkan dari oven, sapukan campuran jem & susu dan
ratakan pada kek tadi. Seterusnya masukkan inti kek lapis, susun kemas,
pastikan inti kek rapat serapat-rapatnya. Masukkan adunan yang
seterusnya dan letakkan pada bahagian atas inti kek lapis, ratakan dan
bakar. Lakukan perkara yang sama sehinga habis adunan kek lapis tadi.
Sejukkan kek lapis anda dulu sebelum dikeluarkan dari loyang.
Proses membakar kek hanya menggunakan hanya api atas sahaja
sehingga habis adunan. Lapisan yang terakhir setelah dibakar kuning
coklat, gunakan api atas & bawah selama 10 minit dengan suhu 180c. Ini
adalah untuk memastikan kek tersebut masak.
Membuat dan membakar Kek Lapis memerlukan ketelitian dan juga
kesabaran seseorang individu. Begitu juga dengan daya imaginasi dan
creativiti masing-masing. Tidak dinafikan berbagai jenis kek lapis yang
cantik-cantik dan juga sedap-sedap ada di pasaran. Untuk membuat kek
lapis terdapat tips yang perlu kita ikuti.
1. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan
tepung mendap dan tidak kembang.
2. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya
ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya.
3. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti
gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi, kali permulaan Diana cuba
membakar Kek Lapis sebanyak 2 kali gagal dan kali ketiga alhamdullilah
kek cantik dibakar.
4. Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang
lain ini membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu sekadar
untuk kek tidak terlalu kering.
5. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.
6. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu
macam mana dia kembang, angkat adunan senduk dan ia tidak mudah
jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling
penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang
sedap.
7. Gunakan daya imaginasi dan creativiti bila membuat kek lapis yang
banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya
creativiti insyallah kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan.
8. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang
sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.
Berikut merupakan antara proses pembuatan kek lapis melalui resepi
yang diperoleh.
KEK LAPIS SARAWAK
Bahan A ( Untuk Isi Di dalam Kek ) :
10 biji kuning telur, 6 biji putih telur, 200gm gula halus, 150gm tepung
Hong Kong , 1 sudu makan ovelette, 50ml air sejuk
Bahan B :
300gm mentega, 4 sudu makan susu pekat manis, 1 paket ( 200ml )
santan krim
Bahan C :
Pewarna merah, hijau, kuning dan ungu
Bahan Untuk Kulit ( Untuk Kita Gulung Dgn Bahan Isi ) :
Bahan A :
10 biji kuning telur, 4 biji putih telur, 150gm tepung Hong Kong, 150gm
gula kastor,1 sudu makan ovellete, 50ml air ais
Bahan B :
125ml mentega dicairkan, Jem blackcurrent untuk disapu
Cara Untuk Membuat Isi :
Mulakan dengan Bahan A ( Untuk Isi ). Pukul telur, gula, air sejuk dan
ovalette sehingga kembang. .Masukkan tepung dan gaul rata
menggunakan spatula. Kemudian pukul Bahan B, mentega, susu pekat
manis dan santan krim sehingga kembang.
Campurkan Bahan B pada A dan gaul sebati.
Bahagikan kepada 4 bahagian, setiap satu warnakan merah, hijau,
kuning dan ungu. Sediakan acuan 9 x 9 x 1 inci yang telah disapukan
dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Tuangkan 5
sudu makan adunan warna hijau kedalam loyang.
Bakar dengan api grill 250 °C dalam ketuhar selama 3 minit. Kalau oven
cepat panas turunkan suhu grill.
Tekan permukaan kek menggunakan spatula jika ada yang gelembung.
Tuangkan 5 sudu makan adunan ungu ke atas lapisan hijau dan ratakan
dan bakar sebagaimana proses di atas. Ulangi proses melapis dengan
adunan merah dan kuning. Biarkan kek sejuk dalam acuan. Keluarkan
dan potong segitiga.
( Boleh gunakan besi kekisi untuk tingkap, lebih senang memotong
bentuk segitiga ).
Sesuaikan dengan warna ikut daya imaginasi dan creativiti dan kemudian
sapukan jem ditengah-tengah, jangan terlalu banyak sangat hanya cukup
untuk melekatkan kek antara satu sama yang lain dan ketepikan
Cara Untuk Membuat Kulit :
Pukul telur, gula kaster, air dan ovalette sehingga kembang. Masukkan
tepung Hong Kong dan gaul rata menggunakan spatula. Masukkan
mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati menggunakan spatula.
Sediakan acuan 9 x 9 x 1 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas
dasarnya dengan kertas kuih. Bakar di dalam ketuhar selapis demi
selapis dengan menggunakan api atas grill untuk 3 minit setiap lapisan
sehingga habis.
Sediakan kain atau tuala basah untuk melapik. Terbalikkan adunan yang
telah masak dan dilapis dengan plastik pembungkus mee.
Sapukan jem atas kek, jangan terlalu banyak hanya cukup sekadar untuk
melekatkan inti.
Letakkan inti yang berbentuk macam kon ( tiga segi ) atas kek yang
disapukan jem dan gulung ketat dan rapi dengan bungkus dengan plastik
tadi. Selepas itu ulangi dengan process membuat kulit dan teruslah
sampai inti habis digulung.
Simpan dalam peti sejuk. Sedap dan senang untuk dibuat.
6.2 Latar Belakang
Perusahaan kek lapis ini dimulakan pada tahun 1997.Punca modal
perusahaan ini melalui pinjaman bank dan perkongsian keluarga.
Perusahaan ini telah didaftarkan pada tahun 1997 iaitu pada tahun yang
sama penubuhannya dan telah memiliki lesen perniagaan yang sah. Pada
peringkat awal, perusahaannya dijalankan secara kecil-kecilan dan
pekerjanya pula hanyalah terdiri dari kalangan ahli keluarga sendiri
sahaja.
Tujuan dan kepentingan produk kek lapis Sarawak adalah untuk sajian
atau hidangan khasnya pada musim perayaan. Di Sarawak, tidak sah
perayaan sekiranya tiada kek lapiss terhidang di meja khasnya semasa
perayaan hari raya aidil fitri. Selain sebagai hidangan, produk kek lapis
Sarawak menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pengusahannya.
Kek lapis Sarawak mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang
tersendiri. Walaupun turut dijual di Semenanjung dan di Sabah namun
orang ramai tetap akan menyebutnya “Kek Lapis Sarawak”. Produk ini
begitu sinonim dengan identiti negeri Sarawak. Selain itu kek ini
terdapat dalam pelbagai bentuk dan corak yang menarik serta
mempunyai nama yang unik seperti Kek Lapis Internet, Kek Lapis
Wawasan 2020 dan sebagainya.
6.1 Maklumat asas Produk Tempatan
Nama produk tempatan yang saya kaji ialah kek lapis Sarawak. Produk
kek lapis ini tergolong dalam kategori makanan. Pengusaha kek lapis
Sarawak yang saya kaji ialah Dayang Salhah. Perusahaannya dinamakan
Dayang Salhah Enterprise. Perusahaan ini milik keluarga dan berlokasi
di No 40, Kampung Gersik, Petra Jaya, 93350 Kuching, Sarawak.