kerja kursus literasi bahasa melayu : bahan bantu belajar : menyelesai masalah pembelajaran

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 07-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Kerja Kursus Literasi Bahasa Melayu : Bahan Bantu Belajar : Menyelesai Masalah Pembelajaran

    1/9

    K E R J A K U R S U S P E N D E K L I T E R A S I B M ( W A J 3 1 0 4 )

    H a l a m a n |1

    Literasi bahasa melayu merupakan salah satu dari cabang dalam pengajian

    bahasa melayu. Secara umumnya literasi bahasa melayu merangkumi beberapa aspek

    penting yang harus dipraktikkan kepada murid-murid. Antaranya ialah proses

    pemupukan prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan tulisan. Secara

    umumnya kesemua murid akan dapat melepasi kesemua peringkat literasi bahasa

    melayu ini. Namun terdapat segolongan minoriti kecil yang tidak mampu untuk melepasi

    setiap tahap dalam literasi bahasa melayu dengan jayanya. Ini mungkin disebabkan

    oleh beberapa masalah sama ada masalah berkaitan dengan aspek kognitif, mental,

    fizikal dan sebagainya. Kesemua masalah ataupun faktor ini akan merencatkan proses

    seseorang murid untuk menyerap segala kemahiran yang terdapat di dalam literasi

    bahasa melayu ini.

    Kajian yang dilakukan adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul

    yang menghalang murid-murid darjah pemulihan dalam menempuh aspek kemahiran

    literasi bahasa melayu ini. Subjek kajian akan dipilih dalam kalangan murid darjah

    pemulihan dan ujian kognitif, mental dan fizikal seperti aktiviti penulisan akan dijalankanke atas subjek bagi mengenalpasti apakah permasalahan yang timbul. Setelah masalah

    tersebut berjaya dikenalpasti, maka suatu set bahan bantu belajar akan diwujudkan

    bagi memudahkan murid tersebut untuk belajar dan mengatasi masalah yang wujud di

    dalam dirinya. Ini bagi memastikan murid tersebut tidak ketinggalan dari arus

    pendidikan perdana.

    1.0 PENDAHULUAN

  • 8/4/2019 Kerja Kursus Literasi Bahasa Melayu : Bahan Bantu Belajar : Menyelesai Masalah Pembelajaran

    2/9

    K E R J A K U R S U S P E N D E K L I T E R A S I B M ( W A J 3 1 0 4 )

    H a l a m a n |2

    Pada _______ 2011 (Selasa), kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP)

    Semester 2 _______ telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan _______

    bagi membuat pemerhatian bagi memenuhi keperluan tugasan Kerja Kursus Pendek

    (KKP) Literasi Bahasa Melayu (WAJ 3104). Lawatan kami bermula jam 8.00 pagi

    hingga 11.00 pagi yang telah dihadiri seramai 21 orang (Unit _______). Dalam pada itu,

    tugasan ini berfokuskan kepada pemerhatian terhadap masalah dalam penguasaan

    literasi bahasa Melayu.

    Oleh yang demikian, dalam kumpulan seramai tiga orang, terdiri daripada _______, _______ dan _______, telah melakukan kaedah pemerhatian terhadap

    masalah dalam penguasaan literasi bahasa Melayu murid pemulihan bagi Tahun 1.

    Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi semasa taklimat yang telah diberikan oleh

    En. _______ selaku salah seorang daripada guru pemulihan di sekolah tersebut

    menerangkan bahawa seramai 9 orang pelajar pemulihan bagi Tahun 1.

    Gambar 1 :Sesi pemerhatian bersama

    _______

    Berdasarkan hasil pemerhatian yang telah dijalankan terhadap pelajar pemulihan

    tahun 1, yang bernama _______ mengalami masalah disleksia dan masalah dalam

    2.0 LAPORAN PEMERHATIAN MASALAH PEMBELAJARAN

  • 8/4/2019 Kerja Kursus Literasi Bahasa Melayu : Bahan Bantu Belajar : Menyelesai Masalah Pembelajaran

    3/9

    K E R J A K U R S U S P E N D E K L I T E R A S I B M ( W A J 3 1 0 4 )

    H a l a m a n |3

    proses penulisan. Disleksia yang merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus

    yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan

    sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Secara literalnya,

    disleksia merupakan suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka

    melalui pengalaman bilik darjah konvensional, namun mereka masih gagal mengusai

    kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan

    kemampuan intelektual mereka.

    Namun demikian, mereka tetap mempunyai keupayaan intelek yang normal dan

    telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asas pelajar

    tersebut adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual

    dengan hasil ingatannya. Di samping itu, pelajar tersebut juga mengalami sedikit

    kesukaran dalam proses mengenal huruf, menyebut huruf dan membaca, menulis serta

    mengeja perkataan-perkataan mudah.

    Dalam proses mengenal huruf vokal, terdiri daripada huruf a, e, i, o dan u, pelajar

    tersebut masih tidak dapat mengenal huruf tersebut dengan tepat dan jelas. Hal ini

    dapat dibuktikan, apabila latihan pengukuhan diberikan setelah di ajar terlebih dahulu,

    pelajar tersebut masih mengalami kesukaran untuk menyempurnakan latihan tersebut.

    Gambar 2 : Pelajar menghadapi masalah untuk

    mengenal huruf apabila latihan diberikan.

  • 8/4/2019 Kerja Kursus Literasi Bahasa Melayu : Bahan Bantu Belajar : Menyelesai Masalah Pembelajaran

    4/9

    K E R J A K U R S U S P E N D E K L I T E R A S I B M ( W A J 3 1 0 4 )

    H a l a m a n |4

    Sebagai contoh, dalam proses menyebut, pelajar tersebut masih menghadapi

    kekeliruan antara sebutan m dan n. Tambahan pula, jika dilihat dalam aspek masalah

    menyebut pula, pelajar tersebut menghadapi masalah untuk mengingat kembali

    sebutan huruf yang telah dipelajari sebelum ini menyebabkan sesuatu perkataan itu

    tidak dapat dibaca dengan jelas dan sempurna.

    Gambar 3 :Pelajar tidak dapat menulis

    huruf vokal yang disebut oleh guru.

    Dalam aspek proses penulisan pula, _______ menghadapi konflik untuk menulis

    perkataan-perkataan mudah berikutan proses mengeja dan membaca yang belum

    dapat dikuasai lagi.

    Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan hasil pemerhatian yang telah dilakukan

    terhadap latihan yang telah diberikan kepada _______:

    Gambar 4 :Gambar menunjukkan hasil

    latihan penulisan_______.

  • 8/4/2019 Kerja Kursus Literasi Bahasa Melayu : Bahan Bantu Belajar : Menyelesai Masalah Pembelajaran

    5/9

    K E R J A K U R S U S P E N D E K L I T E R A S I B M ( W A J 3 1 0 4 )

    H a l a m a n |5

    Walaubagaimanapun, sebagai langkah mengurangkan masalah pembelajaran

    yang dihadapi oleh pelajar pemulihan Sekolah Kebangsaan _______, pelbagai inisiatif

    yang telah dilakukan dan akan terus berusaha untuk menghasilkan sifar pelajar

    pemulihan di sekolah tersebut. Antara langkah yang telah diambil oleh guru pemulihan

    sekolah itu dalam menangani masalah tersebut ialah dengan melaksanakan Program

    Literasi Dan Numerasi (Linus) Tahun 1yang telah diwajibkan oleh pihak Kementerian

    Pelajaran Malaysia.

    Satu daripada National Key Result Area (NKRA) iaitu semua murid yang tidak

    mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan

    numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Program

    LINUS menyediakan instrumen saringan untuk menyaring, mengesan dan

    mengenalpasti penguasaan murid Tahun 1, 2 dan 3. Tiga saringan mulai tahun 2010.

    Saringan 1 untuk semua murid Tahun 1 iaitu pada bulan Mac 2010. Saringan 2 untuk

    murid Tahun 1 yang tidak melepasi saringan 1 pada Jun 2010 dan saringan 3 untuk

    murid Tahun 1 yang tidak melepasi saringan 2 pada September 2010. Keputusan

    Saringan 3 (Tahun 3) dalam bulan September 2012 akan dijadikan ukuran pencapaian

    pelajar.

    Tambahan pula, guru juga membantu pelajar menguasai maklumat yang

    diperolehi secara beransur-ansur mengikut tahap kemampuan pelajar tersebut. Selain

    itu, pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan) turut diaplikasikan semasa

    proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan. Hal ini bertujuan bagi

    memastikan pelajar-pelajar tersebut dapat menerima maklumat yang disampaikan oleh

    guru dengan jelas dan mudah untuk difahami. Tambahan pula, bagi menarik minat

    pelajar untuk meneruskan proses P&P, guru juga menggunakan tayangan video atau

    kaset bagi meningkatkan lagi kemahiran melihat dan mendengar pelajar-pelajar

    tersebut.

    Bersangkutan dengan tugasan yang telah diberikan, bagi menambahkan lagi

    usaha guru-guru di Sekolah Kebangsaan _______ dalam menangani masalah

  • 8/4/2019 Kerja Kursus Literasi Bahasa Melayu : Bahan Bantu Belajar : Menyelesai Masalah Pembelajaran

    6/9

    K E R J A K U R S U S P E N D E K L I T E R A S I B M ( W A J 3 1 0 4 )

    H a l a m a n |6

    pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar pemulihan sekolah tersebut, satu set bahan

    bantu belajar akan dihasilkan bagi mengatasi masalah disleksia yang dihadapi oleh

    _______.

    3.1 Permainan Peta Ahmad

    Permainan Peta Ahmad merupakan permainan yang dicipta khas untuk

    membantu murid-murid yang baru berjinak-jinak dengan pensel dan aktiviti menulis.

    Ianya merupakan lanjutan dari aktiviti pratulisan iaitu kaedah memegang pensel.

    Permainan ini merupakan permainan pertama bagi melatih murid-murid menulis.

    Melalui permainan Peta Ahmad ini, murid-murid dapat melatih otot halus jari-jemari

    mereka untuk menulis atau melakar abjad-abjad mudah yang menggunakan

    lengkungan, bulatan, bersimpang dan sebagainya.

    Permainan ini mengisahkan perjalanan seorang watak kanak-kanak bernama

    Ahmad yang tersesat mencari jalan pulang ke rumahnya. Justeru, guru harus meminta

    seorang murid untuk membantu Ahmad pulang ke rumahnya dengan melalui sepanjang

    garisan putih dan halangan yang wujud. Permainan Peta Ahmad ini bermula dari

    garisan putih atas sebelah kiri iaitu di mana watak Ahmad berada. Guru mempunyai

    pilihan sama ada mengarahkan murid untuk menggunakan pensel ataupun

    menggunakan jari mereka sewaktu aktiviti Peta Ahmad ini diadakan. Peta Ahmad

    mengandungi suatu garisan kecil berwarna putih dan murid harus mengikut aliran putih

    tersebut sehingga sampai ke destinasi akhirnya. Sewaktu murid sedang menggunakan

    jari atau pensel mengikut garisan putih tersebut, guru bolehlah menerangkan objek-objek yang didapati di sepanjang garisan putih tersebut. Untuk menjadikan permainan

    ini lebih interaktif, guru bolehlah bercerita berdasarkan objek-objek yang ditempuhi

    murid sepanjang mengikut garisan putih tersebut.

    3.0 PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU BELAJAR

  • 8/4/2019 Kerja Kursus Literasi Bahasa Melayu : Bahan Bantu Belajar : Menyelesai Masalah Pembelajaran

    7/9

    K E R J A K U R S U S P E N D E K L I T E R A S I B M ( W A J 3 1 0 4 )

    H a l a m a n |7

    Pada akhirnya, watak Ahmad akan tiba ke destinasi terakhir iaitu ke rumahnya di

    garisan putih terakhir di bahagian bawah sebelah kanan permainan. Setelah selesai

    permainan, guru bolehlah menerangkan kembali objek-objek yang telah ditempuh oleh

    Ahmad sepanjang perjalanannya pulang ke rumah dan pelbagai rumusan dapat dibuat

    oleh guru.

    Gambar 6 :Permainan diakhiri di garisanpaling akhir di bawah kanak permainan.

    Gambar 5 :Permainan dimulakan di garisan

    putih di bahagian atas kiri permainan

  • 8/4/2019 Kerja Kursus Literasi Bahasa Melayu : Bahan Bantu Belajar : Menyelesai Masalah Pembelajaran

    8/9

    K E R J A K U R S U S P E N D E K L I T E R A S I B M ( W A J 3 1 0 4 )

    H a l a m a n |8

    3.2 Permainan Mari Menulis Bersama Ahmad

    Permainan Mari Menulis Bersama Ahmad merupakan lanjutan kepada

    permainan Peta Ahmad. Permainan Peta Ahmad bertujuan untuk melatih otot halus jari-

    jemari bagi melakar huruf, manakala permainan Mari Menulis Bersama Ahmad pula

    akan memberikan peluang kepada murid-murid merasai sendiri bagaimana membentuk

    huruf-huruf yang boleh mengelirukan mereka. Untuk permainan ini, murid-murid akan

    dapat merasai sendiri bagaimana untuk menulis dan melakar huruf-huruf yang mungkin

    sukar untuk dibezakan. Antara huruf yang dimuatkan dalam permainan ini ialah huruf b

    dan d, huruf f dan t, huruf m dan n dan juga huruf w dan u. Penggabungan dua

    deria iaitu deria sentuh dan deria penglihatan akan dapat mengukuhkan lagi ingatan

    murid-murid mengenai huruf yang mengelirukan.

    Guru harus memanggil seorang murid untuk ke hadapan dan mengarahkan

    murid berkenaan untuk menggunakan jari jemari mereka mengikut tali yang membentuk

    huruf berkenaan. Setiap huruf yang dipaparkan mempunyai beberapa langkah mudah

    untuk melakarnya. Maka guru haruslah membimbing murid untuk merasai setiap

    langkah membuat huruf tersebut. Ini bagi memastikan mereka mengalami sendiri

    langkah membuat huruf itu. Setelah selesai satu huruf, guru haruslah menyebut huruf

    apakah itu. Digalakkan untuk guru menyuruh murid-murid menyebutnya berulang kali

    bagi memastikan ingatannya terpasak kukuh. Setelah selesai kelapan-lapan huruf

    Gambar 7 :Permainan Mari Menulis Bersama

    Ahmad yang mengandungi beberapa huruf.

  • 8/4/2019 Kerja Kursus Literasi Bahasa Melayu : Bahan Bantu Belajar : Menyelesai Masalah Pembelajaran

    9/9

    K E R J A K U R S U S P E N D E K L I T E R A S I B M ( W A J 3 1 0 4 )

    H a l a m a n |9

    diikuti dan disebut oleh murid-murid, maka guru bolehlah mengulangi kembali kelapan-

    lapan huruf tersebut dan murid-murid mengikutnya. Digalakkan menyebutnya berulang

    kali. Setelah itu guru bolehlah berganjak ke langkah seterusnya iaitu memberi peluang

    kepada murid untuk menulis secara bebas huruf-huruf tersebut menggunakan kertas

    putih.

    3.3 Rumusan

    Kedua-dua jenis permainan ini akan membantu murid-murid yang mempunyai

    masalah disleksia minimum dan juga kurang kemahiran menulis. Permainan Peta

    Ahmad contohnya dapat melatih otot halus jari-jemari murid-murid untuk menulis dan

    membiasakan tangan untuk menulis. Maka murid tidaklah terlalu kekok sewaktu mula

    menulis. Manakala permainan Mari Menulis Bersama Ahmad, murid-murid dapat

    merasai sendiri melalui deria sentuh dan deria rasa mereka bagaimana membentuk

    huruf-huruf yang mungkin mengelirukan mereka. Dengan ini, mereka dapat

    membezakan huruf-huruf yang sama bentuk dan penulisannya. Disamping itu, mereka

    tidak akan tersilap dalam kaedah menulis huruf-huruf tersebut.

    Gambar 8 :Murid akan mengikut garisan huruf dari

    benang menggunakan sentuhan hujung jari.