alat bantu terjemahan

13
PPPJ 2443 Terjemahan Arab Melayu Arab 2 ALAT BANTU TERJEMAHAN Oleh : Muhammad Nur Faiz Bin Abdullah A144961 Pensyarah : Dr. Maheram Ahmad

Upload: muhammad-nur-faiz-abdullah

Post on 05-Aug-2015

65 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alat bantu terjemahan

PPPJ 2443Terjemahan Arab Melayu Arab 2

ALAT BANTU TERJEMAHAN

Oleh : Muhammad Nur Faiz Bin AbdullahA144961

Pensyarah : Dr. Maheram Ahmad

Page 2: Alat bantu terjemahan

KAMUS

• Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.

Page 3: Alat bantu terjemahan

JENIS-JENIS KAMUS

• Menggunakan satu bahasa

• Kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama

• Penyusunan dibuat berasaskan pembuktian data korpus

• Takrifan makna dibuat berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat

• Contoh: Kamus Dewan, Qamus al-wasit dan lain-lain.

KAMUS EKABAHASA

Page 4: Alat bantu terjemahan

• Menggunakan dua bahasa

• Kata-kata entri diberi padanan atau pemberian takrifnya dengan dalam bahasa yang lain

• Contoh: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, Kamus al-Marbawi dan lain-lain

KAMUS DWIBAHASA

Page 5: Alat bantu terjemahan

• Menggunakan sekurang-kurangnya tiga bahasa

• Contoh: Kamus Melayu-Cina-Inggeris susunan Yuen Boon Chan (2004)

KAMUS ANEKA

BAHASA

Page 6: Alat bantu terjemahan
Page 7: Alat bantu terjemahan

Aplikasi Google Translate

• Aplikasi Google Translate merupakan salah satu alat yang amat membantu seseorang yang ingin mencari padanan makna sesuatu perkataan atau ayat dari bahasa sumber ke bahasa sasaran.

• Kini, aplikasi ini menyokong sebanyak 80 bahasa seluruh dunia yang dapat membantu penerjemah mencari padanan makna dalam apa jua bahasa yang diinginkan termasuklah juga bahasa Arab.

Page 8: Alat bantu terjemahan

• Namun, terjemahan menggunakan aplikasi ini tidaklah selalu dan sepenuhnya tepat dan betul.

• Contohnya, jika kita menerjemahkan sesuatu ayat dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, kadang-kadang kala padanan makna yang diberikan adalah dalam terjemahan yang berbentuk harfiyyah atau perkata.

• Berikut adalah contoh ayat yang telah diterjemahkan mengunakan aplikasi Google Translate daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu :

نشأ امرؤ القيس في بيت ملك واسع الجاه

“Pengukur Man membesar di rumah raja prestij luas”

Page 9: Alat bantu terjemahan

• Jadi, apabila sesuatu terjemahan dilakukan menggunakan aplikasi ini, penambahbaikkan dan pembetulan perlu dilakukan terhadap makna yang diberikan.

• Namun, untuk mencari padanan satu-satu perkataan dalam bahasa sasaran yang lain, ia boleh membantu seseorang penerjemah dan biasanya makna sasaran yang diperolehi adalah betul dan boleh digunakan ketika proses penerjemahan.

Page 10: Alat bantu terjemahan
Page 11: Alat bantu terjemahan

Orang yang mengetahui bahasa sumber

• Orang yang mengetahui bahasa sumber juga boleh dijadikan rujukan untuk mencari padanan makna sesuatu perkataan atau ayat.

• Hal ini sama ada kita berjumpa secara terus dengan orang yang belajar di negara bahasa sumber atau orang yang memang berasal dari negara tersebut.

• Ini kerana tidak semua perkataan dalam bahasa sumber terdapat padanannya dalam bahasa sasaran.

Page 12: Alat bantu terjemahan

• Jadi, dengan bersemuka secara langsung dengan mereka, kita boleh mendapatkan padanan makna sesuatu perkataan dengan lebih tepat dan betul.

Page 13: Alat bantu terjemahan