kerja kursus kritikan sastera

Upload: rohana-jalil

Post on 05-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kritikan era

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanPerkembangan yang dinamik dalam dunia sastera hari ini memperlihatkan kehadiran penulis daripada berbagai multidisiplin atau pelbagai bidang. Kehadiran penulis ini telah menambah rencah dan warna-warni dalam karya kreatif. Dahulu, kehadiran penulis dari luar bidang sastera dianggap suatu yang asing. Mereka ini pernah dikatakan telah menjungkirbalikkan sastera dan turut dilabelkan sebagai penulis yang suka bereksperimen dalam karya. Namun, kelainan mereka ini membuatkan nama mereka cepat mendapat tempat meskipun keluhan-keluhan daripada pengamal sastera yang tulen menyatakan bahawa penulis ini menghasilkan karya yang sukar dihadam oleh pembaca. Pengarang generasi baharu adalah pengarang yang aktif berkarya, serta hadir dengan gaya dan teknik yang berbeza dalam mengangkat sesuatu subjek dalam karyanya. Pangarang ini dikatakan tidak lagi terkongkong di bawah panji realisme sebaliknya melakukan transformasi dan aliran lain seperti surealisme, absurdisme dan neutrealisme. Melihat kepada cerpen dan novel penulis mutakhir ini, karya mereka kental dengan penggunaan ilmu bantu bagi memperkukuhkan muatan karya. Mereka dilihat tidak lagi membicarakan tema-tema yang klise tetapi lebih yakin membicarakan isu-isu global. Selain itu, mereka begitu lancar menggunakan teknologi maklumat, ekologi, geografi, falsafah, undang-undang, politik antarabangsa, perubatan, dan pelbagai ilmu luar sastera sebagai landasan pengkaryaan mereka.Sekarang ini ramai pengarang dari pelbagai golongan seperti doktor perubatan, peguam, dan ahli agama. Contohnya Dr.Farhan Hadi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Siti Rosmizah. Penulis-penulis ini mempunyai sumbangan yang tertentu dalam masyarakat kerana setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing terhadap masyarakatnya. Seni sastera juga wujud dalam diri setiap manusia, terpulang kepada insan tersebut sama ada mahu mengeksplotasi semaksimum ataupun seminimum mungkin. Saya memang peminat novel. Antara novelis yang saya minati adalah Norhayati Berahim. Saya memilih Novel Norhayati Berahim berjodol Hati seorang wanita untuk dikaitkan dengan teori yang telah diberikan kepada saya iaitu teori feminisme. Definisi teori feminisme adalah perjuangan wanita untuk mendapatkan tempat yang sedarjat dengan lelaki dan memperjuangkan hak, kedudukan, martabat dengan memperkasakan kuasa feminis. Teori feminisme bertitik tolak daripada tanggapan kaum wanita selama ini telah dipinggirkan, dibelenggun dan ditindas oleh kaum lelaki. Ia berpunca daripada andaian kaum wanita itu secara biologinya lemah dan telah dieksplotasi sejak zaman-berzaman. Justeru kritikan feminisme cuba dedahkan, membantah dan menentang kezaliman lelaki disamping memperjuangkan hak dan martabat melalui idelogi feminis. Kritikan ini bukan saja berminat dengan isu kejantinaan dalam karya, malah berusaha untuk memartabatkannya. Tegasnya, gerakan kesusasteraan dan kritikan sastera harus berusaha untuk merobohkan dominasi kaum lelaki. Teori kritikan feminisme menggunakan istilah koda atau kod atau disebut aspek dalam analisis-analisisnya. Kod merupakan konsep tentang sesuatu yang telah dipersetuju akan keciriannya. Kod ini bersedia untuk ditokok-tambah dan ditukar ganti mengikut persesuaian tempat, zaman dan keperluan. Kod-kod yang diterima sebagai prinsip kritkan ialah kod biologi, kod pengalaman, kod psikologi dan kod sosial. Menurut Elaine Showalter, pengkritik- pengkritik feminis seharusnya berfikir perbezaan biologi dan hubungannya dengan penulisan tentang watak wanita. Ini bermaksud, apabila membincangkan mengenai biologi, ianya tidak perlu hanya tertumpu kepada tubuh wanita tetapi perlu berfikir lebih jauh daripada itu. Contohnya: Fungsi biologi wanita sendiri, tugas mereka sebagai ibu, isteri, kakak dan lain-lain. Prinsip kritkan pengalaman pula mesti mempunyai kaitan yang erat dengan aspek biologi iaitu perkembangan tubuh badan wanita yang merupakan satu pengalaman sejak meraka dilahirkan sehingga mereka tua. Contohnya, pengalaman melahirkan anak dan pengalaman yang dialami kaum wanita amat berbeza dengan kaum lelaki. Pengetahuan ilmu psikologi penting kerana ia menjadi alat dan dasar kajian untuk menghayati watak- watak dalam genre sastera. Wilbur Scott (1962) menyatakan bahawa disiplin psikologi dapat diaplikasikan dalam karya sastera bagi menerangkan aksi atau reaksi seseorang watak yang sukar diramal. Terdapat dua cabang psikologi dalam bidang kesusasteraan iaitu psikologi pengarang dan Ppsikologi watak-watak. Golongan feminis menitikberatkan psikologi dalam karya melalui psikologi watak- watak dalam sesuatu karya. Antaranya, pemikiran watak, imaginasi, keinginan watak, cita rasa, tekanan perasaannya, jiwa dan segala sesuatu yang lahir dari hati dan kata-kata watak. Terdapat perbezaan antara sosial kaum lelaki dengan sosial kaum wanita apabila dicerminkan dalam karya. Antara aspek sosial wanita yang dikenal pasti boleh digarap dalam karya ialah proses sosialisasi iaitu soal didikan daripada keluarga, pendidikan di institusi tertentu, pekerjaan dan pergaulan. Sementara tugas sosial pula ialah tentang perwatakan anak gadis, dara, ibu, isteri dan nenek. Kelas sosial watak wanita samada kelas bawahan, menengah atau atasan. Kemunculan kritikan feminisme memberikan perspektif yang berbeza dalam meneliti dan mengkaji karya kesusasteraan. Hal ini kerana kritikan feminisme menumpukan perhatian pada citra wanita serta wanita sebagai pembaca dan pengguna. Pengkritiknya pula membuat anlisis dengan berdasarkan ideologi feminisme dan fenomena sastera. Antara kepentingan kritikan feminisme dalam kajian sastera ialah perkaitaan rapat antara aspek seksual dengan karya yang dianalisis, mendedahkan mekanisme bela diri yang digunakan oleh kaum lelaki yang mengambarkan watak wanita stereotaip dan seolah-olah tiada kompleksiti jiwa. Ianya dapat menyorot usaha pengkritik sastera dalam mengemukakan ciri-ciri salah anggap kritikan tentang wanita dan mengesan pengarang wanita yang tidak dimasukkan dalam sejarah. Kritikan sastera juga turut menganalisa wanita yang dieksplotasi dan dimanipulasi, dianggap lemah dan penuh daya berahi. Kritakan sastera ini juga dapat mendorong penulis wanita menghasilkan karya-karya baharu, yakin diri dan membawa semangat baharu dalam karya. Misalnya mengambarkan watak wanita yang mempunyai perwatakan dan perjuangan yang dapat merobohkan penguasaan lelaki. Novel Hati seorang wanita karya Norhayati Berahim ini memperlihatkan seorang wanita yang yakin diri dan mempunyai perwatakan dan perjuangan yang dapat merobohkan penguasaan lelaki. Nurain telah berjaya membantu dan menaikkan semula semangat Datuk Badrul untuk menghadapi krisis ekonomi yang teruk dan berjaya dan dapat memastikan kilang itu terus beroperasi. Nurain berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari pelanggan untuk kilangnya. Seterusnya Nurain berjaya memacu kilang Datuk Badrul menjadi antara kilang yang mampu menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan bermutu. Nurain juga berjaya mengubah sikap Zarul yang suka berfoya-foya, malas bekerja dan tidak taat kepada perintah Allah bertukar menjadi lelaki yang baik dan amanah. Nurain juga berjaya mengubah sikap tidak amanah adiknya Nizam yang banyak menggelapkan harta bapa mereka. Nurain juga berjaya mengubah nasib kaum sejenisnya iaitu kakak iparnya yang padanya mulanya sombong dan bongkak. Anis menjadi sedih dan tertekan kerana dihukum penjara kerana menikam Rahayu perempuan yang merebut suaminya. Anis berjaya membuka kilang membuat uniform dengan dorongan Nurain. Nurain juga berjaya mengubah perangai adiknya Nazuha yang suka pulang ke rumah pada lewat malam dan melakukan perkara-perkara yang ditegah emak dan bapanya. Nurain berjaya menjadi sahabat dan memberi nasihat, galakan dan motivasi kepada watak-watak seperti Datuk Badrul, Zarul, Nizam dan Nazuha. Bagi saya Novel Hati seorang seorang wanita ini adalah sebuah novel yang sesuai untuk kritikan sastera menggunakan teori feminisme. 2.0 Sinopsis Novel

Hati seorang wanita karya Norhayati Berahim ini mengisahkan tentang Nurain yang dilahirkan sebagai seorang anak luar nikah kepada Abdul Bakri dan Puan Mariam. Semenjak kecil Nurain dibela oleh datuk dan neneknya di Segamat, Johor. Nurain merasa dirinya dipinggirkan oleh kedua-dua orang tuanya kerana tidak dibawa untuk tinggal bersama ibu bapanya di Sabah, sedangkan ketiga-tiga adik-beradiknya yang lain dibela oleh emak dan ayahnya. Kasih sayang datuk dan neneknya membuatkan Nurain terlupa akan nasib dirinya. Nurain beranggapan dirinya adalah anak angkat sahaja kepada kepada ibu bapanya. Nurain tidak menjangkakan dirinya anak luar nikah. Semasa Nurain berusia 18 tahun semua rahsia terbongkar. Nurain merasa sedih dan rasa terhina kerana dilahirkan sebagai anak luar nikah. Hati Nurain lebih terluka dengan sikap ibu bapanya yang seperti malu mempunyai anak luar nikah seperti dirinya lalu enggan untuk membela dirinya. Nurain merasakan dirinya tidak bersalah dan berdosa, yang membuatkan dirinya menjadi sebegitu rupa adalah ibu bapanya sendiri. Mereka yang bersalah dan berdosa.

Namun khabar buruk tentang hal berkaitan anak luar nikah itu sedikitpun tidak melunturkan semangat Nurain untuk Berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Nurain ingin membuktikan kepada ibu bapanya dia boleh berjaya walaupun tanpa sokongan kedua-dua ibu dan bapanya. Nurain mula berdikari dengan memohon biasiswa walaupun ayahnya sanggup untuk membiayainya kerana dia adalah ahli koparat yang berjaya di Sabah. Hasrat ayahnya untuk menghantarnya belajar ke Luar Negara di tolaknya mentah-mentah dengan alas an Nurain tidak sanggup berjauhan dengan datuk dan neneknya.

Nurain berjaya mendapatkan Master of Electrical Engineering daripada Univesrsiti Teknologi Malaysia dan berjaya menggondol Anugerah Dekan dan merupakan pelajar First Class. Selepas tamat belajar Nurain tidak memilih untuk bekerja dengan ayahnya yang mempunyai perusahaan sendiri di Sabah. Sebaliknya Nurain telah memilih untuk bekerja dengan Syarikat Datuk Badrul di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Nurain menunjukkan karisma dan dedikasi yang tinggi di kilang kepunyaan Datuk Badrul. Nurain telah menjawat jawatan Ketua Jurutera Pengurus Operasi yang tegas dan berdisplin. Nurain yang sopan-santun dan merendah diri serta berjaya mengendalikan dua buah Syarikat Datuk Badrul membuatkan Datuk Badrul jatuh sayang dan ingin menjadikannya menantu.

Datuk Badrul meminta anak lelakinya yang telah dua belas tahun tinggal di Paris Perancis untuk pulang ke Malaysia bagi memulakan hidup baru kerana anaknya ini telah tersesat jauh dari norma-norma kehidupan seorang Islam. Minum arak dan perempuan adalah kehidupan normal Zarul di Perancis. Datuk Badrul mahu Zarul menghentikan semua itu dan balik ke Malaysia untuk berkahwin. Datuk Badrul mahu Zarul memikat Nurain untuk dijadikan isteri. Datuk Badrul mengharapkan Nurain yang beragama, tegas, bijak, lemah lembut dan sopan santun itu dapat mendidik Zarul untuk kembali ke pangkal jalan. Nurain menolak cara lembut dengan lamaran Zarul dan mencari helah dengan permintaan Datuk Badrul untuk berkahwin dengan Zarul. Nurain tidak yakin dirinya yang dianggap kotor itu akan diterima oleh Datuk Badrul sekiranya Datuk tahu asal- usulnya yang merupakan anak luar nikah. Nurain tidak bimbang dengan latar belakangnya kerana dia juga dari golongan berada. Zarul mencuba berbagai cara untuk memikat Nurain tetapi tidak berjaya. Pujukan Datuk Badrul juga tidak dapat melembutkan hati Nurain yang bimbang maruahnya akan dipijak-pijak dan dipandang rendah apabila asal keturunannya di ketahui umum. Nurain rela untuk tidak berkahwin daripada rahsia dirinya itu terbongkar.

Kedatangan ayah dan emaknya ke Kuala Lumpur untuk melawatnya mengubah semua rencana yang telah Nurain susun. Selama ini Nurain jarang pulang ke rumah ibu bapa di Sabah. Semejak kematian datuk dan neneknya Nurain juga liat untuk pulang bertemu ibu bapanya walaupun di musim perayaan. Sudahnya kedua ibu bapanya yang mengalah dengan pulang ke Segamat pada hari raya kedua setiap tahun. Walaupun luaran Nurain kelihat lembut tetapi hati Nurain agak keras juga. Nurain tidak bencikan kedua-dua ibu bapanya, Nurain akan melayan ibu bapanya dengan baik jika berkumpul bersama tetapi hati Nurain masih tercalar dengan peristiwa lama. Payah untuk Nurain padamkan segalanya dengan mudah walaupun telah Nurain cuba melakukannya. Nurain tidak membenci mereka tetapi sekadar merasa sedikit canggung berada di tengah-tengah keluarganya di Sabah itu.

Nurain tidak rapat dengan ibu bapanya dan adik-beradiknya. Nurain sering berhubung dengan Nazri yang belajar di Australia melalui e-mel dan juga telefon. Datuk Badrul mengambil peluang perjumpaan dengan ibu bapa Nurain itu untuk menyatukan Zarul dan Nurain. Abdul Bakri telah berlaku jujur dengan Datuk Badrul. Kisah kejadian Nurain sebelum mereka bernikah diberitahu sejelas-jelasnya. Abdul Bakri dan Puan Mariam mengakui kekhilafan mereka semasa di usia muda. Mereka tidak mahu Datuk Badrul memandang rendah kepada anaknya. Semuanya salah dirinya suami isteri yang hanyut dengan syurga dunia. Datuk Badrul dapat menerimanya semuanya dengan tenang. Perkahwinan Nurain dan Zarul berlaku di pejabat Kadi untuk mengelakkan fitnah. Kakak Zarul iaitu Anis tidak dapat menerima Nurain sebagai adik iparnya yang dianggap kotor. Anis selalu menyindir Nurain yang tinggal serumah dengan bapanya itu. Nurain tetap membalas segala keburukan Anis dengan kebaikan. Nurain tidak mampu untuk membalas kata-kata Anis itu. Nurain tetap menghormati Anis sebagai kakak iparnya yang perlu dihormati. Nurain reda segalanya adalah ujian Allah untuk dirinya.

Sikap Anis yang sombang daan bongkak itu akhirnya memakan driinya sendiri. Suaminya Fuad telah bermain kayu tiga dengan Rahayu yang bekerja sebagai pembantu kedai. Rahayu mengetahui Fuad sudah beristeri tetapi demi untuk menumpang kekayaan yang dimiliki Fuad Rahayu gelap mata. Rahayu tidak mengetahui kemewahan yang dimiliki Fuad semuanya adalah milik isterinya Anis yang merupakan anak orang kaya. Kemelut rumah tangga Anis dan Fuad sampai ke kemuncaknya apabila Anis menikam Rahayu yang sedang bermadu kasih bersama Faud di atas katil di rumahnya. Atas kesalahan itu Anis telah dihukum penjara selama dua tahun. Nurainlah tempat Anis melepaskan segala kekesalan dan ketakutannya sepanjang berada di penjara. Nurain memainkan peranan dengan baik dengan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Anis. Anis begitu terharu orang selalu dicacinya itu tidak menyimpan dendam dan menjadi musuh sebaliknya menjadi sahabat semasa susahnya. Nurain tetap datang melawat Anis walaupun dia bukan lagi menjadi adik ipar Anis setelah diceraikan oleh Zarul. Sementara Suzie sahabatnya yang selalu melaporkan kegiatan suaminya dan menghasutnya supaya bertindak tegas terhadap Fuad langsung tidak menunjukkan mukanya sepanjang dia di penjara.

Nurain diuji lagi apabila kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Keluarga Nurain bergolak hebat apabila Nizam adiknya tidak dapat menerima hakikat bapanya telah mewasiatkan semua harta ayahnya kepada Nurain. Nurain dilantik menjadi Pengarah kepada semua anak syarikat milik Abdul Bakri. Nizam mahu membawa kes pembahagian harta itu ke mahkamah kerana tidak puas hati dengan wasiat ayahnya itu. Nizam ingin meminta pihak mahkamah supaya membatalkan wasiat itu kerana Nurain adalah anak luar nikah ayahnya. Dengan kebijaksaan Nurain yang mengetahui kelemahan adiknya yang mempunyai sepuluh kesalahan yang melibatkan mahkamah telah berjaya memujuk Nizam supaya tidak membawa kes mereka ke mahkamah kerana akan mendatangkan aib kepada ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Nurain berjanji jika Nizam berjaya mengubah perangai dan bertanggung jawab Nurain akan menyerahkan perniagaan keluarga kepada ketiga-tiga adiknya itu iaitu Nazuha, Nazri dan Nizam. Nurain yang baik hati, bijak, suka menolong orang dan pemaaf telah berjaya membantu Anis untuk membuka kilang pakaian seragam dengan menggunakan tenaga kerja banduan yang menjadi kawan-kawan Anis semasa di penjara.

Sementara itu Zarul akhirnya diterima semula oleh Nurain menjadi suaminya. Zarul berjaya berubah dan insaf setelah kehilangan Nurain dan Anis yang disangka telah meninggal dunia kerana kapal terbang yang dinaiki telah terhempas semasa pulang dari mengerjakan umrah di Mekah, dan lawatan di Turki dan Greek. Kehidupan Nurain yang penuh ranjau dan duri telah berakhir dengan gembira apabila telah dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Zarul. Zarul juga telah berubah menjadi suami yang beriman, penyayang, rajin bekerja dan tidak lagi berfoya-foya.

3.0 Watak dan perwatakan3.1Watak Utama ( Nurain)

Nurain digambar oleh pengarang sebagai seorang gadis yang baik, bijak, lemah lembut dan mudah mesra dan manja dengan orang-orang di sekelilingnya semasa kecil. Dia dijaga oleh datuk dan neneknya di kampung Segamat Johor. Emak dan ayahnya telah meninggalkan Nurain bersama datuk dan neneknya semenjak masih bayi lagi. Datuk dan neneknya menjaganya dengan penuh kasih sayang. Nurain terasa tersisih kerana ibu dan bapanya tidak menjaganya seperti ketiga-tiga adik-beradiknya yang lain. Ibu bapa Nurain yang menetap di Sabah jarang-jarang datang melawatnya di kampung. Nurain merasakan dirinya terbuang dan tidak diperlukan. Nurain dapat merasakan kehadirannya di dunia ini tidak diperlukan dan merasakan ada satu rahsia tersembunyi mengenai kelahiran dirinya itu.

Nurain menyangka dirinya adalah anak angkat yang diambil oleh ibu dan ayahnya. Oleh kerana itu dia kurang disayangi oleh kedua-dua ibu dan bapanya. Nurain rasa amat sedih dan kecewa apabila mengetahui dirinya disisihkan kerana dia adalah anak luar nikah. Nurain bertekad dalam diri ingin membuktikan kepada ibu dan bapanya bahawa dia boleh berdikari untuk meneruskan hidup tanpa perlu meminta bantuan kedua ibu dan bapanya yang kaya raya. Nurain mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia. Nurain menolak pelawaan ayahnya untuk membiayainya di Universiti Teknologi Malaysia. Tawaran ayahnya untuk menghantar Nurain melanjutkan pelajaran ke luar negara juga ditolaknya dengan baik. Nurain berjaya mendapatkan Master of Electrical Engineering daripada Universiti Teknologi Malaysia dan berjaya menggondol Anugerah Dekan dan merupakan pelajar First Class.

Semua itu dilakukan untuk meluahkan rasa terhinanya kerana disisihkan oleh ibu dan bapanya kerana dirinya seorang anak luar nikah. Nurain bertekad akan memacu dirinya menjadi yang terbaik tanpa mengharapkan belas ihsan daripada kedua-dua ibu bapanya yang kaya. Nurain membina kejayaan di dalam kerjaya bersama dengan kilang Technotech milik Datuk Badrul. Nurain tidak menunjukkan penat dan berputus asa dan sering mempunyai idea baru untuk memajukan kilang Datuk Badrul. Di saat-saat kilang Datuk Badrul mengalami masalah untuk dipulihkan semasa kegawatan ekonomi telah membuatkan Datuk Badrul hampir putus asa dan mahu menutup kilang tersebut. Dengan kebijaksanaan dan kesungguhan Nurain mencari pelanggan membuatkan kilang itu mampu bertahan dan telah menunjukkkan prestasi yang memberangsangkan dan mampu berdaya saing di dalam kepesatan ekonomi di masa itu.

Nurain juga digambarkan penulis seorang wanita yang mempunyai tarikan karisma di dalam kepimpinan, tegas, pandai menghurai dan menyelesaikan masalah, seorang pendengar yang baik, rakan yang setia dan mampu memotivasikan rakan-rakan yang telah luntur semangatnya. Nurain juga merupakan seorang menantu yang baik dan isteri yang penyayang. Nurain menjaga segala keperluan suami dan bapa mertuanya. Nurain tetap meneruskan hubungan yang erat dengan Datuk Badrul dan Anis serta Zarul walaupun setelah diceraikan. Nurain tidak menyimpan dendam kepada keluarga bekas mertuanya. Cuma Nurain tidak mahu untuk berkahwin semula dengan Zarul kerana tidak mahu maruah dirinya dpijak-pijak lagi oleh Zarul. Nurain tidak berdendam tetapi mahu melindungi dirinya supaya tidak disakiti lagi oleh Zarul yang mengajar dirinya erti kasih sayang. Nurain juga digambarkan sebagai seorang wanita yang pandai memasak. Disamping itu Nurain digambarkan pengarang sebagai seorang wanita yang masih mengamalkan sikap lemah-lembut dan merendah diri.

3.2Watak sampingan: ZarulZarul digambarkan pengarang seorang lelaki yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan bekerja di Paris Perancis selama dua belas tahun. Zarul seorang lelaki yang memandang hidup ini senang dan dirinya perlu menikmati kenikmatan dunia dan perlu lepas bebas seperti burung yang terbang melayang. Zarul suka berfoya-foya kerana Zarul ingin bergembira setelah penat bekerja. Zarul mengamalkan hidup lepas bebas tanpa sekatan. Zarul tidak mahu dirinya dikongkong oleh sesiapa sahaja. Hidup Zarul dikelilingi wanita dan minuman keras. Zarul merasakan perkara itu adalah biasa dan merupakan cara kehidupan yang perlu dinikmati di dalam masyarakat Perancis. Zarul meneruskan hidup dengan cara bersekedudukan dengan wanita Perancis tanpa ikatan yang sah. Zarul merasakan ikatan perkahwinan tidak diperlukan. Tanpa ikatan perkahwinan pun dia mampu mendapatkan nikmat seks yang memang menjadi pegangan utama seorang lelaki seperti Zarul.

Ajakan ayahnya untuk pulang ke Malaysia dipandang sepi oleh Zarul pada awalnya. Zarul merasakan dirinya tidak betah untuk tinggal di Malaysia. Di Malaysia semua tingkah lakunya perlu terkawal kerana ayahnya amat dikenali. Umpan yang digunakan ialah berkahwin dengan seorang wanita yang digambarkan begitu hebat oleh ayahnya. Zarul teruja untuk mencuba. Zarul telah berjanji dengan ayahnya dia akan pulang semula ke Perancis jika dia tidak berjaya menyesuaikan dirinya dengan cara kehidupan di Malaysia.

Zarul kagum dengan wanita pilihan ayahnya itu. Sikap wanita itu iaitu Nurain yang seperti tidak memberi respon kepada dirinya seperti wanita lain yang mudah terpikat dengan ketampanan dirinya. Nurain begitu mencabar keegoaan diri Zarul sebagai seorang lelaki. Selama ini Zarul tidak pernah kalah dengan mana-mana wanita. Zarul cuba mengoda dan berbaik-baik dengan Nurain dengan pelbagai cara tapi tidak membuahkan hasil. Nurain wanita yang jinak-jinak merpati. Zarul mengakui Nurain adalah wanita yang sukar dijinakkan walaupun ditabur dengan kilauan emas dan barangan mewah. Nurain tidak terpikat dengan semua itu. Mat romeo ini betul-betul tercabar. Dengan pertolongan ayahnya yang bertemu dengan ayah Nurain, Abdul Bakri secara tidak sengaja telah membuka ruang dan peluang untuk Zarul mendapatkan Nurain yang begitu sukar untuk mendapatkan kasihnya.

Peluang yang diberikan Nurain yang sanggup untuk berkahwin dengan Zarul walaupun tanpa cinta disia-siakan oleh Zarul. Zarul masih meneruskan tabiat lamanya iaitu suka berfoya-foya dengan wanita pekerja kilangnya. Zarul sentiasa bertukar-tukar pasangan. Zarul juga tidak menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari urusan di kilang itu walaupun dia adalah pengarahnya. Zarul tahu dia masih mampu mengharapkan Nurain isterinya yang amat berwibawa itu. Klimaks hubungan suami isteri itu telah tiba dipenghujungnya apabila Zarul telah melepaskan talak secara tidak sengaja kepada Nurain. Zarul begitu tertekan dengan tuduhan Nurain. Nurain yang hilang sabar kerana dapat mengesan tindakan Zarul yang telah menghamilkan seorang perempuan pekerja kilang itu. Nurain mendesak Zarul bertanggungjawab. Zarul tidak melakukan hal itu kerana dia telah lama meninggalkan wanita itu. Selama ini Zarul berhati-hati ketika membuat hubungan intim dengan wanita. Zarul akan menggunakan suntikan, kondom dan sebagainya bagi memastikan hubungan intim tidak akan menghasilkan zuriat dan tidak dihinggapi penyakit Aids.

Zarul sekali lagi menjadi pemburu cinta kepada bekas isterinya itu. Zarul dan Nurain tetap berkawan walaupun mereka telah bercerai. Akhirnya Zarul insaf apabila mengetahui Nurain yang dicintainya itu meninggal dunia kerana kemalangan kapal terbang. Nurain dipercayai menaiki pesawat yang terhempas itu semasa pulang dari mengerjakan umrah dan lawatan ke beberapa buah tempat seperti Turki dan Greek. Zarul sujud semula kepada Allah dan menunaikan segala suruhan Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang. Zarul berjaya memujuk Nurain untuk menjadi isterinya semula. Zarul benar-benar yakin Nurain mampu menjadi penunjuk jalannya untuk menjadi lebih baik dalam semua segi. 4.0 Latar dalam Novel Hati seorang wanita4.1 Latar masaSemua peristiwa yang digambarkan dalam novel ini berlaku pada zaman sekarang iaitu dalam era globalisasi. Hal ini terbukti dengan adanya penggunaan telefon bimbit, kereta ,e-mel, ATM ( mesin pengeluaran wang automatik ) dan kewujudan Lapangan Terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Tempoh masa keseluruhan cerita dalam novel ini adalah lebih kurang 35 tahun iaitu dari Nurain kecil, dewasa, berkahwin dan bercerai dengan Zarul dan kembali bahagia bersama Zarul. Peristiwa-peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu-waktu tertentu seperti kehidupan manusia biasa iaitu pagi, petang dan malam.4.2 Latar tempatLatar tempat merujuk kepada tempat berlakunya peristiwa dalam sesebuah cereka itu. Biasanya, pengarang menggambarkan latar tempat ini secara umum sahaja, contohnya pengarang menggambarkan tempat-tempat seperti di kampung, di rumah, di bandar, di warung , di kaki lima, di klinik, di sekolah, di dalam kereta, di surau dan sebagainya. Dalam novel ini pengarang menyatakan nama-nama tempat yang khusus seperti di Kundasang Sabah, Mekah, Greek, Turki , Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu, Balakong ( muka surat 482- 496 ) dan Kilang Technotech. ( Muka surat 14)4.3 Latar MasyarakatMasyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam novel ini merujuk kepada masyarakat Melayu di semenanjung dan Sabah ( iaitu Segamat Johor, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Selain itu, pengarang juga menggambarkan masyarakat yang tinggal di kampung, masyarakat yang bekerja sebagai petani iaitu Pak Zali, pakcik yang dipercayai Nurain untuk menjaga rumah arwah datuk dan neneknya serta kebun buah-buahan datuk dan neneknya. Pengarang juga menggambarkan tentang masyarakat yang menjadi ahli perniagaan iaitu Datuk Badrul dan Abdul Bakri. Pengarang juga menggambarkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai dan budaya murni dalam kehidupan. 5.0 PlotPlot bermaksud jalinan cerita atau peristiwa dalam sesebuah cereka. Jalinan tersebut berkembang berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa atau cerita itu selalunya dijalin secara kronologi atau tidak secara kronologi. Jika peristiwa dijalin secara kronologi bermaksud peristiwanya disusun mengikut urutan masa. Sementara itu, jika peristiwa tidak dijalin secara kronologi, bermaksud peristiwanya tidak disusun mengikut urutan masa. Biasanya plot sesebuah novel terbahagi kepada dua iaitu binaan plot dan teknik plot. Novel Hati seorang wanita disusun secara kronologi dan ada sedikit imbasan kenangan yang dilakukan Nurain yang mengingati kisah hidupnya semasa kecil bersama datuk dan neneknya dalam suasana gembira dan bahagia. Nurain juga teringatkan masakan dan layanan neneknya semasa mereka menikmati pecuk jantung pisang yang amat disukai olehnya semasa kecil. Imbasan kenangan juga dibuat Nurain semasa dia mendapat khabar tentang dirinya seorang anak luar nikah dari neneknya. Nurain juga mengingati semula saat-saat kemesraan Nurain bersama Zarul semasa berbulan madu di Turki.5.1 Binaan Plot Binaan plot bermaksud plot cerita terbina daripada beberapa bahagian penting. Kebiasaannya, binaan plot terdiri daripada lima bahagian, iaitu permulaan (eksposisi), perkembangan, perumitan, puncak (klimaks), dan peleraian. Bahagian permulaan atau eksposisi merupakan bahagian yang memperkenalkan watak-watak. Watak-watak akan diperkenalkan dari segi fizikal, emosi serta berkaitan dengan persekitaran dan watak-watak lain. Kemudian watak-watak itu akan berkembang dan berinteraksi pada bahagian perkembangan cerita. Seterusnya, perhubungan antara watak itu akan menimbulkan konflik yang kemudiannya menjadi rumit pada bahagian perumitan. Pada peringkat tersebut selalunya konflik akan berterusan dan menjadi bertambah rumit. Plot akan terus bergerak ke bahagian puncak atau klimaks cerita. Pada peringkat ini, keadaan menjadi semakin mendebarkan, kritikal, ngeri dan cemas akibat konflik atau pertentangan antara watak. Selanjutnya, bahagian puncak itu akan mencapai ke satu tahap, iaitu tahap penyelesaian. Akhirnya, plot bergerak terus ke tahap peleraian, iaitu semua konflik dan pertentangan akan diselesaikan atau terlerai.5.1.1 Permulaan (Eksposisi) Pada peringkat ini pembaca diperkenalkan dengan watak utama novel ini iaitu Nurain. Selain itu, pengarang juga memperkenalkan watak-watak sampingan lain seperti Datuk Badrul pengarah Syarikat tempat Nurain bekerja, Hanum atau angah yang merupakan sahabat dan rakan sekerja yang bekerja dibahagian pentadbiran, Abdul Bakri iaitu ayah Nurain, Puan Mariam dan datuk dan neneknya yang tidak diperkenalkan nama. Perkara ini dibuktikan dalam bahagian-bahagian awal novel ini. Sebagai contohnya, dalam bahagian awal novel ini, pengarang menceritakan tentang kerajinan dan komitednya Nurain bekerja sehingga Nurain tidak meraikan kehadiran anak Datuk Badrul iaitu Zarul di hari pertamanya bekerja di Kilang mereka. Rupa-rupanya Nurain telah dihubungi oleh pelanggan kilangnya pada pukul 6.00 pagi tentang masalah dua puluh enam board yang sudah diload tetapi tidak dimasukkan ke dalam oven. Nurain telah bergegas ke kilang itu pada pukul 7.00 pagi. Nurain telah berjaya menangai masalah itu dengan memastikan masalah itu terjadi kerana kecuaian pelanggan mereka yang lambat menguji selama tiga jam iaitu sejak 51 jam sejak dikeluarkan dari oven. Penghantaran oleh pihak Nurain dilakukan dalam masa yang tepat. Nurain telah berjaya mencari fakta untuk menutup kesilapan yang telah berlaku.( Muka surat 13 dan 14 ) . Contoh kritikan feminisme di gunakan di dalam situasi di atas juga dibuktikan di dalam ayat berikut:Zarul diam seolah-olah memikirkan sesuatu. Nurain leka mengemaskan kertas-kertas yang berterabur di atas meja direnung Zarul. Dia Yakin Nurain banyak tahu tentang hal syarikat. Melihatkan kecekapan Nurain mengendalikan mesyuarat, dia dapat merasakan mengapa Nurain menjadi orang kepercayaan ayahnya, tempat ayahnya bergantung harap. Ayat ini jelas menunjukkan karisma yang ada pada seorang wanita bernama Nurain dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan cekap. 5.1.2 Perkembangan Dalam bahagian ini, pengarang memaparkan perkembangan cerita, iaitu Nurain seorang Ketua Jurutera Pengurus Operasi dengan yakinnya memberi perhatian kepada setiap bahaian kilang yang menjalankan operasi. Contoh kritikan feminisme dalam bentuk sosial dan psikologi berlaku semasa perkembangan ini. Mana board 33G Kuhan? Nurain mencari-cari sesuatu di rak besar dihadapannya. Kuhan yang sedang memasang board merenung Nurain. Ini dia Cik Nurain mereka salah letak. Minta diagram, Kuhan saya nak check specnya 15V+ 15V- dengan 5+. Oven yang boleh dipakai..Nurain menggumam sendirian.ada product baru ke Cik Nurain? Ahhh..ada tender baru dari Syarikat Koyota.Dia hendak suruh kita bakar chipnya. Saya dah tengok diagramnya, 15V+ 15V- dengan 5+. Rasanya banyak banyak board yang boleh dipakaitermasuklah board 33G. Pengarang mengembangkan cerita seterusnya dengan memperkenalkan watak Zarul yang miang dan suka mencari kesempatan untuk mendekati Nurain. Zarul menggunakan alasan untuk belajar mengenai syarikat daripada Nurain orang kepercayaan ayahnya itu. Zarul yang baru dilantik menjadi pengarah itu menggunakan peluang itu dengan sebaik-baik. Zarul menggoda Nurain dengan memegang tangan Nurain dan memeluk pinggang Nurain. Nurain bersabar dengan perangai Zarul kerana Zarul adalah anak bosnya. Nurain tetap bertindak tegas apabila dia merasakan Zarul telah melampaui batas. Contoh kritikan Feminisme dari segi biologi dan sosial diterangkan dalam ayat berikut:Nurain berjalan beriringan dengan Zarul. Dia melihat Zarul memasuki kawasan production tanpa memakai uniform. Kenapa tak pakai uniform? Pantas mulutnya bertanya. Zarul ketawa. Tidak ada sesiapa yang berani menegurnya di situ kecuali Nurain. Gadis itu amat tegas. Itu yang menambah daya tarikannya.Ini kilang Zarul..Zarul punya sukalah, gurau Zarul. Nurain mengeluh perlahan. Kalau tidak mahu menunjukkan contoh, jangan jadi ketua. Tenang kata-kata Nurain membuatkan Zarul ketawa besar. Nurain seorang yang tegas walaupun dia berkata-kata dalam nada suara yang lembut. Manusia cepat mengikut arahan jika ditegur dengan lembut dalam keadaan yang tidak menimbulkan kemarahan. 5.1.3 Perumitan Nurain merasa dirinya tidak layak untuk berkahwin kerana statusnya anak luar nikah. Nurain takut dirinya dipandang jijik oleh masyarakat sekeliling jika statusnya diketahui umum. Lamaran daripada Zarul, Nurain tidak endahkan. Tetapi apabila Datuk Badrul masuk campur hubungannya dengan Zarul dan meminta Nurain memberikan peluang untuk Zarul menjadi suaminya Nurain mula gelisah. Nurain tidak mampu untuk menghampakan permintaan Datuk Badrul yang telah dianggap ayah oleh Nurain. Nurain sukar untuk membuat keputusan lantaran status dirinya yang bergelar anak luar nikah. Nurain ada harga diri. Kalau ibu bapanya sendiri enggan untuk menjaganya kerana dia anak luar nikah inikan orang lain. Nurain pasti dirinya akan dihina dan ditertawakan jika statusnya itu diketahui umum. Akhirnya Nurain terpaksa menerima Zarul setelah campur tangan ayahnya Abdul Bakri dan Datuk Badrul yang bertemu secara tidak sengaja. Kehadiran Nurain tidak diterima oleh Anis kakak Zarul yang malu dengan status Nurain sebagai anak luar nikah. Anis bimbang ayahnya Datuk Badrul seorang yang dikenali akan dipandang rendah oleh pelanggan dan kawan-kawannya yang terdiri daripada orang-orang ternama. Anis sering kali menyindir dan melarang Nurain dari memegang anaknya Afnan. Nurain juga menghadapi masalah dengan Zarul yang masih meneruskan hidup yang suka berfoya-foya. Zarul memikat gadis-gadis pekerja di kilangnya semasa sebelum berkahwin dan selepas berkahwin. Zarul sering keluar bersama dengan wanita-wanita itu sehingga membuatkan wanita-wanita itu bergaduh berebutkan Zarul. Contoh kritikan feminisme dari segi psikologi adalah Tak salah saya keluar dengan Encik Zarul tu Alahitu baru khabar angin aje. Entah betul entah tidak. Saya tak percayalah Encik Zarul tu hendakkan Cik Nurain yang sombong tu Nurain terpaksa memedam perasaan dengan sikap Zarul yang buaya itu.Contoh kritikan feminisme dari segi psikologi yang lain ialah seperti petikan ayat berikut: Zarul yang duduk semeja dengan Datuk Badrul tanpa segan silu meminta pelayan hotel menyediakan minuman keras untuknya. Nurain memedam rasa melihat Zarul dengan hati yang sebal. Sakit hatinya tetapi terpaksa ditahan. Datuk Badrul hanya merenung wajah Nurain yang merah padam kerana menahan marah. 5.1.4 Puncak (Klimaks) Pada bahagian ini Nurain terpaksa bersabar apabila dia diceraikan oleh Zarul kerana Nurain menasihatkan Zarul supaya bertanggungjawab dengan kandungan pekerja nya bernama Rosiah. Nurain yang kesedihan kerana diceraikan itu tidak terus rebah dengan kejadian itu. Nurain masih bersikap seperti biasa dan masih berbaik-baik dengan keluarga bekas mertuanya. Masalah muncul lagi apabila kakak iparnya yang telah dihukum penjara selama dua tahun kerana menikam kekasih suaminya yang sedang berasmara di atas katil di rumahnya. Anis seperti jatuh ditimpa tangga. Perasaan Anis tertekan .Nurain rapat dengan Anis. Nurain memberikan semangat kepada Anis. Bagi Nurain setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang terselindung. Sebagai seorang manusia Nurain menasihati Anis supaya bersabar dan memohon doa kepada Allah supaya dikuatkan iman, hati dan perasaan untuk menghadapi dugaan hidup itu. Contoh kritikan feminisme psikologi atara Nurain dan Anis ialah: Kak..walau apapun berlaku, Nurain berjanji akan tetap berada di belakang akak. Akak jangan bimbang. Nurain tetap menyokong akakGenggaman tangan Anis begitu kukuh. Nurain dapat merasakan ketakutan Anis.Nurain juga telah diduga apabila emak dan ayahnya di Sabah telah meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Nurain telah menerima wasiat bahawa dia perlu menjadi pengarah di semua syarikat milik ayahnya Abdul Bakri. Nurain ditentang hebat oleh adiknya Nizam yang tidak berpuas hati. Nizam mahu membawa kes itu ke mahkamah dengan menggunakan alasan wasiat itu tidak sah kerana Nurain adalah anak luar nikah. Nurain dengan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah itu. Contoh kritikan feminisme psikologi ialah:Saya tidak mahu Nizam tersingkir. Mungkin dia masih marahkan saya tapi ini sahaja caranya untuk membuat dia rasa dihargai. Cuma saya mahu pakcik menjadi penasihat mereka dan segala keputusan hendaklah dirujuk kepada pakcik. Nurain cuba menggunakan pendekatan psikologi untuk melembut hati adiknya Nizam yang marah kerana tidak diberi kuasa untuk mengendalikan Syarikat milik bapanya itu.Contoh kritikan feminisme psikologi yang lain ialah:Nurain menunjukkan fail di tangannya. terlalu banyak yang akak boleh gunakan untuk menjatuhkan Nizam. Nizam mahu maruah Nizam tercemar. Nizam mahu melihat diri Nizam jatuh terduduk hanya kerana sakit hati itu? Akak bukan tamak, suatu hari nanti harta itu akan menjadi milik Nizam juga. Akak tidak mahukannya. Cuma akak mahu adik-beradik akak bersatu. Akak tidak perlukan harta ini Nizam. Akak cuma perlukan penghormatan dan kasih sayang dari adik beradik akak. Akak tidak kisah Nizam menyaman akak. Tetapi tak malukah Nizam menghancurkan dan mengaibkan adik-beradik sendiri. Sekiranya Nizam mengatakan akak anak luar nikah sekaligus akan memalukan ayah yang sudah tiada. Bukan ayah sahaja..bahkan Nizam juga memalukan emak kerana kesilapan mereka berdualah akak mendapat status tersebut. Sanggupkah Nizam membalas tuba pada emak dan ayah yang telah membesarkan Nizam dan memberikan Nizam kemewahan dan kasih sayang? Mahukah Nizam mengaibkan nama ayah yang telah tiada? Ayah dihormati oleh masyarakat selama hidupnya. Nurain berjaya melembutkan hati adiknya Nizam dan mereka telah berdamai. Nizam telah bekerjasama dengan Nurain memajukan syarikat peninggalan bapanya itu. 5.1.5 PeleraianNurain telah membantu Anis untuk mempromosikan kilang uniform dengan kerjasama wartawan yang diperkenalkan oleh adiknya Nazuha. Anis dapat banyak tender daripada syarikat besar yang mahukan uniform untuk syarikat mereka. Anis telah berjaya. Contoh kritikan feminisme psikologi yang ada di sini ialah: Alah akak..jangan sedihlah. Nurain nak tengok akak berjaya okey. Itu harapan Nurain. Sebab itu Nurain selalu memikirkan jalan yan terbaik untuk akak nmendapatkan projek dan Nurain rasa inilah peluangnya. Nurain yakin rancangan ini akan berjaya seratus peratus. Nurain adalah seorang wanita yang sentiasa memandang ke depan dan suka membantu orang bagi memudahkan mereka menyelesaikan masalah. Nurain tidak lokek dengan ilmu dan tenaga untuk membantu orang lain yang memerlukan pertolongan. Nurain juga telah sanggup menerima semula Zarul sebagai suami setelah melihat kesungguhan Zarul untuk berubah. Nurain sanggup melupakan segala perbuatan Zarul kepada dirinya selama ini. Zarul amat memerlukan sokongan dan bimbingan Nurain untuk membantu dirinya berubah menjadi insan yang lebih baik. Kehiduapan mereka bersinar bahagia dengan dikurniakan dua orang anak iaitu Nazrah dan Nazrul. Zarul juga menunjukan prestasi yang baik sebagai seorang pengarah di Kilang milik ayahnya yang telahpun diwarisi dirinya itu. Contoh kritikan feminisme biologi yang melambangkan sikap Nurain yang diperakui oleh Zarul ialah:Bukan mudah membaca isi hati seorang wanita seperti Nurain namun dia tahu selama ini tindakan dan ucapan dibibir isterinya sama seiring. Walaupun Nurain nampak begitu tegas, namun hatinya selembut sutera. Kini dia mula mengerti betapa ukuran kasih sayang seorang isteri tidak ternilai harganya.6.0 Kesimpulan Novel ini digarap dengan baik. Plotnya jelas dan penulis banyak menggunakan kosa kata yang mudah difahami. Walaupun watak utama sentiasa diuji dalam kerjaya, rumah tangga dan keluarga mertua dan keluarganya sendiri bersama masalah perebutan harta arwah ayahnya dengan adik-beradiknya namun dirungkai dengan baik oleh Nurain. Banyak pengajaran yang telah diterapkan oleh pengarang dalam novel ini, Antaranya kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup serta menerima takdir dengan penuh keimanan. Selain itu, janganlah berprasangka dan cemburu terhadap seseorang serta memberikan pertolongan dengan ikhlas kepada orang yang memerlukannya. Persoalan pokok dalam novel Hati seorang wanita adalah harga diri, kesilapan diri dan sanggup untuk bangun semula bersama tekad di hati. Nurain disingkir oleh emak dan ayahnya kerana dia anak luar nikah, diuji dengan perangai suami yang suka berpeleseran dan tidak serius di dalam melaksanakan pekerjaan dan kemudiannya diceraikan. Nurain juga menjadi mendorong untuk kakak iparnya yang tertekan dan menghadapi hukuman penjara selama dua tahun kerana menikam kekasih suaminya sehingga hampir mati. Nurain adalah dahan tempat Anis berpaut untuk meluahkan segala masalah yang terbuku dihati. Nurain juga diuji dengan masalah berkaitan adiknya Nizam yang tidak puas hati dengan wasiat harta peninggalan ayahnya yang diberikan kepada Nurain untuk diuruskan. Nurain diuji dengan seribu permasalahan tetapi jiwa tidak mati. Nurain tetap berusaha mencari jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang dihadapinya itu. Nurain tetap berusaha dengan sehabis daya untuk memastikan dirinya tetap bahagia, dihormati dan dihargai oleh kakak iparnya, ayah mertuanya, bekas suaminya dan adik-adiknya. Nurain mahu melupuskan segala gelodak yang melanda hidupnya selamanya ini kerana berstatuskan anak luar nikah. Nurain percaya pasti esok masih ada buatnya dan masih ada sinar bahagia yang menantinya. Dapat dikatakan bahawa tidak satu inci ruangpun dalam novel ini yang tidak memaparkan persoalan ketabahan Nurain, dan kerana ketabahan jugalah timbul kegigihan, kesunguhan dan keikhlasan watak utama dan sampingan untuk mencari harga dirinya yang roboh kerana statusnya sebagai anak luar nikah dan juga bekas banduan. Nurain mendapat kekuatan jiwa kerana dia reda dan sentiasa berserah dan bersangka baik dengan Allah. Nurain percaya setiap sesuatu itu terjadi mesti ada sebab dan musababnya. Kita hanya perlu berdoa semoga Allah mempermudahkan segala penyelesaian kepada cubaan yang diberikan oleh Allah itu.

Refleksi Kritikan SasteraSyukur saya dapat menyiapkan kerja kursus Kritikan Sastera ini. Sepanjang saya membuat kertas kerja selama 3 semester saya belajar ini membuat kertas kerja Kritikan sastera paling sukar. Bagi mencari isi-isi bagi ditulis di dalam powerpun sukar. Bahasa bahan yang saya dapat juga agak tinggi. Saya membaca bahan modul dan buku Bahasa Melayu II keluaran Oxford Fajar sahaja bahasanya lebih mudah. Saya mencari- cari bahan di internet. Ada juga yang dapat membantu saya untuk membuat power point. Saya membuat power point sendirian. Lebih kurang dua minggu juga saya mengubah suaikannya. Apabila saya berjaya menyiapkan setiap slide saya meminta seorang guru yang lebih muda daripada saya untuk membuat kritikan hasil kerja saya.

Katanya saya menggunakan bentuk-bentuk yang kaku dan tertumpu bentuk segi empat. Saya mengubah semula reka bentuk power point saya. Saya menukar warna banyak kali untuk mencari kesesuainya. Sehinggakan waktu saya mahu mencetak power point saya masih mengubah warnanya. Saya juga risau dengan warna yang saya pilih. Saya mahu power point saya cantik dan menarik untuk dibaca bahan saya ini.

Bagi membuatkan kritkan sastera bahagian B juga saya menghadapi kesukaran. Saya tiada contoh untuk membuat kertas kerja ini. Saya semak Modul Kritikan Sastera. Saya tetap tidak faham. Saya terlepas nota daripada kawan-kawan saya sesama kuliah. Kemudian saya meminta kawan saya Azizah untuk mengeposkan nota itu untuk saya. Saya mendapat contoh daripada kawan-kawan guru yang terlebih dahulu belajar daripada saya. Walaupun contoh itu lain daripda tajuk yang saya perlu buat tetapi saya bersyukur kerana saya masih boleh menggunakannya sebagai panduan. Saya tidak tahu perkara-perkara yang perlu saya masukkan di dalam Kritikan Sastera saya ini.

Kefahaman saya novel yang boleh digunakan adalah novel sastera. Saya ingatkan saya perlukan novel yang telah menangi anugerah. Saya telah membeli cerpen Dr. Anwar Ridhwan Sasterawan Negara. Saya kurang faham dan kebanyakkan cerpennya itu tidak begitu sesuai dengan teori feminisme. Saya mahu membuat kerja ini tetapi saya tidak mendapat novel yang sesuai. Saya teringatkan sebuah novel Ranjau sepanjang jalan yang ada di kelas Pendidikan Khas, saya cuba mencarinya tetapi tidak ada lagi di rak buku Pendidikan Khas. Pembantu murid di kelas khas telah mengemas rak itu dan tidak ingat lagi buku itu disimpan di tempat yang mana. Saya kebingungan. Kalau mahu mencari buku itu di kedai buku pasti tidak ada lagi kerana buku itu keluaran lama. Saya cuba mencari buku Badai semalam. Buku ini juga sukar untuk didapati. Saya menacari novel di internet. Semua novel disediakan sekadar sebahagian sahaja buku. Saya rimas dengan keadaan ini. Saya menelefon semula rakan guru yang pernah membuat kerja kursus ini pada tahun lepas. Saya memberitahu masalah yang saya hadapi. Menurut penerangannya buku yang ada di pasaran sekarang juga boleh digunakan jika sesuai dengan teori yang kita mahu dihuraikan. Dia memberi contoh buku Ombak rindu. Saya sungguh gembira. Saya ada banyak novel di rumah saya. Saya memang suka membaca novel. Saya memilih novel Norhayati Berahim yang bertajuk Hati seorang wanita yang saya fikir amat sesuai dengan teori feminisme yang saya perlu huraikan. Saya mula membuat rangka kerja saya. Saya lihat beberapa contoh yang saya dapati di internet. Saya membaca novel itu semula. Saya telah lama membeli novel ini. Saya telah lupa jalan ceritanya Saya bertekad untuk menghabiskan dalam jangka masa yang singkat. Apabila perlu membuat sesuatu dengan perasaan yang kurang seronok, terpaksa serta kandungannya agak tebal, tulisannya juga agak halus bagi mata saya yang telah mula dihambat usia, maka saya rasa amat mengantuk. Saya terpaksa bangun dan tidaur beberapa kali untuk menghabiskan pembacaan saya. Saya perlu habiskan juga. Banyak lagi kertas kerja yang lain yang perlu saya siapkan. Semuanya perlu dihantar pada interaksi ketiga. Saya paling risau tentang kerja kursus Pengajaran Bahasa Melayu di dalam ICT. Saya bimbang takut saya tidak mampu menyiapkannya. Saya bertungkus-lumus membuat kertas kerja yang lebih mudah terlebih dahulu. Saya perlu menumpukan masa untuk menyiapkan kertas kerja itu. Saya perlu belajar daripada guru muda di sekolah saya yang lebih celik teknologi maklumat daripada saya. Saya rasa saya belum terlambat untuk mempelajarinya.

Saya pilih rangka-rangka yang saya rasa patut saya masukkan dalam kerja kursus saya ini. Saya menaipnya mulai selepas sembahyang subuh. Saya memulakan dengan membuat sinopsis. Saya memang suka bahagian ini. Saya suka menghayati ayat-ayat dalam novel berbanding dengan menonton wayang ataupun menonton telefilem di dalam televisyen. Saya terpaksa berhenti untuk sementara kerana kewajiban sebagai ibu yang perlus saya laksanakan. Saya perlu memasak sarapan pagi untuk anak dan suami. Inikan juga salah satu daripada prinsip kritikan feminisme yang perlu saya saya karang sekarang. Peranan wanita dari sudut biologi yang perlu ditonjolkan iaitu pandai memasak. Ciri-ciri yang perlu ada kepada seorang wanita yang menjadi dambaan lelaki.

Saya teruskan usaha saya setelah selesai menguruskan rumah tangga. Masa berlalu begitu cepat apabila kita mahu menggunakannya. Saya belum mampu untuk menyudahkan kerja saya. Saya berjanji akan menyambungnya semula. Saya perlu berjaga malam ini. Saya perlu menyiapkan refleksi saya. saya perlu tidur, juga takut mengantuk untuk mengajar anak didik saya esok hari. Kerja-kerja di sekolah juga menimbun. Saya belum alagi bertemu dengan Guru Besar untuk menandatangi kertas kerja Unit beruniform pengakap yang akan dibuat oleh kami guru Pendidikan Khas pada 19.4. 2013 nanti. Saya tidak pandai untuk menaip dengan begitu laju seperti kawan-kawan saya yang masih muda itu. Mereka menyoal mereka mengapa mereka begitu cekap menaip? Kata mereka, mereka telah dilatih semasa bekerja di pejabat insuran dahulu. Semua kerja perlu dihantar mengikut dateline.

Kalau saya mampu menaip seperti itu dan kurang kesalahan mesti kerja saya akan siap dengan lebih cepat. Akhirnya saya dapat menyudahkan kerja kursus saya dan mencetak kerja kursus saya dan menyemak ayat-ayat yang saya bina. Saya perlu menyusun bibliografi saya terlebih dahulu. Saya perlu membuat kerja itu kemudian kerana tangan dan bahu saya telah lenguh kerana menaip. Saya perlu tidur. Saya perlu bangun awal pagi untuk menyiapkan keperluan anak saya. Teori feminsme betul-betul membuka mata saya tentang peranan wanita yang perlu diiktiraf oleh kaum lelaki. Saya harap refleksi saya ini diterima oleh pensyarah yang mengajar saya iaitu Puan Faziah binti Ibrahim. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri. Terima kasih.

19