kerja kursus kesusasteraan melayu

17
PENGENALAN Kesusasteraan merujuk kepada segala hasil karya Dan ciptaan seni yang diperoleh dalam kalangan masyarakat . Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan masyarakat. Contohnya, dalam upacara perkahwinan, tetamu yang hadir dapat menyaksikan satu adengan yang menarik dengan menggunakan bahasa yang menarik dan indah semasa wakil keluarga pengantin kedua-dua belah pihak berbicara. Mereka saling berbalas pantun untuk menyampaikan hajat masing-masing. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), perkembangan pesat yang berlaku mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Oleh hal yang demikian, maka sastera telah mengalami perubahan menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pada masa kini, sastera dilihat telah menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang diiktiraf dalam masyarakat. Sastera yang dahulunya bersifat kolektif dan dimiliki bersama telah berubah menjadi satu kegiatan peribadi dan mempunyai hak cipta tersendiri. Pada masa kini, perhubungan antara sastera dengan kehidupan sering dibincangkan. Sastera sebagai salah satu bidang kesenian dilihat berfungsi bagi memperjelas, memperdalam serta memperkaya penghayatan manusia dalam kehidupan seharian. KONSEP KESUSASTERAAN Pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan. Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan bermaksud semua bentuk karya bernilai seni dan berguna. Menurut pandangan Hashim Awang ( 1984 ), kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif.

Upload: mazliza-suleiman

Post on 02-Jul-2015

1.572 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja kursus kesusasteraan melayu

PENGENALAN

Kesusasteraan merujuk kepada segala hasil karya Dan ciptaan seni yang diperoleh

dalam kalangan masyarakat . Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala ciptaan

seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan berintegrasi

dalam kehidupan masyarakat. Contohnya, dalam upacara perkahwinan, tetamu yang hadir

dapat menyaksikan satu adengan yang menarik dengan menggunakan bahasa yang menarik

dan indah semasa wakil keluarga pengantin kedua-dua belah pihak berbicara. Mereka saling

berbalas pantun untuk menyampaikan hajat masing-masing.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), perkembangan pesat yang berlaku mengubah

dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Oleh hal yang demikian, maka sastera

telah mengalami perubahan menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pada

masa kini, sastera dilihat telah menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang diiktiraf dalam

masyarakat. Sastera yang dahulunya bersifat kolektif dan dimiliki bersama telah berubah

menjadi satu kegiatan peribadi dan mempunyai hak cipta tersendiri.

Pada masa kini, perhubungan antara sastera dengan kehidupan sering dibincangkan.

Sastera sebagai salah satu bidang kesenian dilihat berfungsi bagi memperjelas, memperdalam

serta memperkaya penghayatan manusia dalam kehidupan seharian.

KONSEP KESUSASTERAAN

Pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai

Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.

Kesusasteraan bermaksud semua bentuk karya bernilai seni dan berguna. Menurut pandangan

Hashim Awang ( 1984 ), kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui

bahasa.

Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983) yang

mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau

bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang

bersifat kreatif.

Page 2: Kerja kursus kesusasteraan melayu

Menurut Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni

yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan

yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam

aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Menurut Syed Ali Ashraf (1989) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni

tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Karya-karya sastera

memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu

mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca.

Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan

keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.

Ali Ahmad (1994) menerangkan makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul

kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut

syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan

secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata

susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus

dan indah.

Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan

menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua

bahagian iaitu su dan sastera.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud

kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar

Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah

kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan

penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah

keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan

penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.

Page 3: Kerja kursus kesusasteraan melayu

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan

serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan

berbagai-bagai perkataan.

Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997) yang memberi pengertian sastera

sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan

estetik.

Menurut Harun Mat Piah ( 2006 ), kesusasteraan membawa pengertian sebagai segala

penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan

mahupun melalui lisan dan pendengaran. Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang

mana medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin

berkembang mengikut peredaran semasa.

Kesusasteraan menurut kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa

atau puisi yang terkandung ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Berdasarkan kepada etimologi,

kesusasteraan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu ‘sastra’ yang berereti karya ( lisan/

bertulis ) atau buku. Awalan –su pula bermaksud baik, indah, cantik, seni dan

berguna.Imbuhan ke- dan –an membawa maksud yang menyeluruh iaitu segala yang tertulis,

yang bernilai seni dan estetik.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa sastera merupakan seni bahasa.

Sastera adalah ekspresi fikiran iaitu idea-idea , pandangan, perasaan, pemikiran dan semua

kegiatan mental manusia yang menggunakan bahasa sebagai perantara. Garapan ini

seterusnya diserlahkan dalam sesebuah karya tulisan yang indah. Di samping itu, sastera juga

dapat memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan

sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dihasilkan dalam bentuk

yang begitu mempersonakan.

Berdasarkan apa yang telah dihuraikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dalam

sastera terkandung beberapa unsur yang saling berkait. Antara unsur-unsur tersebut ialah:

a) Isi kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat,

keyakinan, kepercayaan dan sebagainya.

b) Menjadikan bahasa sebagai sebagai medium pengungkapan bentuk sastera. Bahasa

merupakan bahan penting bagi mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk

sastera yang indah.

Page 4: Kerja kursus kesusasteraan melayu

c) Ekspresi dan ungkapan – ekspresi ialah keupayaan untuk mengeluarkan sesuatu dalam

diri manusia. Sekiranya seseorang itu mempunyai pengalaman yang hebat, fikiran

yang cemerlang, perasaan yang mendalam dan keyakinan yang tinggi, tetapi selagi dia

tidak mampu mengekspresikannya keluar dari dalam dirinya, maka tentu tidak akan

diterima dan diketahui oleh orang lain.

d) Bentuk – unsur isi dan diri manusia dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk. Jika tiada

bentuk dan pola yang tertentu, tidak mungkin kedua-dua perkara tadi dapat

disampaikan kepada orang lain. Bentuk pengungkapan sastera bermacam ragamnya

seperti ungkapan dalam bentuk suara yang disertai dengan bunyi-bunyian.

Kemudiannya terjelmalah pelbagai bentuk seni sastera seperti seni tari, seni rupa, seni

muzik dan sebagainya. Bentuk dalam seni itu sendiri menggunakan istilah sebagai

bentuk yang indah, mempesonakan, mengasyikkan, menyenangkan dan menarik.

Menurut Arba’ie ( 2008), secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur

yang berikut:

S – Seni bahasa yang indah

A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang

S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang

T – Tersurat & tersirat

E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa

R – Realiti kehidupan

A – Alternatif

Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang

digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan

kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna

yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah

karya itu hidup dan bertenaga.

Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga

diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan

perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi

Page 5: Kerja kursus kesusasteraan melayu

bersama oleh pembaca. Menurut Arba’ie (2008) Unsur akaliah ini merupakan langkah

pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.

Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu

mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau

sensitiviti mereka. Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan

prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber

asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan

membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti

belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang

dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau

dialami oleh pembaca.

Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan

kekosongan. Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang

terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca

memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu

memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang

diungkapkan.

Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk

struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah

karya itu.

Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-

persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam

masyarakat. Ianya merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan

secara halus dan berhemah.

Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan

perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada. Ianya

bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan

manusia sejagat.

Page 6: Kerja kursus kesusasteraan melayu

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN

Kesusasteraan dilihat berbeza dengan ciptaan seni yang lain. Hal ini disebabkan

ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai pengantara. Menerusi bahasa, keindahan garapan

kesusasteraan dapat dirasai oleh pembaca atau pendengar. Menerusi bahasa, pengkarya dapat

menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang ingin

dicurahkan. Sesebuah hasil karya kesusasteraan tidak akan dianggap bermutu sekiranya

pengkaryanya gagal menggunakan bahasa yang indah di samping memaparkan unsur-unsur

intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta kaya

dengan kreativiti.

Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi

secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi

gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak

milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui

tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa

lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain

kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal

huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad

disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif.

Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya

perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam

sastera tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang

tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan

keramat.

Page 7: Kerja kursus kesusasteraan melayu

KATEGORI KESUSASTERAAN MELAYU

Dalam kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan berdasarkan

zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud. (Arba’ie et al,2008

hlm 8) Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional

dan moden. Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi.

Genre prosa dan puisi tradisional adalah seperti yang tersenarai:

Prosa Puisi

Sastera Rakyat Pantun

Sastera Pengaruh Hindu Syair

Sastera Zaman Peralihan Peribahasa

Sastera Pengaruh Islam Teromba

Sastera Panji Talibun

Sastera Ketatanegaraan Nyanyian Kanak-kanak

Sastera Undang-undang Jampi Mentera

Sastera Saduran Gurindam Zikir Cerita Berbingkai Seloka, Kit’ahMasnawi

Manakala bagi kategori Sastera Moden, genre prosa dan puisi moden pula adalah

seperti berikut:

Prosa Puisi Cerpen Sajak

Novel

Drama

Walaupun kedua-dua sastera tradisional dan moden mempunyai genre

prosa dan puisi, namun, ciri-ciri khusus akan dibincangkan selanjutnya untuk

membandingkan sastera tradisional dan moden.

PUISI MELAYU TRADISIONAL

Page 8: Kerja kursus kesusasteraan melayu

Menurut Za’ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai

untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan

kemanisan serta kecantikan bahasa.(Arba’ie et al,2008 hlm 9) Pendapat yang sama

juga diutarakan oleh Samuel Taylor Coleridge yang mengemukakan puisi sebagai

kata-kata terindah dalam susunan terindah. (Arba’ie et al,2008 hlm10)

Salah satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut Md Ali

Bachik (2003), gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat

yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan.

Gurindam juga membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya

dan melalui penyebab itulah perkara tersebut terjadi.

Gurindam Dua Belas merupakan karya hasil karangan Raja Ali Haji yang

termasyhur. Beliau merupakan seorang sasterawan negara dari Pulau Penyegat, Riau,

Indonesia. Gurindam Dua Belas menyentuh perihal ketuhanan, keagamaan, budi

pekerti, kewajipan antara anak dan ibu bapa dan sebaliknya serta hidup

bermasyarakat.

Salah satu tujuan terhasilnya Gurindam Dua Belas adalah untuk

menyedarkan masyarakat tentang pentingnya beragama, berilmu, berbudi pekerti

mulia, mentaati dan menghormati ibu bapa serta banyak lagi. Berikut adalah berapa

baris daripada petikan Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji.

GURINDAM DUA BELAS

...

Jika hendak mengenal orang berbangsa, Lihat kepada budi dan bahasa,

... Jika hendak mengenal orang yang berilmu, Bertanya dan belajar tiadalah jemu

...

Page 9: Kerja kursus kesusasteraan melayu

Apabila anak tidak dilatih, Ketika besar, bapanya letih.

...

Berdasarkan petikan tersebut, dengan cara mengenali atau

mempelajari budi dan bahasa seseorang itu maka ketahuilah kita akan bangsanya.

Budi dan bahasa dalam baris ini bukan sahaja menyentuh pada sistem linguistik

semata-mata tetapi merangkumi juga sistem budaya dan adat sesebuah bangsa.

Cara kita menggunakan bahasa Melayu akan mempamerkan kelakuan budaya dan

taraf sosial kita dalam masyarakat. Seperti kata peribahasa Melayu, “bahasa

melambangkan bangsa, bangsa melambangkan budaya.” Dari bangsa seseorang

kita akan kenali bahasanya dan dari bahasanya pula, barulah kita kenali budayanya.

Begitu juga dengan cara mengenali seseorang yang berilmu. Dengan

bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmu itu tidak akan

berhenti untuk mempelajari apa yang tidak diketahuinya. Seseorang yang

dahagakan ilmu itu tidak akan pernah jemu untuk mencarinya walau sejauh

manapun seperti hadits yang berbunyi, ‘menuntutlah ilmu sekalipun sejauh di negeri

Cina’.

Berdasarkan petikan di atas, Raja Ali Haji juga menyentuh tentang

pendidikan anak-anak. Ianya merupakan nasihat kepada ibu bapa agar tidak

mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dari kecil supaya tidak meletihkan

atau menyusahkan kedua ibu bapanya ketika dewasa kelak. Memang seharusnya,

anak-anak dari kecillah yang perlu diasuh, dididik dan diberi teguran akan tingkah

lakunya agar sentiasa berkelakuan baik dan berbudi bahasa. Jika tidak dilentur

Page 10: Kerja kursus kesusasteraan melayu

buluh dari rebungnya, atau dari kecil lagi, maka ketika dewasa, segala tingkah laku

dan peribadi seseorang itu sukar diubah dan diperbaiki.

PROSA MELAYU TRADISIONAL

Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat.

Sastera rakyat berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan

oleh tukang-tukang cerita pada waktu malam untuk menghilangkan penat selepas

bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga dikenali dengan nama, penglipur lara.

Lazimnya cerita penglipur lara ini diiriingi dengan alat muzik tertentu (ms 92), ciri

umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana, mengenai putera-putera raja yang

tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri-puteri raja yang cantik jelita tiada

bandingannya seperti dalam contoh Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik

Tunggal di mana watak-wataknya berpusat kepada anak-anak raja. Cerita-cerita

penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana

masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang

amat ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang.

Justeru itu, rata-rata penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh

kepada unsur-unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa.

Sepertimana fungsinya sebagai penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan

percintaan antara wira dengan wirawati dan peperangan-peperangan yang terpaksa

dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan.

Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran.

Cerita-cerita teladan merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk

prosa. Cerita-cerita ini bertemakan pendidikan moral sama ada berlandaskan

peraturan kehidupan sosial dan budaya atau pengajaran agama. (Arba’ie et al,2008

Page 11: Kerja kursus kesusasteraan melayu

hlm 104) Jika cerita penglipur lara berkisar kepada anak-anak raja, cerita teladan ini

pula lazimnya terdiri daripada manusia biasa. Kebanyakannya berlatar belakangkan

dunia nyata dan menggunakan gaya pertuturan seharian. Di samping memberikan

didikan moral , cerita teladan ini lazimnya memberikan kesan yang mendalam di jiwa

kanak-kanak.

Pastinya ramai kanak-kanak yang mengenali cerita Si Tanggang, Batu Belah

Batu Bertangkup dan Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah. Ajaran utama dalam

cerita-cerita teladan ini ialah balasan baik terhadap setiap kebaikan dan sebaliknya

seperti mana yang dapat kita lihat dalam cerita Si Tanggang. Tanggang adalah

seorang anak yang tidak mengenang jasa ibunya dan durhaka. Bukan sahaja

Tanggang tidak mengakui ibunya, dia juga telah menolak ibunya hingga jatuh ketika

ibunya berjumpa dengan Tanggang. Anak durhaka dan biadap terhadap ibunya ini

telah akhirnya disumpah menjadi batu. Satu pengajaran yang cukup meninggalkan

kesan betapa mabrurnya doa seorang ibu dan balasan yang setimpal yang diterima

oleh seorang anak yang durhaka.

Pengajaran yang sama juga dapat kita lihat dalam cerita Batu Belah Batu

Bertangkup di mana ibu Melur telah ditelan oleh batu belah kerana kecewa dengan

perbuatan anaknya yang tidak meninggalkan walaupun secebis telur ikan tembakul.

Kekecewaan itu telah mengakibatkan ibunya berlari menyerah diri agar ditelan oleh

batu belah.

Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikan oleh

para sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang yang

mengaitkan sastera sebagai hasil tulisan yang mencerminkan kehidupan manusia.

Antara fungsi utama terhasilnya sesebuah karya oleh seorang pengarang ialah

Page 12: Kerja kursus kesusasteraan melayu

dengan tujuan didaktik atau pengajaran kepada masyarakatnya. Dalam hubungan ini

Usman Awang berpendapat bahawa sesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk

tujuan keseronokan sahaja tetapi juga mengungkapkan gagasan dan pemikiran

pengarangnya. Ini juga ditegaskan oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan

bahawa sastera adalah rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya

merupakan satu refleksi kehidupan yang diterjemahkan secara halus dan berhemah

oleh pengarangnya.

Sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupan

masyarakatnya. Dalam Sejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggup

memenuhi tuntutan Puteri Gunung Ledang demi mencapai hasrat untuk

memperisterikannya. Tuntutan Puteri Gunung Ledang ialah 7 dulang hati nyamuk, 7

dulang hati kuman, jambatan emas dan istana di puncak gunung Ledang dan

semangkuk darah Raja Muda. Segala permintaan Puteri Gunung Ledang dapat

dilaksanakan oleh Sultan walaupun ianya bermakna mengorbankan rakyat jelata.

Hanya semangkuk darah Raja Muda yang memisahkan Sultan Melaka daripada

mencapai hasrat hatinya. Ini kerana semua yang terlaksana atau yang dapat

dipersembahkan merupakan hasil penat lelah rakyat . Manakala, untuk mengambil

semangkuk darah Raja Muda, adalah satu pengorbanan yang tidak dapat ditunaikan

oleh Sultan Melaka sendiri.

Peristiwa ini juga memberikan gambaran kehidupan masyarakat pada

waktu itu yang terikat dengan kepercayaan, adat dan tradisi selain memperlihatkan

sejauh mana ketaatan rakyat terhadap raja yang disembah. Sultan Melaka

mengenepikan belas ihsannya terhadap masyarakatnya demi mencapai

keinginannya memperisterikan Puteri Gunung Ledang. Peristiwa ini juga

Page 13: Kerja kursus kesusasteraan melayu

memperlihatkan pengabdian rakyat kepada seorang raja sewaktu dikerahkan

membina jejambat emas dari puncak Gunung Ledang.

RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapat

dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu.

Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya

sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan

ciri-ciri khususnya.

Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan

membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur

dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam

kehidupan masyarakat.

Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press

Sdn Bhd.

Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar. 2008. Ensik lopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html

Menurut Profesor Ismail Hussein;

kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala

kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak

bercetak.

Page 14: Kerja kursus kesusasteraan melayu

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita

bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk

dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan

kesusasteraa Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Kesusasteraan Lisan

2. Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan

masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di

pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut

sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya

kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan

atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil

keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan.

Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang

Melayu mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah

pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau

bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya

pupus.

Page 15: Kerja kursus kesusasteraan melayu

Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu

lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang

lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan

dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini

mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana

sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang

menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan

semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.

Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan

satu dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah

himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang

menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara

Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv).

Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh

Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk

kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti :

1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama

masyarakat

2. Hasil karya bersifat feudal

3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak

4. Dihasilkan sebelum 1800.

5. Bersifat fungsional

6. Pelbagai genre

7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak

dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu.

8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini

Page 16: Kerja kursus kesusasteraan melayu

9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat

yang mewarisinya.

10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap

11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat.

12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak

memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak

manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya

mesin cetak. Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal yang masih lagi primitif dan mengamalkan

kepercayaan animisme. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia diiringi juga dengan

kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut.

Contohnya dengan munculnya Tamadun Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya kesusasteraan

hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, ternyata

kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia

sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja hasil

kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun

1800, karya kesusasteraan pun bertukar wajah daripada

tradisional kepada moden.

Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan

bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis

atau dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai

kesusasteraan rakyat. Manakala sastera tulisan pula adalah

Page 17: Kerja kursus kesusasteraan melayu

ciptaan golongan pemerintah selepas kemunculan sistem

tulisan dalam sesebuah masyarakat itu

Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai Kesusasteraan Melayu Tradisional atau Kesusasteraan Kertas

1. Para pelajar perlu mengetahui, membaca dan memahami

SUKATAN PELAJARAN Kesusasteraan Melayu 922 yang boleh dimuat turun dari laman web Majlis Peperiksaan

Malaysia (MPM). Secara umum Kesusasteraan Melayu peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1

adalah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 adalah

Kesusasteraan Melayu Moden. Para pelajar boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kertas dua melalui beberapa blog

dan web yang sedia ada di internet. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini blog ini hanya akan memfokuskan

kepada Kertas 1.

Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh

MPM) soalan peperiksaan STPM kesusasteraan Melayu kertas 1 terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D.

Pembahagian kertas 1 ditunjukkan melalui keterangan di

bawah:

BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

BAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS