kerajaan sokong mbm bantu belia - pm · pengangguran yang meningkat kepada 5.3 peratus pada mei...

7
myGIG: Melejangkan ekonomi belia 5 Johor tuan rumah Sambutan Hari Belia Negara 2020 7 MBM bantu belia terjejas Covid-19 melalui PROKENS 4 Digitalisasi landasan pengukuhan ekonomi dan kehidupan rakyat 6 Kerajaan sokong MBM bantu belia - PM 3 Kerajaan sokong MBM bantu belia - PM

Upload: others

Post on 07-Nov-2020

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerajaan sokong MBM bantu belia - PM · pengangguran yang meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, hal ini mendorong lebih banyak perdebatan di mulut-mulut ahli politik dan masyarakat

myGIG: Melejangkanekonomi belia5Johor tuan rumah SambutanHari Belia Negara 20207

MBM bantu belia terjejasCovid-19 melalui PROKENS4Digitalisasi landasanpengukuhan ekonomi dankehidupan rakyat

6

Kerajaan sokong MBMbantu belia - PM3

Kerajaan sokong MBMbantu belia - PM

Page 2: Kerajaan sokong MBM bantu belia - PM · pengangguran yang meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, hal ini mendorong lebih banyak perdebatan di mulut-mulut ahli politik dan masyarakat

PEMBINAAN belia yang sejahtera merupakan agenda yang seharusn-ya menjadi perhatian umum oleh semua pihak. Kelangsungan belia yang produktif akan melahirkan kumpulan masyarakat yang mampu berdaya saing dan hidup dalam keadaan yang sejahtera. Justeru, kemiskinan yang melanda telah merubah landskap pembangunan belia yang sebaiknya. Belia yang dilanda kemiskinan mengalami keadaan sukar untuk bersaing dan menempatkan diri dalam kalangan masyarakat sama seperti insan yang lain.

Kebelakangan ini, impak dari pandemik Covid-19, isu kemiskinan belia telah mendapat perhatian masyarakat terutamanya pihak kerajaan dan ahli-ahli ekonomi. Ditambah pula dengan peratusan jumlah pengangguran yang meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, hal ini mendorong lebih banyak perdebatan di mulut-mulut ahli politik dan masyarakat awam. Menurut Jabatan Perangkaan, sejumlah 826,000 orang tidak bekerja setakat Mei lalu. Ini berbanding kadar pengangguran negara sebanyak 5 peratus yang dicatatkan pada April 2020.

Secara umumnya, kemunculan isu kemiskinan belia adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama, antaranya seperti faktor pendidikan, faktor kerajaan, faktor keluarga dan sebagainya.

Oleh itu, penerapan pendidikan terhadap potensi keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pembinaan jaminan kehidupan yang baik haruslah diterapkan dengan lebih meluas di peringkat sekolah sehing-galah ke peringkat universiti agar ilmu keusahawanan boleh disemai dan dipupuk seterusnya membantu kepada penjanaan ekonomi yang baik kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam kesempatan kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bertemu YAB Perdana Menteri baru-baru ini, MBM membawa isu belia terus kepada Perdana Menteri. Beliau sendiri amat memahami keluh kesah belia akar umbi termasuk isu pengangguran belia, kekangan kewan-gan, peluang dan ruang penjanaan ekonomi dikalangan anak muda dan keterlibatan belia dalam membina negara.

MBM menyambut baik langkah proaktif kerajaan melalui 40 inisiatif asas di dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang menumpukan terhadap tiga aspek utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

MBM berharap belia di Malaysia dapat mengambil manfaat di dalam pelan ini yang dilihat banyak menyentuh soal pembangunan ekonomi golongan muda di Malaysia.

Semoga semua usaha ini memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda dan diberkati Allah SWT.

Langkah keluardari cengkamankemiskinan dalamkalangan belia

Editorial2

Page 3: Kerajaan sokong MBM bantu belia - PM · pengangguran yang meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, hal ini mendorong lebih banyak perdebatan di mulut-mulut ahli politik dan masyarakat

PUTRAJAYA 20 Julai - Dalam usaha menggerak-kan semula ekonomi negara pasca Covid-19, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Majlis Belia Malaysia (MBM) dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu generasi muda yang terkesan akibat pendemik ini.

Perdana Menteri berkata ini kerana golongan belia termasuk dalam tumpuan khusus kerajaan di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumum-kan.

"Tumpuan kerajaan ketika ini ialah untuk mengger-akkan semula ekonomi pasca Covid-19. MBM selaku organisasi yang menaungi golongan belia boleh memainkan peranan dalam aspek ini," katan-ya ketika menghadiri pertemuan bersama kepimpinan tertinggi MBM yang diketuai oleh Presi-dennya, Jufitri Joha.

Pertemuan tersebut membincangkan peranan yang boleh dimainkan golongan belia dalam pemba-ngunan negara.

MBM juga turut menyerahkan Resolusi Khas Belia Malaysia mengenai isu-isu belia Sabah dan Sarawak kepada Perdana Menteri yang disam-paikan Naib Presiden MBM, Sdr. Azuwan Marjan.

Perdana Menteri juga bersetuju dengan beberapa perkara yang diutarakan oleh MBM kali ini.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSINPerdana Menteri Malaysia

Kerajaan sokong MBM bantu belia-PM

Nasional 3

Page 4: Kerajaan sokong MBM bantu belia - PM · pengangguran yang meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, hal ini mendorong lebih banyak perdebatan di mulut-mulut ahli politik dan masyarakat

PUTRAJAYA 26 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada Pertubuhan Kesela-matan Sosial (PERKESO) di Menara PERKESO Putrajaya. Rombongan MBM disambut oleh Dato' Mohd Sahar Darus-man, Ketua Pejabat Insurans Pekerja PERKESO.

MBM diberi taklimat tentang Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang merupakan inisiatif kerajaan yang diuruskan PERKESO dibawah Kementerian Sumber Manu-sia. Selain itu MBM turut menjalinkan kerjasama dengan pihak PERKESO dalam membantu rakyat khususnya golon-gan belia.

SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) memperke-nalkan Program Kemahiran Insaniah untuk membantu belia yang kehilangan pekerjaan dan terjejas ketika pasca pandemik Covid-19.

Naib Presidennya, Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz berkata, program yang dijalankan dengan kerjasa-ma HSBC Bank Malaysia Berhad itu diadakan untuk meningkatkan kebolehpasaran belia dalam sektor peker-jaan.

"Kita sasarkan penyertaan seramai 300 belia B40 dalam program ini yang dijangka diadakan pada Septem-ber hingga November depan. Mereka akan ikuti latihan selama enam hari," katanya.

Mengulas lanjut, menurutnya, secara keseluruhannya program ini terbahagi kepada empat fasa iaitu dalam fasa pertama, belia akan diajar cara untuk memasarkan diri mereka dengan kelebihan yang dimiliki, pengucapan awam, cara berinteraksi dan kerja dalam kumpulan.

Dalam fasa kedua, katanya, belia akan memilih minat mereka yang dibahagikan kepada tiga pilihan iaitu pemasaran digital, kemahiran keusahawanan atau apa juga kemahiran yang mereka miliki.

"Fasa ketiga adalah berkaitan pra pekerjaan iaitu bagaimana mahu sediakan resume untuk sesi temudu-ga.

"Fasa keempat pula membabitkan padanan kerja iaitu bagaimana untuk pasarkan mereka dalam industri pekerjaan," katanya.

MBM bantu beliaterjejas Covid-19melalui PROKENS

KUALA LUMPUR - Malaysia dan seluruh dunia berhada-pan dengan pandemik Covid-19 yang memberi impak besar kepada kehidupan manusia. Kesan Covid-19 juga menyebabkan kemelesetan ekonomi yang teruk sekaligus menjejaskan sektor perniagaan, perkhidmatan dan pengangguran yang tinggi.

Rakyat Malaysia khususnya belia amat terkesan dengan penutupan beberapa sektor perniagaan dan penganggu-ran yang berlaku akibat pendemik ini.

Justeru atas kecaknaan ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Tindakan Ekonomi MBM (JAKTEM) yang akan memfokuskan mem-bantu pemulihan ekonomi anak muda.

JAKTEM bertindak mempromosi peluang-peluang dan kerjasama pekerjaan dan perniagaan; mengendalikan seminar keusahawanan dalam talian; meneruskan agenda literasi dan pengurusan kewangan; memperkasa agenda kedaulatan makanan (food security) dan pertani-an pintar; menggandakan usaha bantuan fizikal (kemanu-siaan dan makanan); menerima aduan dan cadangan belia akar umbi; dan menangani jurang digital dan masa depan kerja serta teknologi era Revolusi 4.0.

JAKTEM akan mencakupi belia akar umbi di Sabah dan Sarawak dan akan bekerjasama dengan pelbagai agensi dan bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan khususn-ya Kementerian Belia dan Sukan.

JAKTEM telah membuka kaunter aduan secara dalam talian di pautan https://bit.ly/36QRpYo kepada golon-gan belia yang kehilangan pekerjaan akibat Covid-19.

JAKTEM bantu pemulihan ekonomi anak muda

MBM lawat PERKESO

Nasional4

Page 5: Kerajaan sokong MBM bantu belia - PM · pengangguran yang meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, hal ini mendorong lebih banyak perdebatan di mulut-mulut ahli politik dan masyarakat

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan Program myGIG sebagai pendekatan strategik menyokong belia dalam ekosistem ekonomi gig pasca Covid-19.

myGIG: Melejangkan ekonomibelia

Pelancaran myGIG disempurnakan Dato’ Sri Reezal Merican bersama Datuk Saifuddin Abdullah.

myGIG merupakan produk yang ditawar-kan kepada belia menggunakan platform sedia ada di bawah MDEC iaitu eRezeki dan GLOW menjadi myGIG Servis dan myGIG Digital Freelance.

“Program ini merupakan sinergi Kerjasa-ma Rentas Kementerian yang diusa-hakan oleh KBS dalam usaha membantu kumpulan belia meningkatkan potensi diri serta mengoptimumkan perkemban-gan ekonomi gig menjadi salah satu sumber meningkatkan pendapatan.

“Pelaksanaan program ini juga mendapat kerjasama padu daripada MDEC dan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam aspek penyediaan sistem dan platform serta promosi kepada belia sehingga ke peringkat akar umbi,” katan-ya ketika berucap pada perasmian Program myGIG yang disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Face-book KBS, semalam.

“Ekonomi gig akan kekal di sini dan ia akan berkembang dengan lebih pesat nanti, jadi apa yang penting sekarang ialah bagaimana kita melihat dan men-gambil kira soal kebajikan, perundangan, percukaian dan lain-lain melibatkan pekerja ekonomi gig.

Nasional 5

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malay-sia (MBM) kesal kerana tiada wakil belia dilantik dalam Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) Sesi 2020-2021 seperti yang diumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan .

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani MBM, Abdul Hafeez Abdullah berkata, kementerian berkenaan seharusnya mendahulukan golongan belia mewakili MPPN sebagai platform penasihat dan membuat cadangan dasar dan strategi.

Tambah beliau, kehadiran golongan belia dalam MPPN juga mampu memberikan idea segar bagi menarik golongan belia untuk terlibat dalam sektor pertanian.

“MBM juga menggesa kerajaan lebih serius melibatkan penyertaan golon-gan belia yang berkelayakan dan berke-mahiran dalam semua platform penasihat, pembuatan dasar dan keputusan di semua peringkat agar suara belia benar-benar dihargai dan diwakili,” tegasnya lagi.

Katanya ia bersesuaian dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015-2035 yang menyatakan hal ehwal pemban-gunan belia merentas kementerian dan jumlah populasi belia Malaysia yang mencecah 14.7 juta.

“Selain itu golongan belia wajar diberi-kan tempat dalam MPPN bagi mewaki-li suara belia dalam menasihati Ment-eri dalam hal ehwal berkaitan belia dan pertanian, sementelah ia amat berkait rapat dengan masa depan mereka yang berkaitan jaminan makanan, katanya.

Lantik belia dalam Majlis PenasihatPertanian Negara - MBM

Page 6: Kerajaan sokong MBM bantu belia - PM · pengangguran yang meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, hal ini mendorong lebih banyak perdebatan di mulut-mulut ahli politik dan masyarakat

DIGITALISASI

Nasional6

KETIKA negara berhadapan dengan suasana ancaman seperti Covid-19, maklumat perlu disampaikan dan digarap dengan seberapa pantas yang boleh. Teknologi dan komunikasi menjadi landasan untuk pengukuhan ekonomi serta kehidupan rakyat walaupun dalam situasi sukar.

MBM melalui Biro Penerangan, Penerbitan dan Media berperanan dalam menyebarluas dan menghebahkan segala bentuk informasi dan peluang kepada masyarakat khususnya golongan muda menerusi platform media sosial seperti kenyataan media, peluang-peluang pekerjaan, skim bantuan perniagaan, inisiatif bantuan kerajaan, tips berkaitan perniagaan, sesi Webinar, FB Live dan sebagainya bagi memastikan maklumat sampai kepada belia-belia yang memerlukan.

Landasan pengukuhan ekonomi dan kehidupan rakyat

HULU SELANGOR 19 Julai - Jawatankuasa Tindakan Ekonomi Majlis Belia Malaysia (JAKTEM) telah melawat kiosk air tenaga di bawah kelolaan Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor.

Hasil lawatan, jawatankuasa bersetuju mengangkat model perniagaan ini untuk dijadikan projek keusahawa-nan MBM bagi membantu belia yang terjejas akibat Covid-19.

Kiosk ini diusahakan oleh Adik Rahim (19 tahun), pelajar Politeknik sementara menunggu semester baru bermu-la.

Pengusaha kiosk air tenaga diangkat modelkeusahawanan MBM

Page 7: Kerajaan sokong MBM bantu belia - PM · pengangguran yang meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, hal ini mendorong lebih banyak perdebatan di mulut-mulut ahli politik dan masyarakat

KUALA LUMPUR - Tahun ini Sambutan Hari Belia Negara pada 15 Ogos 2020 berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Perasmian disempurnakan oleh YAB Perdana Ment-eri yang turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara.

15 Mei setiap tahun merupakan tarikh rasmi Hari Belia Negara seperti yang diwartakan oleh kerajaan sebagai menghargai sumbangan dan peranan golongan belia kepada pembangunan negara. Namun, disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersetuju untuk menunda sambutan ke tarikh yang lebih sesuai.

Walaupun dilaksanakan dalam skala sederhana, pengisiannya meliputi aktiviti dan acara yang telah diatur antaranya Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara, Konvensyen Belia Kebangsaan, pameran agen-si-agensi kerajaan, bengkel e-sports, aquascape, relawan dan lain-lain.

HBN 2020 juga mengambil kira situasi normal baharu dengan menjaga penjarakan sosial dan SOP yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

KUALA LUMPUR 23 Julai - Sempena Sambutan Ulang Tahun Majlis Belia Malaysia (MBM) & Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) satu program Jaringan Muhibbah telah diadakan melibatkan perla-wanan boling disertai wakil MBM yang diketuai Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Ketua Badan Perwakilan KNPI Malaysia, Tengku Adnan Tengku Azlan.

Program ini merupakan simbolik kepada keakraban kedua negara yang berkongsi tarikh ulang tahun yang sama.

Nasional 7

Program Jaringan Muhibbahsempena Ulang Tahun MBM & KNPI