kebersihan mulut

37
OLEH : ALIF FAHMI BIN MOHD. PAUJI DESMOND DANIEL AK COPTA PENSYARAH: EN.ISMAIL BIN DIKOH PROGRAM KESIHATAN MULUT 1

Upload: dmond-niel

Post on 08-Aug-2015

191 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PKE 3104

TRANSCRIPT

Page 1: Kebersihan Mulut

1O L E H : A L I F F A H M I B I N M O H D . P A U J I D E S M O N D D A N I E L A K C O P T A

P E N S Y A R A H : E N . I S M A I L B I N D I K O H

PROGRAM KESIHATAN MULUT

Page 2: Kebersihan Mulut

2

KANDUNGAN

I. Pengenalan

II. Konsep dan matlamat

III. Jenis gigi dan penyakit mulut

IV. Kaedah pencegahan dan penjagaan kesihatan mulut

Page 3: Kebersihan Mulut

3

PENGENALAN

Rakyat Malaysia diajak jaga kesihatan mulut

SENYUMAN akan lebih manis seandainya memiliki sebaris gigi yang bersih dan bebas daripada masalah kaviti. Gigi yang sihat juga bukan saja boleh menjadi daya penarik pada seseorang malah boleh meningkatkan keyakinan diri untuk terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan.

Kini kesedaran mengenai kepentingan penjagaan gigi di negara kita sudah semakin membanggakan, bahkan ada ibu bapa yang sangat tegas dalam soal kesihatan gigi anak-anak. Ia selari dengan matlamat kesihatan mulut Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu Mulakan Awal, Mulut Sihat, Hidup Lebih Sihat yang sudah dimulakan tahun lalu.

Presiden MDA, Dr Md Muzaffar Hamirudin berkata, penyertaan klinik gigi yang menyediakan pemeriksaan pergigian percuma sepanjang April juga meningkat daripada 704 pada tahun lalu kepada 773 pada tahun ini kerana mereka menyedari rakyat Malaysia jarang berjumpa doktor gigi melainkan jika mereka mempunyai masalah mulut atau mengalami ketidakselesaan yang nyata. 

Ini adalah suatu corak pemikiran di kalangan orang ramai yang membimbangkan dan perlu diubah kerana pe nyakit mulut juga mempunyai hubung kait dengan penyakit jantung dan diabetes yang boleh mengancam nyawa.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/16 oleh Harian Metro

Page 4: Kebersihan Mulut

4

sambungan

Hasil kajian menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh rakyat Malaysia mempunyai nafas berbau dengan 20 peratus daripadanya menghadapi kerosakan gigi. Sebanyak 24 peratus daripada mereka pula mempunyai masalah gusi berdarah dan yang mengejutkan, semua peserta yang menyertai kajian itu tidak culas daripada tabiat memberus gigi.

Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr Lee Soon Boon, berkata hakikatnya memberus gigi hanya membersihkan kira-kira 23 peratus daripada permukaan mulut, sementara bakteria mungkin dapat terus hidup di celah-celah kawasan yang sukar dicapai, seterusnya akan membentuk lapisan plak.

Menurut Dr Lee, semua masalah mulut ini akan menyebabkan ketidakselesaan dan mungkin mengganggu keberkesanan individu semasa bekerja atau ketika bersosial. Mulut yang sihat memastikan keyakinan diri dan kualiti interaksi sosial. Kata kunci untuk memastikan kesihatan oral menerusi empat langkah iaitu menggosok gigi, menggunakan flos, berkumur dengan cecair pencuci mulut dan pemeriksaan gigi berkala.

Berita Disunting Dari Sumber: Berita Harian

Page 5: Kebersihan Mulut

5

sambungan

Ramai kanak-kanak miskin hadapi kesihatan mulut

KUALA LUMPUR 10 Jun - Kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah didapati lebih ramai menghadapi masalah kesihatan mulut kerana tidak mendapat akses kemudahan perubatan.

"Penjagaan gigi bermula dari rumah dan ia boleh dilakukan dengan menggosok cara betul beserta pemeriksaan yang kerap bagi mengelak penyakit gusi dan kerosakan gigi," katanya ketika berucap di rumah kebajikan Ti-Ratana di sini hari ini.

Rosmah berkata, 90 peratus golongan dewasa tempatan menghidap karies gigi atau kereputan gigi dan 75 peratus daripadanya di kalangan berusia 16 tahun dengan 50 peratus dalam kelompok berusia 12 tahun.Katanya, penyakit berkaitan gigi turut memberi kesan terhadap mutu kehidupan dan semangat seseorang selain memerlukan kos rawatan yang mahal.

Artikel Penuh:  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm#ixzz2I3dvCg00 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 6: Kebersihan Mulut

6

PENJAGAAN KESIHATAN MULUT MURID SEKOLAH

• Dengan bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 merangkumi 50% populasi dan mempunyai status kesihatan mulut yang membimbangkan,pertimbangan serius telah dibuat untuk memberi perkhidmatan pergigian khas bagi murid-murid sekolah.

• Pada tahun 1948, perkhidmatan pergigian khas untuk murid-murid sekolah telah dilancarkan. Pada tahun yang sama skim jururawat pergigian diperkenalkan dimana kategori anggota ini dibenarkan memberi rawatan dibawah penyeliaan. Pada mulanya skim jururawat pergigian menerima bantahan yang kuat dari profesion tetapi kemudiannya diterima setelah berjaya membuktikan pendekatan ini adalah inovatif dan membawa manafaat kepada Negara.

Page 7: Kebersihan Mulut

7

sambungan

• Sehingga tahun 1952, 19 buah klinik pergigian sekolah telah diwujudkan.

• Pada tahun berikutnya, perkhidmatan pergigian dimasukkan sebagai salah satu komponen dipusat kesihatan.

• Apabila Skim Perkhidmatan Kesihatan Pendalaman diperkenalkan pada tahun 1955, perkhidmatan pergigian diperluaskan kepada rakyat di kawasan pendalaman.

• Pada tahun merdeka iaitu 1957, 55 buah pusat pergigian sekolah dan 40 buah klinik pergigian sekolah yang dikendalikan oleh jururawat pergigian telah diwujudkan.

• Sehingga tahun 2009, bilangan ini telah melonjak 23 kali ganda kepada 937 buah klinik pergigian sekolah dan 16 buah pusat pergigian sekolah.

Page 8: Kebersihan Mulut

8

sambungan

• Perkhidmatan pergigian sekolah sekarang merupakan perkhidmatan utama dalam sektor awam.

• Melalui strategi pasukan bergerak yang telah dilaksanakan sejak awal 1970’an, liputan diperluaskan kepada hampir 92% murid sekolah rendah dan 60% murid sekolah menengah.

• Pasukan ini dikenali secara tidak rasmi sebagai “skuadterbang”, pasukan bergerak ini yang mengguna peralatan mudah alih telah memperluaskan perkhidmatan keserantau tempat.

• Bilangan pasukan bergerak telah bertambah 43 kali ganda dari 13 pasukan pada tahun 1970 kepada 560 pasukan (termasuk 20 klinik bergerak) pada tahun 2009.

Page 9: Kebersihan Mulut

9

PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

• Perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental (bertambah @ pertambahan) telah diperkenalkan pada tahun 1985.

• Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.

• Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian.

Page 10: Kebersihan Mulut

10

PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN SEKOLAH

Klinik Pergigian Sekolah• Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah

rendah atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih.

Pasukan Pergigian Bergerak • Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-

murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.

Klinik Pergigian Bergerak • Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan

kerusi dan peralatan pergigian. • Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid disekolah-sekolah

yang mempunyai ruang terhad. • Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas

  termasuk  pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi

Page 11: Kebersihan Mulut

11

PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN UNTUK MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DI

SARAWAK

• Jururawat pergigian menyedia dan memberikan penjagaan kesihatan pergigian secara inkremental kepada murid-murid sekolah rendah.

• Murid-murid di bawah penjagaan kesihatan pergigian inkremental ini akan diberi pemeriksaan setiap tahun dan seboleh-bolehnya, dipastikan mencapai tahap kesihatan mulut yang optima.

• Sistem tag berisiko tinggi mula diperkenalkan pada tahun 2003. Melalui sistem ini, murid-murid yang dianggap berisiko tinggi kepada masalah karies gigi akan diberi keutamaan dalam mendapatkan rawatan.

• Pada tahun 2011, sebanyak 249,981 (936%) murid-murid sekolah rendah di negeri Sarawak telah menerima penjagaan kesihatan pergigian inkremental.

• Daripada jumlah ini, 239,879 (96.0%) telah mencapai tahap kesihatan mulut yang optima (iaitu rawatan selesai untuk semua tampalan dan cabutan yang perlu dibuat).

Page 12: Kebersihan Mulut

12

AKTIVITI-AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

• Bahagian Kesihatan Pergigian, Sarawak sangat aktif dalam mempromosikan kesihatan pergigian di kalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah serta masyarakat di Sarawak.

• Contoh aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berkala adalah seperti berikut:

I. Latihan memberus gigiII. Ceramah pendidikan kesihatan pergigianIII. Main-peranan (role-play)

IV. Pertandingan photo-voice, di mana pelajar-pelajar sendiri akan menyediakan poster dengan menyelitkan mesej kesihatan pergigian

V. Kuiz kesihatan pergigianVI. Seminar kesihatan pergigian untuk ibu-bapa dan guru-guru

Page 13: Kebersihan Mulut

13

KONSEP DAN MATLAMAT

• Perkhidmatan Pergigian yang diberikan merangkumi kesemua aspek penggalakan kesihatan pergigian, rawatan dan pemulihan.• Mempertingkatkan tahap kesedaran

dan taraf kesihatan pergigian individu dan masyarakat ke tahap kesedaran dan taraf kesihatan pergigian individu dan masyarakat ke tahap optimum.• Aktiviti penggalakan kesihatan pergigian meliputi

pendidikan kesihatan pergigian, pameran, kempen dan pencegahan klinikal.

Page 14: Kebersihan Mulut

14

OBJEKTIF PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI SEKOLAH RENDAH

• Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian penduduk di negara ini melalui perkhidmatan pergigian, penggalakkan, pencegahan, rawatan dan pemuliharaan serta memberi keutamaan kepada kumpulan sasar murid sekolah rendah.

• Mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran murid mengenai kepentingan menjaga kesihatan mulut serta melakukan perubahan sikap.

Page 15: Kebersihan Mulut

15

JENIS GIGI DAN PENYAKIT MULUT

Jenis Gigi

Kacip (Insisor)

Taring (Canine)

Geraham Kecil

(Premolar)

Geraham Besar

(Molar)

• Terletak di bahagian hadapan mulut.

• Berfungsi untuk memotong makanan.

• Terletak di bahagian belakang premolar.

• Berfungsi untuk menghancurkan dan melumatkan makanan.

• Terletak di belakang canine @ gigi taring.

• Berfungsi memecah makanan.

• Terletak di sisi insisor @ gigi kacip.

• Berfungsi untuk menyiat dan mengoyak makanan.

Page 16: Kebersihan Mulut

16

BAHAGIAN GIGI

• Gigi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu I. korona, II. leher dan III. akar.

• Korona ialah bahagian yang mudah dilihat apabila anda membuka mulut.

• Leher dan akar gigi tertanam dalam gusi dan tulang rahang. 

Page 17: Kebersihan Mulut

17

STRUKTUR BINAAN GIGI TERDIRI DARIPADA BAHAGIAN BERIKUT:

1. Enamel - ialah lapisan gigi yang paling keras; terletak di lapisan luar sekali dan berwarna putih atau kekuningan. 

2. Dentina - terletak di bawah lapisan enamel dan selalunya lebih lembut dan berwarna kekuningan. 

3. Pulpa - tisu ini terletak paling tengah sekali dan mengandungi urat saraf dan saluran darah yang membawa makanan untuk gigi. 

4. Simentum -lapisan nipis inilah yang mengelilingi

akar gigi kita.

Page 18: Kebersihan Mulut

18

GIGI TIDAK BOLEH TEGAK TANPA SOKONGAN BAHAGIAN BERIKUT: 

1. Gusi - ialah tisu lembut yang mengelilingi leher gigi. 

2. Tulang alveolus -ialah tulang rahang yang menyokong akar gigi. 

3. Membran Periodontium -ialah jaringan serat yang menyokong simentum ke tulang alveolus. 

Page 19: Kebersihan Mulut

19

PENYAKIT MULUT1. Karies Gigi• Karies terjadi daripada plak gigi. • Plak ialah makanan yang melekat di celah gigi. • Ia mengandungi kuman. • Kuman itu akan bertindak balas dengan gula yang terdapat dalam

makanan yang terselit di celah dan menghasilkan asid. Asid itu akan mrnyebabkan permukaan gigi menjadi lembut dan akhirnya gigi anda berlubang. Keadaan itu dipanggil karies gigi. 

Page 20: Kebersihan Mulut

20

KARIES GIGI

• Gigi anda akan dicabut jika pembentukan karies gigi itu agak besar. Keadaan karies gigi yang serius boleh menyebabkan anda kehilangan gigi itu. 

• Sekiranya serangan karies gigi masih ditahap awal iaitu hanya melibatkan bahagian enamel ia masih boleh diselamatkan.

• Serangan karies gigi dianggap serius apabila ia merebak ke bahagian dentina. Pada tahap itu anda akan terasa sakit kerana ia hampir ke lapisan pulpa yang mengandungi banyak urat saraf yang sensitif. 

• Jika masih tidak mahu mendapat rawatan daripada doktor gigi, karies gigi itu akan merebak ke saluran pulpa. Ini akan menyebabkan gusi anda bengkak dan bernanah.

Page 21: Kebersihan Mulut

21

PENYAKIT MULUT2. Ulser Mulut• Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap

jangkitan bakteria, virus atau fungus. • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal

umur. Selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya. 

Page 22: Kebersihan Mulut

22

ULSER MULUT

• Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor.

• Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut.

• Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan. 

Page 23: Kebersihan Mulut

23

PENYAKIT MULUT3. Penyakit Gusi (Penyakit Periodontium)

• Merupakan jangkitan kepada gusi, tulang alveolar dan lain-lain tisu penyokong gigi.

• Penyakit gusi boleh terjadi di peringkat kanak-kanak lagi dan keadaan mungkin menjadi semakin teruk dengan peningkatan umur.

• Penyebab utama penyakit gusi (penyakit periodontium) adalah plak.

• Bakteria dalam plak menghasilkan toksin yang menyebabkan gusi merah,bengkak serta mudah berdarah.

• Jika tidak dirawat, penyakit gusi boleh merebak ke tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi bergoyang.

Page 24: Kebersihan Mulut

24

TANDA-TANDA PENYAKIT GUSI• Antaranya adalah:i. Gusi bengkak, merah dan mudah berdarah @ keradangan gusi

(gingivitis )ii. Mulut berbauiii. Gigi menjadi longgar,jarang,memanjangiv. Rasa sakit dan tidak selesa semasa mengunyah• Sekiranya tidak dirawat boleh mengakibatkan kehilangan gigi.

Page 25: Kebersihan Mulut

25

PENYAKIT MULUT4. Kanser Mulut• Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak

normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. 

Lokasi yang sering terjadi kanser mulutKanser mulut sering terjadi di lokasi berikut :

I. LidahII. Lantai mulutIII. Lapisan dalam pipiIV. GusiV. Lelangit

VI. Bibir bawah   

Page 26: Kebersihan Mulut

26

KANSER MULUT

• Faktor-faktor risiko berkait-rapat dengan kanser mulut:I. Tembakau- mengunyah atau menyentil tembakau.II. PerokokIII. Minum alkohol berlebihan.IV. Menyentil pinangV. Terdedah pada pancaran matahari berlebihan.

• Simptom-simptom barah mulut yang mungkin dilihat:I. Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan.II. Ulser mulut tidak sembuh lebih dari tiga minggu.III. Gumpalan tisu yang tidak susut selepas rawatan.IV. Tompokan putih atau merah di bahagian mulut.V. Kebas pada bahagian lidah yang berpanjangan.VI. Kepayahan untuk menelan,mengerakkan rahang atau lidah.VII. Kesakitan di bahagian dalam kerongkong yang berpanjangan.VIII. Bengkak pada rahang, leher lebih dari tiga minggu.IX. Tiada selera makan dan berat badan menurun.X. Halitosis atau nafas berbau.

Page 27: Kebersihan Mulut

27

PENYAKIT MULUT5. Maloklusi • Maloklusi adalah keadaan susunan gigi yang tidak teratur

atau gigitan yang tidak normal.• Maloklusi terjadi kerana:I. bentuk dan saiz gigi yang tak sepadan dengan rahang

mulut,II. kehilangan awal gigi susu,III. amalan yang tidak baik cth menghisap jari/puting

Page 28: Kebersihan Mulut

28

   

Kesesakan   Gigi Jongang  

       

   

Gigitan Silang   Kurang Gigi  

       

   

Gigitan Terbuka   Gigitan Terbalik

Page 29: Kebersihan Mulut

29

PENYAKIT MULUT6. Nafas Berbau (Halitosis)• Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak

menyenangkan. Kebiasaanya nafas berbau hanya pada waktu tertentu sahaja seperti selepas bangun tidur.

• Walau bagaimanapun, jika ianya berpanjangan, anda mesti berjumpa doktor pergigian untuk pemeriksaan.

• Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :1. Keadaan dalam mulut seperti :• Makanan melekat di celah-celah gigi.• Bau nafas ketika bangun tidur.• Masalah pergigian seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, gigi palsu tidak

bersih dan ulser mulut.• Mulut kering

2. Tabiat merokok atau minum alkohol.3. Pengambilan jenis makanan yang tertentu seperti durian dan

bawang putih.4. Masalah perubatan seperti :• Penyakit saluran pernafasan ( farinks, larinks dan paru-paru ).• Penyakit salur alimentari atau pemakanan ( esofagus dan perut ).

Page 30: Kebersihan Mulut

30

KAEDAH PENCEGAHAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN MULUT

1. Karies Gigi• Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari

dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.• Berkumur-kumur dengan air setiap kali selepas makan.• Makan 3 - 5 kali hidangan utama sehari, elakkan makan

makanan manis dan makanan ringan seperti snek di antara waktu makan utama.

• Elakkan menghirup minuman manis dan minuman berkarbonat untuk tempoh masa yang panjang.

• Elakkan mengulum dan menyimpan gula-gula terlalu lama di dalam mulut.

Page 31: Kebersihan Mulut

31

KAEDAH PENCEGAHAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN MULUT

2. Ulser Mulut• Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan

putih tadi. • Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis

krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. • Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur

dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut:

I. Banyak minum air suam.II. Berehat dan tidur dengan cukup.III. Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap

kesihatan yang baik.IV. Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.V. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C.

• Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.

Page 32: Kebersihan Mulut

32

KAEDAH PENCEGAHAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN MULUT

3. Penyakit Gusi• Tujuan utama rawatan penyakit gusi adalah mencegah

berlakunya jangkitan. Terdapat pelbagai jenis rawatan mengikut keparahan penyakit gusi tersebut. Semua rawatan memerlukan penjagaan yang baik di rumah oleh pesakit. Selain itu, cara hidup juga perlu diubah seperti menghentikan penggunaan tembakau untuk membantu proses pemulihan.

• Rawatan periodontal tanpa pembedahan, termasuk penskaleran dan 'root planing' (suatu cara membersih permukaan akar untuk membuang plak dan kalkulus dari poket periodontal dan melicinkan akar gigi). Pembedahan ini diikuti dengan rawatan tambahan seperti anti microbialsyang diperlukan dalam kes-kes biasa.

Page 33: Kebersihan Mulut

33

• Gingivitis merupakan penyakit gusi yang kurang serius. • Biasanya ia dapat disembuhkan dengan pemberusan setiap hari,

mengguna flos serta pembersihan secara berkala oleh doktor pergigian.

• Penyakit gusi jenis ini tidak mengakibatkan kehilangan gigi atau tisu yang memegang gigi. 

• Selepas penskaleran, kebanyakan pesakit tidak memerlukan rawatan aktif selanjutnya. Walau bagaimanapun, majoriti pesakit akan memerlukan terapi yang berterusan untuk mengekalkan kesihatan gusi.

• Pembedahan akan dilakukan apabila tahap kesihatan periodontium yang baik tidak dicapai.

• Terdapat beberapa pembedahan untuk penyakit periodontium termasuk:• Pembersihan terbuka - kalkulus dibuang dari permukaan akar gigi di

dalam poket.• Grafting tulang - tulang pesakit atau tulang tiruan diletakkan dalam

kawasan yang terlibat (contoh: kawasan kehilangan tulang).• Regenerasi Tisu Terkawal - Membran diletakkan di antara tulang

dan gusi untuk menggalakkan pertumbuhan tisu periodontium.

Page 34: Kebersihan Mulut

34

KAEDAH PENCEGAHAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN MULUT

4. Kanser MulutApa yang boleh anda lakukan adalah seperti:

I. Buat pemeriksaan berkala di klinik-klinik.II. Lakukan pemeriksaan kanser sendiri.III. Tidak menyentil tembakau atau mengunyah tembakau.IV. Tidak merokok.V. Tidak minum minuman alkohol.VI. Kurangkan pendedahan kepada sinaran matahariVII. Rawatan kanser mulut

Rawatan kanser mulut ialah pembedahan.• Pembedahan dilakukan pada kanser mulut tahap 1 dan 2,mempunyai peluang

pemulihan yang tinggi dan sedikit kecacatan muka yang sedikit.• Sel-sel kanser mulut biasanya merebak ke bahagian limfa dan aliran vena bahagian

kepala dan leher. Oleh itu pembedahan akan melibatkan tisu-tisu kanser dan sistem limfa sekelilingnya.

• Pembedahan Rekonstruktif biasanya melibatkan rawatan pembedahan kanser mulut tahap 2 dan 3.

• Pembedahan Rekonstruktif ini ialah pemindahan tisu dari bahagian badan yang lain bagi menampal kecacatan akibat dari pembedahan kanser mulut.

Page 35: Kebersihan Mulut

35

KAEDAH PENCEGAHAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN MULUT

5. Maloklusi• Boleh dirawat menggunakan kaedah rawatan ortodontik.• Dalam rawatan ini, beberapa batang gigi kekal perlu dicabut untuk

memberi ruang kepada gigi yang berlapis. • Ia akan ditarik supaya gigi itu teratur mengikut susuan yang betul.

Alat yang digunakan untuk menarik gigi dipanggil braces. • Rawatan orthodontik mengambil masa sekurang-kurangnyam dua

tahun. 

Page 36: Kebersihan Mulut

36

KAEDAH PENCEGAHAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN MULUT

6. Nafas Berbau (Halistosis)• Berus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya dua kali

sehari. • Selain itu, gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan

dicelah-celah gigi.• Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari/bila dahaga.• Jangan merokok.• Berus lidah semasa memberus gigi.• Amalkan diet yang seimbang.• Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-

kurangnya sekali setahun.• Rawatan asas seperti penskaleran dan tampalan gigi juga

boleh mengurangkan nafas berbau.

Page 37: Kebersihan Mulut

37

RUJUKAN

Wee Eng Hoe. 1995. Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Shah

Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Laman Sesawang:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/376-2010-01/5637-28-jan-pemakanan-a-kesihatan-rutin-oral-mulut-sihat.html. Diakses pada 15 Januari 2013.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm. Diakses pada 15 Januari 2013. http://ohd.moh.gov.my/v3/index.php/ms/. Diakses pada 15 Januari 2013. http://www.izieherb.net/risikokariesgigi.htm. Diakses pada 16 Januari 2013.